Anda di halaman 1dari 1

Saturday, September 5, 2009

PEMAHAMAN ANNYSS SOPHILLEA


1. Apakah akibat yang diterima oleh Akmal setelah menembak Strenn ? Mengapakah
perkara tersebut berlaku?
Setelah menembak Strenn, Akmal tumbang. Perkara tersebut berlaku kerana di Alstonia
orang yang membunuh akan mati bersama-sama orang yang dibunuh.

2. Pada pendapat anda, mengapakah Akmal bertindak menembak Strenn?


Pada pendapat saya, Akmal bertindak menembak Strenn kerana Akmal bimbang Eyrique
akan tewas. Akmal berusaha untuk menyelamatkan nyawa Eyrique dan sanggup
berkorban demi persahabatannya dengan Annyss. Akmal juga bertindak menembak
Strenn kerana dia merupakn seorang yang jahat/kejam/sombong.

3. Huraikan dua nilai kemanusiaan berdasarkan petikan di atas dan dua nilai
kemanusiaan lain yang terdapat dalam cerpen tersebut.
Nilai kemanusiaan dalam petikan ialah tolong menolong. Hal ini dibuktikan melalui
tindakan Akmal membantu Eyrique . Nilai kedua dalam petikan ialah nilai keberanian.
Nilai ini ditunjukkan melalui tindakan Akmal berani menembak Strenn. Nilai
kemanusiaan dalam cerpen ialah nilai kegigihan. Hal ini dibuktikan oleh Annyss yang
tabah dalam usaha mencari Eyrique. Nilai kedua dalam cerpen ialah nilai keberanian.
Nilai ini digambarkan melalui tindakan Annyss yang berani menggembara ke bumi
seorang diri. Nilai kemanusiaan seterusnya ialah amanah. Hal ini ditunjukkan melalui
Annyss yang berusaha menunaikan wasiat ayahanda dan bondanya.

4. Apakah yang dimaksudkan dengan meremangkan bulu tengkuknya berdasarkan


petikan di atas?
Maksud meremangkan bulu tengkuknya berdasarkan petikan ialah Annyss berasa
seram/takut.

5. Mengapakah Akmal pergi ke planet Alstonia?


Akmal pergi ke planet Alstonia kerana pada setiap malam dia bermimpi akan Annyss
menyebabkan dia berasa seolah-olah terdengar suara Annyss yang memerlukannnya.
Akmal juga pergi ke sana kerana sudah seminggu dia dan Annyss tidak berjumpa dan hal
ini menyebabkannya berasa canggung kerana ketiadaan Annyss.

6. Pada pendapat anda wajarkah Akmal menyusuri Annyss ke Alstonia?


Pada pendapat saya, wajar bagi Akmal menyusuri Annyss ke Alstonia kerana dia ingin
bertemu Annyss bagi melepaskan rasa rindu dan menguatkan lagi ikatan persahabatan
antara mereka. Akmal juga ingin membuktikan kesetiaan dalam persahabatan dengan
cara membantu Annyss.
ATAU
Pada pendapat saya tidak wajar Akmal menyusuri Annyss ke Alstonia kerana Alstonia
merupakan negara asing bagi Akmal. Saya berpendapat bahawa Akmal mungkin
mengalami pelbagai cabaran di Alstonia di samping terpaksa meninggalkan keluarga di
bumi

Anda mungkin juga menyukai