Anda di halaman 1dari 30

Penggolongan Kata

- Kata Nama dan Kata Kerja


Kata Nama
Kata Nama Am

Kata Nama Kata Nama Khas

Kata Ganti Nama Tunjuk

Kata Ganti Nama Kata Ganti Nama Tanya

Kata Ganti Nama Diri


Kata nama ialah perkataan yang dapat menerbitkan frasa nama. Kata nama menjadi unsur inti
dalam binaan frasa nama, manakala perkataan lain yang hadir dalam binaan frasa nama itu
hanya sebagai penentu atau penerang. Contoh :

Frasa Nama
Penentu Kata Nama Penerang
semua pelajar kursus perguruan
sebilangan guru sekolah rendah

Dalam frasa di atas, perkataan 'semua' dan 'sebilangan' ialah penentu. Perkataan 'pelajar' dan 'guru'
merupakan unsur inti yang membina frasa nama itu manakala perkataan 'kursus perguruan' dan
'sekolah rendah' menjadi penerang kepada kata nama tersebut. Kedudukan frasa nama dalam
binaan sintaksis boleh berfungsi sebagai subjek atau predikat ayat. Dalam bahasa Melayu,
terdapat tiga golongan kata nama, iaitu kata nama am, kata nama khas dan kata ganti nama.
Kata Nama Am
Kata nama am ialah semua perkataan bersifat umum yang digunakan
bagi merujuk kepada benda, perkara, proses, kejadian, keadaan atau
seumpamanya. Kata nama am boleh dibahagikan kepada beberapa jenis
mengikut ciri makna sesuatu perkataan itu seperti yang berikut :

Jenis Kata Nama Am Contoh Perkataan

Kata nama am hidup manusia guru, penulis, pensyarah, bapa,


abang, puan
Kata nama am hidup bukan manusia harimau, hantu, pokok, bidadari, ikan

Kata nama am tidak hidup bangunan, laut, ombak, negeri, meja,


telefon
Kata nama am tidak hidup abstrak kesalahan, roh, udara
Kata Nama Khas
Kata nama khas digunakan khusus bagi merujuk manusia, benda, tempat,
negara, bangsa, institusi, dan seumpamanya. Kata nama khas ditulis dengan
huruf besar pada awal perkataan. Jenis kata nama khas adalah seperti yang
berikut:

Jenis Kata Nama Khas Contoh Perkataan

Kata nama khas hidup manusia Ah Lee, Ali, Abu, Datuk Siti Nurhaliza

Kata nama khas hidup bukan manusia Si Manja, Sang Kancil, Sang Gajah

Kata nama khas tidak hidup Proton Saga, Pahang, Nokia,


Hikayat Raja Pasai
Kata Ganti Nama
Kata ganti nama ialah perkataan yang digunakan bagi menggantikan nama
orang atau benda yang tidak dapat disebut secara khusus. Jenis kata ganti
nama adalah seperti yang berikut :

(a) Kata ganti nama tunjuk


Kata ganti nama tunjuk ialah perkataan yang digunakan bagi menggantikan nama
benda atau perkara yang ditunjukkan. Contoh :
- Buku ini buku latihan adik.
- Ideanya itu sungguh bernas.
(b) Kata ganti nama tanya
Kata ganti nama tanya ialah perkataan yang digunakan bagi merujuk orang atau
benda dalam bentuk tanya. Contoh :
- Siapakah pemilik rumah itu?
- Mereka tinggal di mana?
(c) Kata ganti nama tempat
Kata ganti nama tempat ialah perkataan yang digunakan bagi nama tempat. Contoh :
- Jangan meletak kereta di sini.
- Di situ ada sebuah gereja.
- Saya tidak pergi ke sana.

(d) Kata ganti nama tak tentu


Kata ganti nama tak tentu ialah perkataan yang digunakan bagi menunjukkan
sesuatu benda, perkara, masa, atau seseorang yang tidak tentu. Contoh :
- Murid itu tidak memberikan apa-apa perhatian kepada pelajarannya.
- Buah epal akan jatuh pada bila-bila masa.
- Sesiapa yang melanggar undang-undang akan ditangkap oleh polis.
- Jangan pergi ke mana-mana ketika emak tidak ada di rumah.
(e) Kata ganti nama diri
Kata ganti nama diri ialah perkataan yang digunakan bagi menggantikan nama
orang. Kata ganti nama diri terbahagi kepada tiga jenis, iaitu :
(i) Kata ganti nama diri pertama
- digunakan bagi menggantikan nama orang yang bercakap.
- Contoh : saya, aku, beta, patik, hamba, kami, kita
(ii) Kata ganti nama diri kedua
- digunakan bagi menggantikan nama orang yang ditujukan percakapan.
- Contoh : engkau, awak, saudara, saudari, encik, tuanku, tuan, puan, tuan-tuan,
kalian, kamu, anda

(iii) Kata ganti nama diri ketiga


- digunakan untuk menggantikan nama orang yang dijadikan subjek percakapan.
- Contoh : dia, baginda, beliau, -nya, mereka
Tanpa Pelengkap
Kata Kerja
Tak Transitif
Berlengkap

Kata Kerja

Aktif
Kata Kerja
Transitif
Pasif
Kata kerja ialah perkataan yang menjadi unsur inti dalam binaan frasa
kerja, manakala unsur lain yang hadir dalam binaan frasa kerja boleh
terdiri daripada objek, pelengkap, kata bantu dan keterangan. Contoh :

Frasa Kerja
1. Dia menonton filem seram.
2. Bayi itu tidur dalam buaian.
3. Jambatan itu dibina oleh kontraktor.

