Anda di halaman 1dari 36

(1) CARA MENGENAL KATA NAMA

1. Gopal membeli tiga pasang baju dan pasar raya. 2. Ayah menyembelih sepuluh ekor ayam pada hari raya yang lalu. 3. Sebilangan penduduk di negara ini amat mementingkan kebersihan. 4. Ketiga-tiga orang pelajar itu memperoleh keputusan cemerlang dalam peperiksaan.

Huraian: Kata nama merupakan kata yang menamai orang, tempat, benda, atau konsep. Kata nama dapat diketahui apabila kata itu didahului penjodoh bilangan. Misalnya dalam ayat (1), baju didahului dengan penjodoh bilangan pasang. Kata nama juga boleh didahului dengan kata bilangan tentu. Dalam ayat (2), sepuluh merupakan kata bilangan tentu yang

bergabungdengan penjodoh bilangan ekor dan kata nama ayam. Di samping itu, kata nama didahului dengan kata bilangan tak tentu juga. Ayat (4), jelas menunjukkan contoh penggunaan kata bilangan himpunan yang mendahului kata nama, iaitu pelajar. Seperti sebilangan seperti dalam ayat (3). Seterusnya, kata nama boleh didahului dengan kata bilangan himpunan juga.

(2) IA
1. Ayah membeli perabot baharu. la dibuat daripada kayu jati. (a) jati. Ayah membeli perabot baharu. Perabot itu dibuat daripada kayu

2. Kajian ini bertujuan untuk mengenal pasti masalah pemelajaran. lanya dilakukan dengan menggunakan kaedah tinjauan.

(a)

Kajian ini bertujuan untuk mengenal pasti masalah pemelajaran dan dilakukan dengan menggunakan kaedah tinjauan.

Huraian: Kata ganti nama diri ia hanya digunakan untuk manusia, bukan untuk binatang, benda, atau kata nama abstrak. Bentuk lanya ialah bentuk yang salah kerana kata ganti nama diri la tidak boleh digabungkan dengan kata ganti nama diri -nya. Ayat-ayat tersebut sepatutnya dimurnikan seperti yang berikut:

(3) KAMI DAN KITA


1. "Kami perlu bertolak sebelum waktu maghrib," kata Ramli kepada Hasrina. (a) Hasrina. "Kita perlu bertolak sebelum waktu maghrib," kata Ramli kepada

2. "Kami hendaklah berbelanja secara berjimat cermat," kata Cikgu Ahmad kepada pelajar-pelajar. (a) "Kita hendaklah berbelanja secara berjimat cermat," kata Cikgu Ahmad kepada pelajar-pelajar.

3. Kita tidak sempat menyiapkan kerja kursus ini dalam tempoh dua minggu," kata Faizah dan Aisyah kepada Cikgu Yeo. (a) "Kami tidak sempat menyiapkan kerja kursus ini dalam tempoh dua minggu," kata Faizah dan Aisyah kepada Cikgu Yeo.

4. "Kita akan membantu pelajar yang menghadapi masalah dalam kemahiran membaca," kata Cikgu Azhar dan Cikgu Ujang kepada guru besar. (a) "Kami akan membantu pelajar yang menghadapi masalah dalam kemahiran membaca," kata Cikgu Azhar dan Cikgu Ujang kepada guru besar.

5. Kita lima orang adtk-beradik sentiasa hormat-menghormati antara satu sama lain. (a) Kami lima orang adik-beradik sentiasa hormat-menghormati

antara satu sama lain.

Huraian: Perkataan kami merupakan kata ganti nama diri orang pertama yang berbentuk jamak. Perkataan kami merujuk kepada pihak yang berbicara, iaitu penutur, pendengar, penulis, atau pembaca. Perkataan kita merupakan kata ganti nama diri orang pertama yang berbentuk jamak. Perkataan kita merujuk kepada pihak yang berbicara dan yang dilawan bicara, iaitu penutur dan pendengar atau penulis dan pembaca. Ayat di atas perlu dibetulkan seperti yang berikut:

(4) KATA GANTI NAMA DIRI TANYA


1. Nama pelajar baru itu apa? (a) Nama pelajar baru itu siapa?

2. Nama kucing kesayangan kamu siapa? (a) Nama kucing kesayangan kamu apa?

Huraian: Kedua-dua ayat di atas salah penggunaan kata ganti nama diri tanya kerana perkataan apa tidak boleh digunakan untuk menanyakan nama orang sementara siapa tidak boleh digunakan untuk menanyakan nama bukan manusia. Ayat yang sepatutnya adalah seperti yang berikut: Satu perkara lagi yang sering menjadi kemusykilan kepada pengguna bahasa ialah penggunaan partikel -kah selepas kata ganti nama diri tanya atau kata tanya yang lain. Perhatikan ayat di bawah.

1. *Siapa nama pelajar baru itu? (a) Siapakah nama pelajar baru itu?

2. *Apa nama kucing kesayangan kamu? (b) Apakah nama kucing kesayangan kamu? Huraian: Kedua-dua ayat di atas salah kerana partikel -kah perlu nadir bersama-sama dengan kata ganti diri tanya dalam ayat tanya songsang.

(5) SIAPA-SIAPA
1. Apa yang diperkatakan olehnya tidak benar. (a) Apa-apa yang diperkatakan olehnya tidak benar.

2. Siapa yang melanggar disiplin pasti akan dihukum. (a) Siapa-siapa/Sesiapa yang melanggar disiplin pasti akan dihukum.

3. Ambillah mana satu yang kamu suka. (a) Ambillah mana-mana satu yang kamu suka.

Huraian: Ketiga-tiga ayat di atas salah kerana kekeliruan pengguna dalam penggunaan kata ganti tanya diri dengan kata ganti tak tentu. Ayat yang betul ialah: 1. Nama kucing kesayangan kamu siapa? (a) Nama kucing kesayangan kamu apa? 2. Nama pelajar baru itu apa? (a) Nama pelajar baru itu siapa?

