Anda di halaman 1dari 28

1

1.0 PENGENALAN

Penulisan karangan adalah suatu proses pengajaran yang melibatkan kemahiran menyusun isi
atau fakta, menulis perenggan, menulis ayat tesis, ayat topik, ayat sokongan, ayat kesimpulan
dan lain-lain yang berkaitan. Karangan yang berkualiti bukan sahaja dinilai daripada
ketepatan kepada topik yang dibicarakan namun juga terletak pada struktur dan kemapanan
wacananya. Tatabahasa wacana dalam penulisan bergantung kepada jenis karangan yang
hendak dihasilkan.
Leman Ahmad (1984) mengklasifikan wacana kepada lima bentuk berdasarkan fungsi
bahasa iaitu wacana ekspresif yang bersumberkan gagasan penutur atau penulis sebagai
saranan ekspresi misalnya dalam karangan berbentuk pidato dan perbahasan. Seterusnya,
wacana fatis merujuk kepada saluran untuk melancarkan komunikasi dan wacana informasi
bersumberkan pesanan atau informasi seperti karangan berbentuk berita. Wacana estetik pula
mengambarkan keindahan seperti sajak, syair, gurindam, seloka dan lagu. Akhir sekali iaitu
wacana direktif seperti khutbah yang memerlukan tindakan atau reaksi daripada mitra
penutur.
Pengajaran tatabahasa wacana adalah amat penting bagi memastikan buah fikiran
mengenai sesuatu topik dapat disampaikan dengan jelas dalam bentuk penulisan karangan.
Bentuk wacana yang digunakan juga adalah berbeza bergantung kepada jenis karangan yang
dihasilkan sama ada berformat atau tidak berformat. Tatabahasa wacana dapat
mengembangkan idea secara berkesinambungan. Sekiranya tatabahasa wacana ini dapat
dikuasai oleh murid, maka proses percambahan pemikiran yang berkesan dapat dilakukan
menerusi penulisan karangan.
Di peringkat sekolah rendah, tatabahasa wacana dalam pengajaran penulisan amat
dititikberatkan. Sekiranya tatabahasa wacana ini dikuasai oleh murid-murid sejak awal lagi
mereka tidak akan menghadapi masalah untuk menghasilkan penulisan di peringkat yang
lebih tinggi. Kamarudin Haji Husin (1988) menjelaskan bahawa pengajaran tatabahasa dalam
penulisan membolehkan pelajar untuk bercerita, berhujah atau bersyarah mengenai sesuatu
kejadian, cerita atau tajuk bagi perbincangan. Dalam masa yang sama, pelajar juga dapat
menulis pengalaman sendiri, cerita, membuat laporan dan menulis surat kiriman rasmi atau
surat kiriman tidak rasmi.
Keupayaan dan kemahiran mereka hanya dapat dibentuk sekiranya proses pengajaran
wacana penulisan adalah berkesan khususnya di peringkat sekolah rendah. Strategi
pengajaran wacana penulisan yang berkesan memudahkan murid-murid untuk menguasai
2

kemahiran menulis karangan dengan baik. Justeru itu, guru perlulah bijak memikirkan
strategi dan teknik yang bersesuaian untuk mengajar penulisan karangan. Strategi dan teknik
yang dipilih perlulah bersesuaian dengan tahap kecerdasan dan kebolehan murid.
Tugasan ini membincangkan beberapa perkara utama berkaitan dengan tatabahasa
wacana dalam pengajaran penulisan karangan peringkat sekolah rendah. Pandangan daripada
ahli bahasa digunapakai untuk memperjelaskan konsep sebenar tatabahasa wacana ini. Selain
itu, strategi pengajaran wacana juga dihuraikan sesuai dengan peranan guru untuk
mengaplikasikan strategi pengajaran yang berkesan dan sesuai dengan golongan sasar iaitu
murid-murid di sekolah rendah.
Wacana memainkan peranan penting untuk menghasilkan sesebuah penulisan. Ia
mempunyai kepentingan yang tersendiri bagi mengembangkan idea. Maka ciri-ciri dan
kepentingannya turut diperhalusi dalam tugasan ini. Beberapa contoh aplikasi penulisan
wacana berbentuk fakta turut dihuraikan bagi memperlihatkan fungsi dan kepentingannya.
Aplikasi penulisan wacana ini berkait rapat dengan strategi pengajaran guru dalam aktiviti
penulisan karangan. Justeru itu, dalam tugasan ini, satu analisis berkaitan tatabahasa wacana
penulisan karangan dilakukan dengan befokuskan perkara-perkara seperti yang telah
dinyatakan.

















3

2.0 DEFINISI DAN KONSEP TATABAHASA WACANA DALAM PENULISAN
KARANGAN

Tatabahasa merupakan nadi dalam pertuturan dan penulisan. Tatabahasa yang betul dalam
ayat dan sesebuah penulisan mampu memukau pembaca. Selain mesej mudah disampaikan,
tatabahasa dalam penulisan mampu memperlihatkan keindahan bahasa itu sendiri. Pengajaran
tatabahasa membolehkan murid-murid berkomunikasi dalam Bahasa Malaysia dengan baik.
Pengetahuan dan kemahiran berkomunikasi ini membantu murid menghasilkan ayat yang
gramatis dan berkomunikasi secara berkesan (Abdul Aziz Abdul Talib, 2000).
Tatabahasa ialah pengetahuan atau pelajaran tentang pembentukan perkataan dan
proses pembinaan ayat iaitu penyusunan kata dalam ayat. Wacana pula membawa maksud
kesatuan idea yang utuh, sama ada dalam bentuk lisan atau tulisan (Kamus Dewan, 2010).
Nik Safiah Karim et al. (2010) menjelaskan bahawa wacana ialah unit bahasa yang melebihi
batas ayat. Wacana boleh terdiri daripada ayat, sejumlah ayat, ceraian, dialog, bab, buku, siri
buku dan sebagainya, yang memperlihatkan hubungan dan perkembangan fikiran yang
berurutan dan lengkap. Dari segi hierarki tatabahasa, wacana terletak pada hierarki yang
tertinggi selepas ayat.
Oleh itu dapatlah dirangkumkan bahawa tatabahasa wacana merupakan pengetahuan
dan proses pembentukkan ayat yang berupaya menyampaikan maksud atau idea berkaitan
sesuatu topik. Idea yang disampaikan sentiasa mempunyai kesinambungan daripada satu ayat
ke ayat yang lain atau daripada satu perenggan kepada perenggan yang lain dan masih terikat
kepada topik perbincangan.
Dalam pengajaran penulisan, guru dapat melihat dan menilai kebolehan murid
mengaplikasi dan menghubungkaitkan penggunaan kemahiran bahasa yang telah dipelajari
mengikut tahap pencapaian dan kebolehan mereka. Sesuatu penulisan atau tatabahasa wacana
didirikan oleh pelbagai ciri kebahasaan yang meliputi perkataan, rangkai kata atau frasa dan
ayat. Justeru itu, penghasilan penulisan adalah kemahiran yang penting dalam penguasaan
bahasa (Adenan Ayob dan Mohd Rain Shaari, 2013).
Pengajaran tatabahasa wacana dalam penulisan secara umum meliputi pengaplikasian
aspek bahasa yang lain seperti tatabahasa, sistem ejaan, kosa kata dan semantik. Dalam
penulisan peringkat sekolah rendah, murid-murid dilatih untuk mengungkapkan idea dengan
tepat dan jelas berkaitan dengan sesuatu perkara. Perkara ini termasuklah kegiatan harian
serta pengalaman kehidupan mereka dalam bentuk penulisan.
4

