Anda di halaman 1dari 15

1.

0 PENDAHULUAN

Matematik merupakan cabang ilmu yang sangat berguna pada manusia. Matematik

banyak digunakan dalam kehidupan seharian, antaranya adalah proses jual beli,

pembinaan dan masa. Pada zaman dahulu matematik dikenali sebagai ilmu hisab

yang mengkaji kuantiti, struktur, ruang dan perubahan. Menurut Nor’aini Binti Tahir

(2007) dalam buku Pembelajaran Kognitif dan Pembelajaran Kanak – kanak

menyatakan matematik ialah satu bidang ilmu yang melatih minda supaya berfikir

secara mantik dan bersistem dalam menyelesaikan masalah dan membuat keputusan.

Oleh hal yang demikian, matematik membantu kita menyelesaikan masalah sesuatu

masalah dengan berfikir secara mendalam dan membuat keputusan dengan teliti.

Oleh sebab itu, terbuktilah bahawa matematik merupakan cabang ilmu yang sangat

penting kerana ia banyak memberi manfaat kepada manusia, akan tetapi terdapat

beberapa miskonsepsi yang berlaku pada kanak – kanak pada masa kini dalam

menyelesaikan masalah matematik. Antara miskonsepsi yang sering dihadapi oleh

kanak – kanak pada masa kini adalah dalam tajuk nombor dan operasi iaitu

pendaraban. Oleh sebab itu terdapat 2 artikel yang dinilai mengenai tajuk pendaraban

2.0 MENILAI ISU DARIPADA ARTIKEL

Antara miskonsepsi murid dalam pendaraban adalah pendaraban antara dua

pecahan wajar. Menurut Fazliwati Daud (2014), miskonsepsi ini adalah antara

masalah yang sering dihadapi oleh murid dalam pembelajaran matematik dan menjadi

penghalang kepada mereka untuk memahami konsep – konsep matematik dengan

tepat. Murid – murid pada masa kini tidak memahami konsep darab pecahan dengan

betul menyebabkan mereka tidak tahu cara yang betul untuk mendarab pecahan.

Antara faktor yang menyebabkan miskonsepsi ini adalah kerana konsesntrasi murid

dalam proses pengajaran dan pembelajaran kurang. Akibat daripada kurang

1
konsentrasi dalam proses PdP menyebabkan mereka membuat kesilapan dan

tersalah konsep.

Konsep darab pecahan wajar adalah pengangka perlu didarabkan dengan

pengangka dan penyebut perlu didarabkan dengan penyebut. Sebagai contoh

2 3 6
x = . Namun, masih ramai murid di sekolah tidak memahami konsep darab
5 7 35

pecahan ini dan menyebabkan mereka menghadapi masalah apabila menjawab

soalan berikut.

Berdasarkan 2 artikel yang telah dinilai, miskonsepi yang sering dilakukan oleh

murid – murid adalah mereka hanya mendarab pengangka tetapi tidak mendarab

penyebut. Murid selalu melakukan kesalahan apabila terdapat soalan pendaraban

antara 2 pecahan yang mempunyai penyebut yang sama. sebagai contoh,

2 1 2
x =
3 3 3

Murid hanya mendarabkan pengangka iaitu 2 X 1 = 2 dan membiarkan penyebut

kerana penyebut dalam pecahan tersebut adalah sama. Menurut artikel 1, hal ini

berlaku kerana murid keliru antara konsep pendaraban pecahan dan tambah pecahan.

Mereka menganggap bahawa apabila penyebut adalah sama, maka jawaban yang

dihasilkan juga sama. Mereka mengaplikasikan konsep tambah pecahan apabila

menjawab soalan darab pecahan yang mempunyai penyebut yang sama. Ini

mengakibatkan mereka kekeliruan antara dua konsep ini.

Seterusnya berdasarkan artikel 2, miskonsepsi ini berlaku kerana murid – murid

selalu berdepan dengan soalan penambahan pecahan berbanding darab pecahan.

2
Apabila mereka menjawab soalan berkaitan dengan penambahan pecahan mereka

perlu menyamakan penyebut terlebih dahulu. Sebagai contoh

1 3 2 3
+ = +
3 6 6 6

2 3 5
+ =
6 6 6

Oleh sebab itu, apabila mereka menghadapi soalan yang berkaitan pendaraban

pecahan, mereka menganggap bahawa penyebut perlu disamakan terlebih dahulu

untuk mendapatkan hasil darab pecahan tersebut. sebagai contoh.

1 3 2 3
x = x
3 6 6 6

2 3 6
x =
6 6 6

Hal ini demikian menunjukkan murid – murid tidak menguasai konsep pendaraban

pecahan dengan betul mengakibatkan mereka keliru dengan konsep – konsep operasi

yang lain. Murid – murid seharusnya mendarab pengangka dan penyebut. Sebagai

contoh,

2 3 6
x =
4 4 16

Oleh hal yang demikian, bagi membantu murid – murid di sekolah memahami

konsep pendaraban pecahan wajar ini dengan tepat, terdapat resos yang telah

dihasilkan. Resos yang dihasilkan juga telah dijalankan di sekolah pada Pengalaman

Berasaskan Sekolah yang lepas bagi menilai keberkesananannya terhadap murid –

murid di sekolah.

3
3.0 MERANCANG AKTIVITI PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN

Menurut Jean Piaget, setiap kanak – kanak normal berupaya memahami matematik

dengan baik apabila aktiviti dan kaedah yang diberikan menarik perhatian mereka.

oleh hal yang demikian, aktiviti pengajaran dan pembelajaran telah dirancang

menggunakan resos atau alat bantu mengajar ini terhadap murid tahun 5 Berlian di

Sekolah Kebangsaan Jalan Matang Buluh pada PBS yang lepas. Penggunaan resos

ini mampu menjadikan proses PdP lebih berkesan kerana resos ini merupakan bahan

konkrit yang jelas dilihat serta menarik perhatian mereka.

Bagi menjalankan aktiviti ini, bahagikan murid kepada 2 kumpulan iaitu kumpulan A

dan B. Tujuan membahagikan murid kepada 2 kumpulan adalah untuk membantu

murid terlibat secara aktif dan menjadikan proses PdP lebih berkesan. Kemudian,

terangkan kepada murid tentang tajuk yang ingin diajari kepada mereka.

4
Seterusnya, tunjukkan kepada murid resos yang ingin digunakan untuk menerangkan

konsep pendaraban pecahan wajar.

Kemudian, minta kumpulan A mengemuka satu pecahan wajar dan kumpulan B satu

pecahan wajar. Kemudian gunakan pecahan tersebut untuk menghasilkan

pendaraban pecahan. Contoh Soalan adalah seperti berikut

2 3
x =¿
6 6

Tuliskan soalan tersebut pada papan putih supaya murid jelas melihatnya.

Seterusnya, sediakan 2 straw yang berbeza warna dan berikan beberapa straw

kepada kumpulan A dan kumpulan B. Setiap Kumpulan mendapat warna yang

berbeza.

5
Kemudian nyatakan kepada murid bahawa baris mewakli pecahan yang pertama dan

lajur mewakili pecahan yang kedua. Seterusnya, minta murid daripada kumpulan A

untuk memasukkan straw yang mereka dapat ke resos berdasarkan penyebut kedua –

dua pecahan yang telah diberikan seperti berikut.

Oleh hal yang demikian, murid perlu memasukkan straw sebanyak 6 baris sehingga

ke lajur ke 6. Kemudian tunjukkan resos tersebut yang telah dimasukkan straw kepada

murid di hadapan kelas. Minta murid untuk mengira berapa banyak straw yang

6
terdapat pada resos tersebut. Mereka akan dapat lihat terdapat 36 straw. Oleh itu,

nyatakan kepada mereka bahawa 36 straw tersebut adalah penyebut bagi soalan

yang dihasilkan sebelum ini. Tuliskan jawapan tersebut di papan putih. Seterusnya,

minta murid daripada kumpulan B untuk memasukkan straw kedalam resos

berdasarkan pengangka kedua – dua pecahan. Pengangka pertama adalah 2, oleh itu

penuhkan 2 baris dengan straw sehingga lajur ke 6. Kemudian, pengangka kedua

adalah 3, penuhkan 3 lajur dengan straw sehingga baris ke 6. Sebagai contoh,

Seterunsya, tunjukkan resos di hadapan dan minta murid perhatikan berapa banyak

straw yang bertindih setelah meletakkan straw tadi. Oleh itu, murid akan dapat

perhatikan bahawa terdapat 6 straw yang bertindih. Sebagai Contoh

7
Nyatakan kepada mereka bahawa 6 adalah jawapan pengangka kepada soalan yang

dihasilkan sebelum ini. tuliskan pada papan putih untuk melengkap jawab sebelum ini.

oleh hal yang demikian, murid akan dapat perhatikan bahawa.

2 3 6 1
x = =
6 6 36 6

Akhir sekali, lakukan latihan pengukuhan dengan memberi beberapa soalan darab

pecahan wajar kepada murid tanpa menggunankan resos dan perhatikan jawapan

mereka beri.

Maka dengan menggunakan resos ini, murid akan dapat lihat bahawa pengangka

dan pengangka perlu didarabkan begitu juga dengan penyebut. Selain itu, resos ini

mampu mengatasi miskonsepi murid dalam pendaraban pecahan iaitu murid keliru

dengan konsep penambahan pecahan, di mana penyebut tidak perlu didarabkan dan

perlu menukarkan penyebut kepada nombor yang sama. Oleh itu, resos ini dapat

8
menunjukkan bahawa penyebut perlu didarabkan dan tidak perlu menukarkan

penyebut tetapi perlu mendarabkan penyebut tersebut.

4.0 CADANGAN PENAMBAHBAIKAN

Melalui resos yang telah di hasilkan dan dilakukan di sekolah, terdapat beberapa

kelemahan yang dapat dikenalpasti. Antara kelemahannya adalah, resos tersebut

terlalu besar dan menyebabkannya sukar untuk dibawa. Penambahbaikan yang boleh

dilakukan adalah dengan mengecilkan resos tersebut dengan menggunakan bahan

yang lebih kecil dan ringan seperti kotak telur. Seterusnya, resos ini tidak boleh

disangkut yang menyebabkan guru sukar untuk menunjukkan terdapat berapa banyak

straw yang ada di hadapan kelas dengan lebih jelas. Penambahbaikan pada Resos

adalah sepatutnya ia mempunyai penyangkut dibelakang supaya ianya dapat

disangkut di hadapan kelas. Selain itu, bahan yang digunakan seperti lidi pada resos

ini tidak kukuh dan mudah untuk dicabutkan. Lidi yang diletakkan pada resos tersebut

sepatutnya di gam menggunakan “Hot Glue Gun” supaya ianya lebih kukuh dan sukar

untuk dicabutkan. Akhir sekali, straw yang digunakan terlalu kecil dan sukar untuk

dilihat oleh murid – murid ketika menunjukkan hasil resos tersebut di hadapan. Murid –

murid perlu menghampiri guru untuk melihat straw tersebut supaya dapat mengiranya.

Oleh sebab itu, penambahbaikan yang boleh dilakukan adalah dengan menukar straw

dengan bahan yang lain seperti bola polisterina berwarna yang lebih besar dan jelas

untuk dilihat.

5.0 RUMUSAN

9
Kesimpulannya, penggunaan resos amat membantu guru – guru di sekolah untuk

menerangkan konsep sesuatu operasi matematik dengan lebih mudah dan menarik.

Penggunaan resos ini juga mampu mengatasi miskonsepsi murid – murid kerana

mereka dapat melihat dengan lebih jelas bagaimana untuk melakukan sesuatu operasi

matematik. Menurut Noor Azlan dan Nurdalina (2010), bahan bantu mengajar

memainkan peranan penting kearah memahami konsep di dalam proses pengajaran

selain daripada bertujuan untuk menarik minat pelajar dalam matapelajaran

Matematik. Oleh hal yang demikian, terbuktilah bahawa penggunaan resos ini amat

membantu murid untuk memahami sesuatu konsep matematik. Oleh sebab itu, semua

guru di Malaysia haruslah berkebolehan menghasilkan resos atau alat bantu mengajar

dan menggunakannya dalam proses pengajaran dan pembelajaran supaya dapat

membantu murid mengatasi miskonsepsi dalam matematik serta menjadikan proses

pengajaran lebih menarik dan berkesan.

6.0 RUJUKAN

Kementerian Pendidikan Malaysia (1998). Pengajaran Pembelajaran Matematik:


Pecahan. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka

Fazilawati Daud. (2014). Miskonsepsi Yang Dihadapi Oleh Pelajar Dalam


Pembelajaran Matematik Dan Cara Mengatasinya. Tanjung Malim: Universiti
Pendidikan Sultan Idris.

Wong Kiet Wah, Mohamad Isa Azis Dan Rafidah Ruhani (2016). Perkembangan
Kanak – Kanak. Shah Alam: Oxford Fajar Sdn. Bhd.

Noor Azlan Bin Ahman Zanzali Dan Nurdalinan Binti Daud (2010). Penggunaan Bahan
Bantu Mengajar Di Kalangan Guru Pelatih UTM Yang Mengajar Matapelajaran
Matematik. Johor Bahru: Universiti Teknologi Malaysia.

Nor’aini Binti Tahir, Roszikin Binti Zakaria, Zainab Binti Zakaria (2007). Perkembangan
Kognitif dan Pembelajaran Kanak – kanak. Kuala Lumpur: Meteor Doc. Sdn. Bhd.

10
Wanafiqah (2012). Definisi Matematik. Dimuat turun daripada
https://www.scribd.com/document/78423995/Definisi-Matematik pada 14
September 2018

Scribd (2013). Definisi Pecahan, Perpuluhan Dan Peratus. Dimuat turun daripada
https://www.scribd.com/document/162409026/Definisi-Pecahan-Perpuluhan-Dan-
Peratus pada 14 September 2018

Saya CIkgu Matematik. Operasi Darab. Dimuat turun daripada


https://sites.google.com/site/funwithmath2015/operasi-darab pada 15 September
2018

Suhaidah Tahir (2006). Pemahaman Konsep Pecahan Dalam Kalangan Tiga


Kelompok Pelajar Secara Keratan Lintang. Dimuat turun daripada
http://eprints.utm.my/id/eprint/1805/1/SuhaidahTahirPFP2006.pdf pada 15
September 2018

Leslie (2017). Common Misconception In Solving PSLE Fraction Question. Dimuat


turun daripada https://psle.koobits.com/common-misconceptions-solving-psle-
fraction-questions/ pada 10 september 2018

Educational Research. Students’ Common Errors In Working With Fractions. Dimuat


turun daripada https://www.ernweb.com/educational-research-articles/students-
common-errors-misconceptions-about-fractions/ pada 9 September 2018

11
7.0 LAMPIRAN

7.1 AKTIVITI YANG DIJALANKAN DI SEKOLAH

12
13
14
15

Anda mungkin juga menyukai