Anda di halaman 1dari 26

1.

PENGENALAN

1.1

Pendahuluan

Matematik ialah salah satu subjek penting dan teras di peringkat sekolah. Murid perlu menguasai operasi asas dalam matematik yang terkandung dalam Kurikulum Bersepadu Sekolah Rendah (KBSR). Program matematik KBSR bertujuan mengembangkan salah satu kemahiran asas iaitu kemahiran mengira dalam kalangan murid. Dalam program yang memakan masa enam tahun ini, murid dibimbing untuk mengembangkan kemahiran mengira melalui pemikiran kuantitatif mengikut langkah-langkah yang logik. Matematik KBSR bertujuan membolehkan murid memahami beberapa pola dan ciri nombor, menggunakan sistem nombor perpuluhan, dan merangsang minat murid untuk menghayati matematik. Kurikulum matematik sekolah rendah kini berasaskan kepada KBSR dan berteraskan kepada Falsafah Pendidikan Negara (FPN). Sukatan matematik KBSR meliputi kemahiran, nombor bulat dan operasi; pecahan dan operasi; perpuluhan dan operasi; wang; ukuran dan sukaran; ruang; purata; peratus; dan graf. Berdasarkan Huraian Sukatan Pelajaran Matematik, matlamat KBSR untuk membina dan mengembangkan kefahaman murid dalam konsep nombor dan kemahiran asas mengira. Selain itu murid dapat menghargai kepentingan dan keindahan matematik. Terdapat tujuh objektif yang telah disenaraikan, yang merangkumi kemahiran asas, kemahiran menggunakan bahasa dan menyelesaikan masalah. Matematik merupakan satu cabang ilmu yang seringkali dianggap sukar oleh murid-murid. Ramai murid tidak suka matematik dan menganggap matematik sukar dan membosankan. Nik Aziz (1992) menyebut istilah matematik menandakan suatu cabang ilmu yang kompleks. Hal ini menyebabkan masih ramai murid yang gagal menguasai kemahiran asas tambah, tolak , bahagi dan darab sekaligus lemah dalam menguasai pembelajaran yang lebih mendalam dalam matematik seperti nombor nisbah misalnya topik pecahan.

Salah satu topik yang sering menjadi masalah kepada murid sekolah rendah ialah topik Pecahan yang diperkenalkan sejak Tahun 3 seperti dalam Huraian Sukatan Pelajaran. Perwakilan pecahan telah diterima sebagai suatu proses pembelajaran pecahan yang penting atas beberapa sebab: Pertama, ia

menggalakkan murid berfikir secara matematik. Pemikiran matematik dapat dikembangkan pada din murid apabila mereka menterjemah dan menjelaskan konsep pecahan menggunakan pelbagai perwakilan (Khan, 2001; National Council of Teachers of Mathematics (NCTM), 2000; Schultz & Waters, 2000). Kedua, ia melatih murid sebagai seorang penyelesai masalah yang fleksibel dan kreatif

(Reys, Lindquist, Lambdin, Smith, & Suydam, 2001). Ciri-ciri ini dapat dibina pada diri murid apabila mereka memilih, mengguna dan mengaitkan pelbagai perwakilan dengan konsep bagi menyelesaikan masalah pecahan. Ketiga, ia membolehkan murid memahami makna pecahan dengan lebih baik (Van de Walle,2007). Makna pecahan yang tersirat di sebalik penggunaan nombor dan peraturan operasi dapat difahami dengai lebih jelas apabila murid memodelkan dan memanipulasikan perwakilan semasa menjelaskan idea pecahan. Sebagai seorang guru matematik adalah satu tanggungjawab guru itu untuk mencari jalan penyelesaian atau kaedah yang pelbagai untuk menangani masalah yang dihadapi oleh murid semasa proses pengajaran dan pembelajaran. Mengajar matematik adalah satu tugas yang mencabar dan kompleks. Guru matematik yang berjaya harus mampu mengatasi dan menyelesaikan masalah pengajaran dan pembelajaran dalam bilik darjah dengan bijaksana (Nik Aziz, 1996). Guru boleh menggunakan model dan contoh-contoh yang sesuai dalam pengajaran. Contohcontoh yang diberikan haruslah mencukupi. Menurut Gilbert et al. (1990), bilangan contoh-contoh dalam pengajaran dan aktiviti latihan sering kali kurang mencukupi untuk murid menguasai sesuatu konsep. Guru harus sentiasa mencuba, tetapi mungkin lebih baik jika berlandaskan teori dan amalan yang telah diutarakan oleh pengkaji terdahulu. Brigham et al. (2004) telah menyarankan penggunaan salah satu teknik pengajaran topik pecahan iaitu mengunakan bahan pengajaran yang konkrit sebelum ke bahan separa konkrit dan seterusnya sebelum ke masalah abstrak.

