Anda di halaman 1dari 13

ISI KANDUNGAN

1.0 PENGENALAN
2.0 ANALISIS PRESTASI PELAJAR DALAM MATEMATIK

1
2

3.0 MASALAH-MASALAH DALAM PENDIDIKAN MATEMATIK

4.0 KESAN-KESAN KELEMAHAN PELAJAR DALAM PENDIDIKAN


MATEMATIK

5.0 KAEDAH-KAEDAH UNTUK MEMUPUK MINAT DAN MENGATASI


MASALAH DALAM PENDIDIKAN MATEMATIK.

6.0 PENUTUP

11

7.0 BIBLIOGRAFI

12

1.0 PENGENALAN

1.1 DEFINISI
Matematik selalunya didefinisikan sebagai pembelajaran atau kajian mengenai corak
struktur, perubahan dan ruang, atau dengan kata lain, kajian mengenai nombor dan
gambar rajah. Matematik juga ialah penyiasatan aksiomatik yang menerangkan struktur
abstrak menggunakan logik dan simbol matematik. Pada asasnya, matematik merupakan
satu cabang ilmu pengetahuan yang timbul daripada proses penaakulan terhadap kejadian
alam sekeliling dan cakerawala. Sehubungan itu, matematik menjadi suatu sistem logik
yang menentukan rumusan-rumusan terdiri daripada bahasa matematik yang tersendiri.
Ringkasnya, matematik boleh diertikan sebagai satu cara berfikir, kajian pola, kajian
perhubungan, satu seni dan bahasa tersendiri, satu alat dalam kehidupan sosial, dan reaksi
manusia.

1.2 PENDAHULUAN
Matematik sering dianggap sebagai satu mata pelajaran yang susah dan sukar untuk
dikuasai oleh para pelajar. Mereka sering merungut apabila mendapat keputusan yang
kurang memuaskan dalam mata pelajaran ini. Hal ini seterusnya menyebabkan para
pelajar kurang berminat unutuk terus mempelajari matematik. Pelbagai masalah menjadi
punca kepada perkara ini. Seterusnya, masalah-masalah ini membawa kesan bukan sahaja
kepada pelajar sendiri bahkan juga kepada negara kita. Oleh yang demikian, langkahlangkah yang sewajarnya harus diambil agar masalah-masalah ini tidak terus
membelenggu para pelajar kita.

2.0 ANALISIS PRESTASI PELAJAR DALAM MATEMATIK


Analisis prestasi pelajar dalam matematik amat penting bagi mengetahui tahap
kefahaman pelajar terhadap perkara yang dipelajarinya. Hal ini dilakukan melalui ujian
dan juga peperiksaan. Kebiasaannya, analisis dilakukan selepas keputusan peperiksaan
diumumkan terutamanya peperiksaan penting seperti Ujian Penilaian Sekolah Rendah
(UPSR), Penilaian Sekolah Menengah (PMR), dan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM).
Laporan Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) menunjukkan kadar kelulusan
mata pelajaran Matematik di peringkat UPSR seluruh negara pada tahun 2003 secara
keseluruhannya mencapai sedikit peningkatan. Di peringkat sekolah rendah jenis
kebangsaan (Cina), peningkatan sebanyak 1.1 peratus dicatatkan berbanding 92.6 peratus
pada tahun sebelumnya. Manakala peningkatan yang lebih tinggi dicatatkan di sekolah
rendah jenis kebangsaan (Tamil), iaitu sebanyak 4.7 peratus daripada 81.1 peratus pada
tahun sebelumnya. Sementara itu, sekolah rendah kebangsaan pula mencatatkan
peningkatan yang lebih kecil iaitu sebanyak 0.7 peratus berbanding 82.0 peratus pada
tahun sebelumnya.
Selain daripada itu, pencapaian mata pelajaran matematik pada peringkat PMR
pada tahun 2003 ialah 91.5 peratus, telah mencatatkan peningkatan sebanyak 0.2 peratus
berbanding tahun sebelumnya. Bagi peringkat SPM pula, pada tahun 2003, mata
pelajaran Matematik Moden mencatatkan peningkatan sebanyak 3.4 peratus berbanding
tahun sebelumnya. Walau bagaimanapun, pencapaian kelulusan minimum bagi mata
pelajaran Matematik Tambahan telah mengalami penurunan sebanyak 3.5 peratus
berbanding tahun sebelumnya. Secara keseluruhannya, pencapaian para pelajar dalam
mata pelajaran Matematik masih di tahap sederhana.

