Anda di halaman 1dari 68

KOLEKSI

SOALAN KBKK
BAHASA MELAYU SPM 2010
KERTAS 2

 2 ( b ) CERPEN / DRAMA
 2 ( c ) PROSA KLASIK
 2 ( d ) PUISI LAMA / SAJAK
Diselenggara oleh:
RONNIE LEONG KIM FUI
GC BAHASA MELAYU
SMK LIKAS, KOTA KINABALU
SOALAN 2 ( b ) CERPEN

1. ANNYSS SOPHILLEA

Pada pendapat anda, apakah keburukan mengamalkan system pengganti maharaja secara
warisan?
 berlaku perebutan kuasa dalam kalangan putera raja / kaum kerabat raja
 masalah mencari pengganti sekiranya pewaris belum dewasa
 tidak berpeluang memilih pemimpin yang berwibawa kerana pewaris mesti mengikut
keturunan walaupun orang berkenaan tidak berwibawa

Pada pendapat anda, mengapakah perbuatan merampas hak orang lain adalah salah di sisi
undang-undang?
 perbuatan itu keji / tidak bermoral / bertentangan dengan norma social
 menimbulkan kemarahan / pergaduhan perasaan tidak puas hati
 menyebabkan kesusahan / kerugian kepada orang lain

Berikan pendapat anda tentang cara pemerintahan di Alstonia dan kesannya.


 merupakan suatu amalan yang biasa dilaksanakan di kebanyakan negara
 kesan baik - jika diamalkan mengikut syarat dan secara adil
 kesan buruk – jika menimbulkan perebutan kuasa / pertelingkahan keluarga

Pada pendapat anda, apakah akibatnya jika wasiat itu gagal ditunaikan oleh Annyss?
 negara Alstonia akan diperintah oleh Strenn
 Alstonia akan mengalami huru-hara / tidak tenteram kerana Strenn zalim
 Strenn akan menjadi maharaja

Mengapakah Annyss Sophilea menghamburkan kata-kata yang kasar kepada Strenn? Beri
pendapat anda.
 marah kepada Strenn kerana menyembunyikan sepupunya Eyrique
 benci dengan perangai Strenn
 tidak mahu menjadi isteri Strenn

Pada pendapat anda, mengapakah Annyss ingin memberitahukan sesuatu yang belum diketahui
oleh Akmal?
 kerana dia hendak menyedarkan Akmal tentang perbezaan dunia mereka
 ingin menyatakan bahawa Alstonia dan Bumi merupakan dua dunia yang berbeza
 ingin menolak kemumgkinan berlakunya perhubungan antaranya dengan Akmal

Pada pendapat anda, wajarkah Strenn ditentang oleh Annyss dan Eyrique? Mengapa?
Wajar.
 Strenn telah merampas takhta kerajaan Alstonia yang sepatutnya diwarisi oleh Annyss
dan Eyrique
 Strenn membelot dan membuat pakatan menculik Eyrique pada malam dia ditabal
menggantikan ayahandanya
 tindakan Strenn memisahkan kembar telah melemahkan kuasa mereka

Buktikan Akmal ikhlas dan jujur dalam hubungannya dalam Annyss Sophilea.
 Akmal sanggup mengorbankan nyawanya demi keselamatan sahabatnya
 kesanggupan Akmal menjejaki sahabatnya walaupun sahabatnya itu tingggal di alam
yang jauh berbeza
 kesanggupan Akmal meninggalkan Bumi untuk mengikut sahabatnya

2
Pada pendapat anda, apakah kesan pergaduhan antara sesame ahli keluarga?
 hubungan sesame ahli keluarga akan renggang
 hilang perasaan hormat-menghormati antara satu sama lain
 sukar untuk mendapat bantuan daripada ahli keluarga sekiranya menghadapi masalah

Pada pendapat anda, apakah kaedah terbaik bagi Eyrique untuk menentang Strenn?
 dengan mengunakan kaedah pujukan agar Strenn menerima kenyataan sebenar
 mencari bukti bahawa Eyrique ialah pewaris kerajaan Alstonia
 menggunakan tipu helah agar Strenn dapat ditewaskan tanpa penggunaan senjata dan
kuasa sakti

Sekiranya anda Akmal, apakah yang akan anda lakukan untuk membantu Annyss?
 menyelamatkan kembarnya, Eyrique
 berhadapan dengan Strenn yang cuba memisahkan Annyss dengan Eyrique
 membantu Annyss mempertahankan takhta kerajaan Alstonia

Jelaskan usha yang dilakukan oleh Anyss dan Eyrique untuk menyelamatkan Akmal.
 meletakkan tangan di atas luka yang tidak kelihatan pada dada Akmal
 memasukkan kesaktian cahaya kebiruan ke dalam dada Akmal
 sama-sama akan merasai kesaktian yang berlaku kepada Akmal

Pada pendapat anda, apakah reaksi Eyrique apabila melihat Akmal bersama-sama dengan
Annyss?
 berkenalan dengan Akmal
 gembira kerana Akmal membantu Annyss mencarinya
 hairan melihat Akmal yang belum pernah dikenalinya

Pada pendapat anda, mengapakah Annyss Sophilea memberitahu Strenn bahawa dia telah
menjumpai Eyrique?
 untuk membuat Strenn terkejut
 untuk menyakitkan hati Strenn
 untuk menewaskan keegoan Strenn

Andaikan anda Akmal, apakah reaksi anda setelah sampai di Alstonia?


 berasa sangat gembira/riang
 mengucapkan terima kasih kepada Annyss kerana memberikan kalung yang
membolehkannya memanggil eustary
 cepat berusaha menyesuaikan diri dengan perbezaan masa

Jika anda Akmal, apakah yang anda lakukan sebelum ke Alstonia?


 mendapatkan maklumat tentang peredaran masa di Alstonia
 mengetahui undang-undang di Alstonia
 menyediakan pertahanan diri semasa berada di alam lain

Pada pendapat anda, apakah perasaan dan hasrat Akmal yang sebenarnya terhadap Annyss?
 Akmal mengasihi malah mencintai Annyss
 Akmal tidak sampai hati berpisah dengan Annyss
 Akmal tidak mahu Annyss meninggalkan Bumi

Pada pendapat anda, apakah yang mendorong Strenn melakukan pelbagai kejahatan
sebagaimana yang terkandung dalam cerpen ini?
 gila akan kuasa
 tamak akan harta
 lebih mementingkan unsur material daripada nilai kejiwaan

3
Pada pendapat anda, wajarkah segala perbuatan Strenn itu? Mengapa?
Tidak wajar
 Strenn tidak seharusnya merampas sesuatu yang bukan miliknya
 perbuatan Strenn merampas kekasih orang adalah suatu perbuatan yang keji
 Strenn tidak seharusnya mementingkan kebendaan lebih daripada nilai kemanusiaan

Wasiat bermaksud kehendak yang penghabisan atau pesan yang terakhir yang disampaikan oleh
seseorang kepada pewarisnya. Bincangkan kemaslahatan wasiat daripada pewasiat kepada
pewarisnya dalam arus globalisasi kini.
 untuk mengelakkan perebutan harta pusaka antara adik-beradik
 untuk mengagihkan harta pusaka secara adil demi mengelakkan pergaduhan
 mendidik manusia agar sentiasa mensyukuri nikmat dan rezeki yang diberikan-Nya
 mengingatkan manusia bahawa harta dunia merupakan pinjaman-Nya dan tidak dapat
dibawa ke alam barzakh
 manyedarkan manusia bahawa hidup dan mati adalah atas ketentuan Ilahi

Pada pendapat anda, bagaimanakah caranya untuk mengatasi masalah perebutan takhta antara
Strenn dengan Eyrique?
 kedua-duanya hendaklah berunding/bermuafakat
 menyerahkan kepada rakyat untuk membuat keputusan melalui pilihan raya
 Strenn hendaklah mengalah dan menyerahkan takhta kepada Eyrique
 Annyss hendaklah berkahwin dengan syarat Strenn bersetuju menyerahkan takhta
kepada Eyrique

Pada pendapat anda, wajarkah Akmal menembak Strenn? Berikan alasan anda.
Wajar
 pergaduhan itu akan menyebabkan kedua-duanya terkorban
 sebagai sahabat, seseorang itu perlu berkorban
 Akmal merupakan orang asing dalam pergaduhan tersebut
Tidak wajar
 Akmal boleh menasihati Annyss supaya menamatkan persengketaan
 kerana peraturan aneh di Alstonia, iaitu orang yang menyakiti orang lain akan turut sakit/
orang yang membunuh akan turut terbunuh
 Akmal boleh menggunakan pendekatan seperti menjadi orang tengah untuk
mendamaikan persengketaan tersebut

Pasangan kembar dikatakan sangat istimewa kerana mempunyai hubungan yang sangat erat .
Pada pendapat anda, apakah ciri-ciri istimewa yang terdapat pada setiap pasangan kembar?
 rupa paras yang ada persamaan
 deria rasa mereka boleh dirasai sesama sendiri secara serentak
 persamaan dari segi persifatan

Pada pendapat anda wajarkah Akmal menyusuri Annyss ke Alstonia?


Wajar
 ingin bertemu Annyss
 bagi melepaskan rasa rindu
 menguatkan lagi ikatan persahabatan
 membuktikan kesetiaan dalam persahabatan
 untuk membantu Annyss
Tidak wajar
 Alstonia merupakan negara asing bagi Akmal/tidak biasa di tempat orang
 Akmal kemungkinan mengalami pelbagai cabaran di Alstonia
 terpaksa meninggalkan keluarga di bumi
 keselamatannya belum tentu terjamin

4
Pada pendapat anda, mengapakah Akmal bertindak menembak Strenn?
 Akmal bimbang Eyrique akan tewas
 Akmal hendak menyelamatkan nyawa Eyrique
 Akmal sanggup berkorban demi persahabatannya dengan Annyss
 Strenn seorang yang jahat/kejam/sombong

Pada pendapat anda, mengapakah Strenn ingin menguasai takhta Alstonia?


 ingin menjadi pemerintah/raja Alstonia
 ingin mengahwini Annyss Sophillea
 ingin menamatkan kuasa warisan keluarga Eyrique
 mahu dihormati/disanjung
 mahu memiliki kekayaan negara

Sekiranya anda ialah Eyrique, apakah tindakan yang akan anda lakukan untuk membebaskan diri
anda daripada bilik kurungan tersebut?
 bertapa untuk menguatkan ilmu batiniah supaya dapat berhubung dengan Annyss
melalui komunikasi minda walaupun berada berjauhan
 menggunakan tipu helah untuk melepaskan diri daripada bilik kurungan
 cuba mengorek lubang dengan apa-apa juga peralatan yang terdapat di dalam bilik
kurungan tersebut secara sedikit-sedikit

Jika anda ialah Eyrique, apakah usaha-usaha yang anda akan lakukan supaya pertarungan
dengan Strenn tidak berlaku?
 berbincang dengan diplomasi agar tidak bertarung
 berjanji memberikan ganjaran jika sanggup berdamai
 berjanji memberikan kedudukan yang mulia semasa pemerintahannya

Apakah pandangan kamu tentang persahabatan antara Annyss dengan Akmal?


 unik kerana mereka dari planet yang berbeza
 murni kerana kedua-duanya menjalinkan persahabatan dengan ikhlas
 menghadapi kesukaran dalam bersahabat kerana perbezaan budaya dan cara hidup

Pada pendapat anda, mengapakah Akmal terkejut apabila Annyss memberitahunya bahawa
Eyrique Etiqaz itu kembarnya?
 dia beranggapan bahawa Eyrique Etiqaz ialah tunang Annyss
 mereka berdua kembar tidak seiras
 paras rupa mereka berlainan

Pada pendapat anda, mengapakah Eyrique diculik? Bagaimanakah Strenn melemahkan


kekuatan Eyrique?
 Strenn hendak merampas kuasa daripadanya
 menculik Sarlyn, kekasih Eyrique
 menculiknya dan memisahkan Eyrique daripada Annyss

Andaikan anda Annyss Sophillea, bagaimanakah anda memujuk Strenn supaya bersetuju
Eyrique dimahkotakan sebagai raja?
 menjadikan Sternn sebagai pensihat kepada Eyrique.
 memenuhi segala tuntutan Sternn.
 memberi kepada Sternn anugerah kebesaran kerajaan Astonia.
 berjanji untuk mengahwini Strenn
 berpura-pura menyayangi Strenn

Pada pendapat anda, apakah cara-cara untuk menjaga hati dan perasaan sahabat anda?
 tidak menyindir/bercakap dengan nada sinis
 berterus terang

5
 tidak menyakitkan hati
 sedia berkongsi masalah

 menggunakan bahasa yang lembut/sopan santun

Jika anda Annyss, apakah tindakan anda untuk meleraikan pergaduhan antara Eyrique dengan
Strenn?
 mengajak Eyrique dan Strenn berbincang untuk menyelesaikan masalah
 menyedarkan mereka bahawa pergaduhan itu bukan cara terbaik untuk menjadi
maharaja
 mengingatkan mereka bahawa mereka adalah sepupu yang ada hubungan keluarga
 meminta mereka menyerahkan pelantikan maharaja kepada rakyat

Pada pendapat anda, apakah keistimewaan yang ada pada watak Annyss sehingga dia sanggup
membahayakan dirinya untuk meneroka alam sedangkan dia seorang gadis?
 dia sanggup mengembara dan turun ke bumi seorang diri
 dia sangat bertanggungjawab

Apakah tindakan yang akan anda lakukan terhadap Sultan sekiranya anda berada dalam situasi
Annyss?
 suka memandang rendah terhadap orang lain
 seorang yang gila kuasa
 mempunyai niat jahat di sebalik keinginannya memperisterikan Annyss

Apakah perbezaan antara alam Bumi dengan planet Alstonia dalam cerpen tersebut?
 haiwan seperti Unicorn atau Eustary di bumi dianggap sebagai mitos, tetapi di Alstonia
haiwan ini memang wujud
 waktu di Bumi lebih panjang daripada di Alstonia, contohnya seminggu di Bumi
bersamaan dengan sehari di Alstonia

Pada pendapat anda, adakah wajar tindakan yang dilakukan oleh Akmal di akhir cerita? Berikan
alasan anda.
Wajar
 untuk menyelamatkan nyawa Eyrique dan Annyss daripada dibunuh oleh Strenn
 untuk menyelamatkan rakyat Alstonia daripada diperintah oleh Streen yang kejam
Tidak wajar
 Akmal tidak terlibat langsung dalam pertelingkahan antara Strenn dengan Eyrique dan
Annyss, justeru dia tidak perlu mengorbankan diri untuk mereka

Pada pendapat anda, apakah keistimewaan yang ada pada watak Annyss sehingga dia sanggup
membahayakan dirinya untuk meneroka alam sedangkan dia seorang gadis?
 dia sanggup mengembara dan turun ke bumi seorang diri
 dia sangat bertanggungjawab
 dia mencari Eyrique kerana tanggungjawabnya untuk mengekalkan takhta atau kuasa
keluarganya di Alstonia

Pada pendapat anda, wajarkah Strenn ditentang oleh Annyss dan Eyrique? Mengapa?
Wajar
 Strenn telah merampaskan takhta kerajaan Alstonia – sepatutnya diwarisi oleh Annyss
dan Eyrique
 Strenn telah belot dan membuat pakatan menculik Eyrique pada malam dia ditabal
mengganti ayahandanya
 tindakan Strenn memisahkan kedua-dua kembar itu akan melemahkan tenaga mereka

6
2. LAMBAIAN MALAR HIJAU
Pada pendapat anda, apakah kepentingan hutan kepada kita?
 mengekalkan keseimbangan ekosistem
 memelihara flora dan fauna
 mengekalkan kejadian tanah runtuh
 mengawal iklim dan suhu

“Bukankah kehidupan Daneng yang begitu satu pembaziran kepada negara?”


Pada pendapat anda, mengapakah Cikgu berfikiran seperti di atas?
 Daneng enggan belajar lagi sebaliknya dia tinggal saja di sebuah perkampungan orang
asli
 Daneng mampu mencapai kejayaan yang cemerlang dalam pelajaran
 Daneng mampu memberikan sumbangan yang lebih besar kepada negara jika dia
menjadi orang yang berilmu/pandai

Jika anda di tempat Daneng, apakah yang akan anda lakukan untuk mengatasi masalah
pembalakan secara haram di tempat anda?
 menghubungi pihak berkuasa dan memberitahu mereka tentang pembalakan haram
yang berlaku
 belajar dengan bersungguh-sungguh kerana melalui pelajaranlah saya akan mendapat
jawatan seperti pegawai perhutanan bagi membendung masalah ini
 cuba menyedarkan masyarakat tentang kesan-kesan aktiviti pembalakan haram jika
perbuatan ini tidak dibendung dengan segara

Andaikan anda Daneng, apakah pandangan anda terhadap sikap Cikgu Jo?
 seorang guru yang mementingkan pelajaran
 bijak memberikan nasihat/mempengaruhi pelajarnya
 penyayang terhadap pelajarnya
 sanggup berkorban/gigih berusaha sehingga sanggup pergi ke perkampungan orang asli

Pada pendapat anda, mengapakah Jo menghadapi konflik tentang Daneng?


 tidak pasti sama ada dia wajar memisahkan Daneng daripada kehidupan bebas di
kampungnya
 tertanya-tanya sama ada dia berhak mengubah corak hidup Daneng

Pada pendapat anda, apakah sebab utama sesetengah anggota masyarakat Daneng masih
ketinggalan dalam hidup mereka?
 kerana tinggal di kawasan terpencil tanpa sebarang pemodenan
 tidak mengutamakan pendidikan
 enggan menerapkan cara hidup moden
 masih menggunakan kaedah tradisional untuk bercucuk tanam

Pada pendapat anda, apakah motif Jo memujuk Daneng meneruskan pelajarannya?


 tidak mahu melihat Daneng mensia-siakan kebolehan dirinya
 mahu Daneng maju supaya dapat mewakili/membela nasib bangsanya yang rata-rata
masih mundur
 tidak mahu negara kehilangan seorang pemuda yang berkebolehan

Pada pendapat anda, mengapakah masyarakat orang asli seperti Daneng perlu melengkapkan
diri mereka dengan ilmu pengetahuan moden?
 supaya tidak ketinggalan dalam arus kemajuan dunia
 dapat mengubah/meningkatkan taraf hidup
 masa depan mereka akan terjamin
 tidak dipandang rendah oleh kaum lain

7
Pada pendapat anda, apakah langkah-langkah yang patut dilaksanakan bagi memastikan aktiviti
pembalakan haram dapat dibendung?
 kerajaan menguatkuasakan undang-undang yang lebih tegas
 kerajaan menarik balik lesen dan menyenaraihitamkan penguasa balak yang melakukan
pembalakan secara haram
 pemantauan yang berterusan oleh pegawai perhutanan

Pada pendapat anda, wajarkah Daneng terus mendiami hutan itu walaupun dia berpelung
melanjutkan pendidikan
Wajar
 perlu menguruskan hartanya
 boleh membuat usaha-usaha lain seperti wujudkan hutan sebagai tempat pelancongan
 hartanya mesti diurus supaya kekal

Tidak wajar
 ilmu untuk kebaikan diri sendiri
 ilmu untuk menguruskan hal-hal kehidupan dengan baik
 ilmu membentuk fizikal dan mental yang seimbang

Hutan belantara sememangnya anugerah Tuhan yang paling berharga. Pada pendapat anda,
mengapakah pentingnya hutan kepada semua mahkluk Tuhan di muka bumi ini?
 merupakan ekosistem yang menjadi habibat kepada pelbagai spesies flora dan fauna
 berfungsi sebagai benteng bencana alam
 membekalkan pelbagai sumber bahan mentah/produk hutan/ubat-ubatan semula
jadi/herba
 mengekalkan kawasan tadahan air hujan
 sebagai sumber pendapatan kepada negara/aktiviti ekopelancongan
 membekalkan oksigen untuk bernafas
 melestarikan kawasan terpelihara untuk bahan kajian atau rujukan

Sebagai seorang guru, nyatakan usaha-usaha yang boleh anda lakukan untuk
meningkatkan kesedaran masyarakat di pedalaman tentang kepentingan pendidikan.
 bergaul rapat dengan masyarakat pedalaman/menziarahi mereka dari rumah ke rumah
 menyampaikan ceramah motivasi/kesedaran tertentu/Jabatan Hal Ehwal Orang Asli
(JHEOA)
 mengadakan kelas bimbingan percuma
 membawa masuk tokoh-tokoh yang telah berjaya yang berasal dari pedalaman
 membawa pelajar/ibu bapa dari kawasan pedalaman melawat pusat-pusat pengajian
tinggi
 memberi insentif/ganjaran/hadiah galakan kepada pelajar-pelajar yang berjaya
 mengesyorkan/mencadangkan guru-guru cemerlang/berpengalaman agar berpindah ke
kawasan pedalaman
 memberi cadangan untuk penambahan prasarana pendidikan

Pada pendapat anda, bagaimanakah cara untuk meningkatkan taraf hidup masyarakat orang asli
di negara kita?
 memberikan peluang pendidikan yang meluas kepada generasi muda orang asli
 membangunkan industri desa dalam kalangan orang asli
 memberikan kemudahan prasarana kepada penduduk orang asli
 memberikan keistimewaan kepada anak-anak orang asli untuk layak ke IPTA

Pada pandangan anda, mengapakah masyarakat pada zaman dahulu mengamalkan pantang
larang dalam menjalani kehidupan harian?
 kerana amalan pantang larang merupakan sebahagian daripada agama/kepercayaan
mereka

8
 kerana mereka bimbang ditimpa malang jika tidak mengamalkan pantang larang

Nyatakan tiga kesan kemusnahan hutan terhadap alam sekitar?


 habitat flora dan fauna akan musnah dan menyebabkan kepupusan haiwan liar dan
tumbuh-tumbuhan tertentu
 kawasan tadahan air akan musnah dan menjejaskan kualiti bekalan air bersih
 kejadian tanah runtuh dan banjir kilat akan mudah berlaku

Sekiranya anda Cikgu Jo, apakah yang dapat anda lakukan untuk meningkatkan taraf hidup
Daneng?
 mendapatkan bantuan Jabatan Kebajikan Masyarakat
 memohon kerjasama PIBG untuk mengadakan pungutan derma di sekolah
 memberikan modal kepada mereka untuk menjalankan perniagaan
 membantu Daneng dari segi pelajaran

Pada pandangan anda, mengapakah fikiran Jo mula bercambah dan ketidakpastian hadir dalam
jiwanya?
 dapat melihat kegembiraan hidup di perkampungan orang asli
 melihat bahawa Daneng perlu berpindah dari perkampungan asli yang tiada kemajuan
pendidikan
 Daneng berhak hidup sebagai penduduk tetap di perkampungan asli itu

Pada pendapat anda, apakah jasa-jasa Cikgu Jo kepada Daneng?


 mendidik Daneng dengan baik dan dedikasi sehingga berjaya
 berjaya memujuk dan menasihati Daneng agar meneruskan pelajarannya
 memberikan dorongan dan semangat lepada Daneng sehingga berjaya dalam hidupnya

Pada pendapat anda, apakah kepentingan usaha Daneng itu? Berikan ulasan anda.
 dapat mengekalkan keindahan alam fauna dan flora di bumi ini
 keseimbanagan ekosistem terjalin
 mempertahankan warisan nenek moyangnya di hutan belantara
 dapat mengekalkan tempat tinggal nenek moyang Daneng turun-temurun

Pada pendapat anda, apakah usaha-usaha yang boleh dilakukan untuk menjadikan Danau Nyok
sebagai destinasi pelancongan yang terkenal?
 menyediakan kemudahan asas seperti jalan raya dan tempat rehat
 mempromosikan Danau Nyok kepada masyarakat luar
 menjaga kebersihan di Danau Nyok agar tidak tercemar

Bagaimanakah anda ingin membantu memajukan kehidupan masyarakat orang asli?


 memberi galakan kepada mereka supaya menuntut ilmu
 memohon bantuan modal daripada mana-mana pihak
 membantu memasarkan hasil tanaman mereka

Pada pendapat anda, apakah kepentingan usaha pemuliharaan hutan yang dijalankan oleh
Daneng?
 dapat mengekalkan keindahan bumi yang tercinta untuk dihayati dan dinikmati
 generasi akan datang berpeluang untuk menikmati keunikan hutan
 menjadi tarikan kepada pelancong
 dapat mengurangkan pencemaran alam sekitar.
 membekalkan sumber ubat-ubatan dan kayu balak yang berharga
 mewujudkan udara yang segar dan nyaman/suhu bumi dapat diseimbangkan
 dapat mengekalkan ekosistem hutan
 dapat meningkatkan isipadu oksigen di udara

9
Pada pendapat anda mengapakah hutan perlu dikekalkan?
 hutan merupakan habitat flora dan fauna yang tidak ternilai harganya
 hutan membekalkan oksigen untuk manusia dan binatang
 hutan dapat mengawal suhu dunia
 hutan merupakan sumber kekayaan negara seperti kayu balak dan sumber ubat-ubatan
 hutan menjadi aset negara dari segi pembalakan dan pelancongan

Pada pendapat anda, apakah kesan yang mungkin berlaku jika penebangan hutan dilakukan
tanpa kawalan?
 bumi akan terdedah kepada kejadian tanah runtuh
 dunia akan mengalami kesan rumah hijau
 bencana banjir akan berlaku
 ekosistem akan terjejas
 flora dan fauna akan kehilangan habitat

Pada pendapat anda, apakah yang akan terjadi kepada Daneng dan masyarakatnya jika hutan
dimusnahkan?
 mereka akan kehilangan tempat tinggal
 mereka akan kehilangan sumber makanan
 masyarakat mereka akan terdedah kepada bencana alam
 masyarakat mereka akan kehilangan budaya dan tradisi kehidupan di hutan
 masyarakat mereka terpaksa mengubah cara hidup
 mereka terpaksa tinggal di bandar/kawasan petepatan yang disediakan oleh kerajaan

Apakah usaha-usaha konkrit yang boleh anda lakukan untuk membantu Daneng memulihara
hutan?
 mengemukakan cadangan/idea/ kepada Daneng tentang langkah-langkah pemuliharaan
hutan
 mencari maklumat tentang usaha-usaha pemuliharaan Hutan melalui Internet untuk
diberikan kepada Daneng.
 membantu Daneng untuk mencari penaja bagi membiayai usaha pemuliharaan hutan
 menghubungi Jabatan Perhutanan untuk mendapatkan maklumat tentang pemuliharaan
hutan

Mengapakah Cikgu Jo begitu bersunguh-sungguh memujuk Daneng supaya meneruskan


persekolahannya?
 Daneng merupakan pelajar yang pandai dan berpotensi untuk mencapai kejayaan
 membantu Daneng untuk mencapai impian Daneng bagi memulihara Hutan melalui
pendidikan yang dilaluinya.
 supaya Daneng menjadi kebanggaan masyarakatnya dengan memiliki kelulusan yang
tinggi
 supaya taraf kehidupan Daneng, keluarga dan masyarakatnya meningkat

Jika anda ialah Cikgu Jo, nyatakan usaha yang dapat anda lakukan untuk membantu Daneng
dan keluarganya.
 membantu Daneng dan keluarganya supaya mendapat bantuan daripada Jabatan
Pertanian
 membantu Daneng untuk mendapatkan biasiswa
 membantu Daneng untuk mendapatkan buku-buku rujukan daripada penerbit-penerbit
buku.
 memberikan nasihat atau kaunseling kepada Daneng tentang masa depannya
 mengadakan kelas tuisyen peribadi kepada Daneng

Jika anda ialah Cikgu Jo, apakah usaha yang dapat anda lakukan sekiranya Daneng tetap
dengan keputusannya untuk tidak menyambung pelajarannya?

