Anda di halaman 1dari 21

BAHASA MELAYU & KOMUNIKASI

KOMUNIKASI KHALAYAK

Komunikasi Khalayak
Definisi : Komunikasi : Schrammn (seperti yang dipetik dalam Ahmad Kamil Mohamed, 1992) komunikasi didefinisikansebagai usaha untuk berkongsi maklumat, satu idea dan sikap. Komunikasi memerlukan tiga elemen, iaitu sumber mesej dan destinasi. Khalayak: secara umumnya, merupakan elemen yang terpenting dalam penyampaian ucapan. Tanpa khalayak, pengucap tidak akan dapat meneruskan ucapanya. Hassan Haji Hamzah (1996) mendefinisikan khalayak sebagai Kumpulan manusia yang menonton sesebuah filem, pementasan, persembahan,penulisan dan sebagainya(hlm 18). Khalayak yang aktif penonton yang tahu menghargai dan memberi segala perhatian terhadap apa yang disampaikan dalam sesebuah persembahan atau ucapan.

Teks Ucapan
Noresah Baharom (2002)
menakrifkan ucapan sebagai apa yang diucapkan, perkataan, syarahan, pidato, kata-kata penghargaan ataupun kata-kata yang melahirkan terima kasih.

Secara am ucapan bermaksud penyampaian idea-idea secara lisan kepada khalayak dalam bentuk pidato. Ucapan biasanya disampaikan dalam majlis-majlis tertentu antaranya majlis perasmian, majlis pelancaran sesuatu projek, majlis perpisahan, sambutan istimewa dan sebagainya. Penghasilan teks ucapan yang baik penulis perlu menguasai kemahiran menulis agar bahan ucapan yang dihasilkan berkualiti dan dapat difahami khalayak dengan sebaik mungkin.

Ciri-ciri Ucapan:
Isi ucapan dimulakan dengan ucapan terima kasih dan menyatakan tujuan ucapan.

Pembuka kata dimulakan dengan kata alu-aluan kepada para hadirin.

Seterusnya diikuti oleh isi ucapan. Ucapan perlu diakhiri dengan kesimpulan akhiri ucapan dengan terima kasih.

Pidato
Pidato adalah tergolong dalam komunikasi pertuturan yang bermaksud ucapan yang disampaikan secara individu kepada khalayak (pendengar atau penonton) dan memperkatakan perkara/bidang tertentu. Gerak geri / gaya pemidato seperti mimik muka, intonasi suara dan cara berpakaian dianggap penting untuk lebih menyakinkan penonton. Contoh pemidato seperti pemimpin politik, persatuan, agama(ulama) yang mempunyai sikap karismatik (daya penarik individu) semasa berpidato. Pemidato menjelaskan beberapa perkara tentang tajuk dalam tempoh yang ditetapkan untuk mempengaruhi hadirin agar bersetuju/bersikap positif terhadap hujahan yang disampaikan.

Pidato

Ciri-ciri
Pendahuluan pidato dimulakan dengan katakata aluan. Isi dimulakan dengan ucapan terima kasih dan menyatakan tajuk pidato, dan seterusnya diikuti isi pidato. Diakhiri dengan kesimpulan dan diikuti dengan ucapan terima kasih.

Dua Jenis Pidato.

pertandingan

Berbentuk terbuka Cth:syarahan agama

Susuanan pidato : Fakta, gaya, ayat yang betul, mudah & jelas.
Kebolehan pemidato: Fasih berucap, jelas, dan lancar dengan gaya dan ekpresi yang Mempersona hadirin.

Penerangan ttg isu/ tajuk

Mempengaruhi hadirin dan pendengar supaya memberi perhatian yg serius trhdp sst Isi/hujahan yg disampaikan.

Tujuan Pidato
Memberitahu pendengar ttg perkara semasa

Keyakinan kpd pendengar ttg pendirian pemidato

Memdidik hadirin ttg Perkara baharu yg bakal dilaksnanakan

Proses Pidato
1. Mengenalpasti jenis pidato 2. Mengetahui tempat pidato 3. Menyelidik dan menilai latarbelakang khalayaknya. 4. Mencari bahan 5. Memberi perhatian terhadap masa yang ditetapkan. 6. Menyediakan isi syarahan

Taklimat
Definisi: Ensiklopedia Malaysia (1995:419), taklimat ialah perkataan arab yang membawa maksud segala penerangan ringkas tentang sesuatu. Ialah keterangan ringkas mengenai sesuatu yang berlaku atau sesuatu yang dihasilkan. Ucapan memaklumkan dan disampaikan secara dua hala. Proses komunikasi sehala atau dua hala dalam menjelaskan atau memberi informasi tertentu kepada audien.

