Anda di halaman 1dari 10

BUBU MENANGKAP IKAN

Bubu atau ada juga yang menyebutnya dengan keramba, sebenarnya termasuk perangkat ikan atau udang yang dipasang secara tetap di dalam air untuk jangka waktu tertentu yang memudahkan ikan masuk dan mempersulit ikan keluar. Masyarakat Jambi biasa menggunakan alat ini disungai-sungai. Alat ini biasanya dibuat dari bahan alami seperti bambu, kayu dan yang moden telah menggunakan kawat atau bahan buatan seperti jaring/jala.Terdapat beberapa jenis alat tangkap yaitu bubu dasar, bubu hanyut, sero, bagan dan jermal. Bubu ini dibuat dari bahan bambu, rotan dan kawat. Bentuknya bermacam-macam ada yang silinder, setengah lingkaran, empat persegi panjang, segitiga memanjang . Dalam operasinya ada yang memakai umpan ada yang tidak. Biasanya terdapat 3 bagian bubu dasar yaitu bagian badan atau tubuh bubu. Terbuat dari bambu dan dilengkapi dengan pemberat untuk menenggelamkan bubu ke dasar perairan. Bagian kedua adalah bagian lubang tempat mengeluarkan hasil tangkapan yang terletak pada bagian sisi bawah bubu. Posisinya terletak di belakang mulut bubu. Sedangkan mulut bubu berfungsi untuk masuknya ikan, posisinya terletak di depan badan bubu. Semakin ke dalam, semakin kecil diameter lubangnya. Sebelum bubu dimasukkan ke perairan, maka ditentukan dulu daerah yang diperkirakan banyak terdapat ikan dasar, biasanya di daerah yang banyak terumbu karangnya. Setelah dianggap posisinya sudah baik, maka pemasangan dilakukan dan 1-3 hari kemudian bubu diangkat untuk mengambil ikan-ikan yang terjebak.

Menurut Brandt (1984), mengklasifikasi bubu menjadi beberapa jenis, yaitu : 1. Berdasarkan sifatnya sebagai tempat bersembunyi / berlindung : a. Perangkap menyerupai sisir (brush trap) b. Perangkap bentuk pipa (eel tubes) c. Perangkap cumi-cumi berbentuk pots (octoaupuspots) 2. Berdasarkan sifatnya sebagai penghalang a. Perangkap yang terdapat dinding / bendungan b. Perangkap dengan pagar-pagar (fences) c. Perangkap dengan jeruji (grating) d. Ruangan yang dapat terlihat ketika ikan masuk (watched chambers) 3. Berdasarkan sifatnya sebagai penutup mekanis bila tersentuh a. Perangkap kotak (box trap) b. Perangkap dengan lengkungan batang (bend rod trap) c. Perangkap bertegangan (torsion trap) 4. Berdasarkan dari bahan pembuatnya a. Perangkap dari bahan alam (genuine tubular traps) b. Perangkap dari alam (smooth tubular) c. Perangkap kerangka berduri (throrrea line trap) 5. Berdasarkan ukuran, tiga dimensi dan dilerfgkapi dengan penghalang a. Perangkap bentuk jambangan bunga (pots) b. Perangkap bentuk kerucut (conice) c. Perangkap berangka besi

Fungsi bubu dahulu dan sekarang Selain itu dari segi penggunaannya pula ia member dua gambaran yang berbeza. Pada waktu dahulu, bubu hanya dilihat sebagai punca rezeki iaitu menangkap ikan untuk memenuhi keperluan manusia. Mereka bergantung pada bubu kerana pada ketika itu teknologi seperti pukat dan menjala belum lagi berkembang. Dari segi bentuk muka bumi pula, masyarakat terdahulu suka tinggal di kawasan pendalaman iaitu didalam hutan dan berdekatan dengan sungai. Tidak hairanlah mereka menggunakan bubu sebagai satu alat untuk mencari rezeki kerana bentuknya yang sesuai dan mudah dibawa.

