Anda di halaman 1dari 4

)IPG KAMPUS TUN ABDUL RAZAK, KOTA SAMARAHAN

TUGASAN KERJA KURSUS

TAHUN AKADEMIK : 2020

Program : PROGRAM DIPLOMA Nama Pelajar :


PASCASISWAZAH PENDIDIKAN
(PDPP)

Kod : MPU 2071 Semester / Tahun : Satu

Nama Kursus : KOKURIKULUM - Ambilan : Jun 2020


PENGURUSAN KOKURIKULUM
Kumpulan :
PDPPPI 1620(SR), PDPPPI 2620(SR),
PDPPPI 3620(SR), PDPPPI 4620(SR),
PDPPPI 5620(SR), PDPPPI 6620(SM),
PDPPSN 1620(SM), PDPPDINI 1620 (SM),
PDPPPJ 1620(SM), PDPPMT 1620(SM)

Tugasan Tarikh Mula Tarikh Hantar

Tugasan 1 : Kuiz 09.11.2020 23.11.2020

Tugasan 2 : Pembentangan Kertas Kerja Projek 28.10.2020 11.11.2020

Tugasan 3 : Amali Projek 12.11.2020 26.11.2020

Hasil Pembelajaran Kursus :


1. Menjelaskan konsep, matlamat, strategi pelaksanaan dan pengurusan aktiviti-aktiviti
kokurikulum di sekolah. (C2,HP1)
2. Membentangkan perancangan pelaksanaan projek kokurikulum dengan mengambil kira semua
aspek pengurusan dan pentadbiran kokurikulum. (C2, HP1, A4, HP5, HP6, KIK5, KDN2)
3. Melaksanakan projek kokurikulum dari aspek pengelolaan dan penilaian dengan mempamerkan
nilai dan etika profesionalisme (C4, HP2, KKG4, A4, HP8, KAT12, HP9, KPK2, KPK5, HP10,
KEP4)

Kerja kursus ini bagi menilai hasil pembelajaran 1, 2, dan 3.

Objektif Kerja Kursus :

Pelajar dapat :

1. Menjawab soalan kuiz berkaitan dengan konsep, matlamat, strategi pelaksanaan dan
pengurusan aktiviti-aktiviti kokurikulum di sekolah (C2).
2. Pembentangan kertas kerja perancangan pelaksanaan projek kokurikulum dengan
mengambil kira semua aspek pengurusan dan pentadbiran kokurikulum secara
berkumpulan. (C2, A4, KIK5, KDN2)
3. Melaksanakan amali projek kokurikulum dari aspek pengelolaan dan penilaian dengan
mempamierkan nilai dan etika profesionalisme kokurikulum secara individu di sekolah. (C4,
A4, KAT12, KPK2, KPK5, KEP4).
Pengurusan Kokurikulum melengkapkan pelajar dengan pengetahuan dan kemahiran dari
aspek pengurusan, mengelola pertandingan, mengaplikasi pengetahuan dan kemahiran asas
dalam melaksanakan aktiviti pertandingan dengan memilih sistem pertandingan yang sesuai,
strategi, kaedah dan teknik yang bersesuaian dalam membentuk kemahiran dan menilai
pencapaian bakat serta potensi pelajar apabila mereka berada di sekolah kelak.

Pelajar dikehendaki melaksanakan tugasan berikut :

Tugasan 1 : Kuiz – ( 30 % )

Menjawab soalan kuiz berkaitan dengan konsep, matlamat, strategi pelaksanaan dan
pengurusan aktiviti-aktiviti kokurikulum di sekolah.

Tugasan 2 : Pembentangan Kertas Kerja Projek Berkumpulan – ( 30 % )

Membentang kertas kerja perancangan pelaksanaan projek kokurikulum dengan mengambil


kira semua aspek pengurusan dan pentadbiran kokurikulum secara berkumpulan.

Tugasan 3 : Amali Projek – ( 40 % )

Melaksanakan amali projek kokurikulum dari aspek pengelolaan dan penilaian dengan
mempamerkan nilai dan etika profesionalisme kokurikulum secara individu di sekolah.

A. Arahan Pelaksanaan Tugasan :

1. Tugasan 1 dan 3 (kuiz dan pembentangan) dilaksanakan secara individu manakala


tugasan 2 (pembentangan kertas kerja projek) dijalankan secara berkumpulan 2 – 3
orang.
2. Semua tugasan ini akan disemak berdasarkan rubrik kriteria pemarkahan yang telah
disediakan.

Tugasan 1 : Kuiz (Individu)

1. Pelajar dikehendaki menjawab 30 soalan kuiz berbentuk aneka pilihan berpandukan


aspek-aspek berikut:
1.1 Semua 30 soalan kuiz aneka pilihan itu perlu dijawab dalam tempoh 30 minit.
1.2 Jawapan kepada semua 30 soalan kuiz perlu dijawab pada kertas jawapan yang
disediakan.
1.3 Setiap soalan yang dijawab dengan betul akan diberi satu markah.
2. Soalan kuiz ini mengandungi 30 soalan aneka pilihan yang mencakupi topik-topik
berikut:
2.1 Pengenalan kepada Gerak Kerja Kokurikulum – 6 soalan.
2.2 Pengurusan dan pentadbiran kokurikulum – 5 soalan.
2.3 Pengelolaan aktiviti dan pertandingan – 12 soalan.
2.4 Majlis rasmi – Protokol - 5 soalan.
2.5 Penilaian projek – 2 soalan.
3. Kuiz ini akan dilaksanakan pada satu tarikh dan masa yang ditetapkan kemudian oleh
pensyarah kursus.

Tugasan 2 : Pembentangan kertas kerja Projek (Berkumpulan)

1. Pelajar dikehendaki merancang dan menghasilkan satu kertas kerja dan jadual
pertandingan aktiviti kokurikulum yang lengkap untuk dibentang secara berkumpulan (2
– 3 orang) serta mengambil kira aspek-aspek berikut:
1.1 Menghasilkan kertas kerja yang lengkap, kemas dan releven.
1.2 Menunjukkan kematangan dalam merancang dan menyediakan kertas kerja.
1.3 Menghasilkan jadual pertandingan aktiviti kokurikulum yang lengkap dan kemas.
1.4 Jadual Pertandingan Aktiviti Kokurikulum sesuai dengan jenis sistem pertandingan
yang dipilih.
1.5 Mempamirkan keupayaan dan kesungguhan yang tinggi dengan susun atur yang
sesuai, menarik dan praktikal.
1.6 Menyampaikan idea menggunakan teknologi yang sesuai.
1.7 Mengaplikasikan pelbagai kemahiran digital, sumber media dan teknologi dalam
pelbagai konteks.
2. Pelajar boleh bergerak secara kolaboratif untuk mengumpul maklumat dan menyiapkan
tugasan.
3. Format penulisan tugasan adalah seperti berikut;
3.1 Muka surat depan hendaklah mengikut templat terkini berpandukan format
penulisan kerja kursus IPGKTAR yang mengandungi (rujuk contoh templet).
3.1.1 Nama Pelajar
3.1.2 Angka giliran
3.1.3 Nombor Kad pengenalan
3.1.4 Kumpulan
3.1.5 Kod Kursus
3.1.6 Nama Pensyarah
3.1.7 Tarikh Hantar
3.2 Arial / Saiz huruf 11 Font
3.3 Langkau 1.5 baris
3.4 Rujukan format APA (American Psychological Association)

4. Tugasan ini hendaklah disediakan secara” hardcopy” dan diserahkan kepada pensyarah
pada tarikh yang telah ditetapkan.
5. Tugasan yang dihantar lewat tanpa sebab yang kukuh boleh menjejaskan gred kerja
kursus anda. Tugasan yang lewat hantar lebih daripada tiga hari perlu menghantar surat
tunjuk sebab kepada pengarah.
6. Amalan plagiat tidak dibenarkan sama sekali.
7. Hasil tugasan dinilai berdasarkan rubrik pentaksiran yang disediakan.

Tugasan 3 : Amali Projek (Individu)

1. Pelajar dikehendaki mengambil video / merakamkan bagaimana pelaksanaan aktiviti itu


dijalankan.
2. Tayangan video / rakaman aktiviti anda seharusnya 15 – 20 minit sahaja.
3. Pelajar dikehendaki melaksanakan projek kokurikulum ini (kertas kerja dan jadual
pertandingan aktiviti) berpandukan aspek-aspek berikut:
3.1 Kebolehan menganalisis semua aspek pengurusan dan pentadbiran kokurikulum
dengan jelas, menarik, berkeyakinan dan bersesuaian dengan tahap pendengar.
3.2 Berupaya membuat keputusan berdasarkan bukti yang kukuh dengan mengambil
kira beberapa alternatif.
3.3 Kebolehan menunjukkan kolaboratif, dan proses interaksi sosial antara pemimpin,
ahli pasukan dan komuniti luar.
3.4 Berkebolehan merancang dan melaksanakan kawalan masa untuk meningkatkan
produktiviti.
3.5 Memiliki daya keusahawanan dalam penyelesaian masalah.
3.6 Menunjukkan sikap yang aktif dan positif semasa melaksanakan sesuatu tugasan.

4. Tayangan video / rakaman yang sudah siap boleh di emailkan kepada pensyarah
kursus pada tarikh yang telah ditetapkan.
Disediakan oleh: Disemak oleh:

................................................... ........................................................
(Nama : JOSEPH SIDEMY ANAK NYOGIA) (Nama : FLORINA ANAK SIGAY)
Penyelaras Kursus MPU 3031 - PISMP Pakar Bidang (SME) MPU 3031
Unit Kokurikulum Unit Kokurikulum
IPG Kampus Tun Abdul Razak IPG Kampus Tun Abdul Razak
Tarikh: Tarikh:

Disahkan oleh :

....................................................
(Nama : BLAISE LOUIS LIUM )
Ketua Unit Kokurikulum
IPG Kampus Tun Abdul Razak
Tarikh:

Anda mungkin juga menyukai