Anda di halaman 1dari 7

SME 6044

ISU-ISU KONTEMPORARI DALAM PENDIDIKAN MATEMATIK


KEBIMBANGAN MATEMATIK
(Mathematics Anxiety)


SWANDI ATON M20131000520
JUNATHAN N. TUBILAG M20131000358
MOHD SYAIFONAZRE B ZULKEPLE M20131000379
ABDUL KADIR JALANI B AHMAD M20131000377
CHE MUSAZAKI B YUSOFF @ CHE MAN M20131000361







TUGASAN FENOMENA MASALAH KEBIMBANGAN ATAU KERISAUAN DALAM
MATEMATIK

1. Apakah definisi masalah kebimbangan dalam matematik?

Masalah kebimbangan terhadap matematik ditakrifkan sebagai campuran perasaan cemas
dan bimbang terhadap nombor dan menyelesaikan masalah matematik dalam kehidupan
seharian dan bidang akedemik. Masalah kebimbangan matematik boleh menyebabkan
seseorang lupa dan hilang keyakinan diri (Toblas,1978). Seseorang yang mempunyai
kebimbangan dalam matematik berasa mereka tidak beupaya melakukan aktiviti dan
kelas yang melibatkan matematik. Kebanyakkan orang yang mengalami kebimbangan
dalam matematik mempunyai perasaan takut atau fobia terhadap matematik.

2. Mengapakah pekara ini berlaku?

Banyak faktor yang boleh mewujudkan masalah kebimbangan matematik ini berlaku,
terutama sekali kebanyakkan guru pelatih yang tidak mengajar matematik dengan cara
yang betul kerana tidak biasa dengan perubahan cara mengajar yang baharu
(Haylock,1995). Selain itu masalah kebimbangan dalam matematik ini berlaku kerana
guru pelatih ini memberikan arahan yang kurang jelas dan kekurangan dalam menjadikan
pengajaran matematik yang menarik (Lazarus,1974). Kekurangan dalam kemahiran
spatial (peka terhadap ruang,corak dan bentuk) dalam diri seseorang itu juga membantu
masalah ini berlaku dan sekaligus menjadikan matematik amat susah difahami oleh
seseorang. Selain itu, peperiksaan awam juga menyumbang kepada kebimbangan ini.
Tanggapan pelajar yang mengatakan matematik merupakan suatu subjek yang mencabar
akan menyebabkan mereka bimbang terhadap subjek ini. Faktor lain ialah domain efektif
seperti faktor persepsi. Kebanyakkan pelajar menganggap subjek Matematik susah kerana
ramai pelajar yang gagal subjek ini. Selain itu, mereka juga memberikan persepsi bahawa
Matematik susah kerana ia melibatkan nombor dan pengiraan. Kebimbangan terhadap
matematik berlaku disebabkan oleh banyak perkara.. Apabila seseorang guru itu
mempunyai personaliti yang garang, pelajarnya akan berasa takut dan bimbang semasa
kelas Matematik. Sebab lain ialah peperiksaan awam dan kesannya jika pelajar gagal.
Mereka takut akann gagal dalam subjek matematik dan mereka tidak dapat menyambung
pelajaran ke peringkat yang lebih tinggi. Selain itu domain efektif seperti faktor persepsi.
Kebanyakkan pelajar menganggap subjek Matematik susah kerana ramai pelajar yang
gagal subjek ini. Selain itu, mereka juga memberikan persepsi bahawa Matematik susah
kerana ia melibatkan nombor dan pengiraan. perasaan pelajar itu sendiri juga turut
menyumbang kepada kebimbangan matematik. Mereka berasa bimbang akan subjek
Matematik kerana mereka menganggap subjek ini susah. Faktor lain ialah harapan ibu
bapa terhadap pelajar untuk mendapat keputusan cemerlang dalam subjek Matematik. Ibu
bapa inginkan anak mereka mendapat A+ kerana kebanyakkan syarat untuk melanjutkan
pelajaran ke peringkat yang lebih tinggi memerlukan pelajar mendapat keputusan
cemerlang dalam subjek Matematik. Pengaruh rakan sebaya juga menjadi salah satu
faktor yang boleh menyebabkan wujudnya kebimbangan Matematik. Ini kerana, pelajar
mudah terpengaruh dengan rakan-rakan mereka dan percaya akan kata-kata rakan mereka
iaitu subjek Matematik susah. Relevan juga merupakan faktor kebimbangan Matematik.
Ini kerana Matematik sering digunakan dalam kehidupan seharian.

3. Siapakah yang mengalami kebimbangan dalam matematik?

Masalah kebimbangan dalam matematik ini dialami sendiri oleh guru pelatih kerana
mereka kurang mempunyai pengalaman mengajar dan kurang mahir untuk menggunakan
pedekatan pengajaran yang betul dan berkesan kepada pelajar. Guru pelatih juga
mempunyai kurang keyakinan diri untuk mengajar matematik, oleh itu mereka
mengalami masalah ini. Selain daripada guru, pelajar juga turut mengalami masalah ini
kerana mereka selalu mengatakan bahawa matematik adalah subjek yang susah bagi
mereka, sekaligus memberi kesan buruk terhadap mereka iaitu kurang keyakinan diri
dalm menyelesaikan masalah matematik. Pelajar juga mengalami masalah ini kerana
mereka selalu didesak oleh ibu bapa atau penjaga dan juga rasa tercabar apabila ada
sebilangan kawan mereka yang pandai dalam matematik. Selain itu, pelajar yang kurang
membuat latihan matematik juga akan mengalami masalah kebimbangan dalam
matematik ini.

