Anda di halaman 1dari 23

SEMESTER 1: A221

KOD KURSUS:SGDY4022
APPLICATION OF EDUCATIONAL PSYCHOLOGY

KUMPULAN:
PIMB 3 / GROUP C

TAJUK:

ANALISIS FILEM

“THE RON CLARK STORY 2006”

PENSYARAH: PROF. MADYA DR. FAUZIAH BINTI MD. JAAFAR.

NAMA NO MATRIK

SITI NAJIHAH BT. ABD AZIZ 830980

WIDAD BINTI SHAKIR 831191

NURFARAH DINA BT. TAJUDIN 831204

NUR FARHANA BT. MOHD FAZLI 831245

NURUL ADILA BINTI RAZALI 831168


1.0 What concept or theories from the course are illustrated in the film? Name them.

Sinopsis “Ron Clark Story”

Cerita ini berkonsepkan pendidikan. Ringkasan daripada filem “Ron Clark”, iaitu
menceritakan tentang seorang guru yang sangat menitikberatkan setiap pembelajaran pelajarnya
dalam kelas. Beliau Bernama Ron Clark, seorang yang , kreatif, sangat berdedikasi, dan seorang
yang suka menunjukkan pembaharuan dalam pengajarannya supaya dapat menarik minat
pelajarnya dalam kelas. Ron Clark atau lebih dikenali sebagai En. Clark menjadi guru di
Snowden Elementary school di Aurora, North California pada tahun 1994. Beliau berkhidmat
selama empat tahun dan mencipta nama di sekolah tersebut sehingga memperolehi keputusan
peperiksaan yang cemerlang. Seterusnya, En. Clark meneruskan destinasinya ke New York dan
segera mencari sekolah awam untuk mengajar di sekolah tersebut, namun begitu beliau gagal
dalam temuduga. Dalam usaha beliau untuk menjadi seorang guru, beliau telah Berjaya menjadi
seorang guru di sekolah barunya iaitu, “Inner Harlem Elementary School”. Antara sebab beliau
diterima menjadi guru di sekolah tersebut disebabkan ada seorang guru keluar guru dari sekolah
tersebut.

Untuk pertama kalinya En. Clark masuk ke kelasnya, beliau mendapati bahawa keadaan
kelas itu tidak begitu terkawal. Pelajar dalam kelas itu menunjukan sikap acuh dan tidak
menghormati guru dalam kelas. En. Clark berusaha menarik perhatian dan minat mereka dan
cuba untuk menyesuaikan dirinya dengan keadaan dan tingkah laku pelajarnya. En. Clark
kemudiannya menetapkan beberapa peraturan dalam kelasnya dan peraturan pertama yang dibuat
adalah menjadikan kelas tersebut sebagai sebuah keluarga. Nilai yang diterapkan dalam
peraturannya yang pertama ialah menekankan mereka tentang sikap tolong- menolong,
menghargai satu sama lain dan saling menyayangi antara mereka.

Selain itu, En. Clark menghadapi banyak masalah Ketika beliau memulakan
pengajaranya dan masalah itu datangnya dari para pelajarnya sendiri. Anak pelajarnya sering
melakukan pergaduhan dan pertengkaran dan sebagainya. Sikap dan tingkah laku mereka
membuatkan En. Clark hilang sabar menyebabkan beliau menterbalikkan meja seorang
pelajarnya yang Bernama Shemika. Setelah kejadian itu berlaku menyebabkan En. Clark berasa
menyesal dan putus asa. Semasa En. Clark merasakan dirinya tidak dihormati dan pelajarnya
tidak memberi perhatian dalam kelas, beliau seakan-akan ingin membuat keputusan untuk
berhenti dari menjadi guru di Inner Harlem Elementary School. Namun hasratnya terhenti
apabila ada seorang rakan guru Wanita di sekolah tersebut yang Bernama Maurice memberinya
semangat agar tetap berjuang dan membuktikan bahawa dirinya mampu mengubah sikap para
pelajarnya. Hasil nasihat dan dorongan daripada rakan gurunya itu, akhirnya En. Clark
membatalkan niatnya untuk berputus asa dan Kembali mengajar anak pelajarnya di kelas pada
keesokan harinya.

Dalam pada itu, En. Turner merupakan seorang Guru Besar Inner Harlem Elementary
School juga timbul masalah merasa kurang senang dengan teknik pengajaran dan pembelajaran
yang dijalankan oleh En. Clark bahkan menegaskan prinsipnya bahawa “My School, My rule,
my way”. Guru Besar itu tidak yakin dengan kaedah pengajaran yang diajar oleh En. Clark dan
terus menuntut agar kesemua subjek yang diajar supaya lulus. En. Clark menggunakan pelbagai
kaedah pengajarannya yang lain dari yang lain. Beliau menggunakan kaedah pengajaran dan
pembelajaran yang menarik dan membuat pelajarnya selesa semasa proses pembelajaran.
Antaranya, ialah kaedah pengajaran menggunakan radio kaset, berjalan- jalan, melakukan gaya
spontan, malahan beliau tidak malu duduk di atas meja yang mana dianggap hal itu adalah tidak
sopan kerana beliau seorang guru. En. Clark cuba mendalami pelajarnya yang bermasalah satu
persatu dan beliau mengatur Langkah strategi untuk menangani masalah tersebut.

