Anda di halaman 1dari 2

1.

1 Sejarah Olahraga Berlari, melompat dan melontar atau membaling merupakan perlakuan semula jadi manusia yang melambangkan keupayaan dan kemahiran asas manusia sebagai makhluk yang dan mempunyai fikiran. Kemahiran-kemahiran acara sukan ini yang

diperkembangkan

diperbaiki

sehingga

menjadi

kemudiannya dikenali sebagaimana seperti yang ada pada masa kini. Berdasarkan catatan sejarah olahraga' dipercayai bermula lebih kurang 1000 tahun sebelum masihi di Greece Kuno. Ini bermakna, olahraga ini sudah diadakan lebih 3000 tahun lampau. Berdasarkan sejarah ini maka olahraga merupakan salah satu sukan tertua di dunia. Sukan olimpik Kuno yang diadakan pada tahun 776 sebelum Masihi di Greece yang merupakan tempat bermulanya tamadun manusia. 1.2 Olahraga Moden

Sukan Olimpik Moden yang telah diadakan buat kali pertama di Greece tahun 1896. Sukan ini dianjurkan oleh Persekutuan Olahraga Amatur Antarabangsa yang bergabung dengan Majlis Olimpik Antarabangsa dan ia diadakan empat tahun sekali. Sukan ini tidak mungkin wujud kembali jika tiada orang yang bernama Baron Pierre de Coubertin menerajuinya. Pada Sukan Olimpik yang pertama itu sebanyak 295 atlit telah menyertainya. Sukan Olimpik Moden dilangsungkan sekali pada setiap empat tahun, dan tahun penganjuran Olimpik adalah pada setiap Tahun Lompat (tahun dengan 366 hari). Olimpik terkini yang dilangsungkan adalah Olimpik Musim Panas (Summer Olympics) 2012 yang dilangsungkan di London, England. Selain Olimpik Musim Panas, terdapat juga acara sukan Olimpik Musim Sejuk (Winter Olympics). Olimpik Musim Sejuk merupakan acara sukan yang dilangsungkan pada setiap musim sejuk 2 tahun selepas Olimpik Musim Panas. Walaupun begitu, Olimpik Musim Sejuk tidak menawarkan sebarang acara yang berkaitan dengan olahraga. Selain itu, Sukan Komanwel (Commonwealth) merupakan acara sukan olahraga kedua terbesar yang melibatkan negara-negara Komanwel (Bekas

Jajahan British). Sukan Komanwel yang bermula pada 1978 ini menyaksikan New Delhi sebagai destinasi terkini penganjuran yang telah berlangsung pada 2010. 1.3 Olahraga Di Malaysia

Sukan olahraga mula diperkenal oleh penjajah British pada pertengahan abad ke-19 di Singapura. Pada awalnya, sukan olahraga tidak mendapat sambutan rakyat tempatan memandangkan sukan ini dibawa oleh pegawai-pegawai Inggeris pada masa itu. Pada 1906, kejohanan olahraga yang pertama telah dilangsungkan bertempat di Ipoh, Perak. Pada 1914 hingga 1919 Aktiviti olahraga dihentikan kerana Perang Dunia Pertama. Pada 1920, mesyuarat olahraga diadakan di Kuala Lumpur untuk mengadakan pertandingan olahraga di antara negeri buat kali yang pertama.Kejohanan olahraga antara negeri ini dikelolakan oleh Amateur Athletic of British Malaya. 1.4 Jenis Sukan Olahraga Secara umumnya, sukan olahraga boleh dikategori kepada dua kelompok utama, iaitu olahraga kategori trek atau balapan dan olahraga kategori padang. Setiap kategori olahraga mempunyai sukan-sukan tertentu yang menepati ciri-ciri pengkelasan kategori yang telah dijelaskan tadi. Olahraga balapan merupakan sukan olahraga yang dilangsungkan di atas trek atau balapan. Sukan yang dijalankan di atas balapan secara umumnya merupakan sukan yang mempertandingkan kelajuan, teknik dan daya tahan peserta. Contoh sukan olahraga balapan adalah seperti acara pecut 100 meter, acara berganti-ganti 4x100 meter, acara jarak jauh 15000 meter dan acara berhalangan 110 meter berpagar. Olahraga padang merupakan sukan olahraga yang dipertandingkan di kawasan pertandingan yang tersendiri, biasanya dilangsungkan di kawasan padang venue pertandingan. Sukan olahraga padang ini biasanya

mempertandingkan lebih kepada teknik dan kekuatan peserta. Contoh sukan olahraga padang adalah seperti acara lompat jauh, acara lompat tinggi, acara lontar peluru dan acara rejam lembing.

Anda mungkin juga menyukai