Anda di halaman 1dari 1

Jelaskan faktor-faktor yang mempengaruhi kesahan dan kebolehpercayaan sesuatu

ujian atau alat ukuran.

Antara faktor-faktor yang mempengaruhi kesahan dalam sesuatu ujian atau alat ukuran
adalah arahan kurang jelas. Hal ini kerana penjaga ujian yang menggunakan
perdendaharaan kata atau struktur ayat yang sukar difahami oleh pelajar. Pelajar akan
mengalami kekeliruan apabila tidak faham tentang arahan yang diberikan oleh guru. Yang
kedua adalah masa yang diberikan tidak mencukupi. Sebagai contoh, pelajar memerlukan
masa yang Panjang untuk menjawab soalan sesuatu ujian dan keadaan ini akan
menyebabkan pelajar kurang masa yang mencukupi untuk menjawab soalan-soalan lain.
Seterusnya adalah faktor aras kesukaran kurang sesuai. Contohnya, guru yang
bertanggungjawab menyediakan kertas soalan telah mengeluarkan soalan yang beraras
tinggi sahaja. Keadaan ini akan menyebabkan pelajar menghadapi kesukaran apabila
menjawab soalan sehingga boleh membawa kepada perasaan putus asa terhadap murid.
Selain daripada itu, faktor yang menyebabkan kebolehpercayaan sesuatu ujian atau alat
ukuran adalah Panjang ujian. Contohnya lebih Panjang ujian, lebih tinggi
kebolehpercayaannya kerana dapat mengurangkan pengaruh tekanan. Faktor yang
kedua adalah item dipanjangkan dengan menambah item-item yang mempunyai kualiti
yang sama dengan item sedia ada. Faktor seterusnya adalah waktu mengadakan ujian.
Contohnya, waktu petang mengadakan ujian mungkin akan membawa keadaan
mengantuk terhadap murid sehingga tidak dapat menumpulkan perhatian secara
penuhnya dalam menjawab soalan. Faktor yang terakhir adalah jenis ujian. Contohnya
dalam bentuk esei dan objektif akan mempengaruhi kebolehpercayaan sesuatu ujian
kerana ujian objektif yang berbentuk pilihan akan menyebabkan pelajar menghadapi
kekeliruan apabila memilih jawapan yang betul.

Anda mungkin juga menyukai