Anda di halaman 1dari 7

TUGASAN 2

Pada 28 Januari yang lalu saya bersama rakan praktikum saya telah menjalankan
pengajaran makro untuk pendidikan bimbingan. Rancangan Pengajaran harian ( RPH )
bimbingan yang telah dirancang perlu dilaksanakkan kepada kumpulan sasaran yang
berbeza. Oleh itu, saya dan rakan praktikum saya telah melaksanakan RPH bimbingan
yang kami laksanakn kepada kelas 5 Gemilang ( Kelas cerdik ) dan 5 Bestari ( Kelas
yang kurang cerdik ).
Rakan praktikum saya telah mengambil

kelas 5 Gemilang untuk melaksanakan aktiviti

bimbingan yang kami rancang. Saya telah membuat pemerhatian kelas dengan
menggunakan borang soal selidik . Ini adalah contoh borang pemerhatian yang saya
gunakan untuk membuat pemerhatian terhadap amalan pengajaran dan pembelajaran
yang dia lakukan.

CONTOH BORANG PEMERHATIAN

BORANG SENARAI SEMAK PEMERHATIAN PENGLIBATAN MURID DALAM


KELAS
Tandakan X pada pilihan jawapan anda.

Bil
1

Soalan
Murid mendengar dan mengikuti arahan guru
Melibatkan diri (mencuba) dalam aktiviti secara sukarela

2
(lelaki)
Melibatkan diri (mencuba) dalam aktiviti secara sukarela
3
4
5
6
7
8
9

(perempuan)
Murid bekerjasama dalam kumpulan
Murid memberi sumbangan idea
Murid menjawab soalan yang guru ajukan
Murid ada ajukan soalan kepada guru
Murid beri perhatian kepada guru
Murid aktif dalam melibatkan diri dalam PnP

Jawapan
Ya
Tidak

Kekuatan
Penyampaian pelajaran yang menggunakan teknologi komputer iaitu persembahan
powerpoint dalam pengajaran menarik minat murid murid. Dengan menggunakan ICT
murid lebih memahami isi pelajaran yang diajarkan kerana murid lebih Nampak
gambaran sebenar. Murid lebih berminat untuk belajar kerana banyak animasi yang
boleh menarik minat murid. Melalui penggunaaan komputer dan

LCD , murid lebih

bersemangat dan akan memberikan sepenuh tumpuan semasa sesi pengajaran dan
pembelajaran.

Selain itu , set induksi yang menggunakan tayangan video klip tentang jenis jenis i
think telah menarik perhatian murid - murid . Seterusnya menyediakan murid murid
untuk mengikuti pelajaran pada hari tersebut. Semua murid mendengar penerangan
daripada tayangan dan melibatkan diri dalam pengajaran guru.Murid murid dapat
menjawab soalan yang dikemukakan oleh guru yang berkaitan dengan tayangan
video tersebut. Ini bermakna semua memahami isi kandungan yang disampaikan.
Apabila murid dapat menonjolkan tingkah laku yang positif dalam bilik darjah dan
dapat menjawab soalan yang ditujukan dengan tepat maka saya memberikan pujian
yang membina. Pujian yang digunakan telah mendorongkan murid untuk berusaha
dengan tekun lagi. Selain itu, dia juga memberikan ganjaran kepada murid yang dapat
menjawab soalan dengan tepat. Dengan ini murid lebih bersemangat untuk mengikuti
proses pengajaran dan pembelajaran.Interaksi mesra semasa melaksanakan proses
pengajaran dan pembelajaran juga telah member galakkan.Murid berasa selesa dan
tidak tertekan, dan merangsang pemikiran untuk melahirkan idea yang lebih bernas
dan tersusun.
Guru juga dapat menunjukkan ekspresi muka yang bersungguh sungguh semasa
menyampaikan pelajaran atau semasa mengambarkan sesuatu situasi. Kontak mata
yang baik walaupun masih memberi tumpuan utama kepada murid yang hanya di
bahagian hadapan kelas. Komunikasi bukan lisan yang diutarakan oleh Egan ( 1994)
merujuk kepada tingkah laku badan , ekspresi wajah dan kualiti suara. Berkomunikasi
secara lisan atau bukan lisan dengan berkesan amat penting untuk memastikan
kelancaran proses pengajaran dan pembelajaran.Hal ini kerana proses pengajaran
dan pembelajaran melibatkan banyak aktiviti komunikasi di antara pelajar dengan guru
serta pelajar dengan pelajar. Guru misalnya akan mengangguk kepala tanda setuju
dengan pandangan pelajar dan menggeleng sebagai tanda tidak terima.

