Anda di halaman 1dari 15

1.

0 PENGHARGAAN

Selamat sejahtera. Saya Kavitha a/p Panner Silvan, guru pelatih PISMP ambilan Jan
2013 dari Unit Bahasa Tamil (SK) ingin merakamkan setinggi-tinggi terima kasih kepada semua
pihak yang memberi sumbangan dan sokongan untuk menyediakan tugasan projek ini.

Saya ingin menyampaikan penghargaan dan ucapan terima kasih kepada pensyarah
saya, Pn. Suzana atas bimbingan dan tunjuk ajar beliau serta panduan beliau untuk
menyediakan tugasan projek ini.

Saya mengucapkan ribuan terima kasih kepada ibu bapa kami yang banyak menolong
kami semasa membuat tugasan projek ini. Selain itu, saya juga ingin berterima kasih kepada
rakan-rakan yang banyak membantu saya secara langsung atau tidak langsung sepanjang
proses merealisasikan tugasan tugasan projek ini.

Akhir sekali, saya ingin mengucapkan ribuan terima kasih kepada sesiapa menolong
saya secara langsung dan tidak langsung dalam menyiapkan tugasan projek ini.

Sekian, terima kasih.


3.0 Pengenalan

Malaysia adalah sebuah negara yang majmuk dan mempunyai berbilang kaum. Tiga
kaum yang utama di Malaysia ialah Melayu, Cina dan India. Kaum kaum yang lain tinggal di
Malaysia ialah Kristian, Sikh, Kadazan, Murut, bajau, Iban dan lain lain.

Budaya merangkumi setiap aspek kehidupan masyarakat tanpa mengira kaum, bangsa
dan agama penganutnya. Perkataan budaya lahir daripada cantuman perkataan Sanskrit dan
Melayu yang membawa maksud Kecergasan Fikiran dan Akal. Budaya juga didefinisikan
sebagai penjanaan pemikiran mereka seseorang apabila seseorang individu itu menggunakan
segala kekuatan kuasa, tenaga dan pengaruh semula jadi. Budaya merupakan kebolehan
seseorang individu menggunakan kekuatan, tenaga dan akal fikiran ke arah meningkatkan
kecergasan akal fikiran bagi menangani sesuatu permasalahan. (dalam bukunya Budaya dan
Pembelajaran, 2012) Penyelesaian yang boleh diterima oleh semua anggota masyarakat akan
menjadi amalan bersama dan dipatuhi oleh masyarakat tertentu. Amalan yang diterima ini
seterusnya dijadikan Budaya dalam kehidupan mereka. Kebudayaan juga ditakrifkan sebagai
keseluruhan cara hidup masyarakat yang merangkumi cara bertindak, berkelakuan dan berfikir.

Menurut Nik Safiah Haji Abdul Karim, Budaya adalah tenaga fikiran, usaha rohani atau
kuasa yang menggerakkan jiwa. Menurut Kamus Dewan (2005), Budaya ditakrifkan sebagai
kemajuan fikiran, akal budi, cara berfikir, kelakuan, dan lain lain. Kebudayaan bermaksud
cara hidup manusia yang merangkumi cara bertindak, berkelakuan dan berfikir. (dalam bukunya
Budaya dan Pembelajaran, 2012). Budaya juga merujuk kepada aktiviti manusia berkait dengan
fizikal, mental dan kerohanian. (dalam bukunya Malaysia dan Alam Sekeliling, 2012)
4.0 Huraikan persamaan dan perbezaan budaya yang terdapat di Malaysia

Tiga kaum yang majoriti ialah Melayu, Cina dan India. Kaum kaum lain yang terdapat
di Malaysia ialah Sikh, Sabah, Kadazan dan Orang asli. Walaupun rakyat di Malaysia beragama
yang berbeza tetapi dalam kalangan kami terdapat persamaan dan perbezaan.

4.1 Persamaan budaya di Malaysia

Semua kaum memberi Semua kaum merisik,


salam apabila meminang,
bertemu antara satu bertunang dan
sama lain. perkahwinan

Semua kaum Adab menziarahi


makan nasi pada jiran ataupun
setiap hari sebagai saudara
makan utama.

