Anda di halaman 1dari 23

INSTITUT PENDIDIKAN GURU

KAMPUS IPOH
31150 HULU KINTA,
PERAK DARUL RIDZUAN

BMMB1114
PENGENALAN SISTEM JAWI DAN RUMI (LAPORAN ANALISIS)

Nama : AHMAD WIDAD BIN AZAHAR


No. K/P : 040124-10-0887
Angka Giliran : 20222422310019
Program : PPISMP
Ambilan : JUN 2022
Unit : Y1
Nama Pensyarah : ENCIK NOOR AZNI
BIN YAHYA
Tarikh Hantar : 18 FEBRUARI 2023
PENGAKUAN PELAJAR
Saya mengaku bahawa tugasan pentaksiran berterusan ini adalah hasil kerja saya
sendiri kecuali nukilan dan ringkasan yang setiap satunya saya jelaskan sumbernya.

Tandatangan Pelajar:__________________________Tarikh :18/2/2023


_____________________

PEMERIKSA MODERATOR
Markah Markah

Tandatangan Tandatangan

Cop Cop

Tarikh Tarikh

PENGESAHAN PELAJAR
Saya mengesahkan bahawa maklum balas yang diberikan oleh pensyarah telah saya
rujuki dan fahami.

Tandatangan Pelajar:__________________________Tarikh : _____________________

JKA/Ogos2022
INSTITUT PENDIDIKAN GURU KAMPUS IPOH

PENTAKSIRAN BERTERUSAN

TAHUN AKADEMIK: JANUARI 2023 – MEI 2023

Program: PPISMP Nama Siswa Pendidik:

Kod: BMMB 1114


Semester / Tahun : Semester 2 Tahun 2023
Ambilan: Jun 2022
Nama Kursus:
Pengenalan Sistem Ejaan Jawi dan Rumi Kumpulan: Y1,Y2,Y3 & Y4

Tugasan Tarikh Mula Tarikh Hantar


1. Penulisan 20 Januari 2023 02 Februari 2023

2. Laporan Analisis 02 Februari 2023 18 Februari 2023

13 Mac 2023 21 Mac 2023


3. Transkripsi

22 Mac 2023 30 Mac 2023


4. Hasil Seni Khat

Hasil Pembelajaran Kursus:

Selepas kursus ini pelajar dapat :

1. Menjelaskan sejarah perkembangan ejaan Jawi dan Rumi dengan berkesan secara
lisan dan bertulis ( C2, HPP1 )
2. Menganalisis sistem ejaan Jawi dan Rumi. ( C4, HPP2, KKG3 )
3. Mentranskripsi teks Jawi dan Rumi. ( C3, HPP2, KKG1 )
4. Mengadaptasi tulisan seni khat dalam penulisan. ( A5, P6, HPP3, HPP10, KEP1 )

Pentaksiran Berterusan ini bagi menilai hasil pembelajaran : 1, 2 , 3 , dan 4

Objektif Pentaksiran Berterusan :

Siswa pendidik dapat:

1. Menghuraikan sejarah perkembangan sistem ejaan Jawi yang menjadi asas


pembinaan dan pengembangan bahasa Melayu serantau.
2. Menganalisis sistem ejaan Jawi dan Rumi dalam penulisan.
3. Transkripsikan teks ejaan Jawi kepada Rumi serta membuat penilaian yang
berjustifikasi.
4. Menghasilkan karya seni tulisan khat Jawi.
Pelajar dikehendaki melaksanakan tugasan berikut :

TUGASAN 1 : PENULISAN (30% - 1000 PATAH PERKATAAN )

