Anda di halaman 1dari 12

INSTITUT PENDIDIKAN GURU

KEMENTERIAN PENDIDIKAN MALAYSIA


IPG KAMPUS TENGKU AMPUAN AFZAN
27200 KUALA LIPIS, PAHANG DARUL MAKMUR

GWP1092
WACANA PENULISAN
Nama : TENG EN CI
No. K/P : 020929 - 13 - 0364
Angka Giliran : 2020112310060
Program : PROGRAM PERSEDIAAN IJAZAH
SARJANA MUDA PERGURUAN
Ambilan : JUN 2020
Unit : BIMBINGAN DAN KAUNSELING 1
( BNK 1 )
Nama Pensyarah : ENCIK SHAIFUL BAHARI BIN BACHIK
Tarikh Hantar : 28 MARCH 2021

PENGAKUAN PELAJAR

Saya mengaku bahawa tugasan kerja kursus ini adalah hasil kerja saya sendiri kecuali
nukilan dan ringkasan yang setiap satunya saya jelaskan sumbernya.

Tandatangan Pelajar: __________________________ Tarikh: 28 MARCH 2021

PENGESAHAN PELAJAR

Saya mengesahkan bahawa maklum balas yang diberikan oleh pensyarah telah saya
rujuki dan fahami.

Tandatangan Pelajar: __________________________ Tarikh: ____________________

PEMERIKSA MODERATOR
Markah Markah

Tandatangan Tandatangan

Cop Cop

Tarikh Tarikh

JKA/Jun2019
INSTITUT PENDIDIKAN GURU KAMPUS TENGKU AMPUAN AFZAN
TUGASAN KERJA KURSUS
TAHUN AKADEMIK: JANUARI – MEI 2021

Program: PPISMP Nama Pelajar :

Kod: GWP1092 Semester/ Tahun : Semester 2


Ambilan : Jun 2020
Nama Kursus:
Wacana Penulisan Kumpulan : PPISMP BM1. BM2,
PAI1, PAI2, PAI3, PAI4,
BK1, BK2, PAKK,
TESLSK, TESLSJKC

Tugasan Tarikh Mula Tarikh Hantar

1. Tugasan 1 : Penulisan Esei 1 01 March 2021 28 March 2021

2. Tugasan 2 : Penulisan Esei II 15 March 2021 01 April 2021

3. Tugasan 3 : Pembentangan Kumpulan 12 April 2021 17 April 2021


Hasil Pembelajaran Kursus:
Pada akhir kursus ini, pelajar dapat :
1. Menjelaskan idea dalam penulisan berdasarkan konsep wacana secara lisan dan bertulis (C2, LO1,
LO3, CTPS1).

2. Mengaplikasikan pengetahuan tentang keutuhan wacana dalam penulisan akademik menggunakan


pelbagai sumber
(C3, LO3, LO6, CTPS2, LL1).

3. Menganalisis jenis-jenis wacana dan gaya penulisan secara berkumpulan (C4, LO3, LO5, CTPS3,
CS1, TS1).

4. Menilai hasil penulisan kritikan, ulasan rencana atau teks dan resensi buku (C5, LO3, CTPS3).

5. Menghasilkan penulisan akademik atau bukan akademik secara kritis dengan menggunakan laras
bahasa formal mengikut format yang betul (C6, LO3, CTPS4).

Kerja kursus ini bagi menilai hasil pembelajaran 3, 4 dan 5.


Objektif Kerja Kursus:
Pelajar akan dapat:
1. Membuat penilaian tentang penggunaan wacana dengan tepat dalam buku ilmiah yang dipilih
(CLO4).
2. Menghasilkan satu penulisan akademik yang kritis bagi membincangkan isu-isu semasa,
dengan menggunakan laras bahasa formal dan mengikut format yang betul (CLO5).

3. Menganalisis dan membentangkan jenis-jenis wacana dan gaya penulisan dengan tepat
dalam bahan penulisan akademik terbitan Dewan Bahasa Pustaka yang dipilih (CLO3).
Baca pernyataan di bawah, dan jawab soalan-soalan yang dikemukakan.