Kementerian Pendidikan Malaysia telah mengariskan konsep tatabahasa wacana
dalam penulisan karangan menerusi Huraian Sukatan Pelajaran Kurikulum Baharu Sekolah
Rendah (KBSR) dan Huraian Sukatan Pelajaran Kurikulum Bersepadu Sekolah Menengah
(KBSM). Tatabahasa wacana dalam penulisan ini merupakan intipati utama dalam kemahiran
menulis yang ditekankan. Dalam Huraian Sukatan Pelajaran Tahun Enam misalnya, hasil
pembelajaran yang perlu dicapai oleh setiap murid adalah dilebalkan pada bilangan 8 hingga
11 dan pecahannya adalah seperti dalam Jadual 2.1.

Jadual 2.1 : Hasil Pembelajaran Tahun Enam (Kemahiran Menulis)
Kemahiran
Bahasa
Hasil
Pembelajaran
Pecahan Hasil Pembelajaran
Menulis
8.0
Menggunakan
pelbagai jenis
ayat dan
wacana dalam
penulisan.
8.1
Membina dan menulis perkataan, ayat tunggal
dan ayat majmuk.
8.2
Membina dan menulis ayat tunggal dan ayat
majmuk dalam sesuatu penulisan teks tentang
sesuatu tajuk.
8.3
Menulis perkataan dan ayat dengan tulisan
berangkai yang kemas.
8.4
Membina dan menulis ayat topik dan ayat
huraian berdasarkan sesuatu perkara.
8.5
Mengenal pasti dan menggunakan penanda
wacanan yang sesuai dalam satu perenggan atau
antara perenggan bagi sesebuah karangan.
8.6
Membina wacana yang sempurna bagi
keseluruhan karangan.
9.0
Mencatat dan
menyusun
maklumat.
9.1 Mengambil imlak teks yang diperdengarkan.
9.2
Mengenal pasti maklumat dan mencatat nota
daripada bahan yang didengar atau dibaca.
9.3
Menyusun maklumat secara kohesi daripada
nota atau catatan hasil daripada bahan yang
didengar atau dibaca.
10.0
Menghasilkan
10.1
Menghasilkan pelbagai genre (prosa dan puisi)
termasuk e-mel yang mudah, menarik dan
5

penulisan
kreatif dan
bukan kreatif.
bermakna.
10.2 Mengedit dan memurnikan hasil penulisan.
10.3
Membuat ringkasan daripada bahan yang
didengar dan dibaca.
11.0
Membuat
ulasan tentang
bahan yang
didengar,
ditonton atau
dibaca.
11.1
Menyatakan pandangan tentang perkara yang
menarik dalam sesebuah karya.
11.2
Mengulas karya bukan sastera dari aspek
penggunaan perkataan, idea, ayat, wacana, nilai
dan pengajaran.
11.3
Mengulas karya sastera yang mudah secara
umum dari aspek tema dan persoalan, watak
dan perwatakan, nilai dan pengajaran dan gaya
bahasa.
11.4
Memberikan komen dan pandangan tentang
pendapat yang disampaikan oleh pihak lain.

Merujuk kepada jadual di atas, hasil pembelajaran 8.0 menekankan keupayaan murid untuk
menggunakan pelbagai jenis ayat dan wacana dalam penulisan. Begitu juga dengan hasil
pembelajaran 9.0, 10.0 dan 11.0, ia adalah hasil pembelajaran kemahiran penulisan yang
perlu dikuasai oleh setiap murid. Ini bermakna pengajaran yang berkaitan dengan tatabahasa
wacana dalam penulisan merangkumi pengjaaran tentang penulisan ayat, penggunaan
penanda wacana, penulisan ayat topik, ayat sokongan dan kesimpulan adalah perkara penting
yang perlu diajar oleh setiap guru kepada murid (Adenan Ayob dan Mohd Rain Shaari,
2013).
Selaras dengan perubahan kurikulum kebangsaan, iaitu perubahan Kurikulum
Bersepadu Sekolah Rendah (KBSR) kepada Kurikulum Standard Sekolah Rendah (KSSR)
misalnya, tatabahasa wacana dalam penulisan karangan sentiasa ditekankan dan turut
diperkasakan. Standard Kurikulum Bahasa Malaysia Sekolah Rendah telah menggariskan 22
objektif yang melibatkan Kemahiran Mendengar, Kemahiran Bertutur, Kemahiran Membaca
dan Kemahiran Menulis. Dalam objektif ini pula terdapat 8 objektif yang menekankan aspek
kemahiran menulis bermula daripada pramenulis hinggalah membuat ulasan iaitu;
a. Melakukan aktiviti pramenulis dengan betul.
b. Menulis secara mekanis dengan betul dan kemas.
6

c. Membina dan menulis perkataan, frasa dan ayat dengan betul.
d. Menulis imlak dengan tepat.
e. Mencatat dan menulis untuk menyampaikan maklumat tentang sesuatu perkara
dengan menggunakan bahasa yang santun.
f. Menghasilkan penulisan kreatif dalam pelbagai genre dengan betul.
g. Mengedit dan memurnikan hasil penulisan.
h. Menulis ulasan berdasarkan maklumat yang diperoleh daripada pelbagai sumber.

Jadual 2.2 : Standard Kandungan dan Standard Pembelajaran Kemahiran Menulis

Kelompok
Standard
Kandungan
Standard Pembelajaran
1
3.2 Menulis huruf,
suku kata,perkataan,
frasa dan ayat secara
mekanis dengan betul
dan kemas.
3.2.6
Menulis ayat dalam perenggan secara
mekanis dengan betul dan kemas.
3.2.7
Menulis ayat majmuk secara mekanis
dalam bentuk tulisan berangkai dengan
betul dan kemas.
2
3.4 Menulis imlak
dengan tepat.
3.4.1
Menulis perkataan berimbuhan pinjaman
dengan ejaan yang tepat secara imlak.
3.4.2
Menulis frasa dan ayat yang ada perkataan
berimbuhan pinjaman dengan ejaan dan
tanda baca yang tepat secara imlak.
3.8 Mengedit dan
memurnikan hasil
penulisan dengan
betul.
3.8.2
Mengedit dan memurnikan hasil penulisan
daripada aspek ejaan, tanda baca,
penggunaan kata, imbuhan dan struktur
ayat.
3
3.3 Membina dan
menulis perkataan,
frasa dan ayat yang
betul.
3.3.3
Membina dan menulis jawapan
pemahaman berdasarkan soalan tertumpu
dan bercapah dengan betul.
3.3.4
Membina kerangka untuk menulis pelbagai
jenis karangan dengan betul.
3.5 Mencatat
maklumat yang betul
3.5.2
Mencatat maklumat yang betul mengikut
urutan untuk membuat carta daripada
7

