Anda di halaman 1dari 13

`

FAKULTI PENDIDIKAN DAN BAHASA

HBMT 3303_V2
TEACHING OF LOWER SECONDARY MATHEMATICS PART 1
JANUARY 2015
___________________________________________________________________

NAMA

: NURUL PAIZAH BINTI AHMAD

NO MATRIK

: 740101026124001

NO KAD PENGENALAN

:740101-02-6124

NO TELEFON

: 011-11167626

EMAIL

: nurulpaizah.ahmad74@gmail.com

NAMA TUTOR

: EN MOHD KHIRIL ANUAR BIN ZULKURNAIN

PUSAT PEMBELAJARAN : PERAK LEARNING CENTRE

BIL

ISI KANDUNGAN

MUKA

1.0
2.0
3.0
4.0

Pengenalan
Carian Literatur
Strategi Penyelesaian Masalah
Aktiviti Pengajaran Dan Pembelajaran Untuk

SURAT
3-4
4-6
6-7
89

5.0
6.0
7.0
8.0

Pecahan , Perpuluhan dan Peratus


Justifikasi
Kesimpulan
Rujukan
Lampiran

10
11
12
13 - 14

1.0 Pengenalan
Pada masa kini Pendidikan di Malaysia semakin berkembang ke arah
yang lebih mencabar. Pelbagai usaha dilakukan sama ada diperingkat sekolah mahupun
2

peringkat Kementeria Pendidikan dengan satu tujuan ingin melahirkan seorang pelajar
yang mempunyai jasmani , emosi , rohani dan intelek yang baik setanding dengan
negara barat. Penyelesaian masalah dalam Matematik perlu dikuasai murid agar dapat
digunakan dalam kehidupan seharian.
Justeru itu Kurikulum Pendidikan Sains dan Matematik telah digubal selaras
dengan usaha dan hasrat Kementerian Pelajaran Malaysia untuk merealisasikan misi
dan wawasan negara. Kurikulum yang digubal ini diharapkan akan dapat menyediakan
modal insan yang boleh menyumbang kepada pembangunan dan kemajuan diri,
keluarga, masyarakat dan negara yang komprehensif merangkumi bidang pendidikan,
ekonomi, sosial dan moral serta berintegriti, bersatu padu, demokratik, liberal dan
dinamik. Malah mampu melahirkan modal insan yang mampu bersaing diperingkat
global.
Guru

Besar,

dipertanggungjawabkan

Pengetua

serta

guru

Sains

dan

Matematik

telah

untuk mempertingkatkan kualiti pendidikan Sains dan

Matematik di peringkat sekolah. Maka seharusnyalah , mereka mempunyai

ilmu

pengetahuan yang tinggi ,menguasai setiap kemahiran yang hendak di ajar , peka
terhadap perkembangan terbaru di dalam Pendidikan Sains dan Matematik serta mahir
dengan tugas menghasilkan pengajaran Sains dan Matematik yang berkualiti tinggi.
Matematik merupakan satu mata pelajaran istimewa kerana ia adalah suatu
mata pelajaran yang berkisar tentang kehidupan dan sentiasa digunakan dalam
kehidupan seharian. Tanpa penguasaan dikalangan para pelajar sudah pasti ia akan
menyusahkan kehidupan mereka. Sebagai contoh jika sekiranya seorang peniaga tidak
menguasai kemahiran empat operasi seperti tambah , tolak , darab dan bahagi
bagaimana urusan perniagaannya dapat dijalankan.
Pecahan , perpuluhan dan peratus merupakan sebahagian daripada tajuk
yang di ajar di sekolah rendah dan bersambung di sekolah menengah. Walaupun tajuk
ini terdapat di dalam sukatan diperingkat rendah namum masih terdapat para pelajar
yang tidak menguasainya. Maka tugasan pada kali ini memerlukan saya untuk mencari
artikel artikel bagi mengenal pasti dua masalah utama dalam pengajaran dan
pembelajaran bagi pecahan , perpuluhan dan peratusan bagi Matematik Menengah
3

