Anda di halaman 1dari 13

BACHELOR OF TEACHING (PRIMARY EDUCATION) WITH HONOURS

HBMT 3103
MISKONSEPSI DALAM MATEMATIK
(SEM 10)

NO. MATRIKULASI : 810313115058002

NO. KAD PENGNEALAN : 810313115058

NO. TELEFON : 019-9719240

E-MEL : afidah6284@oum.edu.my

PUSAT PEMBELAJARAN : KELANTAN LEARNING CENTRE

0
ISI KANDUNGAN MUKA SURAT

1.0 PENGENALAN 2

2.0 PENGUMPULAN MAKLUMAT DARI SUMBER-SUMBER


RELEVAN BERKAITAN KESILAPAN DAN MISKONSEPSI 3

3.0 RUMUSAN BERKAITAN KESILAPAN DAN MISKONSEPSI DUA


TOPIK SUKAR 7

4.0 PUNCA-PUNCA DAN CARA-CARA MENANGANI KESILAPAN


DAN MISKONSEPSI 8

5.0 PERBINCANGAN MENGENAI KEPERLUAN BAGI GURU


UNTUK MENUMPUKAN PERHATIAN KEPADA KESILAPAN
DAN MISKONSEPSI 9

6.0 PENUTUP 11

7.0 RUJUKAN 12

1
1.0 PENGENALAN

Mata pelajaran matematik merupakan salah satu mata pelajaran teras yang wajib untuk
dipelajari oleh setiap murid. Ini kerana ia merupakan salah satu mata pelajaran yang penting
dalam menyediakan murid dengan kemahiran saintifik mengira untuk pembangunan negara
ke arah sains dan teknologi akan datang. Menurut buku Pengajian Matematik untuk Kursus
Pergururan, matematik boleh diertikan sebagai satu cara berfikir, kajian pola, kajian
perhubungan, satu seni dan bahasa tersendiri, satu alat dalam kehidupan sosial rekreasi
manusia. Matematik mempunyai perkaitan yang kuat dalam hidup kita. Melalui matematik,
kita boleh mengetahui kuantiti atau nilai sesuatu benda.

Bahasa matematik yang khusus melibatkan penjelasan pola, hubungan, hukum dan rumus
yang perlu diingati. Oleh yang demikian, bahasa matematik memainkan peranan penting
dalam memindahkan maklumat yang diperolehi oleh guru kepada pelajar (MacGregor &
Moore 1991). Mengikut Bruner, untuk mempelajari konsep matematik dengan berkesan,
bahasa matematik harus diperkenalkan daripada mudah kepada kompleks, mengikut
peringkat perkembangan kognitif kanak-kanak. Tidak dinafikan dalam proses pengajaran dan
pembelajaran, seringkali terdapat masalah di mana murid tidak dapat mengikuti rentak dan
kaedah pengajaran guru. Sesetengah murid pula tidak berminat untuk belajar dan lantas tidak
memberi tumpuan ketika proses pengajaran dan pembelajaran berlaku.

Menurut Dr. Jamil Ahmad dan rakan-rakan melalui Seminar Kebangsaan Pendidikan
Sains dan Matematik (2008), guru berdepan dengan pelajar yang membawa ilmu dan
pengalaman yang dipelajari dari luar yang berkemungkinan bercanggah dengan apa yang
guru sampaikan semasa sesi pengajaran. Sekiranya ilmu yang bercanggah dengan apa yang
guru sampaikan semasa sesi pengajaran. Sekiranya ilmu yang bercanggah ini tidak
diperbetulkan maka ia akan membentuk miskonsepsi dalam ilmu yang ingin disampaikan.
Miskonsepsi adalah sesuatu kepercayaan atau pegangan yang terbentuk apabila murid
mempelajari sesuatu perkara yang tidak betul (Champagne, Klopfer & Gunstone 1982;
McDermott 1984; Resnick 1983). Miskonsepsi boleh juga terjadi apabila guru mengajar
sesuatu perkara yang tidak betul, kemungkinan tanpa disedari oleh guru tersebut.

