Anda di halaman 1dari 3

CARA-CARA MENINGKATKAN INGATAN

Menurut Hj. Abdul Fatah Hassan (1994), seseorang yang


mengamalkan gaya hidup yang sihat dan juga mengamalkan konsep
pendidikan sepanjang hayat, kebolehan minda dan daya ingatannya
akan terus meningkat. Kemampuan ingatan seseorang itu akan
terus meningkat jika sentiasa digunakan. Kemampuan otak akan
semakin berkurang jika tidak digunakan. Oleh itu, pembelajaran dan
latihan minda yang berterusan amatlah perlu supaya kebolehan otak
dan daya ingatan semakin terus meningkat.

Mengikut Sitik (2013), daya ingatan atau kemahiran kognitif


seseorang itu akan berkurangan secara beransur-ansur selepas
umur 27 tahun. Namun begitu, beberapa usaha boleh dilakukan
untuk melambatkan penurunan kognitif ini dan seterusnya dapat
meningkatkan semula daya ingatan, di samping dapat menghindari
penyakit Alzheimer dan nyanyuk yang lain.

Berikut adalah beberapa cara untuk meningkatkan ingatan:

i) Belajar Berlebihan

 Kajian menunjukkan bahawa ingatan kekal lebih lama


dan proses ingat kembali menjadi lebih mudah apabila
sesuatu bahan itu dipelajari secara berlebihan sehingga
dikuasai sepenuhnya.

 Kita perlulah belajar dengan berlebihan terutama dalam


perkara yang sukar.
ii) Pemahaman yang Bermakna

 Kita perlulah menekankan tentang pemahaman konsep


dan bukan menumpukan kepada ulangan fakta.

 Apabila seseorang itu belajar dengan pemahaman


mengikut kategori, mereka akan belajar maklumat baru
dengan cepat dan cekap.

iii) Mengaitkan Bahan Baru Kepada yang Sedia Ada

 Kita perlulah berusaha untuk mengaitkan perkara-


perkara baru yang dipelajari kepada pembelajaran yang
sudah lama dan disimpan dalam bentuk kategori.

 Apabila bahan baru dikaitkan dengan pengetahuan sedia


ada, pengajaran akan menjadi lebih berkesan.

iv) Bahan Pembelajaran yang Bermakna

 Penggunaan alat bantu mengajar yang sesuai untuk


meningkatkan kefahaman, seterusnya membentuk
konsep yang betul bagi meningkatkan tahap ingatan.
v) Iklim Pembelajaran yang Kondusif

 Iklim pembelajaran yang kondusif dan selesa menjadikan


emosi seseorang itu tenteram dan ceria.

 Emosi yang cemas akan gagal memperoleh


keberkesanan hasil pembelajaran, dan seterusnya
mengurangkan kuantiti ingatan.

vi) Mengajar Secara Menarik Untuk Menangkap Perhatian

 Penggunaan teknik motivasi yang sesuai menjadikan


kita berasa seronok semasa pembelajaran.

 Pemberian ganjaran dapat menarik minat dan elakkan


hukuman yang akan membunuh semangat serta
mengurangkan ingatan seseorang itu.

RUJUKAN

Hj. Ab Fatah Hasan. (1994). Penggunaan Minda yang Optimum dalam Pembelajaran.
Unit Penerbitan Akademik. Amapang Press Sdn Bhd.

Mya Afifi (2009). Ingatan dan lupaan. Dilayari pada 10 April 2018 di
http://pelangipetang89.blogspot.my/2009/12/ingatan-dan-lupaan.html

Sitik (2013). Cara Mudah Meningkatkan Daya Ingatan. Dilayari pada 10 April 2018
di https://sitik.wordpress.com/2013/04/03/20-cara-mudah-meningkatkan-daya-
ingatan/

Anda mungkin juga menyukai