Anda di halaman 1dari 19

d.

FAKULTI PENDIDIKAN DAN BAHASA


MEI 2015
HBEF2503
KAEDAH PENYELIDIKAN DALAM
PENDIDIKAN

Nama: MUHAMMAD HAMBALEE BIN ROSLEE


Nombor Matrik: 811008075015001
NRIC: 811008-07-5015
Telephone number: 019-4958598
E-mail address: ripdudezzz@hotmail.co.uk
Nama Pensyarah : MR MOK KAM FATT
Learning Centre: SEAMEO RECSAM LEARNING
CENTRE
1

SEKOLAH MENENGAH ISLAM AL-MASRIYAH


1267, JALAN ABDUL KADIR
14000 BUKIT MERTAJAM
PULAU PINANG

Nama Pengkaji

MUHAMMAD HAMBALEE BIN ROSLEE

Tajuk Kajian

MENINGKATKAN PENGUASAAN MURID DALAM MELAKUKAN OPERASI


PENDARABAN DUA DIGIT DENGAN DUA DIGIT YANG MELIBATKAN
PENGUMPULAN SEMULA DENGAN KAEDAH GARIS SILANG

REFLEKSI PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN YANG LALU


Pelajar tingkatan 1 Al-Maliki secara puratanya terdiri daripada pelajar yang sederhana
cemerlang, sederhana dan lemah dalam subjek Matematik. Kesukaran untuk mengenalpasti
kelemahan pelajar adalah satu faktor yang menyebabkan penambahbaikkan sukar dilaksanakan.
Kebanyakkan pelajar suka untuk tidak mendedahkan kelemahan mereka semasa di dalam kelas
kerana mereka mengambil sikap untuk mendiamkan diri dan tidak memiliki motivasi secara
intrisik untuk bertanya samada semasa mahupun selepas PdP dijalankan.Mereka juga lebih
cenderung untuk memberi respon yang lebih defensif agar mereka tidak dikritik mahupun
dimarahi, tidak seperti jika ia berlaku sebaliknya.Selain itu,.kelemahan ketara yang dapat saya
amati selama ini ialah mereka tidak mempunyai inisiatif untuk membuat latihan yang diberikan
secara pengukuhan yang berulang,malah mereka hanya menyiapkan kerja rumah yang diberikan
oleh saya sekadar hanya untuk elak diambil tindakan sekiranya mereka tidak menghabiskannya
dalam jangkamasa yang telah ditetapkan tanpa memikirkan penyelesaian soalan secara rasional.
Akhirnya,semua kelemahan tersebut dapat diterjemahkan di dalam ujian-ujian yang telah
dijalankan yang menjadi tanda pengukur aras kefahaman mereka selama ini..Selain itu,melalui
penyemakan buku latihan juga dapat memberikan gambaran jelas tentang kelemahan mereka
dalam menguasai sesuatu topik dalam subjek Matematik. Secara khususnya,salah satu sub topik
yang ingin saya tekankan disini melalui penelitian saya sepanjang tugas mengajar mereka ialah
proses mencari hasil darab bagi dua digit dengan dua digit yang lain yang mana ia merupakan
salah satu masalah yang dihadapi oleh pelajar dalam melakukan operasi tersebut..Masalah
sedemikian bukan saja berlaku di kelas saya,malah ia juga turut melibatkan kelas-kelas yang lain
yang mana kebanyakkan daripada mereka masih lemah secara keseluruhan dalam menguasai
kemahiran berikut..
Sebagai seorang guru matematik,melalui ujian diagnostik yang telah dijalankan sebelum
ini, saya dapati 20 pelajar daripada Tingkatan 1 Al-Maliki tidak dapat menjawab latihan yang
diberikan dengan betul terutama sekali soalan yang melibatkan pendaraban nombor dua digit
dengan dua digit yang melibatkan pengumpulan semula seperti mana yang saya sebutkan pada
awal pengenalan tadi.Setelah didesak beberapa kali tentang masalah penguasaan mereka dalam
melakukan operasi ini dengan bertanyakan kepada mereka tentang bahagian topik yang mereka
rasakan susah bagi mereka dalam menguasai topik tersebut, akhirnya kebanyakkan daripada
mereka memberikan respon yang sama bahawa mereka langsung tidak faham tentang apa yang

