Anda di halaman 1dari 26

PENGHARGAAN

Alhamdulillah syukur ke hadrat Ilahi dengan limpah kurniaNya dapatlah


saya menyiapkan tugasan ini dengan sempurna. Ucapan selawat dan salam ke
atas junjungan besar Nabi Muhammad S.A.W, rasul sekalian alam. Setinggi
penghargaan diucapkan dan jutaan terima kasih kepada guru pembimbing Tuan
Haji Nik Aminarrashed b. Nik Mahmood yang sentiasa memberi bimbingan
dan dorongan sepanjang tempoh menyiapkan tugasa ini. Jasamu amat saya
hargai. Semoga Allah jua membalas budi baikmu.

Saya juga ingin mengucapkan terima kasih kepada rakan-rakan


seperjuanngan yang sentiasa memberi dorongan dan semangat sepanjang
penyelidikan ini.

Penghargaan juga ditujukan kepada semua yang terlibat sama ada secara
langsung atau tidak langsung membantu menjayakan tugasan ini.

Buat keluarga tercinta terutamanya isteri tersayang Puan Roslezah bt.


Hussin dan putera – puteri yang dikasihi, Muhammad Refaudeen, Mersyta
Ruhe, Muhammad Rafeq, Muhammad Reezqan, Muhammad Remey , dan
Muhammad Radeen yang sentiasa menjadi perangsang semangat dan memberi
kekuatan untuk saya menyiapkan tugasan ini dengan jayanya. Kasih kalian
sentiasa mekar dalam ingatan.

Mohamad Rafe Ngah / 640805016209 1


PENDAHULUAN

Komsas ialah kata akronim bagi 'Komponen sastera' . Komsas merupakan


komponen dalam subjek bahasa Melayu yang diperkenalkan oleh Pusat
Perkembangan Kurikulum , Kementerian Pelajaran untuk pelajar Tingkatan 1 - 5
di di semua sekolah menengah.

Dalam subjek bahasa Melayu, setiap tingkatan diberi 2 buah buku iaitu
sebuah novel dan sebuah antologi . Apabila sampai ke tingkatan 3, mereka
sudah membawa 6 buah buku.

Novel yang dipilih terdiri daripada pelbagai genre yang dihasilkan oleh
novelis Malaysia - tidak semestinya Sasterawan Negara. Karya-karya
Sasterawan Negara dianggap berat , panjang dan hanya sesuai untuk bacaan
umum, bukan untuk tahap pemikiran pelajar PMR dan SPM. Kupasan novel
termasuk dalam Bahagian B Kertas Bahasa Melayu PMR dan membawa markah
10 % sahaja.

Antologi pula merupakan kumpulan pelbagai genre seperti puisi moden


dan puisi klasik , cerpen , sedutan teks klasik dan drama.

Komsas dilihat sebagai alternatif kepada subjek Sastera di tingkatan 4


dan 5 sebelum ini. Tidak ramai pelajar yang mengambil subjek Kesusasteraan
terutama sekali pelajar aliran sains. Sedangkan membaca bahan sastera dapat
membina kecekapan berbahasa dan membina kualiti minda dan keinsanan.
Komsas adalah merupakan satu medium untuk membentuk dan memantapkan
aspek emosi dan rohani, selaras dengan Falsafah Pendidikan Kebangsaan.
Melaluinya diharapkan emosi para pelajar dapat dibentuk dengan jayanya
melalui penghayatan bahan-bahan sastera yang ditetapkan.

Justeru itu konsep bersepadu dalam pendidikan KOMSAS telah berlaku.


Iaitu dari segi imu iaitu pengajaran KOMSAS menyepadukan ilmu kesusteraan
dengan ilmu bahasa. Selain itu berlaku juga penyepaduan dalam aspek bahan

Mohamad Rafe Ngah / 640805016209 2


pengajaran dimana bahan-bahan kesusteraan seperti cerpen , sajak, novel dan
sebagainya digunaka dalam pengajaran.

Matlamat utama pengenalan KOMSAS


☻ mempertingkatkan keupayaan pelajar di dalam penguasaan aspek
kebahasaan, keindahan dan kehalusan bahasa.