“ Tulisan Jawi mula berkembang di Tanah Melayu sejak kedatangan Islam pada abad
ke-10 menerusi aktiviti perdagangan Arab yang datang berniaga di Kepulauan Melayu.
Perkembangan tulisan Jawi di Nusantara adalah seiring dengan penyebaran agama
Islam yang menjadi pegangan orang Melayu. Tulisan yang diperkenalkan kepada
penduduk Nusantara adalah huruf-huruf Arab atau sekarang dikenali dengan nama
tulisan Jawi. Pada abad ke-11 hingga abad ke-14, tulisan Jawi digunakan dengan
meluas di seluruh Tanah Melayu dan Nusantara. Orang Melayu yang celik huruf pada
waktu itu merupakan golongan yang celik Jawi”.( Mohd Alwee Yusoff,2005 )

1. Berdasarkan penyataan di atas, jelaskan sejarah perkembangan sistem ejaan Jawi


yang menjadi asas bagi pembinaan dan pengembangan bahasa Melayu serantau.
2. Penulisan berdasarkan bukti yang kukuh dengan merujuk pelbagai sumber dan
tokoh-tokoh bahasa.
3. Penulisan hendaklah dipersembahkan melalui satu penulisan akademik yang
panjangnya antara 1000 patah perkataan.
4. Penulisan akademik perlu ditulis dalam bahasa Melayu.
5. Penilaian untuk penulisan akademik ini adalah secara individu.

TUGASAN 2 : LAPORAN ANALISIS (40%- 1500 PATAH PERKATAAN)

”Pelbagai polemik isu yang timbul dalam kalangan masyarakat mutakhir ini mengenai
pemartabatan tulisan Jawi dan tulisan Rumi yang kian samar-samar dan lemah tahap
kemampuan daya saing. Kebenaran yang nyata tersebut mendukacitakan nilai martabat
sesebuah warisan bangsa. Hakikat penggunaan tulisan Jawi dan tulisan Rumi pada
realiti abad pemodenan abad ke-21 khasnya dalam era digital amat terhad sekali.
Cetusan isu daripada pelbagai pihak membimbangkan status tulisan Jawi dan tulisan
Rumi di Malaysia khususnya”.

Berdasarkan pernyataan di atas , anda dikehendaki :

1. Menganalisis Sistem Ejaan Jawi

Ejaan mengikut hukum Darlung dan bukan Darlung serta Hukum Ka dan Ga.

2. Menganalisis Sistem Ejaan Rumi

Penulisan unsur serapan kata pinjaman bahasa Inggeris dan bahasa Sanskrit.

TUGASAN 3 : TRANSKRIPSI ( 15% )


“Tulisan Jawi digunakan sebagai tulisan utama lebih 1,000 tahun lalu dan berubah
kepada tulisan Rumi akibat pengaruh kedatangan penjajah.Jika melihat sejarah negara
kita, sebahagian besar perjanjian dibuat antara kerajaan kesultanan di Tanah Melayu
ini dan pihak British adalah dengan menggunakan tulisan Jawi. Malah, dokumen
pengisytiharan kemerdekaan turut ditulis dalam tulisan Jawi.Hal ini bermakna tulisan
Jawi mempunyai asas lebih kukuh daripada sudut sejarah berbanding tulisan Rumi”.

Berdasarkan Seni dan Literasi Menelusuri Kesantunan Bahasa dan Sastera. Pelajar
dikehendaki mentranskripsikan tulisan Rumi kepada tulisan Jawi . ( penulisan
ilmiah,sajak/puisi )

TUGASAN 4 : PENGHASILAN PRODUK ( 15% )

“Seni khat sebenarnya adalah satu kesenian tulisan yang berasal dari empayar Mesir
Kuno. Namun seni khat semakin berevolusi menjadi lebih cantik selepas kedatangan
Islam sehingga lahir seni dan gaya disebut sebagai aqlam al-Sittah iaitu merangkumi
gaya seni Khat Nasakh, Khat Thulus, Khat Riq’ah, Khat Farisi atau Khat Nesta’liq, Khat
Khufi dan Khat Diwani”.

Pelajar dikehendaki menghasilkan karya seni khat dengan memilih kata-kata hikmah dalam
artikel yang dipilih.