tentang sesuatu
perkara daripada
pelbagai sumber.
pelbagai sumber.
3.9 Menulis ulasan
tentang pelbagai
bahan sastera dan
bukan sastera yang
didengar, ditonton
atau dibaca dengan
betul.
3.9.1
Menulis ulasan tentang bahan bukan
sastera yang didengar, ditonton atau dibaca
dengan jelas dan menggunakan bahasa
yang gramatis.
4
3.6 Menulis untuk
menyampaikan
maklumat tentang
sesuatu perkara
dengan menggunakan
bahasa yang santun.
3.6.1
Menulis untuk menyampaikan maklumat
yang betul dengan menggunakan idea
utama dan idea sampingan serta
menegaskan kesantunan berbahasa.
3.6.2
Menulis untuk menyampaikan maklumat
berbentuk surat, laporan dan cerita dengan
jelas serta menggunakan bahasa yang
santun.
3.7 Menghasilkan
penulisan kreatif
dalam pelbagai genre
dengan betul.
3.7.1
Menghasilkan rangka pendahuluan, isi dan
penutup dalam penulisan kreatif dengan
betul.
3.7.2
Menghasilkan penulisan kreatif berbentuk
imaginatif dan deskriptif dengan betul.

Merujuk kepada Jadual 2.2 Standard Kandungan dan Standard Pembelajaran Kemahiran
Menulis tahun 4, setiap kelompok memfokuskan keupayaan murid untuk menguasai
kemahiran menulis iaitu bermula dengan pembinaan ayat hinggalah menghasilkan penulisan
kreatif dalam pelbagai genre. Kelompok 3 dan 4 misalnya memerlukan penguasaaan
tatabahasa wacana dalam kalangan murid. Apabila murid berjaya menguasai tatabahasa
wacana, mereka tidak menghadapi masalah untuk menghasilkan penulisan yang kreatif
dengan gaya bahasa yang gramatis,menarik dan menepati topik perbincangan. Idea juga dapat
dikembangkan dengan menarik serta disokong dengan contoh-contoh yang relevan. Hasilnya
karangan yang dihasilkan mampu memukau para pembaca malah menjadi rujukan.
8

3.0 STRATEGI PENGAJARAN WACANA PENULISAN KARANGAN
PERINGKAT SEKOLAH RENDAH

Menurut Adenan Ayob dan Mohd Rain Shaari (2013), strategi pengajaran penulisan yang
berkesan akan memberikan impak kepada keupayaan murid untuk menghasilkan karangan
yang baik dan gramatis. Terdapat beberapa perkara yang perlu dititikberatkan oleh guru
dalam usaha untuk meningkatkan kemahiran menulis karangan sama ada karangan berformat
atau karangan bebas.
Strategi pengajaran perlulah sistematik, teratur dan benar-benar sesuai dengan tahap
pemikiran dan keupayaan murid. Strategi ini melibatkan tiga peringkat iaitu sebelum, semasa
dan selepas penulisan (Kamarudin Husin, 1988). Ketiga-tiga peringkat tersebut perlulah
ditekankan untuk memastikan proses pengajaran adalah berkesan.

a. Peringkat sebelum penulisan
Sebelum memulakan penulisan, kehendak dan format penulisan perlulah difahami dengan
sebaik-baiknya. Kata kunci dalam setiap soalan yang diberi perlulah digariskan. Bagi
memudahkan peringat semasa penulisan, isi atau kerangka penulisan perlulah dicatat.
Setiap karangan yang baik perlulah ada pendahuluan, isi dan penutup. Terdapat pelbagai
cara untuk mencatat isi dan bergantung kepada penulis. Cara yang paling mudah adalah
dengan menggunakan peta minda dan penomboran. Dengan cara ini, penulisan akan lebih
terancang dan teratur malah masa penulisan juga dapat dijimatkan kerana gambaran awal
telah dilakukan.

b. Peringkat semasa penulisan
Semasa menghasilkan karangan, kerangka karangan atau catatan isi yang telah dibuat
perlulah dirujuk. Penulisan haruslah mengikut soalan dan format yang dikehendaki.
Pendahuluan karangan perlulah ringkas dan merangkumi ayat topik, ayat sokongan dan
kesimpulan yang mudah untuk difahami. Pendahuluan ini perlulah menjurus kepada topik
karangan. Pengenalan perlulah mempengaruhi atau menarik minat pembaca untuk
mengikuti sesuatu penulisan (Juriah Long, Raminah Sabran dan Sofiah Hamid, 1990).
Setiap perenggan bagi isi karangan perlulah mempunyai isi utama, isi sampingan dan
diikuti dengan contoh. Penanda wacana hendaklah digunakan dengan betul dalam
penulisan agar kesinambungan dapat diwujudkan. Kohesi dan koheran setiap ayat juga
9

perlu dititkberatkan bagi membentuk ayat yang gramatis. Penutup juga hendaklah ringkas
yang menunjukkan rumusan atau kesimpulan keseluruhan penulisan.
Menurut Juriah Long, Raminah Sabran dan Sofiah Hamid (1990), sebagaimana
pendahuluan, penutup juga harus memberi kepuasan kepada pembaca. Dalam peutup juga
digambarkan pendapat ringkas tentang sesuatu perbincangan atau tajuk. Justeru itu,
penamatan penulisan secara tergantung atau mengejut perlu dielakkan. Penggunaan
sistem ejaan, tanda baca, tatabahasa, kosa kata dan wacana yang betul dan sesuai
hendaklah dipatuhi. Aspek-aspek ini menjadi pengukur bagi menghasilkan penulisan
berkualiti selain isi karangan yang tepat.

c. Peringkat selepas penulisan
Setelah selesai menulis, karangan tersebut hendaklah dibaca semula. Dalam masa yang
sama beberapa aspek perlulah disemak dengan teliti iaitu format, isi atau huraian,
imbuhan, struktur ayat, ejaan, tanda baca dan perbendaharaan kata. Apabila kesalahan
telah dikenal pasti, kesilapan tersebut perlulah dibaiki. Penambahan juga boleh dilakukan
apabila terdapat kekurangan dalam karangan. Apabila kesalahan dalam aspek-aspek ini
dapat dibaiki, potensi untuk menghasilkan sebuah karangan yang berkualiti adalah besar.