Objektif
☻ menerapkan minat membaca pelbagai bahan sastera di kalangan pelajar
☻ mempertingkatkan kemahiran berbahasa
☻ merangsang kemahiran menilai
☻ mengkritik pelbagai karya sasteradan akhir sekali untuk memupuk semangat
yakin diri.

Mohamad Rafe Ngah / 640805016209 3


ASPEK KOMSAS

Teknik plot
Watak dan perwatakan
Tema
Persoalan
Latar
Gaya bahasa
Sinopsis
Nilai murni
Pengajaran

TEKNIK PLOT

Cerpen ini menggunakan plot secara kronologi. Ceritanya lurus sahaja.


Annyss pergi ke planet Bumi. Dia bertemu dengan Akmal dan kemudian kembali
ke dimensi Alstonia.

Di dimensi Alstonia , Annyss menziarahi pusara ayahanda dan bondanya.


Dia bertafakur. Annyss didatangi Strenn, sepupunya. Strenn menggesa Annyss
supaya melupakan sahaja Eyrique. Menurut Strenn, jika Annyss memilihnya dia
akan diangkat menjadi Permaisuri Alstonia.

Annyss kembali ke istana. Annyss, teringat akan peristiwa perebutan


kuasa sehingga membawa kepada penculikan Eyrique. Penculikan Eyrique
membawa kepada permusuhan antara Annyss dengan Strenn.

Annyss pergi ke Rimba Besar Alstonia dan Akmal muncul di situ. Mereka
berusaha menjejaki Eyrique. Strenn pula muncul. Oleh yang demikian,
berlakulah pertempuran yang hebat antara Annyss, Eyrique dan Akmal dengan
Strenn dan konco-konconya. Strenn terbunuh.

Mohamad Rafe Ngah / 640805016209 4


Cerpen ini penuh dengan unsur saspens yang berjaya meruntun hati
pembaca. Kekalahan Strenn menjadi klimaks cerita. Bahagian peleraiannya ialah
usaha menyelamatkan Akmal.

WATAK & PERWATAKAN

Annyss Sophillea

Puteri dari Alstonia


Mempunyai kuasa luar biasa
Sepupu Strenn
Lemah lembut
Tegas
Berani

Eyrique Etiqaz

Saudara kembar Anyyss Sophillea


Diculik oleh Strenn
Mempunyai kuasa luar biasa

Strenn

Sepupu Annyss
Cuba merampas kuasa dan menduduki takhta Alstonia
Zalim
Tamak haloba
Memiliki kesaktian

Mohamad Rafe Ngah / 640805016209 5


Akmal

Penduduk Bumi
Sahabat baik Annyss
Jujur
Sanggup berkorban
Berani
Pintar

Tema

Perjuangan menentang kejahatan - Annyss Sophillea dan Akmal menentang


Strenn yang ingin merampas takhta kerajaan Alstonia.

Persoalan

Persahabatan yang murni antara penduduk dua planet yang berbeza


Sikap tamak akan kuasa dan sanggup melakukan kezaliman akan membawa
padah
Persahabatan murni memerlukan pengorbanan

LATAR

Latar Tempat

Bumi tempat asal Akmal


Rimba besar Alstonia
Terowong rahsia tenpat Eryrique disembunyikan
Pusara ayah dan ibu Annyss

Mohamad Rafe Ngah / 640805016209 6


Latar Masa

Masa akan datang – futuristik


10 hari di planet Bumi bersamaan 1 hari di dimensi Alstonia

Latar Masyarakat

Masyarakat di Bumi
Masyarakat di angkasaraya
Masyarakat yang mengamalkan kesaktian
Masyarakat mengamalkan sikap bekerjasama tanpa mengira kedudukan

Nilai

Keberanian – Annyss sanggup pergi ke merata-rata tempat untuk mencari


kembarnya Erique
Kegigihan – Annyss gigih mencari kembarnya walaupun mengahadapi
banyak rintangan
Kerjasama – Akmal datang ke Alstonia untuk menolong Annyss
Pengorbanan – Akmal sanggup berkorban dengan bertindak membunuh
Strenn walaupun tahu akan risikonya

Mohamad Rafe Ngah / 640805016209 7


1. Ulas karya tersebut dengan memberikan sinopsis dan nyatakan LIMA
pengajaran yang diperoleh berserta contoh yang tepat.

