Anda di halaman 1dari 7

a) Huraikan peranan dan tanggungjawab guru Pendidikan Moral dalam melahirkan rakyat

Malaysia yang menghayati nilai.

Salah satu cabaran negara untuk menjadi sebuah negara maju menjelang tahun 2020 adalah
untuk melahirkan masyarakat yang bermoral dan beretika. Bagi merealisasikan aspirasi
negara, kemantapan dan kemurnian sistem pendidikan negara merupakan asas penting.
Hasrat ini terkandung dalam Falsafah Pendidikan Kebangsaan iaitu untuk melahirkan insan
yang seimbang dan harmonis dari segi jasmani, emosi, rohani dan intelek berdasarkan
kepercayaan dan kepatuhan kepada Tuhan (Mohd Khairi Othman & Asmawati Suhid, 2010)

Menurut Tylor (1961) dalam (Koo Kee Peng, 1980), menyatakan bahawa nilai adalah
darjah dan peraturan, yang secara tergabung, membina cara hidup seseorang manusia. Nilai
menggariskan ideal-ideal dan matlamat-matlamat hidup. Nilai adalah darjah normatif dan
peraturan kerana menjadi asas pegangan yang mempengaruhi pemikiran manusia semasa
membuat pertimbangan dalam menentukan cara dan gaya bertindak secara bertingkah laku
sebaik-baiknya untuk mengekalkan kesejahteraan dirinya.

Nilai adalah idea tentang kepentingan, faedah, mutu dan keber nilaian tentang segala
benda, perkara dan fenomena yang terdapat dan berlaku di dalam semesta ini. N ilai adalah
aspek kualitatif dan subjektif hasil pertimbangan pemikiran dan emosi manusia tentang
pengalamannya dalam proses interaksi dengan alam sekitar dan masyarakat manusia. Hasil
dari pertimbangan pemikiran dan emosi, maka manusia meletakkan sesuatu nilai kepada
segala apa yang dialaminya. Selain itu manusia juga memberikan darjah-darjah nilai yang
berbeza-beza kepada sesuatu perkara yang dipertimbangkannya. Oleh yang demikian,
manusia menetapkan nilai baik dan bagus kepada perkara yang mendatangkan faedah,
keseronokan dan kesejahteraan. Nilai buruk dan jahat diberikan kepada perkara yang
mendatangkan kemudaratan dan yang mengganggu kesejahteraan hidup.

Pendidikan mencorakkan satu lingkungan luas nilai tersendiri yang dikira mempunyai
kesan penting dalam pembangunan individu khususnya dari segi pembinaan moral dan etika,
pengukuhan unsur-unsur kemanusiaan, meningkatkan nilai-nilai sosial dan budaya serta
menyuburkan nilai-nilai kewarganegaraan dan patriotisme (Abdul Rahim Abd Rashid, 2001).

Tujuan utama pendidikan nilai dalam mata pelajaran di sekolah adalah untuk membina
dan menimbulkan kesedaran tentang soal-soal kemoralan, akhlak, etika dalam amalan
kehidupan individu dan masyarakat. Banyak isu penting berkaitan dengan nilai-nilai
kemanusiaan, moral etika, sosial, budaya, patriotisme dan kewarganegaraan yang boleh
ditanamkan sebagai asas membina kesedaran di kalangan generasi muda. Kesedaran sosial
dan moral perlu ditanam bagi mengekalkan kesejahteraan hidup masyarakat.

1
Secara umumnya, pendidikan moral dalam kurikulum boleh dilakukan melalui proses
integrasi, iaitu gabungan antara proses kognitif, proses afektif dan nilai. Proses-proses seperti
pemupukan nilai, penghayatan nilai, kesedaran nilai, analisis nilai dan pendedahan nilai boleh
ditonjolkan melalui cara persembahan dan penulisan tema-tema tertentu yang bersesuaian
dengan sesuatu mata pelajaran. Pendidikan moral dalam kurikulum mata pelajaran juga boleh
diketengahkan dengan menggunakan isu nilai dengan cara mencetuskan dan
membangkitkan pelbagai isu nilai seperti kemoralan, etika, kemanusiaan, dan patriotisme.
Pendekatan rol-model khususnya yang berkaitan dengan watak dan tokoh boleh jadi amat
berkesan untuk tujuan pembelajaran. Pengajaran yang bersifat contoh teladan dalam
pengetahuan yang dipelajari amat penting dititikberatkan.