Huraian Sukatan Pelajaran Kurikulum Bersepadu Sekolah Rendah (KBSR) dan
Kurikulum Standard Sekolah Rendah (KSSR) telah menggariskan beberapa strategi
pengajaran yang sesuai untuk diaplikasikan dalam pengajaran wacana penulisan karangan
peringkat sekolah rendah. Strategi-strategi ini digunakan untuk mencapai hasrat dan matlamat
KBSR dan KSSR tersebut. Hal ini selaras dengan usaha memenuhi konsep bersepadu dalam
Falsafah Pendidikan Kebangsaan.
Terdapat pelbagai strategi, pendekatan, kaedah dan teknik yang dapat diaplikasikan
dalam pengajaran aspek-aspek bahasa termasuklah pengajaran penulisan wacana. Namun,
tidak terdapat satu pendekatan, kaedah dan teknik yang paling sesuai digunakan di dalam
bilik darjah melainkan ia disesuaikan dengan topik-topik penulisan yang hendak diajar. Ia
juga bergantung kepada kebijaksanaan guru untuk memilih strategi, pendekatan, kaedah dan
teknik untuk memastikan murid-murid mengambil bahagian secara aktif dalam aktiviti-
aktiviti yang dilaksanakan di dalam bilik darjah. Justeru itu, pengajaran dan pembelajaran
mestilah berpusatkan murid.
Melalui strategi berpusatkan murid, murid-murid memainkan peranan utama dan
dibimbing oleh guru semasa menjalankan aktivti pembelajaran. Komunikasi dan interaksi dua
10

hala juga wujud antara guru dan murid atau murid dengan murid. Murid juga digalakkan
untuk memberi pendapat mereka. Oleh itu, murid dapat membina keyakinan berbahasa.
Strategi berpusatkan murid selari dengan pembelajaran masteri yang menekankan keperluan
memastikan murid menguasai hasil pembelajaran yang ditetapkan. Dalam pengajaran
wacana, murid-murid berpeluang untuk menunjukkan sifat kreatif dan berinisiatif.
Raimes dalam Juriah Long et al (1990) mengemukakan empat pendekatan pengajaran
penulisan wacana iaitu:

a. Pendekatan Terkawal
Melalui pendekatan ini, guru dapat memandu dan mengawal murid daripada
melakukan kesalahan. Pada peringkat awal, guru mengawal secara menyeluruh.
Namun begitu, murid-murid masih diberikan kebebasan untuk memilih
perbendaharaan kata atau struktur ayat mereka sendiri. Contohnya, guru memberikan
senarai frasa yang berkaitan dengan sesuatu topik dan murid perlu membina ayat
untuk melengkapkan wacana tersebut.

b. Pendekatan Bebas
Pendekatan ini memberi kebebasan kepada murid untuk menyuarakan pendapat
mereka tentang sesuatu topik penulisan. Walau bagaimanapun, pendekatan ini hanya
sesuai digunakan bagi murid yang sudah dapat menguasai bahasa dengan baik.
Misalnya dalam pengajaran penulisan wacana yang mempunyai hubung kait dengan
masalah penggunaan dadah dalam kalangan remaja. Guru boleh menunjukkan
keratan-keratan akhbar kepada murid-murid dan meminta mereka mengutarakan
pendapat melalui aktiviti sumbang saran. Melalui cara ini, murid akan lebih berminat,
aktif dan dapat meningkatkan motivasi dan keyakinan.

c. Pendekatan Komunikatif
Pendekatan ini menekankan keupayaan murid menggunakan dan memahami bahasa
dengan wajar dalam proses komunikasi dan berinteraksi dengan individu lain dan
jalinannya dengan konteks sosial. Selain itu, pendekatan ini sesuai dengan murid-
murid yang telah mempunyai pengetahuan tentang struktur bahasa dan kebolehan
membina ayat-ayat yang gramatis. Contohnya, penulisan tentang kemajuan teknologi
perubatan, murid-murid tersebut mestilah memasukkan istilah-istilah atau frasa yang
berhubungkait dengan teknologi dengan menggunakan laras bahasa perubatan. Oleh
11

demikian, pendekatan ini membolehkan murid-murid menggunakan bahasa yang
sesuai untuk tujuan berkomunikasi termasuk dalam penulisan. Justeru itu, guru perlu
memastikan dan menggalakkan murid menulis sama seperti dalam situasi kehidupan
mereka seharian. Pendekatan ini juga menekankan agar murid-murid menulis wacana
untuk tujuan dibaca atau diamati oleh orang lain.

d. Pendekatan Pola-Perenggan
Pendekatan ini mengutamakan ciri-ciri pembentukan perenggan yang baik. Melalui
pendekatan ini, murid-murid dilatih untuk memberikan pendapat dalam perenggan
dengan kemas dan teratur. Selain itu, pendekatan ini juga dapat membantu murid-
murid mengetahui cara-cara meringkaskan penulisan dengan baik.

Oleh yang demikian, strategi pengajaran wacana penulisan karangan perlulah bernas, padat
dan berstruktur. Ia juga perlulah mudah untuk diikuti oleh murid-murid. Apabila mereka
dapat mengikutinya dengan mudah maka mereka dapat mengaplikasikannya dalam setiap
aktiviti menulis karangan. Justeru itu, murid-murid dapat menghasilkan karangan yang
berkualiti.
















12

4.0 CIRI-CIRI DAN KEPENTINGAN MENGAPLIKASIKAN WACANA DALAM
PENULISAN KARANGAN

4.1 Ciri-ciri Wacana
Suatu wacana yang utuh mempunyai dua ciri utama, iaitu kohesi (atau tautan) dan koheren
(atau runtutan). Wacana yang utuh mempunyai ciri-ciri yang tersendiri. Ciri-ciri tersebut
termasuklah tujuan sesuatu wacana, penerimaan oleh pendengar atau pembaca, maklumat
yang terkandung, keadaan yang mewujudkan wacana dan interaksi atau peranan wacana-
wacana lain yang membantu pendengar atau pembaca memahami apa yang didengar atau
dibaca (Nik Safiah Karim et al, 2010).

a. Kohesi
Kohesi ialah ciri wacana yang membawa keserasian hubungan antara satu unsur
linguistik dengan unsur linguistik yang lain dalam sesuatu wacana untuk
menghasilkan wacana yang lengkap. Keserasian hubungan ini lazimnya dilihat
melalui hubungan antara satu perkataan, frasa atau ayat dengan perkataan, frasa atau
ayat lain dalam wacana yang sama. Contohnya :

i. Ali dan adiknya pulang ke kampung untuk berhari raya.
ii. Mereka pergi ke sana untuk berhari raya.

Berdasarkan ayat di atas, kohesi antara ayat i dan ayat ii wujud melalui pertalian
antara Ali dan adiknya dengan mereka dan antara ke kampung dengan ke sana.

b. Koheren
Koheren juga dikenali sebagai runtutan iaitu kesinambungan idea yang terdapat dalam
sesebuah wacana sehingga menjadikan teks itu bermakna. Contohnya:

Teknologi maklumat dicipta dan dikembangkan oleh Dunia Barat. Oleh
demikian, bahasa asas bidang ini sudah sewajarnya bahasa Inggeris. Namun
begitu, teknologi maklumat telah tersebar luas ke seluruh dunia, ke alam yang
bahasa Inggeris tidak menjadi bahasa utama. Maka perlu berlaku
penyesuaian, iaitu kepada suasana yang menggunakan bahasa lain menjadi
selari dengan bahasa Inggeris.

