Anda di halaman 1dari 15

SENAMAN DEMI KESIHATAN DIRI DAN KESEJAHTERAAN NEGARA

NORAINI BINTI MOHAMAD NOR


KOLEJ KOMUNITI BATU GAJAH
fashionor78@yahoo.com

PENGENALAN

Isu penjagaan kesihatan adalah merupakan sebahagian daripada kehidupan


manusia. Tubuh yang sihat membolehkan seseorang melakukan pekerjaan sebagai
khalifah Allah. Menurut Danial Zainal Abidin (2003: 15) beberapa perkara yang
digariskan oleh Islam adalah dari segi kebersihan dan persekitaran, diet seimbang,
rawatan, aktiviti senaman, hubungan sesama manusia dan hubungan dengan
Tuhan . Islam menggalakkan para pengikutnya untuk melakukan aktiviti fizikal kerana
ia memberi kesan kepada kesihatan dan pencegahan penyakit berbahaya (Danial
Zainal Abidin, 1998: 54). Rasulullah SAW pernah bersabda yang bermaksud “
Sesungguhnya kamu mempunyai tanggungjawab untuk menunaikan hak terhadap
tubuh badan kamu.” ( Hadis Riwayat Bukhari). Ini membuktikan bahawa Islam amat
prihatin dan menggalakkan pengikutnya terlibat dalam aktiviti riadahbagi melahirkan
individu yang kuat, sihat dan bersedia melakukan apa sahaja tugasan.

Di Malaysia, kebanyakan masyarakat kurang menitikberatkan penjagaan


kesihatan kerana mereka menganggap diri mereka bebas dari sebarang penyakit.
Malangnya tanpa mereka sedari, kebanyakan rakyat Malaysia mengalami pelbagai
penyakit yang membahaya seperti kencing manis, penyakit jantung dan juga strok.
Keadaan ini adalah disebabkan faktor amalan cara hidup yang tidak sihat.

Terdapat juga golongan masyarakat yang malu untuk bersenam kerana


beranggapan senaman hanya untuk golongan muda sahaja. Mereka juga berasa
malu untuk bersenam kerana faktor tubuh badan yang besar hingga menyukarkan
mereka dalam mengenakan pakaian yang bersesuaian untuk aktiviti bersenam. Ini
dibuktikan dari Horne (1999) yang mengakui secara meluas bahawa wanita yan

Senaman Demi Kesihatan Diri Dan Kesejahteraan Negara | Noraini Binti Mohamad Nor
berusia tidak selesa dengan pakaian yang terdapat di pasaran. Dalam jangka masa
yang panjang, kesihatan golongan ini akan menjadi lebih teruk apabila mereka tidak
bersenam. Aktiviti fizikal dan senaman ini juga dapat meningkatkan kualiti hidup
warga tuadi mana dengan mengekalkan gaya hidup yang aktif dan senaman yang
teratur dapat menghalang atau mengelak dari mendapat pelbagai jenis penyakit.
Dalam sesetengah kes, kesihatan warga tua yang mengalami penyakit didapati telah
meningkat baik apabila mereka mula bersenam secara konsisten.

Penulisan ini adalah tertumpu kepada kepentingan senaman , kesan dan


kebaikan dari aktiviti senaman kepada kesihatan tubuh badan. Di dalam penulisan ini
juga, penulis mengupas sejauh mana kesan amalan cara hidup yang tidak sihat
menpengaruhi kehidupan seharian.

DEFINISI SENAMAN

Menurut Pertubuhan Jantung Sedunia (WHO) (n.d), definisi bagisenaman atau


aktiviti fizikal adalah pergerakan badan yang dihasilkan oleh otot rangka yang
memerlukan penggunaan tenaga. Manakala menurut Institut Nasional, Jantung, Paru
dan Darah (NIH) (n.d), definisi bagi senaman ini adalah merujuk mana-mana
pergerakan badan dan kerja otot yang memerlukan tenaga lebih daripada yang lain.
Beberapa contoh aktiviti fizikal adalah seperti berjalan, berlari, menari, berenang,
yoga dan berkebun. Pada tahun 2008, Jabatan Kesihatan dan Perkhidmatan
Manusia telah mengeluarkan garis panduan mengenai aktiviti fizikal kepada orang
ramai yang mana telah mengisytiharkan aktiviti fizikal sebagai pergerakan aktif untuk
meningkatkan kesihatan. Senaman adalah salah satu contoh aktiviti fizikal yang
dirancang dan berstruktur. Ia adalah cara yang penting untuk mengekalkan kesihatan
tubuh badan.

