Anda di halaman 1dari 20

CERITA KERA DENGAN BUAYA

SINOPSIS
Kisah persahabatan antara kera dengan buaya. Setiap hari Kera yang tinggal di atas pokok kedempung menjatuhkan buah kedempung untuk dimakan oleh buaya. Oleh sebab rasa terhutang budi, buaya berjanji akan menjadi teman setia kera dan tidak akan meninggalkan kera. Setelah lama tidak pulang isteri buaya menghantar wakil untuk memujuk buaya dengan alasan dia sakit. Apabila buaya enggan untuk pulang, wakil buaya telah menyatakan bahawa isteri buaya hanya akan sembuh jika dapat memakan hati kera. Demi kepentingan peribadi, akhirnya buaya bersetuju untuk pulang dan membawa kera untuk kepentingan peribadi, akhirnya buaya bersetuju untuk pulang dan membawa kera bersama-samanya. Dalam perjalanan buaya mencerikan kisah sebenar kepada kera. Menyedari sahabatnya belot pada persetiaan yang telah dibuat, kera yang bijak telah menyatakan bahawa hatinya ditinggalkan di atas pokok kedempung. Mereka terpaksa berpatah balik untuk mendapatkannya. Setelah sampai, kera cepat-cepat melompat ke atas pokok kedempung. Untuk menginsafkan buaya, kera telah bercerita kisah Raja Singa dengan Keldai. Cerita tersebut mengisahkan seekor keldai yang bodoh telah menjadi mangsa tipu muslihat serigala yang memujuknya agar dia dapat mempersembahkan keldai untuk santapan Raja Singa. Keldai yang merasakan dirinya terlalu penat bekerja untuk tuannya telah mengikut serigala mengadap singa. Akhirnya keldai menjadi habuan singa. Sementara mata dan telinganya dimakan oleh serigala. Buaya insaf atas perbuatannya namun kera tidak dapat memaafkannya. Dengan putusnya persahabatan mereka, kera tidak lagi memberikan makanan kepada buaya. Kekesalan buaya atas sikap buruknya berlarutan sehinggalah membawa kepada kematiannya.

TEMA


Sikap setia kawan yang tidak berpanjangan kerana ada pihak yang mementingkan diri sendiri.

PERSOALAN
    

Kemulian hati Sikap tidak mengenang budi Kesetiaan seorang sahabat Bertindak demi kepentingan diri sendiri Kebijaksanaan amat berguna untuk menyelesaikan masalah

WATAK DAN PERWATAKAN Watak Utama Kera - Baik hati - Jujur dalam persahabatan - Bijak - Tegas pendirian Watak Sampingan Buaya - Mementingkan diri sendiri - Sudah berkeluarga - Malas dan tidak mahu berdikari - Mudah diperdaya Raja Singa - Zalim - Gelojoh Serigala -Taat - Tidak amanah

LATAR Latar Masa Waktu siang-Buaya naik ke darat untuk berjemur Latar Masyarakat Masyarakat binatang golongan atasan- Raja singa yang mempunyai kekuasaan dan pembantu yang setia iaitu serigala. Golongan rakyat biasa- Kera, Buaya, Serigala dan keldai menjalani kehidupan biasa yang sederhana Latar Tempat Kuala sungai-isteri buaya menanti kepulangan suaminya namun tidak juga muncul Tebing sungai- tumbuh pokok kedempung yang menjadi tempat tinggal kera. Hutan-tempat tinggal raja singa dan serigala Sebuah kampung- tempat tinggal Benara yang memelihara seekor keldai. GAYA BAHASA Gaya Bahasa Contoh

Bahasa Melayu klasik -Ayatnya panjangpanjangpanjang -Dimulakan dengan perkataan al-kisah, alsebermula, hatta dan maka. Kosa kata klasik

- Maka ada seorang tabib mengatakan jikalau boleh dapat hati kera, nescaya sembuhlah penyakitnya itu

- Benara ialah tukang cuci atau tukang dobi

Bahasa istana

- Maka sembah serigala, Jikalau dengan titah Tuanku, bolehlah patik carikan.

