Anda di halaman 1dari 24

TAJUK 13

1. JENIS-JENIS AYAT
Disediakan oleh: Zainor Din Abu Hasan Anuar Md Yatim Zamri Jabar @ M. sanat

Dalam bahasa Melayu terdapat empat jenis ayat, iaitu :AYAT PENYATA JENISJENIS AYAT AYAT TANYA, AYAT SERUAN. AYAT PERINTAH
AYAT SURUHAN AYAT LARANGAN AYAT SURUHAN AYAT SILAAN

AYAT PENYATA
Ayat Penyata ialah ayat yang diucapkan dengan maksud membuat satu pernyataan.

Ayat penyata mempunyai tujuan untuk menyatakan atau memberi keterangan tentang sesuatu hal. Ayat ini juga disebut sebagai ayat berita atau ayat keterangan.

CONTOH AYAT PENYATA : 1. Nadiah seorang jurugambar. 2. Penjual sayur itu sentiasa tersenyum. 3. Abdullah sedang tidur. 4. Bunga ros itu harum baunya. 5. Dewan Bahasa dan Pustaka terlibat dengan

pembinaan dan pengembangan bahasa.

AYAT SERUAN
Ayat seruan ialah ayat yang diucapkan dengan nada atau intonasi seru untuk tujuan melahirkan suatu keadaan perasaan, seperti :GERAM SAKIT TAKUT

TAKJUB

MARAH

TERKEJUT

Dalam tulisan, intonasi seru digambarkan dengan tanda seru (!) yang diletakkan di akhir ayat, sama ada ayat itu didahului oleh kata seru atau tidak. Kata-kata seru yang biasa digunakan antaranya, ialah :Cis , Wah , Aduhai , Aduh , Eh , Oh , Syabas ,Amboi

CONTOH AYAT SERUAN 1) Amboi, garangnya kakak kamu itu! 2) Wah, besarnya rumah kamu! 3) Syabas, kamu berjaya menewaskan saingan kamu itu! 4) Cis, tak kusangka kau musuh dalam selimut!

AYAT TANYA
Ayat Tanya ialah ayat yang digunakan untuk tujuan menanyakan sesuatu hal.

Contoh :
Apa yang kamu buat di sini? Kamu hendak pergi ke mana?

AYAT TANYA

Partikel Kah Biasanya diletakkan pada hujung ayat seperti :

Dia ke sekolahkah ? Mereka berlepas pagi tadikah ?

ERTI . Ialah ayat tanya yang menggunakan kata tanya .

Ayat Tanya Dengan Kata Tanya


Ayat Tanya Dengan Kata Ganti Nama Tanya

Apa

Siapa
Mana

Benda itu apa ? Gurunya siapa ? Adik awak mana ?

Ayat Tanya Dengan Kata Tanya

AYAT PERINTAH
Definisi
Ayat yang mengandungi unsur arahan atau kemahuan yang kuat oleh penutur terhadap pendengar. Ayat diujarkan bertujuan untuk menimbulkan satu tindakan dan ditujukan kepada orang kedua seperti kamu , awak dan engkau yang biasanya digugurkan. Ayat ini terdiri dari ayat yang bertujuan untuk menyuruh , melarang , mempelawa dan meminta.

Ayat perintah diujarkan dengan intonasi rendah dan menurun dengan nada keras pada mana-mana perkataan yang hendak ditekankan maksudnya bertujuan untuk mendapat respon pendengar. Ayat perintah boleh disertakan dengan partikel lah. Ini kerana, tanpa partikel lah, nada suara ketika mengucapkannya dirasakan agak keras atau kasar. Dengan adanya partikel lah, maka nada suara pada akhir ayat menjadi rendah untuk melembutkan perintah.

Contoh:
Duduklah di tempat masing-masing

Ayat perintah ditandai dengan penggunaan kata khusus seperti jangan, usah, sila, jemput, tolong, minta dan sebagainya. Contoh Ayat Perintah: 1. Anda semua hendaklah hadir untuk menduduki peperiksaan. 2. Jangan tunjuk sikap buruk kamu itu. 3. Silalah ke pentas utama. 4. Tolong jaga kebersihan kawasan rumah masingmasing.

Ayat perintah dapat dibahagikan kepada 4 iaitu


Ayat Perintah

Ayat Larangan

AYAT SURUHAN

Secara umumnya ayat ini mempunyai susunan yang terdiri daripada subjek iaitu kata ganti nama diri orang kedua diikuti oleh predikat. Namun demikian, subjek kebiasaannya digugurkan, contoh:

:Tutup pintu itu.

Ayat yang sama boleh dilengkapi oleh subjek seperti berikut: :Awak tutup pintu itu.

contohnya: :Tutuplah pintu itu.

AYAT PERMINTAAN
Ayat permintaan ialah yang menggunakan kata permintaan seperti minta dan tolong dengan tujuan memohon permintaan dan pertolongan. Contoh-contoh ayat permintaan:

1. a) Minta tuan-tuan jelaskan yuran persatuan. b) Minta tuan benarkan kami masuk. c) Minta kamu semua bertenang.
2. a) Tolong tutup pintu depan itu. b) Tolong selesaikan pergaduhan ini. c) Tolong hantarkan jawapan sebelum hari Ahad.

AYAT LARANGAN

Ertinya ayat yang menggunakan kata larangan .


Contoh Kata Larangan

Tidak usah

Contoh ayat larangan :1. Jangan duduk di sini. 2. Janganlah menangis. 3. Usah kau pedulikan dia. 4. Usahlah dikenangkan lagi perkara itu. Contoh ayat larangan yang tidak menggunakan kata larangan :1. Dilarang merokok. 2. Ditegah membuang sampah di kawasan ini.

AYAT SILAAN
Ayat yang diucapkan untuk menjemput atau mempersilakan seseorang. Lazimnya digunakan pada permulaan ayat. Menggunakan kata silaan seperti sila dan jemput.

Boleh dilembutkan dengan menambah kata penegas-lah.


Contoh ayat:
1. Silalah lapangkan masa untuk menghadiri majlis kesyukuran tersebut. 2. Jemputlah duduk di bangku yang disediakan di ruang tamu.

Disediakan oleh , ZAINOR DIN ABU HASAN ZAMRI BIN JABAR @ M SANAT ANUAR MD YATIM PPG JUN 2011 UNIT BM3 / SEMESTER 5

Anda mungkin juga menyukai