1.2

Refleksi Aspek Amalan

Saya telah menjalani Praktikum Fasa 3 di salah sebuah sekolah Daerah Inanam dan diamanahkan untuk mengajar matematik tahun 4. Semasa sampai di sekolah ini saya telah mengambil alih tugas guru pembimbing saya untuk mengajar topik pecahan. Sebagai seorang guru, saya haruslah sentiasa peka dengan setiap masalah murid-murid saya terutamanya di dalam subjek yang saya ajar. Memandang Kurikulum KBSR memperkenalkan asas pecahan kepada

murid mulai Tahun Tiga (Kementerian Pelajaran Malaysia, 2003), oleh itu pada permulaaan sesi pengajaran saya telah mengambil pengetahuan sedia ada murid tahun 4 mengenai topik pecahan yang telah mereka pelajari dahulu di tahun tiga. Saya telah membuat kuiz pantas bagi menguji pengetahuan asas murid mengenai konsep pecahan sebagai sebahagian daripada satu keseluruhan dan sebahagian daripada satu set objek. Saya ingin melihat sejauh mana penguasaan murid-murid di kelas tersebut dalam topik pecahan. Pada Tahun Empat, KBSR memberi fokus secara spesifik terhadap konsep pecahan seperti Pecahan Wajar, Pecahan Setara, Penambahan Pecahan dan Penolakan Pecahan (Kementerian Pelajaran Malaysia, 2004). Hasil kuiz pantas yang dijalankan, saya dapati murid mempunyai pengetahuan sedia ada yang terhad mengenai konsep pecahan. Oleh itu semasa pengajaran dan pembelajaran saya yang seterusnya dalam topik pecahan ini saya telah menggunakan bahan konkrit terlebih dahulu iaitu penggunaan jalur pecahan kerana dalam objektif pembelajaran tahun 4 murid akan dapat menyatakan pecahan setara bagi pecahan wajar sehingga penyebut 10. Jalur pecahan ini dapat membantu murid dalam membuat perbandingan dengan jelas antara nilai dua pecahan dan mencari pasangan setara dengan lebih cepat. Mereka dapat memahami penggunaan jalur pecahan dengan dapat menyelesaikan aktiviti yang melibatkan jalur pecahan dalam mencari pasangan setara.

Melalui pemerhatian saya terdapat kelas tahun 4 yang saya ajar saya dapati masalah yang mereka hadapi ialah mereka senang untuk memahami peringkat konkrit dan separa konkrit untuk topik pecahan ini tetapi apabila ke peringkat terakhir iaitu peringkat abstrak atau algorithma mereka mula menghadapi masalah. Murid agak sukar untuk memindahkan pengetahuan konkrit ke abstrak. Masalah mula timbul apabila memasuki subtopik penambahan pecahan berbeza penyebut. Mereka beranggapan boleh melakukan penambahan seperti nombor bulat biasa antara kedua-dua pengangka dan penyebut.

Rajah 1 : Kesalahan murid dalam penambahan pecahan berbeza penyebut

Selepas saya memberikan ujian diagnostik untuk topik pecahan, saya dapat mengenal pasti kelemahan-kelemahan murid dalam topik ini. Antara masalah yang dikenalpasti ialah mereka tidak menyamakan penyebut bagi kedua-kedua pecahan terlebih dahulu sebelum membuat penambahan dalam kedua-dua pengangka. Murid bermasalah dalam pendaraban dengan nombor yang sama bagi pengangka dan penyebut kerana beberapa orang murid masih tidak mengusai fakta sifir dengan baik. Selain itu, masalah yang saya kenalpsti melalui lembaran kerja yang mereka lakukan adalah jawapan akhir mereka tidak dalam pecahan yang teringkas. Mereka keliru dengan operasi yang perlu digunakan untuk mencari pecahan teringkas sama ada perlu dibahagi dengan nombor yang sama ataupun perlu didarab dengan nombor yang sama. Murid sama yang bermasalah dalam fakta asas darab juga mengalami masalah dalam fakta asas bahagi.