SINOPSIS

Annyss Sophillea datang dari planet Alstonia. Dia mengembara untuk


mencari kembarnya, Eyrique yang telah disembunyikan oleh Strenn. Strenn
berbuat begitu kerana mahu mewarisi takhta pemerintahan Alstonia sekaligus
mahu mengahwini Annyss.

Dalam kembaranya itu, Annyss bertemu dengan Akmal. Akmal


memahami masalah yang menimpa Annyss dan berhasrat membantunya. Dia
akhirnya berjaya menjejakkan kaki di Alstonia untuk bertemu dengan Annyss.
Mereka juga berjaya mengesan tempat Eyrique disembunyikan dan Eyrique
diselamatkan dengan bantuan Eustary.

Pada masa yang sama, Strenn dan konco-konconya tiba di situ. Pada
ketika itu, Eyrique terbayang akan peristiwa dia diculik dan disembunyikan
Strenn. Pada hari sepatutnya dia ditabalkan sebagai raja Strenn cuba
menyakitkan hati Eyrique termasuk memberitahu bahawa dia telah merampas
kekasih Eyrique, Sarlyn. Kini, Eyrique ingin membalas dendam. Nasib mereka
baik kerana kebetulan malam penghujung bintang Gemini. Menurut pesanan
bonda Annyss, kekuatan Annyss dan Eyrique akan bersatu untuk
menghapuskan musuh mereka.

Namun, Strenn telah mula mengasak Eyrique hingga menimbulkan


kebimbangan kepada Annyss. Semasa pertarungan itu Akmal menghalakan
senjatanya kepada Strenn lalu membunuhnya. Akmal telah melakukan
pengorbanan yang amat besar, iaitu sanggup mengorbankan nyawanya demi
memastikan keselamatan Eyrique.

Mohamad Rafe Ngah / 640805016209 8


Akmal reda menerima kematiannya akibat daripada tindakannya
membunuh Strenn. Namun, Eyrique dan Annyss telah berusaha untuk
menyelamatkannya.

PENGAJARAN CERPEN
1. Kita mestilah berkasih sayang sesama manusia
2. Kita mestilah sanggup melakukan pengorbanan dalam hidup
3. Kita harus berani mempertahankan hak dan menyuarakan pendapat
4. Kita perlu bekerjasama dalam melakukan sesuatu pekerjaan
5. Semangat setiakawan harus menjadi amalan hidup kerana kawan dapat
membantu kita semasa kita berada dalam kesusahan.

INTIPATI PENGAJARAN
Kita mestilah berkasih sayang sesama manusia
Dalam cerpen ini, kasih sayang merupakan unsur terpenting bagi membina
perhubungan antara Annyss dengan Eyrique Atas perasaan itu, Annyss sanggup
bersusah payah demi Eyrique.

Kita mestilah sanggup melakukan pengorbanan dalam hidup


Nilai pengorbanan juga dapat dilihat menerusi tindakan Akmal yang sanggup
mengorbankan dirinya demi Annyss dan Eyrique. Dalam konteks ini,
pengorbanannya begitu besar sehinggakan sukar untuk dinilai dengan harta
benda.

Kita harus berani mempertahankan hak dan menyuarakan pendapat


Nilai keberanian juga dapat dilihat dengan jelas menerusi cerpen ini. Annyss
berani menyuarakan kebenciannya terhadap Strenn. Eyrique berani
menyuarakan haknya kepada Strenn dan yang lebih penting, Akmal berani
mempertaruhkan nyawanya demi memastikan takhta menjadi milik Eyrique.
Aspek keberanian ini begitu dominan sehinggakan keberanian bertindak sebagai
pemangkin kepada kejayaan mereka mendapatkan hak mereka semula.

Mohamad Rafe Ngah / 640805016209 9


Kita perlu bekerjasama dalam melakukan sesuatu pekerjaan
Anyss, Eyrique dan Akmal berkerjasama dalam menewaskan Strenn. Keutuhan
semangat yang ditonjolkan mereka telah menyebabkan Strenn dapat ditewaskan
dengan mudah.