Huraian:

Kedua-dua ayat di atas salah penggunaan kata ganti diri tanya kerana perkataan apa tidak boleh digunakan untuk menanyakan nama orang sementara siapa tidak boleh digunakan untuk menanyakan nama bukan manusia.

(6) PILIHANRAYA ATAU PILIHAN RAYA


1. *Pilihanraya umum negara jiran kita baru sahaja selesai dilangsungkan. Pilihan raya umum negara jiran kita baru sahaja selesai dilangsungkan.

2. Bandaraya itu sangat pesat membangun. Bandar raya itu sangat pesat membangun.

Huraian: Ayat (1) dan (2) salah dari segi hukum kata majmuk yang telah ditetapkan. Dalam kata majmuk, kata raya mesti dipisahkan daripada unsur pertama kecuali kata nama khas yang telah diwartakan seperti Dewan Bandaraya Kuala Lumpur. Oleh itu, ayat-ayat tersebut perlu dibetulkan seperti yang berikut: Contoh-contoh yang lain termasuklah pasar raya jalan raya, lebuh raya, dan balai raya.

(7) KOMPLEKS BELI-BELAH


1. Pada hujung minggu, banyak orang berkunjung ke pusat membeli-belah. (a) Pada hujung minggu, ramai orang berkunjung ke pusat beli-belah.

2. Saya berasa sedih melihat sekumpulan pelajar bersantai di kompleks membeli-belah pada waktu persekolahan.

(a) Saya berasa sedih melihat sekumpulan pelajar bersantai di kompleks beli-belah pada waktu persekolahan. Huraian: Frasa nama kompleks membeli-belah bermaksud "kompleks yang melakukan kerja membeli-belah", sedangkan maksud sebenarnya ialah "tempat tumpuan orang ramai untuk membeli-belah". Bentuk yang betul ialah kompleks belibelah. Demikian juga dengan contoh-contoh seperti pusat cuci kereta (bukan pusat mencuci kereta), medan letak kereta (bukan medan meletakkan kereta), kedai gunting rambut (bukan kedai menggunting rambut) dan bilik rehat (bukan bilik berehat).

(8) PENGEMBALA ATAU PENGGEMBALA


1. Pengembala itu sedang melihat kambingnya meragut rumput. (a) Penggembala itu sedang melihat kambingnya meragut rumput.

2. Budak lelaki itu mengembala lembu di sebuah ladang. (a) Budak lelaki itu menggembala lembu di sebuah ladang.

Huraian: Bagi kata dasar yang bermula dengan huruf g, apabila diimbuhkan dengan awalan peN-... dan meN-..., huruf g tersebut tidak digugurkan. Contohnya, pengganas, penggali, menggamit, dan menggulai.

(9) PENGLIBATAN DAN PELIHATAN


Penglibatan sukarelawan Malaysia dalam kerja mencari dan menyelamatkan mangsa gempa bumi di Jawa Tengah telah mendapat pujian penduduk tempatan. 1. Penglibatan kaum belia dalam pembangunan luar bandar semakin meningkat dari setahun ke setahun. 2. Penglihatan datuk saya semakin baik setelah menjalani pembedahan selaput mata. 3. Pada pelihatan saya, beliau merupakan calon yang paling layak untuk menyandang jawatan itu.

Huraian: Kedua-dua bentuk imbuhan peN-...-an di atas adalah betul dari segi tatabahasa dan boleh digunakan secara bertukar ganti dalam ayat. Perkataan penglibatan dan penglihatan merupakan bentuk yang mantap dan digunakan secara meluas manakala perkataan pelibatan dan pelihatan dianggap betul dari segi rumus tatabahasa walaupun jarang-jarang digunakan.

(10) PEMBALAKAN ATAU PEMBALAKKAN


1. Sektor pembalakkan merupakan salah satu daripada sektor penting di negara ini. (a) Sektor pembalakan merupakan salah satu sektor penting di negara ini. 2. Kebanyakkan ahli sukan di negara ini kurang menguasai aspek sains sukan. (a) Kebanyakan ahli sukan di negara ini kurang menguasai aspek sains sukan. 3. lbu bapa saya sering menggalakan saya agar belajar bersungguh-sungguh. (a) fbu bapa saya sering menggalakkan saya agar belajar bersungguhsungguh.

4. Ayah dimasakan oleh ibu sup daging. (a) Ayah dimasakkan oleh ibu sup daging. Huraian: Masalah yang timbul dalam ayat yang dikemukakan di atas ialah penggunaan k atau kk. Bagi menyelesaikan masalah tersebut, kita perlu memahami pembentukan kata terbitannya. Dalam ayat (1), pembalakan terhasil apabila apitan peN-...-an diapitkan dengan kata dasar balak. Sementara itu, dalam ayat (2), kata dasar banyak diapitkan dengan apitan ke-...-an. Seterusnya, dalam ayat (3), kata dasargalak menerima apitan meN-...-kan dan dalarn ayat (4), kata dasar masak menerima apitan di-,..-kan. Dalam proses pembentukan kata, semua kata dasar yang menerima apitan peN-...~an atau ke-...-an akan membentuk kata nama terbitan. Sebaliknya, bagi kata dasar yang menerima apitan meN-...-kan atau di-...-kan akan membentuk kata kerja terbitan. Oleh itu, penggunaan pembalakkan dan kebanyakkan menyalahi hukum tatabahasa. Perkataan itu perlu ditukarkan kepada pembalakan, kebanyakan, menggalakkan, atau dimasakkan.

(11) PERLANTIKAN ATAU PELANTIKAN


1. Encik Muhammad telah menerima surat perlantikan sebagai pengurus syarikat (a) perabot itu. Encik Muhammad telah menerima surat pelantikan sebagai pengurus syarikat perabot itu. 2. Perletakan batu asas di pusat pelancongan itu telah disempurnakan oleh YAB Menteri Besar, semalam. (a) Peletakan batu asas di pusat pelancongan itu telah

disempurnakan oleh YAB Menteri Besar, semalam. 3. Perlaksanaan program pembangunan luar bandar telah banyak membantu meningkatkan taraf hidup penduduk. (a) Pelaksanaan program pembangunan luar bandar telah banyak

membantu meningkatkan taraf hidup penduduk. 4. Berita perlucutan jawatan pengerusi syarikat multinasional itu telah diumumkan tengah hari tadi.