Rajah 2: Jawapan akhir pecahan tidak dalam bentuk termudah.

Berdasarkan perkara ini, maka saya telah memikirkan Teknik yang dapat digunakan oleh murid dalam menyelesaikan soalan penambahan pecahan berbeza penyebut.Teknik yang akan dijalankan mempunyai dua peringkat iaitu peringkat pertama dinamakan Teknik Fraction Pair dan peringkat kedua dinamakan kaedah Fraction Tree . Cetusan idea bagi kaedah ini timbul apabila murid sering merujuk Jadual Sifir Perlbagai Guna (JSPG) untuk melakukan pendaraban tetapi sering melakukan kesilapan dalam memilih nilai penyebut yang terkecil dan murid sering lupa untuk menyemak jawapan akhir mereka dalam bentuk termudah atau tidak. Oleh itu kaedah Fraction Pair akan dapat memudahkan murid untuk mencari pasangan setara dan murid dapat menukar kedua-kedua penyebut kepada penyebut sepunya dengan mendarab nombor yang yang sama kepada pengangka dan penyebut. Kaedah Fraction tree pula murid akan dapat menyemak jawapan akhir dalam bentuk termudah atau tidak dan jika tidak mereka dapat

menukarkannya kepada pecahan teringkas.

Merujuk kepada Huraian Sukatan Pelajaran Matematik Tahun 4,khusus kepada topik Pecahan. Objektif pembelajaran yang perlu dicapai dalam pengajaran dan pembelajaran ialah murid dapat menambah pecahan wajar dengan penyebut sehingga 10. Murid haruslah dapat menambah dua pecahan wajar dengan penyebut yang berbeza sehingga 10 dalam bentuk termudah dengan 1 sebagai pengangka untuk kedua-dua pecahan dan dengan pengangka yang berbeza. Hasil refleksi pengajaran yang lalu masih terdapat beberapa murid yang lemah dalam

penambahan berbeza penyebut ini. Hal ini jika tidak diambil tindakan oleh guru , murid ini akan menghadapi masalah kepada pengajaran yang akan datang. Muridmurid ini akan menghadapai masalah dalam penolakan berbeza penyebut dan murid tidak dapat menyeleseaikan masalah yang melibatkan penambahan pecahan wajar. Topik pecahan amat penting untuk murid kuasai kerana topik pecahan akan berhubungkait dengan topik perpuluhan dan peratus. Jika murid lemah dalam pecahan sekaligus akan menghadapi masalah dalam topik perpuluhan dan peratus. Dalam proses pengajaran dan pembelajaran, murid-murid akan menerima dan mengakui apa sahaja yang dicurahkan oleh guru. Jarang sekali murid akan mencari dan mengkaji lebih daripada apa yang diberikan oleh gurunya. Walau bagaimanapun adakalanya kefahaman yang diterima oleh murid tidak sama dengan maksud sebenar yang ingin disampaikan oleh guru. Keadaan ini seterusnya akan menyebabkan kesilapan konsep dalam minda pelajar (Vinner, Hart & Wilson, 1994; Kamaludin , 1996). Kesilapan konsep juga biasa dialami oleh murid apabila ia berpindah dari satu konsep kepada satu konsep yang lain. Contoh yang jelas boleh dilihat dalam melakukan operasi tambah nombor bulat dan operasi tambah pecahan. Rees & Barr (1984) memberi contoh: Rajah 3 : Contoh kesalahan dalam penambahan pecahan

Murid tersebut telah menambah pengangka dengan pengangka dan penyebut dengan penyebut. Keadaan ini disebabkan oleh kebiasaan dan kefahaman yang telah diterima semasa menambah nombor bulat. Masalah yang sama timbul semasa mendarab dan membahagi antara dua pecahan. Semasa mendarab antara dua nombor bulat, hasilnya sentiasa besar. Manakala nilai hasil bahagi antara dua nombor bulat akan sentiasa kecil. Oleh itu setengah murid akan membuat kesimpulan yang sama apabila mereka mendarab dan membahagi antara dua pecahan (Nik Azis , 1996). Set fikiran (mind set) seperti di atas akan menghalang atau mengakibatkan kesan negatif dalam pembelajaran matematik (Noraini , 1994).