3.0 MASALAH-MASALAH DALAM PENDIDIKAN MATEMATIK


Masalah-masalah yang timbul dalam pendidikan matematik boleh dibahagikan kepada
dua faktor. Faktor yang pertama ialah pelajar manakala faktor yang kedua pula ialah
guru.
Kedua-dua faktor ini memainkan peranan penting dalam memastikan kelancaran sistem
pengajaran dan pembelajaran di sekolah. Selain daripada itu, pelajar dan guru juga
merupakan unsur-unsur penting yang mempengaruhi prestasi para pelajar dalam mata
pelajaran Matematik.
Terdapat pelbagai masalah yang dihadapi oleh para pelajar dalam mata pelajaran
Matematik. Masalah pertama ialah sikap pelajar sendiri. Pelajar sering memberi
tanggapan negatif terhadap matematik. Hal ini seterusnya menyebabkan timbul kesukaran
dalam mempelajari mata pelajaran ini.
Selain itu, para pelajar juga tidak tahu tentang penggunaan topik-topik yang
diajarkan melalui mata pelajaran Matematik dalam kehidupan seharian mereka pada masa
akan datang. Mereka sering tertanya-tanya sebab-musabab mereka perlu belajar topiktopik seperti Trigonometri, Matriks, Graf, dan sebagainya. Hal ini menjadi punca
kegagalan yang tinggi dan juga menimbulkan kesan psikologi negatif kepada pelajar.
Seterusnya, kebanyakan pelajar ingin menghabiskan sesuatu bab yang
dipelajarinya dengan segera dan melompat ke bab-bab yang lain. Hal ini menyebabkan
mereka panik dan lantas lupa tentang isi dan perkara-perkara penting yang telah dipelajari
dahulunya. Selain daripada itu, kebanyakan pelajar hanya mempelajari peraturanperaturan, petua-petua, dan rumus-rumus melalui proses penghafalan tanpa kefahaman.

Hal ini mengakibatkan mereka tidak berkebolehan menggunakan sesuatu petua yang
sesuai untuk menyelesaikan suatu masalah.
Masalah yang lain ialah terdapat sebilangan pelajar tidak dapat menterjemahkan
soalan yang berbentuk ayat atau maklumat kepada persamaan atau ketidaksamaan
matematik yang betul untuk membuat pengiraan yang selanjutnya. Hal ini menyebabkan
pelajar mengambil masa yang lama bagi menyelesaikan sesuatu masalah berbentuk ini.
Hal ini juga mengakibatkan pelajar tidak dapat menjawab soalan dengan tepat.
Masalah yang dihadapi oleh guru dalam pengajaran matematik pula ialah terdapat
guru yang menggunakan kaedah pengajaran yang lama, tidak menarik, dan sukar
difahami oleh pelajar. Seterusnya, minat pelajar terhadap matematik akan semakin hilang.
Keadaan ini diburukkan lagi dengan terdapatnya guru-guru yang tidak terlatih ditugaskan
mengajar mata pelajaran ini. Guru-guru ini bukan sahaja mengahadapi masalah
pengajaran kurang berkesan, tetapi juga tidak berkebolehan untuk menjalankan kerjakerja pemulihan dalam proses pangajaran matematik.
Selain itu, guru juga kurang memberi perhatian dan bimbingan kepada individu.
Hal ini menyebabkan pelajar yang bermasalah dalam pembelajaran matematik akan terus
diabaikan. Mereka juga tidak berpeluang untuk mengatasi kelemahan yang dihadapi.
Masalah yang lain ialah guru kurang menekankan kefahaman dan penguasaan
konsep matematik oleh pelajar. Hal ini kerana pelajar perlu dapat memanifestasikan
konsep matematik bagi membolehkan mereka memahami dan mengaplikasiakn konsep
tersebut dalam hal-hal matematik yang berkaitan.

Selain itu, terdapat guru kurang

berkemahiran untuk menyampaikan pelajaran matematik secara berkesan. Sehubungan


itu, para guru perlu untuk menerangkan konsep dengan jelas dan mudah difahami oleh

pelajar. Guru yang bijak akan memainkan tiga peranan penting iaitu sebagai penunjuk
ajar, pemberi penjelasan, dan pemudah cara.
4.0 KESAN-KESAN
MATEMATIK

