Anda di halaman 1dari 4

KPD 4033 Pengajaran Kepelbagaian Pelajar

Strategi pengajaran untuk Pengajaran Kepelbagaian Bahagian 2 : 1.0 Penerangan (Explanation) 2.0 Penyoalan untuk pemikiran kritis dan kreatif ( Questioning for critical and creative thinking) 3.0 Pengajaran dan pembelajaran rakan sebaya (Peer-tutoring in teaching and learning) 1.0 Kemahiran Penerangan

1.1

Pengenalan

Kemahiran penerangan merupakan satu salah kemahiran mikropengajaran yang perlu dikuasai oleh semua guru atau para pendidik. Pengajaran merupakan satu proses yang rumit yang memerlukan pelbagai kemahiran mengajar supaya pengajaran dan pembelajaran berlaku dengan lebih berkesan. Semua guru perlu menguasai kemahiran ini supaya pelajar memahami maklumat yang ingin disampaikan oleh guru.

1.2

Objektif Kemahiran Penerangan Objektif kemahiran penerangan ialah guru dapat menyampaikan maklumat atau

menjelaskan isi pelajaran dalam masa yang singkat. Selain itu, kemahiran ini adalah memudahkan pelajar memahami konsep atau isi pelajaran dengan jelas. Kemahiran penerangan ini juga digunakan untuk menghuraikan sesuatu proses atau prosedur. Setiap subjek yang sukar pasti difahami oleh pelajar jika penerangan guru adalah jelas. Sekiranya penerangan guru mencapai tahap penerangan yang bernas, kreatif serta kritis, nescaya pelajar-pelajar dapat mengikut pengajaran dan pembelajaran dengan berkesan.

Page 1

KPD 4033 Pengajaran Kepelbagaian Pelajar


1.3 Prinsip-prinsip Panduan Penggunaan Kemahiran Penerangan

Guru hendaklah merancang aktiviti pengajaran dengan memilih cara dan bentuk penerangan yang sesuai. Guru hendaklah menentukan dan menyediakan contoh-contoh dan ilustrasi terlebih dahulu. Penerangan tidak boleh terlalu lama kerana ia akan menimbulkan kebosanan kepada pelajar.

Perkataan dan istilah yang digunakan untuk menerang hendaklah berdasarkan kebolehan dan pengalaman pelajar Guru perlu fasih menggunakan Bahasa Melayu supaya murid faham. Posisi dan gesture badan juga tidak boleh dipandang mudah. Penerangan haruslah berdasarkan pengetahuan pelajar yang lepas supaya mereka dapat mengikutinya dengan mudah dan bermakna. Selepas aktiviti penerangan, guru hendalah menggalakkan pelajar bertanya perkara-perkara yang tidak difahami.

1.4

Jenis-jenis Penerangan

Terdapat tiga jenis penerangan iaitu penaakulan, interpretif dan deskriptif. Penerangan jenis penaakulan adalah menggunakan proses logik untuk menjawab soalan dan menstrukur semula konsep atau idea. Penerangan jenis interpretif pula, adalah untuk menghuraikan maksud sesuatu istilah, konsep, prinsip atau teori.Manakala penerangan jenis deskriptif adalah untuk menghuraikan proses, struktur dan prosedur. Penerangan jenis ini sesuai untuk memberi arahan dalam melakukan sesuatu eksperimen.

Page 2

KPD 4033 Pengajaran Kepelbagaian Pelajar

1.5

Komponen-komponen Kemahiran Penerangan

Terdapat empat komponen kemahiran penerangan iaitu aras permulaan, kemahiran ilustrasi, penyusunan idea dan penutup.

a) Aras Permulaan Guru perlu mahir memulakan penerangan supaya dapat merangsang dan mengekalkan minat dan tumpuan kepada perkara yang diterangkan. Guru perlu mempertimbangkan kesediaan pelajar dan kesesuaian isi pelajaran.

b) Kemahiran Ilustrasi Contoh dan ilustrasi yang diberikan perlu mencukupi sesuai dengan peringkat umur dan isi kandungan yang hendak diterangkan menarik dan berkesan. Penggunaan bahan perlu dapat merangsang minat dan membantu kefahaman pelajar.

c) Penyususan Idea Penyusunan idea perlu dibuat secara sistematik dan berperingkat-peringkat dan idea dikembangkan secara teratur. Penerangan lisan jelas dan tepat.

d) Penutup Isi-isi penting dinyatakan secara bertulis Isi-isi penting disusun secara teratur Penyataan penutup ringkas, tepat dan jelas.

Page 3

KPD 4033 Pengajaran Kepelbagaian Pelajar


1.6 Penutup

Penggunaan kemahiran penerangan ini memberi kesan di dalam proses pengajaran dan pembelajaran jika guru menggunakannya dengan baik. Kesankesannya ialah pelajar dapat memahami konsep dan isi pelajaran dengan cepat, mudah dan tepat. Selain itu, pelajar dapat menumpukan perhatian terhadap aktiviti pengajaran guru sekiranya guru memberi penerangan dengan menarik dan bermakna.Secara tidak langusng, masa aktiviti pengajaaran dapat dijimatkan.

Page 4

Anda mungkin juga menyukai