AKIBAT TIDAK BERSENAM

Kepentingan senaman dan aktiviti fizikal telah dibuktikan bagaimana ia


mampumengelak dan mencegah sesuatu penyakit di kalangan orang ramai.Dari
kajian yang telah dijalankan juga mendapati penyakit kronik atau ketidakupayaan
dapat dielakkan atau dikurangkan melalui aktiviti fizikal yang di lakukan secara

Senaman Demi Kesihatan Diri Dan Kesejahteraan Negara | Noraini Binti Mohamad Nor
konsisten dalam jangka masa yang panjang. Selain itu, menurut kajian yang telah
dijalankan oleh WHO pada tahun 1998, mereka mendapati salah satu daripada
punca utama lebih daripada 2 juta kematian adalah disebabkan amalan cara hidup
yang tidak sihat. Malah ia juga penyebab utama kematian meningkat dua kali ganda.

Menurut kajian Lee dan Tanaka (1997) juga menunjukkan kepentingan


kecergasan terhadap kesihatan orang ramai dengan memberi beberapa contoh
program yang berjaya dilaksanakan di negara-negara yang berbeza. Terdapat
banyak maklumat yang menunjukkan bahawa aktiviti fizikal dan senaman dapat
mengurangkan penyakit, mengurangkan simptom kemurungandan mencegah
penyakit yang membahaya . Program gaya hidup aktif secara fizikal adalah salah
satu strategi yang berkesan untuk membantumasyarakat dalam memperbaiki kualiti
hidup terutama golongan wanita di Malaysia. Seperti yang kita tahu, wanita dan
kesihatan sering menjadi topik utama yang dibincangkan di kalangan rakyat
Malaysia. Berbanding dengan lelaki, tubuh wanita banyak berubah apabila beralih
dari remaja, dewasa ke ibu dan akhirnya ke usia tua. Mengikut petikan blog yang
berjudul Wanita dan Kesihatan pada tahun 2012, perubahan fisiologi dan biologi
yang sering kali dikaitkan sebagai faktor yang mendedahkan wanita kepada
ancaman kesihatan. Ini dapat dilihat pada peningkatan jumlah wanita yang

Senaman Demi Kesihatan Diri Dan Kesejahteraan Negara | Noraini Binti Mohamad Nor
mengalami osteoporosis, diabetes, penyakit jantung, kanser dan masalah
kegemukan atau obesiti.

Masalah kegemukan atau dikenali sebagai obesiti antara punca kepada


penyakit membahaya seperti kanser, serangan jantung dan diabetes. Kajian
Kesihatan dan Morbiditi Nasional (HSM) 2011 yang dikeluarkan oleh Kementerian
Kesihatan pada tahun lepas menunjukkan bahawa satu daripada lima orang dewasa
di Malaysia mengalami diabetes. Perangkaan juga menunjukkan Malaysia
menduduki tempat ke-10 di dunia dengan jumlah pesakit diabetes berjumlah 3 juta
orang, jauh lebih tinggi dari jangkaan Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO)
menjelang 2025, yang hanya sekitar 800,000 orang. Sementara itu, Majlis
Pencegahan Obesiti juga menjangkakan Malaysia akan menjadi negara pertama di
Asia Tenggara dengan bilangan pesakit kencing manis tertinggi pada tahun 2017.

Antara penyebab utama masalah kegemukan atau obesiti ini ialah kekurangan
aktiviti fizikal dan senaman, makan yang berlebihan dan amalan cara hidup yang
tidak sihat. Sikap sambil lewa dan tidak suka bersenam ini menyebabkan lemak
berkumpul di dalam badan hingga mengakibatkan kegemukan.

Menurut Pengarah Perubatan dari Institut Jantung Negara (IJN), Datuk Seri
Dr. Robaayah Zambahari (nd) berkata, "kajian yang dilakukan oleh Tyson (Malaysian
Shapeof The Nation) menunjukkan bahawa orang gemuk terancam dengan penyakit
maut. Ini dibuktikan dengan kajian yang telah dijalankan sepuluh tahun yang lalu di
mana bilangan orang gemuk telah meningkat dua kali ganda iaitu daripada 24.1%
kepada 54% yang mengakibatkan bilangan rakyat Malaysia yang menderita tekanan
darah tinggi dan kencing manis melonjak naik, dan sebanyak 62% wanita dalam
negara ini mengalami lemak di perut atau obesiti abdomen. Di samping itu, obesiti
telah dikenal pasti sebagai faktor risiko yang membawa kepada masalah jantung dan
diabetes. Statistik yang dikeluarkan oleh Kesihatan dan Morbiditi Kebangsaan2011
telah mencatatkan 15.1% rakyat Malaysia berumur 18 tahun ke atas bersamaan 2.6
juta orang adalah obesiti atau berlebihan berat badan. Selain itu kajian yang telah
dijalankan juga menunjukan Malaysia merupakan negara yang mencatat peratus
tertinggi masalah kegemukan iaitu 44.2% di kalangan negara-negara Asia Tenggara.

