Anda di halaman 1dari 17

TAJUK : E. KEAGRESIFAN DALAM SUKAN Pertama sekali marilah kita mengenali sukan itu sendiri.

Sukan terdiri daripada aktiviti fizikal yang dilakukan untuk pelbagai keseronokan, pembangunan, kemahiran, tujuan untuk pertandingan, dan sebagainya.

kecemerlangan,

Perbezaan tujuan inilah yang membezakan sifat sesuatu sukan itu. Misalnya, berenang secara bersaingan di hadapan ribuan penonton akan dikira sebagai sukan tetapi berenang bersendirian di kolam atau laut dilihat sebagai aktiviti rekreasi. Sukan ialah salah satu aktiviti riadah. Sebahagian besar kegiatan lapang, surat khabar,dan televisyen diberikan kepada sukan. Sukan dapat juga menjadi sumber pendapatan. Pendekatan pragmatik dalam mendefinisikan sukan ialah dengan melihat kegunaan umum istilah tersebut. Sukan juga ialah aktiviti yang mengandungi latihan kemahiran berguna secara rekreasi dan mempunyai peraturan-peraturan tertentu dalam mengejar kecemerlangan. Pernahkah kita melihat kekasaran,pergaduhan dan sebagainya sewaktu melihat orang bersukan mahupun kita sendiri yang melakukan sukan tersebut bersama rakan-rakan atau sebagainya? Apakah yang terjadi? cedera?, tulang patah?, ataupun mati? dan bagaimana hal ini boleh berlaku?. Hal ini berlaku apabila seorang ahli sukan menjadi agresif sewaktu bermain oleh sebab perkara-perkara tertentu. Terdapat beberapa definisi berkaitan keagresifan dalam sukan yang diutarakan oleh penyelidik.M e n u r u t Silva (1981),keagresifan

s e b a g a i s a t u p e r l a k u a n u n t u k m e n y a k i t k a n a t a u mengakibatkan kecederaan fizikal, serta mental kepada benda hidup yang berusaha untuk m e n g e l a k k a n t i n d a k a n t e r s e b u t . W a n n ( 1 9 9 7 ) , s a t u t i n d a k a n yang verbal bermatlamat atau u n t u k mengakibatkan kecederaan secara fizikal, ke atas seseorang yang bermotivasi untuk

psikologikal

mengelakkan diri dari dicederakan atau perbuatan yang mendatangkankerosakan harta benda yang berpunca dari kemarahan..Menurut Baron dan Richardson (1994), keagresifan merupakan apa saja bentuk tindakan dan perlakuan yang bermatlamat untuk menyebabkan kecederaan ke atas benda hidup yang lain dan bermotivasi untuk mengelakkan diri dari dicederakan.

Selain daripada itu, keagresifan boleh ditakrifkan sebagai satu keganasan dalam sukan yang boleh menyebaban kecederaan yang serius.Kebiasaan keganasan ini terjadi dalam sukan yang memerlukan kontak seperti sukan ragbi, bolasepak, hoki ais dan sebagainya. Namun begitu, keagresifan dalam sukan bukan sahaja berpunca daripada peserta atau atlit malah faktor-faktor lain seperti penyokong, dan kepengadilan yang berat sebelah boleh menjadi punca keagresifan iu berlaku.Menurut Gill ( 1986 ) bagi menghasilkan sesuatu tingkah laku atau tindakan yang dikategorikan sebagai agresif mesti menepati empat kriteria iaitu yang pertama keagresifan itu adalah satu tingkah laku berbentuk fizikal semata-mata tanpa perasaan, laku sikap yang atau motivasi. dengan

