Anda di halaman 1dari 6

MODEL AKIBAT LOGIKAL DREIKURS

MODEL AKIBAT LOGIKAL DREIKURS Menurut Chong Lean Keow(2009), Model Akibat Logikal Dreikurs ini diutarakan oleh dreikurs. Model ini berasaskan empat premis asas teori Adler: Manusia adalah makhluk sosial dan motivasi asas mereka ingin dimiliki atau menjadi ahli sesuatu kelompok Kesemua tingkahlaku adalah bersebab Manusia adalah organisme yang berupaya membuat keputusan Realiti dipersepsikan oleh manusia

Sebagai penjelasan lanjut, fokus utama dreikurs ialah mewujudkan suasana bilik darjah yang bersifat demokratik di mana murid-murid rasa dipunyai. Oleh itu guru yang inginkan kawalan bilik darjah yang baik tidak seharusnya menggunakan hukuman. Jadual dibawah merupakan teknik-teknik yang boleh digunkan setimpal dengan keempat-empat motif tingkahlaku bermasalah. Motif Inginkan perhatian: sengaja membangkitkan kemarahan cikgu cara-cara seperti mengetuk-ngetuk pensel, bercakap-cakap dengan rakan dan lain-lain Menggunakan kuasa: pergelutan kuasa antara guru dan murid seperti enggan menyempurnakan tugas, sengaja meninggalkan buku dan lain-lain Membalas dendam: murid terasa tidak diberikan layanan yang adil yang ditunjukan melalui cara cara seperti mencur,berlawan, merosakkan harta benda sekolah dan lain-lain Memaparkan kekurangan: tindakan lain selain dari diatas seperti mengundukan diri, mengasingkan diri dan lain-lain Teknik yang disyorkan Minimumkan tahap perhatian- jangan endahkan tingkahlaku tersebut. Iktiraf tingkahlaku bermasalahserapkan dalam sesi pengajaran. Cuba kekalkan persekitaran pembeajaran yang positif. Alihkan fokus ke tempat lain Usahakan supaya murid yang berkenaan menyedari kelakuannya Sama seperti 2

Ubahsuai kaedah mengajar Gunakan bahan bantu pembelajaran berbentuk maujud atau komputer

Antara cara yang boleh dilaksanakan dalam menangani masalah didalam soalan perbincangan iaitu apabila loceng menandakan sudah tamat sesi pengajaran. Sambil Cikgu Lin bersedia untuk keluar dari kelas Empat Bestari, beliau dapati ukiran singkatan OK atas sebuah meja. Sepanjang waktu mata pelajaran Sejarah tadi, Khan duduk di tempat tersebut. Oleh itu, bukan sukar bagi Cikgu Lin meneka murid siapa yang telah melakukan salah laku tersebut. Cikgu Lin boleh menggunakan akibat logikal bertujuan membetulkan tingkahlaku bermasalah. Akibat logikal berpegang kepada prinsip bahawa murid harus diberikan pilihan untuk membetulkan tingkah lakunya serta tidak dipaksakan untuk bertingkah laku mengikut arahan. Dengan itu, murid boleh boleh belajar menjadi lebih bertanggungjawab. Bagi situasi tingkalah laku bermasalah yang dilakukan oleh Khan, tindakan guru adalah:
Berikan murid berkenaan pilihan SAMA ADA mencuci bersih cadangan tersebut ATAU dikenakan bayaran sebagai upah pekerja am mencuci contengan tersebut.

