Anda di halaman 1dari 3

PENGENALAN

Miskonsepsi adalah satu daripada masalah yang sering dihadapi oleh murid dalam
pembelajaran matematik dan sering menjadi penghalang kepada mereka untuk memahami
konsep-konsep matematik yang berkaitan dengan konsep yang mereka salah ertikan.
Miskonsepsi umum dalam matematik adalah seperti berikut:

 Pemahaman yang kurang lengkap dalam fakta-fakta nombor.

Contohnya pengiraan asas seperti 9 + 3 = 12 atau 2 x 8 = 16. Mengingati kembali dengan


berkesan fakta-fakta asas seperti ini adalah penting kerana ia membolehkan murid membuat
pendekatan kepada pemikiran matematik yang lebih lanjut tanpa diganggu oleh fakta-fakta
asas tersebut.

 Kelemahan dalam pengiraan

Ada murid yang memahami konsep matematik tetapi tidak konsisten dalam pengiraan.
Mereka melakukan kesilapan disebabkan oleh membuat kesilapan dalam membaca simbol
atau teknik penyelesaian operasi yang salah.

 Kesukaran dalam memindah pengetahuan

Miskonsepsi yang sering berlaku ialah kurang kemahiran dalam pemindahan konsep
matematik yang abstrak atau aspek konseptual dengan kenyataan. Kefahaman mengenai
perwakilan simbol alam dunia yang fizikal adalah penting untuk bagaimana dan berapa
mudahnya murid mengingati sesuatu konsep.

Contohnya, menyentuh dan memegang bentuk segiempat tepat memberi erti kepada murid
daripada hanya diajar mengenai bentuk secara abstrak.

 Membuat perkaitan

Terdapat murid yang mengalami kesukaran untuk membuat perkaitan dalam pengalaman
matematik. Contohnya, murid mungkin menghadapi kesukaran untuk membuat perkaitan
antara nombor dengan kuantiti. Tanpa kemahiran ini, ia akan menyukarkan murid mengingat
kembali dan membuat aplikasi dalam situasi yang baharu.

 Kefahaman yang kurang lengkap mengenai bahasa matematik

Bagi sebahagian dari murid, kelemahan dalam matematik mungkin disebabkan oleh kurang
mahir membaca, menulis dan bercakap. Dalam matematik, masalah ini akan lebih ketara
dengan adanya istilah matematik yang sebahagiannya mereka yang belum pernah dengar di
luar bilik matematik ataupun mempunyai erti yang berlainan.
FAKTOR-FAKTOR YANG MEMPENGARUHI MISKONSEPSI

Kita melakukan kesilapan kerana beberapa sebab. Ada disebabkan oleh konsentrasi yang
kurang penaakulan, terburu-buru, kegagalan melihat butiran situasi yang penting dan lain-
lain. Ia juga disebabkan oleh kesalahfahaman mengenai situasi. Kanak-kanak sering
melakukan kesilapan dalam matematik disebabkan miskonsepsi. Selagi kita tidak peka
terhadap kesilapan yang mereka lakukan dan tidak bertanya mengapa mereka membuat
kesilapan tersebut, kita tidak dapat membantu kanak-kanak memperbetulkan kesalahan-
kesalahan mereka. Sebagai seorang guru, apa saja cara kita memperbetulkan miskonsepsi
kanak-kanak harus dipandu oleh pengetahuan kita mengenai bagaimana kanak-kanak
belajar matematik.

 Tumpuan

Ramai di antara murid-murid yang tidak atau kurang konsentrasi ketika proses pengajaran
dan pembelajaran dijalankan. Ini mungkin kerana pembelajaran membosankan dan
pengajaran guru tidak bersistematik. Murid-murid akan hilang konsentrasi apabila
merasakan bahawa pelajaran tersebut sudah menjadi semakin sukar dan semakin susah
untuk difahami. Maka, jika konsentrasi sudah hilang atau kurang, sudah pasti mereka akan
membuat kesilapan kerana mereka tidak memberikan tumpuan dalam pengajaran guru.

 Minat

Kebanyakan murid tidak berminat terhadap pelajaran Matematik, maka jika sudah tersemai
perasaan tidak berminat sudah pasti mereka akan belajar sambil lewa, tambahan lagi jika
guru tidak cuba untuk menarik perhatian mereka. Maka kesilapan dalam pembelajaran
matematik juga berpunca dari minat mereka sendiri.

 Kefahaman

Ramai murid memilih untuk berdiam diri tanpa menanyakan soalan pada guru atau kawan
jika mereka tidak faham tentang sesuatu konsep matematik tersebut, maka dari sinilah
kesilapan pemahaman dan pengiraan akan berlaku. Kadar kefahaman yang rendah boleh
menyebabkan kesilapan dan kadar kefahaman yang tinggi adalah sebaliknya.

 Kurang daya pendengaran / penglihatan

Antara punca kesilapan ialah murid kurang daya pendengaran atau penglihatan. Tetapi
sikap mereka yang hanya berdiam diri dan tidak menjelaskan masalah mereka merupakan
punca guru tidak dapat mengesan punca kesilapan mereka.
 Pengajaran guru kurang jelas

Mengajar matematik tidaklah begitu sukar, namun bukanlah senang. Jika guru mengajar
sambil lewa tanpa perancangan dan peralatan mengajar yang lengkap, besar kemungkinan
pengajaran guru yang diterima oleh murid menjadi tidak sempurna. Jika pengajaran guru
kurang jelas tentang sesuatu isi atau konsep matematik yang diajarkan, maka akibatnya
mungkin murid-murid akan membuat kesilapan.

 Cuai

Kesilapan yang murid lakukan juga adalah seringkali kerana kecuaian mereka. Ramai murid
yang selalu ingin membuat sesuatu latihan dengan cepat hingga mereka tersalah kira dan
sebagainya.

 Emosi negatif terhadap matematik samada dari segi fisiologi mahupun


psikologi

Tanggapan bahawa matematik itu sangat sukar dan tidak mahu mencuba mempelajarinya
dengan betul membuatkan kebanyakan minda murid-murid sudah terpengaruhi oleh
tanggapan tadi maka pembelajaran mereka akan terganggu. Ada juga di kalangan murid
yang akan jatuh sakit atau demam apabila menjelangnya peperiksaan Matematik kerana
emosi negatif mereka. Apabila minda dan kesihatan terganggu, peluang untuk melakukan
kesilapan dalam matematik adalah tinggi.

 Kesilapan yang tidak disengajakan

Kesalahan yang timbul dari aktiviti memproses soalan. Kesilapan ini tidak bersistematik dan
berpola, kerana ia berlaku sekali sekala dan boleh dilakukan oleh pakar atau kanak-kanak.
Kesilapan seperti ini mudah dijumpa dan cepat diperbetulkan.

 Kesilapan yang dilakukan secara berulang-ulang (miskonsepsi)

Kanak-kanak tidak tahu mereka melakukan kesilapan kerana mereka menjawab soalan
mengikut kefahaman mereka yang sedia ada. Kesilapan ini akan dilakukan berulang-ulang
sehingga ada orang yang memperbetulkan konsep mereka.

Sehubungan dengan teori miskonsepsi ini, satu kajian telah dijalankan ke atas 3
orang murid tahun 2 dari Sekolah Jenis Kebangsaan (Tamil) Ladang Krian di Nibong Tebal,
Seberang Perai Selatan. Miskonsepsi yang dipilih ialah berkaitan dengan mengenal pasti
bentangan bentuk tiga dimensi. Tempoh pelaksanaan kajian saya ialah selama dua minggu.

Anda mungkin juga menyukai