Kedua,k e a g r e s i f a n

satu

tingkah

dilakukan

sengaja iaiu tanpa niat.Ketiga,Keagresifan satu tingkah laku yang d i t u j u k a n k e p a d a b e n d a h i d u p . Y a n g t e r a k h i r i a l a h keagresifan suatu tingkah laku yang dilakukan dengan niat untk mencederakan seseorang individu sama ada dari segi fizikal atau mental.. Kesimpulan dari definisi-definisi tadi, terdapat persamaan iaitu kedua-duanya memasukkanunsur niat, perlakuan secara verbal dan psikologikal serta mangsanya bermotivasi

untuk mengelakkan diri dari dicederakan. Perbezaan ketara di antara kedua-duanya adalah elemenkerosakan harta benda. Baron dan Richardson tidak mengambil kira kerosakan harta bendasebagai hasil dari tindakan yang agresif. Tingkah laku agresif atau ganas dalam sukan melibatkan beberapa individu seperti atlet atau pemain, pegawai, jurulatih dan penonton. Seseorang atlet akan melakukan keagresifan apabila berada dalam keadaan tertekan dan kekecewaan. Kekecewaan boleh berpunca dari keputusan pertandingan dan keputusan pengadil yang dirasakan berat sebelah. Kekecewaan ini akanmenyebabkan pemain akan bertindak lebih agresif semata-mata memuaskan hatinya.Keagresifan yang berpunca daripada pegawai atau jurulatih biasanya terjadi apabila merekamemberi tekanan yang melampau kepada pemainnya. Jurulatih juga boleh membangkitkansemangat anak buahnya. Dalam keadaan yang menang, pemain mungkin lebih

bersemangatuntuk berman dengan mempamerkan aksi yang lebih baik. Bagi pasukan yang kalah, tekanandaripada jurulatih dan emosi yang tidak

terkawan akan melahirkan tindakan yang agresif kepada pasukan lawan.

Selain daripada atlit atau pemain dan jurulatih, penonton yang hadir menyaksikan juga boleh menimbulkan banyak tindakan agresif. Tingkah laku agresif ini boleh berlaku di kalangan pemain yang berada di atas padang atau dikalangan penonton dengn penonton pihak lawan. DiMalaysia tindakan agresif penonton biasanya berlaku dalam sukan bola sepak. Ada kalanyakeagresifan penonton ini melibatkan kecederaan yang serius. Keganasan di kalangan penonton biasanya terjadi kepada penonton kepada pasukan yang kalah.

Kekecewaan kekalahan pasukannya menyebabkan penonton bertindak liar dengan membakar harta-harta dalamstadium, melontar botol air kepada pemain di padang dan membuat provokasi. Contohnya bekas penjaga gol Kelantan yang bertindak menerpa dengan kaki ke arah penonton. Kejadian ini harusdipandang serius kerana boleh menjejaskan imej sukan negara.

Keagresifan biasanya berlaku disebabkan gangguan sama ada gangguan dalaman atau gangguan luaran. Gangguan dalamanialah berpunca daripada tekanan dan kebimbangan. Semakin besar pertandingan semakin kuattekanan yang dihadapi. Gangguan luaran pula boleh berpunca daripada visual, ganguan bunyidan kamunikasi.Dalam satu kajian tentang kesan gangguan serta provokasi penonton ke atas pemain bolak e r a n j a n g , d i d a p a t i b a h a w a p e m a i n y a n g t i d a k t e r g a n g g u d e n g a n g a n g g u a n t e r s e b u t menunjukkan prestasi serta kemahiran motor yang baik jika dibandingkan dengan mereka yangterganggu. Prestasi pemain yang terganggu menurun kerana rasa marah serta tahap kebangkitanyang keterlaluan menyebabkan mereka menjadi lebih agresif sehingga mengurangkan tumpuanterhadap permainan. Kesannya, prestasi mereka akan merosot. Contoh yang sering kita lihatialah dalam permainan bola sepak, apabila seseorang pemain itu diprovokasi oleh penonton atau pemain lawan, pemain itu akan menunjukkan keagresifan yang membawa kepada layangan kadkuning ataupun kad merah. Kesan daripada keagresifan pemain tersebut menyebabkan prestasi pasukan terjejas.Perbezaan ketara mata atau jaringan akan mempengaruhi sikap atau tingkah laku

dalam permainan.