Dalam proses pengajaran dan pembelajaran rakan praktikum saya telah menggunakan
unsur jenaka. Menurut Habibah , Zaidatol & Rahil , 1995 unsur jenaka yang diselitkan
dalam pengajaran akan membantu menimbulkan suasana tiada tekanan dan murid
berasa tenang dalam proses pengajaran dan pembelajaran.

Kelemahan

Kelemahan dan kekurangan yang dikenalpasti dalam pelaksanaan tugasan


pengajaran makro ialah pengurusan masa guru atau ketepatan mengikut masa yang
ditetapkan. Ketepatan masa penting bagi memastikan proses pengajaran dan pembelajaran
berjalan dengan baik dan lancar Hal ini disebabkan terdapatnya gangguan-gangguan dan
hal-hal lain yang menyebabkan masa yang lebih diambil untuk melakukan sesuatu langkah.
Selain itu,rakan praktikum saya juga tidak sempat membuat penutup kerana tidak cukup
masa. Semasa murid bergerak ke makmal komputer telah mengambil masa 5 minit untuk
mengatur tempat duduk mereka. Dalam aktiviti kumpulan telah menggunakan lebih daripada
10 minit.
Terdapat beberapa orang murid bermain semasa aktiviti kumpulan bergerak dalam
kelas. Mereka tidak mengambil bahagian dalam aktiviti tersebut dan biarkan ketua dan ahli
kumpulan lain yang menjalankan aktiviti. Mereka adalah terdiri murid yang lemah dalam
pelajaran Matematik. Aktiviti tersebut tidak menarik minat mereka untuk mengikutinya. Ini
adalah kerana mereka tidak faham konsep tersebut. Pada dasarnya saya percaya muridmurid dari kumpulan lemah kurang minat belajar kerana mereka tidak mempunyai motivasi
untuk berbuat demikian. Selepas membuat refleksi, saya rasa andaian ini tidak berasas
kerana guru sebagai pendidik perlu memikul tanggungjawab untuk membolehkan muridmurid ini belajar. Kemampuan saya sebagai guru telah dicabar.
Kawalan kelas juga tidak terkawal ketika saya mengarahkan mereka untuk bekerja
secara berkumpulan. Apabila saya suruh mereka balik ke tempat duduk dan duduk dalam
kumpulan dengan senyap. Namun murid-murid tidak melakukan sedemikian. Terdapat
beberapa murid bermain alatan komputer sedangkan murid lain menjalankan aktiviti yang
disuruh oleh saya. Murid tersebut berasa ingin tahu dan hendak cuba menggunakan alatan
komputer yang jarang dilihat oleh mereka. Kawalan kelas adalah penting walaupun hanya
berapa orang berbuat bising namum ia akan mengganggu kawan lain yang mengikut
pebmelajaran.