Rendah . Setelah mengenalpasti masalah , saya dikehendaki mencadangkan dua strategi


penyelesaian yang boleh digunakan untuk mengatasi masalah tersebut. Dalam kita
menghadapi masalah pasti ada jalan penyelesaiannya. Satu aktiviti pengajaran perlu
dirancang untuk kelas berpencapaian rendah untuk mengajar penyelesaian masalah yang
melibatkan pecahan , perpuluhan dan peratusan.
Sejarah Matematik menyatakan pecahan berasal daripada perkataan Latin ,
frangere yang membawa maksud pecah. Brahmagupta , ahli Matematik India telah
mengikuti cara penulisan pecahan iaitu pengangka di tulis dibahagian atas dan penyebut
di tulis di bahagian bawah , pada kurun ke 7 . Walaubagaimana pun orang Arab telah
menyempurnakan tulisan ini dengan meletakkan satu garisan ( - ) di antara dua angka.
Manakala peratus pula berasal daripada perkataan Latin per centum yang
bermaksud per seratus . Simbol % berasal daripada perkataan Itali P Cento. Pada

mulanya , simbol ini ditulis 100 kemudian 1oo dan

0
0

. Akhirnya pada abad ke 17

ditulis sebagai 0/0 atau %.

2.0 Carian Literatur / Artikel


2.1

http://www.scribd.com/doc/36511033/Kajian-Punca-Tidak-Kuasai-Pecahan-

2#scribd
Berdasarkan artikel yang diperolehi melalui kajian yang dilakukan oleh
Anidah Abdul Rahman yang bertajuk Kajian Punca Tidak Kuasai Pecahan ini didapati
bahawa punca mengapa pelajar tidak menguasai adalah kerana istilah istilah penting
dalam pecahan seperti Pecahan Wajar , Pecahan Tak Wajar , Nombor Bercampur dan
Pecahan Terendah akan menjadi sesuatu yang asing apabila bertukar ke topik yang baru.
Masalah ini berlarutan walaupun topik pecahan telah diajar sejak dari Tahun Tiga
(sekolah rendah). Berdasarkan pengalaman pengkaji , beliau mendapati bahawa apabila
para pelajar tidak menguasai konsep pecahan dan sudah tentu akan menjejaskan tajuk
perpuluhan dan peratus kerana ketiga-tiga topik ini saling berkait di antara satu sama

lain.Beliau juga terpaksa menerangkan semula tentang tajuk pecahan apabila mengajar
tajuk peratus dan perpuluhan.
2.2 http://studentsrepo.um.edu.my/1497/4/BAB_1.pdf
Berdasarkan artikel ini masalah utama para pelajar untuk menguasai tajuk
pecahan , perpuluhan dan peratus adalah kerana gagal mengusai kemahiran yang
diperlukan dalam proses penyelesaian masalah. Ini adalah kerana kemahiran memproses
sesuatu masalah

terdiri daripada empat perkara iaitu membaca masalah ,

menentukankan langkah pengiraan ,melaksanakan pengiraan dan mengintergrasikan


semua kemahiran tadi untuk memyelesaikan masalah.
Menurut Greeno (1978) para pendidik Matematik di sekolah rendah dan
menengah memberi penekanan kepada dua kompenan ilmu sahaja iaitu pengetahuan
fakta dan pengetahuan algoritma .Mereka tidak memberi penekanan kepada penguasaan
proses penyelesaian masalah. Akibatnya kebanyakan murid gagal untuk menguasai
kemahiran penyelesaian masalah.
2.3 http://apjee.usm.my/JPP_12_1993/Jilid%2012%20Artikel%2002.pdf
Berdasarkan kajian yang dijalankan oleh Aida Suraya bt Hj Md Yunus ,
Sharifah bt Mohd Nor dan Habsah Ismail mendapati bahawa masalah berkaitan
perpuluhan ialah kekurangan pengetahuan konseptual yang diperlukan. Keadaan ini
adalah merujuk kepada kebolehan murid untuk membuat perkaitan antara maklumat
yang diperolehi . Akibat kekurangan ini maka para pelajar memilih untuk menghafal
petua dan prosedur berkaitan nombor perpuluhan.
Manakala bagi pecahan pula masalah yang dihadapi oleh pelajar ialah
peahan dan operasi ke atas pecahan merupakan tajuk yang sukar diperolehi. Antara
kesukaran yang dihadapi oleh pelajar ialah menyatakan pecahan tak wajar dalam bentuk
perpuluhan dan sebaliknya. Kesilapan umum yang dihadapi oleh pelajar ialah kesukaran
dalam meringkaskan pecahan , kekurangan kefahaman tentang operasi yang digunakan
dan kesilapan dalam pengiraan.
5

