Anda di halaman 1dari 4

INSTITUT PENDIDIKAN GURU

KAMPUS TUN ABDUL RAZAK


94300 KOTA SAMARAHAN, SARAWAK
____________________________________________________________

KERTAS KERJA
PERKHEMAHAN UNIT BERUNIFORM (BSM)
PROGRAM DIPLOMA PENDIDIKAN MALAYSIA KDC-KEMAS
(PAKK) DAN SABK (SR)
AMBILAN NOVEMBER 2013

____________________________________________________

TARIKH :
22-25 NOVEMBER 2016

TEMPAT :
PULAKO, IPGKTAR

ANJURAN :
UNIT KO-KURIKULUM
(IPG KAMPUS TUN ABDUL RAZAK)
KERTAS KERJA
PERKHEMAHAN UNIT BERUNIFORM (BSM)
BAGI PESERTA PDPM KDC-KEMAS (PAKK) DAN SABK (SR)
INSTITUT PENDIDIKAN GURU KAMPUS TUN ABDUL RAZAK
PADA 22-25 NOVEMBER 2016

1.0 TUJUAN
Dalam konteks Pendidikan Kebangsaan, kegiatan kokurikulum merupakan satu
program penting demi membangunkan potensi pelajar secara menyeluruh.. Aktiviti ini
dilaksanakan selaras dengan kehendak Kementerian Pendidikan Malaysia yang ingin
mewujudkan modal insan yang seimbang dari segi intelek, rohani, emosi dan jasmani
melalui penyertaan dalam bidang kokurikulum. Melalui kegiatan kokurikulum diharapkan
guru pelatih yang melibatkan diri dalam unit beruniform akan menjadi pemangkin
kecemerlangan dalam bidang kurikulum dan kokurikulum dan seterusnya menjadi
pemimpin yang berwawasan kepada para pelajar pada masa depan.

2.0 LATAR BELAKANG


Program Perkhemahan Unit Beruniform ini merupakan program yang diwajibkan
kepada semua guru pelatih PDPM KDC-KEMAS (PAKK) dan SABK (SR) Ambilan
November 2013 untuk memenuhi kehendak kurikulum unit beruniform Bulan Sabit
Merah (BSM). Dalam perkhemahan ini, guru pelatih didedahkan dengan kepentingan
semangat berpasukan, bekerjasama, dan tanggungjawab terhadap profesion
perguruan, masyarakat serta negara.

Program ini adalah satu aktiviti yang dapat mengeratkan hubungan sesama guru
pelatih tanpa mengira bangsa, kaum dan agama. Program ini bertujuan untuk melatih
guru pelatih dalam melaksanakan sesuatu tugas. Justeru itu, melalui pengalaman yang
diperolehi akan membantu guru pelatih untuk menganjurkan sebarang aktiviti semasa di
sekolah kelak.

3.0 MATLAMAT
Matlamat program ini adalah untuk memberi pendekatan berkaitan kepimpinan
dan disiplin yang perlu ada dalam setiap pelajar. Ia bertujuan untuk meningkatkan
keyakinan diri serta menguji ketahanan fizikal dan mental setiap peserta. Pelbagai
aktiviti disusun dalam program ini agar sifat kepimpinan dalam diri peserta dapat
ditonjolkan dan dapat diaplikasi dalam menempuh cabaran yang mendatang. Program
ini juga diselitkan dengan aktiviti kerohanian untuk membina keyakinan diri dan
mengukuhkan rohani agar dapat membentuk modal insan yang seimbang selaras
dengan pembangunan negara yang mampan.