(a) Berita pelucutan jawatan pengerusi syarikat multinasional itu telah diumumkan tengah hari tadi.

Huraian: Imbuhan beR- akan membentuk kata nama terbitan peR-...-an. Contohnya, perkataan bergaduh boleh menerima imbuhan peR-...-an menjadipergaduhan. Imbuhan meN- akan membentuk kata nama terbitan peN-...-an. Oleh sebab itu, tidak wujud bentuk kata nama perlantikan, perletakan, perlaksanaan, dan perlucutan. Hal ini demikian kerana tidak terdapat perkataan berlantik, berletak, berlaksana, dan berlucut.

(12) BANYAK
1. Penulis yang mempunyai banyak pengalaman dapat menghasilkan karya yang bermutu.

2. Penulis yang banyak mempunyai pengalaman dapat menghasilkan karya yang bermutu.

3. Penulis yang mempunyai pengalaman yang banyak dapat menghasilkan karya yang bermutu.

Huraian: Perkataan banyak tergolong dalam golongan kata bilangan tak tentu dan kata adjektif. Oleh sebab itu, ayat (1) adalah betul kerana kata kerja transitif mempunyai diikuti oleh kata bilangan yang menjadi penerang jumlah pada frasa nama. Begitu juga halnya dengan ayat (2) dan ayat (3) yang tidak mendatangkan apa-apa masalah kepada pengguna bahasa. Ketiga-tiga ayat di atas adalah betul.

(13) SEBUAH IMPIAN


1. Setiap warganegara seharusnya mempunyai sebuah impian yang unggul. (a) Setiap warganegara seharusnya mempunyai suatu impian yang unggul.

2.

Kita perlu bersatu padu untuk mewujudkan sebuah masyarakat yang

harmonis. (a) Kita perlu bersatu padu untuk mewujudkan suatu masyarakat yang harmonis.

Huraian: Kata abstrak seperti impian, masyarakat, pandangan, dan hujah tidak perlu didahului oleh penjodoh bilangan. Bentuk yang sepatutnya digunakan ialah kata bilangan suatu atau sesuatu ataupun tanpa sebarang perkataan.

(14) SALING
1. Kita perlu saling bantu-membantu untuk kepentingan kita sendiri. (a) Kita perlu saling membantu untuk kepentingan kita sendiri.

2. Kedua-dua pihak yang bertelagah diminta saling bermaaf-maafan. (a) Kedua-dua pihak yang bertelagah diminta bermaaf-maafan.

Huraian: Perkataan saling merujuk kepada perbuatan yang dilakukan oleh dua pihak secara bertimbal balik. Oleh itu, kata kerja ganda tidak perlu digunakan lagi. Jika hendak digandakan, perkataan saling tidak perlu digunakan.

(15) BERASA
1. Meng Seng merasa kecewa apabila permohonannya ke universiti ditolak. (a) Meng Seng berasa kecewa apabila permohonannya ke universiti ditolak.

2. Mereka merasa kagum melihat keindahan Putrajaya. (a) Mereka berasa kagum melihat keindahan Putrajaya.

Huraian: Ayat di atas salah kerana kata kerja merasa bermaksud "mengalami rasa dengan lidah". Kata kerja yang sepatutnya ialah berasa yang bermaksud mengalami perasaan di dalam hati.

(16) MAKNA JUSTERU


1. Kemalangan jalan raya kerap berlaku di negara ini. Justeru itu, pihak kerajaan akan memperketat peraturan dan undang-undang jalan raya. (a) Kemalangan jalan raya kerap berlaku di negara ini. Oleh sebab itu, pihak kerajaan akan memperketat peraturan dan undang-undang jalan raya.

2. Kemalangan jalan raya kerap berlaku di negara ini. Justeru, pihak kerajaan akan memperketat peraturan dan undang-undang jalan raya. (a) Kemalangan jalan raya kerap berlaku di negara ini. Oleh sebab itu, pihak kerajaan akan memperketat peraturan dan undang-undang jalan raya.

Huraian: Makna justeru ialah "kebetulan, tepat, dan kena benar". Satu lagi maknanya ialah "malahan atau bahkan" yang mendasari pembentukan ayat di atas. Oleh sebab itu, kedua-dua ayat di atas tidak gramatis.

(17) TIDAK DAN BUKAN


1. Makanan itu tidak untuk adik tetapi untuk kakak. (a) Makanan itu bukan untuk adik tetapi untuk kakak. (untuk ialah kata sendi nama)

2. Karya itu tidak tulisan saya. (b) Karya itu bukan tulisan saya. (tulisan ialah kata nama)

3. Jawapan yang diberikan oleh pelajar itu bukan tepat. (c) Jawapan yang diberikan oleh pelajar itu tidak tepat.

(tepat ialah kata adjektif)

4. Lelaki itu bukan hadir dalam mesyuarat syarikatnya, semalam. (d) Lelaki itu tidak hadir dalam mesyuarat syarikatnya, semalam. (hadir ialah kata kerja)

Huraian: Kata nafi ialah perkataan yang digunakan untuk menidakkan atau menafikan sesuatu predikat frasa nama, frasa kerja, frasa adjektif, dan frasa sendi nama. Terdapat dua bentuk kata nafi, iaitu tidak dan bukan. Kata nafi bukan digunakan untuk menafikan atau menidakkan maksud yang dibawa oleh frasa nama dan frasa sendi nama. Kata nafi tidak ialah kata nafi yang digunakan untuk menafikan atau menidakkan frasa kerja dan frasa adjektif.