dipelajari dalam bab ini. Jawapan mereka yang saya terima ini memberikan saya satu tamparan
hebat sebagai seorang guru matematik. Disini juga,saya dapat rasakan bahawa penyampaian saya
dalam sesi pengajaran dan pembelajaran selama ini kurang memberi kesan pemahaman yang
mendalam kepada mereka. Ini dapat dilihat apabila pelajar tersebut tidak menjawab soalan yang
diberikan, secara tidak langsung mereka menjadi tidak berminat untuk menjawab dan membuat
latihan yang diberikan oleh guru. Mereka juga tidak mahu mengambil bahagian dalam aktiviti
pembelajaran yang dijalankan. Menurut sangkaan saya ,apabila penerangan bersama contoh,
aktiviti dan penekanan beserta dengan penyertaan secara aktif disusuli dengan latihan latih tubi
yang diberikan di dalam kelas selama ini sudah cukup untuk mereka dalam menguasai konsep
ini. Malangnya,sangkaan ini meleset apabila mendapati masih ada dalam kalangan mereka yang
masih belum dapat menguasainya.
Berikutan dengan masalah yang saya hadapi ini, maka timbul pelbagai persoalan yang
berlegar di dalam minda. Apakah yang perlu saya lakukan untuk membantu mereka dalam
mempelajari dan seterusnya menguasai topik ini? Apakah tindakan yang sesuai yang boleh saya
ambil bagi mengatasinya? Selama ini,saya telah berusaha dalam memberikan pelbagai contoh
yang serta memberi teknik yang dianggap mudah untuk difahami mereka tetapi malangnya
masalah ini masih belum menemui noktah penyelesaian. Ini membuatkan saya teruja dan
bertekad untuk mengkaji permasalahan ini serta mencari jalan penyelesaian yang lebih
komprehensif.
Secara tak langsung juga situasi yang membimbangkan ini telah mendorong saya untuk
memikirkan suatu kaedah yang terbaik dalam mencari jalan penyelesaian yang lebih efektif agar
dapat mengaplikasinya dalam pengajaran dan pembelajaran yang dilaksanakan.Kaedah tersebut
juga dapat digunapakai oleh guru-guru yang lain dalam menyampaikan teknik pengajaran yang
lebih mudah dan efektif serta dapar meningkatkan penguasaan pelajar mereka dalam mencari
jalan penyelesaian secara rasional dalam subjek matematik. Secara puratanya kebanyakkan
soalan matematik akan memerlukan pemerahan minda pelajar dalam menggunakan operasi
tersebut bagi mencari jawapan yang betul,tambahan pula dengan pengenalan terkini tentang
soalan-soalan berbentuk KBAT..Melalui kajian tindakan yang dijalankan ini sedikit sebanyak
akan membantu pelajar yang menjadi kumpulan sasaran dalam menguasai kemahiran
tersebut,malah ini juga akan membantu guru matematik yang lain menggunakan kaedah yang
dicadangkan mengikut kesesuaian dan aras pemahaman pelajar yang diajar dengan membuat

cadangan kajian tindakan serta perlaksanaannya mengikut apa yang telah dibincangkan bersama
dengan ketua panitia demi untuk kebaikan bersama.