Apabila kita bertemu di mana mana sahaja, kita akan memberi salam antara satu
sama lain. Ada masanya kita akan bertemu dengan orang yang sama kaum dan ada masanya
kita bertemu dengan kaum yang lain. (dalam bukunya Sivik dan Kewarganegaraan, 2007)
Apabila orang Melayu bertemu mereka akan memberi salam seperti assalamualaikum, orang
India akan memberi salam seperti vanakkam, orang Cina akan memberi salam ni hao mao.
Jika mereka bertemu dengan kaum lain, mereka akan memberi salam seperti apa khabar dan
berpeluk antara satu sama lain. Inilah cara memberi salam antara kaum masing masing. Ada
yang berjabat tangan antara satu sama lain.

Seterusnya, semua kaum melaksanakan langkah perkahwinan yang sama iaitu merisik,
meminang, bertunang dan perkahwinan. Merisik adalah adat yang dikenali sebagai meninjau
atau menengok. Tujuannya adalah untuk memastikan bahawa gadis yang dihajati oleh seorang
lelaki itu masih belum berpunya. Melalui adat merisik, kita boleh menyelidik latar belakang si
gadis. Adakah si gadis ini mempunyai kemahiran rumahtangga, adab sopan, tingkah laku, paras
rupa serta pengetahuan agamanya. Adat ini akan dijalankan oleh saudara mara terdekat pihak
lelaki sahaja seperti ibu atau bapa saudaranya. Meminang adalah pihak keluarga lelaki
menghantar satu rombongan peminangan pada hari yang ditetapkan. Di samping itu,
perbincangan mengenai hantaran, jumlah rombongan yang akan datang untuk upacara
bertunang dan perbelanjaan untuk memudahkan pihak perempuan menyediakan persiapan
semasa majlis pertunangan. Bertunang adalah adat yang dijalankan oleh saudara saudara
terdekat sahaja. Adat ini dijalankan mengikut kaum masing masing. Selepas itu, perkahwinan
akan berlangsung pada tarikh yang ditetapkan.

Bukan sahaja itu, semua kaum makan nasi sebagai makanan utama. Orang Cina dan
orang Melayu makan nasi sebagai makanan utama dalam hidangan mereka. Walaupun orang
India lebih gemar makan makanan roti seperti paratha, idli, thosai namun mereka tetap makan
nasi sebagai makanan utama. Makanan orang India berasaskan rempah ratus dan merangkumi
enam rasa dalam satu hidangan. Contohnya, manis, masam, masin, pahit dan pedas. Sebagai
contoh, orang India terkenal dengan nasi yang dicampur rempah ratus seperti sambar, rasam
manakala orang Melayu lebih suka nasi yang lemak bersantan, nasi goreng dan lain - lain.
Orang Cina pula makan nasi dengan item item yang rebus, kukus dan kuahnya bersifat sup
ayam. Misalnya, nasi ayam, mi kicap dan nasi campur.

Semua kaum mematuhi adab yang sama semasa menziarahi jiran atau saudara.
Sebelum menziarahi jiran, mereka akan memilih masa yang sesuai dan memakai pakaian yang
sopan. Semasa menziarahi, mereka akan memberi salam dan meminta izin untuk masuk ke
dalam rumah. (dalam bukunya Sivik dan Kewarganegaraan, 2007) Contohnya, Orang Melayu
berkata assalamualaikkum sebelum masuk ke dalam rumah. Jika jirannnya ataupun
saudaranya membalas mualaikkumsalam barulah mereka akan masuk ke dalam rumah.
Semasa bercakap mereka merendahkan suara dan tidak mengambil masa yang lama semasa
menziarahi. Semasa menziarahi jiran, mereka akan pergi dengan buah tangan. Selepas
menziarahi, mereka akan meminta izin untuk beredar dan memberi salam dan bersalaman
sebelum beredar dari situ. Kaum Melayu, India dan Cina mengamalkan adab ini dalam
kehidupan mereka.

4.2 Perbezaan budaya di Malaysia

Adat melenggang perut hanya terdapat dalam kaum Melayu dan masyarakat Orang Asli
sahaja. Adat ini dikenali sebagai Kirim Perut oleh masyarakat Melayu. Upacara ini dilakukan
kepada wanita yang mengandung anak sulung ketika kandungan berusia dalam lingkungan
tujuh atau lapan bulan. Ia dijalankan oleh seorang bidan untuk membuang geruh atau
kecelakaan yang mungkin menimpa wanita hamil yang bakal bersalin dan bagi membetulkan
kedudukan bayi di dalam perut. Adat ini tidak terdapat dalam kalangan kaum lain seperti Cina,
India, Kaum Sabah dan Sarawak. Malah kaum lain menjalankan upacara lain semasa
mengandung. Kaum Cina mengadakan kenduri dan kaum India mengadakan valaikaapu
semasa mengandung.