13

Dalam contoh di atas, kesinambungan idea terjalin melalui perkataan dan frasa
teknologi maklumat dalam ayat pertama, bahasa asas bidang ini dalam ayat kedua,
tersebar luas ke seluruh dunia dalam ayat ketiga, dan berlaku penyesuaian dan
penggunaan bahasa lain dalam ayat keempat. Keempat-empat ayat dalam perenggan
di atas menjadi koheren dan bermakna.

c. Tujuan sesuatu wacana
Jenis wacana yang digunakan bergantung kepada tujuan penulisan karangan misalnya
untuk menyampaikan informasi, meluahkan pendapat, menyampaikan keindahan
bahasa atau menceritakan pengalaman diri. Wacana yang digunakan ini sememangnya
berbeza antara satu dengan yang lain. Contohnya:

Petikan 1
Perkembangan pusat tuisyen yang muncul bak cendawan tumbuh selepas
hujan dapat dirasai pada era pendidikan bestari kini. Institusi pendidikan
swasta ini semakin mencuit tumpuan ibu bapa untuk memperoleh input intensif
bagi memartabatkan ilmu dalam kalangan anak-anak mereka. Bagi ibu bapa
yang berkemampuan menghantar anak ke pusat tuisyen kini menjadi keperluan
asas.

Petikan 2
Bunyi jam loceng telah mengejutkan lena saya untuk meneruskan agena yang
telah direncanakan pada pagi itu. Saya segera bangun kerana ingin berjoging
di padang. Saya perlu memantapkan fizikal dan stamina untuk menghadapi
temasya sukan olahraga peringkat daerah agar aksi semasa temasya itu nanti
tidak mengecewakan.

Berdasarkan contoh di atas, penggunaan wacana petikan 1 dan petikan 2 berbeza
disebabkan jenis dan tujuan penulisan berbeza. Petikan 1 berbentuk karangan fakta
yang menyampaikan maklumat berkenaan situasi semasa manakala petikan 2 pula
berbentuk karangan gambaran atau keprihalan.



14

d. Penerimaan oleh pendengar atau pembaca
Sesuatu wacana juga dipengaruhi oleh penerimaan pendengar atau pembaca. Wacana
yang digunakan perlulah sesuai dengan golongan pendengar atau pembaca. Pada
kebiasaannya, buku cerita kanak-kanak menggunakan wacana yang mudah sesuai
dengan perkembangan pemikiran kanak-kanak. Majalah dan surat khabar pula
selalunya menggunakan wacana yang mampu menarik minat golongan remaja dan
dewasa untuk membacanya.

e. Maklumat yang terkandung
Tujuan utama sesuatu penulisan adalah untuk menyampaikan maklumat. Maklumat
ini pula terdiri daripada pelbagai jenis misalnya berkaitan dengan politik, ekonomi,
pendidikan dan hiburan. Sekiranya karangan itu berkenaan ekonomi, wacana yang
digunakan adalah berkaitan dengan ekonomi misalnya mengenai saham, pelaburan
dan industri pengeluaran. Secara tidak langsung, wacana akan berbeza
memandangkan maklumat yang terkandung dalam sesebuah penulisan adalah
berbeza.

f. Keadaan yang mewujudkan wacana
Wacana juga dipengaruhi oleh sesuatu keadaan semasa. Bagi menceritakan
kesengsaraan akibat perang misalnya menggunakan wacana yang lebih menagih
pembelaan, keadilan dan meraih simpati terhadap magsanya. Untuk menanam
semangat patriotisme, wacana yang membangkitkan semangat dan keazaman untuk
mempertahankan maruah negara digunakan.

g. Interaksi atau peranan wacana-wacana lain yang membantu pendengar atau
pembaca memahami apa yang didengar atau dibaca
Sesuatu maklumat akan mudah untuk difahami sekiranya bersumberkan pelbagai
media. Berita kes pembunuhan yang didengar dan ditonton melalui televisyen dapat
diperkukuhkan dengan berita yang ditulis menerusi surat khabar. Dalam hal ini,
interaksi antara wacana yang digunakan dalam televisyen dan wacana dalam surat
khabar akan memudahkan para pembaca memahami berita tersebut.



15

4.2 Kepentingan Mengaplikasikan Wacana Dalam Penulisan Karangan

Wacana dalam penulisan karangan memainkan peranan yang tersendiri. Wacana tulisan
merupakan penghubung secara tidak langsung antara penulis dengan pembaca. Wacana dapat
dijelmakan dalam pelbagai bentuk sehinggalah meliputi peristiwa bahasa misalnya majalah,
surat khabar, artikel, novel, lagu, puisi atau pun cerpen. Pelbagai maklumat dapat disalurkan
melalui penulisan dengan adanya wacana.
Dalam penulisan karangan, wacana dapat menghubungkan sesuatu perkataan, ayat,
frasa dengan perkataan, ayat dan frasa lain dalam wacana yang sama. Apabila hubungan ini
dapat dibentuk, maka wacana yang dibina adalah bermakna. Hubungan ini terbentuk kerana
wacana mempunyai ciri iaitu kohesi. Ketepatan seluruh isi-isi dikemukakan fokus kepada
tajuk atau isu yang diketengahkan.Contohnya, Fadil dan Nizam pergi ke kedai buku. Mereka
ingin membeli Kamus Dewan yang terbaharu. Berdasarkan ayat di atas, hubungan wujud
antara Fadil dan Nizam dengan perkataan mereka. Ayat ini menunjukkan bahawa wacana ini
adalah kohesi.
Selain itu, wacana juga penting untuk mengembangkan sesuatu idea berkenaan
sesuatu tajuk. Penggunaan alat wacana yang berupa aspek gramatikal mahupun aspek
semantik atau gabungan kedua-duanya sekali mampu mengembangkan idea dengan baik. Hal
ini kerana wujudnya koheran iaitu runutan atau kesinambungan idea yang terdapat dalam
sesebuah wacana sehingga menjadikan teks itu bermakna. Justeru itu, wacana penting untuk
melengkapkan sesebuah karangan agar dapat menyampaikan makna yang sebenar.
Di samping itu, wacana juga penting untuk menyampaikan maklumat dengan tepat.
Sesuatu isu atau topik dapat dihuraikan melalui penggunaan wacana yang berbeza.
Kepelbagaian wacana memberi kesan yang berbeza kepada pembaca.

Contoh wacana informasi,
Buah naga yang sudah matang warnanya adalah merah menyala. Di Vietnam, thang
loy atau dragon fruit memilik khasiat. Buah naga sangat mujarab menurunkan
kolestrol dan kadar lemak.

