Anda di halaman 1dari 12

Panduan Menulis Karangan – Perbualan, Dialog, Temuramah,

Wawancara

Perbualan : Bercakap-cakap dengan kawan/ahli keluarga / masyarakat umum dan


tentang isu semasa dan dikupas mengikut kepentingan dan keperluan ketika itu.

Dialog : Perbincangan atau perundingan antara dua pihak ( dengan pihak luar )untuk
membincangkan isu yang serius dan perlu dibincangkan serta dikupas secara mendalam atau
bertukar-tukar pendapat mengenai sesuatu isu secara terbuka.
Cth : i ) Wakil rakyat mengadakan dialog dengan pemandu bas sekolah
ii )Dialog antara Menteri-menteri berkenaan cara mengangani penularan covid-19.

Temuramah dan Wawancara : Bersoal jawab antara seseorang/pemberita /pengacara


program/ untuk mendapatkan keterangan, pandangan bagi disiarkan dalam media massa.

1. Karangan Jenis Dialog / Temu Ramah / Perbualan / Wawancara terbahagi

kepada dua jenis :

i. Dialog dan perbualan (lebih berkisar kepada persoalan biasa seperti bertanya
khabar dan  perbualan menerusi telefon)

ii. Wawancara dan temu ramah  (lebih kepada perbualan rasmi, pertanyaan
kepada orang yang  lebih dihormati , atau ingin tahu tahu sesuatu perkara)·

2. Seperti jenis karangan lain, karangan jenis ini juga mempunyai tajuk / topik
yang utama.

3. Setiap karangan ini mempunyai sekurang-kurangnya dua watak atau lebih.

1
4. Sebelum memulakan karangan boleh disertakan keterangan tetapi janganlah
terlalu panjang.

Lihat contoh:
( Abu diminta oleh guru kelas menemu ramah Guru Besar sebelum beliau
bersara. Hasil temu ramah itu akan dimuatkan di dalam majalah sekolah. Berikut
merupakan hasil temu ramah tersebut.

5. Pastikan anda mengikut format penulisan karangan jenis ini iaitu nama watak
ditulis selari di sebelah kiri. Selepas nama watak dibubuh tanda titik bertindih ( : )
juga dalam keadaan selari. Contohnya :

Nama A : Assalamualaikum, mak cik.

Nama B  : Waalaikummussalam

Nama A : Apa khabar mak cik ?

Nama B : Baik, nak…

Isi kandungan Dalam karangan Perbualan, Dialog, Temuramah,


Wawancara

1. Mulakan perbualan dengan salam sejahtera·

2. Anda perlu menggunakan kata ganti nama diri yang sesuai. Jika orang yang
dibawa berbual itu berumur gunakan panggilan ”Encik…, ”Tuan…, ataupun ”mak cik… ·

3. Pastikan anda tahu tentang hal atau perkara yang akan kita tulis untuk bahan
temuramah / dialog.

4. Boleh gunakan bahasa kiasan atau peribahasa dan kata singkatan seperti ’tak“ ,
’dah“  

3.Soalan yang dikemukakan adalah ringkas , tidak rumit dan berbelit-belit.

4. Dalam dialog itu, kedua-dua pihak harus bertanya, memberi pendapat atau
pandangan.

5. Jawapan yang diberi kepada soalan adalah panjang lebar ·

6. Elakkan penggunaan soalan yang cuma memerlukan jawapan ”ya… atau ”tidak….

2
7. Soalan-soalan disusun dengan baik supaya terus berkesinambungan.

8. Kawal jumlah perkataan yang digunakan (lebih kurang 500 patah perkataan)·

9. Tanda baca yang digunakan harus sesuai dengan nada percakapan. Hati-hati
dengan ayat tanya kerana ayat tanya akan berakhir dengan tanda tanya. (?)· 

10. Pastikan karangan di tulis mengikut format (terpesong format , tolak 3 markah)·

11. Soalan yang diikuti dengan jawapan lengkap diberi markah penuh ·

12. Akhiri perbualan dengan mengucapkan terima kasih kepada yang ditemuramah.

Rangka Karangan
 
PENDAHULUAN – ( Keterangan peristiwa yang berlaku hingga membawa kepada
perbualan di bawah/ keterangan tentang siapa yang hendak ditemuramah )

a) Isi

b) Isi

c) Isi

PENUTUP 
 

Contoh Karangan

Antara contoh karangan jenis wawancara yang boleh dijadikan panduan


murid-murid adalah seperti berikut:

i) Contoh karangan 1: Wawancara

Soalan: Andaikan anda seorang pemberita. Anda ditugaskan mewawancara


seorang pegawai polis di sebuah bandar di tempat anda bertugas. Wawancara
itu membincangkan peranan pihak polis dalam mencegah masalah jenayah.
Sediakan wawancara itu dengan lengkap.

3
4
5
6
ii) Contoh karangan 2 : Wawancara

Soalan: Anda ditugaskan untuk mewawancara seorang penulis novel tanah air.
Tulis wawancara tersebut selengkapnya.

7
iii ) Contoh karangan 3 : Perbualan

8
TUGASAN :
KARANGAN JENIS Dialog, Temuramah, Wawancara, Perbualan

Arahan : Tulis sebuah karangan yang panjangnya antara 350 hingga 500
patah perkataan.
SOALAN :
Bunyi rebana sudah bergema,
Cepatlah adik nanti terlambat,
Wau gasing permainan lama,
Bagaimana cara mahu dimartabat?

Anda dan rakan anda baru sahaja balik dari lawatan ke pesta permainan
tradisional baru-baru ini dan anda berdua sedang berbual-bual tentang
permainan tradisional yang semakin dilupakan oleh generasi muda sekarang
dan tentang pihak yang sepatutnya berperanan dalam memartabatkan semula
permainan tradisional ini dalam kalangan generasi muda sekarang.
Tulis perbualan itu selengkapnya.
( 100 markah )
Analisis soalan :
Tema : ___________________
Kehendak soalan : _________________________________
Bentuk karangan : Berformat / Tidak berformat

9
Rangka Karangan
 
PENDAHULUAN – ( Keterangan peristiwa yang berlaku hingga membawa kepada
perbualan di bawah/ keterangan tentang siapa yang hendak ditemuramah )

a) Isi

b) Isi

c) Isi

PENUTUP 
 

Contoh Menulis Rangka Karangan Dialog

10
11
12

Anda mungkin juga menyukai