(18) SEKALIPUN ATAU SEKALI PUN


1. Orang tua itu masih bekerja sekali pun hari sudah petang.

2. Kalau pun ada, tidak terbayar kita harganya.

3. Barang itu tetap dibeli olehnya baik murah atau pun mahal.

Huraian: Penggunaan pun dalam bahasa Melayu tergolong dalam kata penegas atau partikel. Kata penegas pun ada yang dieja rapat dan ada yang dieja terpisah. Kata penegas pun yang dieja terpisah daripada perkataan yang mendahuluinya jika pun bermaksud: (a) juga - Abang pun pergi ke sekolah. (b) bahkan - Bercakap pun dia tidak boleh, apatah lagi berhujah. (c) biar- Betapa sukar pun tugasan itu, Ali tetap akan menyudahkannya.

(d) menguatkan pokok ayat - Tiada seorang pun atlet yang melepasi syarat yang telah ditetapkan. (e) turutan - Selepas itu, operasi besar-besaran pun diadakan. (f) penguat kata ganti tak tentu - Sesiapa pun boleh memberikan pandangan masing-masing Sebaliknya, pun yang dieja rapat hanya terdiri daripada 13 perkataan sahaja. Perkataan-perkataan itu ialah adapun, andaipun, ataupun, bagaimanapun, biarpun, kalaupun, kendatipun, lagipun, mahupun, meskipun, sekalipun, sungguhpun dan walaupun. Ringkasnya, ketiga-tiga ayat yang dikemukakan seharusnya dibetulkan penggunaan punnya menjadi sekalipun, kalaupun dan ataupun.

(19) SEBAIK DAN SEBAIK-BAIK


1. Perangai rakan abang sebaik-baik abang saya. Perangai rakan abang sebaik abang saya. (sama baik)

2. Sebaik pemuda itu ada juga melakukan kesilapan. Sebaik-baik pemuda itu ada juga melakukan kesilapan. (paling baik)

3. Pencuri itu ditangkap sebaik sahaja dia memasuki rumah orang. Pencuri itu ditangkap sebaik-baik sahaja dia memasuki rumah orang. (baru sahaja masuk)

Huraian: Dalam penggunaan bahasa Melayu se- mendukung maksud sama. Oleh hal yang demikian sebaik membawa maksud "sama baik". Sementara itu, seyang digabungkan dengan kata adjektif yang digandakan akan mendukung

maksud "paling". Dalam ayat (1), penggunaan perkataan sebaik-baik adalah salah kerana ayat itu tidak menunjukkan paling. Sebaik-baik sepatutnya digunakan dalam ayat (2) bukan sebaik. Seperkara lagi, perkataan sebaik sahaja sering digunakan sedangkan penggunaannya salah. Sepatutnya, perkataan itu ditulis sebagai sebaik-baik sahaja yang membawa maksud "baru sahaja". Ayat-ayat di atas seharusnya menjadi ayat yang gramatis seperti yang di bawah:

(20) BILA DAN APABILA


1. Bila guru tiada di bilik darjah, murid-murid berbuat bising. (a) Apabila guru tiada di bilik darjah, murid-murid berbuat bising.

2. Kita perlu berdiri tegak bila lagu "Negaraku" dinyanyikan. (a) Kita perlu berdiri tegak apabila lagu "Negaraku" dinyanyikan.

Huraian: Bila merupakan kata tanya yang berfungsi untuk menanyakan sesuatu dalam ayat tanya atau yang membawa maksud "pertanyaan dalam ayat penyata". Apabila pula merupakan kata hubung yang berfungsi untuk menghubungkan ayat. Kedua-dua jenis kata ini tidak boleh bertukar ganti penggunaannya. Ayat di atas perlu dibetulkan seperti yang berikut:

(21) KATA PENGUAT


1. Lantai itu sangat licin-licau kerana baru sahaja dicuci. a. Lantai itu sangat licin kerana baru sahaja dicuci. ATAU b. Lantai itu licin-licau kerana baru sahaja dicuci.

2. Suasana di pesta pantai itu amat riuh-rendah. a. Suasana di pesta pantai itu amat riuh. ATAU b. Suasana di pesta pantai itu riuh-rendah.

3. Sungguh kusut-masai rambut pemain bola sepak itu. a. Sungguh kusut rambut pemain bola sepak itu. ATAU b. Kusut-masai rambut pemain bola sepak itu.

Huraian: Ketiga-tiga ayat di atas salah penggunaan frasa adjektifnya kerana kata ganda yang digunakan telah memberikan maksud "sangat/amat/sungguh". Jadi penggunaan kata penguat di depannya tidak perlu.

(22) TERKENAL SEKALI


1. M. Nasir merupakan artis yang terkenal sekali.

2. Potret Mona Lisa merupakan lukisan yang terkemuka sekali.

Huraian: Ungkapan darjah penghabisan dapat dilakukan dengan penggunaan imbuhan ter- seperti terhandal, tercantik, dan terbaik. Oleh sebab perkataan-perkataan tersebut telah mendukung maksud darjah penghabisan, kata penguat sekali tidak boleh mengikutinya. Namun begitu, ada sejumlah perkataan berimbuhan ter- yang boleh ditulis sekali selepasnya seperti ayat contoh di atas. Hal ini demikian kerana tidak ada bentuk *kenal sekali atau *kemuka sekali, tetapi handal sekali, cantik sekali, dan baik sekali boleh digunakan secara gramatis.

(23) BERSIH AMAT


1. Kelas mereka amat bersih. 2. Kelas mereka bersih amat.

Huraian: Kata penguat bebas ialah perkataan yang letaknya atau kedudukannya bebas, iaitu sama ada di hadapan atau di belakang kata adjektif. Amat ialah kata penguat bebas selain sangat dan sungguh. Berdasarkan ketetapan tersebut, kedua-dua ayat di atas betul. Demikian juga keadaannya seperti ayat-ayat yang berikut, yang tidak mempunyai apa-apa kesalahan. 3. Lelaki itu mesra sungguh. 4. Kuih ini manis sangat.

(24) AMAT ENAK SEKALI


1. Masakan ibu amat enak sekali. 2. Budak lelaki itu sungguh bijak sekali. 3. Kereta itu sangat mahal sekali.

Huraian: Kata penguat bebas, iaitu amat, sungguh, dan sangat boleh diikuti oleh kata penguat belakang sekali. Hal ini demikian kerana kata penguat bebas tersebut tidak mendukung maksud darjah penghabisan. Untuk mengungkapkan darjah penghabisan, penggunaan kata penguat belakang sekali boleh digunakan bersama-sama dengan kata penguat bebas tersebut.