Perlaksanaan pendidikan moral dalam mata pelajaran di sekolah amat bergantung


kepada strategi di bilik darjah. Guru harus mengetahui dan menggunakan pelbagai
pendekatan dan strategi pengajaran nilai yang sesuai. Walaupun ada pihak yang mendakwa
nilai tidak boleh di ajar dan guru tidak sepatutnya mengajar nilai, tetapi nilai sebagai satu
bentuk pengetahuan dan tingkah laku pada umumnya boleh di ajar dan guru tidak sepatutnya
mengajar nilai, tetapi nilai sebagai satu bentuk pengetahuan dan tingkah laku pada umumnya
boleh di ajar dan perlu dipelajari. Sebagai sesuatu domain efektif, nilai boleh dipelajari dengan
pelbagai cara. Jika aktiviti pembelajaran yang bersifat praktikal dapat dilaksanakan dengan
melibatkan pelajar maka pembelajaran nilai atau moral akan menjadi lebih bermakna dan
berkesan untuk dikuasai oleh pelajar. Pembelajaran moral yang bersifat pragmatik
melibatkan proses membuat keputusan dan proses menilai yang memerlukan pelajar berfikir
secara rasional dan kritis.

Oleh itu, guru memainkan peranan yang cukup luas dalam mencorakkan
perkembangan nilai dalam pembangunan sekolah. Selain pengaruh latar belakang
sosiobudaya dan etnik guru yang berbeza, guru juga menganut pelbagai fahaman pandangan
dan pemikiran yang mempengaruhi pelajar di sekolah dari masa ke semasa. Pengaruh guru
dalam kehidupan dan perkembangan nilai hidup boleh dikatakan tanpa batasan. Guru-guru
yang berpengaruh dan berkesan menjadi rol-model kepada pelajar. Nilai-nilai tertentu
disebarkan melalui aspirasi dan idealisme guru dalam pelbagai perkara. Adakalanya guru
memasukkan nilai-nilai moral ke dalam diri murid tanpa disedari oleh guru dengan
perbuatannya.

2
Secara umumnya, nilai merupakan unsur yang dinamik kepada reformasi, perubahan
dan kemajuan yang dicapai oleh sebuah sekolah. Guru yang berkesan meletakkan nilai
akademik dan nilai kejayaan yang tinggi dalam pelajaran sebagai matlamat utama pada
dirinya. Pembaharuan yang berlaku dalam diri guru seperti nilai bekerja, dedikasi, intelektual,
pengurusan, kepimpinan dan moral yang tinggi dalam diri seseorang guru tersebut.

Kesimpulannya, guru Pendidikan Moral memainkan peranan yang penting dalam


melahirkan sebuah masyarakat Malaysia yang menghayati nilai serta tanggungjawab tersebut
bukan sahaja terletak pada bahu guru Pendidikan Moral sahaja malahan pada setiap guru.
Hal ini sedemikian kerana, guru merupakan individu yang berada paling dekat dengan murid
selain daripada ibu bapa mereka. Pengamalan nilai tersebut perlu diterapkan dari bangku
sekolah lagi iaitu ketika usia murid tersebut masih muda kerana melentur buluh biarlah dari
rebungnya.

3
b) Banding beza di antara pentaksiran formal dengan pentaksiran tidak formal dan bincangkan
masalah pentaksiran yang berlaku di sekolah.

Pentaksiran boleh dibahagikan kepada dua jenis iaitu penilaian formal dan penilaian tidak
formal. Penilaian formal merangkumi penilaian formatif dan sumatif. Pentaksiran formatif
melibatkan penggunaan ujian untuk mengukur perkembangan pembelajaran setelah pelajar
selesai mengikuti satu unit pelajaran yang kecil. Keputusan yang diperoleh digunakan untuk
memperbaiki pembelajaran dan bukan untuk menetapkan gred atau kedudukan dalam bilik
darjah. Program pengayaan akan diadakan untuk murid-murid yang mendapat pencapaian
yang cemerlang, manakala program pemulihan akan diadakan untuk murid-murid yang tidak
dapat menguasai pembelajaran tersebut. Pentaksiran sumatif ialah penilaian yang dijalankan
pada akhir suatu kursus. Tujuannya adalah untuk menentukan gred atau taraf sijil. Skop ujian
sumatif adalah luas dan lazimnya mengukur satu contoh semua tugasan pembelajaran yang
ditetapkan dalam pengajaran.

Ujian Formatif Ujian Sumatif


Tujuan Untuk membimbing satu Untuk menilai dan
proses yang masih dalam menghakimi tahap kejayaan
perlaksanaan sesuatu proses yang telah
sempurna dilaksanakan
Masa pentaksiran Semasa proses sedang Di akhir sesuatu proses yang
berjalan telah dilaksanakan
Jenis Teknik Pentaksiran Pemerhatian tidak formal, Ujian formal, projek,
kuiz, kerja rumah, soalan peperiksaan
pelajar, lembaran kerja dan
lain-lain
Kegunaan maklumat Memperbaiki dan mengubah Untuk membuat
pentaksiran proses yang sedang penghakiman terhadap
berlangsung. pencapaian keseluruhan
proses, pemberian gred,
penempatan,
penganugerahan dan lain-
lain.

