Anda di halaman 1dari 6

INSTITUT PENDIDIKAN GURU KAMPUS ILMU KHAS, JALAN YAACOB LATIF, 56000

KUALA LUMPUR.

KERTAS KERJA

BENGKEL ORIENTASI DAN MOBILITI DAN BRAILLE

DISEDIAKAN OLEH

SISWA PENDIDIK PENDIDIKAN KHAS

PROGRAM IJAZAH SARJANA MUDA PENDIDIKAN (PISMP)

AMBILAN JUN 2014


KERTAS KERJA
BENGKEL ORIENTASI DAN MOBILITI DAN BRAILLE

1.0 PENGENALAN
Peningkatan kecemerlangan pelajar Pendidikan Khas Bermasalah Penglihatan
memerlukan gabungan komitmen daripada semua pihak. Pembinaan
kecemerlangan diri untuk berdikari dan berdaya saing dalam masyarakat perlu
mendapat dorongan dan sokongan semua lapisan masyarakat. Masyarakat perlu
sedar bahawa golongan ini mempunyai hak yang perlu diperjuangkan dan
diiktiraf. Bagi memenuhi keperluan bengkel Orientasi dan Mobiliti dan Braille,
program ini dirancang dan pengisiannya diharap dapat memenuhi keperluan
mereka dan sejajar dengan Dasar Pendemokrasian Pendidikan.

2.0 MATLAMAT
Bengkel Orientasi dan Mobiliti dan Braille ini diharapkan dapat memberikan ilmu
pengetahuan bukan sahaja kepada siswa pendidik dalam konteks pengurusan
program malah dapat memenuhi keperluan peserta bengkel. Proses pengajaran
dan pembelajaran melalui kaedah ‘hands on experience’ adalah lebih berkesan
terutama bagi pelajar berkeperluan khas. Meskipun mereka tidak mampu
melihat menggunakan pancaindera penglihatan dengan jelas namun mereka
mampu merasai pengalaman pembelajaran menggunakan pancainderanya yang
lain. Bengkel ini memberi peluang kepada siswa pendidik untuk mendedahkan
kepada masyarakat kemahiran yang dimiliki untuk berkomunikasi iaitu melalui
kemahiran tulisan Braille serta bantuan yang boleh diberikan melalui kemahiran
Orientasi dan Mobiliti. Di samping itu, program ini juga diharapkan dapat
memberi kesedaran kepada masyarakat luar agar lebih cakna kepada keperluan
golongan bermasalah penglihatan dan lebih prihatin dalam membantu golongan
ini.

3.0 OBJEKTIF
Selepas menyertai bengkel ini, adalah diharapkan siswa guru dan peserta dapat :
3.1 Menyesuaikan diri dalam menghadapi pelbagai cabaran sebagai seorang
pendidik
3.2 Memahami dan mengenalpasti ciri-ciri guru cemerlang dan cara
pelaksanaan tugas setiap hari
3.3 Memahami dan menghayati budaya kerja cemerlang dan mengaplikasikan
dalam pengurusan pendidikan seharian.
3.4 Kemahiran individu bermasalah penglihatan : meningkatkan kemahiran
O&M, kemahiran penggunaan kod Braille
3.5 Mengeratkan hubungan dan kerjasama antara bidang perguruan dan
perubatan.
3.6 Mendedahkan kepada masyarakat luar tentang keperluan golongan
berkeperluan khas Masalah Penglihatan.