Setelah pelbagai usaha yang En. Clark lakukan untuk mengubah sikap pelajarnya,
akhirnya para pelajarnya menunjukkan reaksi yang positif iaitu mereka mula menyukai beliau.
En. Clark berusaha keras untuk membuat pelajarnya dapat belajar dengan baik, beliau
meluangkan masanya untuk memberi kelas tambahan kepada pelajarnya secara individu dan
percuma. Kecekalan dan kesabaran beliau untuk mengajar pelajarnya sehingga beliau tidak
menghiraukan kesihatannya menyebabkan jatuh sakit dan diberi rawatan di sebuah hospital.
Dalam keadaan sakit dan masih dirawat di hospital, beliau masih nekad mengajar pelajarnya di
hospital melalui rakaman video yang dibantu oleh Maurice. Setelah beliau keluar dari hospital,
beliau hanya membuat ulangkaji bagi mengingat Kembali tajuk- tajuk yang diajar.

Akhirnya, setelah munculnya hari Peperiksaan Awam, En. Clark berasa bimbang
memikirkan keadaan pelajarnya. Ketika ujian berakhir, dari raut wajah En. Clark terpacar reaksi
lega dan seterusnya beliau mengajak para pelajarnya ke pementasan Phantom Of De Opera untuk
menenangkan fikiran sesudah menduduki Peperiksaan Awam. Tibalah Keputusan Peperiksaan
Awam telah diumumkan dan En. Clark menjemput waris kepada para pelajarnya untuk
menyaksikan pengumuman keputusan mereka. En. Turner selaku Guru Besar memberikan sijil
keputusan dan di antara keputusan itu mendapat keputusan yang tertinggi dalam Peperiksaan
Awam. Maka En. Clark menjadi seorang guru yang Berjaya mengubah sikap pelajarnya dan
sekaligus dapat melahirkan pelajar yang cemerlang dalam Peperiksaan Awam.

Antara teori yang dapat disenaraikan dalam filem ‘Ron Clark’ ini adalah Teori Piaget’s
yang bermaksud Teori pembelajaran Kognitif Piaget, isi pelajaran hendaklah diatur mengikut
peringkat perkembangan kognitif kanak- kanak. Iaitu konkrit kepada abstrak, daripada dekat
kepada jauh. Ia juga merupakan perubahan tingkah laku seseorang individu. Selain itu, teori
vygotsky iaitu, merupakan pengetahuan anak yang diperolehi daripada interaksi sosial antara
individu dengan individu atau individu dengan suatu kumpulan. Seterusnya, teori erik erikson,
iaitu inisiatif lawan rasa bersalah, percaya diri lawan rendah diri, keintiman lawan keterasingan,
kemurahan hati lawan kegenangan, ego yang berintegriti lawan kehampaan, teori marcia, teori
kohlberg seterusnya teori behavioris yang diceritakan dalam filem ‘Ron Clark’ serta teori Ivan
Pavlov iaitu ‘penghapusan’.

2.0 How are these illustrated in the film? Provide examples for each identified concept/ Theory.

A. PERKEMBANGAN KOGNITIF

1. TEORI PIAGET’S

1.1 Operasi Konkrit

Encik Clark meneruskan Pengajaran dan pembelajaran dalam subjek Sains dan
mendapati sebilangan besar pelajar memberi tindak balas yang baik dengan
mengangkat tangan mahu menjawab soalan yang diajukan oleh Encik Clark.
No Pelakon Dialog

1. Encik Jadi mari kita lihat topik Sains yang sudah kita belajar pada minggu yang
Clark lepas, siapa dapat menerangkan tentang sub topik tersebut?

1. Semua Tindakan mengangkat tangan mahu menjawab


Pelajar

2. Badriyah Kemagnetan, Tindakan kimia dan Graviti

2. TEORI VYGOTSKY

2.1 Konsep Perencah (Scaffolding) dan Zone of Proximal Development (ZPD)

Contoh 1

Encik Clark membantu murid-muridnya dengan menggunakan kaedah nyanyian yang bergenre
“rap” untuk menarik minat dan memudahkan murid-murid memahami secara mendalam.
Bimbingan dan sokongan dari guru dilihat sangat penting bagi membantu murid memenuhi
keperluan murid terutamanya dalam sesi Pengjaran dan pembelajaran. Penggunaan teknik lagu
yang diperkenalkan oleh Encik Clark merupakan salah satu usahanya untuk berkomunikasi
dengan murid-muridnya. Senario ini jelas membuktikan dengan bimbingan guru, murid-murid
dapat menguasai kemahiran dan menambahkan ilmu pengetahuan.

Contoh 2

Encik Clark membantu seorang anak muridnya iaitu Shamieka untuk menyiapkan tugasan
karangan Bahasa Inggeris dengan menawarkan bantuan untuk menjaga anak-anak Shamieka.
Shamieka merupakah seorang murid dan ibu pada masa yang sama. Maka Shamieka seringkali
lupa akan tanggungjawabnya sebagai seorang pelajar dan memilih untuk menjadi seorang ibu di
usia yang muda. Namun situasi yang dihadapi oleh anak muridnya tidak mematahkan semangat
Encik Clark untuk membantu mengembangkan potensi muridnya.Maka, Encik Clark telah
menawarkan pertolongan untuk memasak bagi memberi ruang dan masa kepada anak muridnya,
Shamieka untuk menyelesaikan karangan Bahasa Inggeris tersebut. Hasil dari pertolongan Encik
Clark, Shamieka berjaya mencapai matlamatnya iaitu menyiapkan tugasan. Hal ini
menunjukkan, sokongan dan pertolongan dari guru mampu meringinkan kerja tersukar bagi
murid-murid.