Adat kematian antara kaum berbeza. Kaum Melayu membalut mayat dengan kain. Bagi
lelaki, mereka perlu dibalut dengan tiga lapisan manakala perempuan dibalut dengan lima
laipsan. Titisan air mata tidak boleh dijatuhkan pada tubuh jenazah. Waris si mati akan
membaca doa dan memohon ampun dan maaf. Dalam kaum Cina, mayat dimandikan dan
disolekkan. Mayat dipakaikan dengan baju yang cantik. Barulah mereka hantar mayat ke tanah
perkuburan. Pada hari tersebut, semua orang mestilah memakai pakaian yang berwarna hitam.
Dalam kaum India, mayat dimandikan dan dipakaikan dengan baju perkahwinan. Ibu jari tangan
dan kaki diikat dengan kain. Selepas itu, kaum India mengadakan upacara seperti upacara
menanggalkan thali, upacara vaaikarisi dan upacara kolli chatti. Si mati boleh dikebumikan
ataupun boleh dibakarkan. Dalam kaum India, konsep kelahiran semula yang dipercayai oleh
penganut agama Hindu. (dalam bukunya Malaysia dan Alam Sekeliling, 2012)

Selain itu, memberi nama bagi bayi yang baru lahir mengikut kaum adalah berbeza.
Kaum Melayu memberi nama mengikut ajaran Islam, adalah sunat memberi nama yang
mempunyai maksud yang baik kepada bayi. Jika bayi itu lelaki, nama akan diberi mengikut
nama para nabi. Contohnya Mohd Nabil Fikri bin Mohd Kamaruddin. Manakala untuk bayi
perempuan, nama isteri-isteri atau anak-anak nabi akan dipilih. Contohnya Nur Syafikah binti
Hassan. Bagi kaum Cina namanya terdiri dari 3 perkataan yang dimulai dengan nama keluarga.
Patah kata kedua mewakili nama segenerasi di kalangan adik-beradik dan sanak-saudara.
Nama ketiga pula merupakan nama bagi panggilan diri sendiri. Contohnya bagi bayi lelaki ialah
Oon Kai Shian, bagi bayi perempuan Oon Kai Sin. Sistem nama yang baik perlu merujuk
dengan makna , unsur Yin dan Yang serta dibuat mengikut perhitungan matematik Cina. Dalam
kaum India, sebaik sahaja bayi berusia enam belas hari, upacara pemberian nama dilakukan. Ia
dilakukan dengan memasukkan bayi ke dalam buaian dan dikendalikan oleh ahli keluarga yang
tertua yang arif tentang agama dan perkara yang berkaitan dengan dewa-dewa. Contohnya
bagi bayi lelaki ialah Rahuvaran, bagi bayi perempuan Kasturi.

Cara makan antara kaum adalah berbeza. Kaum Melayu, kaum India, etnik di Sabah
dan Sarawak menggunakan tangan semasa makan. Mereka makan nasi dengan menggunakan
tangan. Kaum Melayu makan dalam pinggan. Kaum India makan nasi dalam daun pisang dan
ada masanya mereka makan dalam pinggan. Tetapi kaum Cina menggunakan penyapit iaitu
chopstick. Mereka juga makan nasi dalam satu mengkuk kecil. Tetapi pada masa kini, ada
yang makan nasi dengan menggunakan sudu dan garpu yang sama dengan budaya Barat.

Bukan sahaja itu, adat menghias diri dalam kalangan kaum adalah berbeza. Kaum
Melayu dan kaum India memakai inai untuk bertujuan upacara perkahwinan. Pemakaian inai
adalah tidak tahan lama. Kaum India memakai inai pada tangan dan kaki manala kaum Melayu
memakai inai pada tangan sahaja. Kaum Cina tidak menggunakan inai malah mereka
menggunakan pewarna jari yang berwarna warni. Kaum Sabah dan Sarawak menghias wajah
tubuh mereka dengan tatu. Orang Penan, Iban dan pribumi mengamalkan pemakaian tatu.
Pemakaian tatu ini tahan lama da nada motif motif tertentu. Pemakaian tatu ini menyakitkan
dan memberi kesan pada kulit si pemakai.