2.0

FOKUS KAJIAN

2.1

Tinjauan dan Analisis Masalah

Mengajar matematik adalah satu tugas yang mencabar dan kompleks. Guru matematik yang berjaya harus mampu mengatasi dan menyelesaikan masalah pengajaran dan pembelajaran dalam bilik darjah dengan bijaksana (Nik Azis, 1996). Cabaran utama bagi pendidik ialah mengenal pasti amalan pengajaran yang berkesan. Cara yang terbaik ialah dengan melakukannya dahulu, kemudian ditentukan kelemahan dan kekuatannya. Tiada suatu kaedah yang baik daripada yang lain, banyak faktor yang mempengaruhi pengajaran berkesan. Oleh itu guru harus sentiasa mencuba, tetapi mungkin lebih baik jika berlandaskan teori dan amalan yang telah diutarakan oleh pengkaji terdahulu. Brigham et al. (2004) telah menyarankan penggunaan beberapa teknik pengajaran bagi mengajar topik pecahan, perpuluhan dan peratusan. Salah satu cara adalah guru mengunakan bahan pengajaran yang konkrit sebelum ke bahan separa konkrit dan sebelum ke masalah abstrak. Berdasarkan kepada pemerhatian dan analisis melalui lembaran kerja dan ujian pra yang saya berikan, terdapat beberapa pola kesalahan murid yang dapat saya kesan. Secara keseluruhannya, pola-pola kesalahan yang dikenalpasti terdapat tiga iaitu yang pertama ialah kesalahan dalam menyamakan penyebut kedua-dua pecahan atau mencari penyebut sepunya terkecil bagi kedua-kedua pecahan. Kesalahan yang kedua ialah semasa menukar kepada penyebut sepunya murid tidak mendarab nombor yang sama bagi pengangka dan penyebut. Kesalahan yang ketiga pula ialah murid lupa untuk memberi jawapan akhir dalam bentuk pecahan yang termudah atau teringkas dengan menukarkan kepada pasangan setara terkecil.

Rajah 4 : Pola-pola kesalahan murid dalam penambahan pecahan berbeza penyebut

Setiap kesalahan ini mempunyai punca yang tersendiri dan saling berkaitan. Kesalahan yang pertama tidak menyamakan penyebut disebabkan oleh

kekurangan dalam penguasaan konsep penambahan pecahan iaitu hanya penyebutnya sama boleh ditambah dan penambahan itu terhad kepada pengangka sahaja dan konsep pecahan setara. Kesalahan kedua iaitu tidak mendarab nombor yang sama bagi pengangka dan penyebut adalah disebebkan penguasaan sifir yang lemah dalam kalangan murid. Mereka masih tidak dapat mengusai fakta asas darab. Kesalahan terakhir ialah mereka tidak dapat memberi jawapan dalam bentuk termudah adalah disebabkan mereka keliru untuk mengunakan operasi bahagi atau darab untuk mendapatkan jawapan terkecil dan mereka sukar untuk mengenalpasti sama ada jawapan mereka dalam bentuk termudah atau belum.

Rumusan fokus kajian saya ialah : 1. Penggunaan Teknik Fraction Pair dalam membantu murid menukar kedua-dua penyebut kepada penyebut sepunya. 2. Teknik pokok pecahan dalam mempermudahkan pecahan kepada sebutan terendah sekaligus memberi jawapan akhir dalam bentuk termudah.

Pendekatan saya untuk membantu murid-murid dalam menyelesaikan penambahan berbeza penyebut ini ialah dengan menggunakan Fraction Pair untuk mencari satu penyebut supaya sama dengan penyebut yang lain dan menukar kedua-dua penyebut kepada penyebut sepunya. Murid akan diajar mencari gandaan sepunya terkecil antara kedua-kedua sifir itu. Selepas itu dalam memberi jawapan akhir hendaklah dipermudahkan kepada pecahan yang terkecil. Saya menggunakan teknik pokok pecahan untuk membantu murid mencari pasangan setaranya dengan bantuan Fraction Pair.

2.2

Objektif kajian 2.2.1 Objektif umum

i.

Kajian ini bertujuan untuk membantu murid menguasai dan memahami konsep penambahan pecahan berbeza penyebut dalam pecahan yang termudah.

2.2.2

Objektif khusus

i.

Mengenal pasti pola-pola kesalahan murid semasa menukar keduaMenentukan penggunaan teknik FPT dalam membuat penambahan pecahan berbeza penyebut dalam bentuk termudah membantu murid yang lemah.

dua penyebut kepada penyebut sepunya. ii.

