Anda di halaman 1dari 6

Guru dan Cabaran Globalisasi

Pengenalan

Era globalisasi atau age of globalization bukanlah lagi satu topik yang
baharu. Isu tersebut selalunya menjadi buah mulut masyarakat bukan sahaja
dibincangkan di institusi pendidikan tinggi, malahan perbualan di warung makanan
secara santai . Jadi, apakah yang dimaksudkan dengan istilah ‘globalisasi’ tersebut?
Menurut penjelasan Ramlah Adam et al. (2010), globalisasi merujuk pada
perubahan dunia menjadi tanpa sempadan daripada aspek geografi, budaya dan
sosial disebabkan kepesatan dan kemajuan perkembangan teknologi maklumat dan
komunikasi. Segala aspek penting dari segi ekonomi dan sosial seperti barangan,
modal, tenaga manusia, kemahiran dan ilmu menyeberangi sempadan dalam jangka
masa yang pendek. Memang tidak dapat dinafikan bahawa gelombang
perkembangan teknologi maklumat dan komunikasi, proses globalisasi telah
dipercepat dan telah banyak membawa impak signifikan kepada masyarakat
sedunia dari segi sosial, ekonomi, politik dan teknologi, termasuklah bidang
pendidikan. Persoalannya, apakah cabaran-cabaran globalisasi yang akan dihadapi
oleh para pendidik dalam bidang pendidikan? Apakah peranan para guru dalam
cabaran globalisasi? Sekarang, saya akan membincangkan topik ‘Guru dan Cabaran
Pendidikan’.

Cabaran para guru dalam menghadapi globalisasi


Pada tahun 1970-an, kebanyakan institusi pendidikan tanah air kita masih
memperkenalkan sistem pembelajaran yang bersifat ‘guru sebagai pemberi ilmu,
pelajar umpama penerima ilmu’. Teknik pembelajaran tersebut kurang berkesan
kerana pelajar umpama lembu dicucuk hidung, penglibatan para pelajar kurang aktif
di dalam bilik darjah. Kebelakangan ini, Kementerian Pendidikan Malaysia
menggalakkan pembelajaran dua hala demi melahirkan para pelajar yang proaktif
dan berkembang secara holistik demi melahirkan pelajar yang bertaraf dunia dalam
menyahut cabaran globalisasi yang sedang dihadapi oleh setiap anak-anak watan
Malaysia. Maka, tanggungjawab berat tersebut harus dipikul di atas bahu para guru.
Disebabkan perubahan globalisasi tersebut, terdapat beberapa cabaran yang akan
dihadapi oleh para pendidik.
Pertama sekali, memang tidak dinafikan bahawa kepesatan perkembangan
teknologi maklumat dan komunikasi pada era globalisasi tersebut, pencarian sumber
maklumat terletak di hujung jari kita. Maka, segala perubahan akan memberikan
impaknya sama ada impak-impak positif ataupun impak-impak negatif. Disebabkan
ketiadaan sempadan dalam teknologi maklumat dan komunikasi, kebanyakan
maklumat ataupun berita yang ditemui mungkin bercampur aduk dengan pelbagai
maklumat palsu ataupun sumber maklumat yang tiada autoriti (Fauzi, 2017).
Manakala, para pelajar merupakan golongan yang selalunya menggunakan sumber
maklumat internet untuk mencari maklumat yang berkaitan dengan kerja kursus
mereka. Malangnya, pelajar masih belum mempunyai kemahiran untuk
membezakan betul salah sesuatu maklumat. Jadi, mereka mungkin akan
memperoleh dan mangaplikasikan maklumat yang salah. Impak yang akan timbul
sekiranya fenonema kekurangan kebolehpercayaan (kesahihan) maklumat
elektronik sedemikian terus berkembang, pastinya golongan pelajar mungkin akan
terpengaruhi oleh maklumat-maklumat yang kurang sahih tersebut dalam proses
pembelajaran mereka, Secara tidak langsung kualiti segala hasil penulisan
akademik yang dihasil oleh para pelajar pastinya akan terjejas dan tidak diiktiraf lagi
dalam bidang pendidikan peringkat antarabangsa. Penggunaan maklumat kurang
sahih daripada sumber internet dalam kalangan murid merupakan salah satu
cabaran yang sedang dihadapi oleh para guru dalam cabaran globalisasi tersebut.
Selain itu, ilmu teknologi maklumat dan komunikasi (ICT) merupakan salah
satu elemen terpenting dalam proses globalisasi tersebut. Disebabkan kemajuan
dalam ilmu teknologi dan maklumat tersebut, barulah manusia dapat menuju ke
konsep ‘kampung global’ atau ‘desa global’ (global village) yang di amalkan dalam
era globalisasi tersebut. Hal ini menurut penjelasan Castell dan Cordoso ,(2005),
ilmu ICT berperanan sebagai pemangkin mempercepat proses globalisasi sedunia.
Internet dan teknologi komunikasi yang lain telah merealisasikan matlamat dunia
tanpa sempadan untuk manusia terus bergaul tanpa rintangan sempadan geografi.
Berdasarkan penjelasan di atas, memang tidak dapat dinafikan bahawa penguasaan
ilmu teknologi maklumat dan komunikasi sudah menjadi salah satu aset terutama
sesebuah negara. Para pelajar sebagai tulang belakang dalam pembangunan
negara pada masa yang akan datang, maka merekalah merupakan golongan paling
memerlukan kemahiran dan ilmu ICT untuk menyahut segala cabaran globalisasi
yang akan dihadapi oleh mereka. Justeru, siapakah yang bertanggungjawab
menyemai ilmu tersebut kepada anak-anak watan tersebut sejak di bangku sekolah
supaya para pelajar dapat mengetahui segala ilmu teknologi maklumat dan
komunikasi? Tanpa keraguan, tugasan tersebut terus dipikul oleh setiap pendidik
negara kita. Malangnya, bukannya setiap guru mempunyai ilmu berkaitan bidang
ICT yang mendalam. Sebagai buktinya, sepanjang wabak pandemik COVID-19
banyak institusi pendidikan telah menukarkan proses pembelajaran fizikal kepada
pembelajaran dalam talian. Malangnya, perubahan tersebut pada awal kurang
lancar. Hal ini dikatakan sedemikian kerana masih terdapat sebilangan pendidik
masih tidak mahir dalam penggunaan aplikasi teknologi komunikasi seperti Zoom,
Google Meet ataupun Microsoft Team. Jadi, tanggungjawab dan kewajipan para
guru telah berubah berdasarkan perubahan fenonema dunia para zaman globalisasi
tersebut walaupun permintaan ilmu ICT merupakan salah satu cabaran bagi
segelintar guru yang kurang mahir dalam ilmu berkaitan tersebut.