Dalam mempelajari asas nombor yang merangkumi tajuk nombor bulat, pecahan
perpuluhan, peratus dan wang, terdapat beberapa kesukaran yang sering dihadapi oleh murid

2
sehingga menimbulkan miskonsepsi dalam mempelajari kemahiran tersebut. Miskonsepsi ini
juga saling berkait dari satu konsep ke konsep lain dalam tajuk yang berbeza.

2.0 PENGUMPULAN MAKLUMAT DARI SUMBER-SUMBER RELEVAN


BERKAITAN KESILAPAN DAN MISKONSEPSI

Miskonsepsi adalah salah satu daripada masalah yang sering dihadapi oleh murid dalam
pembelajaran matematik dan sering menjadi penghalang kepada mereka untuk memahami
konsep-konsep matematik yang berkaitan dengan konsep yang mereka salah ertikan.
Manakala pula berlaku apabila murid melakukan kesilapan dalam pengiraan secara sengaja
atau tidak sengaja. Sebagai contoh, seorang murid mungkin mengetahu konsep sesuatu
pengiraan penolakan, namun tersilap membuat hasil pengiraan.

Tidak dinafikan dalam proses pengajaran dan pembelajaran, seringkali terdapat masalah
di mana murid tidak dapat mengikuti rentak dan kaedah pengajaran guru. Menurut artikel
yang bertajuk ‘Miskonsepsi dalam matematik’ yang dimuat turun oleh Kumutha Jayakumar
Bassekaren di Scribd, miskonsepsi umum dan kesilapan dalam matematik adalah seperti
berikut;

1) Pemahaman yang kurang lengkap dalam fakta-fakta nombor.

2) Kelemahan dalam pengiraan


- Ada murid yang memahami konsep matematik tetapi tidak konsisten dalam
pengiraan. Mereka melakukan kesilapan disebabkan oleh membuat kesilapan
dalam membaca simbol atau teknik pengiraan operasi yang salah.

3) Kesukaran dalam memindahkan pengetahuan


- Murid juga sering menghadapi masalah dalam memindahkan konsep
matematik yang abstrak atau aspek konseptual dengan kenyataan. Kefahaman
mengenai perwakilan simbol alam dunia yang fizikal adalah penting untuk
memudahkan murid mengingati sesuatu konsep. Sebagai contoh, menyentuh
dan memegang bentuk segiempat tepat lebih memberi kesan positif kepada
murid berbanding hanya diajar mengenai bentuk secara abstrak.

3
4) Membuat perkaitan
- Terdapat murid yang mengalami kesukaran untuk membuat perkaitan dalam
pengalaman matematik. Contohnya, murid mungkin menghadapi kesukaran
untuk membuat perkaitan antara nombor dengan kuantiti. Tanpa kemahiran ini
akan menyukarkan murid mengingat kembali dan membuat aplikasi dalam
situasi yang baru.

5) Kefahaman yang kurang lengkap mengenai bahasa matematik


- Bagi sesetengah murid, kelemahan dalam matematik mungkin disebabkan
oleh kurang mahir membaca, menulis dan bercakap. Dalam mateatik, masalah
ini akan lebih ketara dengan adanya istilah matematik yang sebahagiannya
mereka belum pernah dengar di luar bilik matematik ataupun mempunya
maksud yang berbeza.