KELEMAHAN

PELAJAR

DALAM

PENDIDIKAN

Kesan-kesan kelemahan pelajar dalam pendidikan matematik dapat dilihat bukan sahaja
ke atas pelajar malah juga ke atas negara. Para pelajar yang menghadapi masalah dalam
mata pelajaran Matematik ketika di sekolah rendah, akan berdepan dengan masalah yang
lebih berat ketika melangkah masuk ke sekolah menengah. Hal ini kerana pada peringkat
sekolah rendah para pelajar diajar dengan perkara-perkara asas matematik yang menjadi
akar kepada peringkat-peringkat matematik yang seterusnya.
Kemudian, para pelajar yang lemah pada peringkat PMR dalam mata pelajaran
Matematik akan menghadapi masalah untuk mendalami ilmu matematik pada peringkat
yang lebih tinggi iaitu dalam mata pelajaran Matematik Moden dan Matematik
Tambahan. Malah, jika para pelajar tersebut mengambil jurusan sains tulen, mereka juga
akan menghadapi masalah untuk mendalami mata pelajaran sains tulen iaitu Fizik, Kimia,
dan Biologi.
Kesan yang paling besar bagi perkara ini ialah mereka akan mengalami
kesukaran untuk berhadapan dengan cabaran di institusi pengajian tinggi. Hal ini kerana
di institusi pengajian tinggi, mereka mengkehendaki pelajar untuk memiliki penguasaan
yang baik dalam bidang matematik dan merupakan antara syarat kemasukan untuk
melanjutkan pelajaran dalam apa juga bidang sekalipun.
Kesan ke atas negara pula ialah jurang bilangan tenaga profesional dalam negara
menjelang tahun 2020 mungkin tidak dapat dikurangkan. Malah negara akan mengalami

kekurangan tenaga kerja yang mahir bagi memaju negara untuk menghadapi arus
globalisasi dan k-ekonomi yang semakin mencabar.
5.0 KAEDAH-KAEDAH UNTUK MEMUPUK MINAT DAN MENGATASI
MASALAH DALAM PENDIDIKAN MATEMATIK
Pelbagai usaha harus dilakukan bagi memupuk minat dan mengatasi masalah dalam
pendidikan matematik agar para pelajar kita tidak terus gagal dalam mata pelajaran ini.
Kaedah-kaedah yang harus dilaksanakan merangkumi penglibatan oleh semua pihak iaitu
ibu bapa, pihak sekolah dan guru, serta pelajar sendiri. Hal ini membolehkan
keseimbangan dicapai dan seterusnya melancarkan lagi pelaksanaan kaedah-kaedah ini.

5.1 PERANAN IBU BAPA


Ibu bapa seharusnya mengelakkan daripada menakutkan anak-anak mereka terhadap
mata pelajaran Matematik. Jangan menggambarkan secara lisan atau perbuatan seolaholah mata pelajaran Matematik sesuatu yang sangat susah untuk dipelajari. Sebaliknya,
berilah mereka dorongan dan semangat agar mereka lebih berkeyakinan untuk
meneruskan pembelajaran mereka dalam mata pelajaran ini. Ibu bapa juga digalakkan
untuk membina suasana yang menggembirakan ketika anak-anak sedang belajar.
Seboleh-bolehnya, elakkan memarahi, mencaci atau menghina anak-anak apabila mereka
melakukan kesalahan. Berilah mereka ruang dan peluang untuk mereka membaiki
kesalahan tersebut dan mencuba kemampuan mereka. Ibu bapa perlulah bersabar dalam
menghadapi situasi ini.
Selain itu, ibu bapa seharusnya mencari ruang masa yang sesuai untuk melihat
kerja rumah atau latihan yang pelajar lakukan. Ibu bapa juga perlu memberi pujian dan

galakan termasuk juga memberi hadiah sebagai perangsang apabila anak-anak mereka
mencapai markah yang baik atau menunjukkan peningkatan pencapaian dalam
matematik. Hal ini akan menambahkan lagi semangat pelajar untuk berusaha
bersungguh-sungguh supaya mendapat keputusan yang cemerlang.
Seterusnya, jika ibu bapa mendapati anak-anak mereka kurang berminat ataupun
lemah dalam mata pelajaran Matematik, ibu bapa perlu mengambil tindakan yang segera
sebelum terlewat. Tindakan yang perlu dilakukan adalah seperti menghantar anak-anak
ke kursus motivasi, kelas tambahan ataupun tuisyen. Hal ini diharap dapat membina
kembali semangat dan keyakinan mereka dalam matematik. Setiap ibu bapa digalakkan
supaya meningkatkan pengetahuan dalam mendidik anak-anak melalui pembacaan,
perbincanganataupun mengikuti kursus-kursus yang berkaitan dengan membantu anakanak dalam pelajaran sama ada Matematik ataupun pelajaran lain.