3.0 Dua Strategi Pengajaran


Apabila dilihat kepada kajian yang lepas mengenai permasalahan yang
timbul apabila pelajar tidak mengusai tajuk yang diajar , guru seharusnya mencari
pendekatan yang boleh digunakan bagi membantu para pelajar menguasainya dan boleh
diaplikasikan dalam apa jua tajuk baru yang akan dipelajari . Justeru itu salah satu
stategi pembelajaran yang boleh digunakan ialah pembelajaran masteri. Pembelajaran
Masteri merupakan suatu pendekatan pengajaran dan pembelajaran bagi memastikan
semua murid menguasai hasil pembelajaran yang diharapkan dalam suatu unit
pembelajaran

sebelum

berpindah

ke

unit

pembelajaran

Walaubagaimanapun pendekatan pemebelajaran masteri

yang

seterusnya.

ini memerlukan proses

pengajaran dan pembelajaran yang terancang dan berkualiti serta memberi fokus kepada
masa pembelajaran yang diperlukan. Jadi apabila pelajar dapat menguasai topik pecahan
maka sudah tentu apabila berubah kepada tajuk perpuluhan dan peratus akan menjadi
mudah .
Di dalam pembelajaran masteri pelajar yang sudah menguasai kemahiran
yang di ajar akan diberikan pengayaan manakala pelajar yang belum menguasai akan
diberikan pemulihan . Pendekatan pembelajaran masteri membolehkan pelajar master
dalam semua topik yang diajar . Para pelajar harus menguasai 80 % aras masteri yang
telah ditetapkan sebelum berpindah kepada topik yang baru. Jadi secara tidak langsung
strstegi pembelajaran masteri akan membantu para pelajar menguasai topik yang diajar
peringket demi peringkat. Kita sedar bahawa kelemahan murid mengusai adalah kerana
guru terpaksa mengajar untuk menghabiskan sukatan tanpa memikirkan masalah yang
akan timbul sekiranya para pelajar tidak menguasai setiap topik . Ini adalah kerana
setiap topik saling ada kaitan di antara satu sama lain.
Menurut Bloom (1968). Pembelajaran masteri merupakan pendekatan
pengajaran dan pembelajaran yang berfokuskan penguasaan murid dalam sesuatu
perkara yang diajar. Manakala menurut falsafah Bloom menyatakan bahawa semua atau
hampir semua murid boleh menguasai sesuatu pengetahuan atau kemahiran dengan baik

dan penuh keyakinan sekiranya keadaan yang sesuai serta masa yang mencukupi
disediakan untuk murid itu menguasai pembelajarannya.
Strategi pengajaran yang kedua bagi memastikan masalah penguasaan
dalam pengajaran dan pembelajaran bagi topik pecahan , perpuluhan dan peratusan ialah
dengan menggunakan teknik menjawab soalan penyelesaian masalah dengan
menggunakan model polya. Pendekatan model polya merupakan salah satu cara bagi
memudahkan para pelajar memahami dan seterusnya menjawab soalan terutamanya
melibatkan soalan penyelesaian masalah.
Terdapat empat peringkat dalam pendekatan model polya iaitu
memahami dan mentafsir , merancang strategi penyelesaian , melaksanakan strategi dan
menyemak semula penyelesaian . Keempat empat peringkat ini akan membantu
pelajar menyelesaikan soalan yang melibatkan penyelesaian masalah . Pelajar sering
gagal dalam menyelesaikan masalah kerana tidak memahami soalan . Justeru itu guru
digalakkan bersoal jawab dengan murid untuk memahami masalah yang terdapat di
dalam soalan . Antara soalan yang boleh ditanya ialah Adakah kamu memahami
maksud soalan tersebut . Apabila murid mula mengeluarkan pendapat seharusnya guru
membantu bagi menyelesaikan pemahaman murid.
Peringkat yang kedua iaitu merancang strategi penyelesaian , terdapat
pelbagai aktiviti sama ada dalam bentuk gambar rajah terutamanya melibatkan
pecahan , perpuluhan dan peratusan . Ini akan memudahkan pemahaman murid. Setelah
murid mengetahui strategi dan operasi yang terlibat barulah boleh dilaksanakan operasi
tersebut. Dan bagi memastikan penyelesaian masalah itu betul dan tepat , para pelajar
digalakkan menyemak semula penyelesaian yang telah dilaksanakan
Diharap kedua-dua strategi iaitu pembelajaran masteri dan model polya
ini akan dapat membantu para pelajar saya untuk mengatasi masalah dalam
pembelajaran bagi tajuk pecahan , perpuluhan dan peratusan. Strategi ini juga amat
sesuai untuk semua guru-guru di luar sana untuk diaplikasikan kepada semua pelajar
dan seterusnya meningkatkan kemahiran para pelajar.