Pentaksiran Berterusan ini bergabung dengan kursus BMMB 1114 (Pengenalan


Sistem Ejaan Jawi dan Rumi) BMMB 1104 (Pengenalan Kesusasteraan dan
Kebudayaan Melayu) BMMB 1134 ( Keterampilan Berbahasa ) dan BMMB 1124
(Literasi Bahasa ). Pelaksanaan KPPB ini seiring dengan idea besar iaitu Puisi Melayu
Tradisi Wahana Kesantunan Bahasa dan Budaya Masyarakat Malaysia.

Arahan Pelaksanaan Tugasan:

1. Format penulisan adalah seperti berikut:


• Templat terkini muka depan kerja kursus hendaklah digunakan dan boleh
dimuat turun dari iTEMS.
• Font: Arial
• Saiz huruf: 11
• Langkau: 1.5
• Rujukan: APA ( American Psychological Association)
• Keseluruhan isi dan pengolahan perlu menunjukkan keaslian hasil kerja dan
sokongan ilmiah.
• Format dan organisasi tugasan perlu jelas dan koheran.
• Rujukan perlulah daripada pelbagai sumber yang tepat dan memenuhi
kehendak tugasan ( sekurang-kurangnya 10 SUMBER yang meliputi buku,
sumber internet, jurnal dan bahan-bahan bercetak yang lain )
• Tugasan adalah secara INDIVIDU.

2. Plagiat tidak dibenarkan sama sekali.


3. Anda mesti menghantar tugasan anda mengikut tarikh yang ditetapkan. Tugasan yang
dihantar lewat tanpa sebab yang kukuh boleh menjejaskan gred kerja kursus anda.
Disediakan oleh : Disemak oleh:

( EN. NOOR AZNI BIN YAHYA ) ( DR. HASNAH BINTI AWANG )


Penyelaras Kursus BMM1114 Pakar Bidang (SME)
Pengenalan Sistem Ejaan Jawii dan Rumi Jabatan Pengajian Melayu
Jabatan Pengajian Melayu IPG Kampus Ipoh, Perak.
IPG Kampus Ipoh, Perak.

Disahkan oleh :

(EN. SHAMSUDIN BIN ABU BAKAR )


Ketua Jabatan Pengajian Melayu
IPG Kampus Ipoh
Perak.
PENGHARGAAN

Alhamdulillah, syukur ke hadrat Illahi kerana dengan limpah kurnianya saya akhirnya dapat menyiapkan
tugasan ini. Terlebih dahulu saya ucapkan jutaan terima kasih kepada Institut Pendidikan Guru Kampus
Ipoh kerana telah memberi peluang kepada saya untuk melaksanakan tugasan kerja kursus ini supaya
dapat menilai kefahaman dan juga kemampuan saya dalam kursus yang saya pelajari ini.

Saya juga ingin mengucapkan ribuan terima kasih kepada Encik Noor Azni bin Yahya kerana memberi
tunjuk ajar kepada kami dalam mencurahkan ilmu pengetahuan dalam kursus BMMB1114
Kesusasteraan dan Kebudayaan Melayu pada kali ini. Selain itu, saya juga ingin berterima kasih
kepada Encik Noor Azni kerana memberi kepercayaan kepada saya untuk menghasilkan tugasan ini
dengan penuh semangat. Semoga ilmu yang telah dicurahkan oleh Encik Noor Azni menjadi asbab
dalam kejayaan kami dalam tugasan pada kali ini, Insha-Allah.

Turut saya ucapkan penghargaan kepada ibu bapa saya yang memberi sokongan kepada saya
sepanjang menyiapkan tugasan ini. Tidak dilupakan kepada rakan-rakan Y1 yang sentiasa ada di sisi,
membantu, memberi sokongan dan semangat sepanjang saya menyiapkan tugasan ini. Tanpa mereka,
sudah tentu tugasan ini tidak akan disiapkan dengan sempurna. Semoga dengan usaha kita pada kali
ini menjadikan kita seorang guru yang berjaya pada masa akan datang.