Pantang larang bagi setiap kaum adalah berbeza. Pantang larang adalah kaedah untuk
menyampaikan pengajaran kepada masyarakat. Pantang larang kaum Melayu adalah tidak
boleh duduk di atas bantal, takut ditumbuhi bisul. Pengajarannnya ialah ia adalah perbuatan
yang kurang sopan lagipun ia adalah alas kepala ketika tidur. Pantang larang kaum India alah
bayi dipeluk oleh ibunya ketika hujan supaya semangat bayi tidak hilang. Pengajarannya ialah
bayi mungkin terkejut dan takut jika ditinggalkan oleh ibunya. Pantang larang Cina ialah pisau
tidak boleh diberikan sebagai hadiah. Pengajarannya ialah pisau bukan bahan yang sesuai
sebagai hadiah lagipun ia adalah salah satu kegunaan di dapur. Pantang larang orang Melanau
adalah ibu yang mengandung tidak boleh memarut ruyung batang rumbia, takut kandungannya
mati. Pengajarannya kerja memerut adalah tugas yang berat dan tidak wajar dilakukan oleh
wanita mengandung. Pantang larang orang Iban ialah jangan mengetuk telur dengan pisau,
kayu, takut anak akan cacat. Pengajarannya ialah ialah ia merupakan perbuatan yang bahaya
dan boleh melukakan tangan.

Tarian tradisional bagi setiap kaum adalah berbeza. Kaum Melayu dan India menari
tarian kuda kepang. Nama tarian ini dalam India ialah poikal kuthirai. Mereka akan menari
dengan patung kuda buatan manusia. Kaum Melayu menari tarian Zapin dan Gamelan. Unsur
jawa boleh dilihat dalam tarian Gamelan melalui seni tari. Kaum Cina menari Tarian Naga dan
tarian Kipas. Mereka akan mempersembahkan tarian ini pada musim perayaan. Tarian Naga ini
biasanya orang lelaki akan menari manakala perempuan akan menari tarian Kipas. Kaum India
menari tarian Bharathanatyam, tarian Kathak, Kolattam dan lain lain. Orang lelaki dan
perempuan India akan menari tarian ini. Mereka menari dengan lagu klasik yang sesuai dengan
tarian ini. Bagi Kolattam, mereka akan menari dengan menggunakan dua batang kayu. Orang
Iban menari tarian Nyajat pada Hari Gawai. kaum Kadazan menari tarian Sumazau. Mereka
akan menari tarian sebagai tanda kesyukuruan atas hasil tuaian padi yang banyak.

Alat permainan antara kaum adalah berbeza. Antara alat muzik yang menghasilkan
bunyi melalui getaran pada tali yang ditegangkan ialah Tampura (India), Erh Hu (Cina). Alat
muzik yang dipukul pada kulit yang ditegangkan ialah Tabla (India), Geduk ( Melayu) dan
Rebana (Melayu). Kaum Melayu menggunakan serunai untuk menghasilkan bunyi yang sama
dengan kaum India iaitu Seruling. Walaupun mereka mempunyai sifat yang sama, tetapi rupa
bentuk alat alat muzik berbeza bagi setiap kaum. Alat muzik kaum Sabah ialah Gambus.
5.0 Langkah langkah yang boleh diambil oleh pelajar, guru, dan sekolah bagi
menjayakan usaha pihak kerajaan untuk membentuk satu bangsa Malaysia yang
hidup dalam persekitaran harmonis.

Kerana perpaduan antara kaum negara kita masih maju dan berdiri tegak di persada
dunia. Inilah kekuatan dan kebanggaan bagi negara kita. Sekolah memainkan peranan yang
penting untuk memupuk perpaduan dalam kalangan pelajar. Hal ini kerana, pelajar hari ini
adalah pemimpin masa hadapan. Apabila kita memupuk perpaduan dalam kalangan pelajar dari
sejak kecil lagi. Bak kata pepatah melentur buluh biarlah dari rebungnya. Rakyat Malaysia
yang berbilang kaum masih mengekalkan perpaduan. Sepertimana terdapat dalam lirik lagu 1
Malaysia iaitu kerana perpaduan kita masih bersama.

Antara langkah yang diambil oleh pelajar ialah pelajar perlu berkomunikasi yang baik
dengan rakan rakan yang berbilang kaum. Apabila kita belajar di sekolah menengah, kita
dapat bergaul dengan pelajar yang berbilang kaum. Dalam sekelas, terdapat murid murid
beragama Islam, Buddha, Hindhu, Kridtian dan lain lain. Kita janganlah berkomunikasi dengan
rakan yang beragama sama dengan kita. Apabila kita berkomunikasi dengan murid lain, kita
dapat mengetahui budaya, adat resam, latar belakang mereka. Melalui ini, kita dapat
mewujudkan perpaduan antara satu sama yang lain.

