Anda di halaman 1dari 8

TEKS PENGACARA MAJLIS

MAJLIS PELANCARAN DUTA SAHSIAH PEMANGKIN PEMBENTUKAN


KAREKTOR KARAMAH INSANIAH 2023

_________________________________________________________________

Mengumumkan ketibaan Yang Berusaha Pegawai Perhubungan sekolah, IPD Kuala


Terengganu,diiringi Puan Siti Rohaya binti Mohd Nor, Pengetua SMK Padang Midin, serta
barisan pengurusan sekolah ke Majlis Pelancaran Duta Sahsiah Pemangkin Pembentukan
Karektor Karamah Insaniah, SMK Padang Midin.

(nyanyian lagu negaraku)


(nyanyian lagu negeri)
(nyanyian lagu sekolah)

Bacaan ikrar rukun negara. Majlis dengan itu menjemput saudara Abu Haziq bin Zainudin ,
pelajar tingkatan 6 untuk mengetuai bacaan ikrar. Dipersilakan …

Bismillahirrahmanirrahim…. Alhamdulillah hirobbil alamin….


Assalamualaikum wbt.
Salam sejahtera,
Salam Malaysia Madani,
Salam Anak Baik lagi Cerdik,
Salam Anjakan Muafakat Nekad,
Salam Peneraju dan Salam Stronger together.

Yang Berusaha Cikgu Siti Rohaya binti Mohd Nor,


Pengetua SMK Padang Midin

Yg Berusaha Sarjan Major Siti Hajar binti Husain

Wakil kepada Pegawai perhubungan sekolah,

IPD Kuala Terengganu,

Yg. Berusaha Encik Aziz bin Adam,


Yang Dipertua PIBG SMK Padang Midin,
Guru – guru penolong kanan, guru-guru kanan mata Pelajaran.
Para guru yang sentiasa bersemangat, para pelajar pewaris negara serta seluruh warga SMK
Padang Midin sekalian.

Majlis merakamkan sekalung penghargaan atas kehadiran, Yang Berusaha Sarjan major Siti
Hajar binti Husain beserta rakan sejawat Konstabel Muhammad Azam bin Zulkefli, demi
menyahut kerjasama erat antara Kpm dan pdrm sekaligus merealisasikan salah satu inisiatif iaitu
membantu menangani isu salah laku disiplin murid sekolah.

Alhamdulillah, dengan izinNya dapat kita bersama-sama meluangkan masa berada dalam dewan
setia budi pada pagi ini bagi mengikuti Majlis Pelancaran Duta Sahsiah Pemangkin Pembentukan
Karektor Karamah Insaniah, SMK Padang Midin.

Pelancaran ini akan mengangkat murid sebagai duta yang merupakan taruh terbesar selain guru,
PPD dan JPN. Program Kerjasama ini yang dahulunya adalah merupakan permuafakatan KPM
dan PDRM : Jom ke Sekolah kini dijenamakan semula sejajar dengan aspek karamah insaniah
melalui pembentukan adab, akhlak dan integriti.

Bagi memberkati majlis kita pada pagi yang berbahagia ini, majlis dengan penuh takzimnya
mempersilakan alfadhil ustaz Mansor bin Jusoh untuk memimpin bacaan doa.
______________________________________________________________________________
Ribuan terima kasih diucapkan kepada alfadhil ustaz atas pimpinan bacaan doa itu tadi. Semoga
majlis kita pada pagi ini beroleh keberkatan.

KPM dan PDRM saling Kerjasama


Turun padang kerja bergandingan
Ucapan PPS tibalah masa
Kita dengarkan dan ambil perhatian

Bagi meneruskan acara, majlis dengan penuh sukacitanya mempersilakan yang berusaha
Sarjon major Siti Hajar bin Husain wakil Pegawai perhubungan sekolah, IPD Kuala
Terengganu untuk menyampaikan ucapan. Dipersilakan.

Keperibadian suatu bangsa ialah bahasanya


Keperibadian seorang ilmuan ialah akal budinya
Majlis merakamkan ucapan jutaan terima kasih kepada wakil pegwai perhubungan sekolah atas
ucapan yg telah disampaikan sebentar tadi.

Tuan-tuan dan puan-puan, sidang hadirin yang dimuliakan;

Meneruskan gelanggang bicara,


Majlis dengan sukacitanya mempersilakan Yang Berusaha Puan Siti Rohaya binti
Mohd Nor, Pengetua SMK Padang Midin untuk menyampaikan persada ucapan.
Dipersilakan.

Majlis mengucapkan jutaan terima kasih kepada tuan pengetua atas ucapan itu tadi.

Para hadirin yang dihormati sekalian,


Menyempurnakan amanat, melengkapi adat, majlis dengan penuh hormat mempersilakan,
pegawai PPS, tuan pengetua serta barisan pengurusan sekolah ke pentas bagi
menyempurnakan pelancaran duta sahsiah pemangkin pembentukan karektor karamah
insaniah peringkat sekolah tahun 2023. Dijemput dan dipersilakan..

________________________________________________________________________
Sekalung terima kasih diucapkan kepada pegawai PPS, tuan pengetua serta barisan
pengurusan sekolah atas gimik pelancaran itu tadi.