10
 terus menasihati dan memujuknya
 berbincang dengan keluarganya dan menjelaskan masa depan Daneng kepada
keluarganya
 berjumpa dengan Tok Batin atau ketua masyarakatnya tentang masa depan Daneng
 menganjurkan ceramah motivasi kepada ahli keluarga Daneng dan juga masyarakat
orang asli di kawasan tempat tinggal Daneng
 meminta pihak Kementerian Pelajaran membantu atau memujuk keluarga Daneng

Mengapakah masyarakat orang asli kurang menitikberatkan pelajaran kepada anak-anak


mereka?
 mereka menganggap bahawa semua perkara yang diperlukan terdapat di dalam hutan
seperti makanan, dan tempat tinggal
 mereka tinggal jauh di kawasan pedalaman yang menyukarkan mereka untuk
menghantar anak mereka ke sekolah
 mereka menganggap bahawa pelajaran tidak penting
 mereka berharap agar anak mereka akan mewarisi pekerjaan dan kehidupan mereka
 kawasan mereka tidak mempunyai prasarana yang lengkap

Pada pendapat anda, apakah akan terjadi kepada Daneng dan keluarganya jika dia enggan
menyambung pelajaran?
 Daneng dan ahli keluarganya akan ketinggalan dalam arus pemodenan
 Daneng dan keluarganya tidak dapat menjadi contoh sebagai Modal Insan yang
cemerlang kepada masyarakatnya.
 Daneng tidak berpeluang untuk memajukan masyarakatnya
 Daneng dan keluarganya akan terus hidup miskin atau kais pagi makan pagi, kais petang
makan petang
 Daneng dan keluarganya akan terus mengamalkan cara hidup tradisi yang serba
kekurangan

Pada pendapat anda, mengapakah Daneng akhirnya mengubah fikiran untuk menyambung
pelajarannya?
 Daneng telah dapat melihat masa depannya yang cerah
 Daneng yakin bahawa ilmu pengetahuan yang diperoleh akan dapat mengubah diri dan
keluarganya
 Daneng mahu ketinggalan untuk menikmati arus pemodenan
 Daneng tidak mahu dipandang rendah
 Daneng mahu menjadi ikon masyarakatnya
 Daneng sedar bahawa tindakannya itu akan dapat memajukan masyarakatnya

Tindakan Daneng tidak mahu menyambung pelajarannya dianggap tidak wajar. Berikan alasan
anda.
 Daneng mampu meraih kejayaan dalam pendidikan kerana bijak
 Daneng ialah pelajar harapan di sekolahnya
 Daneng dapat memajukan penduduk di kampungnya setelah berilmu
 Daneng diberi bantuan jika mahu meneruskan pelajaran hingga peringkat yang tertinggi

Pada pendapat anda, mengapakah orang yang biasa hidup di kawasan pedalaman menghadapi
kesukaran untuk hidup di bandar?
 hasil makanan di kawasan pedalaman tidak perlu dibeli sebaliknya di bandar semua
keperluan terpaksa dibeli
 harga barangan keperluan di kawasan pedalaman murah tetapi di bandar
kebanyakannya mahal
 udara di kawasan pedalaman nyaman dan menyegarkan sebaliknya udara di bandar
kotor dan tercemar
 suasana persekitaran di kawasan pedalaman tenang dan menyenangkan sebaliknya
suasana persekitaran di bandar bising

11
Bagaimanakah pendidikan dapat membantu Daneng meneruskan usahanya untuk
mempertahankan alam sekitar?
 pendidikan memungkinkan Daneng menjawat jawatan yang membolehkannya menjadi
peluang alam sekitar dengan lebih serius
 pendidikan membolehkan Daneng mendalami ilmu dalam bidang perhutanan secara
saintifik yang memungkinkannya mencari kaedah pemulihan tumbuh-tumbuhan yang
pupus
 pendidikan membolehkan Daneng menjadi pentadbir negara dan merancang dasar
pemeliharaan alam dengan lebih berkesan

Pada pendapat anda, apakah cara terbaik untuk Cikgu Jo memujuk Daneng menyambung
pelajarannya?
 mencari tempat dan masa yang sesuai
 meluahkan secara lembut dan tidak berbentuk paksaan
 membuka minda dengan menerangkan kepentingannya

Andaikan anda Cikgu Jo, apakah tindakan yang akan anda ambil untuk memujuk Daneng agar
menyambung pelajarannya?
 tidak berputus asa untuk terus memujuk Daneng sehingga berjaya
 memujuk ibu Daneng agar menasihatinya
 meminta kerjasama daripada kaunselor sekolah untuk memujuk Daneng agar mengubah
fikirannya ke arah yang lebih positif

Pada pendapat anda, apakah kebaikan-kebaikan jika seseorang berjaya dalam pelajarannya?
 gaji lumayan
 pekerjaan yang baik
 status hidup
 dihormati/disanjungi
 menjadi contoh/teladan

Jika anda bersahabar baik dengan Daneng, apakah nasihat anda kepadanya?
 meneruskan pelajaran/persekolahannya demi masa depan diri, keluarga, dan
masyarakatnya
 menurut nasihat Cikgu Jo yang benar dan tepat itu
 mempertahankan hutan belantara seperti yang dicadangkan oleh Cikgu Jo
 membangunkan negara dengan cara yang dianjurkan oleh Cikgu Jo kerana besar
peranannya

Huraikan sebab-sebab Jo berbangga dengan Daneng di akhir cerita.


 Daneng yang dahulunya enggan bersekolah telah berubah sikap sehingga membawa
kejayaan kepadanya
 Daneng telah berjaya menyelamatkan hutan belantara di Malaysia melalui pekerjaannya
 rancangan Daneng telah dapat memulihara, memelihara, dan menambahkan kawasan
hutan negara
 Daneng telah mendapat anugerah Hadiah Novel atas jasanya

Pada pendapat anda, adakah kehijauan dan tumbuh-tumbuhan hutan kita perlu dipertahankan?
Berikan sebab anda.
Ya
 penting dalam ekosistem alam
 menyumbang kepada keindahan alam semula jadi
 mewujudkan kawasan tadahan air yang bersih/tidak tercemar
 menjadi habitat haiwan

12
Terangkan kehidupan yang dilalui oleh masyarakat orang asli sekiranya mereka tidak diberi
peluang memperoleh pendidikan.
 ilmu pengetahuan dan pemikiran cetek
 ketinggalan dalam pelbagai bidang
 ketinggalan dalam arus pembangunan
 melakukan pekerjaan warisan keluarga, iaitu menangkap ikan, berburu binatang, dan
bercucuk tanam
 tidak menempuh pelbagai pengalaman/kehidupan sosial yan gpelbagai

Pada pandangan anda, mengapakah Daneng lebih mementingkan kehiidupannya di pedalaman


daripada melanjutkan pelajarannya?
 dia sangat sayang akan alam sekitar
 dia sangat menghormati nenek moyang keturunannya yang hidup dan meninggal di
kawasan pedalaman
 dia mahu mempertahankan alam sekitar daripada mengalami kemusnahan

Sekiranya anda ibu atau bapa Daneng, apakah tindakan anda terhadap anak anda itu?
 memujuk Daneng supaya kembali bersekolah – dapat menikmati masa depan yang
berjaya
 memberikan kata-kata perangsang – setiap kejayaan perlukan pengorbanan
 memberikan pandangan bahawa Daneng berpotensi untuk berjaya – kejayaannya dapat
membantu kehidupan kaum mereka

Bagaimanakah pendidikan dapat membantu Daneng meneruskan usahanya untuk


mempertahankan alam sekitar?
 pendidikan yang memungkinkan Daneng menjawat jawatan yang membolehkannya
menjadi pejuang alam sekitar dengan lebih serius
 pendidikan membolehkan Daneng mendalami ilmu dalam bidang perhutanan secara
saintifik yang memungkinnya mencari kaedah pemulihan tumbuh-tumbuhan yang pupus
 pendidikan membolehkan Daneng menjadi pentadbir negara dan merancang dasar
pemeliharaan alam dengan lebih berkesan

Soalan 2 ( b ) DRAMA
1. JANGAN BUNUH RAMA-RAMA

Katakanlah Raja menolak permintaan Permaisuri itu, apakah yang mungkin akan berlaku?
 Permaisuri akan merajuk
 Permaisuri akan murka
 Permaisuri akan meminta penjelasan tentang sebab-sebab Raja enggan mencari
rama-rama
 akan berlaku pertengkaran antara Permaisuri dengan Raja

Pada pandangan anda, bagaimanakah kerajaan dapat membantu golongan kurang upaya?
 mewujudkan badan-badan sukarela untuk membantu mereka
 memberi latihan kemahiran kepada mereka
 mewujudkan prasarana-prasarana khas untuk mereka

Pada pendapat anda, wajarkah Tuk Mah mengikut Peran untuk menjadi pelakon dan penari?
Wajar…
 untuk mencari pengalaman baharu
 untuk berdikari dalam kehidupan
 untuk mengenali masyarakat pelbagai lapisan
Tidak wajar…

13
 Tuk Mah berketurunan bangsawan
 Tuk Mah mesti menjaga maruah keluarga
 Tuk Mah mesti hidup di istana sebagai anak yang menghormati ibu bapa

Pada pendapat anda, apakah kepentingan manusia menghayati falsafah yang terkandung dalam
petikan ini?
 menerima hakikat bahawa kita semua merupakan makhluk ciptaan Allah
 oleh itu tidak membeza-bezakan sesama manusia

Bersetujukah anda dengan tindakan Tuk Mah meninggalkan istana dan keluarganya itu? Berikan
alasan anda.
Tidak…
 kerana kita tidak wajar melanggar kata-kata ibu bapa
 sepatutnya kita mengenang jasa mereka yang telah membesarkan kita
 tidak wajar membelakangkan keluarga yang telah menjaga kita selama bertahun-tahun
kerana tertarik pada seorang individu yang hanya dikenal sehari dua semata-mata

Pada pendapat anda, mengapakah kehidupan Tuk Mah lebih aman selepas itu?
 hidupnya kini lebih bermakna
 kehidupan sebelumnya tidak memungkinkannya membantu orang lain
 kini dia dapat menyumbangkan tenaganya demi kesejahteraan sesama manusia
 memberikan harga diri kepadanya

Mengapakah raja tidak membunuh rama-rama tersebut?


 rama-rama tersebut telah menyelamatkannya daripada mati lemas dengan mengipas-
ngipas air yang sedang bergelegak menjadi sejuk dan nyaman
 ketika azan berkumandang, dia mendengar bisikan supaya tidak membunuh rama-rama
tersebut

Pada pandangan anda, apakah yang dimaksudkan dengan ungkapan “kakanda lebih arif dalam
hal ini”?
 Badut (Raja) lebih faham akan kehendak permaisuri
 perbuatan tersebut memberikan erti yang lebih besar kepada permaisuri
 perbuatan tersebut membuktikan Badut (Raja) menyayangi permaisuri

Pada pandangan anda, wajarkah Tuk Mah bertindak meninggalkan istana dan mengikut
rombongan Peran?
Wajar…
 Tuk Mah hendak berbakti kepada masyarakat/rakyat
 Tuk Mah akan mendapat kepuasan hidup sekiranya Tuk Mah berjiwa seni
 Tuk Mah ingin hidup bebas/ingin mengembara/tidak mahu terkongkong oleh kehidupan
istana

Pada pendapat anda, mengapakah kita tidak boleh membunuh haiwan dengan sesuka hati?
 haiwan ialah makhluk Tuhan yang mesti dihargai
 haiwan juga ada hak untuk hidup
 haiwan tersebut tidak pupus
 haiwan dan manusia saling memerlukan untuk ekologi kehidupan

Pada pendapat anda, selain mengubati orang, apakah kerja-kerja kebajikan yang boleh dilakukan
untuk memajukan sesebuah kampung?
 menganjurkan program motivasi agar orang-orang kampung mempunyai kesedaran
 mengadakan majlis gotong-royong
 mewujudkan majlis permuafakatan seperti rukun tetangga
 memohon kepada pihak-pihak tertentu supaya melengkapkan infrastruktur
 mendapatkan sumbangan kewangan daripada pihak tertentu

14
Pada pendapat anda, apakah tujuan pengarang menyelitkan cerita Mek Bongsu dalam drama
ini?
 secara tidak langsung, pengarang ingin menyeru pembaca untuk membuat kerja-kerja
kebajikan
 pengarang berharap supaya pembaca tidak mengamalkan sifat materialistik
 pengarang berharap supaya pembaca tidak menjadi seorang yang mementingkan diri
sendiri

Pada pandangan anda, mengapakah Nur Atma I menuturkan ungkapan ‘Cuma sangkarnya saja
yang lama’?
 menunjukkan bahawa dirinya kelihatan tua jika dilihat bentuk fizikal atau luarannya
 sedangkan secara dalaman pula beliau merupakan seorang yang tetap sama seperti
zaman mudanya, masih cergas dan berjiwa muda

Pada pendapat anda, mengapakah dikatakan Mek Bongsu hidup diulit sahaja? Berikan alasan
anda.
 dia telah berkahwin dengan saudagar yang kaya
 dia hidup secara mewah dan segala permintaannya termakbul
 Mek Bongsu mula lalai dan meninggalkan kewajipan agamanya
 Mek Bongsu sedar akan kesilapan sendiri – berusaha untuk menebus dosanya

Pada pandangan anda, mengapakah seorang yang berusia tua seperti Bidan Tuk Mah banyak
mempunyai pengalaman hidup?
 kerana mereka telah berhadapan dengan pelbagai jenis dan kerenah manusia
 kerana mereka telah mengalami pelbagai cabaran dan halangan
 kerana mereka telah menghadapi kesusahan dan keperitan
 kerana mereka sudah banyak makan garam, iaitu menjalani kehidupan sejak muda
hingga tua

Pada pendapat anda, adakah Mek Bongsu dapat dianggap sebagai orang yang lupa daratan?
Mengapa?
Tidak…
 kerana setelah menyedari kesilapannya semasa diambil oleh Saudagar Syah Alam, dia
berasa bersalah dan memohon maaf
 kerana dia juga berasa kesal terhadap perbuatannya itu

Pada pendapat anda, mengapakah Wak Keletung mengatakan hidup Tuk Mah lebih berguna
sekarang?
 Tuk Mah dapat berbakti kepada masyarakat
 Tuk Mah dapat bergaul dengan rakyat biasa
 Tuk Mah dapat Memilih jalan hidupnya sendiri
 Tuk Mah dapat bersama orang yang disayangi

Jika anda ialah Peran, apakah yang akan anda lakukan untuk membantu golongan kurang
upaya?
 memberi bantuan kewangan
 memberi sokongan moral
 memberi bantuan atau khidmat sosial

Sekiranya anda berada di kampung itu,apakah perasaan anda?


 saya berasa takut kerana berlaku kejadian ribut, rumah runtuh, dan pohon tumbang
 saya berasa cemas kerana banjir melanda secara tiba-tiba
 saya berasa bimbang kerana memikirkan satu malapetaka yang lebih buruk akan
berlaku/bencana itu akan berterusan
 saya berasa sadih melihat kerosakan yang berlaku

15
Apakah tujuan khutbah yang disampaikan oleh Wak Keletung kepada audiens?
 supaya manusia ingat dan kembali pada jalan Allah
 menghadapkan diri kepada Tuhan
 menandakan bertambahnya keimanan dna keyakinan kita kepada Tuhan yang
menurunkan wahyu

Adakah Peran manusia istimewa yang diutus oleh Tuhan? Jelaskan.


Ya
 membantu manusia yang lemah – contohnya, membantu orang buta
 menunjukkan jalan kepada mereka yang mencari kebahagian hidup – contohnya,
menunjukkan jalan kebahagiaan kepada Bidan Tuk Mah
 menghilangkan diri setelah orang buta dapat melihat semula

Pada pendapat anda, mengapakah masyarakat dilarang memburu binatang secara haram?
 haiwan liar akan pupus
 kehidupan binatang akan terancam
 berlaku kekejaman terhadap binatang

2. KERUSI
Jika rakyat menunjukkan kesetiaan hanya kerana wang ringgit, ramalkan kesan daripada
tindakan tersebut dalam jangka masa panjang.
 kesetiaan itu tidak kekal lama/mudah rapuh
 rakyat seperti ini akan mementingkan ganjaran untuk menunjukkan rasa setia

Pada pendapat anda, apakah peranan pelajar cemerlang dalam usaha memajukan negara?
 menghasilkan penemuan baru dalam bidang sains dan teknologi
 mencari langkah bagi meningkatkan keselamatan negara
 mewujudkan pentadbiran negara yang lebih cekap dan teratur

Pada pendapat anda, haruskah orang suruhan menumpahkan taat setia yang tidak berbelah bagi
terhadap tuannya? Jelaskan.
 setia selagi ketua tidak menyeleweng harus menumpahkan kesetiaan selagi ketua
berpegang pada nilai murni dan tidak menganiaya sesiapa
 jika tindakan ketua bertentangan dengan nilai murni, maka ia harus ditentang

Pada pendapat anda, apakah sistem pemerintahan terbaik yang seharusnya diamalkan oleh
pemerintah sesebuah negara?
 sistem pemerintahan demokrasi
 memberikan kebebasan bersuara kepada seluruh rakyat
 akur kepada keputusan rakyat tentang pemerintahannya, iaitu sanggup mengundurkan
diri jika dirinya tidak disenangi rakyat

Pada pendapat anda, apakah sikap yang seharusnya ada pada seseorang individu yang
memegang kuasa pemerintahan sesebuah negeri atau sekumpulan manusia?
 berjiwa rakyat
 meletakkan kepentingan rakyat dan bukannya bertindak berdasarkan perasaan dan
kemahuan diri
 tidak menyalahgunakan kuasa yang ada padanya demi kepentingan diri

Pada pendapat anda, apakah langkah-langkah yang dapat diambil bagi menentang ketidakadilan
seorang pemimpin?
 menggunakan kekuatan akal fikiran

16
 bertindak dalam persatuan atau kumpulan
 berunding dan membuat perjanjian

Pada pendapat anda, apakah peranan pelakon dalam kehidupan masyarakat hari ini?
 sebagai penghibur yang menghiburkan penonton
 pelakon menyampaikan nasihat serta pengajaran kepada penonton
 pelakon berperanan untuk mengajak penonton supaya berfikir tentang kehidupan

Wajarkah tindakan Putra menentang Srisegala? Berikan pendapat anda.


Wajar…
 Putra menentang Srisegala yang menyalahgunakan kuasa
 Putra hendak menghapuskan segala bentuk kezaliman/kekejaman/menegakkan keadilan
 Srisegala merupakan pemerintah yang mementingkan diri sendiri/bertindak mengikut
hawa nafsunya dan menyeksa rakyat

Jika anda ialah Putra, bagaimanakah cara anda untuk menyakinkan Masayu bahawa anda ialah
suaminya?
 menceritakan kisah cinta mereka semasa muda dahulu
 menyatakan perkara-perkara yang disukai atau yang dibenci oleh Masayu
 menceritakan kembali pengalaman pahit dan manis sepanjang perkahwinan mereka

Pada pendapat anda, apakah yang akan terjadi kepada rakyat sesebuah negara apabila
diperintah oleh ketua yang zalim?
 negara tidak akan membangun
 rakyat akan berpecah belah
 tidak ada pelaburan daripada pelabur-pelabur luar negara

Pada pendapat anda, apakah kesannya jika pemimpin sentiasa menindas rakyat?
 rakyat akan membenci pemimpin
 rakyat akan memberontak
 negara tidak akan aman dan sejahtera

Pada pendapat anda, mengapakah watak Serigala, Tuta Utama, dan Tuta-Tuta yang lain
diberikan ciri fizikal seperti binatang?
 melambangkan watak-watak yang tidak berperikemanusiaan
 Tuta-tuta dilambangkan sebagai anjing suruhan yang patuh dan setia kepada tuannya
 melambangkan watak keji yang dibenci oleh rakyat
Pada pendapat anda, mengapakah orang yang memegang kuasa tidak mahu kuasa yang
dimilikinya jatuh ke tangan orang lain?
 takut kehilangan pengaruh
 tidak sanggup berkongsi kuasa dengan orang lain
 mahu mengumpul kekayaan dan kemewahan dengan kuasa yang dimilikinya

Pada pandangan anda, mengapakah kerusi dan gong dijadikan lambang bagi kuasa seseorang?
 kerusi menjadin lambang kuasa atau kedudukan yang dimiliki oleh seseorang
 gong melambangkan perintah seseorang itu yang perlu dituruti

Pada pandangan anda, adakah suami Masayu mendapat layanan istimewa seperti yang
dikatakan oleh Srisegala?
 tidap mendapat layanan istimewa seperti yang didakwa
 beliau telah diseksa sehingga matanya menjadi buta
 Masayu sendiri tidak mengenali suaminya semasa dia dibebaskan
 mustahil Srisegala akan melayan suami Masayu dengan baik kerana suaminya itu
mengancam hasratnya untuk merebut kuasa

Pada pendapat anda, mengapakah Srisegala membebaskan suami Masayu?

17
 berasa belas kasihan terhadap Masayu
 suami Masayu tidak lagi mengancam kedudukan Srisegala
 Srisegala mempunyai muslihat tersendiri

Pada pendapat anda, mengapakah Srisegala sangat sombong dan angkuh?


 Srisegala memiliki segala-galanya seperti kuasa dan pangkat
 Srisegala juga seorang yang bijaksana dan menganggap bahawa kekuasaan adalah
segala-galanya

Pada pendapat anda, mengapakah Masayu berubah kasih terhadap suaminya?


 dia sudah jatuh cinta kepada Srisegala
 dia sudah lupa dan tidak mengenali suaminya lagi
 Srisegala telah mengenakan ubat pelupa pada Masayu
 Masayu berpura-pura berubah sikap untuk menjaga keselamatan suaminya

Sekiranya anda ialah Masayu, bagaimanakah anda membebaskan suami anda daripada
cengkaman Srisegala?
 meminta bantuan daripada orang lain yang lebih kuat dan berani untuk menentang
Srisegala
 mencari helah untuk memperdaya Srisegala dengan menggantikan tempat Putra dengan
pemuda lain yang seiras Putra
 mempengaruhi orang kanan dan pengikut setia Srisegala dengan pelbagai habuan
kebendaan agar belot kepada Srisegala yang zalim
 memberikan habuan kebendaan kepada Srisegala yang tamak agar membebaskan
suaminya

Sekiranya anda rakan Masayu, apakah nasihat-nasihat yang akan anda berikan kepadanya
supaya dia menyedari peranannya kepada Putra?
 tidak mudah terpengaruh oleh janji-janji manis Srisegala
 jangan mudah terpengaruh oleh harta kekayaan dunia yang tidak kekal
 hendaklah menjaga maruah suami dan diri sendiri
 hendaklah mengingati pembalasan Allah terhadap isteri yang derhaka

Pada pendapat anda mengapakah Putra menentang Srisegala?