TINJAUAN LITERATUR

Ramai penyelidik masa kini (seperti Chien Chin dan Fou Lai Lin, 2001; Seligman, Olson,
dan Zanna, 1996; Taplin, 2002) berpendapat bahawa aspek nilai matematik perlu disemai dan
diberi penekanan dalam pengajaran matematik. Ini kerana nilai matematik dapat membangkitkan
rasa keindahan dan penghargaaan terhadap matematik itu sendiri disamping membangkitkan
kefahaman tentang kepentingan matematik serta dapat membantu seseorang dalam menguasai
konsep matematik dengan lebih baik dan berkesan (National Council of Teachers of
Mathematics, 1989; Kementerian Pendidikan Malaysia, 1998).
Kebolehan menyelesaikan masalah matematik merujuk kepada keupayaan pelajar dalam
menyelesaikan masalah matematik yang merangkumi masalah rutin dan masalah bukan rutin.
Menurut Aziz (2002), sekiranya penyelesaian masalah bertumpu kepada konsep mengaplikasi
algoritma yang telah dipelajari, maka ia disebut sebagai masalah rutin. Manakala sekiranya
pelajar tersebut perlu berfikir secara mendalam untuk mengaplikasikan konsep asas matematik
untuk menyelesaikan masalah yang diberikan, ia dinamakan masalah bukan rutin. Masalah yang
berkait rapat dengan kurikulum sekolah rendah ini lazimnya merupakan masalah rutin yang
berbentuk masalah bersimbol dan masalah berayat (Ong & Yoong, 2003).
Menurut Noor Azlan (1995),berikutan dengan sejarah perkembangan pendidikan
matematik di Malaysia, kurikulum mata pelajaran tersebut telah mengalami banyak perubahan
sejak merdeka hingga sekarang. Kementerian Pelajaran Malaysia sememangnya peka terhadap
kualiti pengajaran dan pembelajaran di kelas. Banyak usaha dan iniasatif telah dirancang dan
dijalankan secara berperingkat dalam memastikan mutu pengajaran dan pembelajaran matematik
dapat dipertingkatkan. Justeru, pihak kerajaan telah memperkenalkan pelbagai pendekatan yang
sewajarnya demi untuk meningkatkan kebolehan pelajar dalam menyelesaikan masalah
matematik dengan menggunakan teknik dan pendekatan yang sesuai seiring dengan
perkembangan pendidikan globalisasi pada masa kini.
FOKUS KAJIAN
6

Fokus kajian kes saya ini ialah untuk menyelesaikan masalah pelajar saya yang gagal
dalam menyelesaikan masalah pendaraban nombor dua digit dengan dua digit yang melibatkan
pengumpulan semula dengan kaedah garis silang kepada 20 orang murid Tingkatan 1 AlMaliki,Sekolah Menengah Islam Al-Masriyah,Bukit Mertajam.
Seperti mana yang dihadapi oleh kebanyakkan guru matematik, pelajar sering
menghadapi masalah untuk memahami pembelajaran matematik di dalam kelas. Mereka juga
menunjukkan kurang berminat dalam mempelajari subjek tersebut kerana mereka menganggap
bahawa mereka tidak berminat dengan sesuatu pembelajaran yang melibatkan nombor yang
selalunya berkait rapat dengan pengiraan dengan penguasaan teknik operasi yang baik. Kajian ini
memfokuskan kepada permasalahan pelajar terutamanya dalam menunjukkan minat dan
menambahkan kefahaman kepada mereka.
Teknik pengajaran mempunyai hubungan yang signifikan dengan penguasaan sesuatu
pengetahuan dan kemahiran dalam kalangan pelajar (Jamaludin & Zaidatun, 2003). Justeru guru
perlu memilih teknik pengajaran yang baik dan sesuai untuk menyampaikan isi pengetahuan atau
melatih kemahiran, kerana teknik yang baik dan sesuai boleh menjadi pemangkin kepada
penguasaan ilmu dan kemahiran dalam kalangan pelajar.
Kemahiran mendarab adalah amat penting dalam subjek Matematik kerana ia merupakan
salah satu asas dalam melakukan sesuatu operasi penyelesaian masalah secara matematika. Jika
ia tidak dapat dikuasai oleh pelajar tersebut pada masa sekarang, maka mereka akan menghadapi
kesulitan dalam menjawab soalan pendaraban dan soalan-soalan yang berkaitan dalam tempoh
masa akan datang disamping ini akan memberi masalah yang serius kepada mereka dalam
menguasai pembelajaran ilmu matematik secara holistik.
Dengan menjalankan kaedah dan teknik yang sesuai dan betul dalam membantu pelajar
tersebut untuk menguasai konsep ini, diharapkan agar mereka akan dapat menunjukkan minat
yang mendalam ketika membuat latihan atau aktiviti bagi topik ini dan dapat menjawab soalan
yang diberikan dengan betul dalam ujian dan peperiksaan sekolah yang mendatang serta dapat
meningkatkan nilai GPMP dan GPS disekolah saya.
Secara kesimpulannya,dengan mengadakan

aktiviti

yang

lebih

melibatkan

berorientasikan pelajar serta pengenalan teknik yang mudah tanpa bergantung sepenuhnya pada
teknik tipikal yang digunakan secara tradisional, maka saya berharap agar teknik tersebut dapat
meningkatkan tahap penguasaan kemahiran dan menambahkan keyakinan serta meningkatkan
minat pelajar terhadap pelajaran mereka.
7