Senaman Demi Kesihatan Diri Dan Kesejahteraan Negara | Noraini Binti Mohamad Nor
Seperti laporan artikeldi atas menunjukkan Malaysia sebuah negara orang
gemuk di mana kira-kira 16.8 juta orang mengalami kegemukan akibat cara hidup
tidak sihat dan kurang bersenam.

Senaman Demi Kesihatan Diri Dan Kesejahteraan Negara | Noraini Binti Mohamad Nor
Dalam akhbar The Star bertarikh Jun 2014, Penasihat Sains kepada Perdana
Menteri, Tan Sri Zakri Abdul Hamid berkata penemuan baru dari British Medical
Journal, The Lancet (2013) menunjukkan bahawa peratusan obesiti dalam kalangan
wanita meningkat sebanyak 49%. Bersempena dengan kempen yang telah
dijalankan oleh kerajaan untuk menggalakkan lebih ramai wanita untuk bersenam
kerana senaman adalah salah satu amalan yang paling penting dalam pencegahan
penyakit kronik seperti penyakit jantung, tekanan yang darah tinggi, diabetes dan
juga kanser.

ISU KESIHATAN DI KALANGAN PENJAWAT AWAM

Isu kesihatan ini juga di pandang serius di kalangan penjawat awam


memandangkan ia berada di tahap yang membimbangkan di mana sebahagian
besar dari pekerja di Malaysia ini mengalami masalah kesihatan. Menurut Datuk Seri
Ismail Abd Mutalib, berdasarkan statistik daripada Program Saringan Kesihatan yang
dijalankan oleh Pertubuhan Keselamatan Sosial ( Perkeso ) mendapati sebanyal 73
peratus daripada pencarum Perkeso mempunyai masalah berat badan , kencing
manis ( 27 peratus) dan kadar kolesterol tinggi (62 peratus).Hasil kajian ini cukup
membimbangkan kerana ini membuktikan kurangnya kesedaran dalam kalangan
pekerja khususnya pencarum Perkeso dalam penjagaan kesihatan bagi
memastikan tubuh badan kekal sihat untuk bekerja dan menyumbang kepada
organisasi dan keluarga. Hasil dari Kajian Morbiditi dan Kesihatan Kebangsaan
(NHMS) 2015 juga telah menunjukkan 35 peratus daripada kira-kira 1.6 juta
kakitangan awam di negara ini mengalami obesiti lebih tingggi daripada kadar
nasional iaitu 17.7 peratus.

Dalam satu artikel bertarikh December 8, 2016 yang menyebut


sebanyak71,700 permohonan dalam kalangan penjawat awam untuk bersara awal
antaranya adalah disebabkan faktor kesihatan. Ini cukup membimbangkan negara
kerana kesedaran penjagaan kesihatan dalam kalangan pekerja di negara ini masih
berada pada tahap rendah apabila statistik yang diperoleh Pertubuhan Keselamatan

Senaman Demi Kesihatan Diri Dan Kesejahteraan Negara | Noraini Binti Mohamad Nor
Sosial (Perkeso) menerusi Program Saringan Kesihatan mencatatkan majoriti
daripada pencarum menghidap masalah kesihatan yang serius.

KELEBIHAN SENAMAN

Antara kelebihan bersenam ialah dapat membantu mencegah penyakit yang


membahaya. Kekerapan senaman perlu bagi memastikan kecergasan fizikal dan
kesihatan yang baik. Ia dapat mengurangkan risiko penyakit jantung, kanser, tekanan
darah tinggi, kencing manis dan penyakit lain. In juga dapat meningkatkan
penampilan diri anda dan melambatkan proses penuaan. Selain itu, senama juga
mampu meningkatkan stamina seseorang. Dengan senaman akan dapat melatih
tubuh badan kita untuk menjadi lebih cekap dan menggunakan tenaga yang kurang
untuk jumlah kerja yang sama.