Kita harus mencontohi sikap setiakawan yang diketengahkan Akmal dan


Anyss. Meskipun dari dunia yang berbeza, mereka begitu rapat dan saling
membantu antara satu sama lain. Dalam usaha mencari Eyrique, Akmal telah
banyak membantu Anyss. Semasa bertarung dengan Strenn juga Akmal telah
terkorban demi menyelamatkan Anyss dan Eyrique.

Mohamad Rafe Ngah / 640805016209 10


2. Pilih SATU teknik pengajaran yang sesuai. Huraikan kewajaran teknik tersebut
dipilih. Kemudian, hasilkan sebuah rancangan pengajaran harian dengan
merujuk Sukatan Pelajaran KBSM.

TEKNIK PENGAJARAN

Pengajaran dan pembelajaran komponen sastera (komsas) selalunya


tidak menyeronokkan dan biasanya membosankan murid. Mengapakah keadaan
ini berlaku? Terdapat beberapa masalah yang dihadapi oleh guru dan murid
dalam pengajaran dan pembelajaran komponen sastera. Satu daripada
alasannya ialah guru tidak mendapat pendedahan tentang teknik pengajaran dan
pembelajaran komsas. Selain itu guru tidak berminat dengan sastera dan tidak
memiliki kemahiran tentang sastera.

Guru juga tidak berkeupayaan untuk menunjukkan contoh kepada murid


tentang cara-cara karya sastera itu dipersembahkan. Bagi murid pula, mereka
selalunya kurang berminat dengan komsas kerana teknik penyampaian guru itu
sendiri yang membosankan. Guru tidak menggunakan bahan bantu belajar untuk
menarik minat murid dan guru biasanya mengggunakan teknik yang
konvensional dan tidak berpusatkan murid. Oleh yang demikian guru-guru
haruslah menukar teknik pengajaran dan pembelajaran komsas yang kurang
menarik yang diamalkan sebelum ini. Teknik yang dicadangkan ini juga
berpusatkan murid dan menggalakkan mereka menggunakan bakat, kreativiti
dan pengetahuan sedia ada murid dalam menjalankan aktiviti di dalam kelas.

Pengajaran dan pembelajaran komponen sastera (komsas) selalunya


tidak menyeronokkan dan biasanya membosankan murid. Mengapakah keadaan
ini berlaku? Terdapat beberapa masalah yang dihadapi oleh guru dan murid
dalam pengajaran dan pembelajaran komponen sastera. Satu daripada
alasannya ialah guru tidak mendapat pendedahan tentang teknik pengajaran dan
pembelajaran komsas. Selain itu guru tidak berminat dengan sastera dan tidak

Mohamad Rafe Ngah / 640805016209 11


memiliki kemahiran tentang sastera. Guru juga tidak berkeupayaan untuk
menunjukkan contoh kepada murid tentang cara-cara karya sastera itu
dipersembahkan. Bagi murid pula, mereka selalunya kurang berminat dengan
komsas kerana teknik penyampaian guru itu sendiri yang membosankan. Guru
tidak menggunakan bahan bantu belajar untuk menarik minat murid dan guru
biasanya mengggunakan teknik yang konvensional dan tidak berpusatkan murid.
Oleh yang demikian guru-guru haruslah menukar teknik pengajaran dan
pembelajaran komsas yang kurang menarik yang diamalkan sebelum ini. Teknik
yang dicadangkan ini juga berpusatkan murid dan menggalakkan mereka
menggunakan bakat, kreativiti dan pengetahuan sedia ada murid dalam
menjalankan aktiviti di dalam kelas.

Teknik pengajaran dan pembelajaran komsas yang dimaksudkan adalah seperti


yang berikut:

(a) Teater Pembaca


(b) Teater Bercerita
(c) Persidangan Meja Bulat
(d) Monodrama
(e) Balang Kaca
(f) Stesen
(g) Kerusi Panas
(h) Peta Minda
(i) Improvisasi
(j) Mestamu
(k) Dekon
(l) Adaptasi

Mohamad Rafe Ngah / 640805016209 12


(a) Teater Pembaca

• Melibatkan beberapa orang murid yang membaca skrip sesebuah cerita di


hadapan kelas.
• Mengutamakan penggunaan suara, sebutan, gerak badan dan mimik muka
sahaja.
• Membantu penonton (murid) memahami, menghayati dan merasakan cerita itu
seolah-olah sedang berlaku di hadapan mereka.
• Pelajar lain boleh mencatat maklumat penting berdasarkan aktiviti yang
dijalankan.
• Teknik ini sesuai untuk genre drama, cerpen, dan prosa klasik.

