Anda di halaman 1dari 2

Teks Pengacara Majlis

Program ADIWIRA Topi Keledar


2019

Bagi memulakan majlis, para hadirin dipersilakan berdiri bagi menyanyikan dua
buah lagu iaitu lagu NegaraKu dan Selamat Sultan….

Assalaimuaikum wbt…..

Yang Berusaha,
Encik Rusli Bin Abdul Ghani,
Penolong PengurusKurnia insurans,
Cawangan Kota Bharu,Kelantan

Yang Berusaha,
En Mohd Norzri b. Ab Wahab,
Guru Besar SK Perol,

Yang dihormati,
En Abdullah Bin Senik,
Guru Penolong Kanan Pentadbiran,

Yang dihormati,
En. Shakh Mohd b. Shakh Hussin
Guru Penolong Kanan Hal Ehwal Murid

Para tetamu dari kurnia Insuran, guru-guru serta murid-murid yang dikasihi sekalian.

INDAH BERBALAM SI AWAN PETANG


BERARAK MEGAH DI TANJUNG BIDARA
PEMANIS KALAM SELAMAT DATANG
AWAL BISMILLAH PEMBUKA BICARA

Bagi memberkati majlis pada pagi yang penuh barakah ini, marilah kita sama-sama
menadah tangan mengaminkan doa yang akan dibacakan oleh Al-Fadhil Ustaz Mohd
Rizalman Bin Ahmad . Dengan segala hormatnya, dipersilakan.

Terima kasih diucapkan kepada Ustaz Mohd Rizalman Bin Ahmad atas bacaan doa itu tadi.
Pergi berhuma di Tanjung Rokan
Sebelum pulang mengail ikan
Kehadiran tuan kami alu-alukan
Kecil telapak tangan nyiru kami tadahkan

Alhamdulillah, bersyukur kita ke hadrat Ilahi kerana dengan limpah kurnia-Nya kita dapat
berhimpun dalam Program Adiwira Topi Keledar 2019.

Untuk pengetahuan semua, Program Adiwira Topi Keledar ini adalah merupakan
program kerjasama Kurnia Insuran dan Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) serta
Pejabat Pendidikan Daerah Kota Bharu, Kelantan untuk menggalakkan tabiat pemakaian
topi keledar dalam kalangan kanak-kanak demi keselamatan mereka di jalan raya. Program
ini dianjurkan dengan kerjasama MyPerintis yang menjadi penghubung Kementerian
Pendidikan Malaysia dan PPD Kota Bharu.
Sekalung tahniah dan terima kasih kepada pihak Kurnia Insurans diatas kejayaan program
ini serta diharapkan agar semua kanak-kanak terutama murid-murid sekolah ini akan
sentiasa mematuhi peraturan dan menjaga keselamatan mereka di jalan raya.

Sudilah tuan jalan berlapan,


Jalan berlapan di malam kelam;
Sudilah tuan beri ucapan,
Kata aluan pemanis kalam.

Majlis diteruskan lagi dengan ucapan daripada yang berusaha guru besar Sekolah
Kebangsaan Perol , En Mohd Norzri bin Abd Wahab. Majlis dengan segala hormatnya,
mempersilakan.

Terima kasih diucapkan kepada guru besar Sekolah Kebangsaan Perol , En Mohd Norzri
Abd Wahab diatas ucapan itu tadi.

Bagi meneruskan majlis pada pagi ini, kami dengan ini menyerahkan majlis ini kepada pengacara yang
budiman di sebelah sana.

Anda mungkin juga menyukai