Anda di halaman 1dari 14

1.

PENDAHULUAN

Seni Kraf Melayu melambangkan hubungan yang erat antara orang melayu dengan kepercayaannya iaitu Islam.Kesenian menjadi tunjang kepada kebudayaan masyarakat Melayu sejak turun temurun lagi.Dengan adanya kesenian seperti ini identiti masyarakat Melayu lebih terserlah dan dikenali ramai.Warisan seni tradisional di kalangan orang Melayu disampaikan secara lisan dari generasi kepada satu generasi.Individu yang menghasilkan kraf ini mempunyai ruang untuk menggalakan kreativiti dan mempertahankan nilai-nilai estetik karya seni tersebut. Seni kraftangan adalah hasil seni yang dicipta untuk digunakan, tetapi digubah dengan memasukkan unsur-unsur seni untuk memberi bentuk yang indah dan menarik hati.Penciptaan kraftangan itu memerlukan keahlian dan kecekapan dalam penggunaan bahan-bahan asas yang teratur sejak dari proses awal hinggalah sesuatu hasil kraftangan itu tercipta. Proses penciptaan kraftangan tersebut memerlukan daya estetika demi untuk memberikan rekabentuk yang indah dan menarik. Menurut perspektif Islam, daya kreatif seni adalah dorongan atau desakan yang diberikan oleh Allah yang perlu digunakan sebagai bantuan untuk memeriahkan kebesaran Allah.Berseni haruslah bermatlamatkan kepada perkara-perkara makruf (kebaikan), halal, dan berakhlak. Jiwa seni mestilah ditundukkan kepada fitrah asal kejadian manusia kerana kebebasan jiwa dalam membentuk seni adalah menurut kesucian fitrahnya yang dikurniakan Allah s.w.t. Fungsi seni lebih kurang sama dengan akal supaya manusia menyedari perkaitan antara alam, ketuhanan dan rohani atau dengan alam fizikal. Lantas ia menyedari keagungan Tuhan dan keunikan penciptaan-Nya. Konsep kesenian menurut perspektif Islam ialah membimbing manusia ke arah konsep tauhid dan pengabadian diri kepada Allah s.w.t. Seni dibentuk untuk melahirkan manusia yang benarbenar baik dan beradab.Motif seni bermatlamatkan kebaikan dan berakhlak. Selain itu, seni juga seharusnya lahir sebagai satu proses pendidikan yang bersifat positif dan tidak lari daripada batas-batas syariat.

1.1

MAKNA KRAF

Kraftangan berasal dari bahasa Jerman, kraft, yang membawa erti kekuatan, keteguhan dan kecekapan. John Harvery menegaskan bahawa kekuatan ini juga terletak pada keahlian, kecekapan dan ungkapan seperti pengetahuan ialah kuasa .Menurut Paul J. Smith dalam bukunya Craft Today Poetry of the physical, mensifatkan kraf tangan, secara mistiknya

mewakili kesatuan antara spiritual dan pancaindera seorang insan.Ini mengukuhkan lagi elemen kemanusian dalam kehidupan harian dan pengalaman yang dilahirkan melalui kraf tangan disamping melahirkan kraf tangan individu. Menurut sumber yang di perolehi dari Akta 222-Akta perbadanan Kemajuan Kraftangan Malaysia 1979, mendefinisikan kraf sebagai; "Kraf adalah barangan yang dihasil dengan menggunakan kemahiran tangan, dikeluarkan dengan atau tanpa menggunakan alat atau peralatan mudah yang dijalankan secara sendiri atau tidak langsung oleh pengusaha-pengusaha kraf". "Keluaran Kraftangan" ertinya apa-apa keluaran artistik yang mempunyai daya tarikan kebudayaan atau tradisional dan adalah hasil dari sesuatu proses yang bergantung semata-mata atau sebahagiannya kepada kemahiran tangan dan termasuklah apa-apa barang, walau bagaimanapun dihasilkan, yang mempunyai rekabentuk batik pada atau di mana-mana bahagiannya.