Kajian dibuat keatas permainan bola sepak dan hoki ais mendapati semakin besar berbezaan mata atau jaringan, semakin banyak kekasaran yang akan dilakukan oleh pemain pasukan yang sedang ketinggalan ( Cox 1999 ). Lokasi perlawanan juga boleh menjadi faktor berlakunya keagresifan dalam sukan. Biasanya pasukan yang bermain ditempat sendiri akan bertindak lebih agresif kerana mereka mendapats o k o n g a n penyokong sendiri serta ingin

menjaga maruah pasukan sebagai tuan rumah. Bagaimanapun, menurut Russell (1981), ia bergantung kepada corak keagresifan y a n g ditonjolkan serta jenis sukan yang dipertandingkan. Bagi sukan bola sepak, pasukan yang bermain di tempat lawan biasanya lebih agresif kerana mereka ingin mempertahankankedudukan mereka, manakala bagi hoki ais, ia adalah sama jika bermain di tempat sendiri ataupun di tempat lawan

(Cullen&Cullen, 1975). Penggunaan Steriod menyebabkan seseorang hilang kawalan dan bertindak di luar batasan. S a l a h penggunaan steroid dalam satu sebab ialah pengharaman kerana kesan

sukan

sampingannya. Antara kesan sampingan penggunaan steroid adalah peningkatan keagresifanindividu yang mengambil atau menggunakan steroid. Justeru itu, sebagai jurulatih atau mereka yang terlibat dalam sukan, perlu memastikan agar atlet tidak terlibat dalam pengambilan bahanterlarang ini demi kebaikan orang lain.

Walaubagaimanapun, keagresifan dalam Sukan boleh diatasai menggunakan beberapa cara. Ada kalanya keagresifan dalam sukan tidak dapat dielakkan tetapi masih ada cara untuk mengatasinya dan jurulatih memainkan peranan yang penting dalam mengatasi masalah tersebut. Berikut ialah beberapa aspek yang difikirkan perlu diberi perhatian dalam mengatasi keagresifan dalam sukan. Pertama, dari sudut aspek Kurikulum Sukan itu sendiri. Melentur buluh biarlah dari rebongnya. Begitu juga dengan masalah keagresifan daam sukan. Satu kurikulum sukan perlu diperkenalkan diperingkat sekolah rendah lagi di mana dalam kurikulum ini mempunyai modul yang mengajar etika sebagai penonton dan sebagai ahli sukan ataupun atlet.

Dalam adanya etika ini nilai-nilai murni dapat disemai secara terus. Oleh itusemangat kesukanan tinggi dan tulen dapat dibentuk sejak dibangku sekolah lagi. Denganadanya program sukan secara terus dalam menyemai nilai-nilai murni, adalah diharapkaan sikapmulia dalam aktiviti sukan dapat dibentuk bermula dari pengajaran pendidikan jasmani di peringkat awal sekolah.Melalui pendidikan sukan seorang guru bukan sahaja mendidik atlet malah jurulatih juga perlumengahadiri program bagaimana untuk membentuk seorang atlet yang bernilai murni dan beretika.

