Anda di halaman 1dari 6

JENIS AYAT

•Ayat Perintah
•Ayat Seruan
AYAT PERINTAH
 Ayat perintah ialah ayat yang mengandungi unsur arahan
atau kemahuan yag kuat oleh penutur terhadap
pendengar.
 Ayat ini diujarkan dengan tujuan untuk menimblkan
sesuatu tindakan.
 Ayat perintah dibahagikan kepada empat jenis, iaitu:
 Ayat suruhan
 Ayat larangan
 Ayat silaan
 Ayat permintaan
(a) Ayat Suruhan
 Bertujuan untuk menimbulkan suatu tindakan berupa
arahan kepada pendengar.
 Contoh:
 Duduk di tempat masing-masing.
 Tutup pintu itu.

(b) Ayat Larangan


 Bertujuan menegah atau menahan seseorang daripada
melakukan sesuatu perkara atau tindakan.
 Contoh:
 Jangan bermain di tepi jalan.
 Usah kau menyakiti hatinya lagi.
(c) Ayat Silaan
 Bertujuan membuat pelawaan atau ajakan terhadap
pendengar atau orang kedua.
 Kata silaan yang biasa digunakan ialah sila, jemput dan
mari.
 Contoh:
 Silarujuk papan kenyataan di bilik guru.
 Jemput datang esok hari.
 Mari masuk ke kelas.
(d) Ayat Permintaan
 Dilafazkan oleh penutur dengan tujuan menyatakan
kehendaknya kepada pendengar dengan nada yang halus
dan hormat.
 Kata permintaan yang biasa digunakan ialah minta,
tolong dan mohon.
 Contoh:
 Minta perlahankan muzik itu.
 Tolong kemas barang-barang yang bersepah itu.
 Mohon semua orang bertenang dan bersabar.
AYAT SERUAN
 Ayat seruan bertujuan untuk melahirkan berbagai-bagai
perasaan seperti gembira, sedih, kagum, terkejut, geram
dan sebagainya.
 Gambaran perasaan penutur dapat dilihat pada jenis kata
seru yang digunakan, seperti wah, amboi, eh, ah, cis,
aduh, aduhai dan sebagainya.
 Ayat seruan dapat dikenal pasti melalui penggunaan
tanda seruan pada akhir ayat.
 Contoh:
 Aduh, sakitnya perutku!
 Oh, gadis manis itu rupanya!
 Amboi, cantik sungguh baju baharu kamu!

Anda mungkin juga menyukai