Selain itu, sebagai pelajar kita perlulah melayari internet untuk mengenali budaya, adat
resam kaum lain. Apabila kita mengetahui mengenai budaya mereka, kita tidak akan menghina
budaya kaum lain, malah kita akan menghormati budaya lain. Contohnya, apabila orang Melayu
membaca doa semasa perhimpunan, pelajar bukan beragama islam perlulah senyap dan
membaca doa mengikut agama masing masing dalam hati kita sendiri.

Antara langkah yang diambil oleh guru untuk memupuk semangat perpaduan dalam
kalangan pelajar ialah mengajar mereka mengenai budaya kaum lain. Dalam buku Pendidikan
Moral dan Pendidikan Sivik dan Kewarganegaraan yang terdapat topik topik mengenai
budaya, adat resam, pantang larang kaum lain. Sebelum mengajar topik ini, guru sendiri perlu
mengetahui mengenai budaya kaum lain. Guru perlu mengutamakan aspek perpaduan melalui
mengajar topik topik tersebut.

Bukan sahaja itu, guru juga mengadakan aktiviti kumpulan semasa pdp dan
mengadakan pertandingan yang boleh melibatkan semua pelajar menyertai dalam pertandingan
tersebut. Aktiviti kumpulan seperti membincang sesuatu topik dan membuat pembentangan di
hadapan kelas. Apabila pelajar bergerak secara kumpulan, mereka dapat berkongsi idea
sesuatu topik dan akan membentangkan tajuk dengan baik. Pertandingan seperti mewarnakan
poster Satu Malaysia, mendeklamasikan sajak, membuat drama yang bertema budaya boleh
dijalankan di peringkat sekolah dan memberi syarat dalam sekumpulan mesti ada tiga kaum
yang berbeza. Melalui ini, kita dapat memupuk perpaduan antara satu sama lain.

Pihak sekolah perlu menyambut perayaan kaum kaum di Malaysia seperti Hari Raya
Aidilfitri, Deepavali, Tahun baru Cina, Krismas di sekolah. Semasa meraikan perayaan, pihak
sekolah menyediakan makanan tradisional pada hari tersebut. Pelajar pelajar sekolah
digalakkan datang sekolah dengan memakai pakaian tradisional kaum kaum lain. Contohnya,
pada hari tersebut, pihak sekolah meraikan Hari Raya Aidilfitri, semua pelajar digalakkan
memakai pakaian tradisional kaum Melayu iaitu baju kurung, baju kebaya, baju Melayu. Jika
kita memakai pakaian tradisional kaum lain bukannya bermakna kita menjadi Orang Melayu.
Memakai pakaian tradisional bermakna kita menghayati budaya kaum lain.

Pihak sekolah juga menyambut hari Kemerdekaan, Hari Malaysia di sekolah. Sambutan
ini menjadi satu jambatan untuk memupuk perpaduan dalam kalangan pelajar. Pihak sekolah
perlu memaparkan lagu patriotik seperti Tanggal 31, Keranamu Malaysia, Merahmubara, Dunia
kian berubah untuk mencuitkan semangat patriotik dan perpaduan dalam jiwa pelajar pelajar.
Melalui ini, pelajar pelajar tidak akan mengingat bahawa mereka orang India, Melayu, Cina
tetapi mereka akan menghayati bahawa mereka adalah anak Malaysia.

Pihak sekolah juga mengadakan kempen Budi Bahasa Budaya Kita. Dalam kempen ini,
pihak sekolah membawa penceramah yang bermotivasi dan mempunyai semangat perpaduan
dalam jiwanya. Melalui kempen ini, penceramah perlu membincang topik mengenai budaya,
adat resam, perayaan kaum kaum di Malaysia. Melalui inilah pelajar pelajar akan
menghormati dan menghayati kebudayaan, adat resam dan perayaan kaum kaum di
Malaysia. Dengan ini, mereka tidak akan memandang rendah terhadap kaum lain.