Penulisan akademik atau juga disebut penulisan ilmiah, bertolak daripada fakta yang dihasilkan
daripada bacaan, data dan bahan. Umumnya, penulisan akademik bertujuan mengemukakan
sesuatu yang baharu atau memberi penilaian semula terhadap sesuatu objek (Mana Sikana,
2015). Aspek yang penting dalam penulisan akademik atau bukan akademik adalah wacana.
Menurut Tarigan (1985), wacana dibahagikan kepada dua bentuk utama, iaitu wacana tulisan
(written discourse) dan wacana lisan (spoken discourse). Wacana tulisan disampaikan secara
bertulis dan untuk memahami wacana bentuk ini, seseorang itu mesti membacanya. Dari aspek
kebahasaan, wacana tulisan mementingkan penggunaan tatabahasa yang betul seperti struktur
ayat, perbendaharaan kata, ejaan, imbuhan dan sebagainya. Sebaliknya, wacana lisan
disampaikan secara lisan dan penutur perlulah bercakap dengan jelas, terang, sebutan yang
betul dan kemas serta berupaya menggunakan intonasi yang tepat. Bagi Rohaidah Haron (2018),
merumuskan bahawa wacana itu merupakan bentuk percakapan atau penulisan yang bersifat
formal dan tidak formal. Wacana ini suatu rentetan bahasa yang lebih besar daripada ayat dan
bersifat koheren. Ayat dalam wacana mestilah mempunyai kesatuan dari segi waktu, tempat dan
sebagainya. Setiap wacana berlandaskan hubungan antara penutur-penutur dalam bahasa lisan
atau penulis-pembaca dalam bahasa tulisan.

Berdasarkan stimulus di atas pelajar dikehendaki melaksanakan tugasan berikut:

Tugasan 1: Penulisan Esei 1 (Individu): 30%

Berdasarkan sebuah buku ilmiah yang dibaca, anda dikehendaki membuat ulasan buku
tersebut daripada aspek wacana penulisan.

Panjang tugasan ini mestilah lebih kurang 1000 patah perkataan.

Tugasan 2: Penulisan Esei II (Individu): 30%


Anda dikehendaki menghasilkan satu penulisan akademik berkaitan dengan isu-isu semasa
dengan kritis. Penulisan anda hendaklah menggunakan laras bahasa formal dan mengikut
format yang betul.

Panjang tugasan ini hendaklah lebih kurang 1000 patah perkataan.


Tugasan 3: Pembentangan (Kumpulan): 10%

Secara berkumpulan antara dua hingga tiga orang, anda dikehendaki memilih penulisan
akademik terbitan Dewan Bahasa dan Pustaka. Berdasarkan sumber tersebut, anda dikehendaki
menganalisis jenis-jenis wacana dan gaya penulisan dalam penulisan tersebut.

Durasi pembentangan tidak lebih 30 minit setiap kumpulan.

Arahan Pelaksanaan Tugasan:

1. Pelajar diminta menjawab soalan 1, 2, dan 3.

2. Soalan 1, dan 2 dijawab secara individu manakala soalan 3 dilaksanakan secara


berkumpulan.

3. Format penulisan tugasan adalah seperti yang berikut:

4. Muka depan hendaklah mengikut templat terkini.


4.1 Jenis Font Arial.
4.2 Saiz huruf - 11
4.3 Langkau 1.5 baris dan justify
4.4 Rujukan mengikut format APA (American Psychological Association)
4.5 Panjang esei dan penghasilan karya adalah lebih kurang 1000 perkataan; manakala
durasi pembentangan berkumpulan atas talian tidak lebih daripada 30 minit.
4.6 Rujukan tidak termasuk dalam jumlah pengiraan perkataan.

5. Perbuatan plagiat tidak dibenarkan sama sekali. Jika terbukti ada amalan plagiarisme, maka
tindakan tegas akan diambil mengikut Akta 174.

6. Rujukan perlulah daripada pelbagai sumber yang tepat dan sahih serta
memenuhi kehendak tugasan (sekurang-kurangnya sumber daripada 3 buah buku, 3 sumber
internet, 3 jurnal dan 2 bahan bercetak yang lain seperti majalah, akhbar, monograf dan
seumpamanya).

7. Anda wajib menyusun tugasan anda seperti berikut :


7.1 Kulit Tugasan
7.2 Biodata
7.3 Borang perakuan.
7.4 Penghargaan
7.5 Petikan soalan tugasan
7.6 Isi Kandungan
7.7 Tugasan
7.8 Rujukan
7.9 Lampiran lain yang berkaitan termasuk set soalan kerja kursus.

