Anda di halaman 1dari 17

SARJANA MUDA PENGAJARAN (PENDIDIKAN RENDAH) DENGAN KEPUJIAN

JANUARI / 2023

HBMT3303_V2

PENGAJARAN MATEMATIK MENENGAH RENDAH BAHAGIAN I

NO. MATRIKULASI : 960429125366001


NO. KAD PENGENALAN : 960429125366
NO. TELEFON : 010-954 6863
E-MEL : momoyhermeni15@oum.edu.my

PUSAT PEMBELAJARAN : KOTA KINABALU


HBMT3303_V2

ISI KANDUNGAN

BIL ISI KANDUNGAN MUKA SURAT


BAHAGIAN 1
1 PENGENALAN 2-3

2 TIGA CABARAN YANG BIASA DIHADAPI OLEH 3-5


GURU MATEMATIK MENENGAH RENDAH SEMASA
MENGAJAR PECAHAN

3 CADANGAN AKTIVITI-AKTIVITI PENGAJARAN 5 - 10

4 KAD TUGAS 10 - 12

5 KESIMPULAN 12 - 13

6 RUJUKAN 13 - 14

7 BAHAGIAN 2 14 - 16

1
HBMT3303_V2

BAHAGIAN 1

1.0 PENGENALAN
Matematik bukan sekadar nombor. Matematik adalah satu cabang ilmu yang dapat
membantu proses pengembangan berfikir secara pantas. Selain itu, ilmu ini juga
merupakan asas dalam perkembangan untuk berfikir secara sistematik, menggunakan
angka, membuat perhitungan, mengenal pasti hubung kait di antara sebab dan akibat serta
membantu dalam membuat keputusan berdasarkan analisa yang tepat dan logik.
Matematik amat diperlukan dalam kehidupan seharian terutamanya dalam menghadapi
kemajuan teknologi terkini sehinggakan matematik dilihat perlu dipelajari oleh semua
golongan manusia. Pendidikan abad ke-21 menuntut guru supaya sentiasa meningkatkan
kemahiran secara menyeluruh untuk menghadapu era globalisasi yang semakin maju.
Guru memiliki peranan dan tanggungjawab yang sangat penting bagi menjayakan
pencapaian pelajar dalam tahap yang cemerlang. Bagi memenuhi tanggungjawab tersebut
guru perlu sentiasa bersiap sedia dan melengkapkan diri dengan pelbagai kemahiran dan
kecekapan, sebagai contoh melakukan penambahbaikan terhadap kaedah pengajaran di
dalam bilik darjah, menguasai teknologi pendidikan, membina suasana pengajaran dan
pembelajaran yang harmonis, serta membentuk hubungan antara guru dan pelajar secara
mesra. Bagi menjayakan hal tersebut, guru mesti memiliki keyakinan diri, kerana dapat
meningkatkan keberhasilan pelajar dalam bilik darjah.

Konsep pecahan adalah antara konsep matematik yang sukar bagi kebanyakan pelajar
tidak kira samada di peringkat sekolah rendah atau peringkat pendidikan yang lebih
tinggi. Behr, et al. (1992), Streefland, (1993) dan Empson,(1999) menegaskan apabila
konsep pecahan itu diperkenalkan, amat penting pelajar diberi peluang untuk membina
pemahaman konsep pecahan ini dengan lebih bermakna. Tanpa pemahaman konsep yang
kukuh, pelajar menghadapi masalah dalam menentukan prosedur yang diambil dalam
menyelesaikan sesuatu masalah matematik dan sesuatu idea atau pengetahuan itu pula
mudah dilupakan. Pelajar mempunyai pelbagai pengetahuan sedia ada yang boleh
digunakan dalam pembinaan konsep seterusnya (Pirie, 1994). Oleh itu, pendidik perlu
mengetahui bagaimana pelajar ini berfikir supaya persediaan awal boleh dibuat bagi
membantu pelajar membentuk pemahaman konsep yang betul dan jelas. Tanpa bantuan
guru, kemungkinan pelajar akan membuat sesuatu keputusan atau andaian yang tidak

