Anda di halaman 1dari 10

DISEDIAKAN OLEH: TIU SONG NI

2 PISMP PML 1
satu program yang membolehkan murid belajar secara kendiri melalui
penggunaan bahan pembelajaran dan pemilihan aktiviti pembelajaran
sendiri.
Murid diberi peluang memilih aktiviti, menilai hasil kerja dan memantau
kemajuan mereka sendiri agar mereka (mempunyai autonomi)
bertanggungjawab dan berdikari terhadap pembelajaran mereka.
satu pendekatan pembelajaran yang berpusatkan murid dan
pembelajaran berlaku atas daya usaha murid sendiri.
CIRI-CIRI PAK

Persekitaran pembelajaran fleksibel, selesa, tanpa tekanan


Mudah akses kepada bahan pembelajaran dan bantuan fasilitator
Pilihan bahan dan aktiviti pembelajaran yang luas
Belajar secara bersendirian / kumpulan
Belajar mengikut kadar dan kemampuan individu
Kemudahan mentaksir pencapaian sendiri
DSKP BM SK TAHUN 4 Objektif:

Standard Pada akhir pembelajaran, murid dapat:


Pembelajaran i. Menyatakan tiga kata adjektif dan tiga
5.1.5 Memahami kata penguat yang terdapat dalam
dan Menggunakan petikan yang dibaca dengan betul
Kata Adjektif dan
Kata Penguat ii. Membina lima ayat mudah dengan
dengan Betul menggunakan kata penguat dan kata
Mengikut Konteks. adjektif dalam pelbagai situasi dengan
tepat
iii. Mengisi tempat kosong dengan
menggunakan kata penguat dan kata
adjektif dengan betul.
Contoh Bahan-bahan dalam Pembelajaran Akses
Kendiri

1. Bahan bercetak
Lembaran kerja berkaitan dengan golongan kata
disusun mengikut sistem kod warna dan aras-aras iaitu dari yang mudah kepada yang
susah
Disusun di dalam kotak (browser boxes)
Kotak-kotak dilabel mengikut kemahiran
Dibalut dengan plastik (laminate) untuk ketahanan / keselamatan

Aktiviti: murid memilih lembaran kerja yang disukai dan melengkapkan lembaran tersebut
Buku cerita / majalah / surat khabar
Pelbagai jenis buku cerita yang berunsur pendidikan disusun di sudut bacaan
atau di atas rak

Aktiviti:
murid berinisiatif untuk membaca bahan bacaan
meluaskan kosa kata
Belajar golongan kata seperti kata adjektif melalui buku cerita, majalah atau
surat khabar
2. BAHAN BUKAN BERCETAK

Pita kaset, video atau cakera padat


Disimpan dalam sampul plastik dan diletakkan di atas rak
Disusun secara menegak supaya mudah dikenal pasti tajuk

Aktiviti :
Murid menjalankan latihan yang terdapat dalam cakera padat
Murid dikehendaki berjumpa dengan guru mereka untuk mendapatkan pita kaset,
atau cakera padat
Murid menggunakan komputer di makmal komputer untuk belajar secara individu
TANGGUNGJAWAB GURU

Menggalakkan murid berinteraksi sesama sendiri


Mewujudkan persekitaran yang memberi peluang murid menguji
kemampuan sendiri
Membantu murid menyedari pelbagai strategi pembelajaran
Melatih murid belajar sendiri
Membimbing murid jika perlu
TANGGUNGJAWAB MURID

Mengenal pasti keperluan sendiri


Mengenal pasti kebolehan sendiri
Menetapkan matlamat sendiri
Mengenal pasti masa pembelajaran sendiri
Menyediakan pelan pembelajaran sendiri

Anda mungkin juga menyukai