4.0 Aktitivi Pengajaran


a) Aktiviti Pengajaran dan Pembelajaran
Topik

: Pecahan , Perpuluhan dan peratusan

Bidang

: Melakukan pengiraan dan menyelesaikan masalah


melibatkan pecahan , perpuluhan dan peratusan .

Tajuk

: Pengiraan dan masalah yang melibatkan pecahan ,


Perpuluhan dan peratusan
: Di akhir pengajaran dan pembelajaran murid dapat
(v) Menyelesaikan masalah melibatkan pecahan , perpuluhan
dan peratusan

Objektif

Pengetahuan Sedia Ada Murid : Murid telah belajar tajuk pecahan dan perpuluhan.
Pengiraan peratusan akan melibatkan tajuk pecahan dan perpuluhan
Bahan bahan

: Slaid Power Point , lembaran kerja , LCD pojektor , speaker ,

Komputer ( Laptop ) , barangan terpakai , kad manila , gunting , gam , pen marker.
Aktiviti Pengajaran dan Pembelajaran
Langkah 1
-

Guru memulakan aktiviti pengajaran dengan menayangkan video yang melibatkan


menyelesaikan masalah yang melibatkan peratusan
https://www.youtube.com/watch?v=m7scuPlocx4

Langkah 2
-

Dengan menggunakan slaid power point guru menunjukkan peringkat dalam model
polya bagi menyelesaikan soalan yang melibatkan penyelesaian masalah.
Langkah 3

Bahagikan para pelajar kepada 5 kumpulan


2 kumpulan akan menjadi penjual dan 3 kumpulan lagi menjadi pembeli
Kumpulan yang menjadi .penjual hendaklah membawa barangan terpakai untuk dijual

kepada rakan- rakan


Barangan tersebut hendaklah dijual dengan diberi diskaun

Kumpulan Penjual
-

Akan membuka kedai jualan dan menjual barangan terpakai


Ahli kumpulan hendaklah meletakkan tanda harga dan diskaun yang diberikan
Ahli kumpulan mestilah meletakkan kad diskaun yang ditulis dengan nilai nombor bulat
, pecahan serta nombor perpuluhan.

Contoh kad yang diletakkan pada barangan yang dijual ialah

3
4

daripada

35.5 % daripada
harga RM 50

0.5 daripada
harga RM 70

harga RM 72
Kumpulan pembeli
-

Akan dibekalkan dengan kertas majung dan pen marker dan wang tunai sebanyak
RM 200 ( Wang contoh )
Tugas kumpulan pembeli ialah dengan membeli seberapa banyak barangan yang dijual

oleh penjual dengan wang yang diberikan


Setiap kali pembelian hendaklah ditunjukkan jalan pengiraan di atas kertas majung
Kumpulan yang dapat membeli barang dengan banyak dan berjaya menghabiskan wang
dikira sebagai pemenang.

Langkah 4
-

Pelajar mempamerkan hasil pengiraan di papan putih dihadapan kelas.


Guru menyemak jawapan pelajar

5.0 Justifikasi
Dalam merangka perancangan aktiviti pengajaran dan pembelajaran yang
berkesan menarik serta mudah difahami seseorang guru perlu memilih pendekatan yang
sesuai. Justeru itu pada pemulaan pengajaran saya telah memilih untuk menayang video
bagi topik ini untuk membantu murid memahami dengan lebih mendalam cara yang
sesuai untuk menjawab soalan yang dikemukakan .