Miskonsespi selalu terjadi ketika mempelajari tajuk-tajuk yang sukar. Salah satu tajuk
yang selalu terjadinya miskonsepsi adalah tajuk pecahan. Pengetahuan dalam pecahan
penting kerana ia bukan sahaja sebagai asas kepada ilmu algebra tetapi pengetahuan ini juga
memberi struktur mental untuk pembangunan intelek yang berterusan. Pecahan merupakan
suatu konsep yang sangat mencabar dan boleh menjadi masalah kepada murid. (Watanabe,
2002). Oleh yang demikian, pecahan di anggap salah satu tajuk yang sukar dan sering
menjadi rungutan kebanyakan murid. Setelah beberapa tahun berada di sekolah, pemahaman
konsep asas pecahan murid masih rendah dan sangat terhad dan berkekalan sehingga ke
peringkat pengajian tinggi (Newstead & Murray, 1998). Menurut Aida Suraya et al. (1994)
berpendapat bahawa asas dalam pembelajaran matematik ialah murid seharusnya menguasai
operasi asas bagi nombor bulat, perpuluhan dan pecahan.

Melalui jurnal Pendidikan matematik yang bertajuk ‘Analisis Jenis Kesilapan Dalam
Operasi Penambahan dan Penolakan Pecahan’ yang ditulis oleh Zakiah Salleh, Norhapidah
Mohd Saad, Mohammad Nizam Arshad, Hazaka Yunus dan Effandi Zakaria, ramai murid
yang menghadapi masalah dengan tajuk pecahan.

Tahap penguasaan yang rendah dan pemahaman konsep yang kabur menyebabkan
murid sering melakukan kesalahan dalam mempelajari pecahan, contohnya tidak menukarkan
nombor pecahan kepada sebutan terendah kerana ketidakfahaman konsep pecahan setara.
Selain itu, murid juga harus didedahkan dengan masalah matematik yang sesuai daripada

4
strategi yang ditunjukkan oleh murid. Secara tidak langsung dapat mengenal pasti tahap
penguasaan sebenar yang pelajar miliki dan jenis-jenis kesilapan ynag sering dilakukan.
Menurut artikel ini lagi, pecahan telah dilihat sebagai suatu nombor yang memiliki sifat yang
unik berbanding dengan nombor bulat yang pernah dipelajari oleh murid sebelum itu.
Keunikan sifatnya telah menyebabkan ianya sukar difahami.

Kesilapan juga biasa dialami oleh murid apabila ia berpindah dari satu konsep kepada
satu konsep yang lain., contoh yang jelas boleh dilihat dalam melakukan operasi tambah
nombor bulat dan operasi pecahan. Rees & Barr (1984) dan Amar Sadi (2007) menyatakan
murid juga kerap melakukan kesilapan dengan menambah pengangka dengan pengangka dan
penyebut dengan penyebut. Keadaan ini disebabkan oleh kebiasaan dan kefahaman yang
telah diterima semasa menambah nombor bulat. Berhubung dengan kesilapan pelajar murid
yang dalam perbandingan pecahan, menunjukkan bahawa mereka telah membuat
perbandingan antara dua buah rajah yang tidak sama saiz. Manakala dalam masalah
menyusun pecahan, mereka mendapati murid-murid tidak dapat membezakan antara nombor
bulat dengan nombor pecahan. Akibatnya terdapat murd yang menyusun pecahan secara
menaik, sama ada berdasarkan nilai pengangka ataupun nilai penyebut. Masalah ini baisanya
berlaku di peringkat awal pembelajaran pecahan.

Menurut dapatan kajian yang dilakukan oleh Tan See Teng & Effandi Zakarian yang
bertajuk ‘Analisis Jenis Kesilapan Murid Dalam Operasi Penambahan dan Penolakan
Pecahan’, warga pendidik memainkan peranan penting yang signifikan dalam pembinaan
konsep pecahan dalam kalangan murid. Kenyataan ini disokong oleh Loong (2014) yang
berpendapat bahawa miskonsepsi dan kesilapan dapat dikurangkan sekiranya murid
dibimbing untuk memahami dan menguasai konsep matematik dengan baik. Sehubungan itu,
pengetahuan guru matematik dalam konsep pecahan dan amalan yang dipraktikkan oleh
mereka dalam proses pengajaran merupakan antara factor yang mempengaruhi pembinaan
konsep matematik yang abstrak dalam kalangan murid.