4.0 OBJEKTIF
4.1 Menguasai ilmu dan kemahiran asas Pertolongan Cemas/Bantu Mula
untuk diaplikasikan di Sekolah Rendah
4.2 Menguasasi dan mengaplikasikan pengetahuan, kemahiran asas,
kemahiran serta pengalaman pengurusan dalam aktiviti-aktiviti Bantu
Mula/Pertolongan Cemas.
4.3 Menghayati prinsip-prinsip Kemanusiaan dalam Palang Merah Sedunia
4.4 Membentuk sikap yang positif, proaktif, berbudaya dalam menjalankan
tugas keguruan, mempunyai semangat kekitaan dan sedia berkhidmat
untuk masyarakat.
4.5 Menerapkan nilai-nilai murni dalam kalangan ahli-ahli UB di kampus untuk
membentuk warga negara yang berguna dan bersemangat patriotik
4.6 Mengembangkan potensi diri, bakat kepimpinan dan peranannya sebagai
seorang pemimpin yang berwibawa.
4.7 Melengkapkan Kursus Unit Beruniform II (WAJ3111) .

5.0 MAKLUMAT PERKHEMAHAN


5.1 Tarikh : 22-25 November 2016
5.2 Dilaksanakan selama 4 hari 3 malam.
5.3 Masa pelaksanaan melibatkan waktu siang dan malam.
5.4 Jadual Tentatif program adalah seperti dalam Lampiran 1.

6.0 TEMPAT DAN JURULATIH


6.1 Tempat : PULAKO, IPGKTAR
6.2 Bilangan Fasilitator/Urusetia seramai 12 orang dari IPGKTAR

7.0 PENYERTAAN
Program ini akan disertai oleh guru pelatih seramai 63 orang iaitu KDC- KEMAS (PAKK)
seramai 39 orang dan SABK (SR) seramai 14 orang (2 Lelaki dan 61 Perempuan).
(Senarai nama peserta adalah seperti Lampiran 2)

8.0 PERBELANJAAN
8.1 Sumber kewangan dan perbelanjaan untuk aktiviti perkhemahan UB ini adalah
ditanggung sepenuhnya melalui peruntukan pihak KEMAS dibawah pengurusan unit
kewangan dari IPGKTAR. Kursus ini diadakan untuk memberi peluang pelajar
menambah pengetahuan, kemahiran dan mengaplikasikannya di sekolah selain
seterusnya memenuhi keperluan kursus yang ditetapkan.
BIL PERKARA JUMLAH (RM)

1 Pembelian barang Kering RM 2250.10

2 Pembelian Barang Basah RM2284.30

Jumlah keseluruhan RM 4534.40

8.2 Kos untuk Fasilitator dan Urusetia


Sepanjang menjalankan kursus ini pihak fasilitator/urusetia tidak menuntut perjalanan,
makan dan lojing kerana diadakan di PULAKO, IPGKTAR.

9.0 PENUTUP
Program Perkhemahan Unit Beruniform BSM ini merupakan salah satu komponen latihan yang
sangat penting dan perlu didedahkan kepada guru KEMAS (PAKK) dan SABK (SR). Diharapkan
program dan perkhemahan ini dapat memberi pengetahuan, kemahiran dan pengalaman kepada
guru KEMAS dan SABK untuk menjadi guru yang berkaliber dan berdedikasi dalam semua aspek
serta dapat membentuk jati diri, semangat bekerjasama, nilai-nilai murni serta ketahanan fizikal dan
mental selaras dengan pelaksanaan program UB ini. Diharapakan apa yang dirancang ini dapat
dilaksanakan dengan lancar dan berkesan. Semoga segala pengalaman dan kemahiran yang
diperolehi di dalam aktiviti perkhemahan ini dapat membantu guru pelatih untuk menganjurkan
sebarang aktiviti perkhemahan UB di sekolah masing-masing kelak.

Disediakan oleh, Disemak Oleh;

. ..
(DR STANLEY ABANG) (MICHAEL BELEKLUM)
Penyelaras, Ketua Unit
Perkhemahan Unit Beruniform Unit Beruniform
IPG kampus Tun Abdul Razak IPG Kampus Tun Abdul Razak

Anda mungkin juga menyukai