Dalam frasa kerja di atas, 'menonton', 'tidur', 'dibina' ialah unsur inti, iaitu
unsur yang wajib ada dalam binaan ayat tersebut. Dalam bahasa Melayu,
terdapat dua golongan kata kerja, iaitu kata kerja tak transitif dan kata
kerja tak transitif.
Kata Kerja Tak Transitif
Kata kerja tak transitif tidak menggunakan sebarang objek atau penyambut
selepas kata kerja tersebut. Kata kerja tak transitif terbahagi kepada dua
jenis, iaitu :

(a) Kata kerja tak transitif tanpa pelengkap


Kata kerja jenis ini boleh berdiri sendiri sebagai predikat atau sebagai
unsur inti dalam frasa kerja. Kata kerja juga boleh diikuti oleh unsur
keterangan (frasa yang bergaris) yang berfungsi untuk memberikan maklumat
tambahan. Contoh :
- Guru besar sekolah itu akan bersara. - Guru besar sekolah itu akan
bersara pada bulan hadapan.

- Kanak-kanak itu suka menangis. - Kanak-kanak itu suka menangis


pada malam hari.
(b) Kata kerja tak transitif berpelengkap
Kata kerja jenis ini memerlukan pelengkap yang berupa sama ada kata
nama, kata adjektif, atau frasa sendi nama bagi melengkapkan frasa
tersebut. Contoh :
- Rumah baharunya berlantaikan jubin import. pelengkap kata nama
- Kesihatan bapanya beransur baik. pelengkap kata adjektif
- Mereka akan melawat ke Melaka. pelengkap frasa sendi.
Kata Kerja Transitif
Kata kerja transitif ialah kata kerja yang berhubung langsung dengan unsur
objek atau penyambut (frasa yang bergaris) dalam predikat kata kerja. Kata
kerja ini dinamakan kata kerja transitif aktif. Contoh :

- Hobinya membaca buku cerita.


- Murid-murid membersihkan kawasan sekolah mereka.

Kata kerja transitif pasif pula ialah kata kerja yang terhasil daripada proses
perubahan ayat aktif kepada ayat pasif seperti contoh yang berikut :

- Buku cerita dibacanya sebagai hobi.


- Kawasan sekolah mereka dibersihkan oleh murid-murid.
1. Kata nama terbahagi kepada berapa jenis? Senaraikan.

2. Kata ganti nama terbahagi kepada berapa jenis? Senaraikan.


3. Kata kerja terbahagi kepada berapa jenis? Senaraikan.

4. Kata kerja tak transitif terbahagi kepada berapa jenis? Senaraikan.


5. Berikan contoh ayat yang menggunakan kata kerja tak transitif
tanpa pelengkap.

6. Berikan contoh ayat yang menggunakan kata kerja tak transitif


berpelengkap.
7.Kata kerja transitif terbahagi kepada berapa jenis? Senaraikan.

8. Berikan contoh ayat yang menggunakan kata kerja transitif aktif.


9. Berikan contoh ayat yang menggunakan kata kerja transitif pasif.

10. Berikan contoh kata ganti nama diri pertama.


JAWAPAN

1. Kata nama terbahagi kepada tiga jenis, iaitu kata nama am, kata nama
khas, dan kata ganti nama.

2. Kata ganti nama terbahagi kepada tiga jenis, iaitu kata ganti nama
tunjuk, kata ganti nama tanya, dan kata ganti nama diri.
JAWAPAN

3. Kata kerja terbahagi kepada dua jenis, iaitu kata kerja transitif dan kata
kerja tak transitif.

4. Kata kerja tak transitif terbahagi kepada dua jenis, iaitu kata kerja tak
tak transitif tanpa pelengkap dan kata kerja tak transitif berpelengkap.
JAWAPAN

5. Guru besar sekolah itu akan bersara. / Guru besar sekolah itu akan
bersara pada bulan hadapan. (keterangan)

6. Kesihatan bapanya beransur baik. (adjektif)


JAWAPAN

7. Kata kerja transitif terbahagi kepada dua jenis, iaitu kata kerja transitif
aktif dan kata kerja transitif pasif.

8. Murid-murid membersihkan kawasan sekolah mereka.


JAWAPAN

9. Kawasan sekolah mereka dibersihkan oleh murid-murid.

10. Contoh kata ganti nama diri pertama


saya, aku, beta, patik, hamba, kami, kita
SEKIAN,TERIMA KASIH

Anda mungkin juga menyukai