Anda di halaman 1dari 3

DEFINISI MISKONSEPSI

Miskonsepsi adalah satu daripada masalah yang sering dihadapi oleh murid dalam
pembelajaran matematik dan sering menjadi penghalang kepada mereka untuk memahami
konsep-konsep matematik yang berkaitan dengan konsep yang disalah tafsirkan oleh mereka.
Sebahagian murid tergolong dalam lemah matematik mungkin disebabkan oleh kurang mahir
membaca, menulis, melakukan latihan pengiraan dan bercakap. Dalam matematik, masalah ini
akan lebih ketara dengan adanya istilah matematik yang mana sebahagiannya daripada
mereka yang belum pernah mendengar dan lupa istilah yang diberikan.
Konsep matematik murid perlu diperkenalkan dengan pelbagai bentuk, kaedah dan
pendekatan. Murid perlu diperkenalkan dengan beberapa contoh yang konkrit. Robert Gagne
iaitu seorang professor dan ahli psikologi mengatakan bahawa, pembelajaran konsep
matematik yang berkesan memerlukan beberapa teknik penyampaian iaitu :

i. Memberi berbagai-bagai contoh konkrit untuk membuat generalisasi.

ii. Memberi contoh yang berbeza tetapi berkaitan supaya dapat membuat perbezaan.

iii. Memberi contoh-contoh yang tidak ada kaitan dengan konsep yang diajarkan untuk membuat
perbezaan dan generalisasi.

iv. Memberi pelbagai jenis contoh matematik untuk memperolehi konsep matematikk yang tepat.

Begitulah antara pendekatan yang perlu kita gunakan bagi mengatasi masalah
miskonsepsi, sama ada ia disebabkan oleh kecuaian mahupun kesukaran murid memahami
sesuatu konsep, guru masing-masing perlu memikirkan pendekatan yang sesuai untuk murid
yang mempunyai pelbagai aras pembelajaran. Guru yang prihatin adalah mereka yang
berusaha membimbing murid mengikut perbezaan aras kecerdasan. Beberapa kajian yang
telah dijalankan oleh ahli psikologi, pakar matematik dan guru matematik menunjukkan ada
pelbagai sebab murid melakukan kesilapan dalam pengiraan bahagi. Sesuatu kemahiran yang
hendak diajar kepada murid perlulah diterangkan konsep disebaliknya. Antara miskonsepsi
yang sering berlaku di kalangan murid ialah

1. Terlalu menggeneralisasikan (overgeneralization)


2. Terlalu memudahkan (oversimplification)

3. Pandangan/idea pengetahuan sedia ada (pre-conceive notion).

4. Salah mengenalpasti (misidentifying)

5. Salah faham (misunderstanding)

6. Salah maklumat (misinformation)

7. Kepercayaan bukan saintifik (nonscientific beliefs)

8. Salah faham konsep (conceptual misunderstands)


9. Kepercayaan kepada yang lebih terkenal (popular beliefs)

10. Penerangan yang salah mengenai definisi dan kaedah (definition and method incorrectly
explained)

KESUKARAN DAN PENYELESAIAN

Pengajaran dan pembelajaran tajuk-tajuk bagi bidang asas ukuran merupakan aplikasi kepada
konsep-konsep yang dipelajari terdahulu seperti nombor bulat, pecahan, perpuluhan, dan
peratus. Tidak dinafikan dalam proses pengajaran dan pembelajaran, seringkali terdapat
masalah di mana murid tidak dapat mengikuti rentak dan kaedah pengajaran guru. Secara
puratanya, terdapat persamaan antara masalah-masalah yang dihadapi. Oleh itu penguasaan
isi kandungan pedagogi perlu diutamakan oleh guru bagi memastikan matlamat pengajaran dan
pembelajaran dapat dicapai. Kesukaran dan miskonsepsi murid-murid perlu diambil kira oleh
guru agar pengajaran dan pembelajaran lebih bermakna dan berkesan.

Pengajaran dan pembelajaran asas ukuran melibatkan beberapa tajuk iaitu masa dan
waktu, ukuran panjang, timbangan berat, dan isipadu cecair. Konsep-konsep yang perlu
dikuasai dalam tajuk-tajuk asas ukuran memerlukan murid menguasai konsep-konsep yang
terdapat dalam asas nombor. Penguasaan yang lemah dalam tajuk nombor bulat, pecahan,
perpuluhan dan peratus boleh menghalang murid daripada menguasai kemahiran asas ukuran
disamping faktor penguasaan rumus matematik, sifir dan sebagainya.

1.1. Tidak Memahami Bahasa Dalam Soalan Penyelesaian Masalah

Kemahiran penyelesaian masalah adalan antara komponen penting yang diberi tumpuan dalam
mata pelajaran matematik di sekolah seperti yang tertulis dalam Sukatan Pelajaran Matematik
(KPM 2000, 2002). Begitu juga dengan, dalam Principles and Standards for School
Mathemeatics, National Council of Teacher of Mathematics (NCTM 2000), telah menyarankan
supaya kemahiran penyelesaian masalah diberi fokus utama dalam mendidik murid-murid.
Miskonsepsi dalam tajuk-tajuk dalam ukuran panjang juga melibatkan kemahiran penyelesaian
masalah. Menurut Meor (2001), bahasa memainkan peranan penting dalam pembelajaran
matematik. Masalah kesukaran bahasa untuk memahami sesuatu simbol atau tatatanda
matematik akan menyebabkan berlakunya salah konsep.
Kesukaran yang dikenalpasti sehingga menimbulkan miskonsepsi ialah murid tidak dapat
memahami bahasa dalam soalan penyelesaian masalah. Murid-murid tidak dapat memahami
kehendak soalan dan sukar untuk mereka menterjemah soalan penyelesaian masalah kepada
ayat matematik.
Contohnya : Beberapa pokok bunga ros dan pokok bunga matahari ditanam disuatu lorong
sepanjang 520 m supaya tempat itu kelihatan lebih menarik. daripada panjang
lorong itu ditanam dengan pokok bunga ros. Hitung panjang dalam km, lorong itu yang ditanam
dengan pokok bunga matahari.
5
= x 520 m
8

= 5 x 520 m
8

= 325 m ÷ 1000

= 0.325 km

Penyelesaian : Walaupun jalan kerja yang ditunjukkan oleh murid betul, namun ia bukanlah
jawapan yang sebenar bagi soalan yang diberikan. Murid perlu kembali semula melihat soalan
dengan mencari maklumat yang diberikan. Murid perlu mencari bunga matahari dan bukannya
bunga ros. Penyelesaian masalah merupakan suatu proses, yang melibatkan empat langkah
utama sebagaimana dijelaskan dalam model Polya iaitu memahami masalah, merancang
penyelesaian, melaksanakan penyelesaian dan menyemak kemnali. Selain itu juga gambaran
yang jelas boleh digunakan oleh guru bagi membantu murid memahami bahasa yang
digunakan dalam soalan penyelesaian masalah. Memberi gambaran yang sebenar seperti
memperlihatkan dalam bentuk garis nombor atau gambar. Penggunaan pelengkap bagi
pecahan ditekankan kepada murid

Anda mungkin juga menyukai