NILAI


Kasih sayang

 

-Kasih sayang jika dipupuk dengan baik dapat melahirkan masyarakat yang bahagia Tolong-menolong -Sikap ini dapat membantu orang yang memerlukan pertolongan Kejujuran -Berhati-hati memilih kawan kerana kawan yang tidak jujur akan menyusahkan diri sendiri Bijaksana -Apabila menghadapi sesuatu masalah hendaklah berfikir dengan pantas dan bijak

PENGAJARAN
   

Kita hendaklah menepati janji yang telah dibuat Kita hendaklah berhati-hati dalam memilih kawan Jangan mudah terpedaya dengan pujuk rayu orang lain Bertindaklah dengan pantas apabila berhadapan dengan masalah

CERPEN
ERTI KASIH MAKNA SAYANG
SINOPSIS Cerpen ini memaparkan kisah sebuah keluarga dengan dua ekor mawas. Keluarga tersebut ialah Ungin, abangnya Seganti, adiknya Indusai, dan emaknya Antagi. Ibu Mawas itu diberi nama Busut manakala anaknya, Cendawan. Busut tercedera akibat perbuatan manusia. Busut dijumpai oleh Ungin di dalam karung guni yang akan diseludup ke luar negara. Dalam serba kepayahan dan kesakitan, Busut tetap mahu memberikan kasih sayang kepada anaknya. Ungin sekeluarga amat bersimpati dan kasihan melihat mawas tersebut. Ungin mengecam tindakan manusia yang tidak berperikemanusiaan sehingga tergamak melakukan penyeledupan mawas secara haram. Untuk memastikan mawas tersebut mendapat perhatian yang sewajarnya, Ungin, Seganti, Indusai dan Antagi sepakat menghantar Busut dan Cendawan ke Pusat Pemuliharaan hidupan Liar Lanjak-Entimau melalui Pak Cik Piyot yang bekerja di pusat penjagaan tersebut. Walaupun keberatan, Busut dan Cendawan terpaksa diserahkan demi kebaikan mawas tersebut. Ungin mengalirkan air mata apabila anak mawas itu menghulurkan tangan seolah-olah ingin menjalinkan persahabatan.

TEMA


Keprihatinan dan rasa tanggungjawab manusia terhadap masalah kepupusan haiwan terutamanya mawas

PERSOALAN
  

Ehsan dan simpati manusia terhadap binatang Sikap tamak manusia merupakan sebab utama bintang liar pupus Rasa tanggungjawab manusia terhadap haiwan khususnya mawas

WATAK DAN PERWATAKAN Watak utama Ungin Anak kepada Antagi Penyayang dan mempunyai rasa belas kasihan Berjiwa patriotik Menghormati undang-undang Watak Sampingan Seganti -Abang kepada Indusai dan Ungin -Penyayang dan ada perasaan simpati -Berperikemanusiaan

Indusai Adik kepada Ungin dan Seganti. Dia anak ketiga Puan Antagi Seorang yang sensitif Penyayang dan mempunyai perasaan simpati Puan Antagi Ibu kepada Ungin, Seganti dan Indusai Busut Ibu kepada mawas Kaki kirinya telah tercedera Cendawan Anak mawas LATAR Latar Tempat  Negeri Sarawak kawasan hutan  Di dalam kurungan Latar Masa - Seminggu selepas Busut pengsan -Tengah hari-Puan Antagi memberi makan harikepada Busut dan Cendawan

Latar Masyarakat


Malaysia Timur (Sarawak)-masyarakat yang prihatin terhadap haiwan (Sarawak)-

GAYA BAHASA Gaya Bahasa Peribahasa Sinkof Simile Contoh -orang tengah - Gelap mata Ku, kau, ni dan nak Sorong dan tarik matanya seperti orang menggergaji kayu balak

NILAI  Perikemanusiaan Kasih sayang Bertanggungjawab Patuh kepada undang-undang undang-

PENGAJARAN Kita hendaklah menyayangi haiwan dan makhluk Tuhan yang lain Jangan menyeksa binatang Kerjasama daripada semua pihak perlu untuk memulihara hidupan liar Undang-undang negara hendaklah dipatuhi Undang-