2
HBMT3303_V2
tepat dan yang akan menjadi penghalang dalam pembelajaran konsep matematik.
Kesedaran guru tentang pengetahuan sedia ada ini juga dapat membantu guru mengatur
penyediaan perancangan pelajaran, alat bantuan mengajar, penilaian, diagnosis dan
pemulihan. Persediaan awal ini dapat membantu pelajar menguasai pemahaman konsep
pecahan dengan lebih mantap

2.0 TIGA CABARAN YANG BIASA DIHADAPI OLEH GURU MATEMATIK


MENENGAH RENDAH SEMASA MENGAJAR PECAHAN
Menurut Kamus Dewan Edisi Keempat (2007) cabaran didefinisikan sebagai hasil
mencabar iaitu mempersoalkan dan mempertikaikan sesuatu unsur yang mencabar serta
menguji kemampuan dan ketabahan seseorang atau sesuatu organisasi. Oleh itu, secara
lateralnya cabaran membawa maksud sesuatu hal atau perkara yang menguji kemampuan
serta ketabahan seseorang yang ada kaitannya dengan sesebuah organisasi. Dalam
konteks perguruan,profesion menjadi seorang guru perlu menyahut cabaran untuk melihat
keupayaan seorang guru dalam melaksanakan tugasannya bukan sahaja dalam bilik darjah
namun di sekolah secara amnya.

Cabaran yang pertama yang biasa dihadapi oleh guru matematik menengah rendah
semasa mengajar pecahan ialah miskonsepsi pecahan dalam kalangan para pelajar. Setiap
pelajar mempunyai latar belakang yang berbeza termasuk latar belakang
keluarga yang dan pergaulan yang tersendiri. Proses belajar seseorang bermula sejak
seseorang itu berinteraksi dengan alam melalui pengalaman. Jadi setiap orang
mempunyai konsep awal tentang sesuatu ilmu yang dipelajari. Justeru itu, guru
berdepan dengan pelbagai pelajar yang membawa ilmu dan pengalaman dari luar
yang bercanggah dengan apa yang diajar oleh guru di dalam kelas. Sekiranya ilmu
yang bercanggah ini tidak dibetulkan, maka berlaku miskonsepsi dalam kalangan
pelajar. Ramai pelajar tidak dapat menyelesaikan masalah kerana penguasaan konsep
yang lemah atau berlakunya miskonsepsi. Miskonsepsi juga boleh berlaku apabila
pelajar cenderung menyelesaikan masalah Matematik dengan cara menghafal
prosedur dan operasi Matematik. Ini semua berkait dengan tahap pengetahuan guru
seperti pengetahuan konsep dan prosedur Matematik yang diajari pada murid dan
seterusnya memindahkan pengetahuan guru ini kepada murid. Walaupun guru dapat
mengajar dengan baik dan fasih dalam Bahasa Inggeris termasuk
mempelbagaikan kaedah pengajaran bagi menarik perhatian pelajar, namun ini masih

3
HBMT3303_V2
belum dapat memastikan pemahaman konsep dalam kalangan pelajar. Ini disebabkan
perkara asas yang perlu difikirkan oleh guru ialah mengukuhkan konsep Matematik
di dalam kelas dan menyemak miskonsepsi pelajar di sepanjang pembelajaran
mereka.