(b) Teater Bercerita

• Melibatkan seorang pencerita dan digabungkan dengan beberapa orang


pelakon.
• Pencerita akan menyampaikan cerita, dan pelakon beraksi mengikut watak
dalam cerita tersebut.
• Guru atau murid boleh menyediakan skrip terlebih dahulu.
• Murid lain boleh mencatat maklumat berdasarkan arahan guru.
• Teknik ini sesuai untuk genre drama, cerpen, novel, dan prosa klasik.

(c) Persidangan Meja Bulat


• Perbincangan dilakukan secara berkumpulan.
• Seorang murid menjadi ketua untuk mempengerusikan perbincangan dan
seorang pencatat.
• Perbincangan berfokus pada isu yang ditetapkan oleh guru.
• Semua anggota kumpulan mesti memberi pendapat semasa perbincangan
dijalankan.
• Wakil kumpulan akan membentang dapatan atau hasil perbincangan.

Mohamad Rafe Ngah / 640805016209 13


• Masa perbincangan 15 – 20 minit.
• Guru memantau dan membimbing kumpulan semasa perbincangan dijalankan.
• Teknik ini sesuai untuk semua genre sastera.

(d) Monodrama
• Satu teknik lakonan yang dilakonkan oleh seorang pelakon (murid)
• Pelakon mesti menghayati watak yang dipilih.
• Pelakon berusaha untuk meluahkan rasa hati supaya dapat menjelaskan
peranan dan tindakan watak dalam sesuatu karya.
• Berdasarkan lakonan itu, murid lain dapat menilai perwatakannya dan
perwatakan individu lain.
• Teknik ini sesuai untuk genre drama, cerpen, novel, dan prosa klasik.

(e) Balang Kaca


• Seorang murid berlakon sebagai watak utama.
• Murid-murid lain berlakon sebagai watak-watak lain dan mengelilingi watak
utama.
• Watak-watak lain memberi pandangan terhadap watak utama.
• Watak utama tidak bercakap tetapi boleh memberi respons melalui mimik
muka, gerak tubuh dan sebagainya.
• Teknik ini sesuai untuk genre drama, cerpen, novel, dan prosa klasik.

(f) Kerusi Panas


• Seorang murid dikehendaki memainkan peranan sebagai satu-satu watak.
• Murid berkenaan duduk di kerusi di hadapan kelas.
• Murid-murid lain mengajukan pertanyaan berkaitan perwatakan watak
berkenaan.
• Murid yang duduk di kerusi mesti menjawab soalan sebagai watak yang sedang
dilakonkannya.
• Pelajar lain mencatat perwatakan watak-watak dalam Lembaran Pengurusan
Grafik (LPG) yang disediakan.

Mohamad Rafe Ngah / 640805016209 14


• Teknik ini sesuai untuk genre drama, cerpen, novel, dan prosa klasik.

(g) Improvisasi
• Aktiviti lakonan secara spontan yang mengisahkan kejadian, peristiwa atau
situasi sebenar.
• Dijalankan dalam kumpulan antara 2 – 5 orang murid.
• Mereka diberi masa 10 – 15 minit untuk berfikir dan menyusun dialog.
• Teknik ini sesuai untuk genre drama, cerpen, novel, dan prosa klasik.

(h) Stesen
• Murid mencari maklumat secara berkumpulan dari satu stesen ke satu stesen.
• Maklumat di setiap stesen berbeza-beza berdasarkan arahan guru.
• Murid perlu pergi ke semua stesen untuk melengkapkan maklumat.
• Teknik ini sesuai untuk semua genre sastera.

(i) Peta Minda


• Murid mencatatkan maklumat tentang sesuatu aspek dalam bentuk peta minda.
• Peta minda boleh disediakan oleh guru lebih awal, atau pelajar sendiri
membina peta minda itu.
• Teknik ini sesuai untuk semua genre sastera.