Kedua adalah dari sudut kursus motivasi. Selain daripada kurikulum sukan, kursus-kursus motivasi juga perlu kerap diadakan bila-bila m a s a s e b a g a i s a l a h satu program kesedaran terhadap pentingnya semangat

k e s u k a n a n dikalangan atlet atau pemain. Selain daripada atlet jurulatih juga harus mendalami kursus berkaitan semangat kesukanan dan jati diri. Cara ketiga pula adalah Teknik Mengurus Perasaan. Adat ketika bertanding, ada yang menang dan ada yang kalah. Namun berapa ramai yang bolehmenerima kekalahan dalam pertandingan. Sebagai pemain, jurulatih dan pegawai sukan harusada satu kemahiran dalaman iaitu teknik mengawal perasaan semasa pertandingan dan dapatmenerima sesuatu keputusan secara rasional dan sentiasa menyedari keupayaan diri sendiri danmenghargai orang lain atau pihak lawan. Selain itu, para atlet dan jurulatih harus sentiasa menanamkan sikap bahawa kemenangan bukanlah segala-galanya. Keempat pula ialah Teknik Mengurus Keagresifan. Setiap individu harus mempamerkan satu tingkah laku altenatif yang perlu dipraktikan

secara berulang kali supaya akan menjadi satu kelaziman pada diri sendiri. Antara tingkah lakutersebut adalah menggunakan masa lapang secara produktif, tegaskan pendirian, pengurusan konflik yang dihadapi secara langsung tanpa berselindung, mengelakkan diri dari tingkah laku menyalahkan orang lain dan memberikan tindak balas yang positif kepada orang lain. Selain itu tingkah laku yang perlu diamalkan adalah penilaian semula matlamat dan harapan, berehat danrelaksasi buat sementara waktu.

Kelima pula ialah Penyesuaian Diri. Setiap atlet atau pasukan dalam sesebuah pertandingan mempunyai tekanannya tersendiri.Tekanan hidup tidak seharusnya dielakkan kerana tekanan hidup adalah satu-satunya fenomena yang dapat menyiapkan dan mematangkan manusia untuk menghadapi kecemasan atau bahaya dengan berada pada tahap yang lebih berjaga-jaga. Kita harus menyesuaikan diri dengan sebarang bentuk tekanan yang umum brbanding tekanan semasa pertandingan yang lebih khusus.Akhir sekali adalah dari sudut Peranan Jurulatih itu sendiri. Peranan jurulatih sangat penting bagi atlet atau pasukan semasa pertandingan s e d a n g berlangsung dalam mengawal emosi atlet atau

pemainnya apabila mengalami kekecewaankerana kekalahan, kesakitan fizikal, kesilapan pengadil, keaiban perlu atau bermain di bawah keupayaan

sebenar.jurulatih dikawal.

memainkan

peranan

a g a r keagresifan dapat

Kesimpulannya disini, berdasarkan semua maklumat yang telah dikupas berkaitan keagresifan dalam sukan, ia satu perbuatan yang terjadi atau dilakukan berdasarkan faktor-fakor yang telah dibincangkan tadi. Keagresifan boleh berlaku kepada sesiapa sahaja terutama mereka yang tidak boleh mengawalemosi dan tidak boleh menerima kekalahan. Namun begitu terdapat cara -cara mengatasi keagresifan ini supaya tingkah laku agresif ini dapat dikurangkan. Dalam sukan semua yang terlibat harus memainkan peranan penting dalam mengurangkan tingkah laku agresif dalam sukan terutamanya sikap agresif yang membawa kepada keadaan yang lebih negatif.

BORANG SOAL SELIDIK KEAGRESIFAN DALAM SUKAN BOLA SEPAK

Arahan :

Tandakan

jika terjumpa jawapan yang berbentuk

A. MAKLUMAT RESPONDEN i. ii. Umur Jantina : : Lelaki Melayu Tahun Perempuan Cina India Bumiputra

iii.