Harapan saya terhadap tugasan pada kali ini adalah segala usaha yang telah saya dan rakanrakan
membuahkan hasil dan mendapatkan keputusan yang cemerlang serta menjadi pembakar semangat
dalam menghadapi tugasan yang seterusnya. Oleh itu, saya berharap dengan tugasan ini akan
menambahkan lagi ilmu pengetahuan saya serta menjadi seorang pendidik yang bukan sahaja ingin
mengajar tetapi ingin mendidik anak bangsa supaya mereka juga dapat mencapai cita-cita serta
menjadi insan yang berjaya.
ISI KANDUNGAN

PERKARA HALAMAN

1.0 PENGENALAN 2

2.0 MENGANALISIS SISTEM EJAAN JAWI 2

2.1 SISTEM EJAAN DARLUNG 2

2.2 SISTEM EJAAN BUKAN DARLUNG 3

2.3 HUKUM KA DAN GA 5

3.0 MENGANALISIS SISTEM EJAAN RUMI 6

3.1 KATA PINJAMAN INGGERIS 6

3.1.1 PENYESUAIAN HURUF-HURUF KONSONAN TERTENTU 6

3.1.2 PENYESUAIAN HURUF BAGI GABUNGAN DUA HURUF

VOKAL 7

3.1.3 PENGEKALAN GUGUS KONSONAN DENGAN BEBERAPA

PENYESUAIAN 7

3.1.4 HURUF G YANG DIUCAPKAN SEBAGAI (J) MENURUT

SEBUTAN BAHASA INGGERIS, DITULIS SEBAGAI G

JUGA DAN DISEBUT SEBAGAI (G) DALAM BAHASA

MELAYU 8

3.1.5 KATA YANG ASALNYA BERAKHIR DENGAN –sion,

-tion, -tional MENJADI –syen, -sional DAN -sen 8

3.1.6 PENGEJAAN KATA YANG BERAKHIR DENGAN -ism 9

3.2 KATA PINJAMAN SANSKRIT 9

3.2.1 IMBUHAN SANSKRIT AWALAN 9

3.2.2 IMBUHAN SANSKRIT AKHIRAN 10

3.2.3 PROSES PELEBURAN 11

3.2.4 PROSES DISIMILASI 12

4.0 RUMUSAN 12

5.0 RUJUKAN 13

1
1.0 PENGENALAN
Sejak 1980-an sehingga sekarang, sistem Jawi yang kita gunakan ialah Sistem Jawi DBP, yang
dibuat dan diperhalusi oleh Dewan Bahasa dan Pustaka. Antara tokoh-tokoh yang
bertanggungjawab dalam zaman modenisasi dan memperhalusi jawi dalam Sistem DBP ialah
Puan Asmah Hj. Omar dan Prof. Sufiah Abdul Karim.

2.0 MENGANALISIS SISTEM EJAAN JAWI


Antara ciri utama sistem jawi yang paling ketara ialah menekankan ejaan yang lebih spesifik untuk
setiap bunyi sebutan huruf. Ia lebih senang untuk dibaca, dieja dan disebut kerana setiap huruf
rumi dijawikan untuk lebih mirip ejaan rumi yang sebenar.
2.1 SISTEM EJAAN DARLUNG
Sistem ejaan Darlung atau dikenali sebagai hukum Derlung ini teraplikasi apabila sesuatu
perkataan yang mempunyai dua suku kata terbuka [a] + [a] atau perkataan yang
mempunyai tiga suku kata atau lebih tetapi dua suka kata akhirnya terbuka [a] + [a]. Jenis
kata yang disebutkan terjadi apabila diakhiri dengan huruf-huruf yang terlibat dengan
hukum Darlung ini sama dengan ejaan Darlung dalam tulisan jawi ( ‫ ) درلوڠ‬iaitu dal ( ‫) د‬
atau ra ( ) ‫ ر‬atau lam ( ‫ ) ل‬atau wau ( ) ‫ و‬atau nga ( .) ‫ ڠ‬Huruf-huruf ini hendaklah ditambah
huruf alif ( ‫ ) ا‬selepasnya. Namun hukum Darlung ini juga terdapat syarat yang lain iaitu
perkataan mestilah berasal daripada perkataan Melayu asli ataupun kata serapan selain
bahasa Arab atau Parsi kecuali pada ejaan jawi tradisi seperti ada, tiada, daripada dan
kepada.
Contoh kata yang mempunyai dua suku kata terbuka [a] + [al adalah seperti jadual 1:

Jadual 1

2
Contoh kata tiga suku kata atau lebih dan mempunyai dua suku kata akhirnya terbuka [a]
+ [a]. adalah seperti jadual 2:

Jadual 2

2.2 SISTEM EJAAN BUKAN DARLUNG


Bagi sistem ejaan bukan Darlung pula apabila sebutan perkataan yang terakhir
mempunyai suku kata terbuka [a] + [a] dan digandingkan dengan selain daripada huruf-
huruf yang terlibat dalam hukum Darlung ( .) ‫ درلوڠ‬Huruf alif ( ‫ ) ا‬hendaklah digugurkan
selepas huruf-huruf selain daripada huruf darlung.

Contoh kata yang mempunyai dua suku kata terbuka [a] + [a] adalah seperti jadual 3:

3
Jadual 3
Contoh kata tiga suku kata atau lebih dan mempunyai suku kata praakhir dan akhirnya
terbuka [a] + [a]. adalah seperti jadual 4:

Jadual 4

4
2.3 HUKUM KA DAN GA
Hukum ka dan ga ialah hukum yang melibatkan kata yang berakhir dengan huruf ka [‫]ک‬
dan ga [‫ ]ݢ‬yang berbunyi terbuka [a] dalam bahasa melayu jati. Tidak diberi huruf alif
pada huruf ka dan ga yang berada di akhir kata.
Contohnya:

Jadual 5

Kaedah ejaan ini tidak termasuk kekecualian disebabkan ejaan yang menimbulkan
kekeliruan seperti;
ketiadaan huruf vokal pada suku kata praakhir, misalnya teka (,)‫ تكا‬lega (,)‫ لݢا‬dan sega
(‫)سݢا‬,
masalah homograf seperti beg (‫ )بيݢ‬dan bega (,)‫ بيݢا‬bek (‫ )بيک‬beka (,)‫بيکا‬
kata serapan seperti giga yang dieja (‫)ݢيݢا‬.
Walaubagaimanapun, sekiranya perkataan tersebut menerima imbuhan akhiran
hendaklah ditambah alif pada perkataan asalnya. Contohnya perkataan suka (‫)سوک‬
apabila dieja tidak ditambah alif pada perkataannya namun apabila perkataan tersebut
menerima imbuhan, sukakan (‫ )سوکاکن‬maka akan ditambah alif padanya.

5
3.0 MENGANALISIS SISTEM EJAAN RUMI

3.1 KATA PINJAMAN BAHASA INGGERIS

3.1.1 PENYESUAIAN HURUF-HURUF KONSONAN TERTENTU

Pertukaran kata pinjaman bahasa Inggeris kepada bahasa Melayu disebut sebagai kata
pinjaman bahasa inggeris yang akan mengalami banyak perubahan apabila dipinjam.
Antara contohnya adalah penyesuaian huruf-huruf konsonan tertentu seperti huruf ‘cc’
pada kata acces akan diganti dengan huruf ‘k’ dan dieja sebagai akses dalam bahasa
Melayu. Selain itu, contoh lain yang dapat dilihat adalah huruf ‘q’ pada perkataan quality
yang ditukar kepada huruf ‘k’ apabila dieja dalam bahasa Melayu iaitu kualiti. Namun
begitu, penyesuaian huruf-huruf ini hanya berlaku untuk konsonan tertentu sahaja dan
bukan pada setiap huruf konsonan. Contoh lain dapat dilihat pada jadual 6 dan 7 di bawah:

Jadual 6

Jadual 7

6
3.1.2 PENYESUAIAN HURUF BAGI GABUNGAN DUA HURUF VOKAL

Selain itu, terdapat juga penyesuaian huruf bagi gabungan dua huruf vokal seperti
perkataan boot apabila diserap masuk ke dalam bahasa Melayu, dua huruf vokal ‘oo’ akan
digugurkan dan diganti dengan huruf vokal ‘u’ yang aka dieja sebagai ‘but’. Tujuan
penyesuaian huruf tersebut adalah untuk mengelakkan kekeliruan pengguna untuk
membezakan perkataan serta untuk menambah lagi perbendaharaan kata Melayu.
Contoh lain dapat dilihat pada jadual 8 di bawah.

Jadual 8

3.1.3 PENGEKALAN GUGUS KONSONAN DENGAN PENYESUAIAN

Terdapat juga pengekalan beberapa gugus konsonan tertentu mengikut kesesuaian


perkataan seperti perkataan block apabila dibawa masuk ke dalam bahasa Melayu, huruf
‘c’ akan digugurkan dan dieja sebagai ‘blok’. Sebagai kekecualian kepada peraturan
gugus konsonan, beberapa kata tertentu telah diterima mengikut sistem ejaan lama yang
menggunakan ‘e’ pepet. Contoh lain dapat dilihat pada rajah 1 di bawah.

Rajah 1

7
3.1.4 HURUF G YANG DIUCAPKAN SEBAGAI (J) MENURUT SEBUTAN BAHASA
INGGERIS, DITULIS SEBAGAI G JUGA DAN DISEBUT SEBAGAI (G) DALAM
BAHASA MELAYU

Dalam beberapa keadaan, sesuatu huruf itu dapat dikekalkan sebagai contohnya huruf
‘g’ dalam perkataan bahasa inggeris juga ditulis sebagai ‘g’’ dalam bahasa Melayu.
Misalnya, dapat dilihat pada perkataan pyschology dimana huruf ‘g’ nya tetap dikekalkan
walaupun disebut sebagai huruf ‘j’. Namun dalam bahasa Melayu perkataan tersebut
ditulis sebagai ‘psikologi’ bukan ‘psikoloji’ di mana huruf ‘g’ yang diucapkan sebagai ‘j’
menurut sebutan bahasa Inggeris ditulis sebagai ‘g’ juga dan disebut sebagai ‘g’ dalam
bahasa Melayu. Contoh-contoh lain dapat dilihat pada jadual 9 di bawah.

Jadual 9

3.1.5 KATA YANG ASALNYA BERAKHIR DENGAN –sion,

-tion, -tional MENJADI –syen, –sional DAN -sen

Di samping itu, terdapat juga beberapa perkataan bahasa Inggeris yang kata asalnya
berakhir dengan gugus huruf ‘-tion’ seperti lotion yang dieja dalam bahasa Inggeris
sebagai ‘losen’ dalam bahasa Melayu. Perkataan yang asalnya begitu berubah untuk
disesuaikan dengan sebutan yang disebut dalam bahasa Melayu. Contoh-contoh lain
dapat dilihat pada jadual 10 di bawah.

Jadual 10

8
3.1.6 PENGEJAAN KATA YANG BERAKHIR DENGAN –ISM

Bagi perkataan bahasa Inggeris yang berakhir dengan –ism akan ditulis sebagai –isme
dalam bahasa Melayu. Hal ini adalah bagi menyesuaikan penutur bahasa Melayu
menyebut perkataan bahasa Inggeris yang diserap masuk yang berakhir dengan –ism.
Contoh-contoh lain yang dapat dilihat ada pada jadual 11 di bawah.