(25) DALAM DAN DI DALAM

1. Mereka mengadakan mesyuarat tersebut dalam bilik gerakan. (a) Mereka mengadakan mesyuarat tersebut di dalam bilik gerakan.

2. Karya itu hendaklah ditulis di dalam bahasa Melayu. (b) Karya itu hendaklah ditulis dalam bahasa Melayu.

Huraian: Dalam ialah kata arah dan kata sendi nama. Sebagai kata arah, perkataan dalam akan hadir sesudah kata sendi nama untuk menunjukkan hala atau tempat, misalnya di dalam atau ke dalam. Kata sendi nama dalam pula digunakan di hadapan frasa nama yang membawa pengertian "lingkungan yang tidak mempunyai jarak atau ruang seperti perkara, peristiwa, hal, dan sebagainya".

(26) ATAS DAN DIATAS


1. Buku itu diletakkan atas meja. (a) Buku itu diletakkan di atas meja.

2. Mei Lin memohon maaf di atas kesalahan yang dilakukannya. (a) Mei Lin memohon maaf atas kesalahan yang dilakukannya

Huraian: Kedua-dua ayat di atas adalah salah. Penggunaan frasa sendi nama di atas menunjukkan arah atau kedudukan. Perkataan atas membawa pengertian "lingkungan yang tidak mempunyai arah seperti perkara, bahasa, peristiwa, bidang, dan sebagainya".

(27) ANTARA DAN DI ANTARA

1. *Masalah sosial pelajar merupakan di antara perkara yang dibincangkan. (a) Masalah sosial pelajar merupakan antara perkara yang dibincangkan.

2. *Rumah Lilian terletak antara dua buah bangunan yang tinggi itu. (a) Rumah Lilian terletak di antara dua buah bangunan yang tinggi itu.

Huraian: Kata antara dapat berfungsi sebagai kata sendi nama dan kata arah. Sebagai kata arah, antara digunakan di belakang kata sendi nama di yang membentuk di antara yang menunjukkan tempat atau kedudukan fizikal yang mempunyai jarak. Sebagai kata sendi nama, antara hadir di hadapan kata nama atau frasa nama yang membawa pengertian "lingkungan yang tidak mempunyai jarak". Ayat yang betul bagi kedua-dua ayat di atas adalah seperti yang berikut:

(29) DARI MASA KE MASA


1. Dari masa ke semasa jumlah mangsa gempa bumi itu meningkat. (a) Dari masa ke masa jumlah mangsa gempa bumi itu meningkat.

2. Dari tahun ke setahun dia menyimpan wang untuk masa hadapannya. (a) Dari setahun ke setahun dia menyimpan wang untuk masa

hadapannya.

Huraian: Penggunaan kata sendi nama dari di hadapan kata nama yang berkaitan dengan masa perlu diikuti oleh kata sendi nama ke, dan kata nama atau frasa nama yang sama bentuknya, misalnya dari masa ke masa atau dari semasa ke semasa. Ayat di atas perlu dibetulkan seperti yang berikut:

(30) SELAIN ITU


1. Merokok membahayakan kesihatan. Selain daripada itu, amalan merokok membazirkan wang. (a) Merokok membazirkan membahayakan kesihatan. wang. Selain itu, amalan merokok

Huraian: Antara kesalahan dalam penggunaan penanda wacana ialah penggunaan selain daripada itu. Kata sendi nama mestilah diikuti oleh frasa nama dan menjadi kesalahan sekiranya digunakan kata atau frasa yang lain. Selain dan daripada merupakan kata sendi nama dan tidak boleh hadir berturutan.

(31) KE ATAS DAN KE BAWAH


1. Hadiah ini untuk adik dan untuk abang. (a) Hadiah ini untuk adik dan abang. Huraian: Dalam penggunaan frasa sendi nama dalam ayat, dua kata sendi nama yang serupa boleh digabungkan dalam bentuk yang setara dengan menggunakan kata hubung dan, atau, dan tetapi, kecuali dalam penggabungan frasa sendi nama yang menggunakan kata hubung tetapi, kata nafi bukan digunakan sebelum kata sendi nama pertama. Sementara itu dalam penggabungan frasa sendi nama dengan kata hubung dan dan atau, kata sendi nama pada unsur kedua, secara pilihan boleh digugurkan.

1. Ibu melihat ke atas dan ke bawah. lbu melihat ke atas dan bawah.

2. Tuan hendak pergi ke Johor Bahru atau ke Kulai? Tuan hendak pergi ke Johor Bahru atau Kulai?

Bagaimanapun, kata sendi nama pada unsur yang kedua tidak boleh digugurkan jika kata sendi nama dalam bentuk setara itu ialah ke.

(32) TERTARIK OLEH


1. Banyak pelancong asing tertarik dengan keindahan semula jadi di Pulau Redang, Terengganu. Banyak pelancong asing tertarik oleh keindahan semula jadi di Pulau Redang, Terengganu.

2. Pemuda luar negara itu terpikat dengan keayuan gadis Melayu. Pemuda luar negara itu terpikat oleh keayuan gadis Melayu.

3. Suria terpesona dengan kemerduan suara penyanyi yang terkenal itu. Suria terpesona oleh kemerduan suara penyanyi yang terkenal itu.

4.

Serpihan kaca terpijak saya. Serpihan kaca terpijak oleh saya.

Huraian: Perkataan tertarik, terpikat, terpesona, dan terpijak dalam ayat tersebut merupakan kata kerja transitif pasif. Penggunaan kata kerja tersebut hendaklah dibetulkan sekiranya diikuti oleh kata sendi nama oleh seperti ayat di bawah:

(33) BERDASAR PADA DAN BERDASARKAN

1. *Keputusan itu dibuat berdasar statistik yang dikumpulkan. Keputusan itu dibuat berdasar pada statistik yang dikumpulkan.