Penggunaan bubu pada hari ini pula lebih kepada sebagai alat perhiasan. Hal ini demikian kerana pada waktu ini, teknologi seperti menjala di laut dalam dan pukat sudah berkembang dengan pesatnya. Maka bubu pada hari ini lebih digunakan sebagai perhiasan rumah. Selalunya bubu di gantung dan ada yang sanggup mengumpul bubu untuk dijadikan koleksi peribadi. Ada juga pemilik mengubah suai bubu untuk dijadikan lampu dan dekorasi rumah. Begitulah senarionya pada hari ini apabila dikaitkan dengan bubu. Tetapi tidak dinafikan pula masih ada lagi pada hari ini yang masih menggunakan tradisi lama iaitu menangkap ikan menggunakan bubu. Kebiasaanyan mereka yang masih menggunakan cara ini adalah mereka yang berada di kawasan pendalaman seperti masyarakat orang asli.

Dari sudut tradisi pula, bubu ini kebiasaannya diturunkan dari satu generasi ke satu generasi iaitu bersifat turun temurun. Hal ini demikian kerana mana tumpahnya kuah kalau bukan ke nasi jika seseorang bapa itu mahir membuat bubu, maka tidak mustahil anaknya juga pandai menghasilkan bubu kerana pada waktu dahulu pengajaran melalui teori seperti buku tidak ada lagi. Maka seseorang anak itu mempelajari ilmu melalui perbuatan, melihat dan ,mendengar apa saja perbuatan yang dilakukan oleh bapanya. Jadi tidak hairanlah tradisi ini tidak lapuk dek zaman. Selain itu, dari sudut tradisi, bubu juga boleh diketengahkan untuk dibuat kraf tangan. Sebagai contoh replika bubu yang dikecilkan untuk dibuat key chain. Ia dapat menggambarkan identiti sesuatu tempat itu contohnya jika ke ayer hitam johor, maka di situ tempatnya syurga tembikar. Jika pergi ke perak, maka kita akan diperkenalkan dengan labu sayong. Ia sudah cukup menggambarkan identity sesuatu kawasan. Maka tradisi dan mungkin adat sesuatu kawasan dapat diperkenal dan dipelihara.

Selain itu, tidak dinafikan juga bubu ini mempunyai nilai komercial. Hal ini demikian kerana dalam pembuatan bubu, setiap inci bubu di buat dengan rapi dan kemas. Sebagai contoh bilah buluh untuk di buat bubu di bersihkan terlebih dahulu supaya tidak tajam dan

mencederakan tangan. Ia bukan sahaja selamat malah boleh dibuat kraf tangan. Ia akan meningkatkan nilai komercial yang ada pada bubu tersebut. Ia juga dapat membantu penukang untuk menambah pendapatan selain memcari rezeki yang halal di sungai.

Pembuat bubu biasanya adalah seorang lelaki. Hal ini demikian kerana dalam proses membuat bubu, terdapat banyak halangan untuk menghasilkannya. Sebagai contoh dalam proses mencari buluh di hutan. Buluh yang ingin di ambil pula adalah buluh tua iaitu bewarna coklat cair. Kedudukannya pula berada di tengah- tengah pokok buluh. Satu kemahiran perlu digunakan untuk menebang buluh tersebut. Jika perempuan ditugaskan untuk membuat bubu ini maka ia pasti tidak dapat dilaksanakan dengan baik. Selain itu, ramai yang tidak sadar bahawa penghasilan bubu ini adalah hasil dari kebijaksanaan orang terdahulu. Hal ini disebabkan oleh bagaimana sebatang buluh di susun, di ikat,dan dibentuk supaya menjadi bubu yang kegunaannya untuk menangkap ikan. Ia sudah pasti terhasil daripada satu pemikiran kreatif dan kritis. Ia menunjukkan walaupun orang terdahulu tidak mempunyai pendidikan kemahiran seperti sekolah teknik dan vokesional seperti yang ada pada zaman sekarang ini tetapi ia masih mampu untuk menghasilkan sesuatu yang hebat dan menakjubkan tanpa sebarang rujukan seperti buku. Bubu yang dihasilkan juga tahan lasak dan tidak mudah rosak. Bubu juga pada hari ini telah mengalami perubahan dari segi bahan pembuatan. Melalui eknologi pada hari ini, bubu telah diubah suai menjadi alat penangkap ikan yang lebih tahan dan mempunyai nilai komercial. Sebagai contoh pada hari ini, buluh tidak lagi digunakan secara meluas kerana susah untuk mandapatkannya. Melalui teknologi moden sangkar dawai dapat dibuat untuk menggantikan buluh. Ia lebih mudah untuk mendapatkan dawai berbanding buluh