2.3

Soalan kajian

i. Apakah pola-pola kesalahan semasa penambahan pecahan berbeza penyebut?


ii. Apakah penggunaan teknik Fraction Pair dapat membantu murid

menyelesaikan masalah penambahan pecahan berbeza penyebut? Adakah teknik Fracton Tree dapat memudahkan murid memberi

iii.

jawapan akhir dalam bentuk pecahan yang termudah?

3.0

METODOLOGI KAJIAN

3.1

Kumpulan Sasaran

Subjek atau responden dalam kajian ini dipilih berdasarkan kepada keputusan ujian diagnostik yang telah dijalankan oleh penyelidik. Responden dalam kajian ini adalah terdiri daripada 5 orang murid Tahun 4 di salah sebuah sekolah di daerah Inanam. Mereka terdiri daripada 3 orang murid lelaki dan 2 orang murid perempuan. Mengikut pemerhatian penyelidik, kesemua responden tersebut mempunyai aras kemahiran yang sama iaitu berdasarkan kepada markah yang mereka perolehi dalam ujian yang dikendalikan, penyelidik dapat kategorikan mereka kepada murid yang lemah. Murid-murid tersebut dipilih sebagai responden dalam kajian ini kerana mereka menunjukkan masalah dalam penyelesaian masalah penambahan pecahan berbeza penyebut. Ini dapat dilihat daripada hasil-hasil lembaran kerja, buku latihan serta ujian diagnostik yang mereka telah lalui. Jadual berikut merupakan maklumat secara terperinci mengenai responden yang telah dijadikan kumpulan sasaran dalam kajian ini.

Jadual 1: Latar belakang responden

KOD RESPONDEN R1 R2 R3 R4 R5

JANTINA

UMUR

BANGSA

AGAMA

Lelaki Lelaki Lelaki Perempuan Perempuan

10 tahun 10 tahun 10 tahun 10 tahun 10 tahun

Dusun Dusun Rungus Kadazan Dusun

Kristian Kristian Kristian Kristian Islam

3.2

Pelaksanaan Kajian

3.2.1

Perancangan langkah-langkah tindakan

Berdasarkan

tinjauan

serta

pemerhatian

penyelidik

ke

atas

penguasaan murid-murid Tahun 4 dalam soalan penambahan pecahan berbeza penyebut adalah amat perlu untuk merancang satu intervensi bagi menyelesaikan masalah itu segera. Menurut Azizi Haji Yahya dan Elanggovan (2010),

pembelajaran berbentuk pemahaman konsep yang berkesan dapat meningkatkan daya ingatan seseorang murid. Apabila seseorang murid itu berjaya mengintepretasi sesuatu konsep itu dengan tepat, ini bermakna konsep tersebut telah terbina kukuh dalam mindanya. Justeru, saya mengajar semula konsep penambahan

pecahan berbeza penyebut kepada dua peringkat iaitu peringkat pertama menggunakan teknik Fraction Pair dan peringkat kedua ialah menggunakan teknik Fraction Tree. Peringkat pertama ialah menggunakan Fraction pair untuk menukar kepada penyebut sepunya dengan mencari pasangan pecahan yang telah disediakan. Setelah pasangan pecahan telah dipilih murid akan membandingkan dua nilai pecahan ini dengan mencari sepunya terkecil. Setelah itu murid akan melakukan pendaraban nombor sama bagi pengangka dan penyebut dengan bantuan fraction pair. Peringkat kedua ialah menggunakan Fraction Tree atau pokok pecahan untuk menentukan sama ada jawapan akhir dalam bentuk termudah dan jika tidak murid akan menukarkan jawapan kepada pecahan termudah dengan menggunakan teknik pokok pecahan dengan memecahkan faktor-faktor sepunya bagi pengangka dan penyebut. Mack (1998) mendapati kesalahan umum yang sering dilakukan dalam topik pecahan ialah pecahan setara.

Mempermudahkan pecahan kepada sebutan terendah merupakan subtopik pecahan setara. Murid yang tidak dapat memahami

pecahan setara akan mengahadapi masalah menukarkan kepada pecahan sebutan terendah. Saya bertekad menggunakan cara yang lebih jelas supaya murid-murid dapat mempermudahkan pecahan dengan cara yang lebih jelas. Cara ini dinamakan Pokok Pecahan. Pokok Pecahan merupakan operasi bahagi terhadap nombor pecahan. Saya memilih cara ini kerana saya dapat menunjuk cara tersebut dengan mudah dan jelas. Di dalam melaksanakan kajian ini, saya telah memilih Model Kemmis dan Mc Taggart (1998) sebagai panduan. Melalui model ini, saya akan merancang kajian bermula dari tinjauan awal, kemudian membuat pelan tindakan dan pengumpulan, pelaksanaan tindakan dan mengumpul bukti, seterusnya membuat analisis data dan refleksi. Rajah 5: Model Kemmis dan Mac Taggart (1998)