Contoh 3

Semasa waktu rehat, terdapat senario murid bermain lompat tali. Perbuatan murid-murid itu
menunjukkan setiap individu digalakkan untuk menolong antara satu sama lain untuk mencapai
atau melengkapkan sesuatu matlamat. Dengan bantuan rakan-rakan , Shamieka mampu bermain
dengan gembira kerana terdapat rakannya yang mengawal tali lompatan.

3. TEORI ERIK ERIKSON

3.1 Inisiatif lawan Rasa Bersalah

Encik Clark ternampak seorang murid yang berumur sekitar 5 tahun sedang berdiri di dalam tong
sampah. Tanpa membuang masa, En. Clark menegur murid tersebut untuk mengetahui punca
murid tersebut diberikan denda sebegitu. Murid tersebut memberitahu Encik Clark bahawa dia
diberikan hukuman kerana dianggap sebagai murid yang lemah dalam kelas. Jadi, gurunya
meminta murid tersebut berdiri di luar kelas dengan jelas menunjukkan guru tersebut
memandang murid yang lemah seperti tong sampah.

Hal ini akan menyebabkan murid berasa terasing dari rakan-rakannya yang lain dan akhirnya
membentuk seorang murid yang mudah rasa bersalah. Situasi ini menjelaskan kepentingan guru
dalam membentuk perkembangan murid. Jika guru gagal membimbing murid, kelak murid akan
melangkah ke peringkat di mana kurangnya keyakinan diri jika tidak dibendung dari awal.
Tindakan yang dilakukan oleh Encik Ron clark adalah menyakinkan budak itu bahawa dia bijak
kerana budak itu berjaya mengingati Namanya . Tindakan Encik Clark juga dapat membuatkan
murid merasa lebih bermotivasi untuk berjaya dan meningkatkan keyakinan diri. Jelaslah bahawa
tanggungjawab guru bukan sekadar memberikan ilmu pengetahuan, namun perlu memotivasikan
murid supaya terus berkembang menjadi seorang yang berjaya.

No Pelakon Dialog

1. Encik Hai, apa yang terjadi?


Clark

2. Hadley Cikgu memberitahu saya tidak dapat mengikuti kelas kerana tercorot
Craig dalam kelas, jadi saya perlu keluar dan berdiri dalam tong sampah

3. Encik Siapa nama kamu?


Clark

4. Hadley Hadley Craig


Craig

5. Encik Salam perkenalan, nama saya Cik Clark


Clark
Maaf saya seorang yang pelupa, apakah nama saya sekali lagi?

6. Hadley Cik Clark


Craig

7. Encik Tengok, awak dah belajar sesuatu.


Clark
3.2 Percaya Diri lawan Rendah Diri

Contoh 1

Encik.Clark mengambil inisiatif mengadakan perjumpaan bersama waris sebelum


memulakan kelas pertamanya bagi mengenali latar belakang anak muridnya dengan lebih baik.
Sepanjang perjumpaan bersama ibu bapa muridnya, Encik Clark berdepan dengan pelbagai
masalah dan latar belakang yang sangat berbeza. Terdapat situasi di mana seorang ayah tidak
memberikan peluang kepada anak perempuanya untuk berkomunikasi seperti meluahkan
perasaan dan berkongsi cerita. Hal ini menunjukkan peranan ibu bapa memberi impak terbesar
kepada pembangunan murid. Kegagalan ibu bapa dalam mendidik anak akan memberi impak
seperti rasa rendah diri dan tiada keupayaan dalam melakukan sesuatu perkara. Maka pendekatan
yang baik haruslah diambil ibu bapa bagi membentuk personaliti anak sekaligus murid yang
berkeyakinan tinggi dan berani menonjolkan diri dalam setiap situasi

No Pelakon Dialog

1. Encik Clark Hai, siapakah nama kamu

2. Badriyah Nama saya Badriyah, saya suka membaca…..

3. Ayah kepada Badriyah Diam! lelaki tengah bercakap.

Contoh 2

Enik Clark telah menerima hadiah berbentuk lukisan dari muridnya yang bernama Julio.
Julio dikenali sebagai murid yang nakal dan tidak suka belajar. Namun secara tidak sedar, Julio
mempunyai potensi sebagai seorang pelukis yang baik kerana bakatnya telah diakui oleh Enik
Clark. Encik Clark suka akan lukisan tersebut dan memberi kata-kata motivasi dan pujian
kepada Julio agar lebih berkeyakinan tinggi dalam menghasilkan karya seni. Jesteru , guru yang
baik ialah guru yang mampu menonjolkan potensi dalam diri murid dan membantu murid
tersebut meneroka apa yang diimpikan dalam hidup seperti cita-cita, hobi dan sebagainya.
Berdasarkan filem ini, Encik Clark dilihat sebagai seorang pendidik yang bijak dalam mengenal
pasti potensi-potensi kecerdasan dan bakat yang dimiliki oleh murid-muridnya dengan baik.