1.3

PERBINCANGAN BERKAITAN KRAF TRADISIONAL

The love to manifest beauty is seen as an act of devotion to the Creator as well as a gift to his fellowmen (Mohd Taib, 1997). Motif dan corak yang terdapat pada hasil kraf keseluruhannya berasaskan sumber alam.Bentuk gometrik terdapat pada anyaman dan tenunan, manakala bentuk organik terdapat pada batik, emas, perak dan tembaga serta ukiran kayu. Ini menunjukkan seni visual yang terdapat pada kraf menampakkan ciri-ciri pengucapan penghambaan kepada tuhan terutama pada seni ukiran yang terdapat di bangunan dan peralatan seperti keris, perkakasan perak, emas dan tembaga. Art is, in the beginning, a thing of immediate utility, like the first stammering of speech; something to designate the object which surround man, for him to imitate or modify in order that he may use them; man goes no further (Elie Faure, 1921) Kenyataan di atas meletakkan peralatan dan perkakasan yang berfungsi adalah diutamakan sebelum nilai seni diberi perhatian kepada hasil tangan yang dicipta.Kesenian dalam konteks seni visual dapat dikaitkan kepada dua faktor utama iaitu mempunyai unsur fizikal di mana bahan dan bentuknya diilhamkan dan nilai estetika dalam aspek nilai seni yang tersirat dan tersurat. Nilai seni yang tinggi hanya dapat dihasilkan melalui proses pemikiran intelektual. Mengikut Shirley Gorenstein (1965), artifak yang mempunyai nilai seni secara tidak langsung menunjukkan pola kehidupan itu sendiri. Di Kelantan hasil peninggalan seni yang tinggi mutunya berlaku semasa pemerintahan kesultananyang menekankan keagamaan yang tinggi, iaitu semasa pemerintahan Sultan Muhammad IV.Pada zaman tersebut penerapan ajaran Islam menular bukan sahaja pada akhlak dan moral malah aktiviti dan kegiatan harian.Justeru pembinaan tempat persingahan musafir yang dinamakan wakaf banyak terdapat di laluan perjalanan di antara kampung atau Bandar.Begitu juga pada seni bina dan hasil kraf, pengaruh nilai agama adalah asas pengucapan seni.Tukang-tukang yang menghasilkan barangan yang bernilai seni lazimnya mempunyai kefahaman agama yang tinggi.Pengucapan seni merupakan manifestasi penghambaan kepada Illahi.Justeru identiti pereka/pembuat tidak Bridging Between Old & New 2012 diutamakan dan tidak terdapat tanda pada hasil yang dicipta.

Seni kraf Melayu adalah melambangkan hubungan yang erat antara orang Melayu dengan kepercayaannya iaitu Islam.Kehadiran agama Islam telah mengubah haluan kepercayaan dan pegangan orang-orang Melayu sebelum ini.Mereka telah mengetahui den menyedari tentang keesaan Tuhan yang sebenar.Mereka menggangap alam ini sebagai suatu hiasan yang berfungsi untuk menyerikan kehidupan sementera di dunia dan kehidupan kekal di akhirat.Kesedaran inilah lahirnya ciptaan yang berfungsi dan memenuhi keperluan hidup di dunia dan akhirat. Ketiadaan figura manusia dan binatang dalam ragam hias, membuktikan kraf tradisional

Melayu adalah melambangkan seni Islam. Unsur-unsur ini adalah diharamkan dalam Islam. Ciriciri seni Islam lain diperlihatkan dalam ragam hias seperti penggunaan arabes, motif yang berulang dan unsur geomatri.Subjek daripada flora paling banyak diilhamkan sebagai motif dan ragam hias kraf Melayu seperti rupa daun,bunga dan sebagainya selain itu penggunaan ayat-ayat Al-Quran turut diilham bersama.

2.0

JENIS-JENIS KRAF TRADISIONAL

Kraf tradisional perlu dihidupkan dan diperkenalkan dan dihargai oleh generasi muda supaya ia tetap kekal dan mati ditelan zaman. Kraf tradisional seperti batik, ukiran, anyaman,tenunan, tekat, wau, gasing,songket, tembikar dan barang perhiasan mempunyai nilai estetika dan keistimewaan tersendiri.