Contoh wacana estetik pula,
Matahari tak cukup indah,
Pada pagi yang suram ini,
Malam ku resah kerana,
16

Malam mungkin kelam,
Berdasarkan contoh wacana informasi, para pembaca dapat mengetahui bahawa buah
naga mempunyai khasiatnya yang tersendiri. Para pembaca perlu mendengar dan
memahami maksud tersirat di sebalik lirik lagu Matahari yang merupakan wacana
estetik yang menyampaikan mesej melalui keindahan lirik lagu.
Selain itu, wacana juga penting untuk menarik minat para pembaca. Wacana yang
menarik mampu memukau pembaca untuk membaca sesuatu artikel, surat khabar, novel
atau petikan. Keindahan wacana yang digunakan bukan sahaja dapat menyampaikan
maklumat yang terkandung dalam petikan tetapi juga memperlihatkan tujuan penulisan
tersebut.
Secara tuntasnya, wacana memainkan peranan yang amat penting dalam sesebuah
penulisan karangan. Sekiranya wacana yang digunakan tidak tepat dan tidak bersesuaian
dengan kandungan penulisan, maka mesej dan maklumat yang ingin disampaikan tidak
akan mudah untuk difahami oleh para pembaca malah boleh mengelirukan mereka.



















17

5.0 APLIKASI PENULISAN WACANA YANG BERBENTUK FAKTA DI
PERINGKAT SEKOLAH RENDAH

Aplikasi penulisan wacana bergantung kepada strategi, kaedah dan teknik pengajaran guru
itu sendiri. Guru-guru pastinya memastikan pengajaran yang disampaikan berkesan. Oleh itu
gabungan beberapa teknik dan kaedah pengajaran pasti membuahkan hasil. Berikut adalah
contoh aplikasi penulisan wacana berbentuk fakta bagi murid-murid tahun 6.

Tajuk : Program Sekolah Selamat
Objetif
Pembelajaran
Kemahiran
Bahan Bantu
Mengajar
Kemahiran Berfikir

Pada akhir pengajaran
dan pembelajaran
murid dapat:

1. Menyatakan tiga
keadaan bilik
darjah kondusif
berdasarkan video
Program Sekolah
Selamat dengan
ayat yang betul.

Kemahiran
Mendengar dan
Bertutur
2.2 Aras 1 (i)
Menyampaikan hasil
pemerhatian yang
dilakukan dengan
menggunakan laras
bahasa yang sesuai.

a. Rakaman video
Program
Sekolah
Selamat.
b. Petikan
rangsangan dan
carta.

Kemahiran Berfikir
Secara Kreatif
Menjana idea untuk
menyatakan keadaan
bilik darjah kondusif
dan menulis karangan
berbentuk fakta
berdasarkan carta.

Menghubungkaitkan
maklumat yang
diperolehi melalui
tontonan dan bacaan
bahan rangsangan.




2. Menyenaraikan
tiga isi penting
mengenai bilik
darjah yang
kondusif
berdasarkan
petikan.
Kemahiran
Membaca
6.5 Aras 1(i)
Membaca dan
mencari fakta yang
relevan dengan
perkara yang
dikehendaki dalam
teks.
18



3. Menulis karangan
berbentuk fakta
menggunakan
maklumat yang
diperolehi
berdasarkan
rakaman video
dan isi penting
yang telah
disenaraikan.

Kemahiran Menulis
10.1 Aras 2 (i)
Melakukan
transformasi
maklumat dalam teks
kepada pelbagai
genre.

Langkah Pengajaran
1. Murid menonton video Program Sekolah Selamat.
2. Murid menyatakan ciri-ciri kelas kondusif secara lisan berdasarkan video.
3. Murid yang lain mencatat ciri-ciri kelas kondusif yang dinyatakan oleh rakan mereka.
4. Guru berbincang dengan murid berkenaan jawapan yang mereka nyatakan.
5. Guru mengedarkan petikan rangsangan berbentuk dialog dan lembaran kerja (carta)
kepada murid.
6. Guru meminta murid membacanya secara senyap dan melengkapkan carta tersebut.
7. Murid membaca petikan rangsangan secara senyap dan melengkapkan carta.
8. Murid menulis karangan berbentuk fakta berdasarkan carta yang telah dilengkapkan.

Contoh karangan : Program Sekolah Selamat
Kelas yang kondusif membolehkan murid-murid belajar dalam suasana selesa. Kelas
yang sentiasa bersih, kemas dan ceria dapat menjana pengajaran dan pembelajaran
berlangsung dalam iklim yang sangat baik. Pelbagai inisiatif perlu digembleng untuk
merealisasikan kelas impian ini.
Bagi menyelaraskan pertandingan keceriaan kelas, panel khas biasanya ditubuhkan.
Guru kelas berperanan untuk membuat pembahagian kumpulan tenaga kerja harian dan
pengagihan tugasan. Perencanaan ini perlu bagi memastikan setiap murid akan berperanan
dalam melaksanakan dan menunaikan amanah dan tanggungjawab yang diberikan.
19

Antara pengisian pintar dalam jadual tugasan harian termasuklah tanggungjawab
untuk menyapu lantai dan mengelap serta membersihkan tingkap. Murid-murid mestilah
mengenyahkan habuk dan sawang pada cermin tingkap, kipas dan lampu. Maklumat pada
papan tulis juga sentiasa dibersihkan selepas sesuatu pengajaran dijalankan. Malah, kelas
juga akan menjadi lebih versatile sekiranya jendela dihiasi langsir yang menepati fesyen
terkini.
Bagi menonjolkan kelainan dan keunikan panorama hiasan dalaman kelas, kedudukan
susun atur perabot mestilah dalam penampilan malar ceria. Dengan demikian, fokus untuk
meningkatkan minat dan semangat murid untuk menimba ilmu akan terlaksana.
Budaya tampalan carta dengan input ilmu mutakhir pada dinding juga akan
menambahkan seri dan keindahan kelas. Gambar rajah atau poster yang sarat dengan
informasi bestari dapat menambahkan keceriaan kelas. Penyediaan sudut bacaan yang
dilengkapi dengan pelbagai jenis buku dan sumber teks yang kreatif pastinya memeriahkan
bilik darjah.
Kesimpulannya, seandainya semua usaha dan iltizam ini dapat disempurnakan, sudah
pasti suasana di bilik darjah akan sentiasa bersih, ceria, kemas, selesa dan harmoni.

















20

Tajuk : Peranan Pusat Sumber Sekolah
Objetif
Pembelajaran
Kemahiran
Bahan Bantu
Mengajar
Kemahiran Berfikir

Pada akhir pengajaran
dan pembelajaran
murid dapat:

1. Menyatakan satu
idea yang relevan
dengan situasi
pada kad.

Kemahiran
Mendengar dan
Bertutur
4.1 Aras 2 (i)
Menyumbang idea
yang bernas dalam
sesuatu diskusi
dengan terperinci.

a. Kad berkenaan
situasi di pusat
sumber sekolah.
b. Petikan
rangsangan.
c. Lembaran kerja
- carta alir.