No Pelakon Dialog

1. Encik Julio, adakah kamu yang melukis lukisan ini?


Clark

2. Julio Adakah Encik Clark menyukai lukisan ini?

3. Encik Ya, saya suka. Lukisan ini sangat bagus, kamu mempunyai bakat dalam
Clark melukis.

Contoh 3

Sebilangan besar murid-murid Encik Clark tidak mempunyai keyakinan diri kerana
sering menganggap diri mereka sebagai murid yang gagal. Namun, Encik Clark tidak putus
harapan dengan sering memberi sokongan dan kata-kata motivasi kepada anak-anak muridnya
bagi meningkatkan keyakinan dan memupuk sikap tidak mudah berputus asa dalam hidup.

No Pelakon Dialog

1. Alita Kami semua tidak mungkin lulus dalam peperiksaan tersebut , Kami dikenali
sebagai murid yang gagal. Semua mengatakan kami tidak dapat mengecapi
kejayaan.

3.3 Keintiman lawan Keterasingan


Dalam filem ini turut memaparkan perhubungan persahabatan yang baik di antara Encik
Clark dan Marissa. Mereka berdua akan saling bantu membantu jika salah seorang menghadapi
masalah ataupun konflik. Senario ini menunjukkan hubungan yang sihat mampu membentuk
keperibadian individu yang identiti diri yang utuh, sifat keterbukaan dan nilai bantu-
membantu.Filem ini menunjukkan persahabatan yang erat mendorong kepada perhubungan yang
bermakna dan berkekalan.

3.4 Kemurahan Hati lawan kegenangan

Contoh 1

Encik Clark berjaya berjaya meningkatkan prestasi kecemerlangan murid – muridnya.


Hal ini menunjukkan Encik Clark berjaya memberikan sesuatu kepada komuniti dan berpuas hati
dengan kejayaannya dalam mendidik murid-murid. Kejayaan Encik Clark dalam mendidik
murid-muridnya sehingga berjaya mampu memenuhi keperluan diri dan merasakan dirinya lebih
bermakna.

No Pelakon Dialog

1. Pengetu Mari kita sama-sama mengambil peluang ini untuk mengucapkan tahniah
a kepada Encik Clark kerana berjaya mengekalkan prestasi cemerlang iaitu
menjadikan sekolah kita sebagai sekolah teratas di Beaufort bagi tempoh
empat tahun berturut-turut.

Contoh 2
Encik Clark meluahkan rasa kecewanya dan ingin berputus asa kerana tertekan
menghadapi tingkah laku buruk murid-muridnya di sekolah. Namun terdapat seorang rakannya,
Marissa memberinya kata-kata semangat agar tetap berjuang dan membuktikan bahawa dirinya
mampu mengubah sikap murid-muridnya. Atas kebaikan dan sokongan rakannya, Encik Clark
membatalkan niat untuk meninggalkan sekolah tersebut dan Kembali mengajar di kelasnya
keesokan harinya. Perbuatan Marissa terhadap Encik Clark menunjukkan dia seorang rakan yang
suka memberi pertolongan dan mengambil berat tentang orang sekelilingnya.

No Pelakon Dialog

1. Encik Clark Jadi, saya dah berputus asa.

2. Marissa Jangan berputus asa Ron

3.5 Ego yang Berintegriti lawan kehampaan

Terdapat situasi di mana Pengetua Turner tidak begitu bersetuju dengan gaya pengajaran
dan pembelajaran yang dilakukan oleh Encik Clark, malah pernah menegaskan kepada Encik
Clark tentang jawatan dan kuasanya di sekolah tersebut dengan menyebut “My school, my rule,
my way”. Situasi tersebut menunjukkan kejayaan yang dikecapi oleh pengetua Inner Harlem
Elementary School dalam hidupnya. Pengetua tersebut menyuarakan ketidakpuasan hati kerana
beranggapan dia telah berjaya menghadapi pelbagai pengalaman dan cabaran dalam hidup lalu
menjadikan dia mengetahui apa yang terbaik untuk sekolahnya.

No Pelakon Dialog
1. Pengetua Perkara yang awak buat mungkin bagus untuk awak tetapi tidak bagi
Turner saya. Ini adalah sekolah saya, maka kamu perlu mengikut peraturan dan
cara saya.

4. TEORI MARCIA

4.1 Pencapaian Identiti

Encik Clark mengambil keputusan untuk mencari pengalaman di tempat lain setelah
berkhidmat selama 4 tahun dan menjadikan sekolah tersebut sebagai salah satu sekolah dengan
nilai kelulusan peperiksaan yang memuaskan. Encik Clark mempunyai rasa bertanggungjawab
untuk mencurahkan ilmu kepada komuniti yang lebih memerlukan. Maka Encik Clark memilih
untuk berpindah dan bekerja di New York kerana percaya mampu menjadikan dia seorang
pendidik yang lebih berjaya dan mampu menimba pengalaman yang berharga. Situasi ini
menunjukkan Encik Clark seorang yang mempunyai matlamat hidup yang jelas dan yakin
dengan pilihan hidupnya. Encik Clark juga bijak dalam membuat pilihan dalam hidupnya,
buktinya Encik Clark berjaya menjadi seorang pendidik tersohor dan dikenali di New York

No Pelakon Dialog

1. Encik Saya suka tinggal dan mengajar di sini. Tetapi saya perlu berpindah kerana
Clark mendengar New York sangat memerlukan tenaga pengajar. Setiap tahun
saya menerapkan kepada anak-anak murid saya tentang kata-kata “Dream
big, Take Risk”. Sekarang sudah tiba masanya untuk saya berpegang kepada
kata-kata tersebut.

