Anda di halaman 1dari 7

PENGENALAN

Terdapat banyak kemahiran motor yang dilakukan semasa kelas Pendidikan Jasmani
atau semasa bermain. Menurut Magill (1993), kemahiran motor adalah sebuah perlakuan atau
tugas yang mempunyai matlamat dan memerlukan pergerakan sukarela daripada tubuh
badan untuk mencapai matlamat tersebut. Pembelajaran motor pula didefinisikan sebagai
perubahan yang disertai dengan latihan atau pengalaman yang menentukan kemampuan
seseorang untuk menghasilkan sebuah lakuan motor. (Schmidt dan Wrisberg, 2008)

Menurut kajian Schmidt et. al,. (1979), dengan meningkatkan kelajuan, ralat kelajuan
akan dapat dikurangkan tetapi ianya akan mengurangkan ketepatan. Jadi, pada 7 Januari
2019, satu amali telah diadakan bagi menguji kepantasan dan ketepatan dalam prestasi
kemahiran motor. Tujuan ujian amali ini diadakan adalah untuk mengkaji bagaimana arahan
kepantasan atau ketepatan boleh mempengaruhi prestasi sesuatu kemahiran motor dan
sekaligus membuktiikan kesahihan kajian tersebut.

Prosedur bagi amali ini adalah peserta perlu melengkapkan 20 percubaan praktis dan
5 ujian pemindahan. Seterusnya, peserta perlu menepuk setiap petak sasaran dengan pen
yang akan menandakan satu titik mengikut turutan daripada 1 hingga 40. Yang ketiga, peserta
perlu mencatatkan masa yang diambil untuk menamatkan kesemua tepukan dan bilangan
tepukan yang berjaya dan gagal. Yang keempat, amali ini perlu dilakukan secara
berpasangan di mana seorang berperanan sebagai penguji dan seorang sebagai peserta.
Seterusnya, sebaik sahaja peserta tamat menjalani percubaan praktis dan ujian pemindahan,
tukar peranan. Akhir sekali, catatkan skor pencapaian untuk kedua-dua percubaam praktis
dan ujian pemindahan,

Semasa percubaan praktis dilaksanakan, peserta perlu melakukan percubaan praktis


dalam tiga keadaan berikut. Yang pertama, peserta perlu melakukan setiap percubaan
sepantas yang boleh. Yang kedua, peserta dikehendaki melakukan setiap percubaan setpat
yang boleh. Yang ketiga, peserta perlu melakukan setiap percubaan sepantas dan setepat
yang mungkin iaitu cepat tamat tanpa tersasar mana-mana petak sasaran.
DAPATAN KAJIAN
Pada skor percubaan praktis, terdapat beberapa perubahan dalam masa yang
dicatatkan. Sebaga contoh, pada percubaan pertama, peserta mencatatkan masa selama
20.06 saat bagi menyelesaikan kesemua 40 petak. Manakala pada percubaan kelima pula,
peserta telah mencatatkan perubahan yang ketara dimana masa yang diambil semakin cepat,
iaitu selama 16.16 saat. Hal ini demikian kerana disebabkan oleh kapasiti diri peserta untuk
menerima kemahiran motor yang baharu secara progresif melalui perlakuan yang panjang
dan berulang. (Cohen and Squire, 1980).

Selain itu, perbezaan arahan juga boleh menyebabkan perubahan daripada masa
yang diambil untuk menghabiskan 40 tepukan. Sebagai contoh, semasa percubaan kelapan,
arahan yang diberikan adalah peserta perlu melakukan percubaan tersebut dengan pantas,
dan ianya telah mencatatkan masa selama 14.15 saat. Manakala semasa percubaan
kesembilan, peserta diminta melakukan percubaan tersebut dengan tepat, dan peserta telah
mencatatkan masa selama 15.92 saat. Hal ini dapat dibuktikan dengan kajian yang telah
dilakukan oleh Schmidt et. al,. (1979), dimana hasil kajian tersebut menyatakan bahawa
sekiranya individu tersebut lebih fokus kepada kepantasan, dia akan kehilangan ketepatan.
sekiranya dia fokus akan ketepatan, dia akan lebih perlahan. Hal ini demikian kerana,
pergerakan yang tepat memerlukan jangka masa yang lebih lama bagi membetulkan ralat
yang bakal berlaku, hal ini bertentangan sekiranya individu tersebut mengutamakan
kepantasan kerana dia tidak perlu membetulkan kesalahannya.