Konklusinya, bagi menjayakan usaha pihak kerajaan untuk membentuk satu Bangsa
Malaysia, peranan pelajar, guru dan pihak sekolah amat penting. Murid murid diibaratkan
sebagai pokok bunga. Jika pokok bunga mendapat air, cahaya matahari, baja akan
menyebabkan pokok bunga membesar dengan sihat dan baik. Begitu juga dengan pelajar.Jika
guru dan pihak sekolah memberi kefahaman mengenai kebudayaan kaum di Malaysia, maka
mereka akan menghayati dan membesar dengan penuh semangat perpaduan dalam jiwa
mereka.
6.0 Rumusan

Pelbagai usaha Sosial dan Kebudayaan turut diadakan oleh kerajaan bagi mencapai
matlamat pembentukan budaya ini. Antaranya memperkenalkan Konsep Kebudayaan Nasional.
Penggunaan Bahasa Melayu sebagai Bahasa Rasmi dalam Sistem Pendidikan Kebangsaan
telah diakui dan diterima oleh semua lapisan masyarakat sepertimana yang dikatakan dalam
Perlembagaan Malaysia. Peristiwa 13 Mei 1969 tidak dapat dilupai oleh setiap orang dalam
kehidupan mereka. Ia merupakan tanda hitam dalam Sejarah Malaysia. Ia telah menjejaskan
hubungan antara etnik. Jika ada semangat perpaduan dalam kalangan kita, mungkin peristiwa
tersebut tidak akan berlaku. Kita mengambil peristiwa ini sebagai satu pengajaran dalam
kehidupan kita. Kemajuan ekonomi sahaja tidak memadai tanpa pembangunan ekonomi yang
seimbang malah perpaduan sesebuah negara bergantung kepada pembangunan negara. Oleh
itu, Kementerian Pelajaran perlu bertanggungjawab memupuk semangat perpaduan sejak dari
bangku sekolah lagi. Murid perlu diberikan kesedaran tentang kepentingan memahami
kebudayaan, adar resam kaum lain di Malaysia.
7.0 Rujukan

Buku :

Syed Ismail Syed Mustapa, Ahmad Subki Miskon.2012. Budaya dan Pembelajaran. Puchong:
Penerbitan Multimedia Sdn. Bhd

Jasiman Ahmad.2007. Hidup Bermasyarakat.Kuala Lumpur: Jade Green Publications Sdn. Bhd

Mohd Sohaimi Esa.2012.Malaysia dan Alam Sekeliling.Kuala Lumpur: Freemind bHorizons Sdn
Bhd.

Internet :

https://pendidikansivikk3.wordpress.com/2012/05/14/adat-resam-kelahiran-masyarakat-
malaysia-19/ - muat turun pada 18 Februari 2015

http://kajiantempatantahun5wtsahrum.blogspot.com/2013/04/pantang-larang-semasa-kematian-
kaum.html - muat turun pada 18 Februari 2015

https://cikgusivik9192.wordpress.com/nota/tema-4-kenali-budaya-malaysia/ - muat turun pada


18 Februari 2015

https://pendidikansivikk3.wordpress.com/2012/05/14/adat-perkahwinan-masyarakat-di-
malaysia-18/ - muat turun pada 19 Februari 2015

http://dearsaya.blogspot.com/2011/11/persamaan-makanan-tradisional-antara.html - muat turun


pada 19 Februari 2015

http://pmr.penerangan.gov.my/index.php?option=com_content&id=1421:tarian-dan-kesenian -
muat turun pada 19 Februari 2015

http://funcrayons.blogspot.com/2014/07/pt3-sejarah-2014-langkah-langkah-untuk.html - muat
turun pada 25 Februari 2015
LAMPIRAN
SENARAI KANDUNGAN

BORANG MAKLUM BALAS

BORANG PENGAKUAN DIRI

SOALAN TUGASAN

1.0 PENGHARGAAN

2.0 PENULISAN REFLEKTIF MENGENAI PAMERAN

3.0 PENGENALAN

4.0 HURAIKAN PERSAMAAN DAN PERBEZAAN BUDAYA YANG

TERDAPAT DI MALAYSIA

4.1 PERSAMAAN BUDAYA DI MALAYSIA

4.2 PERBEZAAN BUDAYA DI MALAYSIA

5.0 LANGKAH LANGKAH YANG BOLEH DIAMBIL OLEH PELAJAR,

GURU, DAN SEKOLAH BAGI MENJAYAKAN USAHA PIHAK KERAJAAN

UNTUK MEMBENTUK SATU BANGSA MALAYSIA YANG HIDUP

DALAM PERSEKITARAN HARMONIS.

6.0 RUMUSAN

7.0 RUJUKAN

8.0 LAMPIRAN
TUGASAN 2:
PENULISAN
ESEI

TUGASAN 1:
PENULISAN ESEI
YANG REFLEKTIF
MENGENAI
PAMERAN

Anda mungkin juga menyukai