Bagi mengurangkan bias di samping mencapai kebolehpercayaan yang tinggi dalam kajian ini, penyelidik telah mengambil kira beberapa aspek penting. Aspek-aspek tersebut adalah merangkumi: a. Mentadbir soalan yang sama kepada setiap responden

Semua murid yang menjadi responden dalam kajian ini diberikan set soalan yang sama setiap kali sesuatu ujian dijalankan sama ada ujian diagnostik, ujian pra dan ujian pos. Hal ini bagi memastikan tahap penguasaan murid-murid dalam sesuatu soalan dapat diukur dengan adil. b. Mematuhi tempoh masa pelaksanaan ujian dan latihan Responden juga harus mematuhi tempoh masa yang dipertuntukan bagi sesuatu latihan ataupun ujian yang dilaksanakan sepanjang kajian ini dijalankan.

3.3

Perancangan Cara Pengumpulan data

Bagi mengumpulkan data-data yang diperlukan, saya mengumpulkan data melalui beberapa instrumen yang sesuai.

3.3.1

Pemerhatian

Saya memilih pemerhatian sebagai salah satu kaedah pengumpulan data kerana melalui instrumen ini saya mampu mendapatkan maklumat yang releven kepada isu dan masalah yang dikaji. Pemerhatian yang dijalankan ialah pemerhatian tidak berstruktur. Pemerhatian tersebut akan saya jalankan semasa menjalankan proses pengajaran dan pembelajaran dalam bilik darjah melalui respon yang diberikan oleh murid-murid pada lembaran kerja, latihan bertulis yang diberikan.

3.3.2

Ujian diagnostik

Ujian diagnostik dijalankan untuk mengenalpasti tahap penguasaan murid yang sebenar dalam soalan penyelesesaian penambahan pecahan berbeza penyebut. Ujian ini juga dapat membantu saya untuk menentukan dan mengenalpasti responden sebenar yang sesuai untuk kajian ini. 3.3.3 Temu Bual

Temu bual merupakan kaedah pengutipan data yang melibatkan interaksi face to face antara saya dengan responden. Saya akan menemubual setiap murid bagi mengenalpasti kenapa mereka boleh melakukan kesilapan dalam soalan tersebut. Temu bual ini akan membolehkan saya mengetahui puncapunca murid melakukan kesilapan dalam sesuatu soalan. Temu bual ini akan dikendalikan oleh penyelidik dalam suasana yang selesa dan tidak memberi ketegangan kepada responden. Saya akan mengambil responden secara rawak dengan mengambil beberapa orang murid yang mendapat markah yang rendah dalam ujian diagnostik.

Berikut merupakan antara soalan yang akan saya utarakan: - Adakah soalan ini susah? - Mengapa kamu katakan soalan ini susah?

3.3.4

Ujian Pra

Setelah responden dikenalpasti melalui ujian diagnostik, maka satu lagi ujian iaitu satu ujian Pra akan dijalankan kepada mereka. Ujian Pra merupakan ujian yang ditadbir sebelum sesuatu kaedah intervensi ataupun rawatan dijalankan. Soalan ujian pra ini dapat mengukur tahap murid secara kuantitatif. Ujian Pra adalah penting agar saya dapat membuat perbandingan prestasi murid sebelum dan selepas kaedah intervensi dilaksanakan.

3.3.5

Ujian Pos

Selepas kaedah intervensi diperkenalkan dan dikuasai oleh murid, maka satu lagi ujian akan dilaksanakan iaitu Ujian Pos. Ujian ini adalah untuk melihat sejauh mana keberkesanan kaedah Fraction Pairs dan Fraction Tree yang diperkenalkan oleh saya. Jika keputusan ujian pos menunjukkan peningkatan yang signifikan berbanding ujian pra, maka objektif bagi kajian ini boleh dianggap tercapai. Bagi menentukan kebolehpercayaan Ujian Pra dan Ujian Pos, saya harus memastikan bahawa kedua-dua set soalan ini adalah setara. Triangulation digunakan untuk mengesahkan hasil dapatan dan keputusan kajian yang dijalankan secara kualitatif. Tujuan triangulasi adalah untuk meningkatkan kesahan dan kebolehpercayaan data kualitatif iaitu dengan mendapatkan data daripada punca yang berbeza. Terdapat tiga jenis triangulasi iaitu: a. b. c. Membandingkan pelbagai punca data responden, masa dan tempat Membandingkan pelbagai keputusan responden Membandingkan pelbagai cara menganalisis data (Gay & Airasian, 2000)