Kesilapan yang dilakukan berkemungkinan berbentuk kesilapan sistematik kesilapan


rawak ataupun kesilapan kecuaian (Cox, 1975). Dalam konteks ini, Cox berpendapat bahawa
kebanyakan kesilapan sistematik berkait rapat dengan penguasaan murid yang lemah dalam
topik berkenaan. Noraini dan Narayanan (2011) mendapati murid berkecenderungan untuk
mengulangi kesilapan sistematik apabila konsep yang salah dibina dalam skema otak individu
tersebut. Seperti mana yang dijelaskan oleh Cox (1975), kesilapan sistematik yang berpunca

5
daripada miskonsepsi berpotensi untuk berkekalan lama sekiranya tidak diberi tindakan
susulan. Dengan kata lain, masalah penguasaan konsep penambahan dan penolakan pecahan
yang lemah akan berterusan sekiranya tidak diberi aktiviti pemulihan yang sewajarnya.

Manakala bagi tajuk pembahagian, kebanyakan murid bermasalah dalam


menyelesaikan pembahagian dua unit. Laporan projek yang ditulis oleh Mohamad Nurizwan
Jumiran yang bertajuk ‘Kesan Teknik “HunTTO Square Terhadap Pencapaian Pelajar Bagi
Mata Pelajaran Matematik Di Sekolah Rendah’, penguasaan asas menyelesaikan masalah
berkaitan dengan tajuk pembahagian dua unit nombor adalah penting supaya seseorang murid
itu dapat mengaplikasikan asas pembahgian dalam kehidupan seharian dan pada masa
hadapan (Ariff, 2010).

Menerusi blog “Cikgu Safuan, Bahagi: Antara Konsep dan Kaedah’, beliau
berpendapat yang operasi bahagi adalah operasi matematik yang susah untuk diperkenalkan
kepada murid-murid memandangkan operasi bahagi ini diperkenalkan kepada murid bermula
dari tahun 1 lagi. Jika murid bermasalah untuk melakukan operasi bahagi, bermakna konsep
dalam tajuk bahagi belum lagi kukuh. Sebagai permulaan murid hendaklah diajar dengan
menggunakan bahan konkrit supaya murid dapat memahami konsep bahagi. Ia juga boleh
diajar dengan mewujudkan suatu situasi untuk lebih difahami oleh murid. Ia sangat sesuai
sebagai pengenaan tajuk bahagi untuk tahun 1.

6
3.0 RUMUSAN BERKAITAN KESILAPAN DAN MISKONSEPSI DUA TOPIK
SUKAR

Berdasarkan daripada artikel, laporan projek dan penulisan blog yang dipetik di atas,
kesilapan boleh dielakkan jika murid boleh memperbaiki miskonsepsi terhadap sesuatu tajuk.
Sebagai contoh, dalam tajuk pecahan, pemahaman terhadap konsep pecahan yang terhad
mungkin dipengaruhi oleh amalan pengajaran yang terlalu menekankan penguasaan
kemahiran, tanpa kefahaman konsep sebenar. Amalan pengajaran yang berasaskan kepada
hafalan dan latih tubi boleh menghalang murid daripada mempunyai kefahaman yang jelas
mengenai konsep pecahan itu sendiri. Beberapa bentuk dan kesilapan yang dilakukan oleh
murid-murid berkaitan nombor pecahan ialah melalui aktiviti perbandingan pecahan. Antara
punca yang dikenalpasti ialah konsep pecahan setara tidak difahami dan dikuasai sepenuh
oleh murid. Selain itu juga kesilapan dihadapi ketika melakukan penyusunan pecahan di
mana murid tidak dapat membezakan antara nombor bulat dengan nombor pecahan.
Akibatnya terdapat murid yang menyusun pecahan setara secara menaik sama ada
berdasarkan nilai pengangka ataupun nilai penyebut.