Senaman juga dapat menguatkan daya ketahanan dan menjadikan otot dan
tulang lebih kuat dan kukuh serta meningkatkan fleksibiliti tubuh badan semasa
melakukan senaman regangan. Sebagai contoh, dari senaman regangan ini dapat
melembutkan badan supaya dapat membongkok , mencapai dan twist di samping
dapat mengurangkan risiko kecederaan dan memperbaiki keseimbangan tubuh

Senaman Demi Kesihatan Diri Dan Kesejahteraan Negara | Noraini Binti Mohamad Nor
badan. Selain itu, senaman juga dapat meningkatkan kualiti hidup seseorang. Ia juga
dapat mengurangkan tekanan, mengangkat mood, dan membantu anda tidur lebih
baik.

Di bawah adalah piramid bagi aktiviti fizikal untuk golongan dewasa bagi
membantu dalam penjagaan kesihatan.

Senaman Demi Kesihatan Diri Dan Kesejahteraan Negara | Noraini Binti Mohamad Nor
KEMPEN PENJAGAAN KESIHATAN

Ekoran dari isu tersebut, pelbagai kempen kesedaran telah dijalankan oleh
kerajaan dalam mempromosikan cara hidup yang lebih sihat di kalangan masyarakat.
Antaranya ialah program Hari Sukan Negara, yang telah diisytiharkan oleh bekas
Perdana Menteri Malaysia, Datuk Seri Najib Tun Razak yang akan disambut setiap
hujung minggu kedua pada Oktober setiap tahun. Selaras dengan Bajet 2015,
Kerajaan akan mengambil langkah ke arah mengubah Malaysia menjadi negara yang
gemarkan aktiviti fizikal seperti sukan dan rekreasi. Kerajaan juga tidak hanya
mempromosikan budaya beriadah tetapi juga menekankan penglibatan bersama
dalam aktiviti sukan yang akan memperkuat hubungan antara satu sama lain tanpa
mengira usia, kaum dan kepercayaan agama. Menurut Datuk Seri Najib Tun Razak
semasa pelancaran Hari Sukan Negara (2015), yang diadakan di Pavilion, Kuala
Lumpur, gaya hidup yang sihat juga boleh mengatasi masalah obesiti di kalangan
rakyat negara ini. Kempen penjagaan kesihatan yang dilancarkan oleh kerajaan dan
NGO adalah bertujuan untuk menarik lebih ramai rakyat Malaysia untuk menyedari
betapa pentingnya senaman dalam mengekalkan tubuh yang sihat dan
mengurangkan peratusan orang yang berpenyakit.

Senaman Demi Kesihatan Diri Dan Kesejahteraan Negara | Noraini Binti Mohamad Nor
Selain itu , konsep gaya hidup sihat merupakan satu kempen aspirasi
kerajaan bagi melahirkan masyarakat yang sihat, cergas, sejahtera dan bebas
dari penyakit yang disebabkan oleh gaya hidup sedentari. Sasaran utama kempen
ini ialah semua golongan rakyat Malaysia terutamanya remaja dan pelajar institusi
pengajian tinggi (IPT). Empat komponen utama yang menjadi teras konsep gaya
hidup sihat ini ialah peningkatan pengetahuan dan amalan pemakanan,
peningkatan pengetahuan dan amalan menangani stress, peningkatan
pengetahuan dan amalan anti-merokok dan peningkatan pengetahuan dan amalan
sukan dan rekreasi.

Kementerian Belia dan Sukan (KBS) juga telah mengambil inisiatif mengajar
semua lapisan masyarakat bersenam dan mempelajari kaedah terkini untuk sentiasa
kekal cergas melalui gerakan FitMalaysia. Melalui konsep 3M (Mudah, Menarik dan
Murah), empat kegiatan utama iaitu larian, berbasikal ,seni mempertahankan diri dan
aktiviti kecergasan digalakkan.Antara lain ialah kempen gaya hidup sihat melalui
berjalan 10,000 langkah sehari mana mampu membakar lebih kurang 385 kalori dan
bersenam 20minit sehari.

Kementerian Kesihatan juga telah menyarankan agar semua agensi dan


Jabatan Kerajaan menyediakan kelengkapan senaman serta membenarkan
kakitangan awam bersenam semasa waktu pejabat sebagai langkah menggalakkan
pekerja mengamalkan cara hidup sihat.

Kerajaan juga menyeru semua pihak termasuk agensi kerajaan serta


pertubuhan bukan kerajaan memainkan peranan sebagai satu usaha secara
bersama dalam meningkatkan kualiti pekerja di negara ini agar sentiasa sihat dan
produktif. Ini adalah bertujuan bagi melahirkan pekerja yang cemerlang dan
berdisplin kerana tahap kesihatan yang baik memainkan peranan penting dalam
menyumbang kepada mutu kerja mereka pada negara.