Di dalam kaedah statistik, penyelidik akan menggunakan Microsoft Office Excell untuk mencari taburan markah dengan menggunakan ukuran kecendurangan Memusat iaitu min, mod dan median.

3.3.6

ABM FPT

Alat bantu mengajar yang digunakan dalam kajian ini ialah Fraction Pair. Saya akan menyediakan 14 set fraction pair yang telah dikenalpasti iaitu sehingga penyebut 10. Fraction pair dibuat dalam bentuk jadual, iaitu ianya diadaptasi daripada Jadual Sifiri Pelbagai Guna (JSPG) tetapi hanya mengambil beberapa pasangan yang terlibat dalam pasagan setara dalam pecahan wajar Tahun 4. Antara Fraction pair yang disediakan ialah 2-4,2-3, 2-5, 2-6, 2-8, 2-10, 3-2, 3-6, 3-9, 4-2, 4-8, 5-10. Fraction pair ini menyenaraikan sifirsifir 2,3,4,5,6,8,9 dan 10. Murid akan membanding setiap pasangan ini dan mencari gandaan sepunya terkecil dalam menukarkan penyebut sepunya.

Rajah 6: Contoh Fraction Pair yang digunakan dalam kajian

3.4

Perancangan Menganalisis Data

Cara menganalisis dibuat setelah semua data-data diperolehi dan dikumpul. Hasil pemerhatian melalui senarai semak yang dibuat pada setiap aktiviti yang dijalankan akan dianalisis dan diinteprestasikan dalam bentuk graf atau histogram. Tujuannya adalah untuk melihat perubahan perkembangan murid selama 4 minggu setelah dijalankan kaedah tersebut.

3.5

Perancangan Perlaksanaan Tindakan

3.5.1 Jadual Perlaksanaan Kajian Tindakan

Jadual 2 : Jadual Pelaksanaan Tindakan PELAKSANAAN 1. Mengenal pasti masalah Pemerhatian di sekolah sewaktu sesi P&P. BULAN FEB MAC APRIL MEI JUN JULAI OGOS SEPT

2. Pengumpulan data tinjauan awal Menyediakan senarai semak atau borang pemerhatian.

3. Menentukan objektif kajian dan soalan kajian yang ingin dikaji. 4. Merancang tindakan dan cara untuk mengumpul data 5. Menulis proposal kajian 6. Menyediakan bahan-bahan yang berkaitan 7. Melaksanakan tindakan 8. Menganalisis hasil tindakan 9. Membuat refleksi 10. Menulis laporan kajian tindakan 11. Membentang dapatan kajian tindakan

Jadual 3: Carta Gantt menunjukkan perancangan pelaksanaan kajian tindakan

BIL 1 2 3 4 5 6 7 8 9 10 11

ITEM Mengenal pasti idea umum Membuat tinjauan awal masalah yang wujud di kalangan murid-murid Tahun 5 Dedikasi Membuat ujian pra untuk menentukan sampel kajian. Menganalisis ujian pra. Merancang tindakan yang dilaksanakan menggunakan ABM "FPT" (Fraction Pair & Tree) . Menjalankan kaedah yang dirancang. Merekod dan menganalisis tindakan. Menjalankan ujian pos. Menganalisis dapatan ujian pos serta dokumendokumen lain. Melakukan perubahan atau pembetulan kepada ABM yang dijalankan jika ada masalah yang timbul Membuat kesimpulan. iaitu

MINGGU 1 1 2 3 4 5 1

MINGGU 2 2 3 4 5 1

MINGGU 3 2 3 4 5 1

MINGGU 4 2 3 4 5

3.5.2

Anggaran Perbelanjaan Kajian

Jadual 4 : Kos kajian

Bil

Bahan

Kuantiti

Jumlah

1.

Kertas Laminated

24 keping

24.00

2.

Kertas A4

1 rim

8.00

3.