PENAMBAHBAIKAN

Daripada kelemahan yang dikesan saya telah memikirkan beberapa cara untuk
menambahbaik untuk sesi pengajaran dan pembelajaran yang akan datang. Berdasarkan
prosedur yang diyatakan dalam California Standards for the Teaching Professionmasa
yang digunakan dalam kelas perlu berkesan dan dioptimumkan sepenuhnya. Apabilamasa
pengajaran dirancang sesuai untuk memenuhi keperluan pelajar, maka masapembelajaran
dapat menghabiskan isi kandungan yang ingin disampaikan. Masalah kebisingankelas
adalah disebabkan oleh ketidakselarasan masa pengajaran dengan isi kandungan yangingin
disampaikan. Dengan ini pelajar akan hilang minat belajar dan keinginan untuk
belajarberkurang. Oleh itu saya akan mengurus masa dengan lebih baik dengan membuat
persediaan perancangan dan mengenal pasti alat bantu mengajar dalam keadaan baik.
Di samping itu, saya bercadang untuk menangani masalah yang dihadapi oleh saya
berasaskan Canter model ofAssertive Discipline (2002). Model ini adalah suatu
pendekatanyang positif yang membenarkan guru mengajar dan murid belajar. Daripada
pengalaman menggunakan model Canter assertive discipline guru yang asertifadalah lebih
berkesan daripada seseorang guru yang tidak asertif atau garang. Kegarangandan
ketidakkonsistenan

arahan

guru

yang

menyebabkan

kekeliruan

dan

trauma

psikologi.Seorang guru asertif dapat mewujudkan iklim bilik darjah yang positif, penyayang
dan produktif.
Perhatian dan bimbingan guru yang prihatin danberterusan telah membantu muridmurid menjadi lebih yakin untuk melibatkan diri dalam aktiviti yang dijalankan. Keadaan bilik
darjahakan dapat dikawal kerana murid-murid telahmenunjukkan minat untuk belajar. Saya
akan merancang satu sistem peneguhan. Jika murid r telah menunjukkan tingkah lakupositif
yang dijangkakan atau pencapaian akademiknya cemerlang, mereka akan diberipeneguhan
seperti masa tambahan rehat dan lain-lain. Jika peraturan tidak dipatuhi, saya telah
mencatatkan pelanggaran peraturan ini di atas jadualyang dipaparkan di dinding bilik darjah.
Saya akan menanda tanda salah (X) pada papan notis.Tingkah laku negatif hasil daripada
pelanggaran peraturan yang ditanda (X) akan menerimahukuman-hukuman.Dengan sistem
peneguhan ini, murid akan mematuhi peraturan dan bertingkah laku baik supaya mereka
mendapat ganjaran dan bukannya hukuman. Setiap orang akan suka ganjaran daripada
hukuman. Maka semua minat akan tumpu perhatian semasa proses pengajaran dan
pembelajaran dijalankan.

BORANG SENARAI SEMAK PEMERHATIAN PENGLIBATAN MURID DALAM


KELAS
Tandakan X pada pilihan jawapan anda.

Bil
1

Soalan
Murid mendengar dan mengikuti arahan guru
Melibatkan diri (mencuba) dalam aktiviti secara sukarela

2
3

(lelaki)
Melibatkan diri (mencuba) dalam aktiviti secara sukarela

Jawapan
Ya
Tidak

4
5
6
7
8
9

(perempuan)
Murid bekerjasama dalam kumpulan
Murid memberi sumbangan idea
Murid menjawab soalan yang guru ajukan
Murid ada ajukan soalan kepada guru
Murid beri perhatian kepada guru
Murid aktif dalam melibatkan diri dalam PnP

Pemerhati
( Manimehellai Shanmugam )

RUJUKAN
INTERNET
Diakses
daripada : http://notanotaku23.blogspot.my/p/bimbingan-dankaunseling.html
Diaksesdaripadahttp://www.ppdpgudang.edu.my/muatturun/2014-1123_PANDUAN%20TAKWIM,%20PPELAN%20TINDAKAN%20DAN%20PELAN
%20OPERASI%202015%20(UBK).pdf
Diakses daripada : http://ubktagaroh.blogspot.my/2011/01/rancangantahunan-b-sk-tagaroh-2011.html

Anda mungkin juga menyukai