Bangsa

B. SOALAN SOALAN 1. Saya mengasari pihak lawan kerana saya suka melihat pihak lawan tercedera sewaktu bermain bola sepak 2. Saya mengasari pihak lawan sewaktu bermain bola sepak kerana disuruh oleh jurulatih 3. Saya menggunakan kekerasan sewaktu bermain bola sepak kerana dipengaruhi rakan untuk membalas dendam dan mengasihani rakan yang dikasari oleh pihak lawan 4. Saya mengasari pihak lawan kerana mahu mempertahankan kumpulan saya dari dibolosi sewaktu diserang. 5. Saya mengasari pihak lawan kerana sikap pengadil yang berat sebelah. 6. Saya mengasari pihak lawan secara tidak sengaja sewaktu bermain kerana mahu memenangi pertandingan dan bukan kerana untuk membalas dendam atau sebagainya. 7. Saya mengasari pihak lawan oleh sebab badan saya lebih besar dari pemain lain dan boleh melakukan apa sahaja yang saya suka untuk menakutkan pihak lawan. 8. Saya mengasari pihak lawan kerana dipengaruhi oleh penonton yang bersikap tidak professional. 9. Saya mengasari pihak lawan oleh kerana pasukan saya tertekan dan perlu menjaringkan goal supaya tidak keluar dari pertandingan. 10. Saya mengasari pihak lawan kerana dicabar oleh pihak lawan. Betul Tidak

Bilangan kekerapan jawapan yang ditandakan

pada borang soal

selidik yang diberikan kepada responden.

No. SOALAN 1 2 3 4 5 6 7 8 9 10.

BILANGAN

10 8 13 8 9 5 7 7 9 13

Kesimpulan Hasil Dapatan Berdasarkan kekerapan jawapan pada borang soal selidik yang telah saya lakukan kepada 15 orang responden yang rata-ratanya di bawah umur 12 tahun, kekerapan jawapan yang saya dapati 13 orang menandakan YA pada soalan 3 iaitu Saya menggunakan kekerasan sewaktu bermain bola sepak kerana dipengaruhi rakan untuk membalas dendam dan mengasihani rakan yang dikasari oleh pihak lawan dan soalan 10 iaitu saya mengasari pihak lawan kerana dicabar oleh pihak lawan.. Setelah mendapat bilangan tersebut saya juga telah mencerahkan keputusan tersebut dalam bentuk graf bar dan carta pie agar mudah untuk melihat perbezaan dan kekerapan jawapan tersebut. GRAF BAR KEKERAPAN JAWAPAN BORANG SOAL SELIDIK KEAGRESIFAN DALAM SUKAN BOLA SEPAK

10 9 8 7 6 5 4 3 2 1 0 2 4 6 8 10 12 14 Bilangan

Rajah 1 : Graf Bar kekerapan jawapan keagresifan dalam sukan bola sepak berdasarkan jawapan 15 orang responden dalam boring soal selidik

CARTA PIE KEKERAPAN JAWAPAN BORANG SOAL SELIDIK KEAGRESIFAN DALAM SUKAN BOLA SEPAK

1 2 3 4 5 6 7 8 9 10

Rajah 2 : Carta Pie kekerapan jawapan keagresifan dalam sukan bola sepak berdasarkan jawapan 15 orang responden dalam boring soal selidik

Melalui keputusan borang soal selidik ini, dapatlah saya menjawab dan merungkaikan persoalan saya iaitu adakah keagresifan itu berlaku disebabkan oleh pengaruh pihak lawan yang saling cabar-mencabar. Persoalan saya terjawab apabila daripada 15 orang responden tersebut yang diwakili oleh 8 orang lelaki dan 7 orang perempuan masing-masing berumur dalam lingkungan bawah 12 tahun tersebut, rata-rata daripada mereka telah menjawab YA pada soalan 3 dan soalan 10. Soalan tersebut maksudnya adalah lebih kurang sahaja kerana kedua-duanya memberi maksud kepada cabar-mencabar antara satu sama lain walaupun telah dididik untuk sentiasa berdisiplin sewaktu bermain oleh jurulatih.