2.1 TEMBIKAR

Tembikar merupakan salah satu kraftangan yang dihasilkan melalui tanah liat.Sejak dahulu lagi, tembikar sering digunakan untuk kegunaan sebagai upacara kematian dan keagamaan oleh masyarakat ulu di Sarawak.Pembuatan tembikar dihasilkan pada zaman Neolitik.Pelbagai artifak telah dijumpai di Kedah, Perak, Pahang, Sabah dan Sarawak.Kini, barangan tembikar telah menjadi ikon utama untuk perhiasan rumah.Ukiran di dinding pejabat, lampu tidur dan sebagainya telah diambil daripada seni ukiran tembikar.Terdapat dua tempat perusahaan yang terkenal di Kelantan iaitu, di Kampung Sribong, Kota Bharu dan Kampung Mambong, Kuala Krai.Masing-masing membuat barangan tembikar daripada tanah liat yang terpilih sahaja kerana untuk menjaga kualiti dan tahan lasak barangan tersebut. Terdapat pelbagai jenis tembikar yang dihasil secara turun menurun antaranya buyung, jambangan, geluk, labu dan bekas perasapan.Tembikar yang terkenal ialah labu yakni alat untuk menyimpan dan menyejukan air minuman.Bentuk labu diilhamkan daripada buah labu.Bahagian pucuk berbentuk seperti kubah masjid.Corak hias labu bersumberkan alam sekeliling dan berupa bentuk geometri.Selain itu juga bentuk labu itu juga berbentu seolah-olah kubah masjid.Labu yang terkenal dihasilkan oleh kaum wanita di Sayong, Perak. Ragam hias merupakan aspek penting dalam tembikar tradisional.Motif yang digunakan terdiri daripada unsur persekitaran tempatan berdasarkan motif geometri dan organik. Motif ragam hias berunsurkan geometri terdiri daripada garis, titik dan bentuk-bentuk yang berunsur garis

(contohnya susunan garis panjang yang melilit pada seluruh permukaan tembikar dan bersilang antara satu garis dengan garis yang lain) selalunya dijadikan motif tembikar. 2.2ANYAMAN

Anyaman merupakan seni yang mempengaruhi kehidupan dan kebudayaan masyarakat Melayu. Menganyam bermaksud proses menjaringkan atau menyilangkan bahan-bahan daripada tumbuhtumbuhan untuk dijadikan satu rumpun yang kuat dan boleh digunakan. Bahan tumbuhtumbuhan yang boleh dianyam ialah lidi, rotan, akar, bilah, pandan, mengkuang dan beberapa bahan tumbuhan lain. Bahan ini biasanya mudah dikeringkan dan lembut. Daripada tikar hingga kepada dinding pelindung kediaman , hasil kerja menganyam membentuk persekitaran hidup yang boleh dilihat di mana-mana.Tidak hairanlan kerana tumbuh-tumbuhan tropika merupakan jenis yang sesuai untuk dijadikan bahan anyaman. Menganyam merupakan proses menjalin jaluran daun, lidi, rotan, akar, buluh dan beberapa jenis tumbuhan yang lain. Beberapa jenis reka bentuk kraftangan dihasilkan melalui nyaman demi untuk mencipta sesuatu alat keperluan harian contohnya menghasilkan topi, tudung saji, bakul dan menganyam tikar untuk mengalas tempat duduk. Anyaman berkembang sehingga sekarang, kegunaanya agak terbatas dewasa ini berbanding waktu silam .Ayaman tikar diantaranya, adalah tikar sembahyang dan tikar orang mati yang memperlihatkan unsur Islam.Tikar sembahyang biasanya dianyam menggunakan daun pandan kerana bermutu tinggi berbanding mengkuang.Ini jelas menunjukkan bahasa masyarakat Melayu meletakkan kegunaan tikar sembahyang di kedudukkan teratas sebagai penghormatan semasa menjalankan ibadat.

2.3 BATIK

Seni batik merupakan salah satu akar budaya masyarakat Malaysia dan menjadi salah satu kraf tangan yang unggul di Malaysia.Sejak tahun 1910 lagi, seni batik sudah diperkenalkan di negara kita khususnya di Kelantan dan di Terengganu. Sudah sekian lama batik menjadi busana utama kaum Hawa yang dizahirkan dalam bentuk kain batik sarung,baju kurung,baju kebaya dan sebagainya. Perkataan batik berasal dari Indonesia yang membawa maksud rintik-rintik putih yang ada pada kain yang berwarna atau bercorak.Seni batik telah wujud 2000 tahun dahulu di Mesir dan Parsi.Mula digunakan di Jepun dan Chuna dalam abad ke 7.Negeri Kelantan dan Terengganu adalah merupakan perintis kepada sejarah perkembangan perusahaan batik tanah air.Motif batik di Malaysia banyak dipengaruhi oleh alam sekitar.Motif-motif ini terhasil disebabkan kepekaan masyarakat tradisional terhadap persekitaraan.Terdapat beberapa jenis motif alam sekeliling yang digubah menjadi corak atau ragam hias yang menarik.