8. Kelewatan menghantar tugasan akan menyebabkan markah dipotong.

9. Tugasan 1 dan tugasan 2 mestilah dihantar secara berasingan mengikut tarikh yang telah
ditetapkan. Tugasan 3 akan dilaksanakan dalam tempoh yang telah ditetapkan.

10. Tugasan ini membawa markah 70% dalam penilaian dan pentaksiran.
Prakata

Salam sejahtera saya ucapkan sebagai pembuka kata dalam kerja kursus ini.
Saya Teng En Ci berasa amat bersyukur dengan mendapat tugasan ini kerana banyak
perkara yang boleh saya pelajari seperti cara membuat ulasan buku.

Saya ingin mengucapkan penghargaan terima kasih kepada pensyarah yang


banyak membantu saya iaitu Encik Shaiful Bahari Bin Bachik. Beliau banyak membantu
saya menyiapkan tugasan ini dengan memberikan beberapa idea dan memberi taklimat
kerja kursus. Saya juga ingin mengucapkan terima kasih kepada ibu bapa saya yang
banyak memberikan dorongan dan prihatin kepada saya semasa menyiapkan kerja
kursus pendek ini.

Syukur kepada Tuhan kerana dengan limpah kurnianya saya berjaya menyiapkan
tugasan yang diberikan ini.
Buku ilmiah yang telah dibaca bertajuk “Bimbingan dan Kaunseling Kanak-kanak”
yang ditulis oleh Akhiar Bin Pardi dan Shamsina Shamsuddin. Buku ini diterbit oleh
Pelangi Professional Publishing Sdn. Bhd. dan mengandungi 276 muka surat.
Berdasarkan buku ini saya akan membuat ulasan buku daripada aspek wacana penulisan.

Dalam hierarki bahasa, wacana terletak pada tingkat tertinggi sekali, iaitu hadir
selepas tingkat ayat. Dalam sesebuah wacana, perkaitan antara unit- unit bahasa atau
unsur-unsur seperti kata, frasa, klausa, dan ayat disusun dan dijalin dengan sempurna
sehingga memperlihatkan hubungan dan perkembangan fikiran yang berkesinambungan
dapat melahirkan kesatuan fikiran yang utuh. Kesatuan yang utuh itulah yang
menunjukkan ianya sebuah wacana yang baik. “Wacana yang baik dikenali sebagai
keutuhan wacana. Keutuhan wacana terhasil apabila wujudnya susunan yang teratur dan
berurutan dalam sesuatu wacana. Keutuhan wacana penting bagi menentukan sesuatu
satuan itu dianggap sebagai wacana atau hanya merupakan kumpulan ayat yang tidak
teratur.” (Raminah Hj. Sabran et. al., (1987). Kajian Bahasa untuk Pelatih Maktab
Perguruan, hal. 221) Keutuhan wacana boleh dinilai dengan melihat wujudnya hubungan-
hubungan dari aspek semantik, leksikal, gramatikal atau tatabahasa dan fonologi.

Aspek semantik boleh dibahagi kepada dua iaitu hubungan semantik umum dan
hubungan semantik interaktif. Hubungan semantik umum juga dikenali sebagai kaitan
semantik antara bahagian-bahagian wacana yang merujuk kepada penggunaan bentuk-
bentuk pernyataan yang memperlihatkan hubungan dalam bentuk berikut: hubungan yang
berkaitan sebab dan akibat, hubungan pasangan dan hubungan prafrasa.

Contoh hubungan sebab dan akibat daripada buku ilmiah yang dibaca ialah:
Setelah melangkah masuk ke abad-21, Malaysia terus mengalami pelbagai perubahan
baik dalam alam dunia pekerjaan, sosial mahu pun struktur ekonomi. Pengkhususan
dalam bidang perindustrian dan pekerjaan terus berkembang dengan pesat.
Pertumbuhan ekonomi dicirikan dengan saiz syarikat yang terus membesar dan menjadi
semakin kompleks. (sebab) Perkara ini menjadikan alam pekerjaan semakin tidak dapat
dijangkakan. (akibat)

Hubungan pasangan boleh dilihat berdasarkan bentuk perbezaan. Dalam muka


surat ke-30, terdapat hubungan pasangan dalam bentuk perbezaan: Maruah murid yang
diberikan bimbingan perlu dijaga dan dihormati. Apa juga yang dibincangkan dan bersifat
peribadi tidak seharusnya dikongsikan dengan murid dari kelas lain atau dengan guru-
guru lain kecuali atas kepentingan dan untuk kebaikan murid yang dibimbing.