Melalui tindakan tersebut sudah tentu memberikan kesedaran dan tanggungjawab kepada murid berkenaan. Kekuatan dan kekurangan bagi model akibat logikal dreikurs ini ialah: Kekuatan Memupuk autonomi dimana murid bertanggungjawab atas tindakan dan pilihan mereka Mewujudkan persekitaran pembelajaran yang kondusif melalui komunikasi yang terbuka dan sling hormat- menghormati antara muridmurid Kekurangan Agak sukar untuk guru permulaan mengenal pasti serta memahami motif murid-murid melakukan salah laku Agk sukar untuk mengenal pasti akibat logikal yang setimpal dengan salah laku tertentu

http://pasarnota.blogspot.com/2011/12/model-akibat-logikal-dreikurs.html

TEORI DREIKURS Rudulf Dreikurs (1897-1972) merupakan seorang psikatris dan pendidik yang popular di Amerika Syarikat. Beliau memperkembang sistem psikologi individu Alder supaya membina sesuatu kaedah pragmatik untuk memahami tujuan dan punca masalah tingkah laku kanak-kanak serta merangsangkan tingkah laku koperatif tanpa hukuman atau ganjaran. Dreikurs menumpukan fokus kajian untuk pra-remaja. Mengikut beliau, masalah tingkah laku kanakkanak harus ditangani oleh pihak sekolah dan rumah bersama. Ini menunjukaan Dreikurs lebih menekankan pengajaran demokratik dan berdepan kesalahan. Pada pendapat beliau, disiplin adalah bukannya satu bentuk hukuman. Sebaliknya ia adalah satu cara untuk mengajar kanak-kanak untuk mengenakan satu tahap kepada diri mereka sendiri. Seorang guru yang mempunyai sifat demokratik akan memberikan bimbingan dan sifat kepimpinan yang kukuh dan kuat.

Dreikurs juga menyatakan bahawa setiap tingkah laku mempunyai tujuan tertentu. Maka, beliau telah membina instrumen yang paling berkesan untukk memahami tingkah laku seseorang kanak-kanak. Pertama sekali, beliau menyatakan bahawa terdapat empat matlamat bertingkah laku yang tidak diingini. Dreikurs menyatakan bahawa seseorang individu bertingkah laku buruk akibat kekurangan keperluan kepunyaan dalaman serta kekurangan memberi

sumbangan kepada sesuatu kumpulan yang berinteraksi dengannya. Matlamat kedua ialah bagi memenuhi kekurangan keperluan tersebut, individu akan berusaha menggunakan tingkah laku tidak diingini untuk mencapai matlamatnya. Dreikurs menyatakan bahawa sebab utama individu tertingkah laku buruk ialah keperluan perhatian. Matlamat ketiga bagi berlakunya sesuatu tingkah laku tidak diingin ialah sekiranya tidak dapat perhatian yang dihasrat, individu itu akan merajuk dan berusaha membalas dendam. Matlamat yang keempat pula melibatkan keadaan wujudnya inferioriti kompleks dalam diri kanak-kanak tersebut sekiranya gagal membalas dendam.

Ini menunjukkan semua kanak-kanak mempunyai perasaan untuk dimiliki. Mereka mahukan satu keadaan dimana mereka selalu dihargai dan juga diberikan penghargaan . Kebanyakan tingkah laku mereka adalah untuk menarik perhatian orang lain agar memberikan perhatian kepadanya. Segala kesilapan berkaitan dengan empat kesilapan, iaitu mendapatkan perhatian, kebolehan mencari, membalas dendam, dan mempamerkan ketidak puasan hati.

Bagi menangani tingkah laku tidak diingini tersebut, Dreikurs telah mengusulkan empat langkah menangani tingkah laku sedemikian. Langkah pertama ialah guru perlu berusaha mengenal pasti matlamat tersilap murid, iaitu dengan memberi perhatian kepada responnya terhadap tingkah laku buruk muridnya sambil memerhati tindak balas murid tersebut. Langkah kedua ialah guru tersebut harus menentang matlamat tersilap itu dengan keterangan yang munasabah melalui perbincangan logik tentang kesilapan yang diaplikasikan oleh muridnya. Dalam langkah ketiga, guru itu perlu mengelakkan rampasan kuasa dengan menarik balik imej autoriti guru, sebaliknya turunkan kuasa kepada murid bertingkah laku buruk iaitu memberi peluang mengarah dan membuat keputusan. Selain itu, Dreikurs juga mencadangkan langkah-langkah menangani tingkah laku membalas dendam, misalnya dengan memberi sokongan yang konsisten kepada murid bermasalah agar menonjolkan prestasi baiknya supaya mudah mendapat perhatian orang lain. Dalam langkah keempat pula, seseorang guru perlu memberi galakan kepada murid bermasalah dengan peneguhan atas usaha mereka walaupun sedikit sahaja.