 Srisegala menyalahgunakan kuasa
 Putra hendak menghapuskan segala bentuk kezaliman
 Srisegala merupakan pemerintah yang mementingkan diri sendiri/bertindak mengikut
hawa nafsunya
 Putra ingin menegakkan kebenaran

Pada pendapat anda, bagaimanakah seseorang pemimpin dapat memenangi hati rakyatnya?
 menjaga kebajikan rakyat, terutama di kawasan pedalaman
 bersedia untuk mendengar pendapat atau pandangan rakyat
 menyediakan prasarana demi kemudahan rakyat
 memastikan rakyat selamat daripada sebarang bentuk keganasan global

Pada pendapat anda, apakah yang perlu dilakukan oleh seseorang pemimpin supaya dia digelar
‘pemimpin berjiwa rakyat’?
 prihatin terhadap keperluan rakyat
 sentiasa bersama rakyat tidak kira semasa senang atau susah
 sanggup berjuang untuk mempertahankan kepentingan rakyat

Pada pandangan anda, apakah faktor-faktor yang memungkinkan Masayu berubah sikap
terhadap suaminya?
 takut akan kezaliman/kekejaman Srisegala
 untuk menyelamatkan nyawa suaminya

18
 terpengaruh oleh kekuasaan/kekayaan Srisegala
 suaminya sudah tidak bermakna lagi kerana matanya buta
 terpedaya oleh pujuk rayu Srisegala

Pada pendapat anda, pada zaman moden ini, apakah tindakan yang wajar dilakukan oleh rakyat
kepada pemimpin seperti Srisegala?
 Tidak memberikan sokongan / tidak memberikan undi semasa pilihan raya.
 Melaporkan kezalimannya kepada Suruhanjaya Pencegahan Rasuah /pihak berkuasa
supaya diambil tindakan sewajarnya.
 Mengadukan hal kezaliman / penindasan yang dilakukannya kepada pemimpin yang lain
(dalam akhbar / internet.)
 Melaporkan kepada ketua negara / Perdana Menteri.
 Membuat demonstrasi/ tunjuk perasaan secara aman.

Benarkah kuasa, wang ringgit, dan pangkat menyebabkan seseorang itu lupa akan dirinya?
Jelaskan pandangan anda.
Benar…
 merasakan diri lebih berkuasa daripada orang lain
 tidak mempunyai pegangan iman yang kukuh
 hanyut oleh dunia yang penuh kemewahan dan kedudukan
 contohnya, sikap Srisegala yang mampu melakukan apa-apa sahaja termasuk kezaliman
disebabkan kuasa yang ada padanya

Bagaimanakah kita dapat menjatuhkan pemimpin yang zalim? Berikan pendapat anda.
 rakyat mesti bersatu menentang kezaliman
 memerlukan keberanian, kekuatan tenaga fizikal, dan mental
 mengelakkan diri daripada rasuah

Sikap suka menurut perintah tanpa usul periksa akan merendahkan maruah seseorang.
Nyatakan pandangan anda dan berikan contoh watak dalam drama ini yang bersikap sedemikian.
 menunjukkan seseorang itu tiada pendirian
 tidak kreatif dan kritis kerana mengikut telunjuk orang lain semata-mata untuk
memuaskan kehendak mereka
 contohnya, Tuta I, II, dan III

Pada pandangan anda, apakah sebenarnya yang disimbolkan oleh kerusi dan gong seperti yang
terdapat dalam petikan?
 kerusi melambangkan kuasa yang dimiliki oleh seseorang kerana kerusi merupakan
tempat duduk yang berkuasa
 gong melambangkan pengaruh, kerana bunyi seolah-olah suara yang boleh didengar
oleh semua orang

Apakah pesanan atau nasihat yang diberikan oleh Putra kepada pengikutnya?
 mereka perlu sentiasa berwaspada
 mereka mestilah tidak alpa
 mereka hendaklah sentiasa bersatu dalam menghadapi sesuatu perjuangan yang besar

Pada pendapat anda, mengapakah kaum wanita zaman pada zaman moden ini berani
memperjuangkan nasib mereka?
 Kaum wanita sudah maju/berpelajaran.
 Kaum wanita sedar akan kelemahan.
 Kaum wanita sedar akan adanya peluang berkembang.
.
Pada pendapat anda, apakah sikap/ciri-ciri yang perlu ada pada seorang pemimpin?
 Jujur, adil, berkaliber, dan amanah dalam menjalankan tugas.

19
 Bertimbang rasa ketika membuat keputusan.
 Bersikap bertanggungjawab terhadap tugas yang diberikan.
 Mengutamakan kepentingan rakyat berbanding kepentingan diri.
 Mengutamakan pembangunan rakyat dan negara.-Berpandangan jauh.
 Mempunyai pegangan agama/warak/alim

Pada pendapat anda, mengapakah Srisegala bersikap zalim kepada Putra?


 Putra orang tawanannya yang dimusuhi.
 Putra mungkin pesaingnya / Lebih hebat daripada Srisegala.
 Srisegala seorang yang angkuh / Ego dengan kekuasaannya.

Pada pendapat anda, apakah kesannya jika pemimpin sentiasa menindas rakyat?
 Rakyat akan membenci pemimpin.
 Rakyat akan memberontak.
 Negara akan tidak aman dan sejahtera.

Apakah pesanan yang diberikan oleh Putra kepada pengikutnya?


 Mereka perlu sentiasa berwaspada.
 Mereka tidak boleh alpa.
 Sentiasa bersatu dalam menghadapi sesuatu perjuangan yang besar.

Jelaskan sikap Masayu setelah melihat suaminya Putra menjadi buta.


 Berubah fikiran.
 Berpura-pura tidak mengenali suaminya.
 Mula menyukai Srisegala yang mempunyai kuasa dan kekayaan.

Pada pendapat anda, apakah keistimewaan yang ada pada Putra hingga Wira 1, 2, dan 3 ingin
meminta pertolongannya?
 Putra banyak menghabiskan masa untuk memikirkan banyak perkara tentang hidup.
 Walaupun buta, Putra dapat memikirkan pelbagai perkara tentang hidup.
 Putra memiliki ilmu pengetahuan yang tinggi.

Sebagai seorang pemimpin, apakah yang harus dibuat untuk merubah hidup masyarakat ke arah
kemajuan dan pembangunan?
 Memberikan pendidikan kepada generasi muda.
 Banyak mengadakan kemudahan infrastruktur.
 Menjaga kestabilan ekonomi.

SOALAN 2 ( C ) PROSA KLASIK

1. PERTARUNGAN TUAH DENGAN JEBAT


Sesuatu pertikaian tidak semestinya diselesaikan secara kekerasan. Berikan cadangan anda
cara-cara terbaik untuk menyelesaikan pertikaian antara Hang Tuah dengan Hang Jebat.
 menyelesaikan masalah melalui perundingan/perbincangan/bersemuka
 menyelesaikan masalah melalui penyertaan orang tengah/pihak ketiga
 dilaporkan kepada pihak berkuasa/pembesar/sultan

Andaikan anda Hang Jebat, apakah tindakan yang akan anda lakukan untuk membela kematian
Hang Tuah?
 meminta nasihat daripada pembesar negeri yang dipercayai
 menyiasat perkara yang sebenarnya
 mengadu kepada sultan tentang kejadian yang sebenar

20
Pada pendapat anda, mengapakah Hang Jebat dianggap sebagai penderhaka?
 tidak mentaati perintah sultan
 merampas istana dan membunuh banyak rakyat
 menyalahgunakan jawatan yang diberi oleh sultan

Pada pendapat anda, apakah kepentingan misi Hang Tuah hendak membunuh Hang Jebat?
 untuk mengembalikan keamanan di Melaka
 untuk menghapuskan penjenayah/penderhaka
 untuk mengembalikan kuasa raja yang telah dirampas oleh Hang Jebat

Pada pendapat anda, apakah yang wajar dilakukan oleh Hang Tuah untuk melepaskan Hang
Jebat daripada hukuman mati?
 mencadangkan supaya sultan mengampunkan kesalahan Hang Jebat – menggunakan
tenaga/kekuatan Hang Jebat untuk mempertahankan negara
 merayu kepada sultan supaya meringankan hukuman/melucutkan pangkat Hang Jebat
supaya insaf
 membebaskan Hang Jebat – menyuruh Hang Jebat lari ke negeri lain sementara
menunggu sultan berubah fikiran/mengampunkan Hang Jebat

Pada pendapat anda, bagaimanakah Laksamana dan Hang Jebat dapat menyelesaikan masalah
secara aman?
 mencari jalan penyelesaian terhadap masalah yang dihadapi
 memujuk Hang Jebat menyerah diri kepada sultan
 berharap agar hukuman dapat diringankan

Pada pendapat anda, mengapakah Hang Jebat tidak menyesali tindakannya?


 kerana dia yakin bahawa apa yang dilakukannya adalah yang terbaik pada masa itu
 niatnya baik, iaitu ingin membalas dendam terhadap raja yang kejam
 dia ingin menuntut bela terhadap penganiayaan yang ditimpakan ke atas seorang
sahabat karibnya

Pada pendapat anda, mengapakah Laksamana bertekad hendak membunuh Hang Jebat
walaupun mereka bersahabat baik?
 Laksamana amat setia kepada Sultan
 beliau menjunjung titah Sultan
 Laksamana tidak bersedia memaafkan Hang Jebat kerana kesalahannya amat berat,
iaitu menderhaka

Sesetengah orang berpendapat bahawa Hang Tuah bukan “sahabat sejati” kerana
kesanggupannya membunuh sahabatnya sendiri. Jelaskan pandangan anda dalam soal ini.
Tidak setuju…
 kerana sahabat sejati tidak bermakna bahawa seseorang itu harus menunjukkan
kesetiaan membuta tuli kepadanya
 sahabat yang melakukan perbuatan terkutuk tidak patut disokong
 Hang Jebat telah menderhakai Sultan dan mengamuk menyebabkan ratusan nyawa
yang tidak berdosa terkorban
 Hang Tuah tidak seharusnya berpihak kepada perbuatan Hang Jebat atas nama
persahabatan

Bersetujukah anda jika dikatakan bahawa kesemua masalah dalam cerita tersebut berpunca
daripada sikap terburu-buru Sultan? Huraikan.
Ya…
 kerana semuanya bermula daripada keputusan hukuman bunuh terhadap Laksamana
 hukuman tersebut dijatuhkan tanpa menyakinkan masyarakat bahawa Hang Tuah
bersalah

21
 perkara ini menimbulkan kemarahan Hang Jebat yang seterusnya menderhakai baginda

“Rosak bawang ditimpa jambak” merupakan peribahasa Melayu yang diungkapkan oleh Hang
Jebat kepada Laksamana. Pada pendapat anda, mengapakah Hang Jebat menyebut peribahasa
itu kepada Laksamana?
 Hang Jebat menyedari kesalahannya menderhaka kepada Sultan Melaka
 Hang Jebat mengamuk kerana dia tidak bersetuju dengan tindakan sultan Melaka
menghukum Laksamana tanpa usul periksa
 Hang Jebat mengamuk kerana dia tidak berpuas hati apabila mendapat tahu Bendahara
membunuh Laksamana yang tidak berdosa
 Hang Jebat mengamuk kerana dia tidak berpuas hati terhadap sultan Melaka yang tidak
mengenang segala jasa dan pengorbanan Laksamana sebelum ini
 Hang Jebat hanya ingin menuntut bela atas kematian Laksamana

Pada pandangan anda, wajarkah tindakan Hang Jebat menderhaka kepada Sultan Melaka
setelah Hang Tuah dibunuh oleh Bendahara?
Tidak wajar…
 Hang Jebat bertindak mengikut perasaan marah
 Hang Jebat menentang sistem nilai semasa, iaitu rakyat mesti taat perintah sultan/
dilarang menderhakan
 Hang Jebat harus meminta nasihat Bendahara/pembesar berhubung dengan isu
kematian Hang Tuah
 Hang Jebat harus memastikan lebih dahulu sama ada Hang Tuah telah mati atau tidak/
menyiasat apa yang sebenarnya telah berlaku

Sekiranya anda Laksamana, bagaimanakah tindakan anda untuk melaksanakan tugas tersebut
dengan aman?
 saya hanya datang ke istana dengan Bendahara sahaja tanpa diiringi oleh orang ramai
yang membawa senjata
 saya dan Bendahara akan menceritakan keadaan sebenar dan meminta Hang Jebat
meminta ampun daripada sultan
 saya akan mengajak Hang Jebat untuk menyiasat keadaan sebenar dan mengambil
tindakan terhadap mereka yang menimbulkan angkara

Pada pendapat anda, apakah cara terbaik yang seharusnya dilakukan oleh Laksamana untuk
menyelesaikan masalah yang ditimbulkan oleh Hang Jebat?
 Hang Jebat dan Laksamana berbincang secara aman
 Laksamana merayu kepada Sultan Melaka supaya Hang Jebat diampunkan
 Menggunakan orang tengah untuk mencari jalan perdamaian
 Laksamana meminta Hang Jebat bertaubat dan meminta pengampunan daripada Sultan
Melaka

Jika anda Laksamana, nyatakan tindakan yang anda akan lakukan untuk menghalang niat Hang
Jebat membunuh orang ramai yang tidak berdosa?
 memerintah semua hulubalang berkawal untuk menangkap Hang Jebat
 mengadakan perintah berkurung supaya keselamatan rakyat terjamin
 memujuk Hang Jebat membatalkan niatnya
 menasihati Hang Jebat supaya bertaubat dan menyedarkannya
 menggunakan perantaraan orang yang berpengaruh supaya memujuk Hang Jebat

Pada pendapat anda, apakah cara terbaik untuk menyelesaikan masalah selain daripada
pertarungan yang boleh menyebabkan pertumpahan darah berlaku?
 perbincangan secara diplomasi
 meminta bantuan pembesar untuk menasihati kedua-dua pihak
 bernaaf-maafan demi menjaga hati masing-masing
 berdoa kepada tuhan agar suasana tegang dapat diredakan

22
Pada pendapat anda, mengapakah Laksamana tidak bersetuju dengan tindakan orang ramai
yang berada di bawah istana tersebut?
 Laksamana risau tindakan tersebut akan mencederakan kakinya
 kaki Hang Jebat pasti tidak akan cedera walaupun berkali-kali mencuba
 Laksamana menewas Hang Jebat dengan tangannya sendiri
 tidak adil terhadap Hang Jebat
 mengganggu kelancaran pertarungan radakan tikaman

Sekiranya anda berada dalam situasi Hang Jebat, sanggupkah anda bertarung dengan Hang
Tuah?
Ya…
 Hang Tuah sememangnya benar-benar mahu membunuh kerana menurut perintah
sultan
 persahabatan juga tidak memberikan sebarang makna kepada Hang Tuah

Pada pendapat anda, mengapakah Hang Jebat sanggup bertarung dengan rakannya sendiri?
 kerana dia ingin menegakkan kebenaran
 kerana dia merasakan tindakannya selama ini adalah betul
 kerana dia tidak sangka rakannya sanggup mengajaknya untuk berlawan

Pada pendapat anda, apakah cara terbaik untuk mengatasi masalah antara Hang Jebat dengan
Laksamana Hang Tuah?
 menggunakan orang tengah untuk berdamai
 Laksamana Hang Tuah memujuk Hang Jebat supaya berhenti berbalah
 pemerintah mengadili dengan cara yang adil
 meminta mereka bertaubat dan kembali kepada ajaran agama Islam

Sebagai seorang rakyat, apakah yang sepatutnya dilakukan sewaktu Jebat mula-mula
mengamuk?
 bermuafakat sesama rakyat
 mencari jalan untuk membunuh Hang Jebat
 bersatu padu menentang Hang Jebat kerana tanpa perpaduan, mustahil Hang Jebat
dapat ditumpaskan

Adakah anda bersetuju dengan tindakan Hang Tuah dengan membunuh Hang Jebat? Berikan
pendapat anda.
Ya…
 Hang Jebat telah menderhaka kepada Sultan
 Hang Jebat telah banyak membunuh orang yang tidak berdosa
 Hang Jebat bukanlah seorang hulubalang yang jujur
 bagi menyelamatkan empayar kesultanan Melayu Melaka

Tidak…
 sepatutnya Hang Tuah mencari penyelesaian yang lain dan bukannya membunuh Hang
Jebat
 menghargai jasa sahabat yang menuntut bela atas “kematiannya” yang telah difitnah
 Hang Jebat seharusnya menerima hukuman buang negeri dan bukannya dibunuh
 Hang Tuah boleh memujuk Sultan agar meringankan hukuman terhadap Hang Jebat

Pada pendapat anda, mengapakah kita tidak boleh menderhaka kepada sultan?
 membuktikan taat setia yang tidak berbelah bahagi kepada baginda
 mengelakkan diri daripada terkena tulah kerana sultan mempunyai daulat
 mengelakkan masyarakat daripada berpecah belah, seterusnya mengekalkan
keharmonian hidup yang dikecapi

23
Pada pendapat anda, apakah caranya Hang Jebat dapat mengelakkan dirinya daripada bertikam
dengan Laksamana Hang Tuah?
 Hang Jebat meminta pembesar lain berbincang dengan Hang Tuah supaya tidak
bertikam
 Hang Jebat meminta maaf jika melakukan kesalahan terhadap Hang Tuah
 Hang Jebat melarikan diri seketika agar ketegangan antara mereka dapat diredakan

Pada pendapat anda, mengapakah Hang Tuah terlalu berhati-hati apabila bertarung dengan
Hang Jebat?
 kerana Hang Jebat tangkas bermain senjata
 kerana Hang Jebat memiliki keris Taming Sari
 kerana dia bimbang Hang Jebat memperdayakannya

Pada pendapat anda, wajarkah Hang Tuah membunuh Hang Jebat? Berikan alasan anda.
Wajar…
 Hang Jebat telah menderhakai sultan sedangkan bagi orang Melayu menderhaka
merupakan perbuatan yang sangat keji
 Hang Jebat bertindak ganas dengan melakukan pelbagai kejahatan dan kemungkaran
yang tidak boleh dimaafkan
Tidak wajar…
 Hang Jebat patut diberi peluang untuk membetulkan kesalahannya
 Kematiaannya akan mengurangkan bilangan pahlawan terbilang di Melaka
 Sultan sendiri perlu mengakui kesilapannya menjatuhkan hukuman terhadap Hang Tuah
tanpa usul periksa sehingga mencetuskan kemarahan Hang Jebat

Mengapakah dikatakan tindakan Hang Jebat itu dikatakan tidak wajar?


 menderhaka terhadap sultan bertentangan dengan budaya hidup masyarakat Melayu
 dia sepatutnya tidak membunuh orang yang tidak berdosa
 setiap apa yang berlaku perlu dihadapi dengan perasaan tabah dan menganggap
dugaan daripada Tuhan
 banyak cara lain untuk meluahkan rasa tidak puas hati seperti berbincang dengan
Bendahara agar menyampaikan maksud tersebut kepada Sultan, bukan terus
menderhaka

Sekiranya anda Hang Tuah, sanggupkah anda membunuh Hang Jebat? Berikan alasan anda.
Ya…
 Hang Jebat telah menderhaka terhadap sultan
 Hang Jebat telah membunuh ramai orang yang tidak berdosa
 Hang Jebat melakukan tindakan melulu tanpa menyiasat atau berbincang
 Hang Jebat telah mengusir sultan dari istana
Tidak…
 dia adalah sahabat saya
 dia telah saya anggap seperti saudara kandung
 Hang Jebat menderhaka kerana sultan zalim terhadap saya yang tidak bersalah
 Hang Jebat menderhaka terhadap sultan kerana ingin menuntut bela atas kematian saya

Pada pendapat anda, sekiranya dosa lain yang dilakukan oleh Hang Jebat, apakah cara yang
boleh dilakukan oleh Hang Tuah untuk melepaskan Hang Jebat daripada hukuman mati?
 mencadangkan kepada sultan agar mengampunkan Hang Jebat yang telah banyak
berjasa kepada negara
 meminta Hang Jebat menyerah diri
 mencadangkan Hang Jebat memohon ampun daripada sultan
 menjelaskan kedudukan sebenar tentang punca Hang Jebat menderhaka terhadap
sultan

Pada pendapat anda, mengapa kita perlu berkelakuan baik sepanjang hayat?

24
 kita perlu menjaga nama baik/maruah diri
 kita perlu berbuat baik supaya dikenang orang
 supaya menjadi contoh kepada orang lain
 supaya dapat menabur bakti kepada masyarakat dan negara
 supaya mendapat balasan yang baik di akhirat
 supaya dihormati oleh masyarakat

Pada pendapat anda, wajarkah Hang Jebat dibunuh oleh Hang Tuah? Berikan alasan anda.
Wajar…
 Hang Jebat telah menderhaka terhadap sultan
 Hang Jebat membunuh ramai orang yang tidak berdosa
 Hang Jebat bermaharajalela di istana
 Hang Jebat melakukan perbuatan yang bertentangan dengan ajaran agama Islam
 menjalankan perintah/titah sultan
 untuk menunjukkan kesetiaannya terhadap sultan
Tidak wajar…
 Hang Jebat banyak berjasa kepada negara
 mereka rakan karib/seperti saudara kandung
 Hang Jebat menuntut bela atas kematian Hang Tuah
 Hang Jebat menentang ketidakadilan/kezaliman sultan

Pada pendapat anda, siapakah yang bertanggungjawab menyebabkan berlakunya pertarungan


antara Hang Tuah dengan Hang Jebat?
 semua pihak bertanggungjawab termasuklah sultan, Hang Tuah dan Hang Jebat – sultan
bertindak zalim menjatuhkan hukuman bunuh terhadap Hang Tuah – Hang Jebat
menuntut bela – Hang Jebat sepatutnya tidak bertindak menderhaka terhadap sultan –
Hang Tuah sepatutnya tidak taat secara keterlaluan/menasihati sultan supaya
menyelesaikan masalah Hang Jebat secara yang baik/bukan dengan cara
membunuhnya

Bagaimanakah Hang Tuah menamatkan riwayat hidup Hang Jebat?


 Laksamana Hang Tuah menghunus kerisnya dan berguling di atas talam
 Hang Jebat menjadi letih
 keris Hang Jebat terlekat pada talam
 Hang Tuah bangun serta melompat, lalu terus menikam dada Hang Jebat sehingga
tembus ke belakang

Berdasarkan prosa, terangkan corak pelaksanaan undang-undang beraja pada zaman


Kesultanan Melayu Melaka pada ketika itu.
 sultan mempunyai kuasa mutlak untuk menjatuhkan hukuman
 sultan menjatuhkan hukuman bunuh kepada sesiapa yang menderhaka

Adakah benar bahawa kehebatan kedua-dua pendekar tersebut terletak pada keris yang
dianugerahkan oleh Betara Majapahit? Jelaskan.
Tidak…
 kedua-dua pendekar itu pandai bermain senjata
 Hang Tuah bijak menggunakan akal fikiran/tipu helah untuk memperdayakan Hang Jebat
 kedua-duanya kuat dan gagah

Pada pendapat anda, mengapakah Bendahara tidak melaksanakan hukuman terhadap Hang
Tuah seperti yang telah dititahkan oleh sultan?
 Bendahara percaya bahawa Hang Tuah tidak bersalah/telah difitnah
 Bendahara berasa kasihan/simpati terhadap Hang Tuah
 Bendahara menganggap hukuman itu tidak adil/menganiayai Hang Tuah
 Bendahara yakin bahawa suatu hari nanti, sultan akan mengetahui perkara sebenar dan
meminta pertolongan Hang Tuah

25
Pada pendapat anda, adakah wajar Hang Jebat dibunuh atas perbuatannya? Mengapakah anda
berpendapat demikian?
Wajar…
 Hang Jebat menderhaka kepada raja
 Hang Jebat bertindak kejam semasa berkuasa dan berlagak sebagai raja
 Hang Jebat membunuh rakyat yang tidak bersalah

Andaikan anda Laksamana Hang Tuah, apakah tindakan anda terhadap Hang Jebat yang
dikatakan derhaka?
 akan menasihati Hang Jebat supaya kembali ke pangkal jalan
 menjelaskan perkara yang sebenarnya berlaku – dia (Hang Tuah) masih hidup

2. CERITA BAYAN TIADA MENURUT KATA IBU BAPANYA


Jika anda ialah bayan, apakah ikhtiar anda menghalang Siti daripada berjumpa dengan anak raja
itu?
 memberi nasihat dengan mengatakan bahawa berdosa menduakan suami
 melakukan sesuatu yang boleh melekakan Siti daripada bertemu dengan kekasihnya
 membawa Siti berjumpa dengan guru agama untuk mendalami pengetahuan dan hukum
agama
 mengugut akan memberitahu suami Siti akan perbuatan curang Siti
 membuat aduan kepada raja
 membawa anak raja ke tempat lain
 mengurung Siti supaya tidak dapat bertemu anak raja
 memanggil suami Siti balik dengan segera

Selain sebab-sebab dalam petikan, pada pendapat anda, mengapakah raja sanggup melepaskan
bayan itu?
 sebagai tanda terhutang budi kepada bayan itu yang telah mengubati baginda
 sedar akan penderitaan yang ditanggung oleh seseorang yang berpisah dengan
keluarganya
 tidak mempunyai sebarang keperluan lain daripada bayan itu

Pada pendapat anda, apakah motif masyarakat silam mencipta cerita yang sedemikian?
 sumber hiburan bagi masyarakat (pada zaman itu tidak terdapat sumber hiburan lain
seperti media massa elektronik)
 suatu kaedah mendidik anggota masyarakat (misalnya kepentingan anak-anak
mendengar kata ibu bapa)
 menerangkan nilai-nilai murni kepada anggota masyarakat (misalnya nilai
perikemanusiaan, tolong-menolong, dan hormat-menghormati sesama manusia)

Pada pendapat anda, mengapakah pasangan cerpelai itu hendak menganiaya bayan?
 cemburu melihat kebahagian hidup keluarga bayan
 pasangan cerpelai juga sakit hati kerana mereka terpaksa menderita tanpa anak mereka
dan mahu penderitaan yang sama menimpa keluarga bayan
 pasangan cerpelai mungkin beranggapan bahawa adalah tidak adil bagi bayan hidup
bahagia sedangkan mereka terpaksa menanggung penderitaan akibat berpisah dengan
anak mereka

Maka kata bayan itu, “Demikianlah kejahatan orang yang tiada menurut kata ibu bapanya.”
Berdasarkan petikan dialog di atas, pada pendapat anda, mengapakah nasihat ibu bapa wajar
dituruti oleh anak-anak pascamerdeka?