RASIONAL KAJIAN
Secara rasionalnya kajian ini dijalankan kerana pelajar kurang berminat dengan
melakukan pengiraan dalam penyelesaian masalah yang melibatkan operasi pendaraban serta
mereka juga kurang memahami teknik operasi pendaraban yang betul yang melibatkan dua digit
dengan dua digit dalam mencari jalan penyelesaian masalah.
Kajian ini sangat penting khususnya kepada para guru matematik dan para pelajar yang
mengambil matapelajaran tersebut. Secara khususnya, kajian ini bertujuan membantu para guru
dan pelajar di semua peringkat pengajian termasuklah sekolah rendah, sekolah menengah
mahupun di peringkat universiti sekalipun.
Kajian ini menyediakan para guru dengan teknik dan kaedah yang lebih kreatif untuk
memastikan tahap pencapaian pelajar dalam mempelajari subjek matematik dengan lebih
menarik dan tidak membosankan serta menambah penguasaan pelajar terhadap kemahiran asas
yang perlu mereka peroleh supaya menjadi lebih baik. Selain itu, kajian ini dapat memberikan
penambaikan dalam kaedah pengajaran guru khususnya, selain mendedahkan pelajar dengan
kaedah pengiraan yang betul.
Kajian ini juga bertujuan menarik perhatian para guru khususnya menitikberat akan
kaedah pengajaran dan pembelajaran yang lebih efektif untuk menarik pelajar belajar subjek
tersebut dengan mudah dan tidak membosankan. Saya beranggapan bahawa dengan
meningkatnya penguasaan para pelajar dalam kemahiran teknik kaedah silang ini akan turut
meningkatkan pemahaman mereka serta berupaya dalam melakukan operasi pendaraban dua
digit dengan dua digit dengan lebih mudah dan efisien.

OBJEKTIF KAJIAN
Setelah kajian ini selesai dilaksanakan,pelajar-pelajar tersebut akan mencapai objektif seperti
yang berikut :Objektif Umum

Meningkatkan nilai GPS bagi sekolah dengan peningkatan peratus kelulusan Matematik

serta peningkatan bilangan pelajar dalam memperoleh gred A dalam subjek tersebut
Meningkatkan penguasaan pelajar dalam operasi darab.

Objektif Khusus

Meningkatkan penguasaan pelajar dalam operasi darab bagi nombor dua digit dengan

dua digit yang melibatkan pengumpulan semula dengan kaedah bersilang.


Mengalakkan minat pelajar terhadap mata pelajaran Matematik serta mempunyai

kemahiran yang optimum dalam mengaplikasi samada secara teori mahupun praktikal
Mempelbagaikan teknik pengajaran guru dan juga pembelajaran pelajar
Melahirkan suasana pengajaran dan pembelajaran yang ceria dan harmonis
KUMPULAN SASARAN
Kajian ini melibatkan seramai 20 pelajar tingkatan 1Al-Maliki yang diambil markah secara
khusus bagi mengenal pasti masalah yang mereka hadapi dalam melakukan operasi pendaraban
dua digit dengan dua digit yang melibatkan pengumpulan semula yang mana markah tersebut
hasil daripada dapatan dalam ujian diagnostik yang telah dijalankan sebelum ini.Kesemua
pelajar adalah 100% pelajar Melayu yang datang daripada pelbagai latar belakang pendidikan
sekolah rendah yang berbeza.