TANGAN KANAN, KIRI ATAU KEDUA-DUANYA KEDUASINOPSIS Ee Nah ingin menjadi pemuzik manakala abangnya, Ha Lim ingin menjadi penulis. Bakat kedua-dua adik-beradik ini terhalang kerana ayah mereka menentang cita-cita mereka. Beliau mengkehendaki anak-anaknya menjadi ahli perniagaan. Konflik berlaku dalam diri Ee Nah , iaitu dia tidak mahu melanggar perintah ayahnya dan pada masa yang sama dia menginginkan kebebasan untuk memilih cara hidupnya sendiri. Ha Lim pula bertekad memilih cara hidup sendiri untuk menjadi penulis. Dia terpaksa keluar rumah. Ee Nah dan sepupunya, Lisa giat berlatih untuk memantapkan vokal dan tarian bagi memasuki sayembara. Mereka amat khuatir sekiranya mendapat tentangan daripada ayahnya. Ayah Ee Nah yang juga seniman veteran mengubah fikirannya. Beliau merestui hasrat Ee Nah untuk mengembangkan bakatnya dalam bidang yang diminatinya. Kegembiraan Ee Nah semakin bertambah apabila pada masa sama Ha Lim pulang semula ke pangkuan keluarga. TEMA Ketaatan seorang anak terhadap kemahuan ayahnya

PERSOALAN Menghormati minat dan cita-cita orang lain Tolak ansur amat penting dalam hubungan kekeluargaan

 

Yakin dengan kebolehan diri Bakat yang diwarisi boleh membantu kejayaan

WATAK DAN PERWATAKAN Watak Utama Ee Nah  Berumur belasan tahun  Meminati seni muzik  Mentaati bapanya  Penyayang Watak Sampingan Ayah  Seorang duda. Beliau seorang pelakon  Tegas dan garang  Bertanggungjawab  Berfikiran rasional

Ha Lim Abang Ee Nah. Beliau seorang pengarang Tegas dengan prinsipnya Keras hati

Lisa  Sepupu Ee Nah dan belajar muzik serta pernah menjuarai pertandingan sayembara  Sangat meminati muzik  Baik hati  Menghormati orang lain

LATAR Latar Tempat Ruang dapur Rumah milik Keluarga Ee Nah

- Ee Nah membuat kopi untuk ayahnya - Tempat Ee Nah bermain piano

Latar Masa Siang (waktu petang)

- Ee Nah bermain piano dan teringat peristiwa dia ditampar oleh ayahnya

Latar Masyarakat Masyarakat Cina

- Bakat seni yang mengalir dalam diri Ha Lim dan Ee Nah adalah warisan daripada ayahnya yang pernah menjadi pelakon.

Gaya Bahasa Gaya Bahasa Hiperbola Metafora Personifikasi Simile Ayah bagai gunung berapi pendam Sinkof Contoh Bah air mata
-mendakap

kebebasan -tikaman lidah keris ayah sinar mentari menyelinap masuk menerusi pintu kaca

kau, mu, kan

NILAI
   

Kasih sayang Taat kepada orang tua atau ibu bapa Belas kasihan dan simpati Berdikari

PENGAJARAN
  

Kita perlu yakin akan kebolehan diri sendiri Anak-anak perlu menyayangi ibu bapa Kita perlu gigih dalam mengejar cita-cita.

DRAMA
ANGIN
SINOPSIS Drama ini memaparkan perselisihan yang berlaku antara unsur-unsur alam bukan manusia iaitu Angin, Matahari, Awan, Hujan, dan Ribut. Kisah yang ditonjolkan ialah tentang cubaan unsurunsur alam untuk menunjukkan kehebatan dan kekuasaan masing-masing bagi memenangi hati manusia. Dalam usaha menunjukkan kekuasaaan, unsur-unsur alam ini memperlihatkan sifat-sifat negatif seperti tamak, sombong, suka meninggi diri, suka mencari kelemahan orang lain dan sebagainya. Mereka perlu bertanding bagi menunjukkan siapa yang lebih berkuasa.

TEMA Tema drama ini ialah tentang sikap manusia yang dipaparkan oleh watak bukan manusia. Secara tersirat drama ini membawa mesej menyindir manusia yang kerap bercakaran sesama sendiri yang tidak membawa sebarang manfaat.

PERSOALAN Kekuasaan akan menyebabkan kita menjadi takbur, sombong dan ego Sikap tidak mahu mengaku kalah akan mengundang keburukan

WATAK DAN PERWATAKAN Watak Utama Angin  Bangga diri dan suka disanjung tinggi  Suka merendah-rendahkan kebolehan orang lain Watak Sampingan Matahari  Sombong  Pemarah  Suka mencabar Awan  Lembut  Penyabar  Pengasih LATAR Latar Tempat  Tanah lapang  Taman yang indah Hujan - Penyabar - Suka membantu - Suka akan perpaduan Ribut - Abang kepada Angin - Sombong - Suka menuduh orang lain

- Awan memujuk angin dan matahari supaya berdamai tetapi gagal - Angin dan matahari mula menunjukkan kelebihan masing-masing

Latar Masa Siang - Keseluruhan peristiwa dalam drama ini berlaku pada waktu siang.