2. *Keputusan itu dibuat berdasarkan pada statistik yang dikumpulkan. Keputusan itu dibuat berdasarkan statistik yang dikumpulkan.

Huraian: Kedua-dua ayat di atas salah kerana kata kerja tak transitif tanpa pelengkap ber- perlu diikuti kata sendi nama sementara kata kerja tak transitif berpelengkap ber-...-kan tidak perlu diikuti kata sendi nama.

(34) MENEMUI DAN MENEMUKAN


1. *Anuar telah menemui kad pengenalannya yang hilang di dalam bilik tidur. Anuar telah menemukan kad pengenalannya yang hilang di dalam bilik tidur.

2. *Anuar akan menemukan kawan lamanya di pusat beli-belah. Anuar akan menemui kawan lamanya di pusat beli-belah.

3. *Kad pengenalan Anuar yang hilang telah ditemuinya di dalam bilik tidur. Kad pengenalan Anuar yang hilang telah ditemukannya di dalam bilik tidur.

4. *Kawan lama Anuar akan ditemukannya di pusat beli-belah. Kawan lama Anuar akan ditemuinya di pusat beli-belah.

Huraian: Ayat-ayat tersebut salah kerana kata kerja menemui bermaksud "bertemu dengan" sementara menemukan pula bermaksud "berjumpa dengan sesuatu yang dicari".

(35) MENGAJAR DAN MENGAJARKA.


1. Cikgu Ariffin mengajar Bahasa Melayu kepada pelajar kelas 5 Sains. (a) Cikgu Ariffin mengajarkan Bahasa Melayu kepada pelajar kelas 5 Sains.

2. Cikgu Ariffin mengajarkan pelajar kelas 5 Sains Bahasa Melayu. (a) Cikgu Ariffin mengajar pelajar kelas 5 Sains Bahasa Melayu.

3. Bahasa Melayu diajar oleh Cikgu Ariffin kepada pelajar kelas 5 Sains. (a) Bahasa Melayu diajarkan oleh Cikgu Ariffin kepada pelajar kelas 5 Sains.

4. Pelajar kelas 5 Sains diajarkan Bahasa Melayu oleh Cikgu Ariffin. (a) Pelajar kelas 5 Sains diajar Bahasa Melayu oleh Cikgu Ariffin.

Huraian: Ayat-ayat di atas ilmu salah kerana kata kerja mengajar lain" bermaksud sementara

"menyampaikan

pengetahuan

kepada

orang

mengajarkan bermaksud "menyampaikan sesuatu kepada orang lain".

(36) MENAMAKAN DAN MENAMAI


1. Encik Wong menamakan anaknya John. Encik Wong menamai anaknya John.

2. Encik Wong menamai John kepada anaknya. Encik Wong menamakan John kepada anaknya.

Huraian: Kedua-dua ayat di atas salah penggunaan imbuhannya kerana menamakan bermaksud "memberikan sesuatu nama kepada seseorang" sementara menamai bermaksud "memberi seseorang suatu nama".

(37) MEMBAIKI DAN MEMBAIKKAN


1. Mekanik itu sedang membaiki kereta yang rosak. 2. Mekanik sedang membaikkan kereta yang rosak. 3. Kakak cuba melupai peristiwa ngeri itu. 4. Kakak cuba melupakan peristiwa ngeri itu.

Huraian: Penggunaan membaiki, membaikkan, melupai, dan melupakan dalam ayatayat di atas adalah betul atau gramatis. Hal ini demikian kerana perkataanperkataan yang digunakan itu merupakan sebilangan kecil kata kerja yang menerima apitan meN-...-kan dan meN-...-i yang penggunaannya saling berganti tanpa membezakan makna.

(38) MEMAGAR, MEMAGARI, DAN MEMAGARKAN


1. Pak Yusuf memagar buluh di sekeliling rumahnya. Pak Yusuf memagarkan buluh di sekeliling rumahnya.

2. Pak Yusuf memagari rumahnya dengan buluh. Pak Yusuf memagar rumahnya dengan buluh.

3. Buluh memagarkan rumah Pak Yusuf. Buluh memagari rumah Pak Yusuf.

Huraian: Ketiga-tiga ayat di atas salah penggunaan imbuhannya kerana memagar bermaksud "memasang pagar", memagari bermaksud "berada di sekeliling sebagai pagar pada" sementara memagarkan bermaksud "menggunakan sesuatu sebagai pagar".

(39) MEMBERTTAHU DAN MEMBERITAHU KAN


1. Gadis itu memberitahu perkara itu kepada ibunya. Gadis itu memberitahukan perkara itu kepada ibunya.

2. Pelajar yang memberitahukan gurunya hal itu telah dipanggil. Pelajar yang memberitahu gurunya tentang hal itu telah dipanggil.

Huraian: Dalam bahasa Melayu, terdapat kedua-dua perkataan tersebut, iaitu

memberitahu dan memberitahukan. Kedua-duanya merupakan kata kerja transitif dan memerlukan objek atau penyambutnya. Ayat-ayat di atas tidak tepat kerana kesalahan objek yang mengikuti kata kerja transitif tersebut. Selepas memberitahu, objeknya mestilah sesuatu yang bernyawa untuk menjawab persoalan siapa, manakala selepas memberitahukan, objeknya mestilah sesuatu perkara yang dapat menjawab persoalan apa.

(40) MENCURIGAI DAN MENCURIGAKAN


1. *Kita harus mencurigakan orang yang tidak dikenali. 2. *Encik Rasyid menghadiahkan anaknya seutas jam. 3. *Lelaki itu melontari sebatang kayu ke arah anjing itu. 4. *lbu menghiasi sebutir kerongsang pada baju kurungnya.

Huraian: Penggunaan kata kerja transitif mencurigakan dalam ayat (1) adalah salah. Hal ini demikian kerana mencurigakan bermaksud "membangkitkan curiga atau kurang percaya akan sesuatu". Oleh hal yang demikian, perkataan mencurigakan perlu digantikan dengan mencurigai yang membawa maksud "menaruh curiga terhadap atau kurang percaya kepada".