TINDAKAN YANG DICADANGKAN/METADOLOGI KAJIAN


Tinjauan Masalah
Bagi mendapatkan data, kajian ini menggunakan beberapa instrumen seperti tinjauan,
temu bual,ujian pra dan borang soal selidik. Tinjauan terhadap masalah yang dikenal pasti
akan dibuat bertujuan untuk memahami dengan lebih mendalam masalah tersebut serta
dapat mengenalpasti kelemahan mereka. Langkah penambahbaikan dan pemulihan hanya
boleh dilakukan berdasarkan tinjauan yang telah dijalankan terhadap mereka. Tinjauan yang
dilakukan adalah berdasarkan kepada beberapa kaedah seperti berikut:

Pemerhatian
9

Kaedah pemerhatian digunakan dalam kajian ini. Ia dibuat semasa proses


pengajaran dan pembelajaran berjalan dalam kelas,dapatan diperoleh melalui
respon mereka kepada soalan-soalan yang diajukan samada dalam bentuk
oral,latihan bertulis mahupun ujian pra.

Temu Bual
Kaedah lain yang saya gunakan ialah melalui temu bual yang mana ia dilakukan
secara tidak formal terhadap pelajar-pelajar kumpulan sasaran.Disini mereka
dapat memberi maklum balas secara oral yang sedikit sebanyak dapat memberi
refleksi secara umum tentang kekuatan dan kelemahan teknik pengajaran yang
saya amalkan selama ini.Temu bual ini secara tidak langsung dapat mengenalpasti
punca sebenar kelemahan mereka terutamanya apabila ia berkaitan dengan teknik
ingatan dan hafalan serta teknik pembelajaran yang pernah mereka pelajari
sebelum ini semasa mereka belajar di sekolah rendah.

Soal Selidik
Borang soal selidik disediakan dan diedarkan kepada pelajar untuk mendapatkan
maklumat yang berkaitan dengan mata pelajaran Matematik dan mendarab
nombor dua digit dengan dua digit yang melibatkan pengumpulan semula. Borang
ini diisi oleh mereka untuk mendapatkan maklumat yang tepat.

Ujian Pra
Ujian Pra dijalan untuk menguji tahap sebenar pencapaian mereka dalam tajuk
Pendaraban Nombor Bulat Hingga 10 000. Ujian Pra dijalankan sebelum sesi
bimbingan bermula. Soalan Ujian Pra terdiri daripada 10 soalan subjektif dan
mereka dikehendaki menunjukkan jalan kerja mengira di atas kertas ujian
tersebut.Disini saya dapat melihat dengan lebih jelas mengenai teknik dan kaedah
yang mereka gunakan selama ini dalam mencari jalan penyelesaian yang
melibatkan operasi darab. Tempoh masa menjawab yang diperuntukkan kepada
mereka adalah 30 minit

10

AKTIVITI KAEDAH GARIS SILANG


Kaedah Pelaksanaan
Aktiviti ini merupakan aktiviti berkumpulan yang berpusatkan pelajar dengan guru
bertindak sebagai pemudahcara.Sebelum itu,guru perlu menjelaskan tentang kaedah
tersebut kepada pelajar dengan menunjukkan model terlebih dahulu sebelum mengeluarkan
arahan kepada mereka untuk mengaplikasikannya dalam menyelesaikan soalan-soalan yang
diberikan.
Langkah 1: Membina model dengan menggunakan lidi. Pelajar akan dibahagikan
dalam bentuk berkumpulan dan mereka akan membina model
berdasarkan kepada soalan-soalan yang dikemukakan guru.
Langkah 2:Selepas mereka dibekalkan dengan lidi, guru boleh menyambung
langkah seterusnya dengan menggunakan gambarajah Vedic
melalui model. Guru mengajar kaedah untuk melukis gambarajah
daripada aras senang kepada susah.
5

11

a) Pendaraban 1 digit dengan 1 digit, 4 x 5


Penerangan : Bilangan lidi sebanyak 4 disusun mendatar
manakala bilangan lidi sebanyak 5 disusun menegak agar
kedudukan lidi-lidi tersebut dalam keadaan bersilang bagi
membezakan kedua-dua digit yang akan didarabkan bagi operasi
pendaraban 1 digit dengan 1 digit.