5.2 PERANAN PIHAK SEKOLAH DAN GURU


Pihak sekolah dan guru juga memainkan peranan yang penting dalam membaiki mutu
pembelajaran matematik di kalangan para pelajar. Langkah-langkah berikut boleh diambil
oleh pihak sekolah dan guru untuk tujuan memperbaiki mutu pembelajaran matematik.
Langkah yang pertama yang boleh dilakukan oleh pihak sekolah ialah
mengadakan pelbagai jenis program yang berkaitan dengan matematik bagi menanamkan
minat para pelajar terhadap matematik. Program-program yang boleh dilakukan ialah
minggu matematik, bulan matematik, seminar matematik, ataupun bengkel matematik
dari semasa ke semasa sama ada di sekolah ataupun di luar kawasan sekolah.

Selain itu, pihak sekolah juga perlu mengadakan gerak gempur matematik iaitu
mengadakan ulangkaji soalan-soalan peperiksaan matematik secara mengejut. Hal ini
bertujuan untuk melihat tahap persediaan para pelajar untuk menghadapi peperiksaan.
Pihak sekolah juga harus mengadakan kelas pemulihan, peningkatan, dan kelas
pengkayaan bagi tiga golongan pelajar iaitu lemah, sederhana, dan cemerlang. Ketigatiga golongan pelajar ini haruslah diasingkan supaya teknik pengajaran yang berbeza
dapat dilaksanakan.
Selain daripada itu, langkah yang boleh dilakukan oleh pihak sekolah ialah
menyediakan bilik atau makmal matematik. Bilik dan makmal ini perlu disediakan
dengan bahan-bahan pembelajaran seperti buku matematik, himpunan kertas soalan
peperiksaan, hasil kerja projek pelajar, komputer, dan sebagainya. Di sini, pelajar boleh
belajar matematik melalui komputer dan juga melaui televisyen atau video. Kesemua
peralatan dan kelengkapan ini bertujuan untuk menambahkan minat pelajar untuk belajar
matematik sesuai dengan kemajuan teknologi di negara kita.
Seterusnya, bagi peranan yang dimainkan oleh guru pula, strategi pengajaran
haruslah menarik dan meyeronokkan bagi menjadikan matemati sebagai satu mata
pelajaran yang tidak membosankan. Guru boleh melakukannya dengan mengaitkan tajuktajuk yang diajar dengan kehidupan seharian, menggunakan alat bantu mengajar yang
menarik, dan mengadakan permainan yang menggunakan konsep matematik. Selain itu,
guru perlu memainkan peranan penting dalam memupuk dan membina minat pelajar
dalam matematik.
Langkah yang lain ialah guru juga hendaklah berbincang dengan para pelajar
dalam memperbaiki teknik pengajarannya. Hal ini boleh dilakukan dengan mendapatkan

maklum balas pelajar tentang cara penyampaian dari masa ke masa dengan mengadakan
soal selidik, perbincangan, dan sebagainya. Selain itu, guru mesti mencuba memahami
masalah yang dihadapi oleh pelajar dalam pembelajaran matematik dan seterusnya cuba
mengatasi masalah itu dengan berfikiran terbuka serta mengambil langkah-langkah yang
berkesan dan segera.
Di samping itu, guru matematik mestilah mempunyai pengetahuan dan
pengalaman yang mendalam dalam bidang matematik. Hal ini penting kerana guru yang
tidak mempunyai perkara-perkara ini akan menghadapi masalah untuk mengajar dan
memahamkan para pelajar di dalam kelasnya. Selain itu, guru juga harus menonjolkan
sikap yang bersemangat dan berminat dalam pembelajaran matematik. Setiap guru perlu
berinovatif dan kreatif dalam pengajarannya supaya pelajar tidak berasa bosan ketika
belajar. Guru juga digalakkan mempelajari kemahiran kaunseling untuk membantu
mengenal pasti masalah dan kelemahan pelajar dalam mata pelajaran ini dengan baik.

5.3 PERANAN PELAJAR


Pelajar merupakan individu atau kumpulan yang berkedudukan paling kritikal dalam
proses pembelajaran. Jadi, pelajar seharusnya memainkan peranan penting dalam
mengatasi masalah dan cabaran dalam pembelajaran matematik.
Langkah pertama yang harus dilakukan oleh pelajar ialah sentiasa berfikiran
positif. Jangan membuat andaian negatif bahawa mata pelajaran Matematik adlah sukar
melalui tanggapan dan cakap-cakap orang lain. Sepatutnya pelajar perlu cuba belajar
dengan bersungguh-sungguh terlebih dahulu dalam mata pelajaran ini. Pelajar juga harus