Senaman Demi Kesihatan Diri Dan Kesejahteraan Negara | Noraini Binti Mohamad Nor
Konsep gaya hidup sihat
merupakan suatu kempen
aspirasi kerajaan bagi
melahirkan
masyarakat yang sihat, cergas,
sejahtera dan bebas dari penyakit
yang disebabkan oleh gaya
hidup sedentari. Sasaran utama
kempen ini ialah semua golongan
rakyat Malaysia terutamanya
remaja dan pelajar institusi
pengajian tinggi (IPT). Empat
komponen utama yang menjadi
teras
konsep gaya hidup sihat ini
ialah: (1) peningkatan

Senaman Demi Kesihatan Diri Dan Kesejahteraan Negara | Noraini Binti Mohamad Nor
pengetahuan dan amalan
pemakanan; (2)
peningkatan pengetahuan dan
amalan menangani stres; (3)
peningkatan pengetahuan dan
amalan anti-merokok; dan (4)
peningkatan pengetahuan dan
amalan sukan dan rekreasi.
Walaubagaimanapun,
keberkesanan kempen ini dalam
mempertingkatkan tahap
kesihatan di kalangan rakyat
Malaysia boleh diragui.
Kurangnya penyelidikan khusus
untuk

Senaman Demi Kesihatan Diri Dan Kesejahteraan Negara | Noraini Binti Mohamad Nor
menilai keberkesanan kempen ini
selain peningkatan bilangan
pesakit hipokinteik membuktikan
bahawa keberkesanan kempen ini
boleh diragui (Jabatan
Perangkaan Malaysia, 2004;
Penang
Cancer Registry, 2000).
Tambahan pula, terdapat bukti
kajian luar negara yang
mendapati bahawa walaupun
pengetahuan penduduk dunia
terhadap gaya hidup sihat
semakin meningkat, namun ia
tidak
diamalkan sepenuhnya dalam
hidup seharian lantas

Senaman Demi Kesihatan Diri Dan Kesejahteraan Negara | Noraini Binti Mohamad Nor
mengundang pelbagai risiko
penyaki
Rujukan

1. M Jamsiah , MN Md Idris ,WP Sharifa Ezat &A Norfazilah (2006) .Amalan Senaman
Dan Faktor-Faktor Yang Mempengaruhinya Di Kalangan Penduduk Kg. Bangi,
Daerah Hulu Langat, Selangor D.E. Malaysia. Deparment of Community Health,
Faculty of Medicine, UKM.
2. Nursyamimi Azizan (2011). Penjagaan Kesihatan Menerusi Senaman Dari Perseptif
Islam: Kajian Terhadap Persepsi Pelajar Sarjana Muda Sains Serta Perdidikan ( Sains
Sukan). Degree Thesis, Universiti Teknologi Malaysia. (unpublished)
3. Nursyamimi Saidi (2014, April 01) Tiada Alasan Wanita Malas Bersenam. Retrieved
September 03,2016, from Utusan Online : ww1.utusan.com.my / utusan / Kesihatan
4. Ziauddin Sharuddin ( n.d) . Warga emas sihat jika kerap bersenam. Retrieved
September 27, 2016, from Berita Harian : :http: //library .kdn. gov. my
/documents/Warga%20emas%20sihat.pdf
5. zurain.blogspot.com/2012/11/obesiti.html
6. http://www.utusan.com.my/berita/nasional/tahap-kesihatan-pekerja-
membimbangkan-1.470292#ixzz5UGiiRkYy 
7. http://www.wom.my/kesihatan/senaman/9-kebaikan-bersenam/
8. https://www.hmetro.com.my/node/40179
9. http://jknperlis.moh.gov.my/v3/index.php/info-kesihatan/83-peningkatan-obesiti-
di-malaysia
10. http://ww1.utusan.com.my/utusan/Johor/20140513/wj_01/Masyarakat-malas-
bersenam
11. http://www.utusan.com.my/rencana/forum/sibuk-bekerja-bukan-alasan-tidak-
bersenam-1.474514

Senaman Demi Kesihatan Diri Dan Kesejahteraan Negara | Noraini Binti Mohamad Nor
Senaman Demi Kesihatan Diri Dan Kesejahteraan Negara | Noraini Binti Mohamad Nor

Anda mungkin juga menyukai