Miskonsepsi pecahan yang kerap diambil mudah ialah menukar pecahan tak wajar kepada
nombor bercampur. Kesukaran murid pada kemahiran tersebut menyebabkan kesilapan pada
jawapan terakhir walaupun jalan penyelesaian yang ditunjukkan adalah betul. Sebagai
contoh, berikut merupakan penambahan pecahan yang diselesaikan oleh murid.

Bagi operasi pembahagian, murid seringkali melakukan kesilapan dan kesalahan bagi
soalan yang melibatkan operasi pembahagian terutama dengan dua digit nombor. Ini kerana
mereka seringkali bermasalah dengan menyelesaikan soalan pembahagian dengan dua digit
nombor kerana melakukan kesilapan dalam menerbitkan sifir yang melibatkan dua digit
nombor dan melakukan kecuaian dalam proses mengira sifir yang diterbitkan. Oleh itu
penguasaan asas menyelesaikan masalah dengan dua digir nombor adalah penting supaya
sesorang murid itu dapat mengaplikasikan asas pembahagian dala kehidupan seharian dan
pada masa hadapan.

7
4.0 PUNCA-PUNCA DAN CARA-CARA MENANGANI KESILAPAN DAN
MISKONSEPSI

4.1 Punca-punca miskonsepsi dan kesilapan.

Banyak faktor yang menyebabkan miskonsepsi dan kesilapan dalam tajuk


pecahan. Merujuk kepada situasi semasa yang menunjukkan kebolehan penyelesaian
masalah matematik dalam kalangan murid, Mohamad Safwandi (2017) menggariskan
salah satu puncanya ialah disebabkan cara penyampaian guru yang terlalu
menekankan pemahaman prosedur dan penghafalan rumus berbanding dengan
pengetahua konsep. Hal ini dilihat di mana murid lebih banyak dididik dengan
menggunakan symbol dan istilah matematik yang abstrak di dalam bilik darjah yang
mengaplikasikan strategi pengajaran berpusatkan guru. Sebaliknya proses penerokaan
konsep dan pembinaan pengetahuan kurang dititikberatkan.

Selain itu, pemilihan dan penggunaan bahan bantu mengajar yang kurang sesuai
menjadi punca wujudnya pemebentukan konsep pecahan yang salah di minda murid-
murid. Sememangnya konsep matematik lebih wajar diperkenalkan melalui bahan-
bahan konkrit yang boleh dimanipulasikan secara fizikal (Loong, 2014).

Kebanyakan murid sukar memahami konsep pembahagian terutama pembahagian


dengan dua digit nombor dan para guru telah mengenal pasti kelemahan dalam
menghasilkan sifir yang melibatkan dua digit nombor ini adalah punca utama murid
gagal menguasai kemahiran dalam tajuk pembahagian dengan dua digit nombor.

Proses pengajaran dan pembelajaran matematik juga lebih memberi tumpuan


kepada penghafalan formula atau rumus dan latih tubi, kemahiran menajwab soalan
peperiksaan dan pengajaran berpusatkan pada guru juga menyebabkan murid-murid
akan merasa takut untuk mengikuti tajuk ini dalam kelas. Menurut kajian Hatfields et
al, (2000) menyatakan bahawa daripada keempat-empat operasi yang ada dalam asas
matematik iaitu penambahan, penolakan, pendaraban, dan pembahagian, operasi
pembahagian ini adalah operasi terakhir yang diajarkan dan diperkenalkan kepada
murid. Oleh itu, peruntukan masa yang terlalu sedikit dan terhad serta tumpuan yang
kurang menyebabkan murid mengalami masalah untuk menyelesaikan soalan
pembahagian terutama melibatkan pembahagian dengan dua digit nombor. Menurut
Benjamin (2006) murid dangat bermasalah dalam elemen visual kerana mereka tidak

8
dapat membayangkan bagaimana untuk menghasilkan sifir dua digit dan seterusnya
menghadapi masalah tidak dapat menjawab soalan pembahagian dua digit nombor ini.