4.2 Moratorium
Contoh 1

Di dalam filem ini, rakan kepada Encik Clark iaitu Marissa masih tercari-ciri matlamat
dan perkara yang ingin digapainya dalam hidup. Terdapat situasi di mana Marissa harus memilih
antara kerjaya impiannya dan teman lelaki, namun dia sukar untuk membuat pilihan dan tidak
tahu nilai yang lebih penting. Hal ini menunjukkan Marissa masih mencari identiti diri, tidak
berpendirian tetap dan mudah terpengaruh dengan keadaan sekeliling.

No Pelakon Dialog

4. Marissa Saya diterima bagi temu duga kerjaya yang saya impikan, tetapi
Jason mengajak saya untuk tinggal bersamanya di Los Angelas.
Saya tidak tahu membuat pilihan

Contoh 2

Situasi seterusnya memperlihatkan seorang pelajar nakal di dalam kelas iaitu Tayshawan
mudah terpengaruh oleh ajakan rakan-rakannya untuk membuat perkara yang tidak
mendatangkan faedah. Ini jelas menunjukkan Tayshawn masih meneroka perkara-perkara baru
dan membuatkan dia mudah terpengaruh dengan rakan sebaya.

5. TEORI KOHLBERG

5.1 Tahap 1: Pra konvensional.

5.1.1 Peringkat 1 orientasi kepatuhan dan hukuman

Contoh 1

Semua murid di kelasnya mematuhi setiap peraturan yang dikenakan oleh


Encik Clark bagi mengelakkan hukuman. Keadaan ketika Encik Clark masuk ke
kelasnya buat kali pertama berada dalam keadaan tidak terkawal. Murid-murid
memilih untuk tidak menghormatinya sebagai guru dan tidak menghargai
kehadirannya. Kelas tersebut dikenali oleh guru-guru yang lain sebagai “kelas
yang tidak diinginkan”.

Tindakan yang diambil oleh Encik Clark ialah menetapkan beberapa


peraturan dalam kelasnya antara hormat-menghormati, konsep kekeluargaan,
beratur ketika rehat dan sebagainya. Contohnya, terdapat situasi di mana anak
muridnya Shamieka melanggar peraturan tidak beratur semasa keluar rehat dan
sebagai hukuman, Shamieka dikenakan hukuman oleh Cik Clarke iaitu semua
rakan-rakannya yang lain juga tidak dibenarkan keluar rehat.

Contoh 2

Terdapat situasi dimana Julio dan Tayshawn bergaduh di dalam kelas, namun
tiada murid yang meleraikan pergaduhan tersebut. Hal ini menunjukkan murid di
kelas tersebut lebih memilih untuk mendiamkan diri dengan tidak melibatkan diri
dalam pergaduhan kerana bergaduh merupakan salah satu dari peraturan sekolah.
Maka murid-murid tidak membantu kerana mahu mengelakkan diri daripada
hukuman ataupun denda.

5.2 Tahap 3: Pos-Konvensional

5.2.1 Peringkat 6: Etika prinsip sejagat

Walaupun Badriyah berasal dari negara Asia, dia masih mempunyai hak untuk
menimba ilmu pengetahuan di New York. Melalui filem ini dapat dilihat Shameika
dan kumpulannya bersikap perkauman terhadap Badriyah. Setiap individu haruslah
menghormati agama dan kaum yang lain untuk melahirkan Susana yang positif

No Pelakon Dialog

6. Badriyah Saya sukakan Encik Clark


7. Shamieka Itu sebab kamu datang dari negara luar jadi awak dapat memahami cara
kami

8. Badriyah Apakah cara tersebut?

9. Shamieka Buat seperti kami untuk kamu diterima sebagai sebahagian dari kami

B. TEORI BEHAVIORIS

1. TEORI SKINNER

1.1 Peneguhan Positif

Terdapat keadaan di mana Tayshawn bergaduh dalam kelas dan hampir berputus asa
untuk meneruskan pengajian. Namun Mr Ron mempercayai anak muridnya dan terus memberi
semangat untuk Tayshawn meneruskan pengajiannya

No Pelakon Dialog

1. Encik Jangan berkelakuan seperti ini. Saya tahu jika kamu (Tayshawn)
Clark melangkah keluar dari sekolah ini, kamu akan dibuang terus dari sekolah.

2. Tayshawn Kenapa cikgu (Encik Clark) mahu saya kekal di sekolah

3. Encik Sebab saya akan merindui personaliti kamu yang mewarnai kelas ini.
Clark Pengetua Turner tidak perlu tahu pasal kes Pergaduhan ini.

1.2 Peneguhan Negatif

Contoh 1
Sebelum Encik Clark menjadi tenaga pengajar di Inner Harlem Elementary School, Keadaan
pelajar di kelas sangat teruk sehingga kelas tersebut dikenali sebagai kelas yang tidak diinginkan.
Setibanya Encik Clark ke sekolah tersebut dia telah membuat pembaharuan dengan menetapkan
peraturan di dalam kelas tersebut bagi mengawal kelas. Terdapat situasi di mana seorang
muridnya telah melanggar peraturan yang ditetapkan dan dikenakan hukuman yang tidak
digemari oleh setiap murid

No Pelakon Dialog

1. Encik Peraturan nombor 3, setiap pelajar dikehendaki beratur semasa bergerak


Clark untuk rehat. Jika ada murid yang ingkar, kesemuanya tidak boleh berehat

Contoh 2

Terdapat situasi di mana ada murid mengingkari peraturan yang diperkenalkan oleh
Encik Clark dan murid tersebut tersebut memaksa dirinya untuk menerima hukuman dengan
bersikap jujur. Perkara tersebut sekaligus membuatkan murid tidak suka kerana perlu mengaku
kesalahan dan merasa malu dengan perbuatannya. Namun tindakan yang dibuat oleh Encik Clark
bertujuan mendidik anak muridnya supaya lebih berdisiplin untuk berjaya di masa hadapan.

