Anda di halaman 1dari 5

SEKOLAH MENENGAH KEBANGSAAN AGAMA SULTAN AZLAN SHAH

SEKOLAH KLUSTER KECEMERLANGAN


SERI ISKANDAR, 32600 BOTA
PERAK DARUL RIDZUAN.

KERTAS CADANGAN

KEJOHANAN
BOLA BALING ASRAMA
TAHUN 2017

TARIKH : 13 – 16 NOVEMBER 2017


HARI : ISNIN - KHAMIS
TEMPAT : PADANG SMKA SULTAN AZLAN SHAH

MEMPERKASA KECEMERLANGAN KE ARAH SBT SECARA HOLISTIK


1. TUJUAN
Kertas kerja ini dikemukakan untuk menmohon kebenaran dari pihak pentadbiran SMKA
Sultan Azlan Shah khususnya dari Pengetua bagi menjalankan Kejohanan Bola Baling
Asrama Tahun 2017. Selain itu, kertas kerja ini juga bertujuan untuk mendapatkan
kelulusan permohonan peruntukan kewangan bagi membiayai kos perbelanjaan program.

2. PENGENALAN
2.1. Kejohanan Bola Baling SMKA Sultan Azlan Shah adalah merupakan salah satu
program tahunan sekolah. Kejohanan ini dirancang bagi mengisi program
kokurikulum SMKA Sultan Azlan Shah bagi tahun 2017.
2.2. Program yang sedang dirancang juga mempunyai matlamat kea rah pengisian
jasmani dan rohani ke arah perkembangan minda murid bukan sahaja sebagai
persediaan untuk menghadapi peperiksaan, tetapi juga kekuatan mental bagi tempoh
jangka panjang di dalam menghadapi realiti kehidupan yang mencabar.
2.3. Kejohanan Bola Baling SMKA Sultan Azlan Shah kali ini merupakan salah satu cara
untuk meningkatkan motivasi murid disamping mempraktikkan ilmu yang dipelajari di
sekolah dengan harapan semoga murid mempunyai akhlak yang terpuji dan
semangat yang kental.
2.4. Unit Sukan dan Kokurikulum dengan kerjasama Bahagian Hal Ehwal Murid dan unit
Kokurikulum mempunyai tanggungjawab untuk melaksanakan pelbagai program
berkaitan dengan perkembangan kokurikulum murid sama ada melalui kegiatan di
dalam atau di luar bilik darjah.

3. OBJEKTIF
3.1. Membimbing murid supaya mengetahui tanggungjawab sebagai warganegara
Malaysia dengan memberi tumpuan terhadap kecemerlangan pendidikan sukan
selaras dengan Pelan Induk Pembangunan Pendidikan dan juga 1 Murid, 1 Sukan.
3.2. Memupuk semangat ke arah menghayati kepentingan kesihatan diri di dalam
kehidupan sejagat, tabah serta unggul dari aspek jasmani, emosi, rohani dan intelek.
3.3. Memperkukuhkan ilmu, kasih saying, nilai murni, pengalaman, pengetahuan,
perpaduan dan semangat jati diri dalam kalangan murid seterusnya menerapkan
kecintaan dan kepentingan ilmu dalam diri, keluarga dan segenap lapisan
masyarakat.
4. JUSTIFIKASI
Program ini memang perlu dijalankan bagi membolehkan pelajar yang selama ini tidak
berkesempatan untuk menunjukkan bakat mereka. Di samping itu, bakat baru ini
sememangnya boleh digilap bagi mewakili negara Malaysia ke pertandingan yang
berprestij tinggi seperti Sukan Olimpik, Sukan Asia dan Sukan Komanwel.