Marker pen

5 batang

10.00

Jumlah

42.00

4.0

RUJUKAN

Cramer, K.A., Post, T.R., and DelMas, R.C. Initial Fraction Learning by Forth and Fifth Grade Students: A comparison of the Effects of Using Commercial Curicula with the Effects of using the Rational Number Project curriculum. Journal daripada Research in Mathematics Education, 33 (2) (March 2002), pp. 111-144. Carraher, D. W. (1996). Learning about fractions. Dalam L. P. Steffe, P. Nesher, P. Cobb, G. A. Goldin & B. Greer (Eds.), Theories of mathematical learning (hlm. 241-266). Mahwah, NJ: Erlbaum. Cason, M. E. (2001). Effect of instruction on third graders' fraction concepts and representations in receptive and expressive language. Tesis tidak diterbitkan,University of Minnesota. Department of Education and Early Childhood Developments. (2012). Fraction Pairs: Definitions of Strategies. http://www.education.vic.gov.au/school/teachers/teachingresources/disciplin e/maths/continuum/pages/fracdecdef.aspx. Dilayari pada 10 Mac 2013 Kementerian Pelajaran Malaysia. (2004). Year 4 Mathematics Curriculum Specification of Integrated Curriculum for Primary School. Kuala Lumpur: PPK. Kieren, T. E. (1980). Five faces Alberta:University of Alberta. of mathematical knowledge building.

Lamon, S. J. (2001). Presenting and representing from fraction to rational numbers. Dalam A. A. Cuoco & F. R. Curcio (Sid. Ed.), The roles of representation in school mathematics (him. 146-165). Reston, VA: NCTM. Levin, S. W. (1998). Fractions and division: Researcher conceptualizations, textbook presentations, and student performances. Disertasi tidak diterbitkan, The University of Chicago, Illinois. Mack, K. N. (1998). Building a foundation for Understanding The Multiplication of Fraction. Teaching Children Mathematics, 5, 34 -38. Mille, M. (2012). Helping with Teaching and Learning http://www.homeschoolmath.net/teaching/teaching-fractions.php. pada 5 Mac 2013. Fractions. Dilayari

National Council of Teachers of Mathematics. (2000). Principles and Standards for School Mathematics. Reston, VA: NCTM. Nik Azis Nik Pa. (1987). Children's fractional schemes. Disertasi tidak diterbitkan, University of Georgia. Nik Azis Nik Pa. (1999). Pendekatan konstruktivisme radikal dalam pendidikan matematik. Kuala Lumpur: Universiti Malaya.

Nik, A. N. (1992). Penghayatan Matematik KBSR dan KBSM. Selangor: Dewan Bahasa dan Pustaka. Reys, R., Lindquist, M. M., Lambdin, D. V., & Smith, N. L. (2009). Helping Children Learn Mathematics. United State of America: John Wiley & Sons, Inc. Sharp, J., & Adams, B. (2002). Childrens Construction of Knowledge for Fraction Division After Solving Realistic Problems. Journal of Educational Research, 95, 333-347. Zakaria, E., Mohd Nordin, N., & Ahmad, S. (2007). Trend Pengajaran dan Pembelajaran Matematik. Kuala Lumpur: Utusan Publications & Distributors Sdn Bhd.

UJIAN DIAGNOSTIK

LAMPIRAN A

TAMBAHKAN PECAHAN BERIKUT DAN TULIS JAWAPAN DALAM BENTUK TERMUDAH SERTA JAWAPAN DILOREKKAN.

TAJUK: PECAHAN ARAHAN: TULIS PECAHAN WAJAR BERIKUT

1. Satu perlapan = 2. Dua pertujuh = 3. Tiga perlima =

4. Empat persembilan = 5. Enam pertujuh =


ARAHAN : TULIS PECAHAN WAJAR BERIKUT DALAM PERKATAAN

1. 2.
ARAHAN :BERIKAN SATU CONTOH PECAHAN WAJAR DAN LOREKKAN

LEMBARAN KERJA

LAMPIRAN B

TAMBAHKAN PECAHAN YANG BERIKUT. TUNJUKKAN LANGKAH PENYELESAIAN DAN BERIKAN JAWAPAN DALAM BENTUK TERMUDAH

NO 1

SOALAN

PENYELESAIAN

+ = + = =

2.

+ =

3.

+ =

4.

+ =

5.

+ =

6.

UJIAN PRA

LAMPIRAN C

1.

2.

3.

+ =

4.

+ =

5.

+ =

6.

+ =

7.

+ =

8.

+ =

9.

+ =