Dalam ayat (2) pula, perkataan menghadiahkan tidak gramatis kerana objek dalam ayat tersebut terdiri daripada objek bernyawa, iaitu anaknya. Oleh itu, perkataan yang lebih tepat ialah menghadiahi. Dalam ayat (3), penggunaan perkataan melontari juga menyalahi hukum tatabahasa. Hal ini demikian kerana melontari perlu diikuti objek bernyawa, iaitu anjing. Dalam hal ini, perkataan itu perlu ditukarkan dengan melontarkan kerana diikuti dengan objek tidak bernyawa, iaitu sebatang kayu. Dalam ayat (4), permasalahan yang timbul ialah perkataan menghiasi yang digunakan membawa maksud "menyebabkan kelihatan lebih cantik atau elok".

(41) MEMPERISTERI DAN MEMPERISTERIKAN


1. *Encik Chua memperisterikan seorang gadis dari seberang. (a) Encik Chua memperisteri seorang gadis dari seberang.

2. *Pak Harun memperisteri anak sulungnya dengan jururawat itu. (a) Pak Harun memperisterikan anak sulungnya dengan jururawat itu.

3. 'Gadis Negeri.

itu

mempersuamikan

seorang

pegawai

di Kementerian Luar

(a) Gadis itu mempersuami seorang pegawai di Kementerian Luar Negeri.

4. *Pesara guru itu akan mempersuami anak gadisnya pada hujung tahun. (a) Pesara guru itu akan mempersuamikan anak gadisnya pada hujung tahun.

Huraian: Kata kerja memperisteri atau mempersuami membawa maksud "menjadikan seseorang itu sebagaiisteriatau suami"'. Sementara kata kerja memperisterikan atau mempersuamikan membawa maksud "memberikan isteri atau suami kepada seseorang".

(42) MEMINJAMKAN BUKU


1. Pelajar yang berada di perpustakaan itu akan meminjam buku sebelum pulang. 2. Pelajar di sekolah itu tidak perlu untuk membeli semua buku yang diperlukan kerana perpustakaan dapat meminjami mereka. 3. Pelajar itu meminjamkan buku kepada rakan karibnya.

Huraian: Berdasarkan ketiga-tiga ayat contoh di atas, jelaslah bahawa perkataan pinjam apabila menerima imbuhan tertentu yang berbeza akan menghasilkan makna yang berlainan juga. Perkataan meminjam bermaksud "menggunakan barang orang lain untuk sementara waktu, minta pinjam". Perkataan meminjami bermaksud "memberi pinjam kepada", manakala perkataan meminjamkan bermaksud "memberikan barang dan Iain-Iain untuk dipinjam".

(43) MEMBERI DAN MEMBERIKAN


1. Abang memberikan adik senaskhah Kamus Dewan Edisi Keempat. (a) Abang memberi adik senaskhah Kamus Dewan Edisi Keempat.

2. Halim memberikan tunangnya sehelai selendang sutera. (a) Halim memberi tunangnya sehelai selendang sutera.

3. Majikan itu memberi bonus sebulan gaji kepada semua pekerja di syarikatnya. (a) Majikan itu memberikan bonus sebulan gaji kepada semua pekerja di syarikatnya.

4. Pengetua memberi nasihat kepada semua calon peperiksaan. (a) Pengetua memberikan nasihat kepada semua calon peperiksaan.

Huraian: Perkataan memberi dan memberikan merupakan kata kerja transitif aktif. Perkataan memberi hendaklah diikuti oleh kata nama objek bernyawa, manakala memberikan hendaklah diikuti oleh kata nama objek tidak bernyawa

(44) MEMBELI DAN MEMBELIKAN


1. Ayah berjanji membelikan kasut roda untuk adik pada hari jadinya. Ayah berjanji membeli kasut roda untuk adik pada hari jadinya.

2. lbu membelikan sayur di pasar raya. Ibu membeli sayur di pasar raya.

3. lbu membeli adik ubat batuk di farmasi. Ibu membelikan adik ubat batuk di farmasi.

4. Encik Amirul membeli isterinya sebuah kereta baharu. Encik Amirul membelikan isterinya sebuah kereta baharu.

Huraian: Perkataan membeli dan membelikan merupakan kata kerja transitif.

Perkataan membeli hendaklah diikuti oleh kata nama objek tidak bernyawa sebagai objek tepat, manakala membelikan diikuti oleh kata nama objek bemyawa sebagai objek tepat.

(45) MEMPERLEBAR ATAU MEMPERLEBARKAN


1. Pekerja-pekerja itu sedang memperlebarkan jalan. 2. Pekerja-pekerja itu sedang memperlebar jalan lagi. 3. Pekerja-pekerja itu sedang memperlebarkan jalan lagi.

Huraian:

Ayat-ayat tersebut salah kerana kata adjektif tidak boleh menerima imbuhan apitan mempeR-...-kan. Selain itu, kata adjektif yang bergabung dengan imbuhan awalan rangkap mempeR- membawa maksud "menjadikan lebih atau bertambah". Maka, kata adjektif berimbuhan mempeR- juga tidak boleh diikuti perkataan lagi. Ayat yang betul ialah: 1. a. Pekerja-pekerja itu sedang memperlebar jalan. b. Pekerja-pekerja itu sedang melebarkan jalan lagi.

(46) MENCINTAI DAN MENCANGKUL


1. 0leh sebab Suraya sangat menyintai suaminya, dia sanggup melakukan apa-apa sahaja. (a) Oleh sebab Suraya sangat mencintai suaminya, dia sanggup

melakukan apa-apa sahaja.

2. Pak Kamal sedang menyangkul tanah di kebun sayurnya. (a) Pak Kamal sedang mencangkul tanah di kebun sayurnya.

Huraian: Berpandukan aturan penerbitan kata kerja dengan imbuhan meN-..., kata dasar yang bermula dengan huruf c akan dikekalkan hurufnya. Contohnya, mencantas, mencuba, mencari, dan mencegah. Bagi ayat di atas, kesalahan berlaku apabila huruf c digantikan dengan nya sehingga menerbitkan bentuk yang tidak tepat.