4
Pentaksiran Tidak Formal

Matlamat utama penilaian tidak formal adalah memberi gambaran yang menyeluruh
mengenai profil pelajar dari segi nilai dan sikap. Pelaporan penghayatan ini hendaklah
membayangkan ciri-ciri perkembangan pelajar. Pentaksiran ini tidak memberi gambaran
gagal atau lulus tetapi menghuraikan tahap kemajuan pelajar. Pelbagai cara dijalankan untuk
melaksanakan pentaksiran tidak formal iaitu pemerhatian, senarai semak dan skala
pemeringkatan, rekot anekdot, hasil kerja pelajar dan temu bual.

Perbezaan pentaksiran formal dan tidak formal

Aspek Formal Tidak Formal


Konsep Pentaksiran formal Pentaksiran tidak formal
merupakan pentaksiran merupakan pentaksiran
yang dilaksanakan mengikut yang dilaksanakan secara
prosedur yang telah memerhati (pemerhatian)
ditetapkan bagi tingkah laku murid, emosi
mendapatkan pencapaian dan kognitif murid.
murid.
Matlamat Memastikan sesuatu proses Memberikan gambaran
pengajaran dan menyeluruh tentang nilai dan
pembelajaran berkesan. sikap murid.
Penekanan dalam Kognitif dan pemikiran Kognitif, emosi dan tingkah
pentaksiran murid. laku murid.
Masa Formatif
Sepanjang pengajaran Dilaksanakan berdasarkan
dan pembelajaran masalah yang dihadapi oleh
Sumatif murid.
Pada pertengahan atau
hujung tahun
Alat Pengukuran Ujian pertengahan & Pemerhatian
hujung semester Senarai semak
Kuiz Rekod anekdot
Projek atau tugasan Hasil kerja murid
PMR, SPM, STPM Portfolio

5
Sasaran Individu
Seluruh murid Kumpulan
Kelas

Masalah pentaksiran yang berlaku di sekolah

Di dalam kajian Mohd Azhar Mat Ali (1999), berkenaan dengan pengendalian
pengukuran pencapaian akademik di SMK Jerantut mendapati guru-guru di sekolah kajiannya
mampu menjalankan penilaian formatif iaitu pentaksiran dalam bilik darjah semasa
menjalankan proses pengajaran dan pembelajaran dengan baik tapi pengendaliannya tidak
mencapai matlamat di mana terdapat percanggahan antara tujuan dan kaedah yang
digunakan dalam pentaksiran. Kajian beliau mendapati terdapat guru yang memberikan
markah dan merekod markah pelajar di dalam buku rekod mengajar.

Menurut DR. Sulaiman Masri (1998) dalam Utusan Online, sistem pendidikan di
Malaysia adalah berorientasikan peperiksaan dan mementingkan keputusan telah
menyumbang ke arah melahirkan pelajar yang cemerlang yang mementingkan keputusan
semata-mata tetapi tidak berminat membaca langsung. Akibatnya, lahirnya pelajar yang
kurang daya berfikir, tidak kreatif, kurang keyakinan dan kurang daya bersaing dalam realiti
kehidupan sebenar.

Kesimpulannya, pentaksiran amatlah perlu dilaksanakan semasa proses pengajaran


dan pembelajaran di dalam bilik darjah. Jika guru bertindak menunggu ujian bulanan,
peperiksaan hujung tahun sahaja sebagai penilaian secara formal, maka kesannya adalah
lambat dan tidak dapat menolong mereka membuat tindakan segera dengan cepat untuk
memperbetulkan perancangan, kaedah dan pendekatan pengajaran di dalam bilik darjah
(Black & William, 1998).

6
Rujukkan

Mohamad Azhar Mat Ali. (1999). Kajian pengendalian pengukuran pencapaian akademik
pelajar di Sekolah Menengah Kebangsaan Jerantut / Mohamad Azhar bin Mat Ali. 81.

Abdul Rahim Abd Rashid. (2001). Nilai-nilai Murni Dalam Pendidikan Menghadapi Perubahan
dan Cabaran Alaf Baru. Kuala Lumpur: Utusan Publication .

DR. Sulaiman Masri. (1998, Julai 23). Utusan Online. Retrieved from
http://ww1.utusan.com.my/utusan/info.asp?y=1998&dt=0723&pub=Utusan_Malaysia
&sec=Gaya_Hidup&pg=ls_02.htm

Koo Kee Peng. (1980). Pendidikan Moral. Kuala Lumpur: Kumpulan Budiman.

Mohd Khairi Othman & Asmawati Suhid. (2010). Peranan Sekolah dan Guru dalam
Pembangunan Nilai Pelajar Menerusi Penerapan Nilai Mumi: Satu Sorotan. MALIM -
SEA Journal of General Studies , 117-130.

Anda mungkin juga menyukai