Jadual 11

3.2 KATA PINJAMAN BAHASA SANSKRIT

Penggunaan istilah Sanskrit dalam bahasa-bahasa yang dituturkan di seluruh nusantara

sudah ada sejak dahulu sehingga kata-kata serapan ini sering tidak dikenali sebagai kata

serapan dan kemudian dimasukkan ke dalam kosa kata dasar. Dengan demikian, seseorang

dapat menulis cerita pendek hanya dengan menggunakan perkataan-perkataan daripada

bahasa Sanskrit.

3.2.1 IMBUHAN SANSKRIT AWALAN

Imbuhan bahasa Sanskrit boleh dikatakan banyak digunakan untuk membentuk suatu
istilah baharu. Bagi imbuhan awalan seperti tata- adalah digunakan untukk menerbitkan
kata nama atau untuk menunjukkan suatu susunan atau peraturan. Contoh perkataannya
ialah tatabahasa. Selain itu, imbuhan awalan seperti pra- yang digunakan untuk
menerbitkan kata nama dan untuk menunjukkan maksud sebelum atau syarat kepada
sesuatu yang mengikutnya. Misalnya ialah prasyarat. Seterusnya contoh imbuhan awalan
bahasa Sanskrit ialah pasca-. Imbuhan awalan ini bertujuan untuk menerbitkan satu kata
nama baharu dan untuk menunjukkan sesudah atau selepas sesuatu perisitiwa atau
keadaan. Contoh perkataannya ialah pascamerdeka. Contoh-contoh lain beserta
keterangan boleh dilihat pada jadual 12 di bawah.

9
Jadual 12

3.2.2 IMBUHAN SANSKRIT AKHIRAN

Selain daripada imbuhan sanskrit awalan terdapat juga imbuhan sanskrit akhiran.
Sebagai contohnya imbuhan –wan, -man, -wati dan –nita. Setiap daripada imbuhan ini
akan membentuk suatu perkataan baharu yang mempunyai maksud tertentu. Misalannya
imbuhan –man yang diertikan sebagai seseorang yang mahir dalam sesuatu bidang atau
perkara. Contoh dan penerangan lain bagi imbuhan sanskrit akhiran ada pada jadual 13
di bawah.

10
Jadual 13

3.2.3 PROSES PELEBURAN

Terdapat juga proses-proses penyerapan bahasa Sanskrit antaranya ialah proses


peleburan iaitu suatu proses pengguguran atau peleburan suatu konsonan dalam
perkataan-perkataan yang mengandungi dua konsonan yang sama dan berturutan.
Sebagai contohnya, perkataan ‘uttara’ yang mempunyai dua huruf konsonan ‘t’ yang
berturutan, satu huruf ‘t’ digugurkan dan menjadi ‘utara’. Proses ini bertujuan untuk
memantapkan sistem ejaan Melayu. Contoh lain yang boleh dilihat pada rajah 2 di bawah.

Rajah 2

11
3.2.4 PROSES DISIMILASI

Selain itu, proses yang terdapat dalam penyerapan bahasa Sanskrit ialah proses
disimilasi. Proses ini pula ialah suatu proses perubahan dua bunyi yang sama menjadi
tidak sama atau berbeza. Misalannya, perkataan ‘vanantara’ yang ditukar menjadi
‘belantara’. Keadaan ini boleh dilihat bahawa suku kata ‘va’ menjadi ‘be’ manakala suku
kata ‘nan’ menjadi ‘lan’. Tujuannya adalah untuk meringankan serta melancarkan lagi
sebutan tersebut. Contoh lain dapat dilihat pada jadual 14 di bawah.

Jadual 14

4.0 RUMUSAN

Dapat disimpulkan di sini bahawa tulisan jawi merupakan tulisan yang sangat penting khusunya
bagi bangsa Melayu kerana ia merupakan tulisan asli bahasa Melayu dan mempunyai ciri-cirinya
yang tersendiri. Orang Melayu juga menyerap masuk perkataan asing untuk memperkayakan
kosa kata mereka. Kata pinjaman boleh dipinjam secara terus atau dengan menterjemah
perkataan atau konsep asing. Peminjaman dilakukan dengan menyesuaikan bentuk atau sebutan
perkataan asing ke dalam bahasa Melayu.