(j) Mestamu
• Murid melagukan sajak atau puisi tanpa muzik.
• Gunakan melodi lagu yang diminati/popular dan gantikan seni kata/lirik lagu itu
dengan sajak atau puisi yang dipelajari.
• Murid lebih mudah mengingati sajak/puisi.
• Teknik ini sesuai untuk puisi seperti sajak, pantun, syair, gurindam, dan seloka.

(k) Dekon
• Seorang murid mendeklamasikan sajak atau puisi.
• Seorang atau beberapa orang murid melakonkan aksi yang sesuai dengan

Mohamad Rafe Ngah / 640805016209 15


maksud sajak/puisi
• Murid lebih mudah mengingati sajak/puisi.
• Teknik ini sesuai untuk sajak.

(l) Adaptasi
• Murid mencipta karya dalam bentuk genre lain berdasarkan sesuatu genre.
Misalnya, menulis pantun atau syair berdasarkan cerpen; menulis skrip drama
berdasarkan sajak atau menulis sajak berdasarkan novel.
• Dapat mempelbagaikan kemahiran dan meningkatkan kreativiti murid.
• Teknik ini sesuai untuk semua genre sastera.

Guru-guru bolehlah mencuba teknik-teknik yang telah dikemukakan tadi


semasa mengajarkan komsas di dalam kelas. Semoga teknik tersebut tidak
membosankan murid malahan boleh menarik minat dan perhatian mereka untuk
mempelajari komsas dan sastera secara amnya. Di samping itu, pakar-pakar
kemahiran belajar mengatakan bahawa pengajaran dan pembelajaran yang
berkesan ialah pengajaran dan pembelajaran yang menarik. Pembelajaran yang
menarik pula sudah tentu akan meninggalkan kesan yang mendalam terhadap
pengetahuan murid. Diharapkan juga agar minat murid-murid tersebut
disuburkan oleh guru yang mengajarkan komsas dengan memberikan bimbingan
bukan sahaja untuk mengkaji aspek sastera malahan berupaya untuk
menghasilkan karya sastera seperti sajak, pantun, gurindam, cerpen dan novel.

Mohamad Rafe Ngah / 640805016209 16


TEKNIK PILIHAN : Improvisasi

Untuk tugasan ini, saya telah memilih teknik improvisasi sebagai teknik
pengajaran dalam melengkapkan tugasan ini. Pada pendapat saya, teknik ini
adalah yang paling sesuai dijalankan untuk menjalani sesi pengajaran cerpen
dalam kelas.

Apakah yang dimaksudkan dengan teknik improvisasi? Menurut modul


Pengajaran Kesusasteraan Melayu dan Kemahiran Berbahasa, improvisasi ialah
lakonan spontan yang terdiri daripada kumpulan kecil, yang skripnya diolah
daripada isi atau peristiwa yang terdapat dalam genre sastera yang diajarkan.

Oleh sebab soalan meminta untuk memilih karya sastera cerpen, maka
teknik improvisasi adalah teknik terbaik bagi mengetengahkan jalan cerita cerpen
yand dipilih, iaitu Anyss Sophillea. Melalui teknik improvisasi, para pelajar lebih
mengetahui tentang cerpen yang sedang dibincangkan dengan lebih mendalam.

Teknik improvisasi merupakan aktiviti lakonan secara spontan yang


mengisahkan kejadian, peristiwa atau situasi sebenar. Proses pengajaran dan
pembelajaran menjadi lebih menarik dengan tenknik ini. Selain guru, para pelajar
juga lebih terhibur dan menghayati cerpen dengan lebih mendalam. Teknik ini
merupakan salah satu teknik yang sama sekali berlainan dengan teknik kapur
dan papan hitam.

Dijalankan dalam kumpulan antara 2 – 5 orang pelajar. Para pelajar akan


dibahagi kepada beberapa kumpulan kecil. Mereka diberi masa 10-15 minit
untuk berfikir dan menyusun dialog. Para pelajar lebih berasa relaks dan tenang
untuk mempelajari cerpen ini. Di samping itu, secara tidak langsung semangat
kerjasama dapat diwujudkan antara mereka. Masiing-masing berganding bahu
untuk menyiapkan tugasan yang diberi oleh guru. Para pelajar juga akan lebih
berdisiplin kerana turut mempelajari untuk menepati masa mengikut masa yang

Mohamad Rafe Ngah / 640805016209 17


ditetapkan. Hubungan para pelajar dengan pelajar serta pelajar dengan guru
juga lebih erat.