26
 ibu menghamilkan anaknya selama sembilan bulan dengan penuh kesabaran, kesakitan,
dan kepayahan
 bapa mencari rezeki untuk membesarkan anak-anak
 anak-anak yang menderhakai ibu bapanya tidak akan memperoleh kedamaian jiwa, baik
di dunia mahupun di akhirat
 anak-anak yang sentiasa mendengar nasihat ibu bapa akan mendapat taufik dan
hidayah daripada-Nya
 nasihat yang diberikan ibu bapa kepada anak-anak adalah untuk mengelakkan mereka
terjebak dalam kebejatan sosial kini yang semakin merisaukan banyak pihak

Jika anda diberi peluang untuk menyelesaikan masalah antara anak kera dengan anak saudagar,
apakah yang akan anda lakukan?
 menasihati anak kera dan anak saudagar supaya bersabar/jangan bertindak mengikut
perasaan
 menyuruh mereka bermaaf-maafan/mengakui kesilapan masing-masing
 meminta mereka menjalin hubungan yang baik/mesra tanpa mengira perbezaan
keturunan
 mengadakan pertemuan dengan ibu bapa anak kera dan anak saudagar/meminta
mereka mengawasi anak mereka supaya peristiwa pergaduhan itu tidak berulang lagi

Pada pendapat anda, mengapakah burung bayan mencadangkan budak itu agar dirinya dibawa
kepada raja?
 menyedari dia berpeluang menyelamatkan dirinya daripada dibunuh
 yakin bahawa budak itu akan termakan kata-katanya demi mendapatkan wang
 sedar bahawa dia mampu merawat penyakit raja
 tahu sekiranya dia dapat merawat penyakit raja, dia akan dibebaskan kerana telah
berjasa
-
Pada pendapat anda, wajarkah tindakan cerpelai meminta serigala bertindak terhadap anak
bayan supaya menerima nasib yang sama seperti anaknya? Berikan alasan anda.
Tidak wajar…
 perbuatan tersebut zalim
 pembalasan yang dilakukan merupakan perkara yang tidak wajar
 perbuatan membalas dendam bukanlah satu jalan penyelesaian, sebaliknya terdapat
cara lain untuk menyelesaikan perbalahan

Pada pendapat anda, adakah raja akan membeli burung itu? Berikan alasan anda.
Ya…
 ada ilmu tabib
 berjanji akan mengubati raja
 rasa kasihankan kepada budak itu
Tidak…
 harganya mahal
 saiz burung itu kecil
 tidak yakin dengan janji burung itu

Tindakan serigala memberikan pandangannya kepada cerpelai laki bini dianggap tidak rasional.
Berikan alasan anda.
 mengerunkan lagi hubungan antara cerpelai dengan bayan
 bayan laki bini bersalah terhadap cerpelai mahupun serigala
 bayan laki bini akan merana akibat kehilangan anak
 perbuatan dendam adalah perbuatan yang keji

Pada pendapat anda, wajarkah serigala menasihati cerpelai begitu?


Tidak…

27
 kerana serigala sepatutnya menasihati cerpelai agar tidak menyalahkan bayan dalam
kejadian tersebut
 kerana serigala sepatutnya menasihati cerpelai agar reda dengan takdir yang menimpa
anaknya
 kerana serigala sepatutnya menasihati cerpelai agar jangan menyimpan perasaan
dendam terhadap pihak lain

Nyatakan empat sebab tindakan saudagar itu tidak wajar.


 dia sepatutnya mencari ikhtiar lain untuk mengubati luka anaknya
 membunuh ialah perbuatan yang tidak berperikemanusiaan
 perbuatan itu menyebabkan anaknya akan kehilangan sahabat
 bapa kera berkemungkinan akan bertindak balas setelah anaknya dibunuh

Selain untuk berhujah, kemukan empat kepentingan ilmu kepada diri seseorang dalam
masyarakat?
 memandu arah dalam hidup
 membantu mentadbirkan negara
 membantu menaikkan pangkat
 memberikan pengajaran/petunjuk kepada orang lain
 mengelakkan diri daripada ditipu oleh orang lain

Pada pandangan anda, wajarkah saudagar tersebut menuruti nasihat tabib itu?
Wajar…
 menyelematkan nyawa anak adalah lebih penting
 percaya bahawa hati kera itu satu-satunya ubat yang boleh menyembuhkan anaknya
 terpendam perasaan marah terhadap anak kera yang menjadi punca anaknya sakit
 tabib itu merupakan tabib yang paling hebat dan terkenal di rantau itu. Oleh itu, saudagar
amat mempercayai nasihatnya.
Tidak wajar…
 tidak seharusnya membunuh semata-mata untuk menyelamatkan nyawa insan lain
 boleh mencari ubat lain
 tidak logik hati kera boleh menyembuhkan penyakit
 kera ialah kawan baik anaknya. Oleh itu, anak saudagar tidak mungkin akan memaafkan
saudagar jikalau ia membunuh anak kera itu

Andaikan anda ialah Bibi Zainab, apakah manfaat yang anda peroleh jika suka mendengar cerita
tentang kehidupan?
 dapat teladan dan pedoman hidup daripada cerita
 dapat menghiburkan hati yang kesunyian
 dapat mengisi masa lapang dengan perkara yang baik
 dapat menambahkan pengetahuan

Pada pendapat anda, mengapakah anak kera masih mahu berkawan dengan anak saudagar itu
walaupun dilarang oleh bapanya?
 kerana dia tidak mempunyai kawan lain
 kerana dia tidak mahu terpengaruh oleh sikap bapanya yang terlalu mengongkong
 kerana dia ingin berkawan dengan sesiapa sahaja yang diingininya

Pada pandangan anda, mengapakah bayan meminta dirinya dijual dengan harga dua ribu dinar?
 kerana raja sangat memerlukan bayan bagi menyembuhkan penyakit sopak baginda
 kerana budak itu menjadi tamak kerana telah diberitahu oleh bayan supaya menjualnya
dengan harga dua ribu dinar

Pada pendapat anda, mengapakah raja itu melepaskan burung bayan yang dibelinya itu?
 ingin membalas jasanya/berjasa kepada raja
 kasihan dengan penderitaan yang dihadapinya/rindu akan keluarganya

28
 burung bayan berbudi perkerti mulia
 tidak suka mendera/menyeksa binatang
 mempunyai sifat perikemanusiaan

Andaikan anda bapa kepada anak saudagar, nyatakan cara-cara lain yang boleh anda lakukan
untuk anak anda mematuhi anda.
 meminta orang lain yang dihormati oleh anak untuk menasihatinya
 meminta orang yang berpengalaman yang telah menghadapi masalah yang sama untuk
menceritakan pengalamannya kepada anak
 memupuk nilai kepatuhan dan ketaatan kepada perintah kepada anak-anak sejak kecil
 memberikan pendidikan agama kepada anak-anak supaya faham akan tanggungjawab
untuk mentaati ibu bapa
 membelikan mereka buku cerita yang berkaitan supaya dapat memikirkan sendiri
persoalan, nilai, dan pengajaran yang tersurat dalam buku cerita tersebut

Andaikan anda saudagar itu, nyatakan tindakan lain yang boleh anda lakukan untuk mengubati
penyakit hatinya.
 mendapatkan khidmat tabib lain
 mendapatkan nasihat tabib lain
 berdoa kepada tuhan
 mengantikan ubat lain tanpa menggunakan hati kera

Sekiranya anda tuanku duli syah alam, apakah tindakan anda terhadap permintaan bayan?
Berikan alasan anda.
Melepaskan bayan…
 bersimpati dan belas kasihan terhadap bayan yang telah lama tidak berjumpa
keluarganya
 memberi peluang kepada bayan berjumpa keluarganya
 membalas jasa bayan yang telah mengubati penyakit sopak saya
 agar saya dihormati sebagai seorang raja yang adil dan penyayang

Tidak melepaskan bayan…


 bayan seekor burung yang bijak dan sukar dicari ganti
 saya takut penyakit sopak itu akan berulang dan tiada yang akan mengubatinya
 saya terpesona dengan kelebihan/keistimewaan bayan
 supaya saya seorang sahaja yang mempunyai burung yang istimewa ini
 hobi saya memelihara burung

Pada pendapat anda, mengapa kita perlu memilih dan berkawan dengan rakan yang baik?
 supaya kita menjadi orang yang baik juga.
 supaya kita tidak melakukan kejahatan/jenayah.
 supaya kita dihormati
 supaya kita mempunyai ramai kawan/sahabat/kenalan.
 supaya kita mendapat balasan yang baik
 supaya ibu bapa tidak risau

Pada pendapat anda, apakah kesan jika kita tidak mematuhi perintah ibu bapa?
 dimarahi oleh ibu bapa
 berdosa
 menerima balasan yang tidak baik
 dicemuh oleh masyarakat
 tidak mendapat keberkatan
 hubungan kekeluargaan menjadi renggang

Jika anda sebagai “budak”, apakah tindakan anda terhadap bayan tua itu? Mengapa?
Tidak membunuhnya…

29
 menaruh rasa simpati terhadap bayan tua
 yakin akan kebolehan bayan tua untuk mengubati sopak pada kaki raja
 jika benar penyakit raja akan sembuh, dapat berbakti kepada raja

Pada pendapat anda, mengapakah raja sanggup membebaskan bayan tersebut?


 untuk membalas jasa burung tersebut
 kasihan terhadap rayuan bayan tersebut
 beliau tidak memerlukan bayan itu lagi

Pada pendapat anda, apakah yang harus dilakukan oleh seseorang itu jika mereka hidup
berjiran?
 Bantu-membantu antara satu sama lain
 Tidak bersifat dengki
 Jangan berdendam antara satu sama lain

Kebijaksanaan bayan dapat menyelamatkan nyawanya. Pada pandangan anda, apakah faedah
sekiranya seseorang itu menggunakan akal fikiran dengan bijak?
 Dapat menyelesaikan mesalah dengan mudah
 Dapat membantu orang lain yang berada dalam kesusahan
 Dapat mencapai kejayaan dalam apa jua lapangan yang diceburi

Jika anda diberi peluang untuk menyelesaikan masalah antara anak kera dengan anak saudagar,
apakah yang anda akan lakukan?
 Menasihati anak kera dan anak saudagar supaya bersabar/ jangan bertindak mengikut
perasaan
 Menyuruh mereka bermaaf-maafan/ mengakui kesilapan masing-masing
 Meminta mereka menjalin hubungan yang baik/ mesra tanpa mengira perbezaan
keturunan
 Mengadakan pertemuan dengan ibu bapa anak kera dan anak saudagar/ meminta
mereka mengawasi anak mereka supaya peristiwa pergaduhan itu tidak berulang lagi

Pada pendapat anda, apakah tujuan budak itu hendak menangkap burung-burung bayan itu?
 Tujuan budak itu menangkap burung-burung bayan itu adalah untuk dinakan dagingnya
 Dia hendak memelihara burung-burung itu
 Dia hendak menjualnya bagi mendapat duit poket

Pada pendapat anda, mengapakah raja bertindak membebaskan bayan?


 Dia telah diminta oleh bayan tersebut yang sudah lama bercerai bersama anak bininya
 Penyakit raja sudah diubati oleh bayan tersebut dan raja telah kembali kepada dirinya
yang asal

Pada pendapat anda, mengapakah seseorang mesti mendengar nasihat ibu bapanya?
 Mematuhi hukum agama/ anak tidak boleh menderhaka
 Anak masih muda/ memerlukan bimbingan
 Nasihat ibu bapa bertujuan baik/ memberikan pengajaran.

Pada pendapat anda, apakah kepentingan sifat bermuafakat dalam sesebuah masyarakat?

 Menentukan kejayaan sesuatu rancangan atau tindakan yang dijalankan


 Memupuk perpaduan dalam kalangan anggota masyarakat
 Memupuk sikap kerjasama/ tolak ansur
 Menyatukan dan mengukuhkan ikatan silaturahim.

Wajarkah saudagar membunuh anak kera?


Tidak wajar,
 anak kera ialah sahabat anak saudagar

30
 Bersimpati dengan anak kera yang tidak melakukan sebarang kesalahan
 Berusaha mengubati anaknya dengan cara lain.

Pada pandangan anda, mengapakah budak itu menunggu waktu malam untuk menutup
lubang sarang burung bayan itu?
 Semua burung bayan akan berada di dalam sarang pada waktu itu dan dia akan dapat
menangkap semua burung itu.
 Semua burung bayan di dalam sarang itu tidak sedar akan perbuatan kerana sedang
tidur dan cuaca gelap
 Supaya tidak disedari orang lain.

Wajarkah Bibi Zainab bertemu dengan anak raja sedangkan beliau mempunyai suami?
Berikan tiga alasan anda.
TIDAK WAJAR
 Bibi Zainab isteri yang sah kepada suaminya dan sebagai isteri dia tidak sepatutnya
berlaku curang terhadap suaminya
 Pertemuan itu memungkinkan berlakunya pertelingkahan dalam hubungan suami isteri
yang akan menyebabkan keruntuhan rumah tangga.
 Mencemarkan nama baik agama yang dianuti.

Wajarkah saudagar tersebut menuruti nasihat tabib itu?


WAJAR
 Menyelamatkan nyawa anak adalah lebih penting
 Percaya bahawa hati kera itu satunya ubat yang boleh menyembuhkan anaknya.
 Terpendam perasaan marah terhadap anak kera yang menjadi punca kesakitan
Anaknya.
 Tabib itu merupakan tabib yang paling hebat dan terkenal di rantau itu.

Pada pandangan anda, bagaimanakah nasib cerpelai selepas itu?


 Diusir oleh budak itu
 Lari menyelamatkan diri
 Mengadu nasibnya kepada serigala

Pada pendapat anda, apakah gunanya kisah-kisah seperti dalam petikan di atas disampai
kepada para pelajar?
 Akan mendapat teladan, pengajaran dan nasihat secara tidak langsung
 Mematuhi nasihat ibu bapa
 Jangan berkawan dengan orang jahat

3. KEZALIMAN MEMBAWA PADAH


Pada pendapat anda, wajarkah Sang Rajuna Tapa bertindak sedemikian? Berikan alasan anda.
Wajar…
 raja telah menyebabkan dia malu
 sebagai pengajaran kepada Raja supaya tidak bertindak terburu-buru
 anaknya tidak bersalah dan hanya difitnah
Tidak wajar…
 rakyat harus taat akan perintah Raja
 menyebabkan orang lain meniru kesalahan
 bertindak untuk kepentingan sendiri sehingga menggadai negara sendiri

Pada pendapat anda, mengapakah raja-raja pada zaman dahulu menjatuhkan hukuman sesuka
hati sahaja?
 raja berkuasa penuh/mutlak

31
 rakyat sentiasa taat kepada raja/tidak boleh menderhaka/menentang kehendak raja
 raja bersifat sombong/lupa akan dirinya sebagai manusia
 raja dianggap berdaulat/rakyat takut mendapat tulah

Pada pendapat anda, apakah yang mungkin terjadi kepada Sang Rajuna Tapa akibat
tindakannya itu?
 Sang Rajuna Tapa akan hilang jawatan/dipecat
 Sang Rajuna Tapa akan dihukum/dibuang negeri/dipenjarakan/dibunuh
 Rumah (kerengkiang) Sang Rajuna Tapa akan dirobohkan
 Harta benda Sang Rajuna Tapa akan dimusnahkan/dirampas
 Sang Rajuna Tapa ditimpa tulah/musibah/bala/balasan
 Sang Rajuna Tapa akan dihina/dicemuh oleh rakyat Singapura
 Sang Rajuna Tapa akan mendapat kurnia daripada Betara Majapahit

Pada pendapat anda, wajarkah Paduka Seri Maharaja menitahkan orang suruhan baginda
membunuh budak itu? Berikan alasan anda.
Tidak wajar…
 budak itu tidak melakukan apa-apa kesalahan
 budak itu telah berjasa kepada baginda dengan membantu menyelesaikan masalah
serangan ikan todak
 dengan kebijaksanaannya, budak itu dapat membantu negara pada masa depan

Pada pendapat anda, apakah faktor lain yang memungkinkan Tun Jana Khatib dibunuh oleh
Paduka Seri Maharaja selain faktor kemarahan baginda kepada Tun Jana Khatib?
 cemburunya Paduka Seri Maharaja akan sikap isterinya yang terpikat kepada Tun Jana
Khatib
 kedengkian Paduka Seri Maharaja akan kebolehan Tun Jana Khatib
 kebimbangan Paduka Seri Maharaja terhadap kebolehan Tun Jana Khatib yang mampu
menggugat kedudukannya/kuasanya sebagai pemerintah
 sikap Paduka Seri Maharaja yang sengaja hendak menunjukkan bahawa baginda
berkuasa

Pada pendapat anda, apakah langkah yang sewajarnya diambil oleh kerajaan supaya rakyat
berfikiran kreatif?
 kempen banyak membaca
 meluaskan peluang rakyat untuk menuntut ilmu
 memberikan ruang kepada masyarakat untuk mengeluarkan buah fikiran

Bersetujukah anda dengan tindakan Sang Rajuna Tapa itu? Berikan alasan anda.
Tidak..
 kerana jika tidak puas hati dengan pemerintah, kita harus memberitahunya atau
mencuba mendapatkan pengadilan
 seseorang rakyat tidak wajar belot kepada negerinya tidak kira apa sekalipun alasannya
Pada pendapat anda, mengapakah Sang Rajuna Tapa menjadi batu?
 kerana dia telah menderhakai raja
 merupakan balasan Allah kerana perbuatan khianatnya

Apakah mesej yang hendak disampaikan oleh pengarang cerita ini kepada golongan rakyat?
 jangan sekali-kali menderhakai raja
 rakyat yang menderhaka akan mendapat bala sebagaimana yang berlaku kepada Sang
Rajuna Tapa

Apakah kesudahan nasib budak tersebut dalam cerita ini? Apakah pandangan anda terhadap
pemerintah negeri itu dengan berdasarkan kesudahan itu?
 dia dibunuh kerana para pembesar telah menghasut pemerintah

32
 mereka mengatakan bahawa jika budak itu begitu pandai pada umur yang mentah, akan
menimbulkan masalah kepada pemerintah apabila dewasa
 hal ini menggambarkan pemerintah yang tidak berperikemanusiaan kerana sanggup
membunuh orang yang tidak berdosa bagi memastikan keselamatan dan kedudukannya
semata-mata
 tidak mengenang budi sedangkan budak itulah yang telah memberikan penyelesaian
bagi masalah yang dihadapi negeri tersebut

Pada pendapat anda, mengapakah raja digambarkan memiliki daulat dan kelebihan-kelebihan
tertentu?
 supaya rakyat takut dan hormat akan raja
 untuk membuktikan kekuasaan dan kehebatan raja
 untuk meraih kesetiaan rakyat
 menunjukkan kedudukan raja yang mulia dan lebih tinggi darjatnya berbanding rakyat
biasa

Pada pendapat anda, wajarkah Tun Jana Khatib dibunuh? Berikan alasan anda.
Tidak wajar…
 beliau tidak melakukan kesalahan yang besar
 tindakan beliau menilik batang pinang bukan disengajakan, tetapi terjadi secara
kebetulan
 beliau seorang ulamak – beliau sepatutnya disiasat dan dibicarakan sebelum sesuatu
tindakan diambil

Siapakah yang menitahkan hukuman bunuh terhadap Tun Jana Khatib dan jelaskan peristiwa-
peristiwa lain yang membawa kepada kejatuhan Singapura?
Paduka Seri Maharaja…
 ikan-ikan todak telah menyerang Singapura
 banyak rakyat Singapura yang mati konyol kerana Paduka Seri Maharaja mengarahkan
mereka menahan serangan ikan-ikan todak dengan menggunakan betis
 Raja Iskandar Syah, anakanda Paduka Seri Maharaja menjatuhkan hukuman sula
kepada rakyatnya tanpa usul periksa
 Singapura telah diserang oleh tentera Betara Majapahit

Pada pendapat anda, wajarkah tindakan Paduka Seri Maharaja menyuruh rakyatnya berkubukan
betis untuk menghentikan serangan todak? Berikan alasan anda.
Tidak wajar…
 tindakan baginda menunjukkan baginda seorang pemerintah yang zalim
 tidak rasional kerana membahayakan nyawa rakyat
 sebagai pemimpin, baginda sepatutnya mempunyai idea dan cara lain untuk
menyelesaikan masalah

Jika anda Paduka Seri Maharaja, apakah yang wajar anda lakukan kepada budak yang telah
membantu menamatkan serangan todak di Singapura itu?
 mengadakan majlis khas/jamuan makan malam untuk meraikannya/mengenang jasanya
 mengambil budak itu sebagai anak angkat/memberinya kemudahan dan sara hidup
 memberinya anugerah seperti pangkat/bintang kebesaran/gelaran/wang
 melantiknya sebagai penasihat kerajaan/negara

Pada pendapat anda, apakah ganjaran yang sesuai diberikan kepada budak tersebut?
 anugerah/penghargaan berupa pingat
 ganjaran/hadiah wang tunai/emas/pakaian mewah
 memberi tanah/rumah/keperluan asas
 memberi jawatan/kedudukan yang sesuai di istana

33
Sekiranya anda sebagai Tun Jana Khatib dan diberi peluang untuk merayu, apakah alasan-
alasan anda agar tidak dihukum bunuh oleh Paduka Seri Maharaja?
 menyatukan perkara sebenar/niat/tindakan yang dilakukan/tiada niat untuk menunjuk-
nunjukkan kehebatan
 berjanji tidak akan menggunakan ilmu/kelebihan diri (di depan istana)
 akan meninggalkan Singapura/rela dihantar ke tempat lain
 rela menerima hukuman penjara daripada dihukum bunuh
 akan mengajar ilmu kepada Paduka Seri Maharaja/rakyat Singapura
 memberitahu Paduka Seri Maharaja tentang kerugian ilmu tersebut sekiranya
dibunuh/ilmu tidak dapat dikembangkan/diperturunkan
 memohon Paduka Seri Maharaja menyiasat terlebih dahulu sebelum menuduh atau
menjatuhkan hukuman
 akan menghambakan diri untuk berkhidmat di istana bagi menebus kesalahan

Pada pendapat anda, wajarkah Tun Jana Khatib dibunuh oleh Paduka Seri Maharaja? Berikan
alasan anda.
Wajar…
 Tun Jana Khatib melakukan perbuatan itu dengan niat untuk bermegah akan
kehebatannya di tempat yang tidak sesuai
 Tun Jana Khatib merosakkan alam sekitar kerana memusnahkan pokok pinang yang
ditanam di hadapan istana dengan sesuka hatinya
 Tun Jana Khatib dianggap musuh negara kerana mampu memusnahkan sesiapa sahaja
yang bersengketa dengannya
Tidak wajar…
 Tun Jana Khatib sepatutnya dilantik menjadi pahlawan negara untuk menentang musuh
negara
 Tun Jana Khatib sepatutnya dilantik sebagai pembesar agar negara dihormati dan
digeruni oleh pemerintah dari negara-negara lain
 Tun Jana Khatib sepatutnya dijemput untuk mempamerkan kehebatannya dalam majlis
keraian bersama dengan rakayt atau para tetamu istana

Pada pendapat anda, apakah tujuan Tun Jana Khatib menunjukkan pengetahuannya kepada raja
perempuan isteri Paduka Seri Maharaja?
 mempamerkan kelebihan ilmu yang ada padanya
 mengharapkan penghargaan
 mengharapkan sanjungan masyarakat
 ingin mendapatkan kedudukan/pangkat di istana

Pada pendapat anda, wajarkah Sang Rajuna Tapa membalas dendam terhadap tuduhan raja?
Wajar…
 menuntut belas atas kematian anaknya
 menjadi teladan kepada raja supaya tidak bertindak terburu-buru
 membuktikan bahawa bukan semua tindakan raja dapat diterima oleh rakyat
Tidak wajar…
 Raja berkuasa mutlak
 Sang Rajuan Tapa menderhaka kepada raja
 menyusahkan orang lain atau rakyat

Perbuatan Paduka Seri Maharaja membunuh kanak-kanak yang telah menyelamatkan Singapura
adalah suatu tindakan yang tidak wajar. Kemukakan alasan untuk menyokong pernyataan ini.
 membunuh orang yang tidak bersalah besar dosanya
 kanak-kanak itu telah menyelamatkan nyawa rakyat Singapura
 kepandaian kanak-kanak itu boleh digunakan untuk pembangunan Singapura

Seandainya anda sultan, bagaimanakah anda akan menghargai kebijaksanaan budak kecil itu?
 memastikan budak kecil itu menerima pendidikan yang sesuai

34
 memberikan ganjaran lumayan kepada orang tuanya
 memastikan bahawa dia dilantik sebagai pembesar apabila dia besar kelak
 percaya dia akan dapat membantu saya untuk membangunkan negara supaya
kemakmuran dan keharmonian dapat terus dikecapi oleh rakyat saya