Langkah yang seterusnya saya telah menggunakan pendekatan model polya


bagi membantu para pelajar memahami dan seterusnya menjawab soalan.
Langkah

seterusnya

saya

menayangkan

slaid

powerpoint

untuk

menerangkan fakta dan konsep yang berkaitan dalam penyelesaian masalah dalam
peratus. Saya menayang slaid satu persatu bagi memudahkan para pelajar memahami 4
proses dalam model polya dengan memberi pengalaman konkrit untuk memudahkan
pemahaman konsep bagi tajuk yang di ajar. Pada masa yang sama saya akan
membimbing dan merangsang murid dengan soalan-soalan yang bersesuaian. Pada
peringkat ini murid bersoal jawab dengan guru dan rakan sebaya. Beberapa orang murid
cuba menjawab soalan yang dikemukakan oleh guru.
Dalam aktiviti kumpulan dapat dilihat semua murid melibatkan diri
melaksanakan tugasan yang diberikan . Kerjasama dan sikap bertanggung jawab
dikalangan murid dapat menyelesaikan tugasan dalam tempoh yang ditetapkan. Apabila
aktiviti jual beli dijalankan saya dapati pelajar berasa seronok dan saling bekerjasama
dalam menentukan barangan yang hendak dibeli berdasarkan wang yang telah
dibekalkan. Pelajar sangat aktif dan berani mencuba serta saling bertanya untuk
menyelesaikan masalah.
Secara keseluruhannya pengajaran dan pembelajaran pada hari ini berjaya
mencapai objektif yang ditetapkan. Penggunaan model polya berjaya memudahkan
pemahaman pelajar . Penglibatan pelajar sangat aktif dalam semua aktiviti yang telah
dirancangkan. Penggunaan komputer , tayangan slaid power point dengan pemilihan
warna dan animasi yang dipilih dapat menarik perhatian murid. Aktiviti yang dirancang
juga berjaya dilaksanakan . Tingkah laku murid terkawal.

6.0 Kesimpulan
Sistem pendidikan masa kini sedang mengalami perubahan yang amat pesat
sekali demi masa depan anak-anak didik yang saling bersaing di antara satu sama lain.
Sekolah merupakan institusi pendidikan yang berupaya untuk melahirkan generasi bijak
pandai yang akan mencorak dan memimpin negara suatu hari nanti. Perancangan yang
dibuat oleh Kementerian Pelajaran dalam memastikan para pelajar berada dalam
kelompok yang sama dengan pelajar di luar negara perlu di jadikan pemangkin bagi
para guru meneroka kaedah pengajaran dan pembelajaran alaf baru. Pelbagai kaedah
10

baru telah diperkenalkan serta digunakan supaya pengajaran seorang guru menjadi lebih
berkesan dan pembelajaran murid lebih bermakna.
Pendidikan hari ini merupakan satu cabaran yang sangat hebat dan memerlukan
guru yang mempunyai daya kreativiti yang tinggi dalam melahirkan insan pelajar yang
berkebolehan dan mempunyai jati diri yang tinggi. Bersesuaian dengan Falsafah
Pendidikan Negara yang ingin memperkembangkan potensi individu secara menyeluruh
dan bersepadu untuk mewujudkan insan yang seimbang dan harmonis dari segi intelek,
rohani, emosi dan jasmani maka pelajar yang agak berpencapaian rendah tidak perlu
disisihkan dan dibiarkan tanpa bimbingan kerana mengejar pelajar yang pandai.Justeru itu
bertepatan dengan kehendak Falsafah Pendidikan Negara , pendidikan untuk semua
diberikan kepada pelajar .Ini adalah kerana mata pelajaran Matematik merupakan mata
pelajaran yang sememangnya ada disekeling kita dan dalam kehidupan seharian.Sebagai
seorang guru perlu memastikan pelajar sentiasa mempunyai hasrat untuk pembangunan diri
manusia secara menyeluruh dan seimbang supaya menjadi seorang insan, ahli keluarga dan
masyarakat dan warganegara yang berilmu, bertanggungjawab, berakhlak mulia, dan
berbakti.
7.0 Rujukan
Bahagian Pembangunan Kurikulum . ( 2011 ) . Spesifikasi kurikulum matematik
tingkatan 1. Putrajaya : Kementerian Pendidikan Malaysia
Chua.M.K , Teh.E.K , Ooi.S.H & Obaidillah Abdullah .( 2011 ) . Kurikulum bersepadu
sekolah menengah matematik tingkatan 1. Selangor. Penerbitan Pelangi Sdn Bhd
http://studentsrepo.um.edu.my/3524/3/Bab1.pdf
http://studentsrepo.um.edu.my/1497/4/BAB_1.pdf
http://www.fp.utm.my/ePusatSumber/pdffail/ptkghdfwP2/p_2011_10182_a9a8d3c6196
b4c6e9173c1993c281093.pdf
http://apjee.usm.my/JPP_12_1993/Jilid%2012%20Artikel%2002.pdf

11

8.0 Lampiran
Slaid powerpoint

12

13

Anda mungkin juga menyukai