Kemahiran Berfikir
Secara Kreatif
Menjana idea untuk
mengutarakan idea
yang relevan
berdasarkan kad
situasi.

Kemahiran Berfikir
Secara Kreatif
Menyusun mengikut
keutamaan maklumat
berdasarkan bahan
rangsangan.
Membuat urutan
maklumat secara
kronologi.



2. Membaca dua
perenggan dengan
sebutan dan
intonasi yang
betul.
Kemahiran
Membaca
5.2 Aras 1(i)
Membaca bahan
berunsur ilmu
dengan sebutan dan
intonasi yang betul.


3. Menyusun empat
maklumat
mengikut
kronologi dan
menulisnya dalam
bentuk karangan
yang lengkap.

Kemahiran Menulis
9.3 Aras 1 (i)
Menulis dan
menyusun maklumat
mengikut kronologi.



21

Langkah Pengajaran
1. Murid berdiskusi mengenai situasi yang diberikan secara berkumpulan.
2. Murid mengutarakan idea secara lisan berdasarkan perbincangan mereka.
3. Guru mengedarkan petikan kepada murid.
4. Murid membaca petikan secara mekanis.
5. Guru membimbing murid dalam aktiviti bacaan.
6. Guru mengedarkan lembaran kerja kepada murid.
7. Murid melengkapkan carta alir dan menyusun maklumat secara kronologi.
8. Murid menulis karangan berbentuk fakta berdasarkan carta yang telah dilengkapkan.

Contoh karangan : Peranan Pusat Sumber Sekolah
Pusat sumber sekolah memainkan peranan penting sebagai agen penyebar ilmu
pengetahuan dalam kalangan murid-murid. Di pusat sumber sekolah terkumpul pelbagai jenis
bahan bacaan seperti buku cerita, buku rujukan, kamus, ensiklopedia dan lain-lain lagi. Buku-
buku ini pula didapati dalam bahasa Malaysia, bahasa Inggeris dan bahasa Arab.
Pusat sumber berfungsi sebagai penyimpan pelbagai media rujukan. Malahan, murid-
murid boleh meminjam buku-buku tertentu sebagai media rujukan tambahan. Sesungguhnya,
membaca jambatan ilmu. Pusat sumber sekolah juga berperanan dalam membantu melicinkan
proses pengajaran dan pembelajaran. Mengulang kaji pelajaran lebih selesa di pusat sumber
kerana bahan rujukan ada di sekeliling kita.
Pelbagai aktiviti yang bercorak akademik boleh dijalankan di pusat sumber sekolah.
Antaranya pertandingan kuiz bahasa, pertandingan mengarang, pertandingan bercerita dan
pertandingan berbalas pantun. Justeru, memang tidak dapat disangkal lagi bahawa kewujudan
pusat sumber adalah bertujuan untuk mempertingkatkan mutu pendidikan di sekolah tersebut.
Kini, penggunaan teknologi seperti komputer dan jaringan internet di pusat sumber
sekolah dapat membantu dan membekalkan informasi dengan lebih mudah dan pantas.
Penggunaan komputer juga jelas menunjukkan bahawa pusat sumber sekolah telah menuju ke
arah pusat sumber digital ataupun pusat sumber elektronik.
Selain itu, Kementerian Pelajaran Malaysia telah melancarkan program bacaan yang
dikenali sebagai Nadi Ilmu Amalan Membaca (NILAM). Program ini membina tabiat
membaca yang berterusan dalam kalangan murid-murid di sekolah rendah. Pelbagai ganjaran
diberikan kepada murid-murid yang terlibat secara aktif dalam menjayakan program ini.
Kesimpulannya, pusat sumber sekolah memainkan peranan penting dalam
menjayakan proses pengajaran dan pembelajaran. Tanpa pusat sumber sekolah, pengajaran
22

dan pembelajaran mungkin tidak akan mencapai matlamatnya dengan menyeluruh. Rajin
membaca, ilmu akan berganda.































23

Tajuk : Peranan Pusat Sumber Sekolah
Objetif Pembelajaran Kemahiran
Bahan Bantu
Mengajar
Kemahiran Berfikir

Pada akhir pengajaran
dan pembelajaran
murid dapat:

1. Menyatakan
kepentingan
bersukan
berdasarkan
rakaman petikan.

Kemahiran
Mendengar dan
Bertutur
2.1 Aras 1 (ii)
Menyatakan
pendapat tentang
sesuatu kejadian
yang didengar
dengan
menggunakan
bahasa yang betul.

a. Rakaman
petikan
Kepentingan
bersukan
b. Petikan
rangsangan
c. Lembaran
kerja
isi utama dan
isi sampingan


Kemahiran Berfikir
Secara Kreatif
Menjana idea untuk
mengutarakan idea
yang relevan
berdasarkan rakaman
petikan.
Menghubungkaitkan
isi utama dan isi
sampingan
menggunakan
penanda wacana.
Membuat gambaran
mental mengenai
kandungan petikan
melalui perenggan
pertama dan
perenggan akhir
petikan.

Kemahiran Berfikir
Secara Kreatif
Menyusun mengikut
keutamaan isi utama
dan isi sampingan
bagi menghasilkan
karangan yang
lengkap.
Membuat kesimpulan



2. Membaca
perenggan pertama
dan perenggan akhir
petikan secara
mekanis.
Kemahiran
Membaca
6.4 Aras 1(ii)
Membaca perenggan
pertama dan
perenggan akhir
dalam sesuatu teks
bagi mendapatkan
maklumat umum.


3. Menulis karangan
dengan
menghubungkaitkan
isi utama dengan isi
sampingan dengan
menggunakan
penanda wacana.
Kemahiran
Menulis
8.5 Aras 3 (i)
Menghubungkaitkan
isi utama dengan isi
sampingan dengan
menggunakan
penanda wacana
untuk menghasilkan
24

perenggan yang
koheren dan kohesi.
berdasarkan isi utama
dan isi sampingan
dalam karangan.

Langkah Pengajaran
1. Murid mendengar rakaman petikan.
2. Murid menyatakan kepentingan bersukan berdasarkan rakaman yang mereka dengar.
3. Guru mengedarkan petikan kepada murid.
4. Murid membaca perenggan pertama dan perenggan terakhir secara mekanis.
5. Murid-murid mengutarakan pendapat mereka mengenai kandungan petikan.
6. Guru mengedarkan lembaran kerja kepada murid.
7. Murid menulis karangan berbentuk fakta berdasarkan isi utama dan isi sampingan
yang diberikan menggunakan penanda wacana.