4. Bilakah ianya berlaku?

Masalah ini berlaku apabila sesorang itu mempunyai tingkahlaku yang negatif terhadap
matematik. Masalah kebimbangan matematik ini akan berlaku pada sesorang apabila
mereka berasa takut. Sebagai contoh semasa peperiksaan ataupun ujian matematik
diberikan kepada mereka. Selain itu, ianya berlaku apabila mereka panik,sebagai contoh
apabila seseorang itu ditanyakan soalan matematik dengan spontan. Kurang keyakinan
diri juga menyebabkan masalah kebimbangan dalam matematik berlaku.

5. Apakah yang mendorong pekara ini berlaku?

Pekara yang mendorong masalah kebimbangan dalam matematik ini berlaku ialah,
pengalaman belajar matematik. Sekiranya pengalaman belajar ini kurang, seseorang itu
akan merasa tidak yakin pada diri sendiri apabila diberi permasalahan matematik dalam
pembelajaran mahupun kehidupan seharian. Kedua, bagaimanakah cara seseorang guru
itu mengajar juga mendorong masalah ini berlaku. Ketiga, pekara yang mendorong
berlakunya masalah kebimbangan dalam matematik ialah sistem pembelajaran matematik
dan tekanan terhadap peperiksaan.. Selain itu, tekanan yang diberikan oleh ibu bapa yang
hanya tahu menyuruh anak mereka lulus dalam peperiksaan dan rakan sebaya yang
pandai juga menjadi tekanan kepada mereka yang kurang mahir dalam matematik.
Perkara yang mendorong kebimbangan ini berlaku ialah sikap pelajar itu sendiri. Mereka
tidak suka dicabar. Kebanyakkan pelajar beranggapan matematik sebagai suatu subjek
yang mencabar. Mereka menyatakan bahawa penyelesaian masalah matematik mencabar
kemahiran berfikir mereka. Pelajar yang suka dicabar menganggap matematik sebagai
sesuatu yang menarik dan provokatif dan juga tidak berasa terancam dengannya. Selain
itu, pelajar yang kurang keyakinan diri juga mendorong kepada kebimbangan ini berlaku.
Mereka menganggap bahawa mereka tidak boleh menyelesaikan tugasan matematik yang
diberi. Dengan kata lain, mereka berasa tidak cukup yakin untuk menyelesaikannya
mahupun mencuba untuk menyelesaikan soalan yang diberikan. Selain itu, perkara ini
juga didorong oleh cara pengajaran guru. Terdapat guru yang mengajar sangat laju
sehinggakan sukar untuk pelajar memahami sesuatu yang diajar. Tambahan lagi, terdapat
guru yang suka menyalahkan pelajar jika pelajar tidak memahami apa yang mereka ajar.
Keadaan ini menjadi penghalang hubungan baik guru dan pelajar. Selain itu, pengaruh
keluarga dan rakan sebaya juga mendorong kepada kebimbangan pelajar terhadap subjek
matematik.