2.4 UKIRAN

Seni ukiran kayu adalah seni kraftangan yang telah lama wujud di kalangan masyarakat Malaysia terutama bagi masyarakat Melayu, masyarakat etnik Sabah dan Sarawak serta masyarakat Orang Asli. Seni ukiran yang dipersembahkan melalui bahan kayu ini sama seperti seni ukiran yang lain cuma berbeza dari segi cara dan teknik pengukirannya. Seni ini begitu berkembang luas kerana Malaysia merupakan sebuah negara yang mempunyai hasil kayu-kayan yang banyak di mana terdapat kira-kira 3000 spesis kayu-kayan di negara kita.Di samping itu j, kayu adalah bahan alam yang sangat sesuai untuk diukir dan boleh dipelbagaikan kegunaannya. Ukiran kayu dapat dilaksanakan dengan berbagai-bagai teknik dan penggunaan satu-satu teknik itu banyak bergantung pada kebolehan dan kemahiran pandai kayu. Tiga teknik utama dan gaya di dalam seni ukiran Melayu ialah tebuk terus, tebuk separuh dan tebuk timbul. Bentuk ukiran juga ada tiga jenis utama iaitu bujang, lengkap dan pemidang. Seni ukiran kayu di kalangan masyarakat Melayu bukan sahaja terdapat pada rumah-rumah tetapi penjelmaan dan penerapannya terdapat pada istana-istana raja, binaan masjid dan mimbarnya, surau, wakaf, pintu gerbang, alat-alat permainan masa lapang, alat-alat muzik tradisi, perabot seperti almari, katil, kerusi, meja, dan kepala perahu yang disebut bangau, alat-alat senjata, peralatan memasak, peralatan pertukangan dan pengangkutan tradisi seperti perahu, kereta kuda dan kereta lembu.

2.5 REBANA UBI

Rebana Ubi merupakan salah satu permainan tradisi masyarakat Melayu Kelantan yang telah mula dimainkan kira-kira 3 abad dahulu.Pada masa silam, Rebana Ubi merupakan permainan masa lapang yang biasanya dimainkan setiap kali tamatnya musim menuai. Cara permainannya ialah setiap rebana ubi akan dipukul oleh dua orang dan boleh dimainkan secara paluan atau dipukul dengan tangan sahaja. Cara pertandingan pula ialah di dalam pertandingan satu pasukan akan memukul enam rebana dengan jumlah anggota seramai 12 orang, iaitu dua orang bagi setiap satu rebana. Pelbagai rentak akan diperdengarkan. Sebuah lagu akan dimainkan secara rasmi selama dua minit dan setiap satu-satu pasukan akan bergilir-gilir bermain. Pemberian markah dalam pertandingan adalah bergantung kepada ketahanan rentak, irama dan ragam yang berlainan serta keseragaman paluan itu sendiri. Perusahaan ini boleh didapati seperti di Kampung Petani, Sering, Kampung Banggol, Gelang Mas, Kampung Paloh, Palebang, Kampung Gelong dan lain-lain lagi.

3.0

PROSES PENGGARAPAN MOTIF BERASASKAN KEPADA SUBJEK ALAM

Dalam perbincangan ini, kraf tradisional yang saya pilih bagi membincangkan proses penggarapan, ciri-ciri seni Islam serta pengaruh budaya dalam hasil kesenian Melayu adalah kraf ukiran. Berdasarkan kajian dan pemerhatian , seni ukiran banyak menggunakan konsep keislaman. Sejak kedatangan Islam ke Nusantara yang dipercayai datang dari negeri Arab, Parsi dan India dalam kurun ke 14 Masihi, masyarakat Melayu telah mula memeluk agama Islam.Menurut Othman Yatim (2000) fahaman fundamental Islam telah mendorong penerapan seni ukiran kayu Melayu dalam bangunan, dengan melahirkan motif baru yang berasaskan unsur-unsur seperti bentuk geometri, bunga bungaan, pucuk tumbuhan dan dedaunan.Motif haiwan ketika itu ditukar secara beransur ansur; seperti gambar di rajah 1 yang bermotif itik bertukar menjadi itik pulang petang dan, motif badar bertukar menjadi badar mudik (Rajah 2), motif beruk bergayut, motif kuda menyepak, motif ayam berlaga di jerejak tangga, jerejak anjung dan jerejak tingkap (Othman Yatim ,2000).

