Anda di halaman 1dari 23

TUGASAN 1 Miskonsepsi adalah satu fenomena yang sering wujud di kalangan murid-murid dalam pembelajaran matematik.

Perkara ini sering menjadi penghalang kepada mereka untuk memahami konsep-konsep matematik yang berkaitan. Matematik adalah pelajaran yang abstrak yang melibatkan penggunaan rumus, peraturan-peraturan langkah kerja, algoritma dan teorem-teorem yang kerap digunakan (Short & Spanos, 1989). Matematik mengandungi dua unsur yang utama dan melaluinya manusia mengetahui kuantiti dan nilai seperti saiz, laju, hala dan benda-benda di bumi dan alam cakerawala melalui cara yang sistematik. Matematik merupakan satu cabang ilmu pengetahuan yang timbul daripada proses ketaakulan terhadap kejadian-kejadian alam sekeliling dan cakerawala. Selain itu juga matematik dianggap sebagai suatu alat rekreasi dengan adanya aktiviti-aktiviti yang menarik dan unit. Bahasa matematik yang khusus melibatkan penjelasan pola-pola, hubungan, hukumhukum dan rumus-rumus yang perlu diingati. Oleh yang demikian, bahasa memainkan peranan yang penting dalam memindahkan maklumat yang diperolehi oleh guru kepada pelajar (MacGregor & Moore 1991). Mengikut Bruner, untuk mempelajari konsep matematik dengan berkesan, bahasa matematik harus diperkenalkan daripada mudah kepada kompleks, mengikut peringkat perkembangan kognitif kanak-kanak. Menurut Dr. Jamil Ahmad dan rakan-rakan melalui Seminar Kebangsaan Pendidikan Sains dan Matematik (2008), guru berdepan dengan pelajar yang membawa ilmu dan pengalaman yang dipelajari dari luar yang kemungkinan bercanggah dengan apa yang guru sampaikan semasa sesi pengajaran. Sekiranya ilmu yang bercanggah ini tidak diperbetulkan maka ia akan membentuk miskonsepsi dalam ilmu yang ingin disampaikan. Miskonsepsi adalah sesuatu kepercayaan atau pegangan yang terbentuk apabila pelajar mempelajari sesuatu perkara yang tidak betul (Champagne, Klopfer & Gunstone 1982; McDermott 1984; Resnick 1983). Miskonsepsi boleh juga terjadi apabila guru mengajar sesuatu perkara yang tidak betul, kemungkinan tanpa disedari oleh guru. Miskonsepsi adalah satu daripada masalah yang sering dihadapi oleh murid dalam pembelajaran matematik dan sering menjadi penghalang kepada mereka untuk memahami konsep-konsep matematik yang berkaitan dengan konsep yang disalah tafsirkan oleh mereka. Sebahagian murid tergolong dalam lemah matematik mungkin disebabkan oleh kurang mahir membaca, menulis, melakukan latihan pengiraan dan bercakap. Dalam matematik, masalah ini akan lebih ketara dengan adanya istilah matematik yang mana

sebahagiannya daripada mereka yang belum pernah mendengar dan lupa istilah yang diberikan. Konsep matematik murid perlu diperkenalkan dengan pelbagai bentuk, kaedah dan pendekatan. Murid perlu diperkenalkan dengan beberapa contoh yang konkrit. Robert

Gagne iaitu seorang professor dan ahli psikologi mengatakan bahawa, pembelajaran konsep matematik yang berkesan memerlukan beberapa teknik penyampaian iaitu : i. ii. iii. Memberi berbagai-bagai contoh konkrit untuk membuat generalisasi. Memberi contoh yang berbeza tetapi berkaitan supaya dapat membuat perbezaan. Memberi contoh-contoh yang tidak ada kaitan dengan konsep yang diajarkan untuk membuat perbezaan dan generalisasi. iv. Memberi pelbagai jenis contoh matematik untuk memperolehi konsep matematikk yang tepat. Sebagai seorang guru , kita perlu memikirkan pendekatan bagi mengatasi masalah miskonsepsi tidak kira sama ada ia disebabkan oleh kecuaian mahupun kesukaran murid memahami sesuatu konsep.Guru berperanan memikirkan pendekatan yang sesuai untuk murid yang mempunyai pelbagai aras pembelajaran. Guru yang prihatin adalah mereka yang berusaha membimbing murid mengikut perbezaan aras kecerdasan.