5. TARIKH, HARI DAN TEMPAT


Kejohanan ini dilaksanakan bagi mempertandingkan kategori antara tingkatan. SMKA
Sultan Azlan Shahakan mengadakan Kejohanan Bola Baling SMKA Sultan Azlan Shah
tahun 2017 pada tarikh, masa, dan lokasi seperti di bawah:

Tarikh : 13 – 16 November 2017


Hari : Isnin - Khamis
Masa : 2.30 petang – 6.00 petang
Tempat : Padang SMKA Sultan Azlan Shah

6. KUMPULAN SASARAN
Semua warga Sekolah Menengah Kebangsaan Seri Maju, ibu bapa, penjaga, serta
masyarakat sekitar Butterworth supaya dapat memanfaatkan suasana yang ingin
diwujudkan bagi membantu meningkatkan semangat setiakawan dan kesukanan.

7. TENTATIF PROGRAM
HARI / TARIKH AKTIVITI
Isnin
 Penentuan liga permainan kumpulan 1
(13 November 2017)
Selasa
 Penentuan liga permainan kumpulan 2
(14 November 2017)
Rabu
 Penentuan tempat johan, naib johan & ketiga
(15 November 2017)

 Majlis penutup & penyampaian hadiah


2.15 ptg : Ketibaan peserta
2.30 ptg : Ketibaan tetamu jemputan
Nyanyian lagu Negaraku
Khamis Bacaan doa
(16 November 2017) 2.40 ptg : Ucapan Pengetua
Ucapan tetamu jemputan
3.30 ptg : Tayangan slaid dokumentasi
3.45 ptg : Penyampaian hadiah
4.00 ptg : Majlis bersurai
8. ANGGARAN PERBELANJAAN
Bil. Perkara Jumlah
Hadiah :
 Johan RM80 x 2 unit RM160.00
1
 Naib Johan RM60 x 2 unit RM120.00
 Tempat Ketiga RM50 x 2 unit RM100.00
JUMLAH KESELURUHAN RM380.00

9. SENARAI AHLI JAWATANKUASA PELAKSANA DAN SENARAI TUGAS

JAWATANKUASA INDUK

Pengerusi : En. Mohd Lotpi bin Razali


Pengetua
Timbalan Pengerusi : Tn. Syed Noh bin Habib Hashim
PK Hal Ehwal Murid
Naib Pengerusi 1 : En. Muhamad Saipuddin bin Mohd Said
PK Kokurikulum
Naib Pengerusi 2 : Tn. Hj. Mohd Ghazali bin Dollah
PK Tingkatan 6
Penyelaras : En. Muhammad Amirul bin Alias
Ketua Warden
Setiausaha : Pn. Intan Farahana binti Mohd Ramli
Timbalan Ketua Warden
Bendahari : Pn. Asnidar binti Zakaria
Penyelia Kanan Asrama

AHLI JAWATANKUASA

Persiapan padang
En. Johar Afindi
Pn. Mahani

Pengacara Majlis
En. Muhamad Faizal

Peralatan
Pn. Nur Waheedah

Hadiah dan Sijil


En. Hamad Saikie
Siaraya
En. Mohd Zulkefli

Penyelaras peserta
Pn. Hasnimah

Kebersihan, Keselamtan & Keceriaan


Pn. Hazimah
Pn. Nor Saadah

Dokumentasi
Pn. Noor Shamaiza

10. PENUTUP
Sekalung apresiasi dan jutaan terima kasih dahulu kami ucapkan atas kesudian tuan
pengetua memberi pertimbangan dan perhatian terhadap kertas kerja ini. Kami berharap
semoga tuan dapat meluluskan kertas kerja ini supaya projek ini dapat dijalankan dengan
jayanya bagi mencapai objektif yang sewajarnya.

Disediakan oleh,

(MUHAMMAD AMIRUL BIN ALIAS)


Ketua Warden.

Disemak oleh,

(MOHAMAD SAIPUDDIN BIN MOHD SAID)


Penolong Kanan Kokurikulum.

Diluluskan oleh:

(MOHD LOTPI BIN RAZALI)


Pengetua.

Anda mungkin juga menyukai