Berdasarkan pemerhatian seni kraf ukiran banyak terdapat pada dinding, kerusi, pintu, tangga, atap, rak Al-Quran dan rehal. Kesemua ukiran ini dipengaruhi dengan unsur-unsur keislaman.Beberapa contoh ukiran yang terdapat di Masjid Sebarang Jertih, Masjid Hadhari dan juga bangunan Muzium telah di ambil untuk untuk sama-sama diteliti untuk perbincangan ini. Kebanyakannya mempunyai ukiran-ukiran yang bermotifkan flora, geometri dan khat.

Pembinaan Masjid Seberang Jertih sangat unik dengan seni rekaan bangunan itu sendiri yang hampir keseluruhanya diperbuat daripada kayu.Setiap sudut masjid itu dihiasi dengan ukiran yang menampakkan menampakkan unsur-unsur kesenian Islam dan Melayu yang sangat tinggi Unsur flora adalah melambangkan kebesaran dan keagungan tuhan sebagai penciptanya di samping menimbulkan kesyukuran dalam kehidupan.Seni ukirannya adalah sangat halus dan sangat menarik. Hasil ukiran adalah berunsurkan motif-motif persekitaran.Mengikut kajian, motif ukiran adalah berlandaskan kepada ajaran kesufian.Misalnya, reka corak bermula pada satu tempat dalam ruang yang hendak diukir dan menjalar terus memenuhi ruang.Ini menunjukkan alam ini berasal dari satu kejadian yakni seluruh kehidupan melalui tahap-tahap perkembangannya dan menabur zuriat. Oleh itu reka corak ukiran tradisi pada hujung motif biasanya mempunyai ciri-ciri tidak mendongak ke atas, sebaliknya mematah atau tunduk.Ini boleh dilihat dengan jelas ukiran pada pintu masuk Masjid Seberang Jertih.Ukiran corak awan larat bermotifkan flora pada pintunya semuanya menunduk ke bawah.Unsur flora adalah melambangkan kebesaran dan keagungan tuhan sebagai penciptanya di samping menimbulkan kesyukuran dalam kehidupan.Seni ukirannya adalah sangat halus dan sangat menarik. Setelah kedatangan Islam di Tanah Melayu, unsur kaligarfi Jawi dan ayat al-Quran mula diukir oleh pengukir-pengukir tempatan.Unsur kaligrafi ini digabungkan dengan unsur-unsur tumbuhtumbuhan.Ukiran khat menunjukkan fungsi keagamaan.Pengaruh berkembang pada zaman keagamaan Islam yang

dahulu mempengaruhi pengukir-pengukir seni ini dan

mengadaptasikannya pada ukiran seperti pintu-pintu, dinding peralatan perabot. Motif kaligrafi ini dapat dilihat pada tingkap dan pintu Masjid seberang Jertih.Selain motif kaligrafi motif fauna juga diselitakan pada ukiran tersebut.Ia juga disandarkan pada subjeksubjek yang berkaitan dengan agama dan digunakan untuk menulis ayat-ayat suci dan kata-kata bijak pandai (hukama'). Rasulallah s.a.w menggalakkan penulisan khat. Sabda Rasullah yang bermaksud : " Hendaklah kamu mengindahkan seni khat keran ianya kunci rezeki".Saidina Ali pernah berkata : "Serikan anak-anakmu dengan ilmu seni tulis kerana tulisan merupakan perkara yang paling mustahak dan menyeronokkan".

Unsur geometri dikenali sebagai tumpal.Unsur ini mempunyai kaitan dengan unsur geometri Islam.Pola-pola geometri disusun berulang-ulang.Sebahagian susunan motif tiada permulaan dan akhirnya.Ini melambangkan sifat keesaan Allah AWT yang tiada permulaan dan tiada akhirnya.Motif arabes adalah motif yang seringkali dikaitkan dengan seni Islam dan dikatakan mempunyai pengaruh Arab. Ianya merupakan salah satu seni hias yang terdapat pada yangga masjid Hadhari,Jertih.Motif ini mempunyai unsur pola geometri dan pola flora. Motif yang dihasilkan disusun secara berulang-ulang dan mengembang ke semua arah tanpa penghujungnya sehingga tidak terbatas oleh sesuatu bentuk.Konsep ini dikaitkan dengan sifat Allah swt yang tidak terbatas serta tiada penghujungnya. Unsur kosmos menggambarkan alam semesta seperti matahari terbit, bintang, bulan dan gunungganang.Ukiran di atas mempunyai unsur-unsur kosmos terutama bahagian tengahnya sebagai matahari.Manakala ukiran sekelilingnya melambangkan cahaya yang memancar memberi tumbuhan hidup subur.Ini melambangkan kekuasaan dan kebesaran pencipta-Nya kepada hambanya di alam semester. Unsur flora biasanya diambil daripada tumbuhan yang menjalar.Antara tumbuhan yang paling popular di kalangan pengukir ialah jenis kacang, labu, ketubit, ketam guri, salad, bunga lawang, bunga raya, bunga cina dan sebagainya.Unsur ini merupakan unsur yang dominan dalam rekaan seni ukir tradisional.Unsur ini menjadi pilihan utama kebanyakan pengukir berdasarkan pengamatan dan memerhatian yang telah dibuat.