Pada pendapat anda, apakah yang harus dilakukan oleh baginda sebelum menjatuhkan
hukuman sula terhadap anak perempuan Sang Rajuna Tapa?
 mendengar penjelasan daripada anak perempuan Sang Rajuna Tapa
 mencari bukti-bukti yang kukuh sebelum menjatuhkan hukuman
 tidak mempercayai kata-kata gundik baginda semata-mata

Pada pandangan anda, mengapakah Sang Rajuna Tapa digambarkan menerima balasan yang
luar biasa?
 kerana dalam adat Melayu, rakyat yang menderhakai raja akan mendapat balasan
setimpal
 kerana kesalahan yang dilakukan oleh Sang Rajuna Tapa amat besar, iaitu belot kepada
raja, rakyat, dan negara
 kerana perbuatannya telah menyebabkan banyak rakyat Singapura meninggal dunia

Nyatakan pendirian anda tentang diri Paduka Seri Maharaja.


 baginda zalim kerana menghukum bunuh tanpa usul periksa
 baginda cemburu sehingga tergamak untuk menghukum bunuh orang yang
dicemburuinya
 baginda berprasangka buruk kerana menganggap Tun Jana Khatib menunjuk-nunjukkan
kelebihannya kepada permaisurinya

Andaikan anda Paduka Seri Maharaja, apakah tindakan anda terhadap budak itu? Berikan
alasan anda.
menjaga keselamatan dan masa depan budak itu – tidak akan menjatuhi budak itu hukuman
bunuh…
 budak itu merupakan aset penting kepada negara
 budak itu mempunyai potensi untuk menjadi pemimpin besar pada masa depan
 budak itu dapat membantu membangunkan negeri
 budak itu sangat bijak dan dapat dijadikan penasihat raja pada suatu hari nanti

Pada pendapat anda, apakah yang mungkin terjadi kepada Sang Rajuna Tapa akibat
tindakannya itu?
 dipecat/dilucutkan jawatan/pangkat
 dipenjarakan/dibuang negeri/dibunuh
 akan dipandang hina oleh masyarakat/dipulaukan oleh masyarakat
 hartanya akan dirampas/disita/rumahnya

Pada pendapat anda, mengapakah Sang Rajuna Tapa belot kepada Raja Iskandar?
 Sang Rajuna Tapa berasa Kecewa dan marah dengan tindakan Raja Iskandar
menghukum anaknya tanpa usul periksa
 Sang Rajuna Tapa berasa maruah diri dan keluarganya tercemar/tercalar
 Sang Rajuna Tapa berasa sumbangan bakti dan khidmatnya sebagai bendahari tidak
dihargai
 Sang Rajuna Tapa beranggapan bahawa anaknya telah dizalimi
 Betara Majapahit menawarkan ganjaran yang lumayan/pangkat/harta

Pada pendapat anda, wajarkah tindakan Raja Iskandar terhadap anak Sang Rajuna Tapa?
Nyatakan alasan anda.
Tidak wajar…
 Raja Iskandar bertindak terburu-buru tanpa menyiasat terlebih dahulu/Raja Iskandar
bertindak mengikut perasaan

35
 tindakan Raja Iskandar itu merupakan perbuatan zalim
 Raja Iskandar tidak mengenang jasa dan sumbangan yang diberikan oleh Sang Rajuna
Tapa
 Anak Sang Rajuna Tapa ialah gundiknya

Pada pendapat anda, mengapakah Sang Rajuna Tapa berkata, “Jika sungguh sekalipun anak
hamba berbuat jahat; bunuhnya; mengapakah diberinya malu demikian”?
 Sang Rajuna Tapa tidak dapat menerima hakikat anaknya dihukum sula
 Sang Rajuna Tapa lebih rela anaknya dibunuh tanpa dimalukan sedemikian
 hukuman yang dikenakan ke atas anaknya tidak setimpal dengan kesalahan yang
dilakukan
 Sang Rajuna Tapa tidak berpuas hati dengan tindakan Raja Iskandar Syah yang
menjatuhkan hukuman tanpa usul periksa
 berpendapat anaknya tidak bersalah

Sekiranya anda penasihat Paduka Seri Maharaja, apakah yang anda lakukan supaya budak itu
tidak dibunuh?
 menasihati Sultan supaya memelihara/menjaga budak itu sehingga dewasa
 menjelaskan kepada Sultan akan kebijaksanaan budak itu
 meminta Sultan menyiasat terlebih dahulu sebelum menjatuhkan hukuman
 menjelaskan kepada Sultan bahawa kebijaksanaan itu dapat digunakan untuk kepentingan
negara pada masa hadapan

Pada pendapat anda, wajarkah budak itu dibunuh oleh Paduka Seri Maharaja? Berikan alasan
anda.
Wajar…
 budak itu akan mengganggu gugat kedudukan pembesar-pembesar Singapura
 budak itu akan menggulingkan Paduka Seri Maharaja dan pewaris pada masa akan
datang
 budak itu akan dipergunakan atau diperalatkan oleh pihak musuh
 budak itu akan mempengaruhi rakyat jelata untuk menentang kezaliman Raja Singapura
Tidak wajar…
 budak itu telah berjaya menyelamatkan nyawa rakyat Singapura
 budak itu boleh dilantik menjadi penasihat Sultan untuk mentadbir negara kelak
 budak itu tidak bersalah
 budak itu telah berjasa kepada negara tetapi sumbangan jasanya tidak dikenang
 kebijaksanaan budak itu dapat digunakan untuk kepentingan negara pada masa depan

Pada pandangan anda, wajarkah hukuman yang dijatuhkan terhadap Tun Jana Khatib?
Tidak wajar…
 raja seharusnya menyiasat terleb ih dahulu
 jika terbukti bersalah, barulah dihukum
 raja perlu berfikir terlebih dahulu sebelum menjatuhkan hukuman kerana Tun Jana
Khatib merupakan ilmuan agama yang dihormati

Apakah serangan todak dalam prosa ini merupakah balasan dan bala daripada Tuhan? Berikan
ulasan anda.
Ya
 setiap perbuatan zalim akan mendapat balasan sama ada di dunia atau di akhirat
 menunjukkan perbuatan raja terhadap rakyat adalah tidak adil/salah – membunuh orang
alim (Tun Jana Khatib)

Mengapakah pembesar mencadangkan supaya budak itu dibunuh dalam prosa ini?
 mereka berasa iri hati akan kebijaksanaan budak tersebut
 mereka tidak mahu ada orang yang lebih bijak daripada mereka lebih-lebih lagi seorang
budak kecil

36
 merak tidak mahu budak itu akan menjadi penasihat raja kelak – khuatir kedudukan
mereka akan tergugat
 ditakuti budak itu akan menjadi semakin cerdik apabila dewasa kelak dan akan
menggugat kedudukan raja

Pada pendapat anda, wajarkah Sang Rajuna Tapa belot terhadap raja? Berikan tiga alasan anda.
Wajar…
 raja telah menjatuhkan hukuman terhadap anak perempuan Sang Rajuna tanpa usul
periksa
 baginda telah bertindak tanpa pertimbangan yang sewajarnya dan hanya terpengaruh
dengan fitnah yang dibuat oleh gundik-gundik baginda sahaja
 tindakan penyulaan terhadap anaknya juga telah menyebabkan Sang Rajuna Tapa
menanggung malu yang besar

Pada pendapat anda, wajarkah budak itu dibunuh? Berikan alasan anda.
Tidak wajar…
 budak itu merupakan aset penting kepada negara
 budak itu mempunyai potensi untuk menjadi pemimpin besar
 budak itu dapat membantu membangunkan negara
 budak itu sangat bijak dan dapat dijadikan penasihat raja

Pada hemat anda, adakah wajar raja membunuh budak tersebut? Berikan alasan anda.
Tidak wajar…
 budak tersebut telah banyak menyelamatkan rakyat Singapura daripada serangan todak
 kebijaksanaan budak tersebut boleh digunakan oleh raja untuk menasihati baginda
dalam memerintah negara
 sepatutnya raja perlu memberikan anugerah yang berharga kepada budak itu

Pada pendapat anda,apakah lambang di sebalik peristiwa todak menyerang Singapura?


 Melambangkan sindiran yang tajam terhadap golongan pemerintah yang zalim dan tidak
bijaksana.
 Melambangkan kebencian terhadap pemerintah yang zalim.

Pada pendapat anda,wajarkah tindakan Sang Rajuna Tapa membelot kerajaan Singapura?
Tidak wajar,
 kerana tindakannya keterlaluan antara dan mengikut perasaan dendam.
 Selain itu ia juga mementingkan diri sendirindaripada Negara.
 Di samping itu,ia bertindak sebagai pengkhianat.

Nyatakan akibat yang ditanggung oleh rakyat jika menderhakai sultannya.


 dia akan mendapat ketualan dan bala.
 dia akan musnah atau menjadi tanah,begitu juga halnya dengan kampung halamannya.

Pada pendapat anda,apakah kesan daripada perbuatan Tun Jana Khatib yang menimbulkan
kemarahan raja?
 Kesan daripada kejadian itu,sultan menitahkan Tun Jana Khatib dibunuh.

Bersetujukah anda dengan tindakan Sang Rajuna Tapa?


 Tidak kerana jika tidak puas hati dengan pemerintah,kita harus memberitahu atau
mencuba mendapatkan pengadilan,seorang rakyat tidak wajar belot kpd negerinya tidak
kira apa sekalipun alasannya.

Apakah kesudahan nasib budak tersebut dalam cerita ini?


 Dia dibunuh kerana telah menghasut pemerintah.
 Mereka mengatakan bahawa jika budak itu begitu pandai berbicara pada umur yang
mentah akan masalah kepada pemarintah apabila dewasa.

37
Pada pendapat anda, apakah hukuman yang sepatutnya dikenakan kepada pembelot negara?
 Dihukum mati
 dibuang negara

Dipenjara seumur hidup Jika anda ialah Paduka Seri Maharaja, apakah tindakan anda terhadap
budak itu?
 Akan membawa kanak-kanak itu ke istana dan memberikan hadiah kerana
kebijaksanaannya.
 Akan memberikan didikan yang secukupnya kepada budak itu.
 akan meyayangi budak tersebut seperti anak sendiri.

Seandainya anda Sultan, bagaimanakah anda akan menghargai kebijaksanaan budak kecil itu?
 Memastikan budak kecil itu menerima pendidikan yang sesuai.
 Melantik sebagai pembesar apabila dia besar kelak.
 memberikan ganjaran yang lumayan kepada orang tuanya.

Pada pendapat anda, mengapakah Sang Rajuna Tapa digambarkan menerima balasan yang
luar biasa?
 Kerana perbuatannya telah menybabkan banyak rakyat Singapura terkorban.
 kerana dalam adat Melayu, rakyat yang menderhakai raja akan menerima balasan yang
setimpal.
 kerana kesalahan yang dilakukan oleh Sang Rajuna Tapa amat besar, iaitu belot kepada
raja, rakyat, dan negara.

Pada pendapat anda, mengapakah perbuatan fitnah perlu dijauhi oleh setiap orang?
 Fitnah menyebabkan hubungan sistunanim antara manusia.
 Fitnah mewujudkan perasaan dendam yang membawa tindakan negative seperti
pembunuhan.
 Fitnah dimurkai Tuhan dan sesiapa yang berbuat fitnah akan menanggung dosa.

Pada pendapat anda, mengapakah budak itu memilih batang pisang untuk dijadikan benteng
pertahanan mereka?
 Supaya manusia tidak menjadi mangsa serangan todak.
 Muncung ikan todak akan melekat pada batang pisang.

4. SABOR
Pada pendapat anda, wajarkah tindakan Jibor hendak membunuh Sabor itu?
Tidak wajar…
 kerana Jibor bertindak mengikut perasaan/tidak menyiasat dahulu
 kerana Jibor tidak sepatutnya membunuh saudaranya sendiri/perbuatan membunuh
adalah suatu dosa besar
 kerana Jibor patut sedar bahawa Sabor amat baik orangnya/beriman
 kerana sepatutnya Jibor memikirkan cara yang lain selain daripada bertindak membunuh
Sabor

Pada pendapat anda, mengapakah Siti Saidah tertarik dengan Sabor sedangkan Sabor ialah
saudara suaminya?
 rupa paras yang kacak
 perangai yang baik dan jujur
 ingin menguji keimanan Sabor kerana Sabor seorang yang taat akan Allah

38
Pada pendapat anda, bagaimanakah caranya untuk menghindari wanita yang bersifat seperti Siti
Saidah dalam kehidupan?
 mengingati Tuhan dan kisah Nabi Yusuf jika digoda oleh perempuan seperti Siti Saidah
 menjauhi diri daripada pergi ke tempat-tempat maksiat
 memilih isteri dan teman wanita bukan bersandarkan rupa tetapi pilihlah dari segi
agamanya

Pada pendapat anda, bagaimanakah seseorang perempuan itu dapat mempertahankan diri
daripada individu yang berniat jahat?
 melengkapkan diri dengan ilmu mempertahankan diri
 sentiasa berwaspada ketika berada di luar rumah
 membawa bersama alat-alat untuk mempertahankan diri

Jika anda ialah Jibor, nyatakan tindakan yang akan anda ambil untuk menyelesaikan masalah
tersebut.
 menyiasat aduan yang dibuat oleh isteri terlebih dahulu
 cuba bertanya kepada Sabor tentang kejadian itu
 memanggil saksi yang berkaitan.
 melaporkan kejadian itu kepada pihak yang berkuasa seperti polis atau jabatan agama
untuk meneliti aduan tersebut
 meminta pendapat dari orang lain yang lebih tua / kaunselor
 bersolat hajat untuk meminta panduan daripada Allah

Pada pendapat anda, apakah yang seharusnya atau dapat dilakukan oleh Sabor apabila
mengetahui Siti Saidah menaruh hati padanya?
 menasihatinya dengan baik
 mengingatkan dirinya akan azab bagi orang yang berzina atau menderhakai suami
 mengajaknya mendekatkan diri kepada Tuhan
 memaklumkan perkara tersebut kepada suaminya hanya apabila semua usaha ini gagal

Apakah pandangan anda terhadap perwatakan Siti Saidah?


 wanita yang rendah moralnya – tidak dapat mengawal nafsu
 tidak setia pada suami – sanggu berzina
 tidak takut akan hukuman Allah – berbohong dan memfitnah

Huraikan satu mesej yang terdapat dalam cerita ini dengan berdasarkan penyataan tetapi akan
kuasa Allah taala tiadalah diketahuinya.
 orang yang bertakwa dan berpegang pada kebenaran akan sentiasa dilindungi Allah –
Sabor gagal dibunuh sebagaimana yang dirancang oleh Jibor kerana Allah
melindunginya

Pada pendapat anda, apakah nasihat yang patut diberikan kepada Siti Saidah supaya tidak
mengulangi perbuatannya?
 perbuatan itu berdosa besar
 menjaga maruahnya sebagai isteri
 perlu bersyukur kerana mempunyai suami yang baik dan kaya

Pada pendapat anda, apakah hikmah di sebalik kegagalan sipahi untuk memenggal kepala
Sabor? Berikan alasan anda.
 orang yang sentiasa mematuhi suruhan dan perintah Allah s.w.t. akan mendapat taufik
dan hidayah daripada-Nya
 orang yang melakukan perbuatan terkutuk seperti berzina dengan isteri orang pula akan
mendapat balasan yang setimpal daripada-Nya

Andainya anda Jibor, apakah tindakan yang akan anda ambil selepas mendengar kata-kata Siti
Saidah itu?

39
 bersabar dulu sebelum bertindak kerana hal itu melibatkan maruah seseorang/maruah
keluarga
 memikirkan kata-kata Siti Saidah semasak-masaknya/menilai kebenarannya lebih dulu
 menyiasat untuk membuktikan kebenarannya/mengintai hubungan Sabor dengan Siti
Saidah
 bersemuka/berbincang dengan Sabor
 mengadili hal itu secara tegas dan berani dengan memanggil Sabor dan Siti Saidah
bersemuka

Berikan pendapat anda tentang keburukan fitnah dalam sesebuah masyarakat.


 berlaku pergaduhan dan pembunuhan dalam masyarakat
 berlaku perpecahan dalam kalangan masyarakat
 sikap berdendam akan berlaku antara satu sama lain
 sikap berprasangka sesama sendiri

Pada pendapat anda, apakah tindakan yang sewajarnya dilakukan oleh suaminya setelah
mengetahui kecurangan Siti Saidah?
 berbincang secara telus dengan Siti Saidah
 menceraikan Siti Saidah yang curang
 mendakwa Siti Saidah di mahkamah agar dikenakan hukuman yang setimpal
 melaporkan salah laku isterinya di pejabat agama agar dirujuk pada bahagian kaunseling

Jika anda ialah Jibor, nyatakan tindakan yang akan anda ambil untuk menyelesaikan masalah
tersebut?
 meminta isteri supaya bertenang/bersabar
 menyiasat terlebih dahulu aduan tersebut
 bertanya hal yang sebenar kepada Sabor
 berdoa kepada Allah supaya memberikan petunjuk-Nya
 merujuk hal tersebut kepada pihak berkuasa seperti polis atau kadi

Selain mengingati Tuhan, kemukan empat cara yang boleh dilakukan untuk menghindari diri
daripada melakukan dosa.
 mengelakkan diri daripada melihat/menonton bahan lucah
 tidak membaca buku berunsur lucah
 memperbanyak membaca buku agama/nasihat/moral
 menjaga batasan pergaulan antara lelaki dengan perempuan
 tidak melibatkan diri dengan aktiviti anti-moral

Pada pandangan anda, mengapakah setiap orang harus bijak menjaga maruah diri?
 supaya sentiasa dihormati orang lain
 supaya menjadi teladan kepada masyarakat yang lebih muda
 memenuhi tuntutan agama

Pada pendapat anda, bagaimanakah caranya tabiat buruk wanita seperti Siti Saidah itu dapat
diubati?
 memberi kesedaran kepada mereka tentang kesan-kesan negatif yang akan timbul
berikutan tabiat negatifnya itu seperti keretakan rumah tangganya
 mendekatkannya kepada ajaran agama agar dirinya sedar bahawa perbuatannya itu
berdosa
 meminta suaminya menyalurkan lebih kasih sayang kepadanya dan berusaha untuk
menjaga kebajikannya

Pada pendapat anda, apakah kesan-kesannya seandainya seseorang itu berbuat dosa?
 menerima hukuman yang setimpal dengan kesalahannya
 kemungkinan nyawanya akan terkorban
 hubungannya dengan orang lain juga akan terjejas

40
Pada pendapat anda, bagaimanakah seseorang itu dapat menghindarkan diri daripada
terpengaruh oleh perkara-perkara yang mendatangkan dosa?
 dengan menanam rasa takut akan balasan Allah
 dengan menguatkan iman dan ketakwaan
 dengan bersikap jujur kepada diri sendiri dan orang lain

Jika anda berada di tempat kejadian, apakah bantuan yang dapat anda berikan selepas berlaku
pembunuhan tersebut?
 menyabarkan/menenangkan keluarga jauhari
 membantu menguruskan jenazah jauhari
 membantu membersihkan kawasan/tempat pembunuhan
 membuat laporan kepada pihak berkuasa

Sekiranya anda Sabor, apakah tindakan anda untuk membela diri terhadap tuduhan Saidah?
 bertemu dan berbincang/bersemuka dengan suami Saidah untuk menerangkan keadaan
yang sebenarnya
 menggunakan khidmat dan pandangan/pertolongan ahli keluarga lain/nasihat tokoh
agama/kadi untuk menjelaskan kedudukan yang sebenarnya
 menggunakan saluran undang-undang/pengadilan/membawa kes ke mahkamah untuk
menangkis dakwaan
 mengemukakan saksi yang dapat menyangkal dakwaan Saidah

Pada pendapat anda, apakah kesan-kesan fitnah ke atas seseorang?


 maruah diri dan keluarga mangsa fitnah tercemar/tercalar
 seseorang itu akan dipandang hina/serong oleh masyarakat
 seseorang akan mengalami tekanan jiwa/perasaan
 menimbulkan perselisihan faham antara kedua-dua pihak
 menjejaskan masa depan mangsa fitnah/kerjaya akan terjejas

Sekiranya anda Jibor, apakah tindakan-tindakan lain yang boleh diambil terhadap Sabor?
 menyiasat/menyelidik/mencari bukti terlebih dahulu
 bersemuka dan berbincang dari hati ke hati dengan Sabor
 mencari saksi yang boleh mengesahkan kejadian/peristiwa
 menunaikan solat hajat/berdoa kepada tuhan

Pada pendapat anda, adakah wajar tindakan Jibor mengarahkan sipahi membunuh Sabor?
Berikan alasan-alasan anda.
Wajar…
 Jibor terlalu sayang dan percaya akan kata-kata isterinya
 Sabor dikatakan telah melakukan perkara yang tidak baik terhadap isterinya
 untuk menjaga maruah dirinya sebagai seorang suami.
 memberikan pengajaran kepada orang lain supaya tidak melakukan perkara yang tidak
baik kepada isteri orang
Tidak wajar…
 tindakan Jibor terlalu terburu-buru/melulu tanpa menyiasat terlebih dahulu
 mengambil nyawa orang lain dengan sewenang-wenangnya
 tindakan Jibor akan menyebabkan dirinya dikenakan tindakan undang-undang
 mengganggu gugat hubungan kekeluargaan kerana Sabor ialah saudara kepada Jibor

Pada pendapat anda, mengapakah Jibor memberikan kopiah Rom kepada Sabor?
 untuk mengambil hati Sabor
 memudahkan sipahi mengecam Sabor
 supaya Sabor boleh menggunakan kopiah Rom ketika bersembahyang di masjid
 supaya Sabor bersangka baik terhadap diri dan keluarganya

41
Pada pendapat anda, bagaimanakah caranya hendak membanteras perlakuan sumbang yang
dilakukan oleh segelintir pelajar kita di pusat-pusat pengajian tinggi?
 mengenakan tindakan tatatertib, misalnya menggantung pengajian pelajar yang terbabit
 mendapatkan kerjasama pihak berkuasa untuk sama-sama menangani gejala tersebut
 mengikut pelajar dengan “Akujanji” agar berkelakuan baik semasa di pusat pengajian
tinggi
 banyak menganjurkan sesi ceramah/saluran menyampaikan nasihat tentang hal-hal
agama/ nilai-nilai yang baik

Jika anda Jibor, apakah yang anda lakukan apabila mendengar aduan daripada isterinya?
 tidak bertindak terburu-buru
 menyiasat terlebih dahulu kebenaran aduan tersebut
 berjumpa Sabor secara peribadi untuk mengesahkan kebenaran

Pada pendapat anda, apakah yang akan terjadi kepada Siti Saidah apabila kesalahannya
terbongkar?
 menerima balasan yang setimpal atas dosa yang dilakukan
 diceraikan oleh suaminya
 direjam sampai mati – hukuman bagi orang yang berzina mengikut undang-undang Islam

Berikan pendapat anda tentang keburukan fitnah dalam sesebuah masyarakat.


 berlaku pergaduhan dan pembunuhan dalam masyarakat
 berlaku perpecahan dalam kalangan masyarakat
 sikap berdendam akan berlaku antara satu sama lain
 sikap berprasangka sesama sendiri

Pada pandangan anda, mengapakah Siti Saidah tertarik dengan Sabor sedangkan dia tahu
bahawa Sabor itu saudara suaminya?
 rupa paras Sabor yang kacak, mempunyai perangai yang baik, dan jujur
 Siti Saidah ingin menguji keimanan Sabor kerana pemuda itu terkenal sebagai seorang
yang sangat kuat imannya

Soalan 2 ( d ) PUISI TRADISIONAL

1. PANTUN ENAM KERAT


Pada pandangan anda, apakah yang wajar dilakukan untuk mencegah “Bunga kembang sudah
pun layu” seperti yang dimaksudkan dalam rangkap kedua pantun tadi?
 mematuhi ajaran agama
 mendengar nasihat ibu bapa/guru/orang dewasa
 bijak memilih kawan/jangan bergaul bebas/jangan terpengaruh oleh budaya negatif
 berpakaian sopan/sentiasa berakhlak mulia/pandai menjaga maruah diri

Bagaimanakah caranya untuk seseorang gadis itu menjaga kehormatan diri?


 didikan agama yang sempurna
 jangan mudah terpengaruh oleh orang yang tidak dikenali
 perlu sentiasa pandai menjaga diri

Pada pendapat anda, mengapakah bunga yang gugur ke bumi dikatakan tidak harum lagi?
 bunga yang layu tidak lagi menjadi perhatian manusia
 bunga yang layu telah rosak dan tidak cantik
 bunga yang layu tidak mengeluarkan bau yang wangi

42
Pada pandangan anda, apakah sifat yang perlu ada pada seseorang gadis? Mengapakah anda
berpendapat sedemikian?
 sifat rasional – memelihara kehormatan dan maruah diri kerana tindakan yang mengikut
nafsu akan merosakkan diri dan masa depan mereka malah mereka akan dipandang
hina oleh masyarakat
 sifat hormat pada ibu bapa – sebarang perbuatan tidak bermoral yang dilakukan oleh
para gadis akan mencemarkan nama baik ibu bapa dan kaum keluarga

sifat patuh akan ajaran agama – para gadis yang melanggar suruhan agama akan mendapat
dosa dan akan dimurkai Allah
Pada pendapat anda, bagaimanakah cara untuk menjadikan alam sebagai guru?
 memerhatikan segala kejadian alam anugerah Tuhan
 mempelajari semua hukum alam yang berlaku secara semula jadi – hukum alam akan
membantu manusia dalam menghadapi sebarang masalah