memberi peluang dan ruang masa yang cukup untuk mempelajari matematik dan jangan
berfikir bahawa gagal sekali bermakna gagal selama-lamanya.
Selain itu, pelajar perlu sentiasa membuat persiapan sebelum ke kelas dan selepas
kelas dengan membaca serta memahami sesuatu bab atau topik yang diajar ataupun yang
telah diajar. Hal ini akan memberi persediaan minda yang aktif dan mengelakkan
ketidakfahaman dan kebosanan ketika mempelajari matematik. Seterusnya, pelajar perlu
menumpukan sepenuh perhatian semasa guru sedang mengajar untuk meningkatkan lagi
kefahaman dalam subjek ini.
Selain daripada itu, untuk mahir matematik, pelajar perlu membuat latihan-latihan
matematik dengan banyak. Cuba peruntukkan masa setiap hari untuk membuat sekurangkurangnya lima soalan dalam sehari. Pelajar juga digalakkan untuk mencuba soalansoalan tahun-tahun lepas. Hal ini kerana matematik bukanlah satu mata pelajaran yang
boleh dibaca sahaja seperti mata pelajaran tertentu.
Selain itu, untuk mempelajari matematik dengan berkesan, pelajar digalakkan
mengadakan kumpulan belajar. Pembelajaran secara berkumpulan dapat membantu
mengatasi kelemahan antara ahli dalam kumpulan dan juga membina sifat saling
menolong serta kerjasama. Pembelajaran melalui cara ini juga lebih berkesan kerana ahliahli berkongsi idea dan pengalaman dalam mempelajari mata pelajaran ini.
Langkah yang terakhir ialah para pelajar digalakkan melibatkan diri dalam
persatuan, kelab ataupun aktiviti yang mengaplikasikan penggunaan matematik seperti
Persatuan Sains dan Matematik dan juga aktiviti koperasi. Aktiviti-aktiviti ini secara tidak
langsung dapat mendedahkan penggunaan matematik dalam kehidupan seharian dan juga
menimbulkan minat pelajar dalam matematik.

10

6.0 PENUTUP
Kesimpulannnya, masalah kemerosotan pencapaian pelajar dalam mata pelajaran
Matematik bukanlah berpunca daripada kelemahan pelajar semata-mata. Faktor-faktor
lain seperti latar belakang keluarga, rakan sebaya, sekolah, dan persekitaran masyarakat
turut mempengaruhi tahap pencapian pelajar dalam mata pelajaran ini. Faktor-faktor ini
perlu dikenalpasti dan dianalisis bagi memudahkan usaha-usaha memperbaiki kelemahan
para pelajar dalam mata pelajaran ini.
Oleh

yang

demikian,

beberapa

tindakan

juga

harus

diusulkan

untuk

dipertimbangkan oleh semua pihak yang terlibat, sama ada bagi pihak pelajar itu sendiri,
keluarga mereka, sekolah, guru, dan seterusnya masyarakat. Jadi, jika semua pihak yang
terlibat ini dapat melaksanakan tanggungjawab mereka dengan sewajarnya seperti yang
disarankan, maka tidak mustahil fenomena kemerosotan pelajar dalam matematik dapat
dikurangkan dan seterusnya pancapaian pelajar dapat dipertingkatkan.

11

7.0 BIBLIOGRAFI
James S.Cangelosi (1996). Teaching Mathematics in Secondary and Middle School. New
Jersey : Pearson Education.
Maria Goulding (1997). Learning to Teach Mathematics. London : David Fulton
Publisers.
Linda Huetink dan Sara N.Munshin (2000). Teaching Mathematics for The 21st Century
(Methods and Activities for Grades 6-12). New Jersey : Prentice-Hall Inc.
Stephen Krulik dan Jesse A.Rudnick (2000). Teaching Middle School Mathematics.
United States of America : Allyn & Bacon.
Aziz Omar, Sabri Ahmad & Tengku Zawawi Tengku Zainal (2006). Isu-isu dalam
Pendidikan Matematik. Kuala Lumpur : Utusan Publications & Distributors Sdn.
Bhd.
Bob Burn, John Appleby & Philip Maher (1998). Teaching Undergraduate Mathematics.
London : Imperial College Press.
Mohd Zan Abdul Rahman (1998). Kaedah Pembelajaran Tingkat Kemahiran Matematik.
Diperoleh pada Oktober 20, 1998 daripada http://www.geocities.com/athens/
Parthenom/4926/math_skill.htm.
Norjoharudden Mohd. Nor (2001). Masalah-masalah Matematik. Diperoleh pada Julai
28,
2001 daripada http://www.geocities.com/kump_dimensi.

12

Anda mungkin juga menyukai