WAKAF

Bubu lazimnya dibuat berlatar belakangkan masyarakat kampung. Biasanya mereka yang tinggal di perkampungan kelantan akan mengerjakan atau membuat bubu ini di suatu tempat yang dipanggil wakaf. Wakaf ini bukanlah wakaf yang bermaksud sumbangan harta secara rela hati tanpa balasan seperti dalam syariat islam tetapi wakaf yang dimaksudkan ialah pondok rehat atau tempat bersosial sesame ahli keluarga mahupun sanak saudara. Wakaf ini dibina adalah untuk dijadikan tempat awam atau tempat menjalankan kerja seharian. Bagi masyarakat Kelantan pembinaan wakaf amat penting dalam menstruktur semula system social atau interaksi satu sama lain. Di Kelantan khususnya mereka tidak menjamu tetamu di rumah sebaliknya mereka akan membawa tetamu tersebut ke wakaf. Wakaf dijadikan sebagai tempat interaksi masyarakat dan rumah dijadikan tempat khusus untuk ahli keluarga sahaja. Wakaf juga dijadikan sebagai tempat bekerja. Mereka akan membuat kerja- kerja memotong buluh, membersihkan buluh, mengikat buluh- buluh untuk dijadikan bubu menangkap ikan. Dan kebiasaannya mereka dibantu oleh saudara terdekat mahupun ahli keluarganya sendiri kerana masyarakat Kelantan khususnya akan membina rumah secara berkelompok iaitu sesame saudara atau adik beradik. Ia menunjukkan bahawa bubu boleh mengeratkan tali siraturrahim sesame ahli keluarga.

Unsur-unsur seni yang terdapat dalam bubu.

Seperti yang kita sedia maklum,bubu ini mempunyai keunikannya yang tersendiri. Buluh yang di potong rapi dan sama saiznya disusun secara menegak dari hujung ke pangkal menimbulkan satu pengulangan garisan. Dalam buluh yang digunakan juga terdapat garis garis halus yang member nilai keindakan kepada bubu tersebut.

Selain itu terdapat juga bermacam- macam rupa pada bubu iaitu sebagai contoh kita dapat lihat bentuk geometri pada bubu seperti campuran silinder dan kon. Kebanyakan orang membuat bubu memilih untuk membuat rupa geometri kerana mudah untuk di hasilkan. Tetapi ada juga yang membuat rupa organic iaitu bentuknya seperti sotong.

Selain itu bubu yang dihasilkan menampakkan jalinan yang kemas dan menarik. Buluh yang disusun secara menegak dan berulang- ulang menimbulkan satu jalinan yang membuatkannya lebih kemas. Begitu juga dengan bahagian injapnya iaitu tempat memerangkap ikan, buluh yang disusun secara menguncup ke dalam membolehkan ikan masuk ke dalamnya. Itu juga menimbulkan jalinan. Dari segi warna pula, kebanyakan bubu yang berada di pasaran menggunakan warna asal buluh iaitu warna coklat cair.

Element dan perinsip rekaan yang terdapat pada bubu.

Harmoni ialah satu perasaan selesa apabila kita memandang kearahnya. Apabila kita memandang secara tiliti pada bubu tersebut kita akan dapat merasakan satu perasaan yang selesa iaitu berkait rapat dengan bahan yang digunakan. Itulah satu nilai estetik yang ada pada bubu apabila kita melihatnya. Ianya harmoni dari segi arah buluh dimana jika ia menegak smuanya menegak dan apabila ia berlilit smua berlilit. Dari segi keseimbangan pula. Bubu mempunyai keseimbangan simetri iaitu kedua- dua bahagian bubu seimbang dikiri dan kanan. Manakala jika di baringkan maka ia akan dapat keseimbangan asimetri dimana keseimbangan itu akan lebih berat di satu bahagian iaitu di bahagian pangkal berbentuk silinder dan di bahagian hujungnya pula berbentuk kon. Kontra yang terdapat pada bubu itu ialah tali. Hal ini demikian kerana 90 peratus bahan membuat bubu adalah berasaskan alam semulajadi kecuali tali iaitu buatan manusia. Prinsip rekaan yang seterusnya adalah kadar banding. Ini kita dapat lihat pada potongan buluh- buluh yang menngelilingi bubu tersebut. Jika diperhatikan potongan buluh- buluh itu adalah sama saiz dan jarak diri satu bilah buluh juga sama. Kita dapat simpulkan disini bahawa buluh yang mengelilingi bubu ini mempunyai kadar banding yang sama. Prinsip rekaan seterusnya ialah kepelbagaian. Dalam pembuatan bubu pelbagai element seperti tali buluh tempurung kelapa dawai, besi dan sebagainya telah digunakan. Ini bermakna bubu mempunyai kepelbagaian bukan saja dari segi bentuk dan rupa, malah kepelbagaian dari segi bahan atau material yang digunakan. Lihat gambar rajah di atas mereka menggunakan buluh, tali bewarna hitam dan tempurung kelapa.