Pada umur responden yang rata-ratanya berumur 12 tahun, terdapat responden yang boleh mengawal emosi mereka walaupun dicabar oleh pihak lawan. Hal tersebut terbukti apabila responden-responden tersebut mengatakan TIDAK pada borang soal selidik tersebut. Walaubagaimanapun, responden tersebut berada dalam kumpulan terkecil kerana mereka sudah mempunyai kematangan dan boleh mengawal emosi dengan baik sewaktu bermain lebih-lebih lagi responden tersebut akan berpindah ke bangku sekolah menengah pada tahun hadapan. Selain daripada itu, Responden yang menjawab YA pula rata-ratanya adalah berumur 11 tahun dan masih mudah menerima pengaruh pihak lawan supaya saling cabar-mencabar melalui mulut, dan akhirnya berlaku kekerasan dari segi fizikal yang boleh mendatangkan kecederaan kepada diri masing-masing.Seperti kata seorang penulis iaitu Justin Magian dan Mohd Sufian Omar Fauzee, Kebanyakan tindak balas seumpama ini akan menyebabkan beberapa kerosakan yang khusus dan tindakan berkenaan lazimnya akan menjadi perbuatan kelak Selain daripada itu, seorang penulis berkata Illegitimate violence in sport can occur in all activities Adam Epstein, daripada dapatan ini juga, saya dapat simpulkan bahawa perasaan cabar-mencabar memang biasa berlaku sewaktu pertandingan. Tidak kiralah dari segi percakapan ataupun teknik semasa bermain. Semua kumpulan mahukan kemenangan. Cabar-mencabar ini berlaku sebelum, semasa dan selepas bermain. Apatah lagi dalam lingkungan umur seperti ini, mereka akan sentiasa bertanding dan gembira apabila lebih handal daripada orang lain. Seperti kata seorang penulis, Research has shown that when athletes place a strong emphasis and beating others(in contrast to focusing on personal improvement and their own performance) they are more likely to endorse cheating and perceive intentionally injurious acts as more acceptables .

Rajah 3 : Dua orang kanak-kanak melakukan keagresifan tolak menolak

Rajah 4 :Keagresifan bertumbuk akibat daripada cabar-mencabar sewaktu bermain

KEAGRESIFAN DALAM SUKAN DARI SUDUT CABAR-MENCABAR DAN MEMBALAS DENDAM DALAM PERMAINAN BOLA SEPAK BOLEH MEMPENGARUHI MUTU SUKAN NEGARA DAN MEMBERI KESAN KEPADA ATLET SERTA JURULATIH SUKAN

Keagresifan ini sebenarnya boleh dilihat dari dua sudut berbeza iaitu dari sudut positif dan sudut negatif. Jika hal ini memberikan impak yang baik kepada mutu sukan Negara, atlet serta jurulatih maka perkara tersebut digunakan sebaiknya dari sudut positif dan merupakan satu keuntungan kepada kemajuan sukan tanah air dan negeri Sabah khususnya. Jika digunakan dengan sudut negatif maka perkara tersebut menjadi satu kerugian besar terhadap kemajuan sukan Negara itu sendiri.

Cabar-mencabar dalam sepasukan mahupun dengan pihak lawan terutama sekali apabila bermain bola sepak sebenarnya merupakan satu motivasi kepada setiap pemain untuk melakukan yang terbaik sebelum dan semasa perlawanan. Dalam sesuatu perlawanan, semua kumpulan menginginkan kemenangan dan ingin mendapatkan ganjaran seperti wang ringgit, piala dan lain-lain lagi untuk membuktikan mereka kumpulan terhandal dan diiktiraf. Oleh kerana ganjaran ini jugala yang mempengaruhi keagresifan pemain di dalam padang. Jika dilihat dari sudut positif, mutu sukan Negara akan lebih berkembang apabila keagresifan ini dilatih dan dikawal melalui latihan yang diberikan oleh jurulatih yang bertauliah. Jurulatih inilah yang akan berperanan besar mengingatkan pemain-pemainnya bagaimana untuk menggunakan keagresifan dengan sebaiknya tetapi bukan dengan sengaja untuk menumbuk ataupun sengaja untuk mematahkan pemain lawan sewaktu bermain akan tetapi pasukan tersebut bermain dengan semangat juang yang jitu dan mengikut undang-undang serta peraturan. Jikalau jurulatih tidak memainkan peranan yang baik dan hanya melatih atlet-atletnya menggunakan kekerasan sewaktu bermain maka mutu sukan Negara khusunya di Sabah akan sentiasa di pandang sebagai pasukan yang mempunyai masalah disiplin, samseng dan sebagainya.

