Anda di halaman 1dari 4

INSTITUT PENDIDIKAN GURU KAMPUS TAWAU

TUGASAN KERJA KURSUS

TAHUN AKADEMIK: 2017

PROGRAM: PROGRAM IJAZAH SARJANA NAMA:


MUDA PERGURUAN (PISMP)

KOD: EDUP3073 SEMESTER / TAHUN: 2/2


AMBILAN: JUN 2015
NAMA KURSUS:BUDAYA DAN
PEMBELAJARAN KUMPULAN: PAI/PML/SAINS/BM

TUGASAN TARIKH MULA TARIKH HANTAR

TUGASAN 1: Satu Laporan Temubual 13/3/17 31/3/17

TUGASAN 2: Satu Penulisan Akademik


16/2/17 3/3/2017

Hasil Pembelajaran Kursus:


Pada akhir kursus ini pelajar dapat

1. Menjelaskan kepentingan memahami konsep budaya dan teori sosial kepada guru dalam bilik
darjah. (C2, LO1)

2. Membincangkan aspek, kesan dan implikasi kepelbagaian sosiobudaya di Malaysia melalui


temubual. (C5,A2, LO1, LO4, CS6)

3. Mencadangkan peranan guru bagi membina negara bangsa dalam persekitaran kepelbagaian
sosiobudaya di sekolah. (C6, A2, LO3, LO6, CTPS3, LL1)

4. Merancang langkah-langkah pengurusan bilik darjah mesra budaya di Malaysia. (C6, A2, LO3,
CTPS3)

5. Menilai peranan guru sebagai agen mesra budaya dalam konteks komuniti Malaysia. (C5,
LO1, LO3, CTPS2)

Kerja Kursus ini bagi menilai hasil pembelajaran 2 & 4

Objektif Kerja Kursus

Pelajar akan dapat:

1. Menyediakan satu laporan hasil dari temu bual yang dijalankan ke atas seorang guru
berkaitan
aspek, kesan dan implikasi kepelbagaiaan sosiobudaya di sekolah tempat mereka menjalani
Pengalaman Berasaskan Sekolah (PBS).

2. Menghasilkan satu penulisan akademik tentang perancangan yang boleh di ambil dalam
langkah-langkah pengurusan bilik darjah mersa budaya di Malaysia sesuai dengan
keperluan pendidikan abad ke-21.
Pelajar dikehendaki melaksanakan tugasan berikut:

Tugasan 1. Satu Laporan Temubual (20%)Individu

Kesedaran terhadap kepelbagaian sosiobudaya akan dapat mewujudkan satu bangsa


yang bersatu melalui penyatuan pemikiran dan persefahaman supaya dapat berkongsi
matlamat yang sama dan menjadikan Malaysia sebuah negara seterusnya rakyat dapat
hidup dalam suasana harmoni dan berintegrasi.

Secara individu, anda dikehendaki untuk menemubual salah seorang guru di sekolah dan
membincangkan tentang aspek, kesan dan implikasi kepelbagaian sosiobudaya di
Malaysia semasa menjalankan PBS di sekolah tersebut. Temu bual juga mesti
disertakan dengan rakaman dalam bentuk CD.

Setelah temu bual dibuat, anda dikehendaki menulis satu laporan yang kritis dan
konstruktif berkenaan temu bual tersebut.

Panjang laporan temu bual anda hendaklah dalam 600 patah perkataan.

Tugasan 2. Satu Penulisan Akademik (30%) Individu

Sebagai seorang guru yang efektif dan beperanan sebagai agen mesra budaya dalam
konteks komuniti di Malaysia, anda dikehendaki menghasilkan sebuah penulisan
akademik yang bertajuk Merancang langkah-langkah yang diambil dalam pengurusan
bilik darjah mesra budaya di Malaysia pada abad ke - 21.

Hasil penulisan hendaklah membincangkan usaha-usaha yang boleh diambil dari


pelbagai perspektif.

Panjang penulisan anda hendaklah dalam 1000 patah perkataan.

Arahan Pelaksanaan Tugasan:

1 Tugasan ini adalah tugasan individu.


2 Format penulisan tugasan adalah seperti berikut:
2.1 Muka depan tugasan yang mengikut templet terkini hendaklah mengandungi perkara
berikut:
Nama Siswa Pendidik :
Angka giliran :
No. Kad Pengenalan :
Kumpulan :
Kod dan nama kursus :
Nama pensyarah :
Tarikh hantar :
2.2 Fon: Arial, saiz: 11 dan langkau: 1.5.
2.3 Rujukan mengikut format APA (American Psychological Association).
2.4 Rakaman Temubual (CD) perlu disertakan dengan Laporan Temubual untuk
Tugasan 1.
2.5 Sumber rujukan hendaklah dicatatkan.
3. Amalan plagiat tidak dibenarkan sama sekali. Pelajar yang didapati memplagiat
hasil kerja pelajar lain atau orang lain akan digagalkan dalam tugasan ini.
4. Panjang tugasan laporan temubual anda adalah 600 patah perkataan manakala
untuk tugasan penulisan akademik adalah 1000 patah perkataan. Tuliskan jumlah
perkataan.
5. Rujukan dan lampiran tidak termasuk dalam jumlah pengiraan perkataan.
6. Tugasan ini perlu disiapkan dalam tempoh yang telah di tetapkan.
7. Tugasan ini membawa markah 50% iaitu 20% untuk Tugasan 1 (Laporan
Temubual) dan 30% untukTugasan 2 (Penulisan Akademik).
Tugasan yang baik harus menunjukkan kriteria berikut:

1 Liputan isi kandungan yang menyeluruh, konsisten dan terperinci.


2 Bukti-bukti dan bahan-bahan rujukan yang dapat menyokong hujah-hujah anda
hendaklah dikemukakan.
3 Keseluruhan isi dan pengolahan perlu menunjukkan keaslian hasil kajian dan
sokongan ilmiah.
4 Format dan organisasi laporan perlu jelas dan koheren.
5 Penulisan laporan harus menunjukkan kefasihan bahasa, kematangan hujah
dalam menterjemah maklumat secara analitikal.

Kriteria Penilaian

Tugasan ini akan dinilai berdasarkan rubrik pemarkahan yang telah disediakan.

Disediakan oleh: Disemak oleh:

_______________________ _______________________
( DAISY AK BENEDICT BAMSA) (EN.SUKRAN BIN NALAMIN)
Pensyarah/Penyelaras Kursus Pakar Bidang (SME)/Penyelaras Kursus/
Jabatan Bahasa Pensyarah Kanan
IPGK Tawau Jabatan Ilmu Pendidikan
IPGK Tawau

Disahkan oleh:

____________________
( ENCIK BADRUL HISHAM BIN MOKHTAR)
Ketua Jabatan
Jabatan Ilmu Pendidikan
IPGK Tawau

Anda mungkin juga menyukai