Ceramah
Definisi: Pengucapan tentang sesuatu perkara seperti bahasa, politik, penyakit dll. Proses komunikasi sehala atau dua hala dalam menjelaskan atau memberi informasi tertentu kepada audien. Salah satu cara dalam mengendalikan kursus. Tujuan: menyampaikan mesej memujuk audien kearah perubahan positif

Ciri-ciri ceramah: 1. Disampaikan dalam majlis dan perhimpunan 2. Tajuk ceramah telah ditetapkan. 3. Tujuan ceramah menyampaikan pengetahuan. 4. Menggunakan bahasa yang difahami. 5. Teknik penyampaian yang pelbagai. 6. Ceramah ada format. 7. Penceramah ada penceramah, mesej dan audien 8. Hubungan 2 hala.

Ciri-ciri penceramah:
1. 2. 3. 4. 5. 6. 7. 8. 9. 10. 11. 12. Ikhlas Amanah Bertanggungjawab Peramah Berkeyakinan Suka menolong Rajin berusaha Berpandangan jauh Perjuangan yang jelas Berdikari Mempunyai cita-cita Tidak berputus asa

Pengumuman
Definisi: Arbak Othman (1995:98), hal yang disebarkan atau makluman. Kamus Dewan Edisi Ketiga(1994: 1518), membawa maksud pihak yang mengumumkan, pemberitahuan, kepada orang ramai atau pemaklum. Ciri-ciri: 1. Disebarkan kepada orang ramai dengan harapan pendengar dapat menerima maklumat dengan lebih tepat. 2. Gunakan bahasa yang mudah. 3. Tepat, ringkas, dan jelas tanpa menyelitkan celoteh yang panjang. 4. Mesej perlu diterima tanpa menimbulkan sebarang kekeliruan.

sambungan
Jenis-jenis pengumuman: Pengumuman dalam keselamatan awam. contoh: pengumuman kawasan larangan, membaiki lintasan awam, perintah berkurung dan bangunan yang berbahaya. Pengumuman untuk kepentingan awam. contoh: gangguan bekalan elektrik, gangguan bekalan air, kematian, perkahwinan etc. Media: 1. Sepanduk 2. Poster 3. Papan tanda 4. Iklan

PENGACARA MAJLIS
Konsep: Ialah individu pertama yang tampil ke hadapan dalam setiap majlis kerana merekalah yang akan membuka tirai awal memperkenalkan satu-satu majlis itu. Mengendalikan majlis berdasarkan aturcara yang dijadikan sebagai garis panduan kepadanya.

sambungan
Ciri-ciri Pengacara Majlis: 1. Kebolehan Fizikal Fasih dalam penggunaan bahasa, mudah mesra, mahir dalam protokol, tidak gagap, tidak gemuruh, kestabilan emosi, tidak cacat, sedia bekerjasama, cepat dalam pergerakan, tidak panik, memahami bahasa isyarat dan mahir mengawal suara dengan baik.

sambungan
2.Kebolehan Intelektual Taakulan Kebolehan mengira Ketajaman ingatan Kelancaran bahasa Pengacara majlis juga perlu ada ciri-ciri perawakan yang menarik seperti wajah yang menarik, pandai memilih pakaian, tahu menghias wajah, mempunyai gaya diri yang bersesuaian dan mempunyai teknik kawalan emosi yang berkesan.

sambungan
Tatacara Pengacara Majlis: Majlis formal: Membuka majlis Memperkenalkan perucap Mengulas atau merumus ucapan Mengawal majlis Menjaga protokol Mengawal suara Mengawal PA sistem jika perlu

sambungan
Majlis tidak formal Juruacara bagi menghidupkan majlis. Pengacara majlis lebih bebas dalam membuat pengumuman, ulasan atau berjenaka.

Rujukan
1.

2.
3. 4.

Rozita Mohamed, Khairul Nazri.,Referens Persis Bahasa Melayu UPSR, Penerbit Pan Earth SDN., BHD. Nuraini Yusoff, et. all,(2002) Bahasa Melayu Untuk Pengurusan, Penerbit Universiti Utara Malaysia. Sulaiman Masri et. All.,Bahasa Melayu Dimensi Pengajaran dan Pembelajaran, Utusan Publications & Distributors SDN BHD. Siti Hajar Hj. Abdul Aziz, (1997), Aktiviti Lisan, Kumpulan Budiman SDN BHD, Kuala Lumpur.

Anda mungkin juga menyukai