Bagaimanakah anda dapat memanfaatkan alam supaya alam dapat dijadikan guru dalam
kehidupan anda?
 melalui pemerhatian terhadap alam, manusia akan berasa dirinya kecil/ perlu berusaha
untuk meneroka/menjelajahi alam/angkasa lepas
 melalui kajian/pembelajaran untuk mengekalkan keindahan alam/memanfaatkan sumber
alam semula jadi
 melalui penjelajahan/pengembaraan/penerokaan manusia akan mendapat
pengalaman/pengetahuan baru

Pada pandangan anda, mengapakah pantun ini menyuruh kita menjadikan alam sebagai
panduan dalam kehidupan?
 alam sekitar ialah bukti kebesaran Tuhan
 terdapat banyak rahsia yang tersembunyi di balik kewujudan alam sekitar
 alam sekitar perlu dipelihara kerana kemusnahan alam sekitar akan memberikan kesan
kepada kehidupan manusia

Pada pendapat anda, bagaimanakah seharusnya seseorang itu menjaga maruah diri?
 bersopan santun semasa bertutur kata
 menjaga tingkah laku
 memiliki jati diri yang teguh
 hidup berdikari dan tidak terlalu bergantung kepada orang lain

Pada pendapat anda, mengapakah kita digalakkan menjadikan alam sebagai guru?
 kerana keseluruhan isi alam menggalakkan kita berfikir tentang rahsia alam
 kerana isi alam akan menyedarkan kita tentang kewujudan Allah
 kerana alam menyedarkan kita tentang makna kehidupan

Pada pandangan anda, apakah tindakan-tindakan manusia yang dapat mendatangkan masalah
kepada dirinya sendiri?
 melakukan sesuatu mengikut perasaan atau emosi
 melakukan sesuatu yang mencemarkan maruah diri dan keluarga
 tidak mahu berusaha dengan bersungguh-sungguh untuk meneruskan kehidupan
 tidak tahu berdikari apabila hilang tempat bergantung

Sebagai seseorang gadis, bagaimanakah anda dapat mengelakkan diri daripada terlibat dalam
masalah sosial?
 menjaga kehormatan diri dengan sebaik-baiknya
 elakkan pergaulan bebas
 kuatkan iman dan pertahankan diri dengan ajaran agama
 sentiasa berwaspada daripada perkara-perkara yang dapat mencemarkan kesucian diri

43
Andaikan rakan baik anda telah kehilangan tempat untuk bergantung. Apakah tindakan yang
akan anda ambil?
 meminta izin ibu bapa saya untukmengajak dia tinggal bersama kami
 memaklumkan pihak sekolah agar mengambil tindakan sewajarnya untuk membantu
rakan saya itu
 menyarankan supaya dia memohon bantuan daripada pihak Jabatan Kebajikan
Masyarakat

Pada pandangan anda, apakah kesan positif yang akan diperoleh sekiranya seseorang itu
mengamalkan maksud rangkap pertama pantun di atas?
 segala cabaran/masalah akan dapat diselesaikan dengan baik
 kejayaan dalam hidup akan dapat dicapai
 cita-cita akan dapat dipenuhi

Pada pendapat anda, mengapakah kita harus hidup berdikari?


 tidak perlu menyusahkan pada orang lain
 tidak perlu bergantung pada orang lain
 mampu untuk mencapai kejayaan
 mampu berusaha untuk mencapai kejayaan yang diingini
 mudah mengatasi kelemahan diri
 mudah mengatasi kegagalan diri sendiri
 lebih berfikiran matang
 berfikiran kritis dan kreatif
 berpandangan jauh dan positif

Sekiranya anda berhadapan dengan rakan yang menghadapi kekecewaan seperti yang
digambarkan dalam rangkap keempat, jelaskan tindakan yang boleh anda lakukan untuk
membantunya?
 mendampingi/memberi semangat
 bawa berjumpa kaunselor
 mendengar masalah
 membawa bersiar-siar/beriadah/menonton/berhibur/bersukan
 mengajaknya menyertai aktiviti kemasyarakatan/sembahyang berjemaah/cuci
kubur/ceramah

Nyatakan satu peribahasa yang menerangkan peringatan yang sama dengan yang dinyatakan
dalam rangkap terakhir puisi ini. Jelaskan maksudnya.
 patah dahan tempat bernaung, patah lantai tempat berpijak
 hilang tempat untuk berlindung atau meminta bantuan/pertolongan

Pada pendapat anda, apakah kebaikannya jika generasi muda mengamalkan maksud rangkap
pertama pantun di atas?
 menjadi orang yang bercita-cita tinggi dan berjaya dalam kehidupan
 dapat mewujudkan generasi muda yang mampu mempertahankan tanah air/memajukan
negara
 membentuk generasi muda yang berkeyakinan diri tinggi

Nyatakan tindakan seseorang yang telah hilang tempat bergantung.


 perlu hidup berdikari supaya tidak mengharapkan sepenuhnya bantuan daripada orang
lain
 mendengar nasihat saudara mara atau rakan
 belajar bersungguh-sungguh supaya dapat menjamin masa depan sendiri

Mengapakah setiap pantun memerlukan pembayang maksud?


 menyediakan orang untuk mendengar isi sebenar yang hendak diperkatakan

44
 sebagai pembuka bicara/komunikasi
 berkaitan dengan sikap masyarakat Melayu yang suka berkias sebelum menyampaikan
sesuatu maksud
 orang Melayu yang tidak suka berterus terang

Adakah anda bersetuju bahawa pantun banyak memberi nasihat dan teladan kepada pembaca?
Jelaskan jawapan anda.
Setuju…
 pantun dijadikan media untuk melahirkan perasaan masyarakat
 isi pantun menjurus kepada persoalan yang berlaku dalam masyarakat
 menjadikan setiap perkara yang berlaku sebagai iktibar
 mengambil manfaat daripada sesuatu perkara yang telah berlaku

Apakah kesan jika sesuatu keputusan dibuat dengan menurut kata hati tanpa berfikir?
 membuat keputusan yang salah
 menyesal pada kemudian hari
 membuat keputusan terburu-buru/tanpa perancangan
 tidak memikirkan kesan/akibat yang akan diterima kelak

Sekiranya anda kehilangan tempat bergantung, apakah yang akan anda lakukan?
 tetap meneruskan hidup
 menerimanya sebagai takdir yang telah ditentukan
 percaya bahawa setiap yang berlaku ada hikmah di sebaliknya
 mula belajar berdikari – tidak terlalu bergantung pada orang lain
 yakin akan diri sendiri – mampu meneruskan kehidupan walaupun kehilangan tempat
mengadu/bergantung

Segala yang ada di dunia ini tidak akan kekal. Beri komen anda.
 segala yang ada di dunia ini hanya pinjaman – semuanya milik Tuhan
 manusia sebagai pemegang amanah – menjaga anugerah yang diberikan dengan
sebaik-baiknya
 kecantikan, kekayaan, dan kekuasaan adalah bersifat sementara
 oleh itu, sentiasa bersederhana dan mensyukuri setiap pemberian Tuhan

Apakah pendapat anda tentang musibah yang akan dihadapi oleh seseorang jika sering menurut
kehendak hati?
 mudah terpedaya dan ditipu oleh orang lain
 akan mendapat musibah/nasib yang malang
 akan menyesal di kemudian hari

Pada pendapat anda, bagaimanakah caranya anda dapat memanfaatkan ala mini dalam
kehidupan manusia?
● berusaha untuk meneroka alam ciptaan tuhan ini untuk tujuan kajian
● berusaha untuk memanfaatkan sumber kekayaan alam semula jadi ciptaan tuhan ini
untuk kepentingan manusia

Pada pendapat anda, apakah sifat-sifat positif yang sepatutnya ada pada diri seseorang apabila
menghadapi dugaan hidup? Mengapakah anda berpendapat sedemikian?
● Kekuatan semangat supaya kita boleh meneruskan hidup
● Tabah supaya kita tidak mudah menyerah kalah
● Bertenang supaya kita boleh berfikir dengan lebih waras

Nyatakan satu peribahasa yang menerangkan peringatan yang sama dengan peringatan yang
dinyatakan dalam rangkap terakhir puisi tersebut. Jelaskan peringatan tersebut.
● Masuk kandang kambing mengembek, masuk kandang lembu menguak
● Pandai menyesuaikan diri mengikut tempat,suasana dan masyarakat

45
Pada pendapat anda, mengapakah masalah akhlakdalam kalangan remaja sekarang semakin
berleluasa?
● Terpengaryh oleh budaya negatif/pergaulan bebas
● Mempunyai kesempatan/peluang perhubungan antara kawan/kurang kawalan ibu
Bapa
● kesan penggunaan dadah /pil khayal
● sikap remaja yang ingin mencuba
● kurang didikan agama/tercicir daripada sistem pendidikan/banyak yang gagal dalam
Pelajaran

Pada pandangan anda, apakah kebaikannya jika nasihat dalam rangkap ketiga pantun ini
diamalkan dalam kehidupan seharian?
● menjadikan seseorang itu berjaya dalam sebarang bidang yang diceburinya
● menjadikan seseorang itu berilmu pengetahuan/berpendidikan tinggi
● membolehkan seseorang mengetahui kebesaran tuhan/keajaiban alam/luasnya dunia
ini/banyaknya sumber alam semula jadi

Pada pendapat anda, bagaimanakah alam yang terbentang dapat dijadikan sebagai guru?
● alam merupakan sumber menusia mendapatkan ilmu-daripada kajian tentang alam,
seseorang dapat berfikir untuk menyelesaikan masalahnya- sebagai contoh daripada
pemerhatian terhadap bintang-bintang manusia mempeoleh ilmu pelayaran

Pada pandangan anda, apakah yang wajar dilakukan untuk mencegah berlakunya perkara yang
dimaksudkan dalam rangkap kedua pantun ini?
● mematuhi ajaran agama
● mendengar nasihat ibu bapa/guru/orang dewasa
● bijak memilih kawan/jangan bergaul bebas/jangan terpengaruh oleh budaya
negatf
● berpakaian sopan/sentiasa berakhlak muli/pandai menjaga maruah diri
Mengapakah seorang wanita perlu menjaga maruah diri?
● untuk dihormati oleh masyarakat
● tidak menjatuhkan imej golongan wanita
● menjaga nama baik keluarga

Pada pendapat anda, sesuiakah seseorang membuat pendirian seperti maksud pantun dalam
rangkap pertama? Mengapa?
● Tidak Sesuai kerana
● kita tidak boleh menurut kehendak hati semata-mata
● kita perlu berfikir sedalam-dalamnya dan secara waras sebelum membuat keputusan
● jika kita tidak boleh membuat keputusan, mintalah nasihat daripada orang yang
berpengalaman

Pada pendapat anda, rangkap kedua pantun ini ditujukan kepada siapa? Jelaskan maksudnya?
● kepada seorang gadis kerana
● seseorang mendengar perkhabaran tentang seorang gadis yang telah dinoda dan
tercemar maruah dan harga dirinya

2. SYAIR KELEBIHAN ILMU


Pada pandangan anda, mengapakah kita digalakkan menuntut ilmu?
 ilmu dapat meningkatkan taraf hidup/darjat seseorang
 orang yang berilmu dipandang tinggi/mulia oleh masyarakat
 ilmu dapat menjadi panduan dalam kehidupan/menyelesaikan sesuatu masalah

46
 menuntut ilmu merupakan tuntutan agama/wajib/fardu kifayah bagi orang Islam

Pada pendapat anda, bagaimanakah anda dapat mengaplikasikan ilmu yang dipelajari di sekolah
dalam kehidupan?
 mengamalkan pelajaran Pendidikan Agama, Moral dan Sivik di mana-mana sahaja
berada
 meningkatkan kemahiran dalam sesuatu bidang contohnya, subjek Kemahiran Hidup dan
Ekonomi Rumah Tangga
 meningkatkan semangat cinta akan tanah air melalui subjek Sejarah

Berikan pandangan anda terhadap manusia yang hidup tanpa ilmu.


 akan dipandang rendah oleh masyarakat
 akan dianggap bodoh dan tidak mempunyai ilmu pengetahuan
 akan dipinggirkan kerana tidak berilmu

Pada pendapat anda, bagaimana ilmu duniawi dapat membantu mengukuhkan keimanan
seseorang individu?
 orang yang berilmu akan memahami kebesaran/keajaiban pelbagai fenomena alam dan
seterusnya memahami keagungan Allah
 orang yang terpelajar dapat membaca, memahami, dan mentafsirkan kadungan kitab
dan tulisan para ulama – dengan yang demikian dapatlah mendalami agama dengan
lebih berkesan

Pada pendapat anda, apakah kesannya jika manusia tidak mementingkan ilmu dalam
kehidupannya?
 tidak dihormati oleh orang lain
 mudah ditipu dan dipermainkan oleh orang lain
 sukar untuk menyelesaikan masalah
 akan ketinggalan dalam semua bidang
 melakukan sesuatu mengikut perasaan tanpa memikirkan keburukannya
Pada pendapat anda, apakah akibatnya jika seseorang itu tidak mementingkan ilmu pengetahuan
dalam kehidupannya?
 akan menghadapi berbagai-bagai masalah
 sering dipandang rendah oleh orang lain
 sering diambil kesempatan oleh pihak yang tidak bertanggungjawab

Bagaimanakah kita dapat memanfaatkan ilmu mantik dalam arus globalisasi yang kian rencam
ini?
 tidak menyalahgunakan ilmu untuk tujuan maksiat
 tidak menggunakan ilmu yang dipelajari untuk menjatuhkan orang lain
 mendidik individu yang leka dalam dunia materialistik ke arah kebenaran
 sentiasa ingat bahawa ilmu itu milik Tuhan

Pada pandangan anda, apakah kepentingan ilmu dalam kehidupan manusia?


 dapat memajukan/meningkatkan taraf hidup/darjat seseorang
 dapat menyelesaikan masalah/menjadi panduan dalam kehidupan
 dapat memberikan hiburan/kebahagian/ketenangan dalam hidup
 ilmu akan terus bermanfaat walaupun setelah seseorang itu mati/orang yang berilmu
mendapat ganjaran selepas mati

Pada pendapat anda, bagaimanakah cara menggalakkan seseorang itu menuntut ilmu walaupun
sudah lanjut usia?
 mewujudkan universiti rakyat yang bersifat terbuka, terutamanya kepada warga emas
 memberikan subsidi kos pengajian kepada warga emas
 anak-anak boleh menggalakkan ibu bapa mereka yang berusia lanjut supaya belajar
 IPTA/IPTS menyediakan kemudahan pembelajaran yang sesuai untuk warga tua

47
Pada pendapat anda, mengapakah orang yang berilmu sering dihormati?
 kerana menyanjung ilmu yang dimilikinya
 menghargai ilmu yang ada padanya
 mengiktiraf ilmu yang dipelajari

Pada pendapat anda, apakah caranya untuk memperoleh ilmu pengetahuan dalam kehidupan
seharian?
 melalui pembacaan luas – buku-buku menyediakan ilmu pengetahuan yang berguna
 melalui pengamatan kita terhadap kejadian atau peristiwa yang berlaku di alam sekeliling
 pendapat atau idea para cendekiawan banyak menyediakan ilmu pengetahuan

Pada pandangan anda, bagaimanakah seseorang remaja itu dapat melengkapkan kehidupannya
dengan ilmu pengetahuan?
 mereka mestilah banyak membaca karangan atau tulisan yang bermutu
 mereka mestilah menuntut ilmu di mana-mana institusi hingga peringkat yang tertinggi
 mereka mestilah sanggup meneroka ilmu yang terkini dengan mengikuti kursus atau
seminar

Bagaimanakah seseorang itu dapat memastikan bahawa dia merupakan seorang yang berilmu
pengetahuan?
 dengan mengamalkan sikap sentiasa ingin belajar
 tidak jemu-jemu untuk bertanya
 dapat menyelesaikan sebarang masalah dengan bijaksana

Sebagai seorang pelajar, mengapakah kita disuruh menimba ilmu? Berikan alasan anda.
 menjadi insan yang berguna kepada agama, bangsa dan negara
 memajukan diri/meningkatkan taraf hidup
 membezakan perkara yang benar dengan salah/baik dengan buruk/hak dengan batil
 menimba ilmu dituntut oleh setiap agama
 peluang menimba ilmu terbentang luas/banyak kemudahan pendidikan disediakan

Apakah usaha yang telah diambil oleh kerajaan untuk melahirkan masyarakat berilmu di negara
ini?
 menyemai budaya membaca di kalangan generasi muda
 menggalakkan penggunaan Teknologi Maklumat dan Komunikasi (ICT) dalam pelbagai
bidang
 mewujudkan pelbagai institusi baik institusi awam mahupun institusi swasta

Pada pendapat anda, mengapakah ilmu dianggap dapat memberikan kebahagian hidup kepada
seseorang?
 kerana dapat menjadikan seseorang itu dihormati/disanjung oleh masyarakat
 kerana membolehkan seseorang itu menyelesaikan masalah/menghasilkan kualiti kerja
yang tinggi
 dapat meletakkan kedudukan seseorang itu pada darjat yang tinggi dalam masyarakat

Bagaimanakah cara seseorang itu hendak memperoleh ilmu?


 membaca buku-buku ilmiah
 belajar daripada orang-orang yang berilmu
 sentiasa peka dan memerhatikan perkara-perkara yang berlaku di persekitaran

Apakah yang akan terjadi kepada seseorang itu seandainya tidak mementingkan ilmu?
 bodoh/jahil
 sesat
 akan ditindas
 merugikan diri sendiri

48
 masa depan yang gelap

Mengapakah orang yang berilmu dikatakan sebagai penerang jalan raya ke syurga?
 orang yang mencari ilmu pengetahuan akan diberikan ganjaran pahala oleh Tuhan
 orang yang menggunakan ilmunya ke jalan yang benar akan membantunya kelak
sesudah dia meninggal dunia

Mengapakah penyair mengatakan bahawa ilmu itu sebagai teman?


 kerana ilmu membekalkan pengetahuan – ilmu sentiasa ada pada diri seseorang
 ilmu akan membantu seseorang sama ada ketika susah atau senang

Huraikan pendapat bahawa dengan memiliki ilmu seseorang itu boleh menjaga harta, tetapi
seseorang yang tidak berilmu belum pasti dapat menjaga hartanya.
 ilmu ialah teman ketika dalam kesusahan atau kesenangan – orang yang berilmu tidak
perlu khuatir akan kehidupan dan masa depan mereka
 ilmu menjamin keselamatan walau apa-apa jua keadaan yang dihadapi
 orang yang berilmu akan membimbing, mengajar, dan memberi petunjuk kepada mereka
yang lemah, jahil, dan daif
 orang yang tidak berilmu tidak dapat mengurus diri sendiri dan hartanya juga

Apakah kebaikan apabila seseorang itu bersahabat dengan orang yang bijak pandai? Berikan
pendapat anda.
 dapat membantu menyelesaikan masalah yang sukar
 lulus dalam pelajaran dengan cemerlang
 dipandang tinggi oleh rakan dan masyarakat

Pada pendapat anda, mengapakah dikatakan ilmu pengetahuan dapat digunakan “di laut di darat
di rimba di pekan”?
 ilmu berguna dalam setiap aspek kehidupan manusia
 ilmu dapat digunakan di mana-mana sahaja dan bila-bila masa
 ilmu juga merupakan perkara yang menjadi panduan hidup seseorang

Pada pendapat anda, bagaimanakah cara untuk menjadi pelajar yang cemerlang?
 memberikan tumpuan sepenuhnya dalam kelas.
 membuat latihan yang diberikan oleh guru dengan sebaik-baiknya.
 membuat jadual belajar dan berdisiplin mengikutinya.
 membentuk kumpulan diskusi yang baik dan membantu.

Pada pendapat anda, mengapakah ilmu menjadi idaman orang yang bijaksana?
 ilmu menjadi idaman orang yang bijaksana kerana orang yang bijaksana dahaga
akan ilmu serta tidak berasa puas dengan ilmu yang ada.
 mengetahui kepentingan ilmu yang menjadi panduan dalam kehidupan.
 sedar akan kekurangan diri dan mengetahui bahawa banyak lagi ilmu yang belum
dikuasainya. Seterusnya, sentiasa menghargai dan memandang tinggi pada ilmu.

Pada pendapat anda, mengapakah ilmu itu dikatakan penyuluh hidup kepada manusia?
 dapat menjalani kehidupan dengan lebih baik berpandukan ilmu yang dimiliki.
 dengan ilmu yang dimiliki seseorang akan dapat mencapai apa-apa yang dicita-citakan.
 ilmu juga dapat menjadi bekalan kepada manusia selepas mati.

3. SELOKA PAK KADUK


Pada pendapat anda, mengapakah kita harus berfikir secara mendalam sebelum melakukan
sesuatu tindakan?

49
 supaya tidak mengalami kerugian/mendatangkan kesusahan/masalah kepada diri dan
orang lain – tujuan tindakan itu dapat dicapai/berjaya/mendapat manfaat/keuntungan
 dapat membentuk personaliti yang berilmu/berhemah/rasional/dihormati/berjasa kepada
masyarakat

Jika anda sahabat Pak Kaduk, apakah nasihat anda kepadanya?


 berfikir sebelum bertindak
 bersikap penyayang supaya tidak membunuh isterinya
 tidak mengharapkan sesuatu yang belum pasti

Pada pendapat anda, apakah sifat Pak Kaduk yang perlu dijauhi dalam kehidupan?
 sifat bodoh – Pak Kaduk menukarkan ayam sabungnya dengan raja – kita perlu
menggunakan akal fikiran sebelum bertindak
 sifat zalim – Pak Kaduk membunuh isterinya – janganlah kita menzalimi sesama manusia
 sifat membazir – Pak Kaduk membuang nasi yang dibawanya dan akhirnya di kelaparan
– janganlah kita membazirkan rezeki yang ada

Pada pendapat anda, bagaimanakah seseorang itu menghadapi nasib malang yang menimpa
dirinya?
 bersikap tabah/sabar menghadapinya
 menerimanya sebagai takdir/dugaan
 berusaha dengan gigih mengatasinya
 meminta pendapat orang lain/meminta nasihat

Pada pendapat anda, apakah akibatnya jika seseorang itu tidak berfikir dahulu sebelum
mengambil sesuatu tindakan?
 merugikan diri sendiri
 mendapat pelbagai bencana atau malapetaka
 mencemarkan maruah diri

Pada pendapat anda, bagaimanakah kita dapat mengelakkan diri daripada ditimpa nasib yang
sama seperti yang menimpa Pak Kaduk?
 menggunakan akal/rasional agar tidak diperdayakan oleh orang lain
 sentiasa bersabar dalam keadaan marah dan tidak bertindak mengikut perasaan

Berdasarkan Seloka Pak Kaduk, nyatakan tiga sikap masyarakat pada milenium ini yang
mempunyai persamaan dengan perwatakan Pak Kaduk.
 suka berjudi, iaitu membeli nombor ekor
 suka bertaruh, misalnya dalam permainan bolak sepak Piala Dunia
 melakukan pembaziran, misalnya makanan, elektrik, air, dan membeli perabot import
setiap kali menyambut perayaan
 melakukan pembaziran dengan cara mengundi artis pilihan melalui khidmat pesanan
ringkas (SMS)
 suka bertandang ke rumah jiran, kemudian bercerita tentang keburukan seseorang

Pada pandangan anda, bagaimanakah caranya Pak Kaduk dapat mengubah nasib malangnya?
 Pak Kaduk hendaklah berfikir masak-masak/berhati-hati
 Pak Kaduk hendaklah berhenti bermain judi/menyabung ayam
 Pak Kaduk hendaklah bersikap tenang/sabar dan menyayangi isteri
 Pak Kaduk hendaklah menuntut ilmu pelayaran/arah tiupan angin

Pada pendapat anda, apakah faktor-faktor yang menyebabkan Pak Kaduk ditimpa malang?
 mengambil sesuatu tindakan dengan terlalu mengikut perasaan
 tidak membuat perancangan yang baik dalam melakukan sesuatu pekerjaan

Apakah tanggapan anda terhadap Pak Kaduk berdasarkan baris-baris ayat yang berikut?

50
Masa belayar kematian angin
Sauh dilabuh bayu berpuput

 malang – apabila hendak belayar angin tidak bertiup tetapi setelah penat dan tidak lagi
ingin belayar, angin mula bertiup
 bodoh – mengambil keputusan untuk belayar sewaktu ketiadaan angin tetapi tidak
belayar ketika angin bertiup

Pada pendapat anda, mengapakah Pak Kaduk ditimpa nasib malang yang bertimpa-timpa?
 Pak Kaduk terlalu bersifat tamak sehingga mudah ditipu oleh orang jahat – tidak
menghargai rezeki yang dikurnai Tuhan
 Pak Kaduk tidak bijak dalam memikirkan jalan penyelesaian bagi semua masalah yang
menimpanya

Pada pendapat anda, apakah caranya untuk kita membantu Pak Kaduk agar tidak terus
menerima nasib malang?
 menasihati Pak Kaduk agar pergi menuntut ilmu supaya bijak dalam tindakan
 menyarankan Pak Kaduk agar meminta pandangan orang yang lebih arif sebelum
bertindak
 menegaskan kepada Pak Kaduk supaya memahami, mengamalkan, dan menghayati
ajaran agama Islam dalam kehidupannya

Pada pendapat anda, mengapakah terdapat segelintir manusia yang sering melakukan perkara-
perkara yang bertentangan dengan kelaziman dalam masyarakat?
 kerana mereka bertindak tanpa menggunakan fikiran yang waras
 kerana mereka tidak mempunyai pelajaran atau tidak bersekolah
 kerana mereka bertindak mengikut perasaan

Pada pendapat anda, wajarkah golongan atasan menggunakan kebijaksanaan untuk menipu
golongan bawahan? Jelaskan.
Tidak wajar…
 kerana golongan bawahan kebanyakan miskin dan perlu dibantu
 kerana akan menimbulkan keadaan huru-hara berikutan penentangan golongan
bawahan terhadap golongan atasan
 kerana golongan atasan mestilah menunjukkan teladan yang baik kepada golongan
bawahan
 Golongan atasan tidak wajar menggunakan kebijaksanaan untuk menipu golongan
bawahan kerana perbuatan itu akan mendatangkan keburukan kpd golongan
bawahan.Pak Kaduk yang jujur dan lurus sering menjadi mangsa penipuan dan hidupnya
sering menghadapi masalah akibat masalah itu.