Antara miskonsepsi yang sering berlaku di kalangan murid ialah 1. 2. 3. 4. 5. 6. 7. 8. Terlalu menggeneralisasikan (overgeneralization) Terlalu memudahkan (oversimplification) Pandangan/idea pengetahuan sedia ada (pre-conceive notion). Salah mengenalpasti (misidentifying) Salah faham (misunderstanding) Salah maklumat (misinformation) Kepercayaan bukan saintifik (nonscientific beliefs) Salah faham konsep (conceptual misunderstands) 2

9. 10.

Kepercayaan kepada yang lebih terkenal (popular beliefs) Penerangan yang salah mengenai definisi dan kaedah (definition and method

incorrectly explained)

Pengajaran dan pembelajaran tajuk-tajuk bagi bidang asas ukuran merupakan aplikasi kepada konsep-konsep yang dipelajari terdahulu seperti nombor bulat, pecahan, perpuluhan, dan peratus. Tidak dinafikan dalam proses pengajaran dan pembelajaran, seringkali terdapat masalah di mana murid tidak dapat mengikuti rentak dan kaedah pengajaran guru. Secara puratanya, terdapat persamaan antara masalah-masalah yang dihadapi. Oleh itu penguasaan isi kandungan pedagogi perlu diutamakan oleh guru bagi memastikan matlamat pengajaran dan pembelajaran dapat dicapai. Kesukaran dan miskonsepsi murid-murid perlu diambil kira oleh guru agar pengajaran dan pembelajaran lebih bermakna dan berkesan.

MISKONSEPSI 1 Nama murid Tahun Tajuk Standard Kandungan Standard Pembelajaran Miskonsepsi : : : : : : Luqman Haziq bin Abdullah 2 Dedikasi Darab 4.1 (iii) a ,b

Murid tidak boleh menulis operasi darab yang sama jawapannya dengan operasi darab yang diberi dengan mengubah susunan nombor yang didarabkan.

Konsep darab yang yang diperkenalkan kepada murid tahun 2 adalah secara kumpulan sama banyak dan tambah berulang.Ini adalah sesuai dengan definasi pendaraban yang dikenali sebagai penambahan berulang nombor yang sama.Konsep darab secara kumpulan sama banyak didedahkan kepada murid dengan cara membimbing murid membina kumpulan sama banyak.Bahan bantu mengajar yang digunakan ialah menggunakan bahan konkrit , seperti butang , guli dan batang aiskrim.Manakala konsep darab secara tambah berulang didedahkan kepada murid dengan membimbing murid melakukan aktivti tambah berulang . Bahan bantu mengajar yang digunakan pula ialah dengan menggunakan bahan konkrit dan garis nombor. Murid juga dibimbing untuk melakukan aktiviti menyusun dan membilang objek secara dua-dua , lima-lima , sepuluh-sepuluh dan empat-empat. Murid juga dibimbing untuk mengaitkan membilang dua-dua dengan empat-empat , dan membilang lima-lima dengan sepuluh-sepuluh. Pengenalan konsep darab diteruskan lagi dengan membimbing murid memahami konsep darab dengan menggunakan bahan konkrit untuk mewakili kumpulan dan ahli. Disamping itu juga, murid diperkenalkan istilah kali yang juga bermaksud darab, symbol darab , sama dengan , hasil darab dan ayat matematik darab. Seterusnya, murid dibimbing untuk menulis ayat matematik darab berpandukan kumpulan objek , kumpulan gambar , dan garis nombor