No Pelakon Dialog

1. Encik Adakah kamu telah memotong barisan? Kalau betul, semua murid kelas
Clark kamu tidak diiinkan untuk keluar rehat. Kami semua sedang menunggu
pengakuan kamu?

2. Shamieka Ya, saya telah memotong barisan

3. Encik Terima Kasih kerana jujur


Clark

1.3 Hukuman Positif


Semua murid didapati gagal dalam ujian yang dijalankan oleh Mr Ron. Sebagai
hukuman, murid dikenakan belajar mengenai sejarah presiden Amerika dengan menggunakan
kaedah lagu yang dihasilkan oleg Mr Ron.

2. TEORI IVAN PAVLOV

2.1 Penghapusan

Contoh 1

Encik Clark memberikan pujian dan ganjaran iaitu gula-gula sebagai tanda penghargaan
kepada semua murid yang telah berjaya dalam ujian yang diadakannya. Apabila pelajar rasa
dihargai dan merasa seronok kerana diberikan ganjaran, pelajar akan belajar dengan bersungguh-
sungguh secara berterusan kerana mempunyai motivasi yang tinggi untuk berjaya

No Pelakon Dialog

1. Encik Tidak mengapa untuk merasa bangga dengan diri kamu sendiri kerana
Clark telah berjaya dalam ujian?

Contoh 2

Cik Clark telah memberikan penghargaan kepada murid-muridnya setelah mereka


bertukus-lumus belajar untuk mencapai kejayaan dalam peperiksaan negeri. Sebagai ganjaran
kepada usaha mereka, Encik Clark telah menghadiahkan kepada setiap murid tiket ke
Persembahan Broadway. Tindakan Encik Clark memberi impak kepada murid-murid untuk
berusaha dengan bersungguh-sungguh dan berada dalam suasana yang positif yang membantu
kepada peningkatan prestasi pada masa akan datang.

2.2 Generalisasi
Kesemua murid Encik Clark berjaya dalam ujian yang dijalankan kerana mengingati lagu
Presiden yang diperkenalkan bagi memudahkan penghafalan dan meningkatkan kefahaman
murid. Apabila mendengar lagu tersebut, murid akan menyanyi di dalam kelas sekaligus murid
akan menjawab ujian berdasarkan nyanyian lagu tersebut. Situasi ini menunjukkan murid dapat
melakukan tingkah laku yang sama di dalam situasi yang berlainan. Contohnya, suasana
peperiksaan dan di luar kelas murid masih menyanyikannya lagu tersebut dengan sempurna.

3) Apakah amalan atau idea intervensi berdasarkan teori / konsep yang telah anda pelajari
dengan menonton filem ini? / What practices or intervention ideas based on theory
/concepts have you learned by watching this movie

Amalan atau idea intervensi yang telah digunakan berdasarkan teori Skinner dalam filem
ini ialah Encik Clark telah menetapkan beberapa peraturan yang perlu dipatuhi oleh murid
semasa berada di dalam kelas. Peraturan ini bertujuan untuk mengawal tingkah laku murid agar
lebih terkawal ketika berlakunya proses pengajaran dan pembelajaran. Bagi murid yang
melanggar peraturan tersebut, akan dikenakan hukuman untuk mengurangi tingkah laku negatif
dari berulang. Sebagai contoh, Encik Clark meminta murid-muridnya untuk beratur ketika keluar
dari kelas untuk berehat. Namun terdapat seorang murid bergerak terlebih dahulu untuk ke
kantin. Sebagai hukuman, murid tersebut tidak dibenarkan untuk membeli makanan dan dia
terpaksa akur dengan peraturan yang telah ditetapkan oleh Encik Clark. Selain itu, Encik Clark
juga memberi hukuman positif kepada muridnya yang gagal dalam ujian yang telah dijalankan.
Beliau telah meminta murid tersebut untuk menyiapkan latihan tambahan di luar waktu
persekolahan. Secara teorinya hukuman ini dapat membantu seseorang murid untuk lebih
menguasai dan memahami tentang subjek yang kurang mereka fahami.

Intervensi seterusnya dapat dilihat apabila Encik Clark memberi ganjaran berbentuk hadiah
kepada murid yang berjaya mendapat markah yang baik dalam ujian yang telah dijalankan.
Perbuatan Encik Clark merupakan salah satu bentuk peneguhan positif di bawah teori Skinner.
Peneguhan positif perlu diberikan kepada murid sebagai motivasi untuk terus dan kekal
bersemangat sepanjang proses pengajaran dan pembelajaran berlangsung.