Pada pendapat anda, apakah persoalan yang diperkatakan dalam seloka tersebut?
 persoalan menggunakan akal fikiran sebelum melakukan sesuatu tindakan
 persoalan jangan bertindak zalim sesama manusia
 persoalan jangan terlalu tamak/gelojoh
 persoalan jangan bertindak terburu-buru
 persoalan melakukan sesuatu yang bertentangan dengan lumrah akan mendatan
 persoalan jangan terlalu mudah mempercayai orang lain

Pada pandangan anda, mengapakah dikatakan Pak Kaduk tidak dapat belayar apabila kematian
angin?
 dia seorang yang pemalas lalu tidak mahu atau tidak pandai mendayung sampan dan
hanya berharap kepada angin sahaja

51
 dia tidak larat mendayung sampannya kerana kekurangan tenaga akibat kelaparan yang
dialaminya
 balasan Tuhan atas perbuatannya yang menzalimi diri, isteri dan orang lain

Pada pendapat anda, mengapakah perancangan amat penting sebelum kita mengambil sesuatu
tindakan?
 kita tidak akan mengalami kesusahan/kesulitan
 bersedia dengan segala keperluan
 pekerjaan kita berjalan lancar/teratur/sistematik

Pada pendapat anda, apakah nasihat-nasihat yang dapat anda berikan supaya Pak Kaduk boleh
berubah laku?
 berfikir dahulu sebelum mengambil sesuatu tindakan
 berhenti daripada berjudi
 mensyukuri rezeki yang diberi oleh Tuhan
 mempelajari ilmu pelayaran/ilmu alam/geografi
 menghargai isteri
 duduk di rumah dan melakukan kerja-kerja yang berfaedah
 banyak beramal kepada Tuhan
 mendalami ilmu dunia dan akhirat

Pada pendapat anda, adakah benar Pak Kaduk tidak mempunyai perasaan kasih sayang
terhadap isteri dan kampungnya? Berikan alasan anda.
Ya…
 sanggup membunuh isterinya yang tidak bersalah semata-mata kerana marah setelah
kalah dalam menyabung ayam
 sanggup menggadaikan kampungnya kerana hendak memenangi pertandingan
menyabung ayam

Pada pendapat anda, apakah kesannya jika seseorang suka berjudi?


 sanggup bergolok bergadai
 menganiayai orang lain kerana tidak dapat menahan perasaan marah setelah kalah
 rumahtangga/keluarga terabai
 tidak mempunyai pendapatan tetap kerana bergantung pada nasib
 masa yang sepatutnya diisi dengan aktiviti yang berfaedah dibuang dengan sia-sia
 bersikap malas berusaha, panas baran, kejam, tidak berfikir panjang, terburu-buru, dan
sebagainya

Andaikan bahawa anda rakan Pak Kaduk. Apakah nasihat yang dapat anda berikan kepadanya
atas peristiwa buruk yang menimpanya itu?
 jangan melakukan perbuatan yang tidak menguntungkan
 berfikir sebelum bertindak
 berhati-hati semasa melakukan sesuatu pekerjaan
 mengawal perasaan

Pada pendapat anda, mengapakah Pak Kaduk sentiasa bernasib malang?


 sifat kebodohannya
 tamak
 gelojoh
 tidak menggunakan akal fikiran yang waras

Pada pendapat anda, mengapakah perancangan amat penting sebelum kita mengambil sesuatu
tindakan?
 kita tidak akan mengalami kesulitan
 bersedia dengan segala keperluan

52
 pekerjaan kita berjalan lancar dan teratur

Cadangkan tindakan yang wajar dilakukan oleh Pak Kaduk untuk menghadapi nasib malang
yang dialaminya.
-Mengubah sikap yang terburu-buru.
-Berhenti mengamalkan tabiat yang buruk seperti
menyabung ayam dan bermain judi.
-Menggunakan fikiran.

Apakah nasib malang yang menimpa Pak Kaduk?


 Pak Kaduk ditimpa nasib malang apabila kampungnya
tergadai .
 Pak Kaduk juga nyaris mati kebuluran kerana nasibnya.
 Tidak dapat belayar kerana angin tidak bertiup,tetapi apabila
sauhnya diturunkan bertiup pula.

Pada pendapat anda,mengapakah nasib malang sewajarnya menjadi pengajaran dalam


kehidupan kita?
 Nasib malang tidak dapat dijangka.
 Nasib malang membawa kepada kesusahan hidup.
 Supaya bersedia secara positif seperti menyimpan wang.

Apakah bukti-bukti yang menunjukkan Pak Kaduk bernasib malang?


 kampungnya tergadai walaupun ayamnya menang,
 mengalami kelaparan akibat nasi dibuang,
 terpaksa menumpang walaupun ada rumah sendiri.

Berdasarkan seloka itu,pada pendapat anda apakah sifat yang perlu kita hindari?
 sifat terburu-buru,mudah mendengar cakap orang
 bertindak tanpa menggunakan akal waras.

Apakah mesej yang terkandung dalam puisi tersebut?


 manusia hendaklah menggukan akalnya.
 manusia hendaklah mengelakkan diri daripada mengambil kesempatan terhadap orang
yang lurus.Sebagai contoh,Pak Kaduk sering menjadi mangsa penipuan kerana sikapnya
yang lurus.

Pada pendapat anda,wajarkah golongan atasan menggunakan kebijaksanaan untuk menipu


golongan bawahan?
 tidak wajar
 perbuatan itu akan mendatangkan keburukan kpd golongan bawahan.Pak Kaduk yang
jujur dan lurus sering menjadi mangsa penipuan dan hidupnya sering menghadapi
masalah akibat masalah itu.

Mengapakah penulis mengatakan ‘ayamnya menang ngan kampong tergadai?


 sebelum pelagaan ayam Pak Kaduk dngan raja telah menukarkan ayamnya dengan
persetujuan kedua-dua pihak.Bagi Pak Kaduk yang dunggu mitu,dia tidak menyedari
bahawa ayamnya menjadi milik raja

Pada pandangan anda wajarkah Pak Kaduk menukarkan dengan sultan?


 Tidak,

53
 kerana Pak Kaduk mestilah berfikir dengan baik supaya tidak diperalatkan oleh orang
lain.
 Selain itu ,Pak Kaduk mestilah berani menghadapi cabaran untuk menyabung ayam
walaupun satu tindakan yang tidak baik.

Sekiranya anda di tempat Pak Kaduk,apakah yang anda lakukan?


 ,saya akan berfikiran secara rasional dan munasabah tentang perkara yang Pak Kaduk
lakukan.
 Sekiranya saya tidak berfikiran sebelum melakukan sesuatu,kemungkinan besar untuk
saya dipermainkan adalah tinggi.

Sekiranya Pak Kaduk berfikir dengan baik tentang baik dan buruknya tindakannya,adakah sultan
bertindak terhadapnya?
 Tidak,
 kerana sultan hanya menawarkan pertukaran ayam Pak Kaduk dan ayamnya.

Pada pandangan anda,selain menyabung ayam dan berjudi,apakah perkara lain yang boleh Pak
Kaduk lakukan untuk mencari rezeki?
 boleh bercucuk tanam di kawasan kampung halamannya.
 Selain itu,Pak Kaduk juga boleh menternak ayam dan haiwan lain.
 Seterusnya,Pak Kaduk boleh mengeluarkan kretiviti untuk membuat sesuatu.

Cadangkan tindakan yang wajar dilakukan Pak Kaduk untuk mengatasi nasib malang yang
dihadapi.
 Mengubah sikap yang terburu-buru/panas baran/membazir.
 Berhenti mengamalkan tabiat yang buruk seperti menyabung ayam.
 Menggunakan fikiran/berfikiran sebelum melakukan sesuatu.

Mengapakah Pak Kaduk menerima nasib yang malang?


 Sifat Pak Kaduk yang dunggu
 Tidak berfikir dahulu sebelum melakukan sesuatu.
 Takdir yang menentukan nasib malang Pak Kaduk.

Pada pendapat anda,apakah peranan pemerintah dalam hal rakyat yang sepatutnya ditunjukkan
oleh sultan?
 Sentiasa menjaga kebajikan rakyat dalam menjamin kesejahteraan mereka.
 Menunjukkan sikap hormat kepada rakyat supaya saling hormat menghormati.
 Mewujudkan persekitaran yang sihat tanpa judi dan sebagainya.

SOALAN 2 ( d ) SAJAK

1. DI RUANG GEMANYA
Pada pendapat anda, mengapakah rakyat perlu menumpahkan taat setia kepada negara?
 agar negara tidak mudah diceroboh oleh negara asing
 agar ekonomi negara terus maju
 agar perpaduan dalam kalangan rakyat tidak diganggu gugat oleh anasir asing

Pada pandangan anda, mengapakah penyajak memiliki sifat setia kepada negaranya?
 penyajak sedar akan tanggungjawabnya sebagai rakyat
 penyajak sedar bahawa sifat setia penting untuk keamanan/pembangunan sesebuah
negara

54
 penyajak bangga kerana dapat tinggal dalam negara yang merdeka dan berdaulat –
penyajak berasa terhutang budi kepada negara tempat tumpah darahnya

Pada pendapat anda, apakah kesannya jika rakyat memiliki semangat patriotik yang tinggi?
 rakyat hidup dalam keadaan aman dan damai
 rakyat maju dalam semua bidang
 rakyat mempunyai semangat setia kepada negara sehingga berani menentang
 rakyat dan kerajaan sepakat demi kesejahteraan negara

Bagaimanakah cara yang terbaik untuk mengatasi masalah malas dan putus asa?
 kita perlulah kuat berusaha melawan godaan
 kita hendaklah gigih dan menguatkan tekad untuk memajukan diri sendiri
 semangat berkasih sayang dapat menguatkan hubungan antara sesama rakan
 kita perlu tabah melalui dugaan hidup

Pada pendapat anda, bilakah seseorang manusia dapat mencapai kedudukan mental
sebagaimana yang telah dicapai oleh penyajak?
 apabila menyedari hakikat bahawa kehidupan tidak kekal
 sedar akan hakikat bahawa Allah sahaja yang kekal abadi
 sedar akan kewujudan keadilan Ilahi selepas kematian

Pada pandangan anda, apakah tujuan seseorang manusia menunjukkan kesanggupan untuk
berkorban?
 mereka sangat cinta dan terlalu komited terhadap sesuatu perkara, misalnya tanah air
 sebagai tanda membalas budi dan kepercayaan pihak lain terhadap dirinya

Pada pendapat anda, sebagai rakyat Malaysia yang cinta akan negara, apakah perkara yang
sepatutnya kita lakukan?
 menjaga tingkah laku
 sentiasa bertegur sapa dengan masyarakat
 tidak sombong
 menghormati adat dan budaya masyarakat setempat

Sebagai seorang warganegara yang bertanggungjawab, nyatakan sumbangan-sumbangan


anda kepada negara.
 menguasai pelbagai bidang ilmu
 berusaha untuk menambahkan ilmu
 meneroka bidang-bidang baru/mencabar
 usaha yang gigih dan berterusan
 menyahut seruan kerajaan untuk mempertahankan negara
 bersatu padu dengan pelbagai lapisan masyarakat
 turut serta melaksanakan program pembangunan kerajaan
 merebut peluang yang disediakan/ada
 berani bersaing pada peringkat yang lebih tinggi/global

Pada pendapat anda, sebagai generasi muda, apakah tindakan yang harus dilaksanakan untuk
mengekalkan kedaulatan negara?
 berusaha untuk melengkapkan diri dengan ilmu pengetahuan
 bersiap sedia untuk sanggup mempertahankan negara daripada musuh
 memelihara keamanan/keharmonian negara
 bersatu padu tanpa mengira bangsa demi memelihara perpaduan bangsa Malaysia

Pada pandangan anda, mengapakah kita perlu menunjukkan taat setia kepada negara?
 agar perkembangan ekonomi negara terjamin
 agar negara tidak mudah diserang oleh musuh/kuasa asing
 melahirkan rakyat yang setia kepada negara/tidak berpecah belah

55
Sebagai rakyat Malaysia, bagaimanakah boleh kita tunjukkan semangat patriotisme yang dirasai?
 membeli barangan buatan Malaysia
 bersama-sama membangunkan negara dari semua segi
 memberi sokongan yang padu kepada rancangan-rancangan yang dijalankan oleh
kerajaan

Pada pandangan anda, apakah iktibar yang dapat diambil oleh seorang daripada kejadian-
kejadian semula jadi yang berlaku di sekitarnya?
 kejadian gerimis senja menyebabkan kita digamit keinsafan
 kejadian guruh pada waktu pagi pula memberitahu kita bahawa pada waktu itu kita dapat
menghilangkan perasaan kecewa dan hampa
 kejadian gerimis senja dan guruh pagi pula mengajar kita tentang kesetiaan terhadap diri
atau negara yang kita cintai

Pada pendapat anda, sebagai rakyat yang cinta akan negara, apakah perkara yang sepatutnya
kita lakukan?
 bersedia untuk berkorban mempertahankan tanah air
 mengelakkan diri daripada memburuk-burukkan negeri ini
 berusaha untuk memajukan tanah air agar dihormati oleh negara luar

Rangkap pertama sajak membawa maksud bahawa penyajak telah menumpahkan seluruh
kesetiaan pada tanah airnya. Jelaskan cara-cara yang boleh dilakukan untuk menanam
semangat patriotisme dalam diri anda.
 pelajar mempelajari dan lulus dalam mata pelajaran sejarah
 mengibarkan bendera Malaysia
 membaca lebih banyak buku-buku sejarah tanah air
 menyanyikan dan menghormati lagu kebangsaan
 mengetahui dan mengenali tokoh-tokoh sejarahwan negara
 mematuhi undang-undang dan perlembagaan negara

Pada pendapat anda, apakah tindakan-tindakan yang harus dilaksanakan oleh generasi muda
untuk mengekalkan kedaulatan negara?
 menyertai latihan khidmat negara (PLKN)
 menceburi diri dalam bidang pekerjaan ketenteraan
 melibatkan diri dengan aktiviti patriotisme
 membaca lebih banyak buku-buku sejarah tanah air
 menyanyikan dan menghormati lagu kebangsaan
 mengetahui dan mengenali tokoh-tokoh sejarahwan negara
 mematuhi undang-undang dan perlembagaan negara

Pada pendapat anda, bagaimanakah media massa berperanan menanamkan semangat cinta
akan tanah air dalam kalangan rakyat?
 menayangkan iklan berunsurkan patriotisme
 menyiarkan lagu-lagu patriotik pada waktu puncak tayangan
 menayangkan filem-filem bertemakan perjuangan mempertahankan tanah air
 menyiarkan amanat pemimpin negara dari semasa ke semasa
 menganjurkan aktiviti/karnival/rancangan/program realiti yang berunsur patriotisme

Pada pendapat anda , apakah akibatnya jika rakyat tidak taat setia kepada negara?
 negara akan berada dalam keadaan kacau bilau dan tidak aman
 negara akan menjadi mundur/ekonomi negara terjejas
 negara akan mudah diceroboh oleh pihak musuh
 imej negara terjejas

56
Sebagai seorang pelajar,apakah tanggungjawab anda kepada negara?
 belajar bersungguh-sungguh agar menjadi warga yang berguna kepada negara
 menjaga tingkah laku/mengamalkan nilai-nilai murni demi menjaga nama baik negara
 bekerjasama dengan pihak yang bertanggungjawab dalam usaha membanteras gejala
social dalam kalangan remaja
 memberi sokongan/ikut serta dalam program yang dianjurkan oleh kerajaan untuk
remaja/pelajar

Pada pendapat anda apakah peranan yang perlu dimainkan oleh seorang warganegara untuk
menjamin kedaulatan dan kemajuan negara?
 menyumbangkan idea dan tenaga untukmembangunkan negara
 menjaga tingkah laku/mengamalkan nilai-nilai murni demi menjaga nama baik negara
 memberi sokongan dan kepercayaan kepada pemerintah
 menjaga dan mempertahankan negara daripada pencerobohan musuh

Pada pendapat anda, apakah kebaikannya jika rakyat sentiasa setia pada negara?
 rakyat sanggup mempertahankan negaranya/berani menentang musuh negara
 rakyat bersedia menyumbangkan tenaga/buah fikiran demi pembangunan negara
 negara akan aman/keadaan politik akan stabil/keadaan ekonomi berkembang pesat

Pada pendapat anda, apakah usaha-usaha yang dapat memupuk semangat cinta akan tanah air
dalam kalangan rakyat berbilang kaum di negara kita?
 melalui pendidikan dengan menggunakan satu bahasa kebangsaan/kurikulum yang
sama
 menyemaikan semangat kebangsaan melalui iklan/lagu-lagu patriotik
 pelajar yang terdiri daripada pelbagai kaum mempelajari sejarah tanah air
 kerajaan menggalakkan/menggembleng tenaga semua kaum untuk melaksanakan
pembangunan/mempertahankan negara/pelaksanaan Program Khidmat Negara kepada
pelajar-pelajar lepasan SPM

Pada pendapat anda, apakah yang harus dilakukan apabila seseorang itu menghadapi masalah?
 menyelesaikan masalah secara rasional
 tidak bertindak terburu-buru
 mendapatkan khidmat nasihat daripada sesiapa yang boleh membantu

Adakah sesuatu kejayaan dan kecemerlangan itu sukar diraih? Berikan pendapat anda.
Ya…
 tiada kejayaan tanpa usaha yang gigih
 sesuatu perkara itu tidak terhidang/tersedia tetapi perlu dicari
 orang yang malas berusaha akan mencapai kegagalan

Nyatakan ciri-ciri yang perlu ada pada setiap rakyat Malaysia untuk membangunkan negara?
 taat/setia kepada negara
 sanggup berkorban untuk mempertahankan negara
 berusaha menaikkan imej negara di mata dunia
 tidak mencemarkan nama negara dan nama rakyat Malaysia
 bersatu/bekerjasama untuk mentadbir negara bagi mencapai kemakmuran dan
kegemilangan

Mengapakah kita memerlukan pemimpin-pemimpin yang berwibawa untuk mentadbir negara?


 dapat mentadbir negara dengan cemerlang
 dapat mempertahankan negara daripada musuh
 dapat mengharumkan nama negara ke serata dunia
 dapat menunjukkan perlakuan/teladan yang baik kepada rakyat

57
Pada pendapat anda, bagaimanakah seseorang itu dapat membuktikan kesetiaannya kepada
negara?
 bekerja sungguh-sungguh untuk memajukan negara dalam pelbagai bidang
 tidak melibatkan diri dengan sebarang unsur-unsur subversif seperti komunis atau
keganasan
 tidak melakukan jenayah dan gejala-gejala negatif yang merosakkan masyarakat –
menjadi seorang rakyat yang tidak mengamalkan rasuah

Mengapakah pensyair tidak kenal akan kehampaan dan penderitaan hidup lagi?
 pensyair telah bertekad untuk menghadapi semua cabaran yang dihadapinya
 pensyair juga telah bersedia untuk menghadapi segala kemungkinan yang akan
menimpanya pada bila-bila masa sahaja
 pensyair telah berada pada tahap kejayaan dalam hidupnya

Berdasarkan rangkap kedua, mengapakah penyajak berasa tidak hampa dalam mengatasi
cabaran?
 Penyajak berasa tidak hampa dalam mengatasi cabaran kerana penyajak rela
menghadapi kehampaan demi Negara.
 penyajak sanggup menghadapi usia dalam hidupnya dalam menghadapi cabaran.

Pada pendapat anda, bagaimana cara hendak mengelakkan diri daripada menghadapi
kehampaan dalam mencapai sesuatu cita-cita?
 mendapatkan nasihat tokoh-tokoh atau motivasi daripada orang lebih tua serta
berpengalaman daripada kita.
 kita dapat membuat perancangan dengan teliti setiap kali melakukan sesuatu.
 kita haruslah berusaha bersungguh-sungguh dan tidak mudah berputus asa.

Apakah janji yang dilafazkan oleh penyajak terhadap negaranya?


 menumpahkan taat setia tanpa berbelah bahagi,
 bersedia menghadapi apa-apa saja cabaran dan kesusahan tanpa rasa kesal, kecewa
atau derita.

Pada pendapat anda, bagaimanakah kita dapat menunjukkan taat setia kepada Negara?
 berusaha menjaga imej Negara agar tidak dipandang rendah seperti menjaga
kebersihan alam sekitar.
 kita boleh berlumba-lumba mengharumkan nama Negara dengan mencapai kejayaan
dalam bidang yang diceburi seperti sukan.
 Kita patut, menghormati para pemimpin Negara dan lambang-lambang kebesaran
Negara.
 kita boleh memperkukuh perpaduan Negara yang terjalin antara kaum.

Apakah pengajaran yang terdapat dari sajak ini?


 kesanggupan seseorang menghadapi apa-apa juga rintangan untuk membuktikan
kesetiaan kepada tanah air.
 kesanggupan dalam menyumbangkan tenaga dan idea untuk menjamin tanah air
mencapai kegemilangan dalam pelbagai bidang.
 rintangan atau dugaan merupakan lumrah dalam kehidupan dan semua orang mesti
menghadapinya dengan berani.

Penyair dikatakan memiliki sikap kesetiaan yang tinggi.Pada pendapat anda,apakah kepenting
sikap tersebut kepada golongan remaja?
 golongan inilah yang bakal mentadbir negara pada suatu ketika nanti.
 Sekiranya mereka memiliki sikap kesetiaan yang tinggi,sudah pasti mereka akan
mempertahankan kedaulatan negara dengan apa jua sekali pun.

58
 Sekiranya mereka berada diluar Negara,sudah pasti nama baik Negara akan
dibawa,bukan melakukan perkara sebaliknya seperti memberi gambaran tidak tepat
terhadap perkembangan ekonomi Negara mahupun perpaduan rakyatnya.

Pada pendapat anda,mengapakah kita memerlukan pemimpin yang berwibawa untuk mentadbir
nagara?
 kerana pemimpin ini dapat mentadbir dengan cemerlang.
 pemimpin itu dapat mempertahankan Negara daripada ancaman musuh.
 pemimpin itu juga dapat mengharumkan nama Negara ke serata dunia.
 pemimpin dapat menunjukkan perlakuan/teladan yang baik kepada rakyat.

.Pada pendapat anda,bagaimanakah cara yang sesuai untuk menyemai semangat cinta akan
tanah air dalam kalangan pelajar?
 memberi penekanan dalam mata pelajaran sejarah disekolah.
 Selain itu,pihak yang berkenaan mengadakan kempen cinta akan Negara.
 Seterusnya,pihak sekolah hendaklah mengadakan sambutan ulang tahun hari
kemerdekaan diperingkat sekolah.

Pada pendapat anda,apakah sikap-sikap negatif yang diamalkan oleh rakyat disesebuah Negara
sehingga menyebabkan Negara mereka dijajah?
 kerana bertelagah sesama sendiri.
 Selain itu,mereka tidak bersatu padu antara kaum-kaum yang ada.
 Seterusnya,mereka tidak menghormati pemerintah.

Pada pendapat anda,mengapakah semangat cinta akan tanah air semakin luntur dalam kalangan
generasi muda kini?
 mereka lahir selepas merdeka.Selain itu,mereka mudah terpengaruh dengan gejala
sosial.
 Seterusnya,mereka tidak pernah berasa susah dalam hidup pada zaman penjajahan.
 Malah,mereka kurang pendedahan tentang semangat cintakan tanah air.

Pada pendapat anda,bilakah seorang manusia dapat mencapai kedudukan mental sebagaimana
yang telah dicapai oleh penyajak?
 apabila menyedari hakikat bahawa kehidupan tidak kekal abadi.
 Selain itu,ssorang manusia itu sedar akan hakikat bahawa Allah sahaja yang kekal abadi.
 Seterusnya,sedar akan kewujudan keadilan ilahi selepas kematian.

Pada pandangan anda,apa tujuan seseorang manusia menunjukkan kesanggupan untuk


berkorban?
 mereka sangat cinta dan terlalu komited terhadap sesuatu perkara,misalnya tanah air
 sebagai tanda membalas budi dan kepercayaan pihak lain terhadap dirinya.

Pada pendapat anda,bagaimanakah keazaman yang tinggi membolehkan seseorang pelajar itu
mencapai cita-citanya?
 mereka tidak terlanjur/tidak melakukan sesuatu yang merugikan diri sendiri.
 Selain itu,keazaman itu adalah untuk mereka tidak mudah dipengaruhi oleh orang lain.
 Seterusnya,keazaman juga membolehkan seseorang itu tidak lupa daratan/menginsafi
kelemahan diri sendiri.
 Malah,mereka akan menjadi orang yang bijaksana dalam melakukan tindakan yang
sesuai.