Contohnya di dalam ayat matematik darab: 3 x 5 = 15 , 15 ialah hasil darab bagi 3 dan 5 Maksud pendaraban 1 ( tambah berulang ):

Penerangan: Terdapat 3 bungkusan buah jambu.Setiap bungkusan ada 5 biji jambu.Semuanya ada 15 biji jambu. 5 + 5 + 5 = 15 Maka; Bilangan kumpulan 3 kali 5 jadi 15 Bilangan objek dalam setiap kumpulan Jumlah objek

15

Maksud pendaraban 2 ( kumpulan sama banyak):

( 3 x 5 ) bermaksud 3 baris ;

5 di dalam setiap baris

Kesilapan murid yang dikenalpasti ialah murid tersebut tidak memahami maksud konsep pendaraban secara tambah berulang. Kesilapan dikenalpasti apabila murid telah

menulis bilangan kumpulan dikotak bilangan objek di setiap kumpulan. Kesilapan tersebut dikenalpasti di dalam ayat matematik yang ditulis oleh murid.. Contohnya:

Jawapan yang diberi murid: Bilangan kumpulan Bilangan objek dalam setiap kumpulan

20

Jawapan yang betul:

Bilangan kumpulan

Bilangan objek dalam setiap kumpulan

20

Sepatutnya murid menulis 5 x 4 = 20 , kerana jika 4 x 5, bermaksud ;

(4x5);5+5+5+5

Murid keliru kerana jawapan 5 x 4 = 20 dan 4 x 5 = 20. Walaupun, jawapannya sama tetapi maksudnya berbeza. Ini adalah disebabkan secara konsepnya ialah

Bilangan kumpulan

Bilangan objek di dalam setiap kumpulan

Jumlah objek

20

Kekeliruan ini disebabkan oleh jawapan ( hasil darab ) yang diperolehi adalah sama.Bagi murid, tidak salah meletakkan mana-mana nombor di tempat bilangan kumpulan ataupun bilangan objek di dalam setiap kumpulan. Ini di sebabkan hasil darab yang diperolehi tidak memberikan perbezaan.

SOALAN TEMUBUAL BERSAMA MURID: LUQMAN HAZIQ BIN ABDULLAH 1. Adakah kamu faham dengan soalan yang diberikan? Jawapan: Ya, saya faham.

2. Adakah jawapan yang kamu berikan betul? Jawapan: Ya , betul.

3. Adakah jawapan yang kamu berikan sama dengan jawapan rakan kamu? Jawapan: Ya.

4.

Perhatikan dengan teliti, mengapa saya tandakan salah pada jawapan kamu dan betul pada jawapan rakan kamu? Jawapan.( Murid meneliti jawapan rakan).murid diam

5. Cuba kamu perhatikan pada kotak di depan dan tengah di dalam ayat matematik tersebut. Apakah perbezaannya? Jawapan: Ya, ada perbezaannya. Nombornya bertukar.

6. Pada pendapat kamu , mengapakah jika nombornya bertukar maka jawapannya salah? Jawapan: ( murid diam ).dan bertanya, mengapa jawapannya sama?

7. Cuba ingat kembali apa yang telah saya ajarkan kepada kamu tentang ahli dan bilangan ahli dalam kumpulan? Jawapan: (murid kurang faham)

8. Baiklah, saya akan berikan kepada kamu satu aktiviti untuk menjelaskan maksud tersebut. Jawapan: Baik, cikgu.

Perbualan tamat.

MISKONSEPSI 2 Nama murid Tahun Tajuk Standard Kandungan Standard Pembelajaran Miskonsepsi : : : : : : Fatin Natasya binti Kamarul 1 Cekal Pecahan 3.1 (i)

Murid tidak boleh memahami konsep pecahan dimana setiap bahagian mesti sama besar.