Dengan andaian ini, Dreikurs telah memperkembangkan sistem akibat logikal dan akibat semula jadi yang merangkumi akibat tingkah laku yang buruk. Akibat logikal merupakan hasil tingkah laku yang berikutnya adalah rasional atau bukan-rasional yang mana kedua-duanya melibatkan murid membetulkan kesilapan yang dilakukannya. Misalnya, seorang murid yang tidak menyiapkan kerja dalam bilik darjah, perlu menyempurnakan kerja itu sebagai kerja rumah. Dreikurs menyatakan bahawa dalam bilik darjah yang demokratik, akibat logikal

membawa implikasi bahawa murid mengetahui akibat tingkah laku yang tidak diingini terlebih dahulu. Keadaan ini adalah sebab mereka merupakan peserta yang tentukan peraturan dalam sesebuah bilik darjah.

Seterusnya ialah akibat semula jadi yang berlainan sungguh konsepnya dengan akibat logikal. Akibat semula jadi merupakan hasil tingkah laku yang berikutnya berlaku secara semula jadi. Mengikut akibat semula jadi ini, seseorang individu yang bertingkah laku buruk akan menerima akibat yang setimpal dengan tingkah laku buruknya itu. Misalnya, seorang murid yang menumbuk atau menendang dinding bilik darjah dengan kuat akan menjadikan tangan atau kakinya sendiri luka berikutan tingkah laku buruknya itu.

Kesimpulannya, matlamat keseluruhan Dreikurs ialah hukuman bukan suatu kaedah yang berkesan untuk menangani masalah disiplin. Malah, beliau berpendapat bahawa tindakan hukuman guru merupakan balas dendamnya terhadap murid selain menunjukkan autoriti guru selain membawa malu kepada murid yang dihukum itu. Dreikurs percaya strategi paling berkesan menangani masalah tingkah laku ialah pencegahan. Fokus utamanya ialah ke atas tingkah laku konstruktif dan bukan disiplin paksaan. Maka, beliau usulkan pembinaan bilik darjah demokratik dan stail pengajaran dengan menurunkan kuasa kepada murid agar setiap murid dapat menyumbang sebagai ahli bilik darjah. Beliau berpendapat bahawa dengan ini, murid akan mempunyai minat sosial dan memahami manfaat dirinya dalam penyertaan aktiviti bilik darjah.

Apabila teori ini dikaitkan dengan kajian kes The Phantom Pregnancy , didapati bahawa pelajar bernama Teri Leigh yang mempunyai masalah keluarga menjadi pelajar bermasalah dan menyebabkan pelajarannya terganggu. Merujuk kapada model ini, sebagai seorang guru yang berdedikasi, Barbara Thompson harus mencari punca-punca yang menyebabkan murid itu menjadi bermasalah. Sebagai seorang guru, beliau juga perlu mengenalpasti kesalahan dalam cara pengajaranya dan berusaha untuk mencari jalan untuk meyakinkan murid berkenaan serta menyelesaikan masalahnya. Misalnya, sedarkan Teri Leigh

tentang tingkah laku buruknya, iaitu keinginan untuk melahirkan anak dalam usia semuda 12 tahun itu untuk mendapatkan perhatian orang lain. Namun, Barbara harus memastikan agar beliau tidak menggunakan disiplin paksaan semata-mata kerana ini hanya akan mengungkit sifat balas dendam dalam diri Teri. Maka, beliau harus mengambil strategi yang bernas dengan membuat bernas dengan menerangkan akibat logikal dan akibat semula jadi yang akan dihadapi oleh Teri Leigh sekiranya dia hamil dalam usia muda dan menyedarkannya serta mencegahnya dari tingkah laku buruk.

http://akugpc.blogspot.com/2010/05/teori-dreikurs.html

Anda mungkin juga menyukai