3.0

PENUTUP

Kraft tangan melambangkan jati diri rakyat Malaysia .Kraf tangan masyarakat peribumi ini adalah dihasilkan berdasarkan alam persekitaran mereka yang berkaitan dengan alam Melayu.Sumber proses pembutan juga mudah didapati di persekitaranya.Namun keunikan yang terserlah ialah pemikiran kreatif mereka dalam dalam mengolah dan mengubah barangan dan objek yang memperlihatkan aspek budaya,estetika dan fungsi kraf tradisional Melayu mempunyai nilai estetika yang tinggi.Kraf tradisional adalah merupakan warisan bangsa, pusaka peninggalan nenek moyang kita satu masa dahulu. Hasil ciptaan kraf tradisional, kaya dengan unsur-unsur budaya dan unsur-unsur keislaman jelas tercermin melalui bentuk, gaya, sifat, garis, bentuk dan warnanya Di Malaysia motif-motif lama yang dianggap pra-Islam telah diberikan makna baru bersesuaian dengan ketauhidan dalam Islam. Elemen pepatungan boleh dikatakan ditolak sama sekali dalam apa jua kesenian (termasuk batik dan songket). Sensitiviti masyarakat Islam di Malaysia terhadap elemen pepatungan adalah amat tinggi sehinggakan cubaan memasukkan unsur-unsur figuratif dalam bentuk khat sekalipun pada era 60an dan 70an tidak bertahan lama dan tidak dapat diterima oleh masyarakat Melayu Islam. Keunikan dan kehalusan hasilan karya seni ukiran Melayu membuktikan ketinggian nilai estetiknya.Namun begitu faktor modenisasi, faktor cuaca dan faktor masa menjadi ancaman terhadap penerusan hayat dan pelestariannya. Faktor-faktor tersebut menjadi antara penyebab kepada semakin terhakisnya kepedulian, penghayatan dan apresiasi terhadap keunikan karya kesenian tradisi ini.Namun begitu bagi peminat-peminat seni kraf ia melambangkan satu kepuasan dan kemewahan jika dapat memilikinya.Sesuatu yang eksklusif yang sukar untuk dirungkaikan. Justeru itulah sebagai rumpun Melayu kita perlu menjaga, memelihara dan menyayangi seni Kraf Tradisional kita seperti seni ukiran, seni tenunan, anyaman, pembuatan wau, gasing dan batik yang tidak ada di negara-negara lain. Kraf Tradisional kita di sanjung dan di pandang tinggi di mata dunia setaraf dengan kraf-kraf Negara Barat.Seharusnya kita patut menanamkan rasa cintakan seni tradisional di kalangan generasi baru agar seni ini tidak terpupus.Bak kata pepatah, tak lapuk dek hujan, tak lekang dek panas. (2873 patah perkataan)

4.0

BIBLIOGRAFI

Nila Inangda Manyam Keumala Daud1, Ezrin Arbi2 & Mohammad Faisal3. Jabatan Seni Bina, Fakulti Alam Bina, Universiti Malaya 50603 Kuala Lumpur, Malaysia. Ab Aziz Shuaib .Fakulti Teknologi Kreatif dan Warisan Universiti Malaysia Kelantan Kampus Bachok, Kelantan Malaysia. Fauzi ab.llah.PKJ Pengajian Warisan/Pensyarah Kanan Fakulti Teknologi Kreatif & Warisan Universiti Malaysia Kelantan Abdullah bin Mohamed (1985). Seni Bina Islam ,Aplikasi di Malaysia. Syarifah Nor Syed Abdul Rahman (2007). Bahase Melayu terbitan Arah Pendidikan Sdn. Bhd. http://www.kraftangan.gov.my

Anda mungkin juga menyukai