Anda di halaman 1dari 3

SOALAN KARANGAN HARI INI:

Tema: Kebudayaan, kesenian dan estetika.

Arahan : Tulis sebuah karangan yang panjangnya antara 350 hingga 500 patah perkataan.

Negara kita kaya dengan permainan tradisional. Tujuan permainan ini diadakan adalah untuk
mendapatkan keseronokan dan mengeratkan persahabatan serta silaturahim. Sekarang permainan
tradisional sudah kurang didedahkan kepada anak-anak muda. Bagi mengelakkan permainan ini
pupus ditelan arus kemajuan, anak-anak muda perlu diberi motivasi untuk bermain permainan
tradisional supaya permainan ini terus terpelihara sebagai khazanah bangsa.

Petikan di atas menyatakan maklumat berkaitan dengan permainan tradisional.

Baru-baru ini Kelab Kebudayaan sekolah anda telah merancang untuk mengadakan lawatan sambil
belajar ke satu Pesta Permainan Tradisional yang diadakan di sebuah daerah berdekatan dengan
tempat daerah kediaman anda.

Ceritakan pengalaman yang anda dan ahli Kelab Kebudayaan sekolah anda alami ketika berada di
Pesta Permainan Tradisional tersebut.

Rangka Karangan :

1 . Pendahuluan

( Ceritakan persiapan anda dan ahli kelab anda untuk pergi lawatan tersebut dan pengalaman yang
dilalui sepanjang perjalanan ke daerah tempat Pesta Permainan Tradisional diadakan sehingga
sampai ke tempat penginapan)

( Perlu diceritakan juga bilangan ahli kelab yang mengikuti, bilangan guru pengiring dan masa
berangkat ke pesta tersebut )

2. Perkembangan

( Berada di tapak pesta : Ceritakan peristiwa yang anda lihat, dengar dan perasaan anda ketika
berada di tapak pesta itu. )

( Ceritakan juga acara permulaan pesta hingga pesta berakhir. )

3 . Kemuncak cerita

( Ceritakan satu peristiwa yang menarik yang telah berlaku terhadap diri kamu sendiri atau rakan
kamu yang lain Ketika berada di pesta. )
4) Penutup Cerita
( Ceritakan perasaan kamu dan ahli kelab kamu setelah dapat pergi ke Pesta Permainan Tradisional
yang jarang kali diadakan )

( Ceritakan juga aktiviti terakhir sebelum berangkat pulang ke daerah kamu sendiri)

Cara Menulis Perenggan Pendahuluan Yang Menarik

1) Gunakan Teknik-teknik di bawah untuk memulakan perenggan yang menarik.

1. Gunakan Teknik perbualan

“ Hani, jaga diri baik-baik, jangan nakal dan dengar cakap cikgu, “ pesan ibuku sebelum aku
melangkah masuk ke dalam perut bas ekspres yang akan membawa kami menuju ke destinasi yang
telah kelab kebudayaan kami rancangkan iaitu daerah Bintulu.

2. Gunakan Teknik lagu

Jauh kutinggalkan
Melatiku yang tersayang
Kiniku sendiri kesepian
Dirantauan

Lagu ‘Kesepian’ nanyian arwah Datuk Sudirman menggamit perasaanku yang tiba-tiba
teringat ibuku di rumah. Sekarang sudah hampir tiga jam aku berjauhan dari ibu tersayang. Ketika
ini, aku dan rakan-rakanku yang lain, ahli kelab kebudayaaan dalam perjalanan menuju ke Bintulu.
Cuti sekolah ini, kelab kami telah merancang untuk……………

Lenggang lenggang kangkong


Kangkong di tepi paya
Rasa makna beruntung
Bila kita bersama

Keadaan dalam bas ekspres sangat kecoh, ditambah lagi dengan berkumandannya lagu
rancak ‘Shh’ nanyian Elizabeth Tan membuat keadaan bertambah bingit. Semua rakanku nampak
gembira, maklumlah cuti sekolah dah tiba dan kami akan berangkat ke destinasi yang kelab kami dah
rancang iaitu bandar Bintulu. Bandar yang terkenal dengan pesta permainan tradisionalnya dan juga
bandar yang kaya dengan minyak.
3. Gunakan Teknik Imbas Kembali

Di atas meja tulisku berdiri sebuah piala berbentuk congkak yang sungguh comel.
“ Pemenang tempat kedua pertandingan congkak peringkat sekolah menengah dimenangi oleh Hani
Dahlia , “. Aku tergaman apabila namaku dipanggil oleh pengacara majlis. Itulah piala yang kuperoleh
dalam pertandingan congkak di Pesta Permainan Tradisional yang diadakan di bandar Bintulu pada
cuti sekolah bulan lepas. Kelab kebudayaan sekolah kami telah mengadakan lawatan sambal belajar
ke satu Pesta Permainan Tradisional yang jurung kali diadakan pada masa kini di bandar Bintulu.

4. Gunakan apa-apa Teknik yang sesuai.


- Mula dengan berita, pantun, bunyi yang didengar, bau yang dihidu, perasaan hati pada waktu
kejadian.

Anda mungkin juga menyukai