Cabaran yang seterusnya ialah operasi bentuk pecahan yang berbeza dengan bentuk
nombor bulat. Pelajar sering kali menggangap operasi tambah, tolak, darab dan bahagi
pecahan diselesaikan sama seperti nombor bulat. Masalah yang sering timbul dalam
memahami maksud pecahan seperti mengetahui peranan perangka dan penyebut yang
akan mengakibatkan kesalahan pengiraan. Tambah dan tolak pecahan tidak boleh dibuat
terus seperti nombor bulat. (Contoh nya . 3/4 + 2/7 = 5/11) . Langkah pengiraan tersebut
adalah salah. Walaubagaimanapun mendarab pecahan boleh dibuat secara terus. Situasi
ini sering menimbulkan kekeliruan kepada murid-murid dan menganggap semua operasi
menjalani proses yang sama . Guru harus memberikan contoh yang sesuai untuk
membezakan cara penyelesaian di antara operasi asas pecahan untuk mnegukuhkan
murid-murid. Penggunaan bahan bantu mengajar konkrit akan memudahkan penyampaian
pengajaran kepada murid-murid untuk menerangkan tentang konsep pecahan. Apabila
melibatkan penambahan dan penolakan yang melibatkan dua penyebut yang berbeza,
fokus beralih kepada kepada konsep pecahan di mana dua bahagian yang hendak
ditambah adalah tidak sama saiz. Penambahan dan penolakan adalah konsep yang agak
mudah tetapi kebanyakan murid sukar menguasai konsep penambahan dan penolakan
pecahan. Konsep pendaraban pecahan mewakili cabaran bilangan nombor dimana
pengiraan pendaraban pengangka dan kemudiananya pendaraban penyebut adalah secara
langsung .Bahagi pula adalah salah satu cara di mana terdapat dalam situasi yang sama
atau substraktif. Apabila membahagikan pecahan, adalah baik menggunakan situasi
pembahagian jika bahagi dengan menggunakan nombor bulat.Manakala, situasi
subtsraktif boleh digunakan apabila membahagi pecahan dengan pecahan
wajar.Walaupun terdapat beberapa cara untuk menggambarkan pembahagian pecahan
yang melibatkan pendaraban, terdapat satu kaedah yang telah dicadangkan di sini adalah
salah satu induksi. Set induksi dimulakan dalam persembahan pelbagai bentuk yang
konkrit, kemudian diterus dengan refleksi pembahagian dan pengenalan corak
pembahagian. Justeru itu, murid-murid diharap dapat meningkatkan kefahaman mereka
dalam konsep pembahagian pecahan yang dipelajari

4
HBMT3303_V2
Cabaran yang terakhir ialah pelajar tidak dapat membezakan pecahan wajar dan
pecahan tidak wajar. Pecahan wajar mempunyai pengangkanya lebih kecil daripada
penyebut manakala bagi pecahan tidak wajar pengangkanya lebih besar daripada
penyebut. Para pelajar tidak dapat membezakan di antara pecahan wajar dan tidak wajar
kerana mereka tidak mampu untuk mengenalpasti yang mana satu pecahan wajar atau
tidak wajar. Pecahan wajar adalah subset dalam kumpulan nombor besar iaitu nombor
nisbah. Nombor nisbah wujud salam pelbagai bentuk seperti pecahan, perpuluhan, peratus
dan nisbah. Di sekolah rendah , pembelajaran pecahan biasanya bermula dengan
pengenalan kepada makna pecahan, model pecahan, penambahan dan penolakan,
pendaraban dan pembahagian pecahan serta pecahan setara. Terdapat beberapa model
yang berbeza yang digunakan untuk mengelaskan dan mewakili pecahan. Contohnya,
pecahan boleh di kategorikan sebagai kawasan, pengukuran atau set-set model.

3.0 CADANGAN AKTIVITI-AKTIVITI PENGAJARAN


RANCANGAN PENGAJARAN HARIAN MATEMATIK TAHUN 5
Nama guru Hermeni Binti Asli
Kelas/bilangan Tahun 5 Cekal (24 orang)
Topik Pecahan (pecahan wajar dan pecahan tak wajar)
Tarikh / Masa 18 Januari 2023 / 9.20 pagi – 10.20 pagi
Tempoh pelaksanaan 1 jam
Pengetahuan sedia ada Murid sudah mempelajari dan mengetahui pecahan wajar dan
pecahan tak wajar. Guru boleh menggunakan pengalaman
murid-murid untuk menguasai konsep pecahan setara.
Objektif pembelajaran Menyatakan pecahan setara bagi pecahan wajar
Hasil pembelajaran Pada akhir pembelajaran, murid dapat ;
a. Memahami konsep pecahan setara.
b. Membezakan pecahan wajar dan pecahan tak wajar.
c. Mengenalpasti pecahan setara bagi pecahan wajar.
Alat bantu mengajar Video pecahan wajar dan pecahan tidak wajar, kertas mahjong,
pen penanda dan kad nombor