Maklumat tambahan tentang bubu. Jenis- jenis bubu. Bubu Dasar (Ground Fish Pots).: Bubu yang daerah operasionalnya berada di dasar perairan. Untuk bubu dasar, ukuran bubu dasar bervariasi, menurut besar kecilnya yang dibuat menurut kebutuhan. Untuk bubu kecil, umumnya berukuran panjang 1m, lebar 50-75 cm, tinggi 25-30 cm. untuk bubu besar dapat mencapai ukuran panjang 3,5 m, lebar 2 m, tinggi 75-100 cm. Hasil tangkapan dengan bubu dasar umumnya terdiri dari jenis-jenis ikan, udang kualitas baik, seperti Kwe (Caranx spp), Baronang (Siganus spp), Kerapu (Epinephelus spp), Kakap ( Lutjanus spp), kakatua (Scarus spp), Ekor kuning (Caeslo spp), Ikan Kaji (Diagramma spp), Lencam (Lethrinus spp), udang penaeld, udang barong, kepiting, rajungan, dll (Anonim. 2007). Bubu Apung (Floating Fish Pots): Bubu yang dalam operasional penangkapannya diapungkan. Tipe bubu apung berbeda dengan bubu dasar. Bentuk bubu apung ini bisa silindris, bisa juga menyerupai kurung-kurung atau kantong yang disebut sero gantung. Bubu apung dilengkapi dengan pelampung dari bambu atau rakit bambu yang penggunaannya ada yang diletakkan tepat di bagian atasnya. Hasil tangkapan bubu apung adalah jenis-jenis ikan pelagik, seperti tembang, japuh, julung-julung, torani, kembung, selar, dll. Pengoperasian Bubu apung dilengkapi pelampung dari bambu atau rakit bambu, dilabuh melalui tali panjang dan dihubungkan dengan jangkar. Panjang tali disesuaikan dengan kedalaman air, umumnya 1,5 kali dari kedalaman air, (Anonim. 2007). Bubu Hanyut (Drifting Fish Pots) : Bubu yang dalam operasional penangkapannya dihanyutkan. Bubu hanyut atau pakaja termasuk bubu ukuran kecil, berbentuk silindris, panjang 0,75 m, diameter 0,4-0,5 m. Hasil tangkapan bubu hanyut adalah ikan torani, ikan terbang (flying fish). Pada waktu penangkapan, bubu hanyut diatur dalam kelompok-kelompok yang kemudian dirangkaikan dengan kelompok-kelompok berikutnya sehingga jumlahnya banyak, antara 20-30 buah, tergantung besar kecil perahu/kapal yang digunakan dalam penangkapan (Anonim. 2007).

Kesimpulan

Sebagai kesimpulannya, bubu mengajar kita banyak erti kehidupan. Ia mengajar kita tentang adat budaya, tradisi, gaya hidup dan bermacam- macam lagi. Kita sebagai generasi muda harus mempertahankan kraft buatan kita sendiri supaya generasi akan datang masih lagi mengenal peralatan tradisional seperti bubu. Walaupun ianya Nampak mudah tetapi ia mnyimpan seribu satu kenangan pahit manis dalam meneruskan kehidupan. Bubu juga banyak mengajar kita tentang harmoni, kepelbagaian, keseimbangan jika kita melihat dari segala aspek. Jadi tidak hairanlah mengapa bubu masih lagi digunakan sehimgga ke hari ini.

Anda mungkin juga menyukai