Melalui teknik improvisasi juga, para pelajar lebih memahami cerpen yang
dipelajari. Mereka akan menghayati setiap rentetan peristiwa yang berlaku dalam
cerpen dan boleh mengemukakan nilai-nilai penting, pengajaran, persoalan-
persoalan dan tema dengan tepat. Mereka juga dapat berfikir dengan lebih
kreatif dan kritis dalam menceritakan semula peristiwa dalam cerpen dengan
teknik dan cara tersendiri.

Walaupun demikian, pengajaran tidak menggunakan sepenuhnya teknik


improvisasi. Guru akan memberikan nilai-nilai dan pengajaran dalam cerpen di
akhir pengajaran. Kolaborasi antara kaedah improvisasi dan kesimpulan adalah
amat baik untuk teknik mengajar bagi cerpen ketika dalam kelas.

Mohamad Rafe Ngah / 640805016209 18


RANCANGAN PENGAJARAN HARIAN
Genre : Cerpen
Tingkatan : 4
Masa : 80 minit
Bilangan Pelajar : 27 orang
HASIL PEMBELAJARAN

FOKUS UTAMA
1.0 Mengenal pasti dan menyatakan gambaran keseluruhan, idea utama dan isi
penting dan isi relevan tentang bahan yang didengar, dibaca, dan ditonton
Aras 1 (ii) Mendengar dan mengemukakan persoalan pokok, isi penting
dan kurang penting dalam pelbagai bahan.

FOKUS SAMPINGAN
2.0 Meneliti maksud tersurat dan tersirat daripada sesuatu bahan.
Aras 1 (v) Menganalisis maksud tersurat dan tersirat untuk mendapatkan
pemahaman yang menyeluruh serta mesej yang ingin disampaikan.
OBJEKTIF
Pada akhir pengajaran ini, pelajar dapat:
Mengenal pasti peristiwa-peristiwa yag terdapat dalam cerpen
Menghuraikan urutan peristiwa dalam cerpen dengan bahasa sendiri
SISTEM BAHASA
Morfologi – Golongan kata: kata tugas
PENGISIAN KURIKULUM
Ilmu: Kemasyarakatan – Pendidikan Sastera
Nilai: Kerjasama, kasih sayang, persahabatan
KEMAHIRAN BERNILAI TAMBAH
Kemahiran Berfikir: Menjana idea dan membuat urutan
Strategi: Konstruktivisme dan kontekstual
BAHAN BANTU MENGAJAR
Borang grafik, teks cerpen. Teks dialog

Mohamad Rafe Ngah / 640805016209 19


LANGKAH PENGAJARAN

LANGKAH ISI PELAJARAN AKTIVITI CATATAN


Induksi set Sketsa ringkas: Setiap murid
(5 minit) Peristiwa Anyss mendapat edaran
Sophillea mencari sinopsis
Eyrique,
kembarnya.
Langkah 1 Urutan peristiwa Pelajar diberi KBKK
(20 minit) Anyss Sophillea borang grafik, dan
mereka diminta
mengisikan urutan
peristiwa dalam
ruangan yang
dikhaskan.

Guru meminta
beberapa orang
pelajar
membacakan
urutan peristiwa
yang ditulis.
Langkah 2 Babak-babak Guru mengagihkan KBKK
(15 minit) dalam Annyss pelajar kepada
Sophillea beberapa
kumpulan kecil.

Setiap kumpulan
dibahagi kepada
babak-babak.

Ketua kumpulan

Mohamad Rafe Ngah / 640805016209 20


dan ahli-ahli
berbincang dan
membina dialog.
Langkah 3 Gaya bahasa Setiap kumpulan Setiap murid
(30 minit) Teknik mempersembahka melihat lakonan
penyampaian n hasil rakan-rakan.
perbincangan
masing-masing
melalui teknik
lakonan.
Penutup Nilai-nilai Guru menyatakan
(10 minit) pengajaran kesimpulan
Annyss Sophillea pengajaran.