Langkah / Isi Pelajaran Aktiviti pembelajaran dan Alat bantu


masa pengajaran mengajar
Set induksi 1. Murid 1. Guru memainkan -Video

5
HBMT3303_V2
menyanyikan perakam video pecahan. pecahan wajar
(8 minit) lagu. 2. Guru menyuruh beberapa dan pecahan
2. Murid orang murid ke hadapan tidak wajar
menyusun kad kelas untuk menyusun -kad nombor
pecahan. semula kad-kad nombor
Kad pecahan : secara menaik atau
4/6, 1/6, 5/6, menurun.
2/6, 3/8, 4/9,
1/8, 8/8, 5/8,
9/9, 6/9, 7/9

Perkembanga 1. Murid- murid 1. Guru membahagikan -kertas


n melorekkan papan putih kepada tiga mahjong
Langkah 1 pecahan. ruangan dan melekatkan -pen penanda
(15 minit) gambarajah dan murid- yang berwarna
murid lain diberikan
kertas mahjong untuk
mencuba sendiri.
2. Guru meminta murid
melorekkan gambarajah
yang telah dilekatkan di
papan putih mengikut
pecahan wajar yang
diberikan supaya murid
dapat mengingati semula
pecahan wajar yang telah
dipelajari dan dapat
membezakan dengan
pecahan tidak wajar yang
akan dipelajari nanti
3. Murid melorekkan
mengikut pecahan yang
diberikan oleh guru.

6
HBMT3303_V2
Contoh : lorekkan 2/4
Perbincangan 1. Murid 1. Guru membimbing -kad nombor
Langkah 2 menambah murid menukarkan
(15 minit) pecahan yang pecahan yang tidak
penyebutnya senilai dengan bahan
tidak senilai. bantu mengajar yang
Contohnya : telah disediakan.
½+½ 2. Guru mengkehendaki
murid menyelesaikan
masalah yang diberikan
tanpa menggunakan
bahan mengajar yang
disediakan pada
mulanya.
3. Murid mengenal pasti
bahawa penyebutnya
tidak senilai.
4. Murid menyelesaikan
masalah dengan
menggunakan bahan
bantu mengajar yang
disediakan.
Pengukuhan 1. Guru 1. Murid dibahagikan -kad nombor
Langkah 3 menerangkan kepada lima kumpulan.
(15 minit) maksud Setiap kumpulan
‘keseluruhan’, diberikan bahan bantu
‘perdua’, mengajar yang
‘pertiga’, disediakan oleh guru.
‘perempat’ dan 2. Guru menyebut ‘perdua’.
seterusnya 3. Guru menyuruh murid-
murid memilih kad
pecahan yang sesuai
untuk membentuk

7
HBMT3303_V2
‘perdua’ dengan
menggunakan bahan
yang diberikan.
4. Secara kolaborasi murid
mendapatkan jawapan,
wakil kumpulan
menjawab dan
menunjukkan jawapan
dengan menggunakan
bahan pecahan yang
diberiakan tadi kepada
guru-guru dan rakan.
Penutup 1. Guru membuat 1. Guru bersama-sama
Langkah 3 rumusan. murid membuat rumusan
(7 minit) tentang :
- pecahan wajar dan
pecahan tidak wajar,
- menambah pecahan yang
penyebunya tidak senilai.
- maksud keseluruhan’,
‘perdua’, ‘pertiga’,
‘perempat’ dan
seterusnya
2. guru memberikan latihan
dan pelajar
mempraktiskannya