4.2 Cara-cara menangani kesilapan dan miskonsepsi

Untuk memperkenal konsep pecahan, Ranjit (2000) dan Cooper (2004) mendapati
bahawa penggunaan konsep sebahagian dan keseluruhan merupakan pendekatan asas
yang penting bagi memperkenalkan konsep pecahan. Sebagai jalan penyelesaian bagi
membantu murid mengatasi kesukaran ini ialah dengan menunjukkan kaedah dan
pendekatan yang sesuai. Guru akan membimbing dan menjelaskan kepada mereka
dengan terperinci peranan setiap nombor. Guru juga perlu menegaskan kepada murid
agar mengingati rumus ini dalam menyelesaikan soalan-soalan yang mempunyai hasil
jawapan ialah pecahan tak wajar hendaklah ditukarkan kepada nombor bercampur.

Untuk menangani kesilapan dan miskonsepsi dalam pembahagian dua nombor


digit, murid perlu menguasai dengan memahami konsep pembahagian yang mudah.
Seperti contoh, di tahun 1, operasi bahagi adalah dengan membuat penolakan
berturut-turut, kemudian mengelas dengan kumpulan dan seterusnya mengelaskannya
kepada lebih abstrak. Murid menggunakan sifir untuk menyelesaikan masalah. Pada
peringkat aplikasi abstrak guru boleh memperkenalkan pelbagai kaedah sifir
memandangkan murid telah memahami konsep bahagi dengan baik.

Selain itu juga murid seringkali dikaitkan dengan visual, iaitu murid gemar belajar
dengan melihat maklumat baru yang dipelajari itu dalam bentuk gambar rajah atau
visual. Pembelajaran visual yang menarik dapat mempercepatkan daya serap terhadap
pembelajaran dan pengajaran terutama ketika pengenalan kepada tajuk bahagi.
Pengenalan kepada tajuk bahagi anatara konsep dan kaedah semestinya konsep sangat
penting.

9
5.0 PERBINCANGAN MENGENAI KEPERLUAN BAGI GURU UNTUK
MENUMPUKAN PERHATIAN KEPADA KESILAPAN DAN MISKONSEPSI

Secara umum, guru tidak digalakkan untuk memikirkan kegagalan murid dalam
menyelesaikan masalah matematik disebabkan oleh kelemaan daya pemikiran, malas,
sikap yang negative atau kesukaran belajar sahaja, walaupun faktor sebegini serba sedikit
menyumbang kepada kesilapan-kesilapan yang sering dilakukan. Guru harus meneliti
mengenai konsepsi murid terhadap konsep-konsep yang telah diajar. Jika terdapat
miskonsepsi, guru perlu membantu murid-murid tersebut memperbetulkan miskonsepsi
mereka.

Menurut Nor Asmah (2000), pendekatan yang sesuai perlu dicari dan digunakan.
Persekitaran pembelajaran yang menyokong dan menggalakkan penaakulan matematik
dan meningkatkan kecenderungan murid terhadap matematik perlu diberi pertimbangan
yang sewajarnya oleh guru matematik dengan menjana minda murid ke arah yang positif.
Salah satu dari kaedah pengajaran yang membantu murid mengatasi miskonsepsi mereka
ialah dengan menggalakkan mereka berkongsi, berbincang dan memperkembangkan
interprestasi konsep matematik mereka.

Antara prinsip pengajaran ialah pada permulaan pengajaran, guru mungkin boleh
tawarkan satu tugasan kepada murid yang memungkinkan murid melakukan kesilapan
kerana miskonsepsi. Ini bermaksud murid menyedari tentang interpretasi intuitif dan
kaedah penyelesaian mereka dan mendedahkan kesilapan yang sering dilakukan dan
miskonsepsi mereka jika ada. Perbincangan antara murid dan guru diadakan. Murid
digalakkan untuk memberi pendapat mereka mengapa miskonsepsi dan konflik ini
berlaku. Guru boleh memandu murid untuk memahami konsep itu secara baru.

