Anda di halaman 1dari 6

PENDEKATAN

K E P E D U L I A N / P E N YAYA N G
MODELLING

• Komponen ini adalah penting dalam menunjukkan bagaimana kita mengambil berat terhadap
orang tersayang.
• Menunjukkan kepada mereka bagaimana untuk mengambil berat dan menyayangi dengan cara
membuat hubungan yang baik terhadap mereka.
• Keupayaan untuk mengambil berat mungkin bergantung kepada pengalaman yang cukup dalam
disayangi.
DIALOG

• Komponen ini bukan sahaja percakapan atau perbualan semata-mata, tetapi ianya mempunyai
pembuka dan penutup, dimana kedua-dua pihak mengetahui keputusan atau matlamat yang akan
dicapai melalui akiviti berdialog.
• Memberikan pelajar peluang untuk bertanya dan membantu kedua-dua pihak mencapai
keputusan yang seimbang dan dipersetujui.
• Contoh :
Guru yang mengamalkan komponen ini pula akan sentiasa mewujudkan komunikasi di dalam
kelasnya. Komunikasi yang baik di antara guru dan murid sudah tentu akan meningkatkan
penglibatan murid dalam pengajaran dan pembelajaran. Ini seterusnya akan dapat meningkatkan
lagi kualiti pengajaran guru.
PRAKTIS
• Sikap dan mentaliti sedikit sebanyak dihasilkan oleh pengalaman.
• Praktis yang diberikan mesti dengan orang yang boleh mendemonstrasi sikap penyayang, kerana
kita tidak mahu anak-anak kita mempelajari kemahiran menyayangi dan mengambil berat tanpa
ciri-ciri sikap penyayang.
• Komponen ini juga hampir sama dengan komponen modeling di masa guru akan
mempraktikkan bagaimana untuk menunjukkan kasih sayang di antara guru dan murid :

Sebagai contoh, guru bertanya khabar kepada seorang murid. Apabila guru berbuat demikian,
murid itu mengucapkan terima kasih. Pertanyaan guru dan maklum balas murid itu merupakan
salah satu praktis. Praktis yang dilakukan secara bersungguh-sungguh juga akan dapat
menggalakkan hubungan baik di antara guru dan murid
KEPASTIAN

• Komponen ini boleh didefinisikan sebagai perlakuan yang menggalakkan sesuatu yang terbaik
daripada orang lain (Martin Buber, 1965). Apabila kita pasti seseorang itu mampu melakukan yang
terbaik, kita dapat meningkatkan dan menggalakkan perkembangan mereka.

• Kita boleh melakukan ini hanya sekiranya kita mengenali seseorang dengan cukup rapat untuk
mengenalpasti apa yang mereka hendak capai. :

Sebagai contoh, jika guru tahu bahawa minat murid-murid di kelas berkenaan adalah lebih kepada
belajar menggunakan teknologi maklumat, misalnya komputer, guru perlu menggalakkan aktiviti
tersebut. Langkah guru ini sudah tentu akan mewujudkan rasa penghargaan di kalangan murid-murid
dan mereka sudah tentu akan melibatkan diri secara aktif dalam pengajaran guru.
HTTPS://WWW.YOUTUBE.COM/WATC
H?V=KCA_2TPAOJC

Anda mungkin juga menyukai