Anda di halaman 1dari 2

LAPORAN PRA LAWATAN KE PUSAT PEMULIHAN DALAM KOMUNITI (PDK)

TANJUNG BENDAHARA
TARIKH : 6 JULAI 2014
HARI : AHAD
TEMPAT : NO 186,TAMAN PUTRAJAYA LORONG CERMAI 8/1 JALAN TANJUNG
BENDAHARA 05300 ALOR SETAR,KEDAH.
Pada hari ini, kami seramai 8 orang pelajar Institut Perguruan Kampus Darulaman
kursus Pendidikan Khas Masalah Pembelajaran telah mengadakan pra lawatan sambil
belajar ke Pusat Pemulihan Dalam Komuniti Tanjung Bendahara,Taman Putra
Jaya,Alor Setar,Kedah. Pra lawatan ini bertujuan untuk mendapatkan maklumat awal
mengenai PDK tersebut sebelum melaksanakan program selama 5 hari di PDK
berkenaan setelah selesai fasa praktikum kelak,iaitu pada bulan September. Kami
seramai 8 orang guru pelatih telah berkumpul di depan Asrama Perempuan P1 pada
jam 8.45 pagi sebelum bertolak ke PDK berkenaan. Sebaik tiba pada jam 9.30 pagi,
kami disambut oleh para petugas dan pelatih PDK berkenaan dengan mesra.
Walaubagaimanapun, tidak ramai pelatih PDK yang hadir pada waktu itu kerana
menurut penyelia PDK tersebut, kebanyakkan pelatih akan tiba sekitar jam 10.00 pagi.
Kami kemudiannya diberikan penerangan mengenai latar belakang PDK Tanjung
Bendahara oleh penyelia PDK tersebut.Penerangan yang disampaikan meliputi aspek
sejarah PDK tersebut,jumlah pelatih dan petugas yang terdapat di PDK dan aktiviti-
aktiviti yang dijalankan. Petugas PDK ini telah menerangkan serba sedikit mengenai
sejarah penubuhan PDK Tanjung Bendahara ini serta beberapa maklumat penting
berkaitan PDK tersebut. Kami juga berpeluang untuk mengemukakan soalan bagi
mendapatkan kefahaman yang lebih lanjut berkaitan PDK ini. Menurut petugas
tersebut, Pusat PDK Tanjung Bendahara ini terdiri daripada 1 unit rumah yang disewa
oleh Jabatan Kebajikan Masyarakat(JKM) bagi tujuan memberi perkhidmatan dan
kemudahan kepada OKU dan masyarakat setempat untuk mendapatkan maklumat,
khidmat nasihat dan keperluan semasa serta latihan yang bersesuaian. Kami turut
mengambil peluang untuk berkenalan dengan pelatih pelatih yang terdapat di PDK
tersebut. Kami turut bertanya mengenai jens-jenis kecacatan yang ada pada pelatih-
pelatih PDK tersebut. Kebanyakkan pelatih PDK ini tinggal di sekitar Alor Setar dan
Pendang.
Selesai sesi penerangan mengenai PDK dan beramah mesra dengan pelatih, kami
dibawa melawat kemudahan di sekitar kawasan PDK tersebut. Kami diberi penerangan
mengenai bilik - bilik terapi yang disediakan, antaranya ialah bilik terapi cara kerja, bilik
terapi muzik dan kawasan rehat. Di kawasan luar PDK ini pula terdapat kawasan kebun
dan tempat penternakan burung puyuh. PDK ini turut mencari sumber dana melalui
penjualan telur burung puyuh dan hasil tanaman sayuran. Dalam masa yang sama,
petugas turut memberi penerangan mengenai aktiviti pertenakan dan perkebunan
tersebut dijalankan.
Sekitar jam 11.30 tengah hari, kami telah mengadakan perbincangan mengenai hasil
lawatan kami dan kami telah merangka bakal aktiviti yang dijalankan kelak dan
menentukan jumlah bajet yang diperlukan. Sebagai Ajk bendahari, saya telah
mengemukan anggaran perbelanjaan yang dipelukan. Kami telah bersetuju untuk
mengutip sebanyak Rm 30 setiap seorang dan mengutip derma sebagai sumbangan
kepada PDK berkenaan.Selepas perbincangan, kami bersiap sedia untuk pulang
semula ke institut. Sebelum balik ke institut, kami mengambil kesempatan untuk
bergambar kenangan bersama para petugas PDK Tanjung Bendahara tersebut. Kami
juga sempat bersalam-salaman sebelum mengucapkan selamat tinggal.

Disediakan oleh : PAUL ISHAK LASAH
AJK BENDAHARI PDK TANJUNG BENDARA

Anda mungkin juga menyukai