Guru harus menggunakan ayat yang mudah difahami dan cuba mengelakkan dari
menggunakan ayat-ayat yang Panjang. Guru juga perlu berhati-hati dalam menggunakan
istilah dan bahasa matematik supaya murid-murid faham dan dapat mengelakkan
kekeliruan. Selain itu, guru perlu menimbangkan dengan teliti bila patut diperkenalkan
konsep-konsep yang formal dan simbol-simbol matematik yang sesuai.

Guru juga harus cuba mengaitkan contoh-contoh dengan bahan konkrit dan ilustrasi
serta pengalaman seharian murid. Galakkan murid bercakap dan bertanya jika mereka
tidak faham. Penerangan dan percakapan guru mestilah jelas dan terang serta elakkan dari
membuat kesilapan, terutama mengenai konsep-konsep yang formal.

10
6.0 PENUTUP

Miskonsepsi jika tidak diperbetulkan akan mempengaruhi konsep tersebut dan


seterusnya menghasilkan kesilapan. Murid-murid perlu menguasai sesuatu tajuk dalam
matematik dalam pelbagai situasi terutamanya asas nombor iaitu nombor bulat, pecahan,
perpuluhan dan peratus. Oleh itu, pemahaman konsep dan kemahiran matematik adalah
amat penting dalam proses pembelajaran murid-murid. Masalah kelemahan murid dalam
penguasaan dalam penguasaan konsep dan kemahiran matematik pada peringkat sekolah
rendah ini adalah sesuatu yang tidak boleh dipandang remeh oleh pihak-pihak erlibat
dalam sector Pendidikan terutama sekali guru-guru. Kelemahan dalam penguasaan
konsep dan kemahiran matematik di peringkat sekolah rendah tentunya memebri kesan
pula apabila mereka berada di sekolah menengah. Kesedaran perlu ada untuk memastikan
murid-murid ini menguasai konsep asas matematik dengan lebih baik agar mereka
menjadi generasi yang dapat merealisasikan wawasan negara pada masa akan datang.

Matematik juga merupakan jentera atau penggerak kepada pembangunan dan


perkembangan dalam bidang sains dan teknologi. Oleh itu pihak yang terlibat dalam
bidang Pendidikan perlu bekerjasama dalam memastikan murid-murid menguasai
matematik dengan baik supaya hasrat untuk menjadi sebuah negara yang maju dan
berdaya saing di peringkat global tercapai.

(2650 patah perkataan)

11
7.0 RUJUKAN

1. Annis Zuriani. 2014. Cabaran guru matematik untuk melahirkan pelajar yang
berfikiran kritis dan kreatif. Dimuat turun daripada
http://anniszuriani.blogspot.com/2014/04/cabaran-guru-matematik-untuk-
melahirkan.html

2. Effandi Zakaria & Tan See Teng. 2018. Analisis Jenis Kesilapan Murid Dalam
Operasi Penambahan dan Penolakan Pecahan. Dimuat turun daripada
https://www.unisza.edu.my/medc2018/images/175-
188_TAN_SEE_TENG__EFFANDI_ZAKARIA.pdf

3. Kumutha Jayakumar Bassekaren. 2013. Miskonsepsi dalam Matematik. Dimuat turun


daripada https://www.scribd.com/doc/138296707/MISKONSEPSI-DALAM-MATEMATIK

4. Miskonsepsi. 2015. Dimuat turun daripada


https://www.slideshare.net/azhanorazam/miskonsepsi-45314846

5. Mok Soon Sang (1993) Pengajian Matematik untuk Kursus Perguruan, Kumpulan
Budiman Sdn. Bhd.

6. Salina Lina. 2013. Miskonsepsi. Dimuat turun daripada


https://www.slideshare.net/salinalina77/miskonsepsi-mte-3111

12

Anda mungkin juga menyukai