Latar Masyarakat Watak bukan manusia disimbolikkan atau dilambangkan sebagai manusia GAYA BAHASA Gaya Bahasa Peribahasa Sinkof Bahasa Inggeris Pantun Contoh - seperti lalang ditiup angin - seperti gergaji dua mata Kau, kak dan mu Washing machine, pollution TinggiTinggi-tinggi si matahari, Anak kerbau mati tertambat, Sudah puas aku mencari, Baru kini aku mendapat.

NILAI
  

Bersyukur Belas kasihan Kerjasama

PENGAJARAN
  

Kita patut bersyukur dengan kelebihan yang diberi oleh Tuhan Persengketaan bukanlah cara menyelesaikan masalah Kita hendaklah berusaha untuk meleraikan pergaduhan.

BUYUNG
SINOPSIS Drama ini mengisahkan sorang pemuda miskin yang bernama Buyung. Buyung telah dititahkan oleh Sultan untuk mengubati penyakit puterinya yang bernama Puteri Bunga Tanjung. Penyakit yang dialami oleh tuan puteri itu ialah dia asyik bermuram, tidak mahu bercakap, dan ketawa. Buyung bukan bomoh. Oleh sebab itu, sukar baginya mengubati penyakit tersebut. Bagaimanapun, Buyung mempunyai satu kelebihan iaitu dia pandai bercerita. Buyung menggunakan kebolehannya untuk mengubati penyakit Tuan Puteri Bunga Tanjung. Ceritanya berjaya menarik perhatian Tuan Puteri Bunga Tanjung. Akhirnya, tuan puteri kembali ceria. Sultan telah menjodohkan Buyung dengan puterinya itu.

TEMA Kebijaksanaan dan budi bahasa yang tinggi dapat memikat hati orang lain.

PERSOALAN Usaha tangga kejayaan Jodoh pertemuan di tangan Tuhan Kelebihan dan keistimewaan yang ada pada seseorang boleh membantu menyelesaikan masalah

WATAK DAN PERWATAKAN Watak Utama Buyung  Seorang pemuda yang miskin yang tinggal di hujung negeri bersama ibunya yang telah tua  Seorang yang pintar  Berbudi bahasa Watak Sampingan Raja Alam Shah  Seorang raja  Bertanggungjawab  Tidak memandang rendah kepada orang lain Puteri Bunga Tanjung  Anakanda Raja Alam Shah  Mengalami penyakit kemurungan Perdana Menteri  Taat akan perintah Raja

LATAR Latar Tempat  Balairung seri, istana Raja Alam Shah  Di bilik santapan Raja Latar Masa
 

Waktu siang Waktu malam

- Raja Alam Shah berusaha untuk menyembuhkan Puteri Bunga Tanjung - Buyung meneruskan ceritanya setelah menjamu selera

Latar Masyarakat  Masyarakat Melayu zaman dahulu GAYA BAHASA Gaya Bahasa Bahasa Melayu klasik Bahasa istana Bahasa Arab Sinkof Contoh Ampun Tuanku, beribu-ribu ampun, sembah patik harap diampun Beta, beradu,gering Ilahi dan Allah Tak, takkan

NILAI


Kasih sayang Kerjasama Belas kasihan

 

- Raja dan Permaisuri amat menyayangi puterinya dan sanggup berbuat apa sahaja untuk menyembuhkan penyakitnya. - Perdana Menteri dan ahli nujum berusaha untuk mengubati Tuan Puteri - Walaupun Buyung bukan seorang dukun tetapi beliau berasa kasihan melihat kesedihan Raja lalu berusaha untuk menggembirakan Tuan Puteri melalui cerita yang dipersembahkan.

PENGAJARAN
  

Jangan memandang rendah terhadap orang miskin Kita hendaklah bersimpati dengan masalah yang dihidapi oleh orang lain Kita mestilah menepati janji

Anda mungkin juga menyukai