6. Bagaimanakah cara bagi mengurangkan masalah ini?

Cara bagi mengurangkan masalah kebimbangan dalam matematik ini boleh diatasi
sekiranya guru boleh menjadikan pengajaran matematik adalah menarik dan juga cara
penyampaian yang jelas oleh guru tersebut. Selain itu, dalam mengatasi masalah ini,
subjek matematik adalah subjek yang memerlukan latih-tubi yang banyak dan bukan
hanya dengan membaca dan menghafal, kesan daripada latih-tubi ini, pelajar akan
menambah keyakinan diri apabila berhadapan dengan masalah matematik. Oleh itu, guru
perlulah memainkan peranan yang tinggi dalam memberi latihan kepada pelajar mereka.
Tambahan lagi, pengajaran matematik memerlukan pelajar memberi konsentrasi yang
lebih dan juga rajin dalam menyelesaikan masalah matematik. Untuk mengurangkan
kebimbangan pelajar terhadap matematik ialah mengurangkan atau membuang ujian dan
digantikan dengan penilaian lain yang dapat mengurangkan ancaman kepada pelajar.
Selain itu, elakkan daripada mengasingkan pelajar menjawab soalan dengan memanggil
pelajar secara individu menjawab soalan pada papan hitam sebaliknya meminta pelajar
bekerjasama dalam kumpulan kecil untuk menyelesaikan soalan. Langkah ini dapat
mengurangkan kebimbangan mereka terhadap subjek ini. Elakkan daripada
membandingkan pelajar antara satu sama lain secara terbuka seperti mengadakan
pertandingan kuiz Siapa Cepat Dia Dapat di dalam kelas. Ramai pelajar tidak suka
terlibat dengan persaingan seperti itu. Selain itu, kebimbangan ini dapat dikurangkan jika
pelajar mendapat galakan daripada ibu bapa. Ibu bapa perlulah bertanyakan tentang kerja
rumah anak-anak. Langkah ini dapat menyumbang kepada minat pelajar terhadap
matematik. Pelbagai cara boleh digunakan untuk mengurangkan kebimbangan
Matematik. Antaranya ialah mengubah persepsi, perasaan dan sikap terhadap subjek
Matematik. Menurut Haylock (1995), persepsi ialah gambaran tentang Matematik, ia
amat penting kerana ia akan memberi respon positif atau negatif terhadap Matematik.
Pelajar perlu menukarkan persepsi negatif mereka agar mereka lebih menghargai,
menikmati dan melihat Matematik sebagai suatu subjek yang menarik dan bukanlah suatu
subjek yang bosan dan susah. Guru juga perlu mengubah hubungan mereka dengan
pelajar di dalam kelas semasa proses pengajaran dan pembelajaran. Mereka perlu lebih
memberi peluang kepada pelajar untuk bertanya soalan jika pelajar tidak memahami isi
pelajaran. Guru juga perlu mengetahui tahap kemampuan pelajarnya agar dapat
membantu pelajar memperbaiki kelemahan mereka. Ini dapat mengurangkan
kebimbangan pelajar terhadap subjek Matematik. Guru perlulah sabar, mengambil berat,
memberi semangat dan pembimbing kepada pelajar. Selain itu, pelajar perlu tahu
mengawal emosi mereka apabila ingin mengambil peperiksaan Matematik. Mereka perlu
membuat persediaan lebih awal mengurangkan kebimbangan mereka bagi menghadapi
peperiksaan Matematik. Faktor lain yang dapat membantu dalam mengurangkan
kebimbangan Matematik ialah ibu bapa. mereka boleh memberi semngat yang positif
serta dorongan kepada anak mereka untuk berjaya dalam subjek Matematik. Ibu bapa
juga janganlah meletakkan harapan yang terlalu tinggi terhadap pencapaian anak mereka
dalam Matematik kerana ia akan memberi tekanan kepada anak mereka.

7. Bagaimanakah cara untuk membuang masalah kebimbangan dalam matematik ini?

Pada pendapat saya, masalah kebimbangan dalam matematik ini tidak dapat dibuang
kerana masalah ini berkait rapat dengan sifat-sifat, daya pemikiran dan juga tahap
kecerdasan seseorang. Setiap inidividu adalah berbeza dan tidak ada manusia yang
sempurna sepenuhnya. Setelah seseorang individu mampu mengurangkan daya
kebimbangan mereka terhadapa matematik, semua pihak pemengambil peluang untuk
membasmi perasaan ini dalam diri seseorang pelajar. Pelajar akan mengalami
kebimbangan ini terutama tiba masa untuk mengambil ujian ataupun peperiksaan.
Walaupun beberapa cara boleh digunakan untuk mengurangkan kebimbangan ini, namun
ia tetap wujud. Masalah ini boleh diselesaikan sekaligus melenyapkan kebimbangan ini
dengan bantuan ibubapa pelajar dalam mendorong menyemai sikap yang positif terhadap
matematik. Rakan-rakan sebaya yang mempunyai kebolehan yang tinggi dalam matemati
seharusnya menggunakan kelebihan intu untuk menbantu individu yang mempunyai
kebimbangan dalam matematik.

KESIMPULAN
Secara keseluruhannya kebimbangan matematik mempunyai kesan yang positif atau negatif yang
tersendiri mengikut aras kognitif mereka yang mengalami kebimbangan matematik. Sebagai
contoh kebimbangan matematik mempunyai kesan positif kepada mereka yang mempunyai aras
pemikiran positif yang tinggi. Jadi segala masalah atau tekanan yang mendorong kepada
kebimbangan ini dapat diserap atau diatasi kerana golongan ini mampu untuk menyesuaikan diri
kepada anasir-anasir yang menjurus kepada kebimbangan kepada matematik seperti ketakutan
menghadapi peperiksaan matematik, ujian bulanan, sesi pengajaran dan pembelajaran matematik.
Namun begitu tidak dapat dinafikan bahawa kebimbangan matematik membawa kepada
kemerosotan pelajar dalam matematik disebabkan kebimbangan yang melampau terhadap mata
pelajaran ini. Kebimbangan ini menimbulkan ketakutan yang tinggi terhadap pelajar sehinggakan
mereka putus asa dan mengabaikan mata pelajaran yang mempunyai banyak rumus, pengiraan
dan langkah penyelesaian yang memerlukan pelajar berfikir dan menghafal di mana semestinya
mereka tidak mampu melakukannya. Oleh yang demikian semua pihak diharapkan dapat
memainkan peranan dalam mengatasi masalah kebimbangan matematik ini supaya ilmu yang
disampaikan dapat dimanfaatkan dengan baik oleh setiap pelajar.

Anda mungkin juga menyukai