3
1

b) Pendaraban nombor 2 digit dengan 1 digit, 14 x 3


Penerangan : Bilangan lidi sebanyak 3 disusun menegak manakala
bilangan lidi sebanyak 1 dan 4 lidi disusun mendatar tetapi
diasingkan berdasarkan nilai tempat yang berbeza bagi angka 1 di
bahagian puluh manakala angka 4 di bahagian sa.kedudukan lidilidi tersebut dalam keadaan bersilang bagi membezakan kedua-dua
digit yang akan didarabkan bagi operasi pendaraban 1 digit dengan
2 digit.

12

c) Pendaraban nombor 2 digit dengan 2 digit, 23 x 16


Penerangan : Bilangan lidi sebanyak 1 dan 6 diasingkan
berdasarkan nilai tempat dan disusun secara mendatar manakala
bilangan lidi sebanyak 2 dan 3 juga diasingkan berdasarkan nilai
tempat dan disusun secara menegak agar kedudukan lidi-lidi
tersebut dalam keadaan bersilang bagi membezakan kedua-dua
digit yang akan didarabkan bagi operasi pendaraban 2 digit dengan
2 digit.

13

Langkah 3: Kemudian, langkah berikutnya ialah menukarkan nombor yang dibentuk


daripada gambarajah Vedic kepada bentuk algoritma. Walaubagaimana pun,
guru perlu menunjukkan hasil bahagian algoritma dan bukan algoritma
tradisional semata-mata.

Ra

Pu

x
2

Sa
4
5
0

a) Pendaraban nombor 1 digit dengan 1 digit. Contoh: 4 x 5


Penerangan : Bagi setiap persilangan lidi,pelajar hanya perlu
mengira jumlah persilangan bagi lidi dalam keadaan menegak
dengan lidi dalam keadaan mendatar bagi mendapatkan hasil
pendaraban 1 digit dengan 1 digit

1+
3
Puluh

Sa
14

12

Ra

Pu
1

X
+

1
3
4

Sa
4
3
2
0
2

b) Pendaraban nombor 2 digit dengan 1 digit. Contoh: 14 x 3


Penerangan : Bilangan lidi sebanyak 1 dan 4 akan diasingkan
berdasarkan nilai tempat.Persilangan lidi yang mempunyai
nilai tempat sa akan dikira oleh pelajar dan digit yang dihujung
bagi hasil kiraan tersebut akan kekal sebagai nilai sa bagi
jawapan akhir,manakala digit yang berada dalam nilai tempat
puluh daripada hasil kiraan tadi akan dijumlahkan dengan
bilangan persilangan lidi antara lidi mendatar dengan lidi
menegak dalam kawasan nilai tempat puluh.Hasil tambah nilai
tempat puluh tersebut akan digabungkan dengan nilai sa pada
peringkat awal tadi bagi mendapatkan hasil pendaraban 2 digit
dengan 1 digit.

15 + 1 = 16

1
+
Ratus 2

15

3
Puluh
Sa
18

Ri

Ra
X

1
2
3

Pu
2
1
1
3
2
0
6

Sa
3
6
8
0
0
0
8

c) Pendaraban nombor 2 digit dengan 2 digit. Contoh: 23 x 16


Penerangan : Bilangan lidi sebanyak 2 dan 3 akan diasingkan
berdasarkan nilai tempat dan disusun dalam keadaan mendatar
manakala bilangan lidi sebanyak 1 dan 6 akan diasing
berdasarkan nilai tempat dan disusun dalam keadaan
menegak.Persilangan lidi yang mempunyai nilai tempat sa akan
dikira oleh pelajar dan digit yang dihujung bagi hasil kiraan
tersebut

akan

kekal

sebagai

nilai

sa

bagi

jawapan

akhir,manakala digit yang berada dalam nilai tempat puluh


daripada hasil kiraan tadi akan dijumlahkan dengan bilangan
persilangan lidi antara lidi mendatar dengan lidi menegak
dalam kawasan nilai tempat puluh.Hasil tambah nilai tempat
puluh tersebut akan digabungkan dan digit yang terakhir bagi
nilai puluh tadi akan menjadi nilai akhir bagi puluh manakala
16

digit yang berada dalam nilai puluh daripada kiraan persilangan


lidi tadi akan bergabung dengan persilangan lidi dalam
kawasan nilai tempat ratus bagi mendapatkan nilai akhir bagi
ratus nanti.Kemudian gabungkan kesemua nilai ratus,puluh dan
sa bagi mendapatkan hasil pendaraban 2 digit dengan 1 digit.