RUJUKAN

12
Ahmad bin Awang. (1981). Peraturan mengeja kata-kata Pinjaman Umum Dalam Ejaan Rumi

Baru Bahasa Malaysia.

http://apjee.usm.my/JPP_03_1981/Jilid%2003%20Artikel%2010.pdf

Alias, N. (2016). UNIVERSITI PUTRA MALAYSIA.

http://psasir.upm.edu.my/id/eprint/68768/1/FBMK%202016%205%20-%20IR.pdf

Bakar, Z. B. (2014). Bahasaku: SISTEM EJAAN RUMI BAHARU. Bahasaku. http://bahasaku-

zahid.blogspot.com/2014/12/sistem-ejaan-rumi-baharu.html?m=1

HAJI WAN MOHD. SAOPHY AMIZUL B. WAN MANSOR. (2015). Hukum Luar Derlung :

Klik Web DBP. Klik Web DBP. http://klikweb.dbp.my/?p=15080

HAJI WAN MOHD. SAOPHY AMIZUL WAN MANSOR. (2015a). Hukum Derlung : Klik Web

DBP. Klik Web DBP. http://klikweb.dbp.my/?p=1085

HAJI WAN MOHD. SAOPHY AMIZUL WAN MANSOR. (2015b). Hukum Ka-Ga : Klik Web

DBP. KlikWeb DBP. http://klikweb.dbp.my/?p=2664

Izzah Zahh. (2013, May 20). SEJARAH DAN PERKEMBANGAN SISTEM EJAAN RUMI BAHASA

MELAYU. Slideshare. https://www.slideshare.net/izzahzahh/sejarah-dan-perkembangan-

sistem-ejaan-rumi-bahasa-melayu

Muhammad Najwan. (2021). BMMB1084. Anyflip. https://online.anyflip.com/pusje/gkza/mobile/

Ning, W. (2015). Unsur-unsur bahasa Sanskrit dan bahasa Parsi dalam bahasa Melayu.

Www.academia.edu.

https://www.academia.edu/25510131/Unsur_unsur_bahasa_Sanskrit_dan_bahasa_Parsi_

dalam_bahasa_Melayu

13
Norhasimah Mamat. (2017). BAB 8: PEMINJAMAN DALAM BAHASA MELAYU.

Www.academia.edu.

https://www.academia.edu/7954468/BAB_8_PEMINJAMAN_DALAM_BAHASA_ME

LAYU

14
PB2 ANALISIS
by AHMAD WIDAD

Submission date: 05-Mar-2023 03:59AM (UTC+0800)


Submission ID: 2028822523
File name: TURNITIN_JAWI_analisis_1.pdf (152.8K)
Word count: 1078
Character count: 6607
PB2 ANALISIS
ORIGINALITY REPORT

28 %
SIMILARITY INDEX
28%
INTERNET SOURCES
0%
PUBLICATIONS
7%
STUDENT PAPERS

PRIMARY SOURCES

1
megathensem.wordpress.com
Internet Source 6%
2
klikweb.dbp.my
Internet Source 5%
3
www.vodppl.upm.edu.my
Internet Source 4%
4
sebuahwilayahkata.blogspot.com
Internet Source 3%
5
fr.scribd.com
Internet Source 3%
6
www.scribd.com
Internet Source 2%
7
slideplayer.info
Internet Source 2%
8
Submitted to Institut Pendidikan Guru
Malaysia
1%
Student Paper

9
www.coursehero.com
Internet Source 1%
10
shaheera99.blogspot.com
Internet Source 1%
11
bmsevapmr.blogspot.com
Internet Source 1%

Exclude quotes Off Exclude matches Off


Exclude bibliography Off

Anda mungkin juga menyukai