Peranan para guru dalam cabaran globalisasi


Berdasarkan penjelasan di atas, memang tidak dapat dinafikan bahawa era
globalisasi telah banyak membawa cabaran kepada para guru dalam bidang
pendidikan, terutamanya kecampuradukan dan kebolehpercayaam sumber
maklumat serta penguasaan ilmu teknologi maklumat dan komunikasi. Guru-guru
dikatakan sebagai insan yang menyemaikan ilmu pengetahuan kepada para murid
kerana mengajar sebagai tugasan utama seseorang guru (Tarihoran, 2019).
Persoalannya, apakah peranan yang dimainkan oleh para guru untuk mengatasi
segala cabaran globalisasi yang dinyatakan tersebut?
Pertama sekali, untuk mengatasi cabaran kecampuradukan dan
kebolehpercayaan sumber maklumat, para guru seharusnya memainkan
peranannya menbimbing para pelajar bagaimana menidentifikasikan kesahihan
maklumat yang diperoleh daripada segala medium dalam talian. Hakikatnya, seperti
yang diterangkan dalam tesis Penggunaan Media Sosial Dalam Dunia Tanpa
Sempadan: Suatu Kebaikan Atau Keburukan?, dalam masyarakat kebelakangan
kini, segala informasi sudah tersedia di hujung jari setiap individu. Sekiranya
pembaca, terutamanya tidak berwaspada dalam menentusahkan ketulenan sumber
maklumat yang diperoleh dan kemudiannya terus mengaplikasikan maklumat yang
kekurangan ketulenan, hal akan mengakibatkan maklumat tersebut menjadi tular dan
membawa para pelajar ke arah yang salah (Nadia Fauzi, 2017). Jadi, para pendidik
seharusnya memikul tanggungjawab membimbing para pelajar dalam proses
pengumpulan maklumat sejak di bangku sekolah, terutamanya para pelajar sekolah
rendah, bak kata peribahasa, ‘melentur buluh biarlah dari rebungnya’. Jika guru
mengajar kemahiran mencari maklumat yang sahih, pastinya para pelajar dapat
menggunakan maklumat yang tepat. Malahan, barulah dalam hasil karya penulisan
murid-murid seperti esei ilmiah, laporan kajian, jurnal dan tesis dapat mengaplikasikan
fakta-fakta dan bukti sokongan yang tepat. Maka, bagaimanakah proses pengajaran
pengumpulan dan menentusahkan maklumat dijalankan dalam bilik darjah sekolah?
Demi mencapai objektif kaedah dan strategik pembelajaran abad ke-21, iaitu
menggalakkan penglibatan para pelajar semasa waktu kuliah, seseorang pendidik boleh
mengadakan aktiviti pengongsian maklumat tambahan yang berkaitan dengan topik
yang diajar dalam kalangan pelajar. Guru boleh mengambil peluang untuk
memperkenalkan beberapa sumber maklumat dalam talian yang mempunyai autoriti
seperti Google Scholar, Academia dan JSTOR. Secara tidak langsung, para pelajar
bukan sahaja dapat mempelajari kemahiran mengumpul maklumat, malahan mereka
juga dapat mengetahui kaedah memperoleh maklumat yang sahih. Sebagai ringkasan,
guru seharusnya bukan sahaja berperanan sebagai seorang pendidik, malahan mereka
juga merupakan seorang pembimbing bagi anak-anak murid untuk mengidentifikasikan
ketulenan maklumat supaya dapat menangani masalah kecampuradukan maklumat
pada era globalisasi tersebut.
Untuk menangani cabaran ilmu teknologi maklumat dan komunikasi (ICT),
para pendidik perlulah berperanan sebagai mentor para pelajar untuk mendalami
ilmu ICT tersebut. Hakikatnya, zaman kita sedang berubah, teknologi maklumat dan
komunikasi merupakan salah satu kecederungan masyarakat yang akan datang
(Nursamsu dan Kusnafizal, 2017). Jadi, tugasan seseorang guru bukan lagi
berusaha menghabiskan segala topik yang dicetak dalam silibus pembelajaran,
malahan mereka bertanggungjawab mendidik generasi muda supaya mempunyai
ilmu ICT yang kukuh. Oleh itu, pendidik perlulah mengajar para pelajar tentang
kemahiran ICT. Guru tersebut semestinya mempunyai ilmu berkaitan ICT, barulah
boleh mengajarkan ilmu ICT tersebut yang tepat kepada pada pelajar. Sebagai
ringkasan, demi menyahut cabaran globalisasi, para pendidik perlulah memikul
kewajipan mereka sebagai mentor ilmu ICT kepada anak murid mereka.