Langkah 4:

Pelajar akan diberikan latih tubi dengan mengikut langkah-langkah


mengikut aras daripada senang kepada susah. Ini adalah juga untuk
membantu mereka supaya dapat menguasai kaedah gambarajah ini dalam
bentuk grid.Bagi memastikan pelajar tersebut dapat memahami kaedah garis
silang dalam gambarajah ini, latih tubi diberikan kepada mereka dengan
lebih kerap.Melalui tunjuk ajar yang konsisten daripada guru,maka pelajar
yang merupakan kumpulan sasaran akan lebih berkeyakinan dalam
menyelesaikan masalah yang berkaitan dengan operasi pendaraban sehingga
dua digit dengan dua digit yang melibatkkan pengumpulan semula melalui
kaedah garis silang dengan lebih berkesan.

JADUAL PELAKSANAAN KAJIAN

BI
L
1
2
3
4
5
6
7
8
9
10

JANGKA MASA

AKTIVITI
Mengenal pasti masalah dan pengumpulan data awal
Menulis proposal kajian
Merancang tindakan
Melaksanakan Ujian Pra
Melaksanakan tindakan
Membincangkan masalah yang timbul dalam tindakan
Melaksanakan Ujian Pos
Melakukan Refleksi kajian
Menulis laporan kajian
Pembentangan dapatan kajian

17

PELAKSANAAN
1 minggu
2 minggu
1 minggu
1 hari
1 hari
1 minggu
1 hari
1 minggu
2 minggu
1 minggu

JUMLAH PERUNTUKAN YANG DIPOHON


BIL
1
2
3
4
5
6

JENIS BAHAN

KUANTITI x HARGA
SEUNIT
4 x RM 9.00
20 x RM 0.70
1 x RM 80.00
4 x RM 4.00
20 x RM 3.50

Kertas A4
4 helai kertas lutsinar
Dakwat mesin pencetak
Fotokopi bahan dan laporan kajian
Buku Catatan
Lidi berwarna
JUMLAH

JUMLAH KOS
RM 36.00
RM 14.00
RM 80.00
RM 50.00
RM 16.00
RM 70.00
RM 266.00

(2914 PATAH PERKATAAN )


BIBLIOGRAFI

http://www.slideshare.net/znas77/kajian-tindakan-matematik?related=6

http://www.academia.edu/5064672/Contoh_kajian_tindakan_matematik

http://www.slideshare.net/kizzatiey/kajian-tindakan-10541234

http://www.fp.utm.my/epusatsumber/pdffail/ptkghdfwp2/p_2011_9812_eae6cc3ef1ae4db1
afcfec59bd1aa10b.pdf

https://ml.scribd.com/doc/.../Kajian-Tindakan-Mt

www.youtube.com/watch?v=OCLPA3MK5k8

www.kedah.edu.my/.../index.php?...kajian-tindakan
18

http://www.slideshare.net/hanizaabdulrahim1/proposal-kajian-tindakan-matematik-tahun1

http://www.slideshare.net/marshiza/kajian-tindakan-2012

http://suriatizuraida.blogspot.com/2011/12/laporan-kajian-tindakan.html

https://www.scribd.com/doc/161689851/KAJIAN-TINDAKAN-2013-matematik

http://www.slideshare.net/yeepheohchin1/36246698-kajiantindakanmatematik

http://ktindakan.blogspot.com/2011/08/format-penulisan-proposal.html

www.youtube.com/watch?v=-qonD_1fg7w

https://www.youtube.com/watch?v=_AJvshZmYPs

http://zanainah.blogspot.com/2012/12/menyelesaikan-operasi-darabmenggunakan_12.html

19

Anda mungkin juga menyukai