(47) KEMASUKAN DAN MEMASUKKAN


1. Hasrina memasukan data itu ke dalam komputer peribadinya. Hasrina memasukkan data itu ke dalam komputer peribadinya.

2. Kemasukkan pelajar ke IPTA bertambah setiap tahun.

Kemasukan pelajar ke IPTA bertambah setiap tahun.

3. Abu menunjukan arah ke bangunan itu kepada pelancong asing. Abu menunjukkan arah ke bangunan itu kepada pelancong asing.

4. Pertunjukkan wayang kulit mendapat sambutan hangat. Pertunjukan wayang kulit mendapat sambutan hangat.

Huraian: Akhiran -kan digunakan untuk menerbitkan kata kerja manakala akhiran -an digunakan untuk menerbitkan kata nama.

(48) MENYETUJUI ATAU MEMPERSETUJUI


1. Saya mempersetujui pandangan yang diutarakan oleh pelajar saya. Saya menyetujui pandangan yang diutarakan oleh pelajar saya.

2. Pengetua memperakui sijiI penyertaan pelajar dalam perkhemahan itu. Pengetua memperakukan sijil penyertaan pelajar dalam perkhemahan itu.

3. Abang memperdalami ilmu perubatan di India. Abang mendalami ilmu perubatan di India.

4. Mekanik itu sedang memperbaiki kereta pelanggannya. Mekanik itu sedang membaiki kereta pelanggannya.

5. Encik Lim memperkuasai syarikat pembuatan kereta yang terkemuka itu. Encik Lim menguasai syarikat pembuatan kereta yang terkemuka itu.

Huraian: Imbuhan memper-...-i hanya boleh digunakan untuk perkataan ingat, kawan, isteri, dan suami yang menjadi memperingati, memperkawani, memperisteri dan mempersuami. Penggunaan selain empat perkataan ini dianggap lewah dan perlu dielakkan. Bagi perkataan isteri dan suami yang menerima apitan mempeR-...-i akan membentuk perkataan memperisterii dan mempersuamii. Namun begitu, bentuk -ii perlu mengalami proses peleburan yang menghasilkan. bentuk baharu, iaitu memperisteri dan mempersuami.

(49) TULIS DAN TULISKAN

1.

Tuliskan sebuah karangan yang panjangnya tidak melebihi 180 patah

perkataan.

Huraian: Ayat di atas salah penggunaan kata kerjanya kerana tidak sepatutnya diletakkan imbuhan akhiran -kan. Ayat itu sebenarnya merupakan ayat perintah daripada transformasi ayat aktif seperti yang berikut: 1. a. Anda hendaklah menulis sebuah karangan yang panjangnya tidak melebihi 180 patah perkataan. (Ayat aktif) b. Sebuah karangan yang panjangnya tidak melebihi 180 patah perkataan hendaklah anda tulis. (Ayat pasif) c. Hendaklah anda tulis sebuah karangan yang panjangnya tidak melebihi 180 patah perkataan. (Ayat pasif songsang) d. Tulis sebuah karangan yang panjangnya tidak melebihi 180 patah perkataan. (Ayat perintah)

(50) AYAT PASIF


1. Buku itu dibaca oleh saya. Buku itu saya baca.

2. Buku itu dibaca oleh awak. Buku itu awak baca.

3. Kereta yang mereka naiki terbabas ketika hujan. Kereta yang dinaiki oleh mereka terbabas ketika hujan.

Huraian: Ketiga-tiga ayat di atas salah dari segi struktur ayat. Ayat pasif yang pelakunya terdiri daripada kata ganti nama diri pertama dan kedua tidak boleh menerima kata kerja pasif berimbuhan di-, sementara ayat pasif yang

pelakunya terdiri daripada kata ganti nama diri ketiga perlu menggunakan kata kerja pasif berimbuhan di-.

4. *Buku itu saya telah baca. (a) Buku itu telah saya baca.

5. *Buku itu awak perlu baca. (a) Buku itu perlu awak baca.

Huraian: Ayat (4) dan ayat (5) di atas salah mengikut Hukum Aneksi Persona yang menegaskan bahawa kata ganti nama diri pertama dan kedua mestilah diikuti oleh kata kerja pasif, dan tidak boleh disisipkan dengan unsur-unsur lain. Maka, ayat-ayat di atas perlu dibetulkan seperti yang berikut:

6. Saya telah baca buku itu. (a) Telah saya baca buku itu.

7. Awak perlu baca buku itu. (a) Perlu awak baca buku itu.

Huraian: Kedua-dua ayat di atas salah dari segi strukturnya kerana tidak mematuhi hukum ayat pasif songsang. Ayat pasif songsang yang betul adalah seperti yang berikut:

8. Saya buang kertas itu ke dalam tong sampah. 9. Awak ambil buku itu untuk cikgu. 10. Mereka buang kertas itu ke dalam tong sampai

Dalam contoh-contoh di atas, ayat (8) dan (9) betul dari segi strukturnya, sementara ayat (10) salah. Hal ini demikian kerana ayat-ayat (8) dan (9) merupakan ayat pasif songsang yang pelakunya terdiri daripada kata ganti nama diri pertama dan kedua. Ayat (10) salah kerana tidak menepati hukum ayat pasif songsang. Yang berikut merupakan transformasinya: a. b. c. Saya membuang kertas itu ke dalam tong sampah. (Ayat aktif) Kertas itu saya buang ke dalam tong sampah. (Ayat pasif) Saya buang kertas itu ke dalam tong sampah. (Ayat pasif songsang)

a. b. c.

Awak mengambil buku itu untuk cikgu. (Ayat aktif) Buku itu awak ambil untuk cikgu. (Ayat pasif) Awak ambil buku itu untuk cikgu. (Ayat pasif songsang)

a. b. c.

Mereka membuang kertas itu ke dalam tong sampah. (Ayat aktif) Kertas itu dibuang oleh mereka ke dalam tong sampah. (Ayat pasif) Dibuang oleh mereka kertas itu ke dalam tong sampah. (Ayat pasif

songsang)

Anda mungkin juga menyukai