RANCANGAN PENGAJARAN HARIAN MATEMATIK TAHUN 5


Nama guru Hermeni Binti Asli
Kelas/bilangan Tahun 5 Ceria / 24 orang
Topik Pecahan (penambahan pecahan)
Tarikh / Masa 02 Februari 2023 / 9.20 pagi – 10.20 pagi (1 jam)

8
HBMT3303_V2
Alat bantu mengajar kertas warna A4, pen penanda, kek dan lembaran kerja
Objektif pembelajaran Pada akhir pembelajaran,murid berupaya untuk :-
a) Menambah hingga tiga nombor melibatkan nombor
bulat, pecahan wajar dan nombor bercampur yang
penyebutnya hingga 10

Langkah / masa Isi Pelajaran Alat bantu


mengajar
Set induksi 1. Guru meminta murid yang lahir pada bulan 1. kek
(5 minit) April untuk tampil ke hadapan.
2. Guru meminta murid lain menyanyikan
lagu selamat hari lahir kepada murid
tersebut.
3. Murid memotong kek kepada lapan
bahagian.
4. Guru meminta dua orang murid makan
kek.
5. Guru meminta murid menyatakan jumlah
kek yang telah dimakan.
Langkah 1 1. Guru menerangkan langkah pengiraan.
Pecahan sama 1/4 + 1/4 = 2/4 = 1/2
penyebut
(5 minit)
Langkah 2 1. Guru menerangkan langkah untuk 1. Kad
Pecahan menyelesaikan menggunakan gambarajah. nombor
penyebut 1/4 + 1/2 = 1 /4 + 2/4 = 3/4
berbeza 1/3 + 1/6 = 2/6 + 1/6 = 3/6 = 1/2
(15 minit) 2. Guru menerangkan untuk mencari gandaan
sepunya terkecil.
1×2 3×3
+ =
6×2 4×3
2 9
+ =
12 12

9
HBMT3303_V2
11
12 #

Aktiviti 1. Guru mengagihkan murid kepada enam 1. Kad


berkumpulan kumpulan. nombor
15 minit 2. Setiap kumpulan diberikan kad-kad yang 2. Kertas
mempunyai pecahan. berwarna
3. Murid perlu memilih dua kad dan mencari A4
jumlah bagi dua pecahan tersebut. 3. Pen
4. Murid mengaplikasikan langkah-langkah penanda
yang telah guru terangkan.
5. Guru membincangkan hasil kerja setiap
kumpulan.
Penilaian 1. Guru mengedarkan lembaran kerja. 1. Lembaran
(5 minit) 2. Murid menyelesaikan soalan. kerja
3. Guru membincangkan jawapan bersama
murid.
Penutup 1. Guru menyoal secara rawak berkaitan
(5 minit) pembelajaran hari ini.

4.0 KAD TUGAS

10
HBMT3303_V2
Soalan :
a) Nyatakan definisi pecahan wajar ?
b) Dapatkan pelajar menyatakan susunan pecahan wajar secara menaik atau menurun?
c) Dapatkah pelajar menggunakan operasi asas dalam penyelesaian pecahan wajar?
d) Mampukah pelajar dapat membuat perbandingan jikalau penyebut tidak sama nilai?

Soalan :
a) Apakah pelajar dapat mengenalpasti pecahan tak wajar?
b) Bezakan pecahan wajar dan pecahan tak wajar?
c) Tunjukkan bagaimana hendak menukar pecahan tak wajar kepada nombor campur?
d) Bagaimana pelajar menggunakan operasi asas dalam penyelesaian pecahan tak wajar?

11
HBMT3303_V2

Soalan :
a) Tunjukkan cara melorek setengah daripada bentuk tersebut?
b) Apakah pelajar mampu melorek jumlah yang tepat yang diberikan oleh guru?
c) Nyatakan jumlah pecahan di atas?
d) Bandingkan jumlah bentuk tiga segi dan empat segi tepat?