Hubungan prafasa merujuk kepada bentuk pernyataan yang menyatakan semula


kenyataan awal. Contohnya, kaunseling adalah untuk semua. Dalam situasi di sekolah,
kaunseling bukan sekadar untuk murid yang bermasalah atau murid luar biasa.

Hubungan semantik interaktif banyak berfungsi dalam wacana lisan. Ia bertujuan


bagi menimbulkan respon atau tindak balas daripada pendengar. Menurut Winfred
Crombie (1985) lagi, terdapat tiga bentuk asas aplikasi semantik dalam pertuturan atau
perbualan iaitu inisiatif, respon dan susulan. Hubungan semantik interaktif juga boleh
dilihat dalam bentuk ayat-ayat atau ujaran. Daripada muka surat ke-8 terdapat hubungan
semantik interaktif. “Mengapa kita perlu melihat perkara yang disebut di atas dari
perspektif sedemikian rupa? (penyoalan) Jawapannya nampak mudah, tetapi kesannya
amat penting. Ini adalah kerana kesemua perubahan ini telah menghasilkan cabaran yang
lebih kompleks kepada murid dan pelajar semasa mereka cuba untuk menjangkakan
keadaan masa hadapan. (respon)”

Seterusnya adalah hubungan dari aspek leksikal. Hubungan ini dapat dilihat dari
aspek wujudnya pertalian antara perkataan dalam sesuatu wacana. Hubungan leksikal
dalam wacana tercapai melalui penggunaan kosa kata yang serasi dan sesuai. Keutuhan
leksikal adalah berdasarkan pemilihan dan penggunaan perkataan yang sesuai dengan
makna yang ingin disampaikan. (Sajap Maswan, t.t.) Dalam muka surat ke-69, terdapat
penggunaan kolokasi yang mewujudkan pertalian antara perkataan dalam sesuatu
wacana. “Temu bual merupakan salah satu cara bagaimana guru biasa boleh
mendapatkan maklumat tentang masalah yang dihadapi oleh murid-muridnya. Guru boleh
menggunakan temu bual berstruktur atau separa struktur dengan menggunakan soalan-
soalan terbuka dan tertutup. Soalan terbuka digunakan untuk mendapatkan huraian dan
penjelasan tentang pandangan atau masalah murid manakala soalan tertutup bertujuan
untuk mendapatkan kepastian tentang sesuatu perkara.” Temu bual berkolokasi dengan
soalan terbuka dan soalan tertutup.

Hubungan dari aspek fonologi dapat dilihat dari segi hentian suara, nada suara,
dan intonasi suara. Hal ini secara tidak langsung menimbulkan hubungan semantik yang
berbeza-beza antara bahagian-bahagian wacana. Unsur-unsur paralinguistik juga
membantu pemahaman tentang sesuatu wacana. Dalam wacana tulisan, unsur-unsur
paralinguistik ini ialah alat-alat yang digunakan untuk memperjelaskan persembahan
wacana. Dalam wacana tulisan, alat-alat tersebut ialah tanda baca seperti noktah, koma,
tanda soal, titik bertindih dan sebagainya. Intonasi berperanan penting sebagai penanda
dan pemisah frasa dan pembeza struktur ayat. Misalnya, daripada muka surat ke-160,
terdapat satu ayat iaitu “emosi ini adalah betul?” Dengan adanya tanda soal, ayat ini
menjadi satu ayat tanya. Sekiranya tanda soal dibuang, ayat tersebut akan menjadi
“emosi ini adalah betul” dan ini membawa maksud emosi ini memang betul. Tetapi
maksud sebenar yang pengarang ingin bawa ialah bertanya kepada pembaca bahawa
emosi ini adalah betul atau tidak.

Akhir sekali ialah hubungan dari aspek gramatikal atau tatabahasa. Keutuhan
wacana seharusnya memperlihatkan hubungan berdasarkan binaan tatabahasanya.
Michael McCarthy (1991), menyatakan terdapat tiga faktor yang mempengaruhi pertautan
tatabahasa dalam sesebuah wacana yang utuh, iaitu kata rujukan, peleburan atau
pelenyapan (elipsis) dan penggantian serta kata penghubung.