Pada pendapat anda,apakah kebaikannya jika semua rakyat setia kepada Negara?
 rakyat sanggup mempertahankan Negara daripada serangan musuh.
 Selain itu,rakyat akan menyumbangkan tenaga dan fikiran dalam proses untuk
memajukan Negara.
 Seterusnya,rakyat bersatu padu demi kemakmuran dan kamanan Negara.

59
Huraikan kemungkinan-kemungkinan sekiranya kita tidak mempelajari sesuatu daripada
pengalaman hidup.
 Kita mungkin menjadi seseorang yang mudah berputus asa,seorang yang mudah
mengaku kalah dalam menghadapi cabaran
 menjadi seorang yang tidak mungkin dapat mengecapi apa-apa kejayaan.

Nyatakan sumbangan semangat patriotic rakyat kepda sesebuah Negara.


 rakyat dapat menanamkan kesetiaan yang tidak berbelah bagi kepada Negara.
 Selain itu,semangat patriotik ini dapat menggerakkan rakyat memacu pembangunan
ssebuah Negara.
 Seterusnya,dapat mengeratkan perpaduan rakyat dalam sesebuah Negara.

Pada pandangan anda,bagaimanakah seseorang itu dapat mengatasi kelemahan diri?


 tidak mengulangi kesilapan masa lalu dan insaf akan kesalahan yang dilakukan.
 Selain itu,sesorang itu hendaklah bertkad dan berazam untuk mengubah sikap yang
lebih positif.
 Seterusnya,seseorang itu juga hendaklah belajar mlalui pengalaman dan menjadikan
pengalaman itu sebagai iktibar.

Pada pandangan anda,apakah akibat sekiranya rakyat tidak setia kepada Negara?
 rakyat tidak bersatu padu,berpecah blah dan Negara huru-hara.
 Selain itu,Negara akan mundur dan ekonomi Negara akan terjejas.
 Seterusnya,kekuatan Negara juga terjejas dan membuka laluan kepada kuasa asing
untuk campur tangan.
 Malah,kerajaan dalam Negara akan runtuh.

2. JALAN-JALAN RAYA KOTAKU


Pada pendapat anda, apakah faktor remaja terlibat dalam gejala lumba haram?
 sikap remaja yang suka menunjuk-nunjuk kehebatan dan kekuatan diri
 terpengaruh dengan aksi-aksi ganas yang disiarkan di media massa
 dicabar oleh rakan-rakan sebaya

Pada pendapat anda, apakah masalah yang dihadapi oleh warga kota sehingga mereka bersikap
sedemikian?
 tekanan disebabkan oleh kos hidup yang tinggi – terpaksa bekerja keras untuk mencari
pendapatan tambahan bagi menampung kos ini
 tekanan disebabkan oleh kesesakan lalu lintas
 tekanan disebabkan oleh persaingan dalam bidang pekerjaan dan perniagaan
 hubungan kekeluargaan yang longgar/retak disebabkan oleh anggota keluarganya terlalu
ghairah mengejar kebendaan

Cadangkan cara-cara hendak melatih pemandu supaya berhemah semasa memandu.


 memperkemaskan kurikulum sekolah memandu dengan memasukkan ciri-ciri pemandu
yang berhemah tinggi
 melaksanakan kempen/iklan melalui radio/televisyen
 memasang papan-papan tanda elektronik yang berupa arahan-arahan/peringatan/
amaran di tempat-tempat yang tertentu dan menguatkuasakannya
 melaksanakan hukuman maksimum mengikut undang-undang kepada pemandu yang
ganas/berbahaya/mabuk
 menggantung lesen pemandu yang tidak berhemah

60
Masalah kesesakan lalu lintas sering membebankan pengguna jalan raya kini. Pada pendapat
anda, apakah langkah yang wajar bagi mengurangkan masalah kesesakan lalu lintas di negara
kita?
 pengguna mengamalkan sikap berhemah di jalan raya
 pengguna mematuhi peraturan dan undang-undang lalu lintas
 menyuburkan Kempen Berkongsi Kereta semula dan mempraktikkannya
 penguatkuasaan undang-undang lalu lintas yang lebih tegas
 melebarkan struktur jalan raya
 menggalakkan orang ramai menggunakan kenderaan awam

Pada pendapat anda, apakah faktor remaja terlibat dalam gejala lumba haram?
 sikap remaja yang suka menunjuk-nunjuk kehebatan dan kekuatan diri
 terpengaruh dengan aksi-aksi ganas yang disiarkan di media massa
 dicabar oleh rakan-rakan sebayanya

Pada pendapat anda, apakah langkah yang boleh diambil untuk mengurangkan kadar
kemalangan jalan raya di negara kita?
 perubahan sikap pengguna jalan raya
 mengadakan kempen kesedaran
 menaikkan taraf keadaan fizikal jalan raya
 penguatkuasaan undang-undang

Nyatakan kesan-kesan yang timbul seandainya pengguna jalan raya terus bersikap seperti dalam
sajak?
 menambahkan kesesakan di jalan raya
 memungkinkan berlakunya kemalangan
 memungkinkan berlakunya pergaduhan
 menjejaskan imej rakyat Malaysia dalam kalangan pelancong asing
 mengancam keselamatan pengguna jalan raya yang lain

Nyatakan kepentingan pemandu dididik supaya memandu secara berhemah.


 supaya tidak timbul kesesakan lalulintas
 dapat mengelakkan daripada berlaku kemalangan
 tiada pemandu yang berasa marah
 membentuk pemandu yang berdisiplin

Pada pendapat anda, mengapakah pengguna-pengguna jalan raya tidak beretika semasa berada
di jalan raya?
 mereka bersikap terlalu mementingkan diri sendiri
 berasa bosan kerana terperangkap dalam kesesakan jalan raya
 kepenatan selepas seharian bekerja

Pada pendapat anda, apakah tindakan yang berkesan untuk mengatasi masalah lumba haram?
 penguatkuasaan undang-undang jalan raya
 kempen pemanduan berhemah
 hukuman yang lebih setimpal kepada pelumba haram
 PDRM dan JPJ kerap melakukan operasi membanteras perlumbaan haram

Pada pandangan anda, mengapakah kehidupan di kota-kota besar dipenuhi oleh pelbagai sikap
negatif masyarakatnya?
 kerana masyarakat di bandar hidup berlumba untuk mencari kekayaan
 kerana masyarakat di bandar banyak mementingkan diri sendiri
 kerana masyarakat di bandar sentiasa bersiang untuk mendapatkan sesuatu sama ada
secara sihat ataupun tidak sihat

61
 kerana masyarakat di bandar mempunyai semangat kekitaan atau bertolak ansur yang
rendah

Pada pendapat anda, apakah akibat-akibat yang mungkin muncul daripada sikap negatif
pengguna jalan raya di kota?
 menambahkan kesesakan di jalan raya
 memungkinkan berlakunya kemalangan
 memungkinkan berlakunya pergaduhan
 menjejaskan imej rakyat Malaysia dalam kalangan pelancong asing

Pada pendapat anda, apakah langkah-langkah yang boleh diambil oleh kerajaan untuk
mengatasi masalah kesesakan jalan raya di bandar-bandar besar.
 menggalakkan berkongsi kereta
 menggalakkan penggunaan kenderaan awam
 melebarkan jalan-jalan raya yang ada
 mengurangkan lampu isyarat di jalan utama
 menambahkan laluan sehala

Warga kota digambarkan sebagai pengguna jalan raya yang mengikut perasaan dan
mementingkan diri sendiri. Jelaskan cara-cara yang boleh dilakukan oleh kerajaan untuk
mengatasi masalah tersebut.
 kempen keselamatan jalan raya melalui media massa
 ceramah keselamatan di jalan raya
 pemandu yang melakukan kesalahan diberi sesi kaunseling
 menguatkuasakan hukuman denda/penjara kepada pemandu
 JPJ dan polis mengadakan rondaan dari semasa ke semasa
 lebih banyak papan tanda keselamatan dan amaran diletakkan sepanjang jalan raya

Pada pendapat anda, mengapakah kadar kemalangan jalan raya semakin meningkat pada masa
kini?
 pemandu tidak mematuhi had laju yang ditetapkan/melanggar peraturan jalan raya

 sikap berlumba-lumba di jalan raya/tidak sabar


 keadaan kenderaan yang kurang memuaskan/rosak
 pemandu memandu dalam keadaan letih/tidak cukup rehat

Apakah usaha-usaha yang perlu dilakukan oleh kerajaan untuk mengurangkan kemalangan di
jalan raya?
 kerajaan memperbaik jalan yang rosak/.jalan yang kecil diperbesar
 memperbanyak kemudahan awam yang canggih seperti monorel dan LRT
 menghidupkan semula Kempen Berkongsi Kereta

Pada pendapat anda mengapakah mereka bersikap demikian? Berikan ulasan anda.
 mereka terlalu mementingkan diri sendiri ketika di jalan raya
 mereka berlumba-lumba untuk sampai ke destinasi masing-masing secepat mungkin
 kehidupan di kota terlalu menekan mempengaruhi emosi mereka menyebabkan mereka
mudah marah, cemas dan resah sehingga mereka dikatakan bersikap negatif ketika
berada di jalan raya

Kesesakan lalu lintas merupakan fenomena biasa di kota. Pada pendapat anda bagaimanakah
caranya untuk mengatasi masalah tersebut?
 pengguna jalan raya seharusnya menyokong kempen berkongsi kenderaan bagi
mengurangkan bilangan kenderaan di jalan raya seterusnya mengatasi masalah
kesesakan lalu lintas di kota.
 pengguna jalan raya harus menggunakan kenderaan awam seperti bas dan komuter

62
 pihak kerajaan perlu mengehadkan jumlah kenderaan yang masuk ke kota pada masa-
masa tertentu dan menentukan laluan kenderaan perdagangan seperti lori bagi
mengatasi masalah kesesakan lalu lintas

Pada pendapat anda, apakah kesan-kesan yang mungkin timbul sekiranya pengguna jalan raya
menjadikan jalan raya sebagai medan perlumbaan?
 mereka akan terlibat dengan kemalangan jalan raya
 mereka turut mengancam keselamatan pengguna jalan raya yang lain
 kemalangan yang berlaku akan memburukkan lagi masalah kesesakan lalu lintas yang
telah sedia ada

Pada pendapat anda, bagaimanakah kesesakan lalu lintas boleh diatasi?


 menaikkan harga kenderaan
 menaikkan kadar bayaran tempat letak kereta
 mempertingkat kemudahan pengangkutan awam

Pada pendapat anda, mengapakah berlakunya perbuatan yang melanggar undang-undang di


jalan raya?
 kerana sikap pemandu yang mementingkan diri/mementingkan masa/terpengaruh oleh
aksi memandu secara berbahaya
 sistem jalan raya yang tidak sempurna berbanding dengan pertambahan bilangan
kenderaan/ keadaan yang menyebabkan kesesakan lalu lintas seperti jalan yang
rosak/pengguna jalan raya meningkat musim perayaan
 penguatkuasaan undang-undang yang kurang tegas

Pada pandangan anda, bagaimanakah untuk mengurangkan kesesakan jalan raya di kota?
 menggunakan kenderaan awam
 berkongsi kereta
 keluar lebih awal ke tempat kerja

Mengapakah manusia hilang sikap kemanusiaan di kota-kota besar?


 masing-masing hanya mementingkan diri sendiri
 masing-masing ingin menunjukkan ego dan enggan beralah

Masyarakat di kota-kota besar kurang mengamalkan budaya bekerjasama. Berikan komen anda.
 masyarakat kota terdiri daripada pelbagai bangsa dan status sosial
 masyarakat kota lebih mengutamakan kehidupan sendiri, terutama mereka yang
berjawatan tinggi dan sibuk dengan pekerjaan
 terdapat juga masyarakat kota yang masih mengamalkan nilai bekerjasama, contohnya
membantu menyumbangkan wang kepada golongan yang kurang upaya, sakit, dan
sebagainya

Pada pendapat anda, bagaimanakah cara untuk menyelesaikan masalah berdasarkan sajak?
 mendidik pengguna jalan raya ke arah pemanduan berhemah
 penguatkuasaan undang-undang yang lebih tegas
 menggalakkan warga kota berkongsi kereta atau menggunakan kenderaan awam

Pada pendapat anda, apakah langkah-langkah yang perlu diambil untuk mengelakkan situasi
pada waktu senja di atas tidak berlaku?
 kerajaan hendaklah memperlebar jalan raya yang sempit
 pihak kerajaan hendaklah menggalakkan rakyat berkongsi kereta atau menggunakan
kenderaan awam ke tempat kerja
 pihak kerajaan hendaklah memastikan lampu isyarat sentiasa berfungsi

Pada pendapat anda, bagaimanakah masalah kecelakaan di jalan raya dapat dibendung?
 memperketat peraturan dan undang-undang di jalan raya

63
 anggota keselamatan perlu meningkatkan rondaan di jalan raya

Pada pendapat anda, mengapakah pengguna kurang mengutamakan keselamatan di jalan raya?
 sikap pengguna jalan raya yang mementingkan diri
 ego dan tidak mengendahkan undang-undang jalan raya
 kurangnya pemantauan oleh pihak berkuasa

3. DUHAI PENTAFSIR
Sajak di atas menggambarkan keresahan dalam kehidupan yang dialami oleh penyajak. Pada
pendapat anda, bagaimankah cara untuk mengatasi keresahan tersebut?
 menceritakan masalah yang menyebabkan keresahan kepada kawan/rakan sebaya
supaya keresahan itu dapat ditangani bersama
 meminta nasihat rakan/guru/kaunselor/ibu bapa
 menenangkan fikiran dengan membaca/menonton/berbual/bersukan
 berusaha mengatasi masalah yang menyebabkan keresahan itu secara sendirian/
bersama dengan orang lain

Pada pendapat anda, mengapakah penyair berasa sedih?


 pentafsir tidak lagi menjadi seorang penulis
 tidak sanggup kehilangan pentafsir
 tidak tahu siapa yang bakal menjadi pengganti

Pada pendapat anda, bagaimanakah manusia dapat mengelakkan diri daripada melalui
penderitaan atau tekanan seperti yang sedang dihadapi oleh “Aku” dalam sajak itu?
 harus beribadat sejak kecil
 harus mula membaca kitab-kitab suci sejak kecil
 meluangkan masa untuk mendengar khutbah ulama
 mengikis anggapan bahawa boleh beramal ibadat setelah tua

Pada pendapat anda, mengapakah manusia sering memerlukan tunjuk ajar orang-orang yang
bijaksana?
 diri mereka tidak mempunyai pengalaman yang cukup sedangkan orang yang berilmu
mempunyai pengalaman dan pengetahuan yang dapat dijadikan panduan hidup
 dapat mengelakkan manusia daripada hidup dalam kejahilan

Pada pendapat anda, apakah yang perlu dilakukan oleh seseorang manusia apabila mereka
menghadapi masalah yang amat sukar untuk diselesaikan?
 membuat muhasabah diri tentang peristiwa yang menimpa diri
 melakukan solat hajat memohon petunjuk-Nya
 berbincang dengan orang yang lebih arif tentang masalah yang dihadapi
 meluahkan segala masalah yang dihadapi kepada kaunselor atau pakar motivasi
 berasa insaf dan bertekad tidak akan mengulangi kesilapan yang sama

Mengapakah manusia biasanya mulai insaf akan perbuatannya pada masa lalu apabila usia
semakin tua? Berikan pandangan anda.
 apabila semakin tua manusia semakin matang/dapat menilai baik buruknya sesuatu
perbuatan
 pada usia tua manusia akan berasa lemah/kurang bertenaga/menyedari kelemahan diri/
kekuasaan Tuhan
 sewaktu muda manusia sibuk bekerja/mendidik anak hingga tidak berpeluang
memuhasabah diri/waktu tua ada kelapangan masa kerana sudah bersara/anak-anak
sudah dewasa

64
 kerana sifat fizikal sudah berubah/botak/sakit hingga berasa bahawa hari kematian kian
hampir

Pada pendapat anda, bagaimanakah cara penyajak hendak mendekatkan dirinya dengan
Tuhan?
 belajar agama dengan guru agama
 tidak meninggalkan perintah Tuhan
 bersikap sabar dan menyesal akan perbuatannya yang tidak baik
 tidak melakukan perkara-perkara yang dilarang oleh agama

Huraikan maksud rangkap kedua sajak tersebut.


 penyajak semakin tua
 hidayah Tuhan dalam kitab-kitab agama semakin kelihatan tidak jelas
 unsur-unsur negatif/godaan cuba menjauhkan penyajak daripada agama
 penyajak belum menjumpai kitab-kitab agama, iaitu ayat-ayat Tuhan kepadanya

Pada pandangan anda, siapakah “Pentafsir” yang dimaksudkan oleh pensyair dalam sajak
tersebut?
 gurunya yang telah menjadi tokoh yang berpengaruh atau cendekiawan yang terkenal
 buktinya, pensyair sentiasa mencari tokoh tersebut
 mencari hasil karya yang pernah ditulis oleh tokoh tersebut
 masih menyimpan nota-nota yang dipelajari daripada gurunya

Pada pendapat anda, mengapakah pensyair bersungguh-sungguh untuk mendapatkan seorang


pentafsir?
 menghadapi masalah tidak dapat mencari jawapan kepada beberapa persoalan yang
menghantui dirinya

Pada pendapat anda, mengapakah ‘aku’ berasa resah apabila usia semakin tua?
kematian semakin hampir
 penyajak belum bersedia untuk mati
 menyesali kesalahan yang telah dilakukannya
 dia belum memperbaiki kelemahan dirinya
 dia belum mendalami ajaran agama

Setiap manusia akan mengalami perasaan resah, bimbang dan rasa bersalah atas kesalahan
dan kesilapan yang dilakukan. Pada pendapat anda, bagaimanakah caranya untuk mengatasi
masalah-masalah ini?
 meluangkan masa dengan melakukan aktiviti-aktiviti yang boleh melupakan masalah
tersebut
 membetul akan kesalahan dan kesilapan yang telah dilakukan
 berkongsi masalah/meluahkan dengan ibu bapa atau sahabat karib
 mendekatkan diri dengan Tuhan/ berdoa kepada tuhan
 meminta pendapat orang yang lebih tua/ banyak pengalaman

Setiap manusia akan mengalami perasaan resah, bimbang dan rasa bersalah atas kesalahan
dan kesilapan yang dilakukan. Jelaskan kebaikan sifat keinsafan dalam kehidupan kita.
 dapat mengenal pasti kesalahan yang telah dilakukan
 dapat menebus kesalahan/ dosa yang telah dilakukan
 berpeluang membetulkan kelemahan dan kesalahan yang telah dilakukan
 dapat menjadi insan yang taat kepada ajaran agama
 dapat menjadi insan yang merendah diri/tidak lupa diri
 dapat menjalinkan hubungan baik sesama mahluk tuhan/manusia

Pada pendapat anda, mengapakah ilmu agama itu penting dalam kehidupan?
 dapat menentukan nilai sosial/perintah atau tegahan/larangan dalam melakukan sesuatu

65
 dapat dijadikan pedoman sumber rujukan/panduan dalam menempuh kehidupan
 dapat membentuk personaliti/peribadi seseorang
 dapat memberi ketenangan/kebahagiaan

Pada pendapat anda, mengapakah buku perlu dijadikan teman sepanjang hidup?
 memperoleh banyak ilmu pengetahuan baru dari semasa ke semasa
 menjamin masa depan yang cerah
 mempelajari pelbagai pengalaman baru/mempelajari pelbagai perkara melalui
pengetahuan membaca/pengetahuan lain
 mengisi waktu terluang

Jika anda beransur tua, apakah perkara-perkara yang bermanfaat yang harus anda lakukan?
 melakukan kerja-kerja ringan
 memperbanyakkan amal ibadat
 menjaga cucu-cicit
 melancong/berehat
 membuat kerja-kerja kebajikan

Pada pendapat anda, apakah wajar penyajak berasa resah kerana usianya semakin tua?
Tidak wajar…
 semua orang akan mengahdapi kematian
 peluang untuk memperbaiki kesilapan diri masih ada
 patut memanfaatkan masa yang ada dengan melakukan aktiviti yang berfaedah

Pada pendapat anda, mengapakah catatan-catatan dianggap lusuh oleh penulis?


 hasil tulisan yang terlalu lama dibaca
 terdapat hasil tulisan yang sudah ketinggalan zaman
 penyajak masih belum menemui petunjuk yang betul

Sajak Duhai Pentafsir membincangkan hal tentang seseorang yang kehilangan arah setelah lama
mengharungi kehidupan. Pada pendapat anda, mengapakah masalah kehilangan arah berlaku
dalam kehidupan manusia?
 terpengaruh oleh unsur luar yang lebih menarik/negatif
 tahahp ilmu agama/kematangan berfikir yang rendah
 sifat manusia yang tidak mahu mengakui kesilapan/tidak sedar akan matlamat hidup
yang telah terpesong
 sifat lalai/lupa diri/sibuk dengan urusan duniawi

Pada pendapat anda, apakah kelebihan membaca buku-buku ilmiah yang dihasilkan oleh tokoh-
tokoh ternama?
 akan dapat menambahkan ilmu pengetahuan
 akan dapat menjadi pedoman dalam kehidupan
 akan menjadi pendorong kepada pembaca untuk mencari hala tuju
 akan dapat mengisi masa lapang

Apakah yang merisaukan penyajak semasa menghasilkan catatannya?


 penyajak berasa hidupnya kosong kerana masih tercari-cari identiti/matlamat hidup
 penyajak berasa hampa akan kehidupan masa lalunya
 penyajak berasa dirinya mengejar bayang-bayang yang sentiasa menghantui hidupnya

Apakah azam penyajak dalam sajak ini?


 berusaha mencari pentafsir (pembimbing) untuk memimpinnya ke jalan yang baru
 melupakan kesilapan masa lalu – menjadikannya sebagai pengajaran
 mendalami ilmu agama sebagai bekalan masa depan
 mendekatkan dirinya kepada Allah

66
Keresahan adalah lumrah kehidupan seseorang. Bagaimanakah seseorang itu boleh
menghilangkan perasaan tersebut?
 mendekatkan diri kepada Tuhan
 bertemu dan berbincang dengan rakan-rakan atau kaunselor
 berkelah atau melancong ke tempat-tempat yang menarik

Pada pendapat anda, mengapakah manusia biasanya mulai insaf akan perbuatannya pada masa
lalu setelah usia semakin tua?
 Mereka sedar bahawa mereka akan menemui ajal bila-bila masa
 Mereka sudah matang dan dapat berfikir kea rah kebaikan
 Ingin menunjuk contoh baik kepada golongan muda
 apabila semakin tua manusia semakin matang/dapat menilai baik buruknya sesuatu
perbuatan
 pada usia tua manusia akan berasa lemah/kurang bertenaga/menyedari kelemahan diri/
kekuasaan Tuhan
 sewaktu muda manusia sibuk bekerja/mendidik anak hingga tidak berpeluang
memuhasabah diri/waktu tua ada kelapangan masa kerana sudah bersara/anak-anak
sudah dewasa
 kerana sifat fizikal sudah berubah/botak/sakit hingga berasa bahawa hari kematian kian
hampir

Pada pendapat anda, bagaimanakah caranya anda hendak mengatasi masalah


keresahan dalam kehidupan anda?
 Menceritakan masalah yang menyebabkan keresahan kepada kawan rapat/rakan
sebayasupaya masalah yang menyebabkan keresahan itu dapat dikongsi/ ditangani
bersama
 Meminta nasihat kaunselor atau ibu bapa
 Menenangkan fikiran dengan berbual-bual dan bersukan
 Berusaha mengatasi masalah yang menyebabkan keresahan itu secara sendirian/
bersama dengan orang lain

Pada pendapat anda, bagaimana cara untuk mengatasi keresahan dalam kehidupan?
 Menceritakan masalah yang menyebabkan keresahan
 Meminta nasihat rakan, guru, kaunselor.
 Berusaha mengatasi masalah secara sendirian.

Pada pendapat anda, mengapakah manusia perlu merujuk kepada falsafah tokoh-
tokoh lama dalam meneruskan kehidupan?
 Pandangan mereka mempunyai pengajaran yang positif
 Pengalaman mereka sesuai dikongsi bersama
 Tokoh-tokoh lama telah membuktikan kehebatan mereka dalam pelbagai spek
kehidupan.

Pada pendapat anda, bagaimanakah seseorang yang gagal menemukan kedamaian


hatinya hendak mengatasi masalah keresahan jiwanya itu?
 Berkongsi masalah dengan orang yang arif
 Meminta nasihat
 Aktifkan diri dengan aktiviti minda dan fizikal
 Membanyakkan amalan agama
 Menghibur diri dengan aktiviti kemasyarakatan.

Mengapakah penyajak telah kehilangan arah tujunya setelah lama hidup?


 Terpengaruh oleh rakan-rakannya yang nakal
 kurang didikan agama
 Terlalu mengejar keseronokan

67
 tidak pernah bermuhasabah diri/membuat penilaian diri.

Pada hemat anda, siapakah “Pentafsir” yang dimaksudkan penyair dalam sajakt ersebut?

 Gurunya yang telah menjadi tokoh yang berpengaruh atau cendekiawan yang terkenal
 Buktinya pensyair sentiasa mencari tokoh tersebut serta karyanya.

SILA TAMBAH YANG TERKINI


SELAMAT MENGHADAPI PEPERIKSAAN

( Manusia hanyalah mampu merancang tetapi


Tuhan yang menentukan segala-galanya )

68

Anda mungkin juga menyukai