5.0 KESIMPULAN
Matematik merupakan instrumen yang sesuai digunakan untuk mengembangkan
profisiensi intelektual individu. Antara aspek yang perlu dikembangkan ialah penaakulan
logik, visualisasi ruang, analisis dan pemikiran abstrak pelajar. Perkara ini dapat
dilakukan apabila mereka mempelajari kemahiran numerasi, menaakul, berfikir dan
menyelesaikan masalah melalui pembelajaran matematik. Terdapat pelbagai topik
matematik yang dipelajari oleh pelajar dari tahun satu hingga tahun enam. Topik-topik ini
menjadi asas kepada perkembangan matematik mereka pada masa hadapan. Antara topik
yang dipelajari oleh mereka ialah nombor dan operasi, sukatan dan geometri, perkaitan
dan algebra,statistik dan algebra. Di dalam topik-topik tersebut, terdapat subtopik yang
lebih kecil. Sebagai contoh topik nombor dan operasi mengandungi subtopik yang lebih
kecil seperti nombor bulat, pecahan, perpuluhan, peratus dan wang. Oleh itu, kajian ini
hanya memberi fokus kepada subtopik pecahan sahaja. Pecahan telah dilihat sebagai
suatu nombor yang memiliki sifat yang unik berbanding dengan nombor bulat yang
pernah dipelajari oleh pelajar sebelum itu. Keunikan sifatnya telah menyebabkan ia nya
sukar difahami. Topik ini sering berlaku miskonsep seperti mana yang dijelaskan oleh

12
HBMT3303_V2
Zakiah Salleh, Norhapidah Mohd Saad, Mohamad Nizam Arshad, Hazaka Yunus, dan
Effandi Zakaria (2013). Menurut mereka, terdapat empat perkara yang sering dilakukan
oleh pelajar semasa menjawab soalan operasi penambahan dan penolakan pecahan iaitu
kesilapan sistematik, kesilapan rawak, kesilapan kecuaian dan tidak tahu menjawab
soalan pecahan. Apabila diselidiki punca utama kesilapan mereka adalah kurang
kefahaman terhadap proses yang terlibat, kesukaran dalam menurunkan pecahan,
kesukaran menukarkan pecahan kepada penyebut yang sama, kesilapan dalam pengiraan,
kesukaran menukar pecahan tidak wajar kepada nombor bercampur dan menggunakan
proses yang salah.

6.0 RUJUKAN
Buku

Yoon Fah, L., Chwee Hoon, K., & Leong Suk yee, A . Koleksi Model Pengajaran Inkuiri

STEM Matematik Tahun 4 & 5, Sekolah Rendah . Sabah, Malaysia : Universiti Malaysia

Sabah Press.

Internet

Fiezza , G. (11 Disember 2011). Pecahan Setara.

Dimuat turun daripada http://cikgu-fieza.blogspot.com/2011/. (26 Januari 2023)

Fiezza, G. (4 Oktober 2011). Perbezaan di antara pecahan wajar, pecahan tidak wajar

dan pecahan bercampur.

Dimuat turun daripada http://cikgu-fieza.blogspot.com/2011/11/perbezaan-di-antara-

pecahan-wajar.html (15 Februari 2023)

GB. (27 Disember 2018. )RPH Matematik Tahun 5 Lengkap

Dimuat turun daripada https://gurubesar.my/rph-matematik-tahun-5/. (02 Februari

2023)

13
HBMT3303_V2
Mohdsanusi .(30 Januari 2021) . Pecahan Wajar, Tak Wajar Dan Nombor Bercampur.

Dimuat turun daripada https://www.scribd.com/document/492645259/PECAHAN-

WAJAR-TAK-WAJAR-DAN-NOMBOR-BERCAMPUR#. (15 Februari 2023)

Wong Yick Yim, C. (15 November 2012). Teknik pengajaran dan pembelajaran

matematik tahap 2.

Dimuat turun daripada https://www.slideshare.net/cikguwongyickyim/teknik-

pengajaran-dan-pembelajaran-matematik-tahap-2 (16 Februari 2023)

BAHAGIAN 2

14
HBMT3303_V2

15
HBMT3303_V2

(2422 patah perkataan)

16

Anda mungkin juga menyukai