Kata rujukan boleh disamakan dengan kata ganti nama dalam bahasa Melayu
kerana fungsinya yang menjadi rujukan dalam pembinaan sesebuah wacana.
Penggunaan kata ini akan menyebabkan makna yang cuba dimaksudkan lebih tepat dan
menjadikan wacana itu sendiri lebih rapi dan utuh. Contoh ayat daripada buku yang dibaca
ialah: Ini bertujuan untuk membolehkan diri murid tersebut menghadapi kehidupan dalam
dunia sebenar. Murid diberi peluang untuk mengenali diri mereka dan persekitarannya
terlebih dahulu sebelum menghadapai masalah yang mungkin timbul dalam kehidupan
mereka.

Peleburan atau pelenyapan (elipsis) dan penggantian merupakan satu konsep


apabila perkataan yang sama tidak diulang dalam ayat yang sama walhal biasanya ia
akan diulang. Proses ini akan menjadikan sesebuah wacana yang dipersembahkan itu
lebih utuh dan jelas. Misalnya, “Kaunselor bukan penyelesai masalah klien tetapi
merupakan pakar yang akan membantu kliennya memahami masalah dan mencari jalan
penyelesaian untuk menyelesaikan masalah berkenaan.” (Perkataan kaunselor tidak
diulang dalam ayat)

Kata penghubung yang digunakan dapat memperlihatkan pertalian dan pertautan


antara ayat-ayat atau perenggan-perenggan dalam wacana dan menjadikan wacana
tersebut bermakna dan utuh. Michael McCarthy (1991) telah menggariskan tiga fungsi
kata penghubung. Yang pertama ialah fungsi penghuraian. Fungsi penghuraian dalam
bahasa Melayu boleh dibuat dengan menggunakan perkataan-perkataan seperti
seterusnya, pada sudut yang lain, selain itu, sebaliknya dan sebagainya. Sebagai contoh,
“Dengan membantu kanak-kanak ini melalui perkembangan diri, kaunselor akan dapat
membebaskan guru daripada terpaksa menggunakan banyak masa untuk mengendalikan
kelas. Sebaliknya masa tersebut dapat digunakan untuk melaksanakan aktiviti
pengajaran dan pembelajaran dengan lebih berkesan.” Fungsi yang kedua ialah fungsi
pengembangan. Ianya sering kali digunakan bagi mengembangkan idea. Contoh
perkataan ialah seperti, dan, tetapi, oleh itu, sebab dan sebagainya. Contoh ayat adalah
seperti: “Kaunseling merupakan satu proses yang agak perlahan. Kaunselor perlu
memahami pergerakan yang perlahan ini kerana kegagalan memahaminya akan
menyebabkan pengabaian dan kekecewaan.” Fungsi kata penghubung yang ketiga ialah
fungsi penambahan. Ianya sering digunakan bagi menyatakan masa atau kejadian.
Contoh perkataan ialah kemudian, berikutnya, sebelum, selepas, pada masa, dalam hal
itu, dan sebagainya. Contoh: “Selepas sesi kaunseling, tindakan susulan perlu dijalankan.”

Kesimpulannya, untuk menulis sebuah wacana yang utuh, seseorang perlulah


mengambil kira aspek semantik, leksikal, gramatikal dan fonologi. Hal ini kerana sebuah
wacana yang utuh perlu mempunyai kesinambungan idea yang menjadikan wacana itu
suatu teks yang bermakna dan mudah difahami serta mempunyai keserasian hubungan
antara suatu unsur linguistik dengan unsur linguistik yang lain. Pemerengganan juga perlu
diaplikasi ketika menulis sebuah wacana agar seseorang penulis dapat menyampaikan
gagasan ideanya secara lebih tersusun dan mewujudkan komunikasi antara penulis dan
pembaca (Farizah, Hashimah, Norhiza & Zairinah, 2014).

Bibliografi

Asmah Hj. Omar. (1980). Analisis Wacana. Jurnal Dewan Bahasa, 24:3, hal. 11-25 dan
24:4, hal. 9-25.

Tarigan, Henry Guntur. (1995). Pengajaran Wacana. Kuala Lumpur: DBP.

Anda mungkin juga menyukai