Apabila pasukan kita bermain untuk membalas dendam oleh kerana kekalahan lalu, maka bermainlah mengikut peraturan dan undang-undang. Jurulatihlah yang akan berperanan besar dalam meningkatkan mutu permainan pasukannya. Jika tidak, keagresifan yang melampau akan tercetus tanpa kawalan dengan pasukan lawan, penonton dan pihak-pihak lain yang turut serta. Pergaduhan adalah keagresifan yang tercetus adalah tidak asing lagi jika tidak melibatkan bola sepak, pemain, jurulatih, penonton serta pengadil. Akhirnya, mutu sukan Negara akan kelihatan selalu mundur kerana setiap kali bermain bola, setiap kali itulah berlaku kecederaan, pukul-memukul, dan yang paling teruk sekali apabila berlakunya kematian. Perkara-perkara seperti inilah yang perlu kita elakkan dalam bola sepak tanah air kita khususnya di negeri saya sendiri iaitu negeri Sabah di Bawah Bayu.

Sebenarnya bukan senang untuk kita mengubah fenomena pergaduhan ini dalam arena bola sepak tanah air kita. Banyak perkara yang perlu kita titikberatkan seperti pemilihan pemain, perlantikan jurulatih yang berilmiah, dan pemilihan pengadil yang berkelayakan. Pemilihan pemain biarlah dipilih mengikut disipilin dahulu dan barulah melihat teknik mereka bermain. Displinlah yang akan menggambarkan mutu sukan sesuatu Negara itu. Tanpa disiplin, walau hebat mana pun seseorang itu, dia tidak akan kemana-mana kerana setiap kali latihan dia sentiasa mendatangkan masalah kepada organisasi sesuatu pasukan. Dari sudut perlantikan jurulatih dalam pasukan, pilihlah jurulatih yang berilmiah dan mempunyai lessen dan rekod pencapaian yang baik. Terdapat juga jurulatih yang selalu menggunakan taktik kekerasan terhadapa pemainnya sewaktu bermain. Oleh itu, lihatlah dahulu rekod pencapaian sesorang jurulatih tersebut.

Pemilihan pengadil juga sangat penting supaya keagresifan melampau tidak berlaku. Apabila pemain itu sudah mula cabar-mencabar sewaktu bermain, pengadillah yang akan memainkan peranan yang besar untuk pandai memerhati tingkah laku merekadan memberikan amaran atau hukuman yang sepatutnya kepada

mereka.Pastikan keputusan pengadil tidak berat sebelah agar pemain berpuas hati sewaktu bermain. Pastikan juga pengadil tiada rekod rahsuah. Keagresifan akan berlaku pada bila-bila masa dan pengadil akan menjadi mangsa utama pemain dan ribuan penonton yang berada di tempat perlawanan. Oleh itu, hasil dapatan yang dapati ini mampu untuk menggerakkan mutu sukan tanah air, atlet dan jurulatih sukan sekiranya sahaja menggunakan keagresifan cabar-mencabar dan membalas dendam itu dengan cara yang betul, mematuhi undang-undang serta peraturan dan juga pengadil yang mengadili perlawanan itu sendiri. Kesemua perkara tersebut akan menjadi satu kerugian jika tidak digunakan dengan sebaik-baiknya. Semoga mutu sukan Negara akan mencapai sasaran yang diinginkan pada suatu hari nanti.

Anda mungkin juga menyukai