Berdasarkan Teori Erik Erikson, intervensi yang dapat dipelajari adalah melalui aktiviti
menyalakan lilin. Aktiviti ini merupakan simbolik kepada kerjasama dan kepercayaan yang ingin
dibina antara Encik Clark dan murid-muridnya. Menurut teori Erik Erikson, peringkat pertama
perkembangan hubungan sosial adalah dengan membina kepercayaan antara individu. Encik
Clark membina kepercayaan murid-muridnya untuk terus belajar dengan menceritakan
pengalamannya. Idea seterusnya adalah berdasarkan Teori Vygotsky iaitu aplikasi idea
“scaffolding”. “Scaffolding” merupakan sesuatu kerangka yang menyokong proses pembelajaran
individu. Dalam filem ini, Encik Clark telah membantu muridnya untuk menyiapkan latihan
matematik. Murid tersebut tidak dapat mencapai Zon Perkembangan Proksimal (ZPD) sekiranya
tidak dibantu oleh Encik Clark.

4. Adakah terdapat aspek yang mengkagumkan anda dalam filem ini? Jika ada, apakah
ia? Bagaimanakah hendak menjelaskannya berdasarkan teori? Were there any aspects of
the movie that impressed you? If so, what were they? How is this explained by theories?

Di dalam filem The Ron Clark Story. Menurut pandangan Jean Piaget dalam teori perkembangan
kognitif ialah setiap individu akan sentiasa mencuba untuk memahami dan mengadaptasi
perubahan-perubahan yang berlaku di persekitaran mereka. Terdapat beberapa faktor yang
mempengaruhi proses pemikiran individu antaranya berkaitan pengalaman sosial sebagai contoh
Mr Ron Clark mendapati semua murid-muridnya dipengaruhi oleh pergaulan rakan sebaya yang
tinggi dimana mereka mempunyai sikap yang tidak menghormati guru serta suka bergaduh
sesama sendiri kerana masalah persekitaran yang tidak sihat. Selain itu, interaksi individu dapat
dikenalpasti dimana Mr Ron Clark mengambil pendekatan untuk mendalami sendiri
permasalahan yang berlaku diantara murid-muridnya dengan mengkaji latar belakang keluarga
masing-masing. Seterusnya kematangan biologi serta keseimbangan dimana Mr Clark
menetapkan peraturan dalam kelasnya iaitu “menjadikan kelas ini sebagai ahli keluarga” dengan
adanya peraturan ini beliau berharap agar murid-muridnya dapat menerapkan kepentingan
eleman kekeluargaan seperti saling tolong menolong,menghargai serta menyayangi antara satu
sama lain. Pada umur 12 tahun keatas, timbul peringkat operasi baru. Pada peringkat ini, anak
dapat menggunakan operasi-operasi konkritnya untuk membentuk operasi yang lebih kompleks.
( Matt Jarvis, 2011:111). Kemajuan peringkat ini ialah ia tidak perlu berpikir dengan pertolongan
benda atau peristiwa konkrit, ia mempunyai kemampuan untuk berpikir secara abstrak. Dalam
teori Piaget terdapat peringkat operasi formal iaitu dalam lingkungan 12 tahun ke atas contohnya
Mr Ron Clark mencuba untuk memberikan motivasi kepada murid-muridnya tetapi pada
peringkat ini muncul egosentrik dimana murid-murid kelasnya tidak mahu serta tidak
mengendahkan motivasi yang disampaikannya.

Selain itu, terdapat teori Vygostsky iaitu Zone of Proximal Development (ZPD) di mana
Mr Ron Clark menggunakan kaedah pengajaran melalui maya walaupun beliau tidak dapat hadir
secara fizikal di dalam kelas kerana beliau tidak sihat. Beliau mengajar serta memberi bimbingan
kepada muridnya melalui rakaman video. Kerana baginya walaupun beliau tidak dapat hadir ke
sekolah tetapi semangat yang beliau ada masih ada supaya murid beliau tidak tercicir dalam
pelajaran.Kaedah bimbingan yang telah digunakan oleh Mr Ron Clark ketika itu masih relevan
dan digunakan sehingga ke hari ini dalam pembelajaran.

Seterusnya, menerusi Ron Clark Movie mendapati bahawa terdapat teori Eric Ericson
iaitu Generativity Vs Stagnation digunakan oleh Mr Ron Clark. Pada peringkat ini golongan
pertengahan dewasa mula mencari jalan untuk memenuhi keperluan diri dan generasinya dan
juga mengambil berat serta membimbing generasi. Contohnya, ketika awal pengajaran beliau,
Mr. Clark mengalami pelbagai jenis masalah yang kebanyakkan didatangkan oleh para muridnya
sendiri. Mulai daripada peragai mereka yang tidak menghormati dan menghargai kawan
mahupun guru mereka sendiri. Mereka sering bergaduh dan sangat nakal di dalam kelas.
Perangai mereka ini membuatkan Mr.Clark hilang sabar sehingga beliau menterbalikkan meja
seorang muridnya iaitu Shameika. Peristiwa tersebut membuatkan Mr. Clark berasa menyesal
dan putus asa. Ketika menghadapi keadaan yang sangat menyulitkan dan tidak mendapatkan
perhatian.Peristiwa tersebut telah membuatkan En. Clark berasa menyesal dan putus asa. Ketika
menghadapi keadaan yang sangat menyulitkan dan tidak mendapatkan perhatian dari muridnya.
Mr. Clark berasa putus asa dan berniat untuk berhenti mengajar di Inner Harlem Elementary
School. Namun, terdapat seorang rakan beliau iaitu Maurice memberinya semangat agar dapat
berjuang untuk membuktikan bahawa dirinya mampu mengubah sikap muridnya. Disebabkan
dorongan tersebut Mr. Clark membatalkan hasratnya untuk berhenti mengajar.