Faktor lain yang menjadi penyebab masa yang diambil semakin cepat adalah jumlah
percubaan yang diberikan. Shea et al. (1990) telah menjalankan kajian yang melibatkan dua
kumpulan, satu daripada kumpulan tersebut adalah kumpulan terkawal, manakala satu lagi
kumpulan adalah kumpulan bebas. Kumpulan terkawal perlu melakukan latihan ulangan
sebanyak 50 kali dan di akhir ujian, beliau mendapati bahawa kumpulan terkawal yang telah
berlatih sebanyak 50 kali berjaya menandingi kumpulan bebas. Ujian ini telah membuktikan
bahawa pengulangan boleh menyebabkan masa yang dicatat semakin cepat.

Selain daripada itu, kebimbangan juga boleh menyebabkan peserta berusaha untuk
mendapatkan masa yang lebih cepat. Hal ini demikian kerana, peserta merasa bimbang jika
dia mencatatkan masa yang paling lama untuk menyiapkan satu percubaan. Menurut Bandura
(1997), seseorang individu akan dapat menunjukkan prestasi yang lebih baik sekiranya dia
berada dalam kebimbangan.
SOALAN PERBINCANGAN

1. Ya. Arahan mempengaruhi prestasi peserta. Hal ini demikian kerana, sekiranya peserta
diminta untuk melakukan percubaan dengan pantas, maka dia tidak dapat melakukannya
dengan tepat. Sekiranya peserta diminta melakukan percubaan dengan tepat, maka dia akan
lambat kerana masa diperlukan bagi memastikan ketepatan. Aspek ini penting dan kritikal
untuk dipertimbangkan dalam situasi pembelajaran kerana guru perlu memastikan
keseimbangan diantara kepantasan dan ketepatan ini wujud di dalam pembelajaran bagi
memastikan murid melakukan perlakuan tersebut dengan betul dan tepat.

2. Yang pertama adalah menyepak bola. Yang kedua adalah memukul bola tenis. Yang ketiga
adalah menjaringkan bola baling ke dalam gol. Saya akan memberikan arahan untuk
ketepatan dahulu kemudian secara ansur maju akan meningkatkan kelajuan.

3. Kelebihan demonstrasi gerak perlahan dan praktis dalam kemahiran motor adalah, murid
dapat mengikuti pergerakan dengan lebih mudah dan tepat. Kekurangan bagi demonstrasi
gerak perlahan dan praktis kemahiran motor adalah murid akan merasa bosan sekiranya
perlakuan tersebut terlampau mudah.

KESIMPULAN

Kesimpulannya, ujian ini bertujuan untuk mengkaji bagaimana arahan kepantasan dan
ketepatan boleh mempengaruhi prestasi sesuatu kemahiran motor. Peserta telah melakukan
20 percubaan praktis dan 5 ujian pemindahan dan data telah direkodkan di dalam carta garis.
Didapati terdapat pengurangan dari segi masa yang diambil oleh peserta pada setiap
percubaan.
RUJUKAN

Bandura, A. (1997). Self-efficacy: Towards a unifying theory of behavioral change.

Psychological Review, 84, 191-215.

Cohen, N.J., & Squire, L.R. (1980). Preserved learning and retention of pattern-analyzing

skill in amnesia: Dissociation of knowing how and knowing that. Science, 210, 207-
210.

Magill, R. A. (1993). Motor Learning Concepts and Applications. Boston: Brown &

Benchmark Pub.

Schmidt et. al,. (1979). Motor-output Variability: A Theory for the Accuracy of Rapid

Motor Acts. Psychological Review,86(5), 415-451. doi:10.1037//0033-295x.86.5.415

Schmidt, R. A., & Wrisberg, C. A. (2008). Motor Learning and Performance: A Situation-

based Learning Approach. Champaign, IL: Human Kinetics.

Shea, C.H., Kohl, R., & Indermill, C. (1990). Contextual interference: Contributions of practice.

Acta Psychologica, 73, 145-157.

Anda mungkin juga menyukai