Meneruskan agenda kita pada pagi ini , dijemput adik


___________________________________
Untuk upacara pembacaan nota atau mesej duta murid sempena pelancaran duta sahsiah
tahun 2023.

Dipersilakan….
______________________________________________________________________

Ribuan terima kasih diucapkan kepada adik atas pembacaan mesej duta murid itu tadi.
Dengan pelancaran itu tadi, diharapkan pelantikan murid sebagai duta sahsiah pada
peringkat sekolah dapat mengagaskan optik lebih jelas mengenai hala tuju sahsiah murid
dalam menguar-uarkan garis panduan salah laku seksual dan buli di sekolah.

Berakhirlah majlis kita pada hari ini. Saya akhiri dengan serangkap pantun.

Tanam selari pepohon padi


Usah lupa berair telaga
Cermin diri hiasi peribadi
Elok rupa Susila terjaga

Sekian, wabillahitaufik walhidayah wassalamualikum warhmatullahiwabrakatuh..


Dijemput para jemputan menikmati sedikit kudapan.

Majlis merakamkan jutaan terima kasih kepada Encik Ramzu Nasri bin Jain atas mutiara
kata penuh hikmah dan ucapan perasmian yang telah disempurnakan sebentar tadi.
Semoga dapat sama-sama kita sematkan di hati menjadi ilham dalam mendepani cabaran
masa kini.

Para Tetamu dan hadirin yang budiman,

Majlis diteruskan dengan upacara penyampaian sijil penghargaan .


Untuk itu,majlis dengan segala hormatnya mempersilakan sekali lagi , Yang Berusaha
Encik Ramzu Nasri bin Jain Timbalan Pegawai Pendidikan Daerah Kuala Terengganu
diringi oleh Tuan Pengetua bagi menyampaikan sijil – sijil penghargaan. Dengan segala
hormatnya dipersilakan.

Penyampaian sijil pencapaian dan hadiah kepada pelajar -pelajar yang telah mengukir
kecemerlangan dalam peperiksaan SPM tahun 2022.
Dipersilakan
1. …………………………………………..yang telah meraih
2. …………………………………………..yang telah mendapat

Tahniah dan Syabas diucapkan kepada penerima

Bagi penyampaian sijil penghargaan kepada ahli jawatan kuasa PIBG sesi akademik
2022/23, dengan itu dipersilakan

1.

-------------------------------------rujuk lampiran--------------------------------------------------

Sekalung terima kasih diucapkan kepada En Ramzu Nasri bin Jain dan tuan pengetua atas
penyampaian sijil itu tadi.

Para hadirin yang dimuliakan,

Sudah menjadi resamnya bangsa


Orang berbudi kita berbahasa
Orang memberi kita merasa

Sebagai tanda mata kenang kenangan daripada warga SMKPM, majlis seterusnya
menjemput encik Ramzu Nasrun bin Jain untuk menerima cenderahati.
Dipersilakan tuan pengetua untuk menyampaikannya.

Mengakhiri majlis, Terimalah pantun pusaka sebagai penutup bicara,

Melur selasih kembang tak jadi


Mewangi mawar dalam jambangan
Hias keboja tepi halaman
Majlis perasmian berakhir di sini
Terima kasih kami ucapkan
Jadi kenangan sepanjang zaman

Akhir kata majlis sekali mengucapkan setinggi – tinggi terima kasih kepada
Yang Berusaha Encik Ramzu Nasri bin Jain, timbalan ppd kuala Terengganu
atas kesudian meluang masa Bersama-sama para ibubapa dan guru-guru bagi
menyempurnakan upacara perasmian mesyuarat PIBG bagi tahun ini.
Dijemput dan dipersilakan Encik Ramzu Nasri, Tuan Pengetua serta barisan
pengurusan sekolah ke bilik vip bagi menikmati jamuan.

Warga dewan yang dihormati sekalian,

Sebelum kita bermesyuarat pada hari ini, satu taklimat khas telah diaturkan
oleh jabatan pengangkutan jalan raya khas untuk para ibu bapa. Untuk itu,
majlis mempersilakan Puan Fatimah binti Mahmud , Ketua Unit Keselamatan
Jalan Raya dan Korporat, Jabatan Pengangkutan Jalan Negeri terengganu
untuk menyampaikan taklimat Kempen Pemakaian Topi Keledar di Sekolah.
Dipersilakan.

Ribuan terima kasih diucapkan kepada Puan Fatimah Mahmud, Ketua unit
keselamatan dan korporat JPJ Negeri Terengganu atas ucapan itu tadi.

Seterusnya dipersilakan cikgu Rohaya binti Jusoh PKHEM smk Padang


midin untuk menyampaikan cenderahati kepada Puan Fatimah Mahmud tanda
terima kasih sekolah kepada JPJ Negeri Terengganu.

Terima kasih Pkhem atas penyampaian cenderahati itu tadi.

**************************************************************
******

Sekarang tibalah masa mesyuarat kita pada hari ini,


Untuk itu saya serahkan majlis ini kepada Yang Berusaha Tn. Hj Jusoh bin Ismail Yang
Dipertua PIBG SMK Padang Midin bagi meneruskan Majlis Mesyuarat Agung PIBG
bagi tahun ini.

Dipersilakan…

Anda mungkin juga menyukai