Menerusi Ron Clark Movie juga mendapati bahawa terdapat teori berdasarkan
Behaviorisme oleh B.F Skinner, Peneguhan ialah perkara yang dilakukan untuk mengalakkan
sesuatu perlakuan itu diulangi. Menurut Rachlin (1991), pengukuhan diberikan, pertamanya
untuk memuaskan kehendak individu, keduanya, untuk mengurangkan tekanan dan merangsang
otak. Skinner membahagikan pengukuhan kepada dua jenis, iaitu peneguhan positif dan
peneguhan negatif. Peneguhan positif ialah memberikan sesuatu ganjaran setelah perlakuan itu
ditunjukkan, yang menyebabkan perlakuan itu diulangi atau diperkuatkan lagi. Dalam bilik
darjah, peneguhan positif ini diberikan sebagai salah satu bentuk motivasi dalam aktiviti
pengajaran dan pembelajaran. Contoh-contoh peneguhan positif yang boleh diberikan dalam
bilik darjah ialah seperti memberikan kata-kata pujian selepas pelajar melakukan sesuatu kerja
atau menjawab soalan, memberikan senyuman, menepuk bahu pelajar, memberi hadiah dan
sebagainya. Hal ini jelas ditunjukkan oleh Mr Ron Clark dimana beliau telah memberi
penghargaan kepada anak muridnya selama tiga bulan mereka bekerja keras dan bertungkus
lumus untuk menghadapi peperiksaan dan beliau juga berkata “ apapun keputusan yang kamu
dapat, saya tetap berbangga menjadi guru kamu”. Maka dengan itu beliau telah membuat
keputusan membawa murid-muridnya menonton persembahan Phantom of the Opera. Jelas
kelihatan wajah murid-muridnya yang begitu teruja kerana mendapat penghargaan daripada guru
mereka. Pengaplikasian Teori Behaviorisme iaitu peneguhan positif akan memberi kesan
didalam diri murid-murid agar mereka akan berusaha untuk terus berjaya serta dapat
memperbaiki diri dengan lebih baik dengan menjadi seseorang yang berguna.

Seterusnya ialah konsep dendaan dalam teori Behaviorisme oleh B.F Skinner adalah satu
proses atau tatacara untuk melemahkan atau mengurangkan berulangnya tingkah laku yang tidak
diingini. Tegasnya, dendaan adalah kesan negatif yang membawa kepada pengurangan dalam
kekerapan berlakunya tingkah laku tersebut. Sebagai contoh Mr Ron Clark telah menyoal kepada
Shamika untuk menceritakan hal yang betul kerana dia telah melanggar arahan gurunya dengan
memotong barisan untuk berada dihadapan kawan-kawanya yang lain. Mr Ron Clark mengambil
keputusan untuk berada disitu sehinggalah Shamika mengakui kesalahannya dihadapan rakan-
rakannya yang lain. Mr Ron Clark menyatakan “kita adalah keluarga, didalam keluarga kita
memerlukan sikap menghormati dan bertolak ansur dalam sesuatu perkara termasuklah
memotong barisan”.

Kesimpulannya yang dapat diambil dari Ron Clark Movie adalah peranan guru dalam
menguasi kelas yang terdiri daripada murid-murid yang mempunyai berlainan latar belakang itu
bukannya perkara mudah tetapi ianya harus dilakukan untuk menjadi guru yang professional.
Guru juga seharusnya melakukan pendekatan secara individual untuk mendalami isi hati setiap
murid-muridnya. Di dalam movie ini, apa yang kita lihat Encik Clark menggunakan pelbagai
teori seperti teori Jean Piaget, teori B.F Skinner, teori Vygotsky dan teori Erik Erikson. Setiap
teori-teori ini sangat berkait rapat dengan kehidupan seharian manusia. Dalam usaha
mengekalkan tumpuan pembelajaran dan menarik minat di kalangan pelajar, usaha yang
berterusan perlu dijalankan, dan oleh itu, para guru perlu memainkan peranan penting dalam
melahirkan modal insan kelas pertama. Dalam mencapai kejayaan ini, guru perlu
mengamalkan kreativiti dalam pengajarannya selain didedahkan dengan pelbagai teknik, aktiviti,
strategi, pendekatan, kemahiran dan tindakan untuk memastikan pelajar mengikuti
perkembangan pembelajaran. Kebolehan dan bakat kreatif individu seperti guru sebenarnya
boleh dipupuk dan dibaja melalui pelaksanaan yang dipraktikkan atau amalan yang dilaksanakan
(Bono, 1996).

Rujukan

Bono, E. De. (1996). Serious Creativity. London: Harper Collins Business.

Matt Jarvis, Teori-Teori Psikologi, Cet. X, Bandung: Nusa Media, 2011, hal. 142

Rachlin, H. (1992). Teleological behaviorism. American Psychologist, 47(11), 1371–1382

Norliani, Noormaliah. (2020). Analisis Unsur Intrinsik pada Film “The Ron Clark”. Prodi
Pendidikan Bahasa Inggeris STKIP PGRI Banjarmasin. Vol5 No. 1.

Anda mungkin juga menyukai