4.0 BUTIRAN PROGRAM


4.1 TEMPAT
Jabatan Pendidikan Khas, IPG Kampus Ilmu Khas

4.2 TARIKH
08 Februari 2018

4.3 MASA
8.00 pagi hingga 1.00 tengahari

4.4 KUMPULAN SASARAN


Kumpulan G 7.1 (Pendidikan Khas Masalah Pendengaran) – 7 orang

Kumpulan G 7.2 (Pendidikan Khas Masalah Penglihatan) – 10 orang

Pelajar Pasca Siswazah Doktor Pakar Oftalmologi PPUKM- 30 orang

5.0 TENTATIF PROGRAM


Berikut merupakan Bengkel Orientasi Dan Mobiliti dan Braille

MASA PERKARA
8.00 pagi Pendaftaran peserta
Ucapan Pengerusi Majlis
Bacaan Doa
8.30 pagi Nyanyian Lagu Negaraku
Ucapan Pengerusi Program
Ucapan Pengarah IPG Kampus Ilmu Khas
9.00 pagi Bengkel ( Orientasi & Mobiliti dan Braille)
10.30 pagi Kudapan
11.00 pagi Bengkel ( Orientasi & Mobiliti dan Braille)
Majlis Penutupan
12.40 tengah hari
Sesi bergambar

6.0 JAWATANKUASA INDUK DAN PELAKSANA

6.1 Jawatankuasa Induk

Penaung : Dr. Mohd Suhaimi bin Mohamed Ali


Pengarah
IPG Kampus Ilmu Khas
Kuala Lumpur

Penasihat : Dr. Shahrul Arba’iah Bt Othman


Timbalan Ketua Jabatan Pendidikan Khas
IPG Kampus Ilmu Khas
Kuala Lumpur

6.2 Jawatankuasa Pelaksana

Pengerusi : Redlly Madawa


Naib Pengerusi : Esther Joan Dawson
Setiausaha : Amilia Anis Robert
Bendahari : Muhammad Ridwan Bin Abdullah Dawawi
AJK Peralatan dan Runner : 1. Santa Cecelia Frances
2. Aidatul Fatinah Binti Salim
3. Aliff Faiz Bin Dahlan
4. Albinus Salang Anak Wilson Begul
5. Muhammad Zulhaziq Bin Husin
AJK Penyediaan Tempat : 1. Rijalman Bin Ghani
2. Jazmi Hafey Bin Jeffery
AJK Aktiviti : 1. Penyelaras Orientasi & Mobiliti: Haifa Hannani Binti
Hamsa
2. Penyelaras Braille : Haashvinni A/P Gaanesamurthi
AJK Makanan : 1. Ameera Huda Binti Mohamed Amir
2. Nurul Syamimi Nabihah Binti Mud Syukri
AJK Buku Program dan Cenderahati : Sofea Hanim Binti Affendi
AJK Dokumentasi : Ahmad Kamal Syakir Bin Ismail

7.0 IMPLIKASI KEWANGAN


Berikut dinyatakan anggaran kewangan secara keseluruhan untuk perbelanjaan
program :

7.1 ANGGARAN PERBELANJAAN


BIL. PERKARA PERUNTUKAN JUMLAH
1 RM 5.00 x 60 orang RM 300.00 RM 300.00
Jumlah perbelanjaan RM 300.00

8.0 PENUTUP
Secara tuntasnya, kerjasama dan komitmen yang jitu daripada semua pihak yang
terlibat dapat menjayakan bengkel Orientasi dan Mobiliti dan Braille ini dengan
sempurna. Hasil daripada program ini dapat melahirkan guru yang memahami dan
mendalami pengurusan yang lebih sistematik, mempraktikkan nilai-nilai kepimpinan
dan pemahaman terhadap keperluan infrastruktur dan infostruktur sekolah. Justeru,
membentuk guru yang efektif dalam bidang tugasnya serta mempunyai nilai tambah
dan dalam masa yang sama memenuhi keperluan modal insan negara. Diharapkan
juga pelaksanaan bengkel ini dapat mendedahkan peserta kepada rehabilitasi orang
buta selain daripada menambahkan ilmu pengetahuan dan pengalaman menjadi
anggota masyarakat yang lebih prihatin.

Disediakan oleh,

…………………………..
(AMILIA ANIS ROBERT)
Setiausaha,
Bengkel Orientasi dan Mobiliti dan Braille

Disahkan oleh,

……………………………..
(DR. SHAHRUL ARBA’IAH BINTI OTHMAN)
Timbalan Ketua Jabatan Pendidikan Khas,
IPG Kampus Ilmu Khas,
Kuala Lumpur.

Anda mungkin juga menyukai