Penutup
Sebagai kesimpulannya, guru sebagai tulang belakang dalam sistem
pendidikan sesebuah negara, pastinya banyak menghadapi rintangan kerana
perubahan sedemikian dalam jangka masa yang pendek. Disebabkan dunia kian
berubah, kita insan pendidik juga perlu membuat sedikit perubahan daripada aspek
peranan dan kewajipan. Demi mencapai matlamat konsep ‘desa global’, iaitu
membina sebuah masyarakat yang tiada sempadan, bidang pendidikan akan
dijadikan unsur terpenting untuk melahirkan sumber tenaga mahir yang diperlukan
mengikut kecederungan masyarakat norma baharu ini.

Sumber Rujukan
Suhid, A. (2017). Pemantapan Komponen Akhlak Dalam Pendidikan Islam
Bagi Menangani Era Globalisasi. Jurnal Kemanusiaan, 3(2),
pp. 96-104. In Jurnal Kemanusian UTM
https://jurnalkemanusiaan.utm.my/index.php/kemanusiaan/article/view/150

Castells, M. & Cardoso, G.(Eds), (2005). The Network Society: From Knowledge
to Policy. Washington, USA: John Hopkins Center for Transatlantic Relations.
https://www.researchgate.net/publication/301788885_The_Network_Society
_From _Knowledge_to_Policy

Nadia Fauzi (2017). Penggunaan Media Sosial Dalam Dunia Tanpa Sempadan:
Suatu Kebaikan Atau Keburukan? ,(pp. 1-34),  Institut Latihan Kehakiman dan
Perundangan. http://www.ilkap.gov.my/download/kertaspenyelidikan/
PMSDDTS18122017.pdf
Nursamsu dan Teuku Kusnafizal (2017). Imp (Suhid, 2017)lementasi Pembelajaran
Berbasis ICT
(Information and Communication Technology) Sebagai Alat Bantu Komputer
Multimedia untuk meningkatkan Kompetensi Guru Serta Prestasi Belajar
Siswa, Jurnal Pendidikan Biologi Edisi Agustus, 6(3), (352-355).
https://jurnal.unimed.ac.id/2012/index.php/JPB/article/download/8038/6725

Ramlah Adam., Shakila Parween Yacob, Abdul Hakim Samuri, Muslimin


Fadzil.(2010). Malaysia Dalam Kerjasama Antarabangsa. In Zalehar Raub &
Abdul Ghani Abu (Eds), Buku Teks Sejarah Tingkatan 5 (KBSM) (pp.229-264),
Dewan Bahasa Dan Pustaka.

Tarihoran. E., (2019). Guru Dalam Pengajaran Abad 21. In Tim (Eds), Jurnal
SAPA (Mei 2019), 4(1), (46-58), SPT-IPI MALANG. http://e-journal.stp-
ipi.ac.id/index.php/sapa/article/download/68/62/

Anda mungkin juga menyukai