Contoh karangan : Satu Murid Satu Sukan
Bersukan merupakan aktiviti riadah yang mudah dilakukan. Antaranya adalah seperti
bersenam, berjoging, berbasikal, dan berenang. Malahan kerajaan melalui Kementerian
Pelajaran telah melancarkan Dasar Satu Murid Satu Sukan untuk menggalakkan murid-
murid sentiasa melibatkan diri dengan aktiviti sukan. Hal ini demikian kerana melalui aktiviti
sukan, banyak faedah yang diperoleh.
Satu daripada faedahnya ialah dapat menyihatkan tubuh. Apabila seseorang murid
giat bersukan di sekolah seperti bermain bola sepak atau badminton, badannya akan
mengeluarkan peluh. Aktiviti ini dapat membakar lemak dalam tubuhnya. Kesannya,
badannya menjadi sihat dan cergas serta tidak berasa lesu ketika belajar di dalam kelas.
Sesungguhnya, otak yang cerdas ada pada badan yang sihat.
Seterusnya, melalui aktiviti sukan, seseorang murid dapat merapatkan hubungan
dengan rakan-rakan yang lain. Sebagai contoh, semasa bermain bola sepak di sekolah, murid-
murid akan bermain dalam satu pasukan. Setiap ahli pasukan berusaha dan bekerjasama
untuk mencipta kemenangan. Justeru, hubungan dapat dieratkan dan perpaduan antara kaum
juga dapat dipupuk.
Selain itu, beruskan dapat mengisi masa lapang seseorang murid dengan aktiviti yang
bermanfaat. Sesi latihan sukan atau permainan biasanya dijalankan selepas waktu
persekolahan atau pada cuti hujung minggu. Kesibukkannya mengikut latihan sukan atau
25

permainan ini dapat menghindarkan dirinya daripada terjebak dengan gejala sosial seperti
melepak dan berpelesiran.
Jika seseorang murid itu aktif dalam bidang sukan, biasanya dia menjadi ayam
tambatan untuk mewakili sekolah, daerah, negeri mahupun negara. Apabila berjaya
memenangi sesuatu kejohanan sukan, maka dia telah berjaya mengharumkan nama
sekolahnya.
Kesimpulannya, banyak manfaat yang dapat diperoleh apabila seseorang murid
bergiat aktif dalam bidang sukan. Setiap murid haruslah menjayakan dasar Satu Murid Satu
Sukan agar menjadi golongan yang cergas dan ceria sepanjang masa.

























26

6.0 RUMUSAN

Tatabahasa wacana merupakan pengetahuan dan proses pembentukkan ayat yang berupaya
menyampaikan maksud atau idea berkaitan sesuatu topik. Idea yang disampaikan sentiasa
mempunyai kesinambungan daripada satu ayat ke ayat yang lain atau daripada satu
perenggan kepada perenggan yang lain dan masih terikat kepada topik perbincangan.
Strategi pengajaran yang diaplikasikan oleh guru perlulah sesuai dengan topik
penulisan. Semasa mengajar penulisan, tiga peringkat diberi penekanan iaitu sebelum
penulisan, semasa penulisan dan selepas penulisan. Ketiga-tiga peringkat ini penting
mempengaruhi kualiti dan hasil penulisan wacana. Strategi berpusatkan murid amat sesuai
diaplikasikan dalam pengajaran wacana. Raimes dalam Juriah Long et al (1990)
mengemukakan empat pendekatan pengajaran penulisan wacana iaitu pendekatan terkawal,
pendekatan bebas, pendekatan komunikatif dan pendekatan pola-perenggan.
Sesuatu wacana mempunyai ciri-cirinya tersendiri. Dua ciri utama ialah kohesi dan
koheren. Kohesi ialah ciri wacana yang membawa keserasian hubungan antara satu unsur
linguistik dengan unsur linguistik yang lain dalam sesuatu wacana untuk menghasilkan
wacana yang lengkap. Koheren pula ialah runtutan iaitu kesinambungan idea yang terdapat
dalam sesebuah wacana sehingga menjadikan teks itu bermakna.
Wacana juga bergantung kepada tujuan sesuatu wacana, penerimaan oleh pendengar
atau pembaca, maklumat yang terkandung, keadaan yang mewujudkan wacana dan interaksi
atau peranan wacana-wacana lain yang membantu pendengar atau pembaca memahami apa
yang didengar atau dibaca. Ciri-ciri ini berkait rapat dengan kepentingan wacana itu sendiri
misalnya menghubungkan sesuatu perkataan, ayat, frasa dengan perkataan, ayat dan frasa lain
dalam wacana yang sama, mengembangkan sesuatu idea dan menyampaikan maklumat serta
idea melalui penulisan.
Dalam Kurikulum Bersepadu Sekolah Rendah dan Kurikulum Standard Sekolah
Rendah, aspek wacana amat dititikberatkan khususnya dalam kemahiran menulis. Aplikasi
penulisan wacana melibatkan penghubungjalinan beberapa kemahiran iaitu kemahiran
mendengar dan bertutur, kemahiran membaca dan kemahiran menulis. Dalam masa yang
sama, sesuatu pengajaran memerlukan bahan bantu mengajar yang sesuai dan melibatkan
kemahiran berfikir secara kreatif dan kritis.
Oleh yang demikian, guru perlulah bijak untuk mengaplikasikan strategi, pendekatan,
kaedah dan teknik dalam melaksanakan pengajaran wacana. Perkara utama yang perlu
difokuskan ialah penglibatan murid dalam aktiviti pembelajaran secara aktif dan sekaligus
27

mencapai objektif pembelajaran. Guru juga perlulah menyediakan bahan bantu pengajaran
yang sesuai dengan topik dan aktiviti pembelajaran yang dilaksanakan.
































28

RUJUKAN

Abdul Aziz Abdul Talib. (2000). Pedagogi Bahasa Melayu: Prinsip, Kaedah dan Teknik
.Kuala Lumpur:Utusan Publications & Distributors.

Adenan Ayob & Mohd Rain Shaari. (2013). Tatabahasa dalam Pengajaran Bahasa Melayu.
Selangor: Open University Malaysia

Dewan Bahasa dan Pustaka. (2010). Kamus Dewan Edisi Keempat. Kuala Lumpur: Dewan
Bahasa dan Pustaka.

Juriah Long, Raminah Sabran dan Sofiah Hamid. (1990). Pendekatan Mengajar Bahasa
Malaysia. Kuala Lumpur: Penerbit Fajar Bakti.

Kamarudin Haji Husin. (1988). Pedagogi Bahasa. Petaling Jaya: Longman Malaysia.

Kementerian Pelajaran Malaysia. (2002). Huraian Sukatan Pelajaran Kurikulum Bersepadu
Sekolah Rendah SK Tahun 6 Bahasa Melayu. Kuala Lumpur: Pusat Perkembangan
Kurikulum,

Kementerian Pelajaran Malaysia. (2013). Standard Kurikulum Bahasa Malaysia Sekolah
Rendah SK Tahun 4 Bahasa Malaysia. Kuala Lumpur: Pusat Perkembangan
Kurikulum.

Leman Ahmad. (1984). Air Biru Ombak Biru. Bandar Seri Begawan: Dewan Bahasa dan
Pustaka.

Nik Safiah Karim, Farid M. Onn, Hashim Haji Musa & Abdul Hamid Mahmood. (2010).
Tatabahasa Dewan Edisi Ketiga. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka.

Anda mungkin juga menyukai