Guru menegaskan
aspek nilai-nilai
yang terdapat
dalam pengajaran
cerpen tersebut.

KESIMPULAN

Mohamad Rafe Ngah / 640805016209 21


KOMSAS ialah akronim kepada komponen Kesusteraan Melayu. Ianya telah
mula diperkenalkan pada tahun 2001 dengan tujuan untuk mendedahkan unsur
sastera kepada semua pelajar. Komsas telah diselitkan dalam pengajaran
Bahasa Melayu. Dalam Komsas telah diperuntukkan dua waktu pengajaran
dalam seminggu. Komsas berperanan untuk memantapkan aspek emosi dan
pada masa yang sama , ia akan mewujudkan variasi dalam pengajaran Bahasa
Melayu. Terdapat pelbagai teknik yang boleh digunakan dalam pengajaran
Komsas yang boleh dipecahkan kepada tiga kelompok yang besar iaitu

1. lakonan, teater pembaca dan teater bercerita


2. kerusi panas dan main peranan
3. improvisasi, tatacerita dan mestamu

Dalam pengajaran Bahasa Melayu. Komsas telah dimasukkan di dalam hasil


pembelajaran estetik. Secara umumnya diharapkan melalui pengajaran ini dapat
mempertingkatkan keupayaan pelajar di dalam penguasaan aspek kebahasaan,
keindahan dan kehalusan bahasa. Terdapat senarai karya yang telah ditetapkan
oleh Kementerian Pelajaran Malaysia. Gerne sastera yang dimaksudkan adalah
novel, cerpen, drama, sajak, puisi tradisional dan prosa tradisional.

BORANG GRAFIK

Mohamad Rafe Ngah / 640805016209 22


BIL URUTAN PERISTIWA CATATAN

CONTOH PETIKAN DIALOG

Mohamad Rafe Ngah / 640805016209 23


Babak: Babak Annyss, Akmal & Eyrique menentang Strenn
Jumlah 4orang
pelakon:
Masa: 5 minit
Watak: Annyss, Eyrique, Akmal, Strenn

*Strenn dan konco-konconya telah menanti mereka bertiga.


Eyrique: Strenn! (dalam nada terkejut berbaur geram)

Strenn: Mawarku sudah disuntig orang rupanya, padanlah semakin


tajam durinya sekarang. (dengan nada sinis)

Annyss: (memandang Strenn dengan jijik)

Akmal: (Tersipu-sipu namun geram melihat Strenn)

Strenn: Eyrique Etiqaz, perwira terbilang Alstonia, mahu ke mana


sekarang?
Eyrique: Hentikan madah pincangmu, Strenn. Aku kembali menuntut
hakku!

Strenn: Ya? Yang mana satu? Banyak milikmu telah kurampas termasuk
kasihmu, Sarlyn! Hahaha!
Eyrique: Jahanam kau Strenn!

*Suatu bebola api menuju ke arah Akmal. Annyss menepis dengan pantas.
Akmal terpinga-pinga. Strenn menggenggam penumbuk tanda geram.

Eyrique: Itu saja persembahan kau yang terbaik, Strenn?

Strenn: Kau takkan menjamah bau mahligai Alstonia lagi, Eyrique!

*Strenn dan Eyrique masing-masing mengumpul tenaga untuk menyerang satu


sama lain. Kemudian Strenn menyerang Eyrique. Eyrique bertahan. Saling
balas-membalas serangan. Kemudian Akmal bangkit menyerang Strenn. Strenn

Mohamad Rafe Ngah / 640805016209 24


cedera, Akmal rebah. Annyss pergi ke arah Akmal.

RUJUKAN

1. http://khirkassim.blogspot.com/2008/05/teknik-p-komsas-pmr-dan-
spm.html
2. http://www.scribd.com/doc/16591090/Rancangan-Pelajaran-bahasa-
Malaysia-Tingkatan-4
3. Antologi Anak Laut Tingkatan 4

Mohamad Rafe Ngah / 640805016209 25


4. Analisis Komprehensif Anak Laut – Cerdik Publications

Mohamad Rafe Ngah / 640805016209 26

Anda mungkin juga menyukai