Topik pecahan adalah topik yang ke tujuh di ajar kepada murid tahun 1 di dalam standard kurikulum KSSR. Pengenalan kepada pecahan telah di ajar kepada murid. Konsep satu perdua ( setengah/separuh) dan satu perempat (suku ) telah diperkenalkan kepada murid. Kaedah pengajarannya dilakukan dengan membimbing murid memahami konsep satu perdua dan satu perempat melalui pelbagai aktiviti menggunakan bahan konkrit , gambar dan lipatan kertas. Guru juga memperkenalkan istilah setengah dan separuh kepada murid. Ketika ini juga ditekankan kepada murid bahawa setiap bahagian mestilah sama besar. Walaubagaimanapun, terdapat juga murid yang kurang mengusai konsep sama besar. Murid memahami bahawa setiap bahagian tidak perlu sama besar, memadai jika jumlah bahagian adalah sama bilangannya. Hal ini menyebabkan miskonsepsi pecahan telah berlaku. Setelah pengajaran dilakukan, saya telah mendapati seorang murid telah miskonsep mengenai pecahan ini melalui latihan yang diberikan. Murid ini telah memberikan jawapan yang salah dimana dia telah memberikan jawapan mengikut jumlah bahagian dan bukannya jumlah bahagain yang dibahagi dengan sama besar. Contoh: Gambar di sebelah menunjukkan soalan contoh dimana murid telah memberikan jawapan yang salah kepada pecahan satu perdua. 9

SOALAN TEMUBUAL BERSAMA MURID: FATIN NATASYA BINTI KAMARUL 1. Adakah kamu faham maksud pecahan satu perdua atau setengah? Jawapan: Faham, cikgu.satu perdua ialah dua bahagian.

2.

Bagaimana pula dengan maksud pecahan satu perempat atau suku? Jawapan: Faham, cikgu.satu perempat ialah empat bahagian.

3.

(Guru menunjukkan soalan 1 (a) didalam Aktiviti 1).Yang mana satu setengah? Jawapan: Murid menunjukkan kedua-dua gambar.Semua setengah.

4.

Mengapa kamu berkata demikian? Jawapan: Ini adalah kerana ada dua bahagian.

5.

(Guru menunjukkan soalan 2 di dalam Aktiviti 2. Yang manakah menunjukkan suku?Jelaskan. Jawapan: Murid menunjukkan gambar yang pertama ,kedua, ketiga, keempat, kelima, keenam dan kelapan.Ini adalah kerana semua dibahagi kepada empat bahagian.

6.

Jelasan maksud setengah dan suku? Jawapan: Setengah adalah separuh.Pecahan dua bahagian. Suku adalah pecahan empat bahagian.

Perbualan tamat.

10

TUGASAN 2: AKTIVITI PEMULIHAN MISKONSEPSI Setelah mengenalpasti masalah murid tersebut saya telah merancang satu kaedah bagi mengatasinya. Masalah yang melibatkan kefahaman konsep darab ini memerlukan bimbingan yang betul bagi menyelesaikan masalah miskonsepsi ini. Diantara langkah-langkahnya ialah: 1. Membaca ayat-ayat dalam soalan. Jika murid-murid tidak dapat membaca dengan baik mereka mungkin tidak dapat menyelesaikan soalan tersebut. 2. Kefahaman Guru perlu membantu murid untuk memahamkan soalan sebelum mereka mampu melakukannya sendiri 3. Transformasi. Guru harus membimbing murid untuk memindahkan informasi kepada proses matematik yang bersesuaian. 4. Proses. Guru menjadi fasilitator dalam proses pengiraan murid atau dalam memilih cara penyelesaian yang sesuai. 5. Pengenkodan (Encoding). Iaitu dalam operasi mencari jawapan, contohnya 3 + 4+ ? 6. Kecuaian. Guru perlu memastikan bahawa tiada kecuaian dalam pengiraan yang dilakukan oleh murid, contohnya 3 + 4 = 6. 7. Kukuhkan pembelajaran dengan menggunakan konsep dan kaedah yang baru melalui penyelesaian masalah Pembelajaran baru dapat diperkukuhkan dengan cara: 1. Memberi masalah baru untuk diselesaikan. 2. Menggalakkan murid mencipta dan menyelesaikan masalah mereka sendiri yang serupa. 3. Menggalakkan murid membuat analisa tugasan yang mereka selesaikan dan membuat diagnosis sebab-sebab kesilapan yang dilakukan.

11

Kemungkinan mengapa prinsip di atas berjaya mengikut penyelidikan yang diadakan ialah kerana faktor-faktor berikut: 1. Kanak-kanak mrngrnal pasti dan dapat memberikan fokus kepada halangan konseptual yang spesifik. 2. Memberi penekanan kepada pertuturan (oral) daripada penerangan berbentuk teks. 3. Tahap cabaran yang meningkat diberikan kepada murid. 4.Perbincangan dan penglibatan murid yang dihasilkan. 5. Memberi keutamaan pada kaedah intuitif dan mengenali halangan konsep murid Teori pembelajaran Matematik dapat dijadikan asas untuk memahami sebahagian dari miskonsepsi tersebut. Teori ini juga membolehkan guru: 1. Meramalkan jenis-jenis kesalahan yang selalu dilakukan; 2. Menerangkan bagaimana dan mengapa kanak-kanak melakukan kesalahankesalahan tersebut; 3. Membantu kanak-kanak memperbetulkan miskonsepsi mereka. Teori-teori tersebut ialah teori behaviorisme dan konstruktivisme seperti berikut; A. Behaviorisme (Pavlov&Skinner) Teori behaviorisme menganggap kanak-kanak mempelajari apa yang diajar kepada mereka keranan teori behaviorisme menganggap: 1. Ilmu pengetahuan boleh dipindah keseluruhannya dari seorang kepada seorang yang lain, seperti menuang air dari satu bekas kepada bekas yang lain. 2. 3. Kanak-kanak dianggap penerima ilmu pengetahuan yang pasif. Teori ini juga menyifatkan pembelajaran sebagai conditioning iaitu respon yang spesifik diperkaitkan dengan sesuatu stimuli. Dari pandangan pakar dan pengikut teori behaviorisme, mengetahui tentang kesilapan dan miskonsepsi kanak-kanak tidak penting, kerana teori ini menyifatkan konsep yang ada pada kanak-kanak relevan untuk pembelajaran, malahan mereka sifatkan sebagai kerosakan bytes dalam komputer. Jika terdapat kesalahan, dihapuskan saja dan ditulis sekali lagi.

12

B. Konstruktivisme (constructivism) Menurut Ian Stewart (2000) kanak-kanak tidak dilihat sebagai pelajar yang pasif, dan tidak mungkin ilmu pengetahuan dapat dipindah dari seorang kepada seorang yang lain tanpa membuar sesuatu kepada pengetahuan tadi. Proses ini dipanggil assimilasi dan akomodasi oleh Piaget. Dari perspektif konstruktivisme, dengan melakukan dan memperbetulkan miskonsepsi adalah proses pengajaran dan pembelajaran yang penting kerana miskonsepsi ini nanti adalah sebahagian dari struktur pemikiran yang bergabung dengan konsep baru.

13

AKTIVITI PEMULIHAN ( MISKONSEPSI 1 ) Standard Pembelajaran Murid berupaya: Murid boleh menulis operasi darab yang sama dengan operasi darab yang diberi dengan mengubah susunan nombor yang didarabkan Bahan Bantu Mengajar: 1. 2. 3. Langkah-langkah pengejaran: 1. 2. Bentukkan kumpulan ( tiga orang ). Edarkan papan tulis individu, pen marker dan kubus Unifix ( dua warna berbeza ) kepada setiap kumpulan. 3. Minta murid membina lima kumpulan dua-dua dan dua kumpulan lima-lima seperti berikut: Papan tulis individu Pen Marker Kubus Unifix ( dua warna berbeza )

14

4.

Minta murid menulis ayat matematik berdasarkan susunan kubus tersebut pada papan tulis masing-masing iaitu 5 X 2 = 10 dan 2 X 5 = 10. Cadangan komunikasi: Apa yang kamu lihat pada kedua-dua ayat matematik ini? Terangkan.

5.

Bincangkan tentang perubahan susunan nombor yang didarbkan dan jawapan yang terhasil.Bimbing murid untuk melihat bahawa perubahan susunan dua nombor yang didarabkan akan menghasilkan jawapan yang sama.

6. 7.

Ulangkan langkah 3 hingga 5 dengan memberikan contoh-contoh yang lain. Edarkan Lembaran Kerja.

15

LEMBARAN KERJA. Isikan tempat kosong bilangan kumpulan dan ahli. 1. kumpulan

ahli

2.

kumpulan

ahli

B.

Bulatkan gambar mengikut bilanagn kumpulan dan ahli.

1.

3 kumpulan 7 ahli

16

2.

4 kumpulan 6 ahli C. 1. Warnakan mengikut bilangan kumpulan dan ahli yang diberi.

4 kumpulan 9 ahli

17

2.

5 kumpulan 9 ahli

18

AKTIVITI PEMULIHAN MISKONSEPSI 2 Standard Pembelajaran Murid berupaya: Murid boleh mengenalpasti konsep pecahan satu perdua dan satu perempat dengan menggunakan perkataan setengah , separuh dan suku dengan menggunakan bahan konkrit , lipatan kertas dan gambar. Bahan Bantu Mengajar: 1. 2. 3. Buah oren Roti Gardenia Kertas

Langkah-langkah pengajaran: Langkah 1. a. b. Murid ditunjukkan buah oren. Murid memotong buah oren tersebut kepada dua bahagian yang sama bear dan diminta menamakan bahagian yang terhasil.Guru menegaskan satu bahagian yang terhasil sebagai separuh atau satu perdua.Separuh atau satu perdua bermaksud satu daripada dua.Guru juga menegaskan jika bahagian yang dipotong tidak sama besar ia tidak boleh disebut separuh atau setengah.

c. d.

Murid mengeluarkan roti gardenia yang dibawa Murid dibimbing memotong roti gardenia tersebut kepada empat bahagian yang sama besar

19

e.

Murid diminta menamakan bahagian yang terhasil. Guru menegaskan bahawa setiap bahagian yang terhasil dinamakan suku atau satu daripada empat. Guru juga menegaskan jika bahagian potongan tidak sama besar, ia tidak boleh dikata suku.

Langkah 2 a. Setiap murid diedarkan dengan 4 keping kertas pelbagai bentuk ( Set A ) dan menjawab soalan-soalan lisan yang diajukan. b. Murid dibimbing membuat lipatan kertas bagi menunjukkan setengah atau separuh atau satu perdua.Murid melukis garisan pada kertas lipatan tadi.

c.

Murid dibimbing membuat lipatan kertas bagi menunjukkan setengah atau separuh atau satu perdua.Murid melukis garisan pada kesan lipatan tadi.

d.

Murid mewarna separuh daripada bahagian bentuk tersebut.

e.

Murid mempamerkan hasil kerja.

20

Langkah 3 a. Murid diedarkan 3 keping kertas.

b.

Murid melipat kertas kepada empat bahagian.

c. d.

Murid mewarna bahagian satu perempat atau suku. Murid mempamerkan hasil kerja.

Langkah 4. a. b. c. Murid diedarkan lembaran kerja. Murid menjawab di dalam masa yang ditetapkan. Murid dan guru berbincang jawapan.

21

LEMBARAN KERJA A. Tandakan ( / ) pada bentuk-bentuk yang mempunyai pecahan satu per dua atau separuh. 1.

2.

3.

4.

22

B. Tandakan ( / ) pada bentuk-bentuk yang mempunyai